JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

10/31/09

Siapa Betul, MB N.Sembilan atau Jabatan Audit ?

Begitu marah sekali Dato Seri Mohamad Hassan pendedahan Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2009/10/audit-dedah-banyak-kelemahan-kerajaan.html mengenai Laporan Audit Negara (Rujuk Sinar Harian 29 Okt 09). MB NS kata Blog PAS N.Sembilan berniat jahat, sedangkan Blog PAS N.Sembilan hanya mengetengahkan kelemahan kerajaan N.Sembilan yang disiarkan oleh Jabatan Audit.

Antara isu yang terdapat dalam Laporan Audit ialah pengurusan KAFA (Kelas Al Quran dan Fardu Ain).

Mukasurat 87 Laporan Audit menyatakan pada tahun 2008 (sumber : JHEAINS) ada 1,303 Kelas KAFA (KAP), 143 Kelas KAFA (SAR), 234 Kelas KAFA (Tulen) di seluruh Negeri Sembilan.

Tapi MB N.Sembilan kata dibawah pula :
“SEBENARNYA KAFA TIDA ADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN NEGERI KERANA IA DI BAWAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM. LAGIPUN, KAFA DI NEGERI INI SUDAH TINGGAL SATU DUA SAJA kerana kita telah ubah kepada Kelas Agama Petang (KAP). (Sinar Harian 29 Okt 09 , mukasurat MNS2)

FUNGSI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH
Menyelia kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat.
http://www.ns.gov.my/Jabatan/jheains/index.php?option=content&task=view&id=110

JANGAN SEKAT MURID IKUTI KELAS AGAMA PETANG
SEREMBAN 15 Jan. - Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) memberi jaminan Kelas Agama Petang (KAP) akan diteruskan di semua sekolah rendah di negeri ini dan mengarahkan pihak sekolah supaya tidak mengehadkan jumlah muridnya walaupun berdepan masalah kekurangan guru.

Pengarahnya, Datuk Abdullah Muhammad berkata, sebaliknya masalah kekurangan guru itu akan diatasi segera oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) selaku pengelola KAP.

KAP merupakan pembelajaran agama anjuran Kerajaan Negeri Sembilan tetapi diadakan di bangunan sekolah rendah di seluruh negeri menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pelajaran pada 2006.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Blog berdasarkan kajian laporan audit
Sinar Harian 30 Okt 09

SEREMBAN – Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar menjelaskan, kritikan terhadap Kerajaan Negeri yang disiarkan laman blog Pas adalah berdasarkan Laporan Audit Negara Tahun 2008.

Justeru beliau berkata, apa yang tersiar dalam laman blog berkenaan mengambil kira semua kandungan laporan audit tersebut sebagai salah satu usaha untuk memberitahu rakyat mengenai apa yang berlaku.

“Laporan itu berdasarkan apa yang mereka (Jabatan Audit Negara) lihat berhubung perbelanjaan yang terlibat dalam menguruskan Kerajaan Negeri. Bukan kita saja-saja tulis, tetapi itu berdasarkan kajian mereka.

“Kita tidak putar belitkan fakta dan jangan persoalkan kewibawaan Jabatan Audit Negara pula,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Zulkefly berkata demikian ketika ditanya mengenai laman blog Pas Negeri Sembilan yang secara terang-terangan mengkritik pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri apabila mendedahkan beberapa kelemahan berdasarkan Laporan Audit Negara Tahun 2008.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyelar laman blog terbabit kerana menyiarkan kenyataan tidak tepat dan sengaja memberi gambaran negatif terhadap pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Menurut Mohamad, laman blog terbabit yang ditulis itu tidak membentangkan hal sebenar, sebaliknya mempunyai niat jahat untuk memburuk-burukkan kredibiliti Kerajaan Negeri di mata masyarakat.

Beliau berkata, antara fakta yang mengelirukan dalam laman blog itu adalah tuduhan bahawa Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tidak diuruskan dengan baik oleh Kerajaan Negeri, projek e-Komuniti di Negeri Sembilan yang gagal mencapai matlamatnya dan hutang air di Negeri Sembilan bertambah.

