BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

12/30/09

Kaya YB versus Jus Tok Guru

Tok Guru sudah menjadi jenama yang komersial dewasa ini.

Muslimat PAS Paroi , Negeri Sembilan memperkenal jenama YB pula. Iaitu Kaya YB.

Kaya (jem) ini adalah kaya asli tanpa perasa tiruan, pewarna tiruan.

Muslimat Paroi akan mempromosikan YB’s Kaya dengan harga RM3.00 .

Kaya ini merupakan hasil resepi daripada Yang Berhormat ADUN Paroi sendiri.

Keuntungan jualan ini akan dimasukkan ke dalam tabung Kebajikan DUN Paroi bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan YB’s Kaya di gerai Muslimat di Jualan Amal semasa program Di Ambang Tahun Baru di Dataran Senawang pada 31 Disember 2009.

Juga boleh menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Fauziah 013-7779328 untuk membuat tempahan atau mendapatkan kaya berkenaan.

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/12/ybs-kaya.html

Tebing runtuh, pokok getah hanyut


Sinar Harian 30 Dis 09

DANGI – Pemilik kebun getah di sini bimbang tanah miliknya akan terhakis selepas air sungai Dangi yang deras menghanyutkan lebih daripada 10 batang pokok getahnya.

Zainal Harun, 57, berkata, setiap kali hujan, tebing ini akan runtuh sedikit demi sedikit hingga menyebabkan sebahagian tanah dan tanamannya musnah dibawa air deras sungai.

“Apabila tiba musim hujan, kapasiti air hujan meningkat dan aliran air sangat deras.

“Air deras itu akan ‘menghentam’ tanah ini hingga mengakibatkan tanah runtuh dan menghanyutkan beberapa batang pokok getah,” katanya.

Menurutnya, jumlah kerugiannya semakin meningkat sedangkan hendak menunggu pokok getah membesar mengambil masa yang lama.

“Pokok getah yang dihanyutkan air sungai sudah berusia lima tahun dan ini merugikan hasil tanaman saya,” katanya.

Zainal berkata, hakisan tebing tanah ini semakin besar dan dikhuatiri akan menghanyutkan lebih banyak pokok getah yang ditanamnya.

“Ini tanah saya, pastinya kita menghargai dan sayang kepada tanah ini manakala tanaman ini juga bermodal sendiri, jadi jika sudah jadi seperti ini, memang merugikan saya.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi sehingga kini tiada reaksi yang positif,” katanya.

Menurutnya, sudah hampir empat bulan dia membuat aduan tetapi tidak ada sebarang tindakan dimbil pihak berwajib.

“Saya memahami ini adalah tanah milik saya tetapi saya berharap pihak berkaitan dapat membantu mengurangkan permasalahan ini dengan meletakkan batu-batu bagi menghalang hakisan tanah.

“Jika tidak bertindak dengan segera untuk me-nyelesaikan masalah ini, di kemudian hari akan memerlukan peruntukkan yang lebih banyak dan ini merugikan semua pihak,” katanya. Zainal juga memohon kepada pihak berkaitan dapat turun padang melihat keadaan ini supaya tidak berlaku perkara yang lebih buruk lagi sehingga memusnahkan pokok getahnya.

“Saya mencadangkan pihak terbabit menggunakan sebahagian tanah milik isteri saya untuk menambak tebing sungai yang merbahaya ini.

“Hampir semua kawasan di sini kepunyaan saya dan isteri, jadi tiada masalah sekiranya pihak berkenaan ingin menggunakan tanