FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

6/29/09

Pesuruhjaya PAS N.Sembilan melawat Rembau

Pada 24 Jun 2009 yang lalu Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sdr. Zulkefly Mohamad Hj Omar telah melawat Rembau mendengar sendiri keluhan orang Melayu Rembau yang terlibat dalam pengambilan tanah oleh kerajaan. Berita bergambar pada pautan berikut http://zulkeflyomar.blogspot.com/2009/06/pengambilan-tanah-orang-rembau.html

Keputusan tidak untungkan peneroka, memihak Felda

JEMPOL, 29 Jun (Hrkh) - PAS Kawasan Jempol telah menganjurkan perjumpaan dan sessi dialog bersama Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman di Muassasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol. Iklan

Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah Timbalan Pesuruhjaya Dua, PAS Negeri Sembilan, Kateran Marman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol, Abdul Rahman Ramli

Program ini dianjurkan untuk merungkai masalah yang dihadapi oleh golongan peneroka Felda dan program ini telah dihadiri oleh 50 peserta dari sekitar Felda di Daerah Jempol.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol. Abdul Rahman Rahim, sejak kebelakangan ini berlaku pelbagai masalah dan kepincangan dalam pengurusan Felda dan yang menjadi mangsa adalah peneroka Felda.

Masalah mula timbul apabila berlaku pengambilan tanah oleh pihak Felda untuk dimajukan ataupun ketika proses penanaman semula berlaku.

" Banyak keputusan yang kritikal yang membabitkan peneroka tidak menguntungkan peneroka, sebaliknya memihak kepada Felda", kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman juga mendedahkan bagaimana keputusan mesyuarat Blok untuk melantik Ketua Blok di "tong sampah" kan.

" Ketua Blok yang dilantik di dalam mesyuarat secara konsensus tidak di iktiraf.Sebaliknya pihak Felda dan Wakil Rakyat melantik Ketua Blok pilihan mereka sendiri.

" Begitu juga dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang dilantik adalah pilihan Felda dan Wakil Rakyat", jelas Abdul Rahman.

Abdul Rahman kesal kerana ini satu amalan yang tidak demokrasi, malah tidak menghormati hak peneroka untuk menentukan pemimpin mereka sendiri.

Mazlan Aliman yang juga merupakan Ahli Dewan PAS Pusat, dalam ucapannya menekankan bahawa mesej yang jelas dengan tegas perlu dihantar oleh peneroka kepada Felda dan kerajaan khususnya.

"Kaedahnya ialah dengan membuat perubahan besar ketika pilihanraya umum akan datang.

"Justeru PAS mesti meningkatkan gerak kerja di kawasan Felda dengan menggunakan pendekatan mendekati generasi kedua", kata Mazlan.

Menurut Mazlan Felda telah mengabaikan generasi kedua di Felda antaranya seperti generasi kedua yang ingin menetap di Felda dan menjaga ibubapa mereka, tetapi tidak ada sebarang kawasan perumahan yang baru disediakan oleh Felda mahupun kerajaan untuk golongan ini.

Kateran dalam ucapannya membidas kerajaan apabila dalam sebarang perjanjian hak milik tanah atau apa-apa urusan pengambilan tanah, kuasa mutlak terletak di tangan Felda dan kerajaan.

"Saya ingin bertanya kepada Felda dan kerajaan, jika ini situasinya, apakah kuasa yang ada pada peneroka?

"Walaubagaimanapun jika berlaku bencana alam, pihak Felda berkata mereka tidak bertanggungjawab", bidas Kateran.

Di penghujung dialog ini, beberapa peserta mengajukan soalan dan mengutarakan masalah peneroka kepada Mazlan.

Mazlan telah memberikan pandangan, cadangan dan beberapa kaedah penyelesaian untuk mengatasi masalah yang membabitkan peneroka. - azm _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21460&Itemid=1

6/27/09

Ceramah Ust Idris Ahmad 30 Jun 09 Seremban

CERAMAH PERDANA
Selasa 30 Jun 2009
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (Sebelah Surau Hitam)

Penceramah :
Ustaz Idris Ahmad – Ketua Penerangan PAS Pusat
Shamsul Iskandar Mat Akin – Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

6/25/09

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti. Iklan

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti. -azm_

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21393&Itemid=1

6/24/09

Isu Kerajaan Perpaduan: Pas NS ambil langkah diam diri, elak provokasi

Sinar Harian 24 Jun 2009

SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan mengambil langkah berdiam diri ekoran keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Yang Dipertua Pas kawasan Rembau, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, sehingga kini pihaknya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu bagi mengelakkan kekeliruan mana-man pihak terutama rakyat.

Sebaliknya, katanya, mereka lebih senang menumpukan kepada permasalahan masyarakat berbanding dengan isu tuding-menuding jari itu.

“Saya rasa adalah lebih baik Pas di negeri ini menumpukan kepada isu melibatkan masyarakat setempat berbanding isu berkenaan.

“Kita mengambil tindakan mendiamkan diri untuk meredakan isu Kerajaan Perpaduan kerana tidak mahu mana-mana pihak terkeliru,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, pihaknya tidak menolak dakwaan rakyat gembira dengan idea Kerajaan Perpaduan, tetapi perlu direalisasikan mengikut peraturan yang sepatutnya.

“Kita semua suka dengan Kerajaan Perpaduan, tetapi menjadi semakin keliru dengan tokok tambah daripada pelbagai sumber, termasuk media arus perdana,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, lebih baik Pas menumpukan isu berkaitan rakyat berbanding isu yang tidak akan berkesudahan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2893109.asp

6/23/09

Apa sudah jadi dengan JKKK di N.Sembilan ?

Begitu kecoh dengan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa Kebajikan Kebajikan Kampung (JKKK) di Negeri Sembilan sekarang ini.

Kalau masalah JKKK pun kerajaan Negeri Sembilan tak boleh selesai, macamana nak selesai masalah rakyat miskin , masalah imam-imam masjid , masalah sekolah agama , masalah KAFA , masalah lantikan Ahli Majlis Perbandaran , masalah Ahli Majlis Daerah , masalah pengangguran , masalah rumah terbengkalai , masalah banjir kilat , banjir lumpur , banjir najis , masalah bantuan kebajikan masyarakat.

Macamana nak suruh orang Melayu bersatu , sesama mereka pun dah tak bersatu ?

Bersatulah pada tali Allah. Bersatulah dengan mematuhi segala ajaran dalam Al Quran.


*************************
Taufek bidas ketelusan lantik JKKK
Harakahdaily 23 Jun 20009

PAROI, 23 Jun (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani membidas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohammad Hassan dalam isu perlantikan Ahli Jawatankuasa Kebajikan Kebajikan Kampung (JKKK) baru-baru ini.

Merujuk kepada pendedahan Ketua Bahagian Umno Seremban, Dato' Ishak Ismail di dalam Utusan Malaysia bertarikh 16 Jun, yang mendedahkan bahawa ada di kalangan Ahli JKKK yang dilantik mempunyai latar belakang kes jenayah, rasuah dan bankrap.

Menurut Mohd Taufek, adalah sedia maklum Ahli JKKK sebelum ini telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember 2008 dan lantikan baru hanya berkuatkuasa pada 1 Mei 2009.

"Pelantikan semula Ahli JKKK yang baru telah tertangguh selama empat bulan kononnya atas alasan Ahli JKKK perlu melalui proses penapisan ketat.

"Sungguh pelik selepas empat bulan proses penapisan ketat, mereka yang tidak layak dilantik sebagai Ahli JKKK," bidas Mohd Taufek.

Mohd Taufek berkata kenyataan Mohd Hasan sebelum ini bahawa pelantikan ini akan dijalankan dengan telus hanyalah sekadar kenyataan retorik semata-mata.

"Jika dakwaan Ishak ini benar, seharusnya Mohd Hasan perlu menukar Ahli JKKK yang terbabit dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Bagaimana Ahli JKKK yang mempunyai kes ini mampu memimpin rakyat jika mereka sendiri bermasalah?" tegas Mohd Taufek lagi. - azm _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021378&Itemid=98

*******************************
95 peratus tolak Pengerusi baru JKKK
Sinar Harian 23 Jun 2009

AYER HITAM – Kebanyakan ma:syarakat Kampung Dusat kecewa dengan pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik baru-baru ini dan lebih memeritkan apabila bantahan awal masyarakat kampung ini tidak diendahkan pihak tertentu.

P:engerusi Surau Kampung Dusat, Md Tahir Othman berkata, masyarakat kampung ini berasa dukacita dengan pelantikan Pengerusi JKKK baru yang menjadi tanda tanya.

Menurutnya, tujuan penduduk kampung ini membuat bantahan ini bukannya mahu mempertikaikan keputusan kerajaan negeri dan pihak-pihak berkenaan yang lain, tetapi penduduk di sini berasa kesal kerana pelantikan ini tidak menepati kehendak masyarakat dan pemimpin negeri yang mahukan seseorang penjawat JKKK itu perlu bersih serta mengikut spesifikasinya.

“Malangnya kesemua yang diingini itu tidak terdapat pada Pengerusi JKKK Kampung Dusat yang baru dan ia sehingga kini meninggalkan tanda tanya kepada seluruh penduduk kampung di sini.

“Pelantikan Pengerusi JKKK yang baru ini mendapat penolakan yang amat jelas sebanyak 95 peratus daripada ahli masyarakat kampung ini bukan berdasarkan sikap pilih kasih tetapi ia atas alasan kukuh yang mempunyai bukti,” katanya.

Md Tahir berkata, antara faktor-faktor bantahan pelantikan Pengerusi JKKK ini dijalankan kerana 95 peratus masyarakat Kampung Dusat menolak pelantikan Pengerusi baru kerana calon bukan pemastautin kampung ini sebaliknya seorang peneroka Felcra Ayer Hitam dan kini mendirikan rumah di tanah rizab JKR di Simpang Empat Ayer Hitam dan masyarakat kampung mahukan seseorang pemastautin tetap.

"Pengerusi JKKK yang baru ini kini sedang di dalam tindakan mahkamah yang difailkan oleh Felcra Berhad kawasan Ayer Hitam atas kesalahan menceroboh tanah Felcra peringkat 2/3," katanya.

Sinar Harian mendapat pengesahan dakwaan itu dengan menemu bual Pengurus Felcra kawasan Ayer Hitam, Jantan Mohd Amin yang menyatakan Pengerusi JKKK kampung ini masih lagi dalam tindakan mahkamah sejak tahun 2007 atas kesalahan mengeluarkan sendiri hasil tanaman sawit yang sepatutnya dikendalikan Felcra.

“Pengerusi JKKK Kampung Dusat ini kini masih lagi dalam peringkat sebutan kes berhubung dengan pencerobohan tanah Felcra. Pihak Felcra adalah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan tanah sehingga mengeluarkan hasil dan ia melalui sistem saham.

“Bagaimanapun, sebelum geran itu dikeluarkan lagi, Pengerusi JKKK kampung ini sudah mula mengambil hasil tanaman sendiri yang sepatutnya hasil tersebut tidak boleh diambil sendiri memandangkan hasil tanaman itu akan ditolak kepada pinjaman yang dilakukan ke atas tanah itu,” katanya.

Setiausaha UMNO Cawangan Ayer Hitam, Omar Abu Bakar turut membantah pelantikan berkenaan dengan menyatakan Pengerusi JKKK yang baru ini sejak dahulu lagi tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat Kampung Dusat apatah lagi terlibat dalam program-program keagamaan serta tidak pernah hadir ke majlis di surau kampung itu sendiri.

“Hari ini pucuk kepimpinan asyik memperkatakan mesti mengutamakan pandangan akar umbi, mendengar hasrat akar umbi, tetapi malangnya keadaan di Kampung Dusat adalah sebaliknya,” katanya.

Seorang penduduk, Muhamad Tahir Mihat berkata, penduduk kampung ini amat mengharapkan agar pihak bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan masyarakat kampung yang perlu mengharungi kehidupan seharian di bawah pentadbiran pihak yang tidak sewajarnya menjadi pengerusi JKKK.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2889545.asp

*******************************************
UMNO Seremban pertikai pelantikan JKKK, bapa angkat
Utusan Malaysia 17 Jun 2009
SEREMBAN 16 Jun - UMNO Bahagian Seremban mahu kerajaan negeri dan Badan Perhubungan UMNO negeri supaya bersikap lebih profesional dan telus dalam membuat keputusan tanpa meminggirkan sentimen setempat.

Ketuanya, Datuk Ishak Ismail berkata, kegagalan berbuat sedemikian memperlihatkan seolah-olah meminggirkan UMNO bahagian berkenaan selain tidak mengakui kepimpinannya yang dipilih oleh orang ramai.

Tegas Ishak, antara tindakan yang dilakukan tanpa perbincangan di peringkat bahagian termasuk soal pelantikan pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (BN) yang diwujudkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang.

''Kita juga tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebagai 'bapa angkat' di kawasan Ampangan, Sikamat dan Nilai.

''Saya ingin bertanya apabila tiba pilihan raya nanti, adakah 'bapa angkat' ini yang akan bertanggungjawab? Malah, ada di kalangan mereka sendiri pun tidak mampu menjaga kawasan masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Ishak juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilihat meragukan.

Beliau juga mempersoalkan sistem tapisan yang dilaksanakan bagi memilih JKKK sedangkan ada di kalangan mereka yang dilantik mempunyai masalah termasuk masalah kesihatan dan berdepan dengan kes tertunggak di mahkamah.

"Ada di kalangan yang mereka yang dilantik pula bukan orang tempatan, muflis, terbabit dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan dan berpenyakit.

''Jika kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan mereka yang dilantik akan ditapis dan diperiksa latar belakang terlebih dulu tetapi apakah jenis tapisan dan pemeriksaan yang dilakukan dengan melantik orang-orang bermasalah ini," tegas Ishak.

Ishak menjelaskan, tindakan itu kemudiannya membawa keputusan pihaknya tidak menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai tanda protes kelmarin.

''Hasil dari perbincangan dengan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, kami memutuskan tidak menghadirinya kerana Badan Perhubungan UMNO negeri dan kerajaan negeri membuatkan kami seperti tidak wujud.

''Saya juga tidak akan menghadiri mesyuarat selagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar tidak mengubah sikapnya," tegas beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

********************
Thursday, June 18, 2009
Lantikan JKKK N.Sembilan celaru

Setelah kosong lama jawatan JKKK kerana kerajaan Negeri Sembilan gagal melantik JKKK seluruh Negeri Sembilan, maka baru - baru ini Menteri Besar dengan bangga telah mengumumkan senarai lantikan, rentetan dari itu maka berderetlah majlis penyerahan watikah. Telah dibuat diperingkat negeri, watikah yang sama juga disampaikan semula di peringkat Dun dan seumpamanya.

Lantikan JKKK lama telah tamat 31 Disember lalu dan hanya pada 1 Mei lalu lantikan baru dapat dibuat. Ini ekoran regim Bn Negeri Sembilan kegitu ketandusan tokoh masyarakat. JKKK yang dinamakan dikalangan pemimpin Bn tempatan sahaja ini pula makin sukar kerana masalah pepecahan dalam Umno dan parti komponen yang lain. Contohnya di Seremban memang susah mencari yang layak antara dalam Umno dan lebih sukar lagi ada sedikit yang layak pula terpaksa di elak dari dilantik kerana ia dari kem berbeza dengan Menteri Besar (Pengerusi Umno Negeri Sembilan). Kebanyakan Pemimpin Umno setempat di Seremban tidak senang dengan Mohamad Hasan kerana didakwa menindas Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail. Ini semua yang menyebabkan proses lantikan JKKK terpaksa mengambil masa yang lama. Masalah ini juga berlaku di kampung baru dan kawasan perkampungan India yang menggambarkan masalah dalaman Bn Negeri Sembilan yang parah.

Mohamad Hassan sudah tentu cuba menarik nafas lega setelah berjaya juga akhirnya menamakan semua 557 pengerusi dan ahli jawatankuasa kemajuan kampung seluruh negeri melalui satu proses penapisan yang begitu teliti dalam aspek menjamin sokongan peribadi beliau dan kuncunya.

Malangnya baru beberapa hari beliau sudah diserang Datuk Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban. Menurut Ishak, lantikan yang dibuat tidak profesional dan tidak telus dan mengenepikan sentimen setempat.

Ishak mendedahkan dalam kenyataan medianya yang disiarkan Utusan Malaysia pada 16 Jun lepas mengenai ada JKKK yang dilantik punya rekod jenayah, kerana masalah menjaga kepentingan politik ada lantikan JKKK dari luar kawasan tertentu. Ini tentu akan menyukarkan lagi pentadbiran dan kebajikan rakyat terabai.

Ishak juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilihat meragukan.

Beliau juga mempersoalkan sistem tapisan yang dilaksanakan bagi memilih JKKK sedangkan ada di kalangan mereka yang dilantik mempunyai masalah termasuk masalah kesihatan dan berdepan dengan kes tertunggak di mahkamah.

"Ada di kalangan yang mereka yang dilantik pula bukan orang tempatan, muflis, terbabit dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan dan berpenyakit.

''Jika kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan mereka yang dilantik akan ditapis dan diperiksa latar belakang terlebih dulu tetapi apakah jenis tapisan dan pemeriksaan yang dilakukan dengan melantik orang-orang bermasalah ini," tegas Ishak.

Ishak menjelaskan, tindakan itu kemudiannya membawa keputusan pihaknya tidak menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai tanda protes kelmarin.

''Hasil dari perbincangan dengan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, kami memutuskan tidak menghadirinya kerana Badan Perhubungan UMNO negeri dan kerajaan negeri membuatkan kami seperti tidak wujud.

''Saya juga tidak akan menghadiri mesyuarat selagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar tidak mengubah sikapnya," tegas beliau.

Ini semua menggambarkan masalah seriusnya krisis dalaman Umno yang mengakibatkan masalah pentadbiran kerajaan negeri yang akhirnya mengabaikan rakyat.

Perlantikan dan proses pembayaran elaun JKKK ini juga amat pelik. Walaupun baru dilantik kerajaan negeri terpaksa membayar RM 1 juta elaun tertunggak kononya kepada pemimpin Bn setempat yang mendapat lantikan JKKK ini.

Persoalanya kenapa pula perlu bayar elaun tertunggak dari Januari hingga April sedangkan mereka baru dilantik Mei. Adakah keistimewaan ini untuk membeli sokongan mereka ?

Ini satu bentuk pembaziran besar wang rakyat. Inilah bukti ketidak cekapan kerajaan regim Bn yang bukan setakat mementingkan kroni, penyokong peribadi malah menyusahkan dan membazirkan wang rakyat.

Selaku ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan che'GuBard ingin merakamkan rasa amat kecewa dengan perkembangan ini. Juga dituntut tunggakan RM 1 juta yang dimaksudkan ditarik balik dan dipulangkan kepada rakyat.

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/lantikan-jkkk-nsembilan-celaru.html

6/17/09

Rayuan Sumbangan DUN Manek Urai Kontinjen N9

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan untuk membantu Kontinjen PAS Negeri Sembilan dalam pilihanraya kecil di DUN Manek Urai , Kelantan bolehlah menghubungi Sdr Jamalulail Mohd Yusof (019-6237822) yang merupakan Bendahari Kontinjen.

6/16/09

YB Hj Taufek Ketua Kontinjen N9 ke Manek Urai

YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen Petugas Pilihanraya PAS Negeri Sembilan untuk menghadapi Pilihanraya Kecil di DUN Manek Urai , Kelantan.

Sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang ingin memberi sebarang bentuk sumbangan untuk menjayakan misi ini bolehlah menghubungi Sdr Mohamad Hassan Tamby 019-2171942

Ceramah Nasib Rakyat 25 Jun 09 Seremban

CERAMAH PERDANA : Bersama pejuang bahasa , pejuang rakyat dan pejuang anak-anak peneroka Felda

Penceramah :
1. Sdr Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat / Pengerusi Anak-Anak Peneroka Felda / Penulis Buku “Felda , Dulu Tolong , Sekarang Along” http://pasbakri.blogspot.com/2009/03/buku-minggu-ini-felda-dulu-tolong.html

2. Chegubard - Ketua Bahagian PKR Rembau / Pejuang Rakyat / Pejuang Tanah Adat Rembau http://chegubard.blogspot.com

3. YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi / Yang DiPertua PAS Rembau / AJK PAS Pusat / Pejuang Bahasa Melayu http://mohdtaufek.blogspot.com

TARIKH : 25 JUN 2009 , KHAMIS
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : PUSAT KHIDMAT DUN PAROI , TAMAN TASIK JAYA , SEREMBAN

Semua Dijemput Hadir

6/11/09

PAS Kuala Pilih anjur tamrin perkasakan ahli

Faiz Abdullah
Thu Jun 11, 09 7:34:59 am MYT
KUALA PILAH, 11 Jun (Hrkh) - PAS Kawasan Kuala Pilah dan Dewan Muslimat PAS Kuala Pilah telah menganjurkan program Tamrin Kepimpinan di Markas Tarbiyah Kg.Kuala Serdang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Perasmian program telah dilakukan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Pilah, Kamaruddin Tahir.

Kamaruddin dalam ucapannya berkata, " proses latihan ini diadakan untuk memastikan anggota parti memahami perkara yang berkaitan dengan Islam."

Dalam program ini telah dibentangkan dua kertas kerja.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairil Anuar wafa membentangkan kertas kerja bertajuk "Kepentingan Berintimak Dengan Jamaah Islam, sementara Ketua Pemuda PAS Kuala Pilah, Ahmad Fuad Othman membentangkan kertas kerja bertajuk, "Adab dan akhlak berjamaah".

Khairil Anuar dalam pembentangannya berkata, "ahli bahawa bergerak dalam Islam adalah kewajipan dan merupakan Sunnah Rasulullah ketika awal penyebaran Islam."

Program ini dihadiri oleh lebih 50 orang ahli terdiri daripada AJK PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan dan AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan.

Ketua Pemuda PAS Kuala Pilah, Ahmad Fuad berkata pada masa akan datang lebih banyak program akan dilaksanakan untuk memperkasakan ahli PAS di kawasan Kuala Pilah. - mks.

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021244&Itemid=98

6/10/09

Rakaman Usul Mansuh PPSMI oleh YB Hj Taufek

PAS Kawasan Rembau telah membentangkan Usul Memansuhkan PPSMI pada Muktamar PAS Pusat ke 55 pada 7 Jun 2009 yang lalu yang telah diterima sebulat suara oleh perwakilan. Usul tersebut telah disokong dengan perbahasan mantap oleh YB Ir Nizar Jamaluddin. YB Mohamad Taufek Abd Ghani selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau telah membentang usul tersebut. Ini adalah kali pertama satu usul telah dibahaskan di peringkat muktamar pusat oleh perwakilan dari Negeri Sembilan

Sila ke pautan berikut untuk rakaman video pembentangan usul tersebut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/06/usul-ppsmi.html

Jamuan Makan Malam Perdana 21 Jun 09 N9

Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana

Bersama :
YB Mahfuz Omar
YB Sarifuddin
YB Sivakumar

Tarikh : 21 Jun 2009 , Ahad
Masa : 7:30 malam hingga 12 malam
Tempat : Ulu Beranang , Negeri Sembilan

Satu meja cuma RM 400 sahaja
Untuk tempahan meja dan pertanyaa hubungi Ghazali 019-2515618

Anjuran MTD Lenggeng http://mtdlenggeng.blogspot.com untuk Dana Pejabat PAS Lenggeng

6/9/09

STRUKTUR ORGANISASI BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN

Alamat :
No. 100 , Tingkat 1 , Taman Kayu Manis
KM 5 , Jalan Seremban – Klawang
70400 Seremban , Negeri Sembilan
Tel/Faks : 06-7637450

Setiausaha Kerja : Suhaire bin Haji Sulaiman

_________________________________________________

AHLI JAWATANKUASA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN SESI 2008 – 2009

1. Pesuruhjaya – Zulkefly Mohamad bin Haji Omar
2. Timbalan Pesuruhajaya 1 – Hj Kateran bin Marman
3. Timbalan Pesuruhjaya 2 – Zakaria bin Khalim
4. Timbalan Pesuruhjaya 3 – Ustaz Haji Ramli bin Abu Bakar Al-Hafiz
5. Setiausaha – Shamsul Kamal bin Hj Idris
6. Bendahari – Haji Abdul Aziz bin Md Isa
7. Ketua Penerangan – Hassan bin Hj Taha

_________________________________________________

AHLI JAWATANKUASA DEWAN ULAMAK NEGERI SESI 2009 – 2011

1. Ketua - Ustaz Hassan Alias
2. Timbalan Ketua – Ustaz Haji Ramli
3. Naib Ketua – Ustaz Haji Abdul Ghani
4. Setiausaha – Ustaz Mohd Nazri
5. Bendahari – Ustaz Hj Khairi
6. Ketua Penerangan – Ustaz Azman

_________________________________________________

AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA NEGERI SESI 2009 – 2011

1. Ketua – Ustaz Haji Khairil Anuar bin Mohd Wafa
2. Timbalan Ketua – Mohd Sufian bin Ibrahim
3. Naib Ketua – Ustaz Mohd Fuad
4. Setiausaha – Mohamad Yusri
5. Bendahari – Ustaz Mohd Nazri Zainudin
6. Ketua Penerangan – Mohamad Hakki

_________________________________________________

AHLI JAWATANKUASA DEWAN MUSLIMAT NEGERI SESI 2009 – 2011

1. Ketua – Puan Fazilah Abu Samah
2. Timbalan Ketua – Ustazah Siti Meriam Naam
3. Naib Ketua – Puan Rosenadiah Zainuddin
4. Setiausaha – Puan Norlina Md Jadi
5. Bendahari – Puan Saadiah
6. Ketua Penerangan – Puan Norwani

