BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

8/31/09

Banjir di Jelebu, Rakyat didahulukan untuk tenggelam

Media heboh banjir di Kedah, sedangkan yang teruk banjir sekarang ialah di Jelebu. Banjir di Jelebu ini akibat kecuaian manusia dalam projek pembangunan.

Kesian orang Negeri Sembilan, kesian Melayu Jelebu. Banjir teruk tiada siapa yang peduli.

1 Malaysia, 1 N.Sembilan , rakyat terutamanya orang Melayu didahulukan untuk tenggelam.

Kisah banjir di Jelebu di Blog YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com/2009/08/banjir-di-petaling-jelebusudah.html

Pada bulan Julai 2009 gajah di Jelebu telah beri amaran akan berlaku banjir besar di Jelebu, namun kerajaan negeri buat tak kisah. Ceritanya di sini http://pasns.blogspot.com/2009/07/gajah-di-jelebu-beri-amaran-akan.html

PAS Negeri Sembilan turun padang banjir di Jelebu http://pasns.blogspot.com/2009/08/pas-temukan-penduduk-pihak-berkenaan.html

PAS temukan penduduk, pihak berkenaan

Sinar Harian 31 Ogos 2009

PETALING - Pas melalui Jawatankuasa Penaja Bertindak Penduduk untuk membantah pembinaan empangan dalam perancangan menemukan penduduk tiga kampung dilanda banjir kilat, Kampung Gagu, Kampung Teriang dan Kampung Petaling dengan pihak atau agensi bertanggungjawab di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak pemaju pada 7 September, jam 10 pagi, dekat sini.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata, pertemuan itu perlu untuk memastikan penduduk mendapat maklumat lengkap mengenai projek itu termasuk tempoh projek siap dan dalam tempoh masa projek itu berjalan, sekiranya masalah sama berulang, apakah bentuk tindakan diambil pihak berkaitan.

Menurutnya, walaupun kejadian banjir kilat itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa, namun terdapat kemungkinan kejadian itu bakal meragut nyawa penduduk sekiranya kejadian banjir itu berlaku pada waktu malam ketika semua penduduk tidur.

“Oleh itu, pihak jawatankuasa berharap agar melalui pertemuan antara penduduk dan pihak bertanggungjawab bakal dijalankan itu, keputusan environmental impact assessment (EIA) atau penilaian kesan alam sebelum melaksanakan projek itu dapat didedahkan kepada penduduk.

“Bagaimanapun, pihak kami mendapati, tidak ramai penduduk mengetahui maklumat penuh mengenai projek itu dan mereka hanya mengetahui daripada orang kampung sahaja. Sebaliknya, penduduk hanya menerima pampasan kerana tanah mereka diambil projek ini mengetahui projek empangan bakal dijalankan,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani.

Zulkefly berkata, kebiasaannya, sebelum sesebuah projek dijalankan, pandangan masyarakat setempat perlu diambil kira dalam EIA untuk menimbangkan kesan positif dan negatif projek itu kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, pihaknya membangkitkan isu bantahan pembinaan empangan itu sejak 2007 kerana dapat membayangkan kesan projek pembinaan empangan seluas 3,000 hektar itu kepada masyarakat setempat.

“Oleh itu, pertemuan ini penting untuk membincangkan soal keselamatan penduduk dan membolehkan penduduk bertanya secara langsung dengan pihak berkaitan mengenai kedudukan sebenar kesan projek itu ke atas soal keselamatan mereka,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3706710.asp

Sambutan menggalakkan Kuliah Dhuha di Senawang

Alhamdulillah sambutan Kuliah Dhuha oleh Ustaz Mohd Nazri Yusof selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Rembau di Surau Taman Alamanda , Senawang pada 31 Ogos 2009 mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kuliah tersebut mempunyai banyak pengisian ayat Al Quran, Hadith, Sirah, Kisah Nabi, Kisah Sahabat yang berkisakan kepada taqwa. Dimana bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk mendidik umat Islam menjadi orang yang bertaqwa.
Foto sekitar kuliah di pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/08/sambutan-menggalakkan-kuliah-dhuha-di.html

8/24/09

UMNO mematikan masjid di Negeri Sembilan

Heboh diperkatakan di kalangan jemaah Masjid Bandar Baru Senawang sekarang ini bahawa ramai Ahli Jawatankuasa Masjid yang lama digugurkan menjelang Ramadhan 1430 Hijrah . Tinggal 2-3 kerat muka-muka lama. Muka baru yang dilantik tak pasti oleh siapa menyenaraikan mereka yang jarang sekali berjemaah di masjid.

Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh bekas Mufti Negeri Sembilan Sheikh Dato Hj Mohd Murtadza sebelum ini bahawa pemilihan jawatankuasa masjid oleh YB menjadikan suasana masjid di Negeri Sembilan ini semakin teruk hingga ketiadaan jemaah.

