FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

7/31/09

Jualan Amal Kuey Teow 15 Ogos Senawang

JUALAN AMAL CHAR KUEY TEOW GORENG PANAS
Sempena EXPO Di Ambang Ramadhan
Pada 15 dan 16 Ogos 2009 ( Malam )

Hanya RM 5 satu kupon

Jualan Amal bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan

Anjuran : Muslimat Rembau dan Paroi

Untuk tempahan dan belian kupon hubungi Pn Norwani 013-3851202 , Pn Fauziah 013-7779328

Maklumat lanjut Program EXPO Di Ambang Ramadhan di http://yam-ns.blogspot.com

7/30/09

Zaid dan Anwar Ibrahim 11 Ogos 09 Rembau


CERAMAH PERDANA
Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke 52
Bersama :
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Tn Hj Mohamad Sabu
Dato’ Zaid Ibrahim
Dato’ Dr Chua Jui Meng
YB Dato Kamarul Baharin Abbas
YB Tn Hj Mohd Taufek
che'GuBard

Tarikh : 11 Ogos 2009 (Selasa)
Masa : 8:40 malam
Tempat : Kg. Selemak , Rembau ( tepi jalan utama Kg Batu , Rembau ke Inas, Johol )

Pertanyaan lanjut hubungi Azizi 012-3696474 atau http://chegubard.blogspot.com/

7/29/09

Adun Lenggeng dituduh terima rasuah daripada kontraktor

SEREMBAN, 27 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Mustafa Salim dituduh menerima rasuah RM2,000 daripada seorang lelaki di sebuah restoran di Mantin, dekat sini. Mustafa dituduh meminta wang suapan dari M.Manimaran, 37, untuk mengeluarkan surat sokongan untuk kelulusan permit menjual pasir.

Beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban di hadapan Hakim Amran Jantan. Dia didakwa mengikut Seksyen 10(b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih.

Mustafa dituduh menerima wang tunai RM2,000 daripada pengadu M. Manimaran, di Restoran Jabrin Maju, No.17, Jalan Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada pukul 5.00 petang, 31 Ogos 2008.

Manimaran yang juga merupakan salah seorang saksi dalam kes ini, mendakwa Mustafa Salim melalui seorang lelaki bernama Mustafa Pendek, juga pernah meminta wang tunai RM3,000.00 di Lot 1321, Mukim Pantai di sini pada pukul 11 pagi, 28 Ogos 2008, atas alasan untuk mengeluarkan surat sokongan untuk kelulusan permit menjual pasir.

Mustafa juga mengahadapi tuduhan yang ketiga iaitu meminta wang tunai RM2,000 dari Manimaran di Badan Pencegah Rasuah (Kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), di Jalan Dato' Kelana Makmor pada pukul 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Mustafa diwakili oleh peguam Ahmad Rosdi Ahmad Idrus, Dato' Taqiyuddin Yahya dan Mohd Faisal. Manakala John Fernandez bertindak sebagai peguam pemerhati Manimaran.

Manimaran juga menolak cadangan peguambela Mustafa, bahawa pemberian wang tersebut adalah untuk program bantuan orang miskin dan ibu tunggal.

"Sumbangan bermakna pemberian ikhlas, tetapi saya diugut dan diminta memberi wang tunai secara paksa," kata Manimaran.

Sementara itu Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), V. Mahendran, 25, menjelaskan bagaimana sebuah telefon bimbit Sony Ericsson K700i yang diubah suai digunakan untuk merakamkan perbualan audio dan visual tertuduh dan saksi di Restoran Jabrin Maju pada hari kejadian.

Katanya, telefon bimbit itu diletakkan di atas meja dalam keadaan sedia untuk rakaman sebaik tertuduh duduk dan selepas tertuduh ditahan, telefon bimbit itu diserahkan kepada pegawai SPRM, Asisten Suprintendan Mohamad Ashraf Zamari.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Dato' Abdul Razak Musa, Mahendran memberitahu wang perangkap sebanyak RM2,000 telah direkodkan nombor siri terlebih dahulu di pejabat SPRM Negeri Sembilan sebelum serbuan diatur.

