KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/30/09

Pembeli Rumah Ditipu Orang Minyak

Dari Blog YB Dato Kamarul , Pengerusi PKR N.Sembilan

November 2009


PEMBELI RUMAH DITIPU 'ORANG MINYAK'


Sekiranya ada yang sudah lupa, atau belum tahu ceritanya, biar saya ulang. Kisah seorang wanita warga emas, Siti Hawa Abdullah, 61 tahun. Tahun 1982, masih muda pada usia awal 30an, dia berhasrat memiliki rumah sendiri. Dia membeli sebuah rumah di Taman Senawang Jaya (Fasa 1C), Seremban. Ketika membayar wang pendahuluan kepada pihak pemaju, dia membayangkan betapa bahagianya tinggal di rumah sendiri dalam tempoh 2 tahun lagi.


Malang baginya sebab setelah menunggu penuh semangat selama 2 tahun, rumahnya tidak siap. Dia terus menunggu, menunggu, dan menunggu. Akhirnya beberapa bulan lalu rumah idaman itu siap juga, setelah dia menunggu selama 27 tahun! Bayangkan dari pertengahan usia hingga memasuki usia emas, dia menunggu selama lebih suku abad untuk mendapat rumah. Tidakkah Siti Hawa boleh disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia sebagai pembeli paling lama menunggu untuk mendapatkan rumah?


Perangkaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyebut ada 148 projek perumahan terbengkalai dilaporkan sejak tahun 1990. Berpuluh ribu pembeli kini masih menjadi mangsa.


Seorang pembantu pengurus di sebuah syarikat pengangkutan berjumpa saya baru-baru ini, membawa bersamanya surat perjanjian jual beli rumah, surat peguam, surat bank dan lain-lain dokumen. Dia membeli rumah kos sederhana satu kawasan perumahan di pinggir KL, berharga RM150,000. Projek tersebut sepatutnya siap dalam 3 tahun. Sampai kini dia sudah menunggu lapan tahun, rumah impian itu baru lebih kurang 30 peratus siap – baru nampak tiang, bumbung dan sebahagian dinding yang semuanya sudah berlumut dimakan cuaca – itu pun dalam semak samun yang mungkin telah menjadi tempat musang, ular sawa, kala jengking atau jin aprit, jembalang tanah dan suku-sakatnya.


Rumah tidak tahu bila akan siap, tetapi sejak hari pertama menandatangani perjanjian jual beli, termasuk dengan pihak bank, dia telah menanggung segala akibatnya. Dia terpaksa membayar balik kepada bank RM1,350 setiap bulan. Terlewat sehari dua bank bising-bising, dan kenakan faedah lambat bayar. Dalam waktu yang sama dia kena juga membayar sewa rumah. Bayangkan lapan tahun membayar balik pada bank untuk rumah yang tidak pernah diduduki. Lapan tahun juga terpaksa tinggal di rumah orang yang sewanya naik, naik, dan terus naik. Dia sekarang sudah separuh gila sebab dikejar bank setelah dua bulan tertunggak. Terkini, dia menerima surat peguam dari bank untuk mengheretnya ke mahkamah kerana kegagalan melunaskan hutang.


Alangkah menderitanya hidup! Semuanya gara-gara pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab. Bagi berpuluh ribu mangsa yang menderita, apa lagi kata-kata dan gelaran yang patut diberikan kepada pemaju berkenaan selain penyangak, lintah darat, pembelit, kaki putar alam. Pemaju sudah awal-awal ‘sakau’ duit pembeli. Ketika pembeli tercungap-cungap dikejar bank, pemaju mudah sahaja cuci tangan dan menghilang diri. Menurut kenyataan kementerian berkenaan sebanyak 120 kontraktor telah disenaraihitamkan seluruh negara setakat ini atas pelbagai kesalahan, termasuk kegagalan menyiapkan projek perumahan mengikut jadual.

Apakah cukup sekadar ‘dihitamkan’? Sedangkan sesetengah dari kontraktor hitam itu masih terus selesa dengan rumah besar, kereta mewah, makan angin luar negara. Ketika pembeli menderita, mungkin ada yang membunuh diri, ‘orang minyak’ itu terus ketawa besar, cerut besar, perut besar. Sedikit pun tidak rasa bersalah.

RM200 juta juga telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2010 untuk membantu projek rumah terbengkalai. Peruntukan dalam Belanjawan 2010 itu terlalu kecil, dan patut ditambah bagi membantu berpuluh-puluh ribu lagi pembeli rumah yang sesetengahnya telah menunggu dalam derita selama sepuluh tahun.


Apalah RM200 juta jika dibandingkan dengan skandal PKFZ yang berjumlah berbilion-bilion ringgit itu. Menyedihkan dan menyakitkan hati kos awal projek komersial dan perindustrian Zon Bebas Pelabuhan Klang hanya RM2.5 bilion, tiba-tiba melonjak RM4.6 bilion.


Siapakah musibatnya? Pada ketika berpuluh ribu pembeli rumah menderita dan mengharapkan bantuan untuk mengatasi masalah projek rumah terbengkalai, ada pula pihak yang dengan mudah menyelewengkan duit berbilion ringgit menerusi projek PKFZ. Ini yang orang politik kita kena tengok!


Artikel penuh di http://telokkemang.blogspot.com/2009/11/pembeli-rumah-ditipu-orang-minyak.html

11/29/09

EXPO PENDIDIKAN ISLAM N.SEMBILAN

Kerana kroni, tiga projek di Port Dickson terbengkalai

Oleh: Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 28 Nov: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin mendesak kerajaan persekutuan menghentikan amalan kronisme dalam menaik taraf kawasan pelancongan Port Dickson.


Baginya, amalan kronisme dengan memberi tender secara tertutup kepada pihak tertentu merugikan rakyat dan negara.


Badrul mengulas kegagalan tiga projek iaitu membina dualebuh raya yang baru - Lebuh raya Seremban Port Dickson, Lebuh Raya Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan projek penaiktarafan jalan raya utama dari Linggi ke Pasir Panjang.


Ketiga-tiga projek mega itu yang mula dibina pada 14 Februari 2005 dan dijadualkan siap pada 12 Ogos 2007, masih terbengkalai sehingga sekarang.


Badrul yang juga dikenali sebagai blogger CheguBard (http://chegubard.blogspot.com) mendedahkan kontraktor terbabit adalah Hartajaya-Genting Timur-AMR Sdn. Bhd.


Beliau mendedahkan, syarikat kontraktor terbabit turut diberikan peluang menyiapkan projek-projek mega itu sehingga bulan depan, tanpa sebarang denda sebagaimana yang dipersetujui antara kerajaan-kontraktor sebelum ini.


Beliau mendakwa ketirisan RM10 billion hingga RM20 billion setahun dalam belanjawan negara tahun lepas disebabkan beberapa projek terbengkalai seperti yang didedahkannya itu.


"Isu utama (adalah) runding terus...bila tender tertutup, syarikat kontraktor yang dapat projek belum tentu kompiten dan layak," tegas Badrul ketika dihubungi petang tadi.


"Bila runding terus, syarikat kroni yang dapat anugerah (projek) itu akan runding, reka jalan (dan) dia tetapkan (sebut) harga dan terus bina walaupun dia (syarikat) itu ada rekod gagal."


Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan sanggup memberi fasiliti dan keistimewaan kepada beberapa syarikat kontraktor yang dilihat kroni beberapa pemimpin tertentu Umno.


Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan amalan kronisme di Port Dickson tersebut.


"Najib 1Malaysia kena jelaskan tentang kerja buat kroni-kroni ini kerana projek di Port Dickson bukan di bawah kuasa kerajaan negeri, (sebaliknya) di bawah Persekutuan (khususnya) Kementerian Kewangan," tegasnya.

"Sepatutnya beberapa projek itu siap Disember ini, itu pun tarikh yang ditunda (oleh) kementerian (pimpinan) Najib tanpa ada sebarang denda...apa yang dilihat sekarang, baru 60 peratus siap."


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23445:kerana-kroni-tiga-projek-di-port-dickson-terbengkalai&catid=1:utama&Itemid=50

11/24/09

Kempen Derma Darah PKR Rembau 26 Nov 09

KEMPEN DERMA DARAH
Sempena Musim Perayaan Idil Adha (Hari Raya Korban)
Tarikh : 26 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 9 pagi
Tempat : Unit Tabung Darah , Hospital Besar Seremban

Mereka yang ingin berkorban (menyumbang darah) sila hadir beramai-ramai

Anjuran : Keadilan Cabang Rembau (PKR Rembau)
Hubungi : Azizi 012-3696474

******************

MAJLIS HI TEA BERSAMA PIMPINAN PUSAT

Tarikh : 28 Nov 2009
Hari : Sabtu
Masa : 2 petang
Tempat : Lot 356, Kg. Linsum, Rantau, N.Sembilan

Bersama :
YB Zuraidah
YB Rodziah
YB Haniza
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N9
YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi N9 (AJK PAS Pusat)
Chegubard, Ketua Keadilan Cabang Rembau

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : Wanita Keadilan Negeri Sembilan
Hubungi : Azizi 012-3696474

11/23/09

Nenek 83 tahun angkut air 50 meter di Pilah



Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan Tahun 2008 antaranya melaporkan :
JABATAN BEKALAN AIR N.SEMBILAN/SYARIKAT AIR NEGERI
Beberapa kelemahan ditemui seperti kualiti air mentah yang berada pada tahap separa tercemar, Kompleks Ozon yang tidak dimanfaatkan penggunaannya, pelepasan enap cemar yang tidak dirawat terlebih dahulu, pencucian tangki dan kolam air yang tidak mengikut jadual dan ketiadaan program pencucian paip agihan dan komunikasi.

Dari Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2009/10/audit-dedah-banyak-kelemahan-kerajaan.html

50 METER ANGKUT AIR
Berita Harian 23 Nov 09

JERIAH dibantu anaknya, Hassan mengambil air 50 meter dari rumah mereka di Kampung Mara, Parit Tinggi, Kuala Pilah.


Nenek 83 tahun jalan jauh ambil bekalan sejak seminggu

PARIT TINGGI: Seorang nenek berusia 83 tahun di Kampung Mara, Parit Tinggi, Kuala Pilah di sini terpaksa berjalan sejauh kira-kira 50 meter untuk mengangkut bekalan air bersih, sejak seminggu lalu.

Jeriah Ali terpaksa berbuat begitu untuk mengambil air bersih dari tong dram yang disediakan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dalam usaha mengatasi masalah bekalan air yang sering terputus di kampung itu sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, penduduk hanya mampu memperoleh bekalan air bersih selama tiga hingga empat hari dalam tempoh seminggu dan kadang kala berlarutan sehingga beberapa hari menyebabkan urusan seharian mereka terganggu.

Bukan itu saja, timbul pula masalah lain apabila bekalan disambung semula, penduduk tidak boleh terus menggunakan air itu kerana ia dipenuhi lumpur.

Masalah itu lebih teruk dihadapi oleh penduduk di bahagian hulu kerana mereka bukan saja berdepan masalah tekanan air kecil, malah ada ketikanya tiada bekalan air dalam tempoh panjang.


SEPIAH kesal bekalan air kerap terjejas.

Masalah itu dikatakan mula dihadapi ketika pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuala Pilah di Kampung Beting, dekat sini, yang kini siap sepenuhnya dan mula beroperasi sejak Julai lalu.

Ekoran aduan penduduk, Sains meletakkan dua tong air di depan enam rumah yang berada di hulu kampung itu sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak menyelesaikan masalah penduduk kerana penduduk perlu keluar dari rumah untuk menadah air daripada tong itu sebelum dapat digunakan.

Anak Jeriah, Hassan Osman, 60, berkata beliau bimbangkan keselamatan ibunya yang terpaksa mengambil bekalan air itu jika beliau dan isteri tiada di rumah.

“Walaupun jaraknya tidak jauh tapi tetap membahayakan. Sepatutnya, Sains mengatasi masalah ini dengan menaik taraf paip sedia ada kerana cara ini hanya menyusahkan penduduk," katanya.

Hassan berkata, beliau sudah meminta supaya Sains menaik taraf paip air sedia ada supaya tiada lagi masalah pada masa akan datang namun apa yang diperoleh hanya dua tong air besar.

"Saya dimaklumkan, sepatutnya kami yang tinggal di hulu kampung tiada masalah bekalan air paip kerana pihak yang bertanggungjawab sudah meluluskan pemasangan untuk menaik taraf paip air sedia ada bagi mengatasi masalah ini.

Sementara itu, Sepiah Rajid, 63, berkata, dia tidak faham mengapa Sains perlu menghantar tong air itu dan meminta penduduk mengambil air dari situ.

Katanya, pihak berkenaan sepatutnya mencari punca masalah itu berlaku daripada terus membiarkan saja dan menyusahkan lagi penduduk.

"Cuba cari punca masalah ini berlaku sebab perkara ini bukan baru,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091123081925/Article/index_html

11/21/09

Promosi 2010 PASTI Khadijah Chembong, Rembau

Pendaftaran Pelajar PASTI Siti Khadijah, Kg Batu Hampar, Rembau kini dibuka untuk tahun 2010.


Promosi istimewa pengambilan pelajar baru 5 dan 6 tahun.


Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi 013-2772552


Maklumat lanjut pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2009/11/promosi-2010-pasti-khadijah-chembong.html

11/20/09

ADUN N.Sembilan bongkar pembalakan haram




Seorang ADUN di N.Sembilan telah membongkar pembalakan haram di N.Sembilan

Beberapa tahun sudah seorang ADUN BN N.Sembilan mengadu masalah pembalakan di Lenggeng yang menyebabkan banjir. Sumber http://pasns.blogspot.com/2009/10/audit-dedah-banyak-kelemahan-kerajaan.html

Laporan Audit Negara terkini menyatakan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan mempunyai peruntukan kewangan yang terhad, kekurangan kakitangan, kenderaan dan peralatan yang tidak mencukupi bagi tugas-tugas pemantauan serta ketiadaan kawasan rizab hutan paya bakau sebagai zon penampan dan kawasan habitat laut.
Sumber http://pasns.blogspot.com/2009/10/audit-dedah-banyak-kelemahan-kerajaan.html

SEKARANG MUSIM HUJAN. MAKA BANYAK PERKARA YANG TERBONGKAR !
PEMBALAKAN HARAM DI HUTAN SIMPAN KEKAL TRIANG
Utusan Malaysia 20 Dis 09

KAYU balak yang sudah siap ditebang oleh pembalak haram dan menunggu masa untuk dibawa keluar dari kawasan Hutan Simpan Kekal Triang, dekat sempadan Jelebu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

--------------------------------------------

JEMPOL 19 Nov. - Lagi kecurian kayu balak di Negeri Sembilan.

Kali ini ia berlaku di kawasan Hutan Simpan Kekal Triang dekat sempadan Jelebu dengan jumlah yang dianggarkan mengikut pasaran melebihi RM200,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang ditemui di sini hari ini berkata, dengan jumlah yang begitu besar, dia melahirkan rasa kecewa dengan kelekaan Jabatan Perhutanan negeri sehingga mengakibatkan satu lagi kes kecurian balak telah berlaku.

Katanya, hasil bumi ini telah ditebang secara berleluasa oleh beberapa individu yang berkepentingan sehingga sanggup menceroboh khazanah berharga itu.

''Saya sendiri telah ke kawasan terbabit pada pukul 1 pagi dan menemui beberapa batang kayu balak yang sudah siap ditebang dan menunggu masa untuk dibawa keluar.

''Perbuatan ini sudah melampau dan perkara ini telah saya maklumkan kepada Pengarah Jabatan Perhutanan.

''Bagi saya ini merupakan perkara yang perlu dipandang serius memandangkan sebelum ini kes sama turut berlaku di Hutan Simpan Pasoh.

"Apa yang mengecewakan saya ialah tindakan pemantauan oleh pihak berwajib seolah-olah tiada, sekali gus memberi peluang kepada penyangak ini merobek hasil hutan di sini," katanya di sini hari ini.

Zainal berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penutupan bengkel penulisan rencana dan artikel anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini.

Ujar beliau, kejadian seperti ini bukan sahaja merosakkan ekosistem di kawasan hutan berkenaan malah hasil kerajaan turut dicuri bagi tujuan keuntungan beberapa pihak.

Dalam kejadian itu, Zainal berkata, Jabatan Perhutanan negeri telah memaklumkan sebanyak 53 tual kayu dari jenis meranti, balau dan mersawa telah ditebang dengan anggaran 80 meter padu telah berjaya disita.

''Mereka sedang menyiasat jumlah pokok yang telah ditebang. Satu 'san tai wong' telah disita oleh mereka," katanya.

Tambahnya, hasil semakan di kilang papan di Simpang Pertang, Jelebu, jabatan yang sama telah menemui kayu jenis sama di mana 40 tual balak telah disita di situ bersama beberapa peralatan dan jentera.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Roslan Ariffin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya kini mencari petunjuk baru bagi menjejaki pembalak haram berkenaan.

Beliau percaya, kejadian pembalakan haram ini telah dilakukan sejak seminggu lalu selain tidak menolak kemungkinan beberapa kayu balak ini telah dibawa keluar oleh mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

11/18/09

Konvensyen PKR N.Sembilan 22 Nov 09

Konvensyen PKR Negeri Sembilan
“MENGGILAP HARAPAN RAKYAT”
Tarikh : Ahad 22 November 2009
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua, Seremban


8.00 – 8.45 am – Pendaftaran
9.00 – 9.45 am – Ucapan dan Perlancaran Konvensyen Oleh YB Pengerusi MPN, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
9.45 – 10.10 am- Rehat
10.10 – 10.50 am –Pelancaran Tema Konvensyen- Ketua Penerangan MPN Sdr Ibrahim Yusof
10.50-11.20 am – Ucapan SUA PKR- Dato Salehuddin Hashim
11.30 – 12.30 tengahari – Amanat Dato Seri Anwar Ibrahim
12.30 – 2.00 pm – Rehat dan Makan Tengahari
2.00 – 4.00 pm – Sesi Pembentangan Kertas Kerja
4.00 – 5.00 pm– Sesi Dialog
5.00 – 5.30 PTG – Penggulungan Oleh timbalan MPN 1, sdr Nordin Ismail
5.30 pm – Bersurai

Sumber http://anwaribrahimblog.com/2009/11/18/konvensyen-pkr-negeri-sembilan/#more-9961

11/16/09

Ceramah Us Abd Ghani Rahman 22 Nov 09 Seremban


CERAMAH UMUM
Tarikh : 22 Nov 2009 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Jalan Pesiaran 2, Taman Panchor Jaya, Seremban

Penceramah :
Ust. Abd Ghani Rahman , AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Sdr Ibrahim b. Yusof, Ketua Penerangan Keadilan N.Sembilan

Anjuran : PAS Cawangan Panchor Jaya

Ceramah Tn Hj Md Sabu 23 Nov 09 Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Nov 2009 (Isnin)
Masa : 9 malam
Tempat : Labu, N.Sembilan

Penceramah :
Tn Hj Md Sabu , AJK PAS Pusat
che'GuBard

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com atau tel Azizi 012-3696474

Jihad penduduk Tmn Margosa Seremban diteruskan

MAHKAMAH LULUSKAN PERMOHONAN INJUKSI PENDUDUK MARGOSA
KENYATAAN AKHBAR

Alhamdulillah setelah hampir 7 bulan akhirnya penantian penduduk tercapai apabila Mahkamah memberikan keputusan menerima permohonan injuksi yang difailkan pada bulan April 2009 melalui firman guaman Zorah Jan Newaz & Co.

Keputusan ini membuktikan segala kerisauan penduduk terhadap kesan negatif jajaran ini adalah benar apabila kita mengalami lebih 5 kali banjir termasuk Taman Perumahan yang berhampiran seperti Taman Telawi dan Kg Baru Paroi.

Ini juga membuktikan ia bukan sentimen politik tetapi ianya berdasarkan hak penduduk yang termaktub di dalam Perjanjian Jual-Beli rumah yang ditandatangani sewaktu membeli rumah di Taman Bukit Margosa.

Ia juga dibuktikan melalui Lapuran Audit Negara 2008 yang dicatatkan bahawa Y.A.B Menteri Besar N.Sembilan memaklumkan akan memberhentikan projek LEKAS ini jika terbukti projek LEKAS ini sebabkan banjir lumpur.

Dan ianya terbukti dengan kejadian banjir lumpur dan banjir najis yang dialami oleh pendudukT aman Bukit Margosa, Taman Telawi, Kampung Ismail, Ampangan dan Kg Baru Jiboi di sebelah taman Margosa.

Juga pergerakan tanah dari rumah yang paling hampir dengan jajaran serta keretakan rumah penduduk berlaku dan tidak diambil peduli oleh mereka yang terbabit .