Dato Murtadza : Di Negeri Sembilan, pemilihan jawatankuasa masjid ditentukan oleh YB. Oleh kerana pemilihan dibuat oleh YB, suasana di masjid dan kariah makin teruk hingga ketiadaan jemaah. Analoginya begini. Kata parti A ambil ahli jawatankuasa dari kalangan mereka yang menganggotai parti A. Dalam parti A pula terdapat pecahan kumpulan yang lain. Bila YB pilih ahli jawatankuasa daripada kumpulan yang menyokongnya, maka makin terpinggirlah masjid berkenaan kerana perasaan tidak puas hati dan sebagainya.

Luahan hati bekas Mufti Negeri Sembilan pada pautan berikut http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/02/cabaran-mufti-ms-3.html

8/22/09

Jejak Ukhuwah Ramadhan 1430 H Rembau

PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN

Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1430 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di seluruh Kawasan Rembau.

Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan penderitaan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin agar mereka dapat bersama merasai kegembiraan menyambut Ramadhan dan Hari Lebaran.

Sumbangan akan mula dikumpulkan bermula 20 Ogos 2009 sehingga akhir Ramadhan 1430H. Sumbangan barang keperluan akan mula diedarkan ke rumah-rumah penerima sumbangan bermula 23 Ogos sehingga 13 September 2009.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;
Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) – 012-2268230
Sdr. Rozmal ( Timb. YDP Rembau) – 012-2267406
Sdr Sufian (DUN Paroi ) – 013-3589328
Sdr Zamri (DUN Kota ) – 012-3513434
Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051
Tn Hj Shukri (DUN Rantau ) – 019-6210677

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
DEWAN MUSLIMAT KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
DEWAN PEMUDA KAWASAN REMBAU , No Akaun : 05012010065457 Bank Islam Malaysia Berhad
Ustaz Mohd Nazri Yusof 0193457690 , Akaun CIMB 05060082146527
Tn Hj Abd Roni Rahim 0122268230 , Akaun Maybank 155127000141
Sdr Hamizi Ahmad 0122832458 , Akaun BSN 0511229878928137

Sumbangan Barangan Keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket – RM0.50)
2. Gula (1 kilo – RM1.50)
3. Tepung (1 kilo – RM 2.80)
4. Biskut lemak (1 peket – RM2.50)
5. Susu tin (1 tin – RM2.20)
6. Teh (1 peket – RM3.50)
7. Kopi (1 peket – RM3.50)
8. Kicap ( 1 botol – RM2.50)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket – RM2.50)
10. Minyak masak/kelapa (3 kilo – RM7.00)
11. Beras (5 kilo – RM 15.00)
12. Beras (10 kilo) – RM 28.00

Jualan Amal Nasi Beriani PASTI Amal N.Sembilan

PROGRAM JUALAN AMAL NASI BERIANI

Adalah dimaklumkan pihak pengurusan PASTI al Amal , Taman Marida dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang akan menganjurkan Program Jualan Amal Nasi Beriani sempena menyambut bulan Ramadhan 1430 H.

Program ini merupakan jualan kupon dengan harga RM10 bagi setiap bungkus Nasi Beriani.

Mereka yang berminat untuk menderma, membeli untuk diri sendiri atau membeli dan menyumbang untuk keluarga miskin / anak-anak yatim boleh membeli kupon ini mulai sekarang dengan menghubungi :
Sdr Sufian 013-3589328
Sdr Nazri Zainal 019-9103431
Tn Hj. Faisol 019-3440826

Mereka yang membeli kupon ini boleh mendapatkan Nasi Beriani di PASTI Amal , Taman Marida , Senawang pada hari Isnin, 14 September 2009 bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

Tarikh akhir pembelian kupon ini ialah pada 9 September 2009.

8/19/09

Doa Selamat dari H1N1 oleh Syeikh Tarikat Ahmadiyyah

Doa untuk keselamatan dan kesentosaan daripada segala penyakit (H1N1, Taun dan sebagainya) oleh :

Yg Bhg Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad
Syeikh Tarikat Ahmadiyyah
Al-Idrisiyyah Al-Rashidiyyah Al-Dandarawiyyah
Madrasah Al-Saidiyyah, Kg. Pondok Rasah
70300 Seremban

Boleh didapati di laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan http://www.muftins.gov.my/files/doa.jpg

juga di Blog http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html

Sumbangan Fakir Miskin Ramadhan 09 Rembau

Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin , anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan di kawasan Rembau bolehlah disalurkan melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau dengan menghubungi nombor yang berikut :

Tn Hj Abd Roni Rahim 0122268230 , Akaun Maybank 155127000141
Sdr Hamizi Ahmad 0122832458 , Akaun BSN 0511229878928137
Ustaz Mohd Nazri Yusof 0193457690 , Akaun CIMB 05060082146527

8/11/09

Solat Hajat Kubra AH1N1 14 Ogos 09 Seremban

SOLAT HAJAT AL KUBRA
Mohon keselamatan dan kesentosaan daripada wabak penyakit
Tarikh : 14 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran Pejabat PAS N.Sembilan. Maklumat lanjut hubungi Sdr Shamsul 019-6532973

8/6/09

Rayuan sumbangan PASTI Sandakan, Sabah

SANDAKAN, 6 Ogos 2009 – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan, Sabah memohon sumbangan kewangan bagi pembelian sebuah premis PASTI iaitu PASTI Saidina Ali bin Abi Talib yang terletak di Flat Kg.Sim-sim dalam kawasan DUN Tanjung Papat, Parlimen Sandakan.

Tujuan pusat asuhan itu ditubuhkan untuk dimanfaatkan sebagai tadika Islam dan kelas fardhu ain pada sebelah petang atau malamnya.

PASTI sedi ada di Flat Sim-sim tersebut telah beroperasi hampir 10 tahun tetapi masih disewa dan keadaan ini jika berterusan adalah merugikan dari segi aset untuk jangka panjang.

Anggaran kos bagi pembelian bangunan tersebut ialah sebanyak RM75,000.00

AJK Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan memohon jasa baik orang ramai, individu atau syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan bagi mempercepatkan pembelian bangunan tersebut demi masa depan anak-anak tempatan yang dahagakan ilmu Islam.

Mereka yang berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian ke nombor akaun PASTI KAWASAN SANDAKAN 10016010061688 (Bank Islam Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Sabah).

Ataupun untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ishar Hamka Ismail di talian 019-8974798 dan Mustaman Mustain di talian 019-8735740, 089223260. Terima kasih.

pasti_sandakan@yahoo.com
http://pastisandakan.blogspot.com

8/3/09

Cukai Pilah naik 300 peratus, Rakyat didahulukan

Dengar cerita Cukai Taksiran di Kuala Pilah ada yang naik sampai 300 peratus.
Eloklah tu.
1Malaysia, 1N.Sembilan, 1Kuala Pilah, Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan

Takkan di Kuala Pilah sahaja, Tampin macamana ? Jempol macamana ? Jelebu macamana ? Rembau macamana ?

http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/07/notis-mdkp-untuk-menyemak-senarai.html

NOTIS MDKP UNTUK MENYEMAK SENARAI NILAIAN
Notis yang telah dikeluarkan oleh MDKP berkenaan menyemak Senarai Nilaian bagi Tahun 2010 bagi harta disemua Mukim dalam Daerah Kuala Pilah yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010 menimbulkan kebimbangan dikalangan pemilik-pemilik harta berkenaan, terutama yang mendiami premis-premis perumahan dan bangunan persendirian dalam Bandar Kuala Pilah kerana ia dinilai semula dengan taksiran yang amat tinggi dan keterlaluan.


http://kopilah.blogspot.com/2009/08/kenaikan-melampau.html

KENAIKAN MELAMPAU ?
CUKAI TAKSIRAN 2010 MELAMPAU

Pemilik premis kediaman dan perniagaan didaerah ini mengeluh besar sekarang kerana cukai taksiran atau cukai pintu yang dikenakan untuk tahun 2010 meningkat berkali-kali ganda .

Ada yang naik 100 peratus , 200 peratus malahan ada yang berkata kenaikan sampai 300 peratus .

AKTIVITI EXPLORASI MINDA 16 Ogos 09 Senawang


AKTIVITI EXPLORASI MINDA Sempena EXPO Ramadhan di Dataran Senawang
Ahad 16 Ogos 09
Terbuka kepada SEMUA remaja berumur 13-20 tahun
Acara berkumpulan (2 orang satu kumpulan)
Penyertaan TERHAD sehingga 50 kumpulan pertama yang didaftarkan

Untuk perdaftaran SEGERA, sila hubungi Cik Atriza (013-6485597) atau Cik Najihah (013-9474951)

Hadiah yang ditawarkan
PERTAMA: RM 70 + hamper + set buku motivasi
KEDUA : RM50 + hamper + set buku motivasi
KETIGA : RM 30 + hamper + set buku motivasi
KEEMPAT – KEENAM : Hamper + set buku motivasi

ANJURAN NISA' REMBAU

Berikut merupakan senarai barangan jualan Muslimat Rembau Sempena EXPO Ramadhan di Dataran Senawang

Char Kuey Teow goreng panas (Gerai bermula maghrib 15 & 16 Ogos 2009).
Hanya yang mempunyai kupon sahaja boleh mendapatkan Char Kuey Teow ini. Kupon RM5 di kaunter muslimat
Air minuman
Satay goreng
Buah-buahan potong
Pakaian bundle serendah RM2-RM20
Buku-buku
CD
Poster dan stiker
T-shirt Muslimah