__________________________________________________

1. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN REMBAU SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – YB Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani
2. Timbalan Yang DiPertua – Rozmal bin Malakan
3. Naib Yang DiPertua – Mohamad Hassan bin Tamby
4. Setiausaha – Hj Shukri Mohamad Habeb
5. Bendahari – Hamizi bin Ahmad
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Nazri
7. Ketua Pemuda – Mohd Sufian bin Ibrahim
8. Ketua Muslimat – Pn Norwani
9. Ketua Penerangan – Syed Ahmad Johari Syed Mohd

Alamat :
Pejabat PAS Kawasan Rembau
PASTI Al Amin , Kg Pulau Besar
71300 Rembau
Negeri Sembilan
Tel : 017-2446215

____________________________________________________

2. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN RASAH SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Rahmat Abdul Jalil
2. Timbalan Yang DiPertua – Hj Anuar Azahari
3. Naib Yang DiPertua – Ahmad bin Ibrahim
4. Setiausaha – Rosli Man
5. Bendahari – Azhar Mustafa
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Mokhti
7. Ketua Pemuda – Ustaz Khairil Anuar bin Mohd Wafa
8. Ketua Muslimat – Ustazah Halimah
9. Ketua Penerangan – Rosli Nordin

Alamat :
Tel : 019-3717183

__________________________________________________

3. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN TAMPIN SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Zakaria bin Khalim
2. Timbalan Yang DiPertua – Hj Mohd Ali bin Hj Maarof
3. Naib Yang DiPertua – Hj Razakek Rahim
4. Setiausaha – Zanil Subuh
5. Bendahari – Hj Mokhtar Yunus
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Hj Abdul Ghani
7. Ketua Pemuda – Mohamad Hafis Md Nqisum
8. Ketua Muslimat – Hjh Latifah Daud
9. Ketua Penerangan – Kapt (B) Hj Rusli Idris

Alamat :
Pejabat PAS Kawasan Tampin
Taman Dato Taha
73200 Tampin , Negeri Sembilan
Tel/Faks : 019-2132376

__________________________________________________

4. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN JEMPOL SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Abdul Rahman bin Ramli
2. Timbalan Yang DiPertua – Hj Abdul Majid Ujang
3. Naib Yang DiPertua – Zakaria
4. Setiausaha – Hj Zainol
5. Bendahari – Ustaz Isa
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Haji Ramli Abu Bakar Al-Hafiz
7. Ketua Pemuda – Mohd Fairuz Hj Mohd Isa
8. Ketua Muslimat – Ustazah Siti Meriam Naam
9. Ketua Penerangan – Muhammad Abu

Alamat :
Muasasah Darul Sharif
Kg Gajah Mati
Bahau , Negeri Sembilan
Tel : 017-2975681

___________________________________________________

5. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN TELOK KEMANG SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Hj Ramli Ismail
2. Timbalan Yang DiPertua – Mohd Azami Md Zain
3. Naib Yang DiPertua – Hj Baharom Bujang
4. Setiausaha – Hj Kamarol Ridzuan Mohd Zain
5. Bendahari – Hafiz Sarjono
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Hassan Alias
7. Ketua Pemuda – Ustaz Fauzi Ahmad
8. Ketua Muslimat –
9. Ketua Penerangan – Azhari Ismail

Alamat :
PASTI At Taqwa
Bt 6 , Jalan Telok Kemang , Kg Telok Kemang
71050 Si Rusa , Negeri Sembilan
Tel : 019-6604828

____________________________________________________

6. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN JELEBU SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Hj Kateran Marman
2. Timbalan Yang DiPertua – Hj Jamlus Mansur
3. Naib Yang DiPertua – Nor Anif Hj Selamat
4. Setiausaha – Saiful Bahri Hj Jaaman
5. Bendahari – Jawa Mohd Yusuf
6. Ketua Urusan Ulamak – Hj Shamsudin Borhan
7. Ketua Pemuda – Khairul Azidi Ishak
8. Ketua Muslimat – Puan Osnidah Othman
9. Ketua Penerangan –Hj Zainudin Abu Hassan

Alamat :
Markas MTD Klawang
Lot 415 , Kg Larong , 71600 Kuala Klawang
Jelebu , Negeri Sembilan
Tel : 019-6174178