Untuk itu kita akan memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara yang menjadi Pengerusi Badan yang menyiasat Lapuran Audit yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Cerita selanjut di Blog Zakaria bin Sheikh Othman , Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa Seremban
http://czackpy.blogspot.com/2009/11/mahkamah-luluskan-permohonan-injuksi.html

Ibu tunggal jaga emak terlantar

Sinar Harian 15 Nov 09

LENGGENG - Biar diri serba kekurangan, namun ia bukan penghalang bagi Raesan Khatib, 58, untuk menjaga ibunya yang terlantar sejak enam tahun lalu dan tidak berkeupayaan menguruskan diri sendiri.

Agak terkilan dengan sikap adik beradik yang menyerahkan segala tanggungjawab kepadanya, namun sebagai anak sulung selagi terdaya dia tetap tabah dan bersedia memikul tanggungjawab itu.

Raesan berkata, mujur anaknya yang tinggal bersama ringan tulang menghulurkan bantuan biarpun kadang-kala terdengar ru-ngutan kerana mereka kasihankan dirinya.

“Saya faham jika anak-anak bising kerana saya sahaja menjaga nenek mereka sedangkan mempunyai lima adik beradik lain.

“Bukan tidak pernah merungut, namun selagi sihat, saya tidak akan membiarkan dia begitu sahaja,” katanya.

Raesan berkata, memandangkan usianya makin lanjut, mana mungkin mampu berterusan menjaga ibunya seorang diri yang mana setiap hari perlu mengangkat emaknya ke bilik air.

Menurutnya, mujurlah ibunya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik yang munkin akan menambah beban.

“Inilah perkara yang berlaku macam orang tua selalu kata, emak seorang dapat menjaga anak ramai, tapi seorang emak belun tentu dijaga anak yang ramai,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Machang Hulu.

Sementara itu anak Raesan juga ibu tunggal, Norrelawati Mat Nor, 33, mempunyai seorang anak berusia lima tahun akur dengan dugaan menimpa diri, namun bersyukur kerana masih mempunyai emak untuk dijadikan tempat mengadu.

“Mujurlah saya tinggal dengan emak, jadi tidaklah berat sangat beban yang terpaksa ditanggung dengan pendapatan pula tidak seberapa,” katanya.

Menurutnya, dia agak kesal dengan sikap bapa dan ibu saudara yang sukar memikul tanggungjawab bersama menjaga nenek yang terlantar.

Dalam pada itu Penge-rusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lenggeng, Bustami Abu ketika ditemui di rumah Raesan berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan masing-masing belum menerima sebarang bantuan kerana tidak pernah membuat permohonan.

“Saya akan cuba dapatkan bantuan ibu tunggal untuk Norrelawati dan bantuan warga emas terlantar bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa bulan dilantik sebagai pengerusi JKKK, dia kecewa apabila mengetahui banyak kes di kawasan tersebut, terdapat anak membiarkan orang tua masing-masing dan lebih menyedihkan apabila ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6007311.asp

Loya bau busuk longkang tersumbat
Sinar Harian 15 Nov 09

RUMAH RAKYAT LINGGI – Setiap pagi seorang warga emas Maria Ahmad, 74, terpaksa keluar dari rumah berikutan bau tidak menyenangkan yang terbit dari longkang berdekatan.

Maria berkata, kebiasaannya dia akan keluar rumah sekitar jam tujuh pagi dan hanya akan pulang tiga atau empat jam selepas itu.

Ini berikutan kedudukan rumah rumahnya berhampiran longkang yang menjadi menjadi pusat pengumpulan air untuk kegunaan harian penghuni Rumah Rakyat Linggi peringkat kedua sebelum ke saluran utama.

“Saya terpaksa keluar rumah pada waktu pagi berjam-jam lamanya kerana tidak tahan bau busuk air longkang terutama pada sebelah pagi, lebih-lebih lagi saya menghidap penyakit asma.

“Kebiasaannya saya akan ke kedai berhampiran untuk membaca surat khabar dan berborak dengan pemilik kedai berkenaan bagi menunggu bau tersebut berkurangan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.

Upah jiran bersih rumah akibat banjir

Maria yang tinggal bersama suami, Sulaiman Abu Bakar, 76, turut menghadapi masalah banjir setiap kali hujan lebat.

Menurutnya, bulan ini sahaja sudah dua kali rumah dimasuki air, lebih teruk, air yang masuk itu adalah air longkang yang kotor berwarna hitam dan berbau.

“Walaupun kawasan rumah ini telah dibina tembok kecil tetapi pengaliran air yang melalui longkang ini tidak dapat mengelak daripada masuk ke rumah.

“Selalunya saya dan suami akan mengupah penduduk di sini untuk membersihkan kawasan rumah yang dimasuki air kerana sudah tidak larat membasuh kotoran banjir air longkang itu,” katanya.


Runtuhkan tebing, besarkan longkang

Sementara itu Sulaiman berkata, sejak enam tahun lalu mendiami rumah itu, sudah berkali rumahnya dimasuki air ketika hujan lebat dan terpaksa mengupah orang untuk membersihkan.

Katanya, aduan telah banyak kali dilakukan, malah sehingga ke peringkat atasan tetapi tiada sebarang perubahan.

“Pernah juga tindakan diambil membesarkan longkang yang berada di belakang rumah saya tetapi ia bukan satu jalan penyelesaian terbaik kerana masalah tetap berlaku.

“Masalah ini mungkin berpunca daripada masalah sistem longkang yang tidak lancar dan ada sesetengah penduduk menutup secara kekal permukaan longkang di kawasan rumah mereka, malah tidak membersih dan menyelenggara longkang itu dengan baik,” katanya.

Menurutnya, tidak ada gunanya jika tiada kerjasama dan hanya beberapa buah rumah yang mengambil berat tentang kebersihan longkang mereka.

“Sikap penduduk tidak mengendahkan keadaan longkang kawasan rumah mereka menyebabkan masalah ini timbul, malah longkang di sini tidak pernah kering walaupun bukan pada musim hujan,” katanya.

Sulaiman berkata, kedudukan rumahnya yang berada di bawah bukit menjadi antara faktor ia mudah dimasuki air, sementara rumah yang berada di bahagian atas pula tidak dilengkapi dengan sistem longkang.

Justeru, apabila hujan, air daripada bumbung rumah mereka akan mengalir ke bawah bukit dan berkumpul di rumahnya.

“Saya sanggup sekiranya kawasan tebing rumah dirobohkan supaya pihak bertanggungjawab membina longkang memandangkan kami terpaksa berhadapan dengan bau busuk yang berpanja-ngan sehingga mengundang kehadi-ran lalat.

“Ada penduduk lain turut mengalami nasib yang sama, sehingga terpaksa membuat pengadang untuk mengelakkan air longkang terus masuk ke rumah,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6006456.asp

11/13/09

Tim Perdana Menteri tunjuk contoh naik motosikal


Kolonel (B) Roseli mempersoalkan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar memberikan mesej yang tidak baik kepada penunggang-penunggang motosikal yang lain.