"Sejurus Mustafa menerima wang tersebut dari Manimaran, dan selepas Manimaran meninggalkan meja untuk membasuh tangan, beberapa pegawai SPRM telah menyerbu Mustafa.

"YB mengambil kunci kereta dari meja dan cuba lari, walau bagaimanapun pegawai SPRM berjaya menahan beliau," kata Mahendran lagi.

Pada prosiding di sebelah petang, mahkamah telah ditunjukkan rakaman DVD perbualan dan transaksi tuduhan tersebut yang berlaku di restoran Jabrin Maju, yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit tersebut.

Walau bagaimanapun rakaman tersebut terpaksa dihentikan selepas beberapa minit kerana sistem audio televisyen yang digunakan kurang jelas.

Peguambela Mustafa, Mohd Faisal mempertikaikan bahawa salinan rakaman DVD yang diberikan kepada barisan peguamnya adalah lain daripada apa yang ditayangkan di mahkamah.

Mohd Faisal memohon kepada mahkamah agar mereka diberikan salinan DVD yang dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah dengan alasan ada kemungkinan pihak pendakwa akan menyunting rakaman tersebut selepas Pegawai Penguatkuasa SPRM memberikan keterangan tadi.

Hakim Amran Jantan menetapkan bahawa rakaman DVD ini akan diteliti semula ketika kes ini bersambung lagi pada 3 dan 5 Ogos depan. - mns_

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21906&Itemid=1

7/27/09

Ceramah YB Salahudin Ayub 28 Jul 09 Jelebu

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 28 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balairaya PAS Cawangan Kg Jerang, Simpang Durian, Jelebu
Penceramah :
YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)
Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua Angkatan Muda PKR)

CERAMAH UMUM
Tarikh : 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : PASTI Al-Ikhlas, Felda Lui Barat, Sg Lui, Jelebu
Penceramah : Ustaz Nasaruddin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
Sempena perasmian PASTI Al-Ikhlas Felda Lui Barat

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut di http://pasjelebu.blogspot.com

7/24/09

Ceramah Mansuh ISA 26 Jul 09 Seremban

CERAMAH MANSUH ISA PERINGKAT N.SEMBILAN
Ahad 26 Julai 2009
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :
Syed Ibrahim Syed Noh , Pengerusi Gerakan Mansuh ISA
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N.Sembilan
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

SEMUA DIJEMPUT HADIR

7/23/09

Program Sekampit Beras sempena Ramadhan di Tampin

MAJLIS PELANCARAN SEKAMPIT BERAS SEMPENA RAMADHAN

PAS Tampin akan melancarkan program "seorang sekampit beras" sempena Ramadhan ini pada 31hb Julai 2009 (Jumaat), jam 9 malam bertempat di Markas PAS Tampin, 4464, Taman Dato Mohd Taha , Gemencheh.

Sumbangan sekampit beras ini akan disampaikan kepada golongan fakir miskin di dalam kawasan Tampin.

Bersempenan pelancaran ini juga, taklimat semasa politik akan disampaikan oleh YB Taufek - ADUN Paroi, YB V.Verappan - ADUN Repah dan Ustaz Zakaria Khalim-TPJ 1 PAS Negeri Sembilan.

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut di http://pastampin.blogspot.com

7/18/09

Himpunan mansuh ISA, 100 dari PAS Tampin

100 ORANG KE HIMPUNAN MANSUH ISA
Pas Tampin akan mempastikan 100 orang anggotanya ke Himpunan Membantah ISA pada 1hb Ogos 2009. Demikian ditegaskan oleh Yang Dipertua Pas Tampin, Ustaz Zakaria Khalim.

Semua cawangan telah diarahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Apabila suara di Parlimen membantah ISA ini tidak didengari, maka hanya kuasa rakyat sahaja sebagai penyelesaiannya", tegas Ustaz Zakaria lagi.

Sumber http://pastampin.blogspot.com/2009/07/100-orang-ke-himpunan-mansuh-isa.html

7/17/09

Perunding kaji kadar bantuan baitulmal

Berita Harian 16 Julai 2009

Kajian dilakukan bagi selaras pembahagian ikut keperluan penerima, kos sara hidup semasa

SEREMBAN: Kerajaan negeri sudah melantik perunding khas sejak Januari lalu untuk melaksanakan kajian mengenai kadar bantuan baitulmal agar ia sesuai dengan kos sara hidup masyarakat hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kajian itu dilakukan kerana kerajaan negeri berhasrat menyelaraskan pembahagian bantuan itu mengikut keperluan penerima berdasarkan kos sara hidup ketika ini.



"Kos sara hidup yang semakin meningkat dan perbezaan kos sara hidup di bandar dan luar bandar, menyebabkan kerajaan negeri perlu mencari alternatif bagi membolehkan pembahagian zakat dibuat dengan adil dan sesuai mengikut keperluan penerima," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan baitulmal untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Orang Ramai Rantau, dekat sini, baru-baru ini.

Mohamad berkata, latar belakang penerima juga perlu diselidik bagi membolehkan mereka menerima bantuan sewajarnya dan jumlah zakat yang diterima perlu ada perbezaan bagi membolehkan penerima menggunakan mengikut keperluan masing-masing

"Melalui kajian menyeluruh itu, kerajaan negeri berharap dapat mewujudkan perimbangan dalam pembahagian zakat untuk diberikan sama rata kepada orang yang berhak menerimanya dan mengenal pasti bantuan diberi mencukupi atau tidak.

"Bagaimanapun, kita belum mendapat laporan lengkap daripada kajian yang dilakukan itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pelbagai lapisan masyarakat dapat mengambil bahagian dalam kajian dilakukan itu bagi membolehkan perunding dilantik dapat melengkapkannya, sekali gus membolehkan sistem rombakan bayaran mengikut keperluan sara hidup masyarakat hari ini boleh dilaksanakan.

Pada majlis penyampaian bantuan itu, 151 orang penerima bantuan membabitkan tujuh kariah masjid di DUN Rantau menerima agihan zakat untuk fakir miskin berjumlah keseluruhan RM15,100.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20090716095257/Article/index_html

7/15/09

Gambar Tok Guru dipijak-pijak di Kelantan ?

Ni apo ceghito pulak ni ? Bace sini http://alqirputra.blogspot.com/2009/07/yang-aku-tak-setuju.html

MU = MUhassabah

Gajah di Jelebu beri amaran akan berlaku banjir besar ?

Apakah gajah jantan di Jelebu ini ingin memberi amaran bahawa banjir besar akan berlaku di Jelebu sekiranya aktiviti pembalakan dan pembinaan empangan di sana tidak dikawal dan dipantau dengan rapi ?

Berita Harian 15 Julai 2009
Pekebun Kampung Gagu bimbang serangan gajah

KUALA KLAWANG: Penduduk Kampung Gagu, dekat sini, yang rata-ratanya mengusahakan kebun sebagai sumber pendapatan, kini berada dalam kebimbangan berikutan kehadiran seekor gajah jantan sejak seminggu lalu yang sering merosakkan tanaman mereka.

Kehadiran haiwan berkenaan di kampung Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu menyebabkan penduduk ada kala berasa takut untuk menjalankan kegiatan harian, terutama mencari rezeki dengan menoreh getah, bimbang bertembung dengan haiwan liar itu.

Tinjauan di beberapa kawasan sekitar kampung itu menemui najis dan tapak kaki haiwan itu sekali gus membuktikan kehadirannya.

Seorang penduduk, Nasron Othman, 51, berkata kehadiran gajah itu disedarinya Jumaat minggu lalu selepas mendapati beberapa pokok pisang dan getah di kebunnya rosak akibat dipijak haiwan itu.