_____________________________________________________

7. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN KUALA PILAH SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Hj Kamaruddin Md Tahir
2. Timbalan Yang DiPertua – Zaharuddin Hj Othman
3. Naib Yang DiPertua – Ir Mohamad Noor Abdul Rahman
4. Setiausaha – Ir Roslee Hj Mohamad
5. Bendahari – Ruzlan Abdul Rahman
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Mohamad Kasim
7. Ketua Pemuda – Ustaz Mohd Fuad
8. Ketua Muslimat – Ustazah Fazilah Abu Samah
9. Ketua Penerangan –Abd Karim Shahimi Abd Razak

Alamat :
Pejabat Bersama PAS & PKR
No 2 , Tingkat 1 , Taman Pilah Perdana
Jalan Bahau , 72000 Kuala Pilah , Negeri Sembilan
Tel : 013-3922378
Surat menyurat : Lot 8291 , Taman Johol , 73100 Johol , N.Sembilan

6/7/09

Laman Web Baru PASTI N.Sembilan

Berikut adalah laman web baru PASTI Negeri Sembilan yang dikendalikan oleh Unit ICT PASTI Negeri Sembilan http://www.pastin9.net/

6/3/09

Pejuang budaya PAS N.Sembilan dlm kenangan

Tuesday, June 2, 2009
MENGENANG ARWAH PENULIS YEOP JOHARI YAAKOB

( Dari laman web Waris Gadong sasterawan A.F.Yassin http://www.afyassin.com/adatperpatih/2009/06/mengenang-arwah-penulis-yeop-johari.html )

PAS N.Sembilan telah kehilangan seorang sasterawan dan pejuang veteran dengan pemergian ke rahmatullah Drs Yeop Johari Yaakob pada pagi Jumaat 10 Mac 2006 yang lalu.

Drs Yeop atau lebih dikenali dengan Cikgu Yeop dikalangan rakan-rakan yang tidak menunjukkan sebarang penyakit sebelum ini meninggal dunia di rumahnya di Taman Paroi Jaya , Seremban semasa tidur pada usia 60an.

Beberapa pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan telah menziarahi jenazah beliau antaranya Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Us Kassim Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan, Hj Abd Taufek Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan.

Cikgu Yeop terkenal di kalangan para sasterawan ketika beliau berkhidmat bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Semasa hayat beliau , beliau telah memberikan khidmat di peringkat badan perhubungan PAS N.Sembilan, PAS Kawasan Tampin, serta PAS Cawangan Astana Raja serta PAS Cawangan Kota.

Malah rumah beliau di Kg Bongek dijadikan Markas PAS serta kegiatan PASTI DUN Kota sedikit masa dahulu. Cikgu Yeop juga turut aktif memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar miskin yang mendapat khidmat tuisyen serta kelas tambahan.

Disamping itu Cikgu Yeop sering memperjuangkan Adat Perpatih yang berlandaskan hukum syarak, sesuai dengan kata adat Adat Bersendikan Hukum, Hukum Bersendikan Kitab Allah, Syarak Mengata Adat Menurut.

Sesungguhnya PAS N.Sembilan telah kehilangan seorang pejuang yang unik serta sukar untuk ditukar ganti. Semoga Allah merahmati roh beliau serta melahirkan lebih ramai lagi pejuang Islam yang meperjuangkan sasterawan Melayu Islam serta Adat Perpatih dari kacamata Islam di negeri yang penuh beradat ini.

6/1/09

Surau Warisan Puteri Seremban difitnah pusat pembangkang

Amat mendukacitakan apabila setelah sekian lama tidak pernah nampak muka di surau, tiba-tiba datang seorang hamba Allah (layakkah digelar hamba Allah?Mungkin lebih baik kita gelar aje sebagai "hamba nafsu yang semakin menderita") dengan tujuan untuk mencari maklumat tertentu untuk diaibkan atau dijadikan bahan FITNAH !!

Lazimnya setiap orang yang datang ke surau atau mana-mana rumah Allah, dengan niat untuk beribadah, menyempurnakan rasa kehambaan kepada Tuhan dan dalam masa yang sama mengeratkan lagi hubungan di antara sesama jemaah demi perpaduan Islam, tetapi sungguh sedih (bahkan teramat sedih) apabila melihatkan "hamba nafsu yang semakin menderita" ini datang ke surau kita kemudian pulang dengan membawa berita sensasi untuk dikongsikan bersama ketua mereka yang tidak sabar menanti..lalu, hasilnya..FITNAH pun mula menular.

Kisah lanjut pada laman Web Surau Al Hidayah , Warisan Puteri , Seremban di pautan berikut http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2009/05/isu-fitnah-surau-al-hidayah-pusat.html