Pautan Blog Askar Melayu
http://colroseli.blogspot.com/2009/11/undang-undang-pemakaian-topi-keledar.html

Gambar dari akhbar The Star 13 Nov 2009
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/13/nation/5105230&sec=nation

Bank Negara Siasat Segera MB N.Sembilan

KENYATAAN AKHBAR

13hb Nov 2009, Jumaat

BANK NEGARA MALAYSIA MENYIASAT SEGERA TERHADAP MOHD HASSAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN YANG MENGIRIM DANA SEBANYAK RM 10 JUTA KE LUAR NEGARA

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.

Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,

Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;

Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.

Persoalannya, adakah MB Datuk Seri Mohd Hassan bersedia menjelaskan sama ada transaksi ini dijalankan melalui saluran sah mengikut Undang-undang Malaysia? Bolehkah beliau secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?

Saya menyeru kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

Saya turut menyeru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yang ditujukan.

Laporan penuh di Blog Anwar Ibrahim http://anwaribrahimblog.com/2009/11/13/bank-negara-siasat-segera-mb-negeri-sembilan/

Fitnah Besar di Surau Warisan Puteri Seremban

Dari Blog Ustaz Hishamudin
Fitnah Besar melanda Surau Bandar Warisan Puteri !

Kalau tuan-tuan pergi ke Taman Desa Kiara Sikamat, bersebelahan Family Store cubalah lihat surau itu sekarang. Nampak cantik tapi siang malam asyik berkunci.

Sedih rasanya bila surau tempat umat Islam berkumpul mencari ilmu ditohmah dengan pelbagai kata kesat oleh mereka yang satu syahadah.

Saya tidak pelik, jika yang membuat tuduhan itu orang-orang kafir seperti Abu Lahab dan Abu Jahal tetapi saya merasa pelik jika yang membuat tuduhan itu orang-orang Islam sendiri.

Tuduhan mereka :

1. Surau Bandar Warisan Puteri Sikamat tidak pernah mengadakan solat Hajat mengajak orang-orang datang ke surau.
2. Membandingkan kaedah Ustaz-ustaz yang menyampaikan kuliah di surau dengan penceramah terkenal
3. Minta supaya Ustaz-Ustaz mencontohi akhlak Rasulullah saw yang sabar menerima ujian
4. Hanya ustaz-ustaz tempatan sahaja yang boleh memimpin surau, ustaz-ustaz dari pantai timur tak boleh.

Cerita selanjutnya di http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2009/11/fitnah-besar-melanda-surau-bandar.html

Rakyat tak faham taham tugas Wakil Rakyat

Hentikan budaya meminta
Harian Metro 13 Nov 09

KOTA BHARU: Rakyat perlu memahami tanggungjawab sebenar wakil rakyat dengan menghentikan budaya ‘meminta-minta’ yang hanya dilihat sebagai punca politik wang berleluasa.

Pensyarah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aziz Bari berkata, rakyat tidak sepatutnya menggambarkan peranan wakil rakyat mereka sebagai ‘pegawai kebajikan’ setiap kali memerlukan bantuan kewangan.

Katanya, budaya itu bukan saja menyebabkan berlaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa, malah akibatnya turut ditanggung rakyat yang mengamalkan budaya terbabit.

“Jika kita hentikan budaya ini, ia begitu baik bagi semua parti politik kerana jika rakyat melihat ahli politik sebagai tempat untuk meminta duit akan menyebabkan berlaku rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kesudahannya ditanggung rakyat sendiri.

“Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ada hospital dan semua ada. Mengapa mereka (wakil rakyat) perlu ditarik untuk melakukan kerja itu kerana wakil rakyat tidak dilatih untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Forum Kepimpinan Integriti Politik dan Masyarakat untuk peringkat akar umbi bagi Kawasan Parlimen Pas Tumpat, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah II, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaafar.

Bagaimanapun, beliau berkata, politik wang itu sendiri dimulakan oleh wakil rakyat terbabit yang suka menonjolkan diri menerusi sikap ‘pemurah’.

Katanya, berikutan itu, kedua-dua pihak sama ada ahli politik mahupun rakyat perlu menghentikan amalan berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20091113090945/Article/index_html

Kita Semua Adalah Wakil Rakyat

Tahukah anda tanggungjawab seorang wakil rakyat ? Sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi anda diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat di kawasan anda untuk menyuarakan permasalahan dan kehendak rakyat di Dewan Undangan Negeri serta di Parlimen Malaysia. Anda menentukan siapa calon pilihan anda.

Siapa sahaja yang anda pilih sebagai wakil rakyat, pastikan wakil rakyat ini bertanggungjawab untuk memelihara hak anda sebagai warganegara Malaysia yang merdeka. Wakil rakyat dipilih untuk bekerja untuk rakyat serta mewakili rakyat, baik di waktu senang apatah lagi di waktu susah.

Anda sebenarnya yang berkuasa di Malaysia ini, kerana andalah yang menentukan siapa yang terpilih untuk menjadi wakil rakyat , yang bekerja untuk menjaga hak serta kepentingan anda sekeluarga.

“Selamat Menunaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi”

****************************************************

11 TANGGUNGJAWAB ASAS SEORANG WAKIL RAKYAT

1. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.
10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

Sumber dari Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com/2007/04/kita-semua-adalah-wakil-rakyat.html

11/12/09

Pelancaran PKR Kundur 18 Nov 09 Rembau

Pelancaran Ranting Kundur (Cabang PKR Rembau)
Rabu 11 November 2009
Jam 8 malam
Di Kg Kundur Hilir (DUN Chembong), Rembau
Bersama :
cheGuBard , Pengerusi PKR Rembau
YB Hj Mohamad Taufek , YB Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat, Rembau
Dato Seri Ir Nizar
YB Abdullah Sani

Info lanjut tel Azizi 012-3696474 atau di http://chegubard.blogspot.com

CERAMAH PERDANA
Rabu 18 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kg Selemak (dekat Kg. Batu) , Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat, Anak jati Kg Batu (DUN Kota)
YB Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin , Ahli Parlimen Bukit Gantang
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard

Ibadah Korban 1430H Pusat Dakwah Islamiah Paroi

PROGRAM IBADAH KORBAN 1430H / 2009M
Tarikh Ibadah Korban : 30 November 2009 (Isnin)
Tarikh Akhir Penyertaan : 20 November 2009 (Jumaat)
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah , Paroi, N.Sembilan

Satu bahagian RM350.00

Program ini terbuka kepada orang ramai.

Sesiapa yang ingin menyertai sila hubungi :-
Tel: 06-6751609 /1605 /1604 (Ust. Muhamad Fadli / Ust. Muhammad Amir/ Ust. Mohd Khusairi)

11/10/09

ADUN Paroi prihatin nasib remaja di Malaysia

YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com , ADUN Paroi , N.Sembilan yang juga merupakan AJK PAS Pusat amat prihatin dengan nasib anak gadis Melayu yang menjadi mangsa pujukan lelaki asing. Pada tahun 2008 YB Hj Taufek terlibat dalam misi menyelamatkan anak gadis berusia 12 tahun dari Rantau, N.Sembilan yang dilarikan ke luar negara.