"Gajah itu dipercayai datang ke kebun saya pada waktu malam. Malah, kejadian sama berulang keesokannya apabila beberapa lagi pokok pisang dan getah tumbang angkara haiwan itu," katanya.

Penoreh getah, Azman Sawir, 46, mengakui kemunculan haiwan itu menyebabkan dia bimbang mengenai keselamatannya terutama ketika mahu ke kebun untuk menoreh getah setiap hari.

"Gajah ini dipercayai datang ke kebun untuk mencari makanan pada waktu malam. Bagaimanapun, saya tetap bimbang mengenai keselamatan diri kerana takut terserempak dan tiba-tiba nanti haiwan itu mengganas," katanya.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gagu, Mohd Zamri Zakaria, berkata kehadiran haiwan itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Ismail Muhamad, berkata pihaknya sudah lapan hari menjalankan operasi bagi memerangkap dan memindahkan gajah yang mempunyai saiz kaki 16 inci itu tetapi masih gagal kerana haiwan itu melarikan diri ke atas bukit berdekatan.

"Keadaan itu menyukarkan kita untuk memindahkannya kerana bimbang haiwan itu akan tergolek ke bawah bukit lalu mati selepas ditembak dengan ubat pelali. Jadi, kita akan terus memantau pergerakan gajah itu dan cuba menghalaunya ke kawasan yang lebih mudah untuk memindahkannya," katanya.

Katanya, pihaknya percaya haiwan itu tersesat memasuki kampung itu selepas habitatnya diganggu apabila kerja membina Empangan Triang, berdekatan kampung berkenaan dijalankan.

"Kita akan cuba memindahkannya dan sekiranya haiwan itu melarikan diri jauh ke dalam hutan yang bersempadan dengan Janda Baik, Pahang kita akan membiarkannya," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090715090824/Article/index_html

JELEBU BAKAL HADAPI BANJIR BESAR
28/4/07

Pembinaan empangan Sungai Teriang sedang dijalankan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ramai penduduk Jelebu seluruhnya. Pembinaan empangan ini sebenarnya adalah untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor.

Penduduk Jelebu dan rakyat Negeri Sembilan tidak akan menikmati sebarang faedah hasil dari pembinaan empangan tersebut. Sebaliknya penduduk Jelebu akan mendapat bala banjir hasil dari pembinaaan empangan tersebut.

Begitulah menurut kata Tuan Haji Hassan Bin Abdul Rahman Ketua PAS Cawangan Bandar Klawang dalam membangkitkan isu ini semasa Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu kali yang ke-18 yang diadakan di Dewan Kampung Petaseh. Tuan Hj Hassan telah bangkit mengutarakan usul ini dan memohon agar PAS Jelebu dapat menjalankan satu gerakan untuk menghalang pembinaan empangan Sg. Teriang ini.

Menurut Tuan Hj Hassan sekarang ini Majlis Daerah Jelebu sedang berusaha membayar pampasan kepada tuan-tuan tanah yang terlibat dalam pembinaan empangan tersebut. Tetapi menurut Tuan Haji lagi soal pampasan bukanlah perkara pokok dalam isu ini tetapi perkara yang lebih pokok ialah apa faedahnya yang akan diperolehi oleh penduduk Jelebu hasil dari pembinaan empangan ini selain dari banjir.

Itulah yang terjadi di daerah Batu Pahat Johor semasa kejadian banjir besar pada awal tahun ini dan hujung tahun 2006 yang lalu. Empangan di Batu Pahat itu terpaksa dibuka kerana takut pecah setelah tidak dapat lagi menampung limpahan air hujan dan air sungai yang memenuhi empangan tersebut.

Apabila dibuka sahaja empangan tersebut seluruh bandar dan daerah Batu Pahat tenggelam oleh banjir dan memakan masa berminggu-minggu baru surut. Apakah perkara seperti ini hendak kita biarkan berlaku di daerah Jelebu ini? soal Tuan Haji kepada perwakilan yang hadir.

Menurut kata Haji Hassan beliau telah pergi berjumpa dengan Tuan Pegawai Daerah Jelebu dan juga Jabatan Bekalan Air Jelebu untuk bertanyakan tentang pembinaan empangan ini.

Sumber : http://pasjelebu.blogspot.com/2007/05/jelebu-bakal-hadapi-banjir-besar-28407.html

7/14/09

Keluhan orang Pilah bila jalan ditutup, Taman Ular

Harap ada yang menyiasat dan ambil tindakan aduan pentutupan jalan oleh pihak tertentu kerana nak buat sekolah jururawat di Melang , semua pelajar dan ibu bapa dari kawasan itu sukar nak hantar anak kesekolah TMS , Za'ba , TKS dan Sekolah Rendah TKS . Maklumat lanjut di TUTUP JALAN . KENAPA ? http://kopilah.blogspot.com/2009/07/tutup-jalan-kenapa.html

Juga harap Papan Tanda Taman Ular yang tiada ular tidak mengelirukan para pengunjung. Maklumat lanjut di TAMAN ULAR MEMBAZIR ? http://kopilah.blogspot.com/2009/07/taman-ular-membazir.html

7/11/09

Laman web Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Layari laman web Ketua Pemuda PAS N.Sembilan Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa di http://pemudanegeri.blogspot.com

7/8/09

Beli Minyak Pelincir Boleh Bantu Bina Tahfiz di Sabah

SUDAH lama Nazrey Johani, bekas penyanyi utama kumpulan Raihan, memendam impian untuk mengasaskan sebuah kampung tahfiz di tanah kelahirannya, Ranau, Sabah.

Menyedari tidak banyak sekolah agama sedemikian wujud di negeri terbabit, Nazrey berazam untuk menghidupkan semula suasana pembelajaran agama dan hafazan al-Quran dalam keadaan lebih sempurna.

Azamnya itu makin kuat dan hampir pasti menjadi kenyataan apabila penyanyi ini bertindak menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengasaskan Titan Loyal Marketing Sdn Bhd, April lalu.

Sejak Mei, dia mula memasarkan produk minyak pelincir diberi nama Titan Power Motor Oil.

Sebagai pengarah syarikat dan duta bagi jenama berkenaan, Nazrey berkata, sebahagian keuntungan akan turut disalurkan pada pembinaan kompleks lengkap kampung tahfiz termasuk kemudahan riadah serta rumah tumpangan, yang dijangka menelan belanja sehingga RM1 juta secara keseluruhan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai minyak pelincir yang mampu meningkatkan prestasi enjin kereta sehingga 15,000 kilometer itu, mereka boleh melayari laman sesawang www.titanloyal.com atau hubungi Md Noor 019-4568490, Azman 012-3971566 dan Nazrey sendiri 012-9131566. Mereka juga boleh menulis ke alamat titantime4u@yahoo.com

Mereka di N.Sembilan boleh dapatkan Minyak Pelincir ini daripada :
Haji Shukri 017-2446215 ( Agen – Senawang )
Haji Samijan 019-2273564 ( Agen – Senawang )
Pakatan Arif 019-2273564 (Stokis Seremban )

Mereka yang ingin menjadi agen juga dialu-alukan.

**************************
Utusan Malaysia 7 Jun 2009
Titan Loyal teroka pasaran Johor

JOHOR BAHRU 6 Jun - Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd. (TLMSB) yang mengeluarkan produk minyak pelincir berjenama Titan Power Motor Oil berhasrat meneroka pasaran di seluruh negeri ini secara agresif menjelang pertengahan bulan ini.

Pengarah Urusannya, Nazrey Johani berkata, langkah itu berdasarkan keyakinan tinggi ke atas potensi pasaran yang besar bagi produk itu memandangkan jumlah pengguna kereta yang ramai di Johor.