Sementara itu, Zulkefly berkata, langkah Pas Negeri Sembilan menyiarkan Laporan Audit Negara Tahun 2008 membabitkan Kerajaan Negeri bertujuan memberitahu rakyat mengenai apa yang berlaku.

“Kita dilantik oleh rakyat dan rakyat sepatutnya kena tahu apa kita buat. Kalau kita tidak letakkan maklumat dalam laman blog, ada rakyat yang tidak tahu.

“Bagaimanapun, saya harap Kerajaan Negeri Sembilan akan melihat kritikan itu secara positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5390454.asp

Hospital Rembau tidak begitu mendesak kata MB

Menteri Besar Negeri Sembilan kata pembinaan Hospital Rembau tidak begitu mendesak. Elok suruh MB duduk di Rembau, baru dia tahu kalau nak pergi hospital senang ke susah di Rembau ni.

Projek PKFZ (Port Klang Free Zone) yang bernilai RM 12.5 Billion tu mendesak sangat ke hinggakan ianya berdepan risiko menjadi projek Gajah Putih ?

Atau orang Rembau ni sampai bila-bila akan pastikan kemenangan Umno/BN dalam pilihanraya , sebab itu ianya tidak begitu mendesak. Pengundi sendiri agaknya yang tidak begitu mendesak pada kerajaan.

Tahu tak 1 PKFZ dengan RM 12,500 Juta boleh buat 125 Hospital.

RM 1 Billion ialah RM 1000 Juta. RM 100 Juta boleh buat 1 Hospital
RM 1000 Juta boleh buat 10 Hospital
RM 12.5 Billion boleh buat 125 Hospital

*********************
Utusan Malaysia 29 Okt 09
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, .....................

Jelas beliau, pembinaan Hospital Rembau ketika ini tidak begitu mendesak kerana orang ramai masih boleh mendapatkan rawatan harian dan pakar di hospital berdekatan seperti Hospital Tampin dan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Jelas beliau, projek berkenaan dilaksanakan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta ( PFI - Private Finance Initiative )

dianggarkan bernilai RM100 juta dan dibina dengan kemudahan 76 katil serta kemudahan rawatan untuk menampung keperluan 60,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1029&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive

Utusan Malaysia 3 Ogos 2006
PUTRAJAYA 2 Ogos – Kabinet bersetuju melaksanakan dua projek besar iaitu pembinaan Monorel Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pembiayaan PFI, sebahagiannya sebanyak RM20 bilion akan disalurkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

SKANDAL PKFZ
http://blog.limkitsiang.com/2009/10/14/my-question-on-rm12-5-billion-pkfz-scandal-for-first-day-of-parliament-on-monday-has-been-kicked-off-to-seven-weeks-later-to-dec-3/

Dari laman web Jabatan Kesihatan N.Sembilan
HOSPITAL DAERAH REMBAU
Projek ini akan dilaksanakan secara PFI dan dicadangkan dilaksanakan di Tapak Perindustrian Chembong Rembau. Proses perolehan tanah masih belum selesai. KKM telah mengadakan Mesyuarat rundingan harga dengan PKNNS pada 9 Oktober 2007.
Pihak PKNNS mohon untuk penjadualan semula keseluruhan tanah untuk dijadikan satu berbandingan dengan sekarang terdapat 26 lot. KKM telah meminta pihak JPPH Putra Jaya untuk membuat penilaian semula tanah tersebut.
Pada Mesyuarat bersama KKM, PKNNS, Pejabat Tanah Daerah Rembau, Majlis Daerah, JPPH, PTG dan JKNNS pada 12.2.2008 memutuskan proses pengambilan akan dibuat oleh KKM supaya pelaksanaan projek dapat dipercepatkan.
KKM telah mengambil tindakan segera dan telah mengemukakan permohonan pengambilan tanah ke JKPTG. JKPTG dalam proses mewartakan tapak tersebut. Pada 4.3.2008 Majlis Letak Batu Asas Hospital Rembau telah dilaksanakan dengan jayanya.

http://jknns.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=63
http://jknns.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=111

Sinar Harian Promo Blog PAS N.Sembilan




Hujan sejam, 30 rumah dilanda banjir

Sinar Harian 30 Okt 09

SENAWANG –: Banjir lagi! Itu antara keluhan penduduk di beberapa kawasan perumahan di sekitar Senawang dan Paroi berikutan masalah banjir yang kerap berlaku setiap kali hujan lebat.

Hujan lebat bermula jam 2 petang kelmarin dalam tempoh satu jam menyebabkan beberapa kawasan taman perumahan di sekitar Senawang iaitu Taman Lily dan Taman Sri Siantan dilanda banjir lumpur dan menimbulkan desakan penyelesaian daripada pihak berwajib.

Kawasan lain yang turut terjejas, Taman Sri Pagi, Taman Satria, Kampung Sentosa Paroi, Kampung Paroi dan beberapa tempat sekitar Ampangan.

Setiap kali hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam masing-masing mula resah kerana khuatir rumah dimasuki air secara tiba-tiba, selain terpaksa menanggung kerugian akibat perkakas rumah dan harta benda rosak.

Malah, apabila banjir mula surut, satu lagi beban baru menanti kerana masing-masing perlu membersihkan lumpur yang masuk ke rumah.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5389958.asp

10/28/09

PJ danYB Taufek


Sdr Zulkfely Mohamad Omar dan YB Hj Mohamad Taufek semasa menghadiri Mesyuarat AJK PAS Pusat 28 Okt 2009. Sumber dari http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12753&postdays=0&postorder=asc&start=15

Moh Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1430H

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1430H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi

1 Bahagian Lembu RM 350.00

OBJEKTIF PROGRAM
- Membantu golongan miskin yang memerlukan terutamanya di DUN Paroi melalui Ibadah Korban dan Aqiqah.
- Agihan daging korban dikawalselia oleh pihak DUN berdasarkan senarai nama mereka yang benar-benar layak menerima sumbangan dan bantuan.
- Memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama.

Untuk penyertaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

10/26/09

Kedai aktivis PAS kebakaran di Kuala Pilah


Pada awal pagi 26 Oktober 2009 kedai makan yang diusahakan sejak sekian lama oleh seorang aktivis PAS di Kuala Pilah Sdr Abdul Karim Shahimi Abd Razak telah terbakar di Kg Melang , Kuala Pilah.

Turut terlibat ialah kedai runcit milik Puan Rahimah yang baru kematian suami (Allahyarham Osman) 4 hari sebelum itu.

Sehubungan dengan itu mereka yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan sedikit beban mereka yang terlibat dengan kebakaran ini bolehlah menghubungi wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah Sdr Mohd Anizar Abd Rahman di talian 017-6812025.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut :
Nama: MOHD ANIZAR ABD RAHMAN
Maybank: 155023331741
Bank Islam: 05012010069722

Sila SMS masa dan jumlah yang dimasukkan ke 017-6812025

Semoga bantuan yang sedikit dari kita semua akan meringankan beban dan merapatkan ukhuwwah kita semua.

Juga berita berkaitan di pautan berikut http://jemapohku.blogspot.com/2009/10/kebakaran-kedai-makan-karim-suhaimi.html

10/22/09

Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dlm Laporan Audit



Gambar Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sdr Zulkefly Mohamad Omar terdapat pada mukasurat 73 Laporan Audit Negara Tahun 2008 untuk Kerajaan Negeri Sembilan

Hutang Kerajaan N.Sembilan RM2.14 Billion



LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

Audit Dedah Banyak Kelemahan Kerajaan N.Sembilan


















LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

Pada umumnya, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi Negeri Sembilan pada tahun 2008 masih menunjukkan kelemahan seperti yang saya laporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Terhadap Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2007.

Di antara kelemahan tersebut adalah kelemahan mengurus bekalan air yang bersih dan berkualiti boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan umum.

Kemusnahan kawasan hutan dan faktor-faktor lain telah memberi kesan kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh, pencemaran udara serta kepupusan flora dan fauna.

Kelemahan pelaksanaan KAFA sedikit sebanyak telah juga menjejaskan kualiti pendidikan Agama Islam.

Selain itu Pusat e-Komuniti juga tidak mencapai matlamatnya untuk meningkatkan celik IT di kawasan luar bandar.

Secara amnya, kelemahan ini mencerminkan kelemahan dalam sistem penyampaian Kerajaan yang wajar diatasi segera demi memperbaiki imek Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam.

JABATAN BEKALAN AIR N.SEMBILAN/SYARIKAT AIR NEGERI
Beberapa kelemahan ditemui seperti kualiti air mentah yang berada pada tahap separa tercemar, Kompleks Ozon yang tidak dimanfaatkan penggunaannya, pelepasan enap cemar yang tidak dirawat terlebih dahulu, pencucian tangki dan kolam air yang tidak mengikut jadual dan ketiadaan program pencucian paip agihan dan komunikasi.

PEJABAT KEWANGAN NEGERI DAN PERBENDAHARAAN N.SEMBILAN
Penyata Penerimaan Dan Pembayaran yang dijana oleh Pengurusan sistem SPEKS (Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri) tidak menunjukkan angka yang tepat dan perlu diedit secara manual.

JABATAN PERHUTANAN N.SEMBILAN
Beberapa kelemahan telah dikenal pasti semasa kajian Audit ini dijalankan seperti peruntukan kewangan yang terhad, kekurangan kakitangan, kenderaan dan peralatan yang tidak mencukupi bagi tugas-tugas pemantauan serta ketiadaan kawasan rizab hutan paya bakau sebagai zon penampan dan kawasan habitat laut.

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM N.SEMBILAN
Pada keseluruhannya, pelaksanaan program KAFA adalah kurang memuaskan. Beberapa aspek penting seperti pematuhan garis panduan, prestasi guru, kurikulum kelas KAFA, penilaian kelas KAFA serta kemudahan bangunan dan kemudahan pembelajaran memerlukan penambahbaikan bagi memastikan program KAFA berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN DAN MAJLIS DAERAH JEMPOL
Majlis gagal menjaga kepentingannya kerana lewat mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan syarat dan terma Perjanjian oleh pihak syarikat. Kerugian hasil yang dianggarkan adalah sejumlah RM 0.48 juta bagi MPS dan RM 0.20 juta bagi MDJL. Secara keseluruhannya, pengurusan tempat letak kereta di kawasan Majlis adalah kurang memuaskan.

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN N.SEMBILAN , PROJEK E-KOMUNITI
Secara keseluruhan, projek e-Komuniti di Negeri Sembilan gagal mencapai matlamatnya kerana kelemahan pengurusan oleh Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan projek ICT di Negeri Sembilan. Beberapa kelemahan dikenal pasti seperti kajian keperluan tidak dilaksanakan, peruntukan kewangan yang tidak mencukupi, prosedur perolehan yang tidak dipatuhi dan pemantauan terhadap pelaksanaan projek yang kurang berkesan. Kesannya, pusat e-Komuniti Serting dan e-Komuniti Juasseh terpaksa ditutup akibat masalah pengurusan dan kewangan dan ini merugikan masyarakat setempat khususnya dan Kerajaan Negeri amnya.

10/20/09

RENUNGAN, Tindakan Susulan PRK Bagan Pinang

Artikel penuh sebagai pengajaran di SINI

Diantara pengajaran-pengajaran yang boleh kita perolehi dari isu ini ialah :

(1) Kesatuan dan Ukhuwwah Islamiyah adalah salah satu rukun terpenting dalam mana-mana organisasi yang memperjuangkan Islam. Tanpanya organisasi tersebut hanya tinggal sebagai kelab, badan atau persatuan biasa semata-mata.

(2) Ukhuwwah dan kasih saying dikalangan anggota dalam saff mampu menjaga jemaah dari berlaku keretakan dan kemusnahan.

(3) Diantara peranan musuh-musuh Islam atau pihak lawan ialah meretakkan hubungan sesama anggota dalam organisasi dan juga mengelirukan masyarakat. Dengan cara ini tseqah atau kepercayaan terhadap organisasi tersebut dapat dilemahkan, lalu mereka akan lari meninggalkannya atau memberi sokongan kepada pihak-pihak yang lain pula.

(4) Adalah penting pihak pimpinan mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum resmi kepada masyarakat awam dengan segera demi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam masyarakat, dalam sesuatu isu penting, apatah lagi isu yang sengaja direka oleh pihak-pihak berkepentingan kearah mencapai muslihat tertentu.

(5) Ukhuwwah atau kasih sayang juga lahir dari kesatuan kefahaman (wahdah al-fikr) yang sahih terhadap Islam dan cara menegakkan Islam (Manhaj At-Taghyir). Ukhuwwah dan Wahdatul Fikr tidak akan lahir melainkan dengan Tarbiyah yang sahih, bersungguh, bersistem, memakan masa yang lama dan melalui berbagai aktiviti dan pengalaman yang berbagai. Oleh itu asas kepada Dakwah dan sebarang perubahan dalam jiwa diri dan masyarakat ialah Tarbiyah.

10/19/09

Sumbangan PAS untuk warga Negeri Sembilan

Apa sumbangan PAS untuk pembangunan di Negeri Sembilan ? Andaikata PAS bersama Pakatan Rakyat memboikot Pilihanraya Kecil Bagan Pinang baru-baru ini dan Barisan Nasional menang tanpa bertanding sudah pasti projek terbengkalai di bawah ini tidak akan diberi perhatian.

Terlalu banyak projek terbengkalai http://terbengkalai.blogspot.com dan projek gajah putih http://gajahputihn9.blogspot.com di Negeri Sembilan ini. Ramai rakyat di Negeri Sembilan yang susah kerana projek rumah terbengkalai, rumah yang dah siap pula tiada penyewa, kosong, hendak dijual tiada nilai di pasaran.

Begitu juga dengan nasib kakitangan kerajaan negeri dan agensi dibawahnya. Guru KAFA di N.Sembilan hanya mendapat elaun RM 500 sebulan http://pasns.blogspot.com/2009/09/guru-kafa-negeri-sembilan-miskin-tegar.html

Juga nasib Peneroka Felda di N.Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2009/10/peneroka-protes-dakwa-felda-tidak-tunai.html

PEMBANGKANG KUAT , NASIB RAKYAT AKAN TERBELA

*************************
Projek jalan Pasir Panjang terbengkalai siap 6 bulan
Berita Harian 19 Okt 09

TAMPIN: Kementerian Kerjaraya memberi jaminan projek menaik taraf jalan Pasir Panjang ke Linggi yang terbengkalai sejak 2005 hingga menjadi isu pembangkang ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini, akan disiapkan dalam tempoh enam bulan.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kerja menaik taraf jalan membabitkan kos RM118 juta itu terbengkalai kerana masalah pengambilan tanah hingga menyebabkan kos pembinaannya meningkat.

"Bagaimanapun, masalah itu sudah selesai dan kerja terbengkalai itu sudah disambung semula. Saya juga sudah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau perkembangan projek itu dan mencari kaedah terbaik supaya kerja itu dapat dipercepatkan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tampin memberitahu demikian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Serba Guna Daerah Tampin, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai projek menaik taraf jalan itu yang terbengkalai hingga menjadi rungutan orang ramai, malah menjadi ‘modal’ pembangkang ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, dengan berjanji akan menyelesaikan masalah itu jika pengundi mengundi calon mereka.

Shaziman berkata, projek menaik taraf jalan itu membabitkan dua fasa iaitu dari Pasir Panjang ke Linggi sejauh 18 kilometer dan dari jalan Sua Betong ke Politeknik Port Dickson, sejauh lima kilometer.

"Kita terpaksa mereka bentuk dan membina jajaran baru di beberapa lokasi bagi mengelakkan kos projek itu meningkat, terutama dari Sua Betong ke Politeknik Port Dickson kerana banyak tanah yang terbabit adalah milik swasta," katanya.

Sementara itu, Shaziman berkata, semua jurutera daerah JKR sudah diarah memantau cerun berisiko tinggi di kawasan mereka lebih awal sebelum musim hujan bulan depan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20091019011226/Article/index_html

YB Taufek merasmikan Akademi Pidato Nusantara

YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani http://www.waghih.blogspot.com ADUN Paroi (PAS) telah bersama merasmikan Akademi Pidato Nusantara Cawangan Negeri Sembilan pada 17 Oktober 2009 yang lalu.

Berita bergambar di http://nogori.blogspot.com/2009/10/jom-sertai-akademi-pidato-nusantara.html

Mereka yang berminat menyertai Akademi Pidato Nusantara cawangan Negeri Sembilan bolehlah menghubungi talian 019-2282667.

10/18/09

Ceramah Mahfuz Omar 20 Okt 09 Labu, NS

CERAMAH UMUM

Bersama :

YB Dato Mahfuz Omar – Naib Presiden PAS

YB Anthony Loke – Pengerusi DAP N.Sembilan

Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin – Ketua AMK

Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan


Selasa 20 Oktober 2009

Jam 9 malam

Di Kg Lambar, Labu, N.Sembilan


Semua Dijemput Hadir

Foto sekitar jamuan Hari Raya PAS Kuala Pilah






PAS Kawasan Kuala Pilah telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Idil Fitri pada Sabtu 17 Oktober 2009 yang lalu di perkarangan Pejabat Operasi dan Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Kuala Pilah. Turut hadir ialah Sdr Zulkfely Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi.

10/15/09

Majlis Meraikan Jentera PRKN31 16 Okt 09

Majlis Meraikan Petugas Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang


JUMAAT 16 Oktober 2009

JAM 8 malam

Di Markas Induk PRKN31, Kg Bagan Pinang, Bt 3, Jalan Pantai, PD


Semua petugas Pakatan Rakyat dijemput hadir


Maklumat lanjut hubungi Sdr Shamsul 019-6532973

Pendaftaran Pelajar PASTI Warisan Puteri , Seremban


Pendaftaran untuk pelajar-pelajar PASTI AL-MAWADDAH Bandar Warisan Puteri, Seremban untuk sesi 2010 kini dibuka.


Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi 012-6902567, 012-3575374.


PASTI AL-MAWADDAH juga menawarkan jawatan sebagai Guru dan Pembantu Guru (perempuan sahaja). Mereka berminat untuk memohon, sila hubungi nombor yang sama seperti di atas.


Maklumat lanjut di http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2009/10/penubuhan-pusat-asuhan-tunas-tunas.html


Layari laman web PASTI N.Sembilan di http://www.pastin9.net atau di http://pasti-n9.blogspot.com

10/14/09

Maruah Tentera Perlu Dipulihkan, Panglima Bertanggungjawab

Brigadier Jenerel (B) Muhamad Arshad Raji (Pak Chat) telah menulis surat terbuka kepada Panglima Angkatan Tentera.

Pak Chat meluahkan kekecewaan beliau sepanjang beliau berkhidmat dalam tentera selama 33 tahun , tidak pernah beliau melihat maruah tentera digadaikan dalam kempen pilihraya di Bagan Pinang.

Pak Chat berkata tentera seharusnya bersikap neutral , taat kepada kerajaan yang memerintah bukan taak kepada parti.

Pak Chat mendakwa ada beberapa pegawai tentera telah memberi ucapan dalam kem yang terang-terang menyuruh anggota tentera mengundi BN.

Pak Chat berkata kempen keterlaluan BN dalam kem tentera telah menjadikan tentera hilang maruah dan menjadi bahan ketawa.

Pak Chat menyeru kepada pegawai tentera yang berkempen ini termasuk pangkat tertinggi supaya meletak jawatan sebagai anggota tentera dan menjadi ahli politik sepenuh masa.

Pak Chat juga berkata mereka yang ada bintang di bahu ( berpangkat Jeneral ) yang menjadi hamba ahli politik lebih baik campak saja bintang tersebut dalam tong sampah.

Surat terbuka Pak Chat di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/open-letter-to-chief-of-army.html

(Nota : Blog Pak Chat sekarang semakin popular dikalangan bekas anggota tentera dan anggota tentera yang ingin mengembalikan maruah anggota tentera agar mereka menjadi anggota tentera yang berani mempertahankan negara , bukan tentera bacul yang mengikut telunjuk ahli politik)

10/12/09

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah. Kekalahan kita di Bagan Pinang mengandungi banyak hikmah.

10/10/09

Bas Jabatan Ketua Menteri Melaka di PUSASDA


Kami mendapat maklumat pada jam 4:55 petang Sabtu 10 Oktober 2009 sebuah bas Jabatan Ketua Menteri Melaka telah masuk ke PUSASDA (Kem Tentera) di Sirusa, Port Dickson. Untuk tujuan apa ?

Oh ya. Ada apa ya di hotel Selesa Beach Resort depan kem tentera tu ? Terima kasih kepada pemberi maklumat.

Lagi sepanduk besar PAS dirobohkan


Satu lagi sepanduk besar PAS dirobohkan. Kali ini depan Politeknik Port Dickson.

Polis siasat sepanduk besar PAS dibakar


Sepasukan anggota polis sedang menyiasat sepanduk besar PAS yang dibakar berhampiran stesen minyak Shell.

Rakyat NS derita akibat projek terbengkalai


Ini adalah sebahagian daripada penderitaan yang dialami oleh penduduk di N.Sembilan akibat dari projek terbengkalai, projek sakit, projek tidak berdaya maju dan sebagainya. Cubalah kita turun padang sendiri selami perasaan rakyat yang menderita ini.

SIAPA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN KETIKA ITU ?

****************
Dear Sirs,

The previous Negri Sembilan government and other NS government bodies were involved in the Bandar Universiti Teknologi Lagenda in Mantin.

Attached please find a writ compiled and written by a legal firm that is representing some of the affected buyers.

This project was abandoned since its inception in early 2000's and to this day nothing has been done to revive the project.

Majlis Perbandaran Nilai that is involved in this project still collects taxes on the properties.

The some unknown party has vandalised the property, especially the wirings have been cut and grossly mutilated in some properties. There are reports that the developer's on-site workers have sublet the property without the owners' knowledge to illegal immigrants.

This abandoned project can become the site of criminal activities if left unattended.

This project is a scam committed with the unwitting blessings of the previous NS government and NS goverment bodies with or without their knowledge.

Please highlight the extend of damage this scam has done the buyers of the student accommodation and help address the issue of this abandoned project at earliest time. Some buyers of the student accommodation have put in their life's savings hoping that it will provide them with income after retirement. Most buyers purchased the said properties because of the trust they had in the NS government which was actively involved in the project. The present NS government has done nothing to revive the project although the project has considerable prospect.

PLEASE HELP US.

Thank you.

Regards,

10/9/09

Lagi petugas Pakatan Rakyat dipukul


Lagi kes petugas Pakatan Rakyat dipukul di Bagan Pinang. Kisah sepenuhnya di AMKN9

Sepanduk PAS DIBAKAR di Bagan Pinang


Kali ini sepanduk besar PAS pula dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di Bagan Pinang. Cerita lanjut di SINI

JANG OH JANG. JOM POI NGUNDI

Melayu Hilang Tanah di PD


Harakah 9 Okt 09 – N25. Sila klik pada keratan akhbar