********************
Kakak derita di Lombok
Harian Metro 10 Nov 09

SEREMBAN: “Kakak menyuarakan hasrat pulang ke pangkuan keluarga kerana dia berdepan tekanan dengan keadaan kehidupan di Lombok selain memikirkan nasib dan masa depan anaknya.”

Begitu kata Normah Ghani, 23, yang juga adik kepada Normaliza ketika menceritakan keadaan dialami kakaknya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani, untuk mendapat bantuan.

Normaliza, 26, atau dipanggil mesra ahli keluarganya sebagai Angah dari Felda Palong 5 di Jempol, berada di Lombok, Indonesia hampir dua tahun lalu selepas mengikut teman lelakinya dan berkahwin di sana pada penghujung 2007.

Kini, dia yang mempunyai seorang anak berusia lima bulan menyatakan hasrat kembali ke negara ini dipercayai selepas menghadapi tekanan dengan keadaan kehidupan yang dilaluinya di sana.

Normah menyatakan hasrat kakaknya itu kepada Mohamad Taufek pada awal minggu lalu untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama wakil rakyat berkenaan bagi membantu membawa kakaknya kembali ke negara ini dengan secepat mungkin.

Mohamad Taufek berkata, pihaknya sudah dihubungi ahli keluarga terbabit untuk meminta bantuan bagi membawa Normaliza pulang ke negara ini selepas dia mengikuti lelaki berkenaan ke Lombok pada hujung tahun lalu.

“Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga berkenaan mengenai hasrat Normaliza yang kini mempunyai seorang anak berusia lima bulan untuk pulang ke negara ini dan menemui ahli keluarganya di Felda Palong 5 di Jempol.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20091110073104/Article/index_html

Rombongan Malaysia telah berjaya mencantumkan kasih antara seorang ayah Che Ishak dan anaknya Che Siti Nor Azreen bila kita dapat bertemu di Pusat Perlindungan Anak Nusa Tenggara Barat di Bandar Mataram pada jam 9:45 pagi 15 April Lombok. Berita penuh di Blog YB Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/04/berita-dari-lombok-indonesia.html

Laporan dari Harian Metro di Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2008/04/berita-adun-paroi-dan-pj-pas-nsembilan.html

Gambar sambutan kepulangan adik Azreen di LCCT pada Blog berikut
http://nurmutiara.blogspot.com/2008/04/allah-selamatkan-adik-azreen.html

Ceramah YB Ir Nizar Jamaludin 18 Nov 09 Rembau

CERAMAH PERDANA SATU
Rabu 18 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kg. Batu , Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat
YB Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin , Ahli Parlimen Bukit Gantang
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard

Info lanjut hubungi 012-3696474 atau http://chegubard.blogspot.com


CERAMAH PERDANA DUA
Sabtu 21 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kampung Tengah, Air Kuning, Tampin
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard

Info lanjut (Ija 017 3491807) atau http://chegubard.blogspot.com

Penduduk mohon sediakan bas

Sinar Harian 10 Nov 09

KUALA PILAH - Masalah pengangkutan awam di Pekan Kuala Pilah masih tidak ada penyelesaian walaupun pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada prebet sapu yang dikatakan memotong rezeki perkhidmatan kereta sewa di sini.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Sinar Harian rata-rata penduduk dari simpang Senaling ke Seri Menanti kecewa dan berasa terbeban apabila perkhidmatan kereta sewa seolah-olah mengambil kesempatan mengenakan harga bayaran yang tinggi.

Penduduk yang ditemui di Kampung Sri Pilah, Norasmah Amanshah, 46, berkata, masalah pengangkutan awam sekarang semakin membebankan penduduk.

Menurutnya, susah jika tidak ada pengangkutan seperti prebet sapu di kawasan kampung kerana penduduk di sini hanya bergantung harap kepada perkhidmatan itu.

“Saya sudah menggunakan perkhidmatan prebet sapu sejak empat tahun lalu. Sekiranya tiada pengangkutan di sini, susah kami (penduduk) untuk keluar ke pekan.

“Saya pula berniaga di Taman Waja, Melang. Memang waktu pagi, saya akan menggunakan perkhidmatan prebet sapu memandangkan ia murah tetapi kini tidak ada lagi,” katanya.

Tidak mampu bayar tambang yang mahal Norasmah berkata, tambang yang perlu dibayar jika dia menggunakan prebet sapu hanya RM3 berbanding kereta sewa yang menetapkan bayaran lebih daripada sepatutnya.

“Penduduk kampung tidak mampu untuk membayar tambang yang mahal kerana kami bukan daripada golongan kaya raya hingga sanggup membayar lebih daripada sepatutnya.

“Kalau kereta sewa tidak mengenakan tambang yang mahal tidak ada masalah untuk penduduk di sini memilih perkhidmatannya, tetapi sebaliknya kereta sewa terlalu mahal,” katanya.

Norasmah yang menjual nasi lemak dan kuih muih di Taman Waja, berkata, dahulu kampung ini ada pengangkutan bas yang masuk dan keluar tetapi sudah ditamatkan perkhidmatan.

“Masalah ini membelenggu penduduk kampung sejak bertahun lamanya. Saya berharap ada pihak lain yang tampil ke hadapan membantu menyelesaikan masalah pengangkutan awam di sini, bagi menggantikan prebet sapu supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Ketiadaan prebet sapu membebankan. Sementara itu, warga emas, Julia Badur, 76, berkata, sejak ketiadaan prebet sapu ia mendatangkan masalah kepadanya kerana selama ini dia hanya bergantung harap kepada perkhidmatan itu untuk pergi ke hospital.

“Setiap bulan, mak cik perlu memeriksa kesihatan kerana menghidapi penyakit darah tinggi. Sebelum jam 8.00 pagi, mak cik perlu berada di sana. Ketiadaan prebet sapu memang membebankan tambah pula bayaran kereta sewa yang mahal.

“Buat masa sekarang, mak cik meminta pertolongan daripada cucu atau saudara mara untuk membawa ke hospital,” katanya.

Katanya, penduduk kampung di sini memang tidak ada pengangkutan lain selain motosikal.

“Walaupun ada motosikal tetapi untuk pergi jauh agak sukar memandangkan keadaan jalan yang sibuk dipenuhi kenderaan.

“Sebab itu, penduduk di sini lebih gemar menggunakan perkhidmatan prebet sapu kerana pemandunya juga orang kawasan kampung ini yang dikenali,” katanya.

Menurutnya, prebet sapu ini dapat membantu orang kampung yang tidak ada pengangkutan sendiri tetapi apa yang berlaku sekarang menyebabkan penduduk di sini seolah-olah patah kaki untuk pergi ke mana-mana kerana perkhidmatan itu sudah tiada.

:Seorang lagi penduduk, Idris Abu Bakar, 76, berkata, susah sekiranya tidak ada pengangkutan awam kerana setiap bulan perlu mengambil elaun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pekan Kuala Pilah.

“Anak-anak bekerja dan tidak berada di kampung. Jadi memang saya meminta bantuan prebet sapu namun, keadaan ini sudah berubah.