Bekas vokalis utama Raihan itu berkata, permintaan produk itu ketika ini adalah di luar jangkaan apabila berjaya mengumpul lebih 100 orang ejen walaupun baru memasuki pasaran di negara ini pada April lalu.

"Kami kini sedang giat mencari ejen di negeri ini untuk membantu memasarkan minyak pelincir ini dengan cara rangkaian pemasaran yang efektif bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya.

"Pada masa sama, kami ingin memberi peluang kepada penduduk tempatan agar dapat menjana pendapatan tambahan buat mereka di samping menggunakan produk ini," katanya ketika ditemui pada Karnival Halal Johor 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

TLMSB yang ditubuhkan pada 6 April lalu merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputra yang berfungsi sebagai landasan kepada usahawan baru yang tidak mampu menyediakan modal perniagaan yang besar.

Nazrey berkata, pihaknya yakin Titan Power Motor Oil akan diterima baik di negeri ini memandangkan produk itu begitu berkualiti tinggi dan memberi manfaat yang pelbagai kepada pengguna.

Katanya, ini kerana pemanduan kereta akan menjadi lebih lancar menerusi kuasa pecutan bertambah, enjin yang lebih senyap dan kurang panas selain menjimatkan petrol.

"Kualiti minyak ini mampu memberikan perlindungan tambahan dan peningkatan prestasi enjin hingga jarak sejauh 15,000 kilometer.

"Namun apa yang penting, produk ini memiliki keistimewaan dan keunikannya apabila diakui sebagai perniagaan tanpa modal yang besar apabila ejen mampu meraih pendapatan hingga ratusan ribu dalam sebulan," katanya.

Sebotol Titan Power Motor Oil kini dijual pada harga promosi RM136.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

7/7/09

Ceramah Ust Idris Ahmad 13 Julai 09 Kuala Pilah

CERAMAH UMUM
Penceramah : Al-Fadil Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
dan wakil-wakil daripada PKR & DAP
Masa : 9.00 malam
Tarikh : 13hb Julai 2009 ( Isnin )
Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh ( Taman Jemapoh Indah, Kuala Pilah )

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://jemapohku.blogspot.com/2009/07/ceramah-umum.html

AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan 2009 – 2011

1. Pesuruhjaya : Zulkefly Mohamad Hj Omar
2. Timbalan Pesuruhjaya 1 : Zakaria Khalim
3. Timbalan Pesuruhjaya 2 : Kateran Marman
4. Timbalan Pesuruhjaya 3 : YB Hj Mohamad Taufek Ghani Abd Ghani
5. Ketua Dewan Ulama’ : Ustaz Hassan bin Alias
6. Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa
7. Ketua Dewan Muslimat : Fazilah Hj Abu Samah.
8. Setiausaha : Shamsul Kamal Haji Idris
9. Penolong Setiausaha (1) : Hj Shukri Mohamed Habib
10. Penolong Setiausaha (2) Zaharuddin Othman
11. Penolong Setiausaha (3) Ustaz Abd Ghani Ahmad
12. Bendahari : Ir Mohamad Nor Abdul Rahman
13. Ketua Penerangan : Hassan Haji Taha
14. Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri : Haji Kamaruddin Md Tahir.

AJK
14. Haji Kassim Haji Rahmat,
15. Syed Johari Syed Mohamad
16. Ustaz Mohd Kassim Tahir
17. Syed Fuad Syed Ahmad
18. Ustaz Lokman Man
19. Mohamad Azmi Md Zin
20. Saadiah Dahalan.

Kursus Halal Haram Dlm Pemakanan 11 Jul 09 Seremban

KURSUS HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN
Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 8 pagi – 1.45 tgh
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam) , Ampangan , Seremban

Yuran : PERCUMA
Penyertaan Terhad kepada yang daftar awal

Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Hj Taha 013-3426346 , 06-7636346

Penceramah :
1. Prof. Madya Dr. Ishak bin Sulaiman , Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
2. Encik Rosmandi Ishak , Timbalan Presiden Kelab Kepimpinan Al Wahida
3. Pn. Hjh. Siti Habibah bt Yusof , Bendahari Kelab Kepimpinan Al Wahida

ATURCARA
8 pg – Pendaftaran
8:30 pg – Ucapan Pengerusi Majlis
8:35 pg – Ceramah Prof. Madya Dr. Ishak bin Sulaiman - “ Pengenalan Halal dan Haram dan Perawatan Kaedah Islam”
10 pg – Jamuan Ringan
10:15 pg – Ceramah Encik Rosmandi Ishak – “Pelan Pemasaran”
11:30 pg – Ceramah Pn. Hjh. Siti Habibah bt Yusof – “Ciri Yang Berkesan Mendiagnos Penyakit Melalui Tapak Tangan”
12:45 tgh – Makan tengahari
1:20 tgh – Solat Zuhur
1:45 tgh – Bersurai

“KE ARAH MEREALISASIKAN PRODUK HALAL DI KALANGAN UMMAH”

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

Dipetik dari laman Blog Setiausaha Politik MB http://sanusisetpol.blogspot.com

21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001- Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.

Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 - Pada 15-05-09, dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.

Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.

YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.

MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.

2.6.09 hingga 25.6.09
YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.

Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.

Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.

YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.

Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.

Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.

MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.

Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.

Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.

Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.

Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.

Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan perkara yang sama.

Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.

Posted by MUHAMMAD SANUSI MD NOR at 2:35 AM
http://sanusisetpol.blogspot.com/2009/07/dap-keluar-kerana-babi.html

Tawaran belajar di Universiti Antarabangsa Madinah Shah Alam

Al Madinah International University di Malaysia menawarkan pelbagai program peringkat Diploma , Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

Maklumat lanjut di www.mediu.edu.my

atau hubungi :

Al Madinah International University (MEDIU)
Tkt 11, Plaza Masalam,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E, Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03 55113939
Fax : 03 55113940
Customer Service Advisors are available from 9.00 am to 12.30 pm and 2.00 to 4.00 pm, Monday through Friday

Please send all enquiries regarding your current admissions application to admission@mediu.edu.my

Cawangan lain :
Kelantan No. 9, Bangunan MPKB,
Berek 12, Jalan Hospital,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 09 – 7985 722
Fax : 09 – 7488 722

FACTS & FIGURES
- The university opened the first office in Malaysia in 2006 at section 18, Shah Alam.
- The university received the first batch of students in Feb. 2008 with number of students reached to 250 from Indonesia.
- Within less than one year, the university received 1208 students for all academic disciplines.
- The number of applicants is expected to be double of the current number after the announcement of new disciplines in bachelor degree and postgraduate studies which offered for registration since Nov. 2008 and Feb. 2009.
- In addition to the university plan to open new learning and service centres in different parts of the world.

7/6/09

Komunis Rusia haramkan judi tapi 1Malaysia ?

Rusia haramkan kasino, judi
Komunis Rusia haramkan judi tapi 1Malaysia Islam Hadhari ?

Utusan Malaysia 2 Julai 2009

MOSCOW 1 Julai - Operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup hari ini, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.

Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.

"Mulai pukul 7 petang (11 malam tadi) semalam, semua dewan perjudian mula ditutup," kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian mesin slot di selatan Moscow.

Pusat-pusat kasino pula dijangka mengalih operasi atau menukar kegiatan masing-masing kepada kelab poker, sesuai dengan saranan pegawai undang-undang Rusia yang mencadangkan permainan poker yang lebih berkonsep kesukanan.

Pelaksanaan undang-undang itu turut menamatkan era kelam kabut apabila ahli perniagaan dan kegiatan gengster menjadikan kasino-kasino di tengah Moscow bagi mengaut keuntungan yang luar biasa pada tahun 1990-an.

Tugas khas melaksanakan undang-undang itu telah dikuatkuasakan di ibu kota Rusia, kata jurucakap kerajaan bagi bandar raya Moscow, Maria Sokolva kepada agensi berita Ria-Vonosti.

Bermula 1 Julai, kasino di Rusia mungkin hanya boleh beroperasi, jika ia berada sekurang-kurangnya 1,000 kilometer dan lebih dari Moscow.

Kawasan yang terkenal dengan zon perjudian haram di kalangan rakyat Rusia ialah di barat Kaliningrad meliputi kawasan sepanjang laut selatan Azov, daerah Altai di Siberia, dan kawasan yang jauh di pedalaman Primorye, berhampiran utara Korea dan Jepun.

Tetapi kebanyakan pengusaha industri perjudian sedang berusaha mencari kawasan baru di sana untuk memindahkan operasi mereka.

Pelaksanaan undang-udang itu akan memberi impak besar kepada Moscow, yang mempunyai 524 kasino dan dewan perjudian, dan masih terdapat 109 buah lagi kasino beroperasi di selatan bandar raya Saint Petersburg, sehinggalah undang-undang itu kuatkuasa. – AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm&arc=hive

7/1/09

Kabinet Baru PAS Negeri Sembilan

SEREMBAN, 1 Julai (Hrkh) - Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Sembilan yang pertama untuk tahun 2009 telah diadakan dan telah dilakukan beberapa rombakan dalam usaha untuk memantapkan lagi gerak kerja parti tersebut dalam usaha menawan Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Zulkefly Mohamad Omar yang dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan oleh PAS Pusat baru-baru ini, mengumumkan kabinet baru untuk sessi 2009 - 2011 di Ibu Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan.

Dalam ucapannya Zulkefly berharap barisan kabinet baru ini akan berganding bahu dalam usaha memantapkan perjuangan parti.

" Saya berharap kita sama-sama pertingkatkan dakwah dan kerja parti dalam usaha mengambil alih Negeri Sembilan dari kerajaan Barisan Nasional.

" Oleh yang demikian, kerjasama dari semua pihak adalah diperlukan agar misi ini berjaya", ujar Zulkefly.

Yang Dipertua (YDP) PAS Tampin, Zakaria Khalim dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, manakala YDP PAS Jelebu, Kateran Marman dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2

Antara muka baru dalam barisan kabinet baru PAS Negeri Sembilan ialah Yang Dipertua PAS Rembau, Mohd Taufek Ghani Abdul Ghani yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan juga menampilkan muka baru apabila Khairul Anuar Mohd Wafa dipilih sebagai Ketua Pemuda.

Manakala Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan juga mempunyai ketua yang baru iaitu Fazilah Hj Abu Samah.

Dalam sidang media di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Badan Perhubungan Negeri, Zulkefly berkata mesyuarat turut mengekalkan Shamsul Kamal Haji Idris sebagai Setiausaha Perhubungan dengan dibantu oleh Haji Shukri Mohamed Habib sebagai Penolong Setiausaha (1), Zaharuddin Othman sebagai Penolong Setiausaha (2) dan Ust Abd Ghani Ahmad sebagai Penolong Setiausaha (3).Bagi jawatan Bendahari Ir Mohamad Nor Abdul Rahman telah dipilih mengganti Hj Abdul Aziz Mohd Isa atas sebab kesihatan.

Ketua Penerangan pula dikekalkan kepada Hassan Haji Taha termasuk Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Haji Kamaruddin Md Tahir.

Mesyuarat juga melantik Ahli bagi menduduki senarai ahli jawatankuasa yang dilantik, mereka ialah Haji Kassim Haji Rahmat,Tuan Syed Johari Syed Mohamad,Ustaz Mohd Kassim Tahir, Tuan Syed Fuad Syed Ahmad,Ust Lokman Man,Mohamad Azmi Md Zin. dan Saadiah Dahalan.

Tahun 2009 juga tahun yang manis untuk PAS Negeri Sembilan apabila dua wakilnya dipilih dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Zulkefly Mohamad Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri, Paroi. - azm _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021502&Itemid=98