“Prebet sapu, tambangnya tidak mahal iaitu hanya RM3.00 sahaja. Penduduk juga masih mampu membayarnya begitu juga dengan pelajar sekolah,” katanya.

Idris berharap disediakan pengangkutan lain seperti bas bagi menggantikan prebet sapu sekiranya perkhidmatan itu tidak beroperasi lagi walaupun kereta sewa masih ada.

“Kami tidak halang pihak berkuasa melakukan tugas tetapi saya mewakili penduduk kampung memohon supaya ada pengangkutan lain untuk memudahkan penduduk di sini keluar dan masuk ke Pekan Kuala Pilah.

“Hal ini kerana, pada masa dulu memang ada pengangkutan bas yang masuk ke kampung tetapi sepi begitu sahaja dan tidak tahu punca masalah tersebut berlaku,” katanya.

Pengangkutan awam tidak cukup Faridah Sulaiman, 42, berkata, masalah pengangkutan awam memang tidak akan selesai sekiranya tidak digantikan kemudahan itu.

“Setiap pagi, budak-budak sekolah terpaksa bangun seawal enam pagi untuk menunggu giliran menaiki pengangkutan sekolah (van) kerana tidak mencukupi.

“Kadangkala pemandunya terpaksa berulang alik sebanyak tiga kali untuk mengambil pelajar dan ini membahayakan keselamatan penumpang,” katanya.

Faridah berkata, sepatutnya, pihak berkaitan prihatin dengan masalah itu dan perlu menyediakan perkhidmatan bas sekolah di kawasan kampung seperti Kuala Pilah dan Senaling ke Seri Menanti.

“Seperti yang kita ketahui, penduduk kampung tidak ada pengangkutan sendiri dan hanya bergantung harap kepada perkhidmatan awam.

“Diharapkan pihak terbabit dapat mempertimbangkan rayuan penduduk kampung luar bandar yang perlu kemudahan awam (penganggkutan bas) seperti di kawasan bandar,” katanya.

Katanya, zaman sudah berubah tetapi masalah pengangkutan awan di Kuala Pilah masih tiada penghujung dan berada di tampuk lama.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5978257.asp

11/9/09

Rugi berganda banjir dua kali

Berita Harian 9 Nov 09

Projek pembangunan jejas keselesaan penduduk Taman Jesper Jaya

SEREMBAN: Dua kali dalam tempoh seminggu!

Itulah yang dihadapi kira-kira 30 penduduk Taman Jesper Jaya, di sini yang dilanda banjir lumpur, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin , kejadian banjir kedua dalam tempoh seminggu yang menjejaskan kehidupan mereka.

Selain menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda, terutama peralatan elektrik dan perabot, mereka juga terpaksa sekali lagi 'mandi peluh' bagi membersihkan kediaman, ketika kepenatan berbuat demikian seminggu lalu belum lagi hilang.

Sebahagian penduduk yang ditemui mendakwa banjir lumpur itu berpunca daripada projek pembangunan untuk membina rumah bagi fasa kedua di taman itu yang tidak mempunyai sistem perparitan dan longkang sempurna.

Lim Yu Chai, 47, berkata pemaju projek dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) perlu bertindak segera mengatasi masalah banjir di taman itu, sekali gus mengelakkan ia berulang hingga menyusahkan penduduk.

"Saya baru membeli sebuah mesin basuh baru bagi menggantikan mesin yang rosak akibat banjir seminggu lalu. Saya tidak sangka sekali lagi rumah saya dilanda banjir lumpur petang ini (kelmarin), menyebabkan mesin yang baru dibeli itu turut rosak.

"Saya merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini. Penduduk tidak mahu lagi mengalami kerugian akibat kejadian yang bukan berpunca daripada kami," katanya.

Ramlah Mohd Nor, 46, berkata dia sekeluarga tidak dapat menyelamatkan harta benda dalam kejadian itu kerana air lumpur yang mengalir masuk dalam rumahnya bagaikan sepantas kilat yang menyambar.

"Ini kejadian kali kedua selepas Sabtu lalu yang berlaku kira-kira jam 2 pagi. Kali ini pada sebelah petang, tetapi saya sekeluarga gagal menyelamatkan harta benda terutama perabot dan peralatan elektrik.

"Saya anggarkan kerugian yang dialami RM15,000 kerana banyak peralatan elektrik dan perabot rosak. Pada siapa kami boleh mengadu nasib?" katanya yang jelas tidak dapat menahan kesedihan.

Katanya, kejadian pertama Sabtu lalu hampir 200 rumah di taman itu dilanda banjir lumpur tetapi dalam kejadian kedua, petang kelmarin hanya kira-kira 30 rumah yang terbabit, terutama yang berada di kawasan rendah.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091109090953/Article/index_html

11/8/09

PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 2

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek “SEKOLAHKAN MEREKA” dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Justeru itu PAS Kawasan Rembau menggesa kepada semua pihak yang mempunyai maklumat pelajar-pelajar yang tidak dapat meneruskan persekolahan di daerah ini agar menghubungi AJK PAS Kawasan Rembau.

Projek “SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN” ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan Rembau
Sdr Sufian 017-2446215 Ketua Pemuda Kawasan Rembau
Pn Wani 013-3851202 Ketua Muslimat Kawasan Rembau
Sdr Rozmal 012-2267406 Timbalan Dipertua Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAW REMBAU , No Akaun : 05012010065457 Bank Islam Malaysia Berhad.

Disamping melancarkan projek SEKOLAHKAN MEREKA , PAS Kawasan Rembau juga sedang merangka pelan bertindak untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dengan sasaran sifar ponteng sekolah.

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

Hari Cemerlang Pelajar PASTI Rembau 15 Nov 09

MAJLIS HARI CEMERLANG PELAJAR PASTI KAWASAN REMBAU 2009
Tarikh : 15 November 2009
Hari : Ahad
Masa : 8:30 pg – 1:00 tgh
Tempat : Seremban
Perasmian Penutup oleh : YB Tn Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani , ADUN Paroi , N.Sembilan (AJK PAS Pusat)

Pendaftaran Pelajar PASTI seluruh N.Sembilan dibuka sekarang.

Laman web PASTI N.Sembilan di http://www.pastin9.net dan http://pasti-n9.blogspot.com

Laporan Jambori Amal Pusat





Jambori Amal Pusat pd 30 -1Nov 2009 di Bt 23, Sg Nibong, Sabak Bernam, Selangor.

Alhamdulillah, penyertaan seramai 21 shbt2 Amal dr N9.

Antaranya:
1. Seremban - 5 (Zulkarnain, Husin, Faizal, Husaini, Lotfi)
2. Rembau - 7 (Nazri Zainal, Nazri Esa, Izamri, Sahrizal, Zulkifli, Yacob, Sufian)
3. Jelebu - 5 (Khairul, Hanif & 3 shbt2)
4. T.Kemang - 4 (Ust Mohamad, Ust Mahfuz, Nasir, Habib)

Alhamdulillah, N9 menang 2 acara :
1. Pidato Amal - Nazri Esa (tempat kedua)
2. Pertandingan Menyelamat Mangsa - kedua

Antara acara menarik yg lain - program Anak Angkat organized by Akhwan Mawi 7 shbt Amal yg lain. Antara acara menarik dlm program anak angkat di samping program tarbiah - kursus & praktikal membuat roti canai. Beramai2 di dewan.

Tahniah kepada semua shbt2 Amal yg berjaya & tak berjaya. Semoga Amal akan terus berkembang dan subur di N9.

Terima kasih kepada yg memberi sumbangan.

Beramal Kerana Allah.

11/5/09

Usrah Umum 8 Nov 09 Parlimen Rembau

USRAH UMUM
Tarikh : 8 Nov 2009
Hari : Ahad
Masa : 7 malam
Tempat : PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang

Semua ahli dijemput hadir

11/4/09

Program Muslimat Rembau 14 Nov 09 Senawang

PROGRAM LIQA’ FIKRI MUSLIMAT REMBAU
Tajuk : Peranan Muslimat - Hanya Isteri dan Ibu ?

Tarikh : 14 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: PASTI Al-Hidayah , Apartment Seroja , Taman Tasik Jaya , Senawang

Agenda:
- Solat Magrib berjamaah
- Pengisian oleh: Prof. Madya Dr. Ustazah Asiah Ali (Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Ketua Unit Dakwah dan Halaqah Lujnah Penerangan dan Dakwah DMPP)
- Solat Isyak berjamah
- Jamuan

Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama PASTI Al -Hidayah

Maklumat lanjut sila hubungi Pn Norwani 013-3851202 & Pn Hjh Rashidah 019-3056170

Terbuka kepada semua para isteri, ibu dan muslimat khususnya di Rembau & MTD Paroi

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/11/program-liqa-fikri-muslimat-rembau.html

Angkara lori pasir

Berita Harian 4 Nov 09

LORI pasir menyebabkan jalan Kampung Puom rosak walaupun dibaiki berulang kali.

Kenderaan berat ulang alik punca jalan Kampung Puom berlubang, rosak teruk

KUALA KLAWANG: Semuanya angkara lori pasir!

Itulah rintihan penduduk Kampung Puom dekat sini yang berdepan pelbagai kesulitan gara-gara lori pasir yang menyebabkan jalan masuk dan keluar ke kampung itu rosak teruk hingga berlubang.

Keadaan itu juga menyebabkan kenderaan mereka kerap kali terpaksa diselenggara malah dibasuh setiap hari akibat rosak serta kotor kerana melalui jalan yang berlubang selain berdebu ketika cuaca panas serta becak setiap kali hujan.

Tidak cukup dengan keperitan itu, penduduk kampung juga terpaksa bangun seawal jam lima pagi bagi menghantar anak masing-masing ke sekolah yang terletak 27 kilometer berikutan bas sekolah tidak mahu lagi masuk ke kampung itu.

Sa'adun Udin, 50, berkata, antara punca utama kerosakan jalan kampung itu adalah aktiviti mengangkut pasir di kampung itu, terutama lori yang membawa lebih muatan.

SEORANG penduduk menunjukkan jalan yang berlubang di Kampung Puom.

“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah membuat aduan mengenai masalah ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kemudian beberapa kali membaiki dan menampal jalan yang rosak serta berlubang.

“Namun, keadaan jalan ini kembali rosak dan berlubang berikutan saban hari digunakan oleh lori yang mengangkut keluar pasir dari kampung ini. Malah, ada antara lori itu membawa muatan berlebihan yang menyebabkan jalan rosak,” katanya.

Sa’adun berkata, penduduk kampung juga kesal terhadap sikap segelintir pemandu lori yang memandu laju tanpa menghiraukan keselamatan penduduk, terutama ketika berselisih berikutan jalan kampung ini sempit dan kecil.

“Penduduk tidak mempunyai pilihan selain menggunakan jalan ini kerana ia adalah satu-satunya jalan masuk dan keluar ke kampung ini,” katanya.

Roslan Ibrahim, 35, pula berkata masalah kerosakan jalan kampung itu sudah lama berlaku dan banyak aduan dibuat, termasuk kepada syarikat yang mendapat tender mengeluarkan pasir di kampung itu.

“Keadaan jalan yang rosak dan berlubang ini bukan saja membahayakan keselamatan, tetapi menyebabkan kesihatan penduduk terancam akibat debu jalan.

“Sehubungan itu, kita meminta pihak kontraktor yang mengangkut pasir lebih peka dengan masalah penduduk dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya.

Beliau juga berharap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengambil perhatian dengan menjalankan penguatkuasaan di kampung berkenaan bagi memastikan lori pasir yang melaluinya mematuhi peraturan.

“Penduduk berharap JPJ dan polis membuat rondaan bagi memastikan pemandu lori tidak melanggar peraturan lalu lintas,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20091104101921/Article/index_html

11/1/09

Ulu Temiang dilanda banjir kilat

Utusan Malaysia 1 Nov 09

SEREMBAN 31 Okt. – Hujan lebat tanpa henti sejak malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di Ulu Temiang di sini dilanda banjir kilat.

Banjir kilat itu menyebabkan ratusan penduduk di kawasan itu mengalami kerugian akibat peralatan mereka rosak.

Ia bermula apabila hujan lebat mulai pukul 11 malam diikuti dengan hujan renyai-renyai sehingga pukul 3 pagi ini.

Kerosakan turut melibatkan Masjid India Muslim Seremban, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa dan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan terbabit.

Tinjauan Mingguan Malaysia di kawasan terbabit mendapati, penduduk termasuk petugas di sekolah serta masjid sibuk membersihkan kesan lumpur akibat banjir tersebut.

Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa, Lim Chee Fook berkata, banjir kilat itu adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan itu apabila paras air naik sehingga satu meter.

“Banjir adalah biasa di kawasan ini tetapi sejak dua tahun lepas ia menjadi semakin buruk. Lebih buruk paras air yang naik sehingga pangkal paha meninggalkan kesan lumpur selain banyak kemudahan dan peralatan sekolah rosak.

“Kali ini, enam buah komputer di pejabat pentadbiran, perabot, dokumen dan buku-buku yang terletak di pusat sumber sekolah ini rosak,” kata beliau.

Menurut Chee Fook, pihaknya menerima laporan tentang banjir tersebut pada pukul 8 pagi tadi apabila sebahagian daripada guru di sekolah terbabit tiba di sekolah bagi menghadiri satu mesyuarat.

Menurutnya, mereka bernasib baik kerana hari ini merupakan cuti hujung minggu namun, mesyuarat hari ini terpaksa dibatalkan.

Chee Fook juga berharap agar pihak berwajib membuat sesuatu bagi mengatasi masalah banjir kilat itu sebelum ia menjadi semakin buruk pada masa depan.

Dalam pada itu, banjir tersebut juga mengakibatkan Masjid India Muslim Seremban yang terletak berhampiran Sungai Temiang di sini mengalami kerosakan teruk.

Nazir masjid, Syed Ibrahim Kader memberitahu kerosakan yang dialami dalam kejadian itu dianggarkan lebih RM25,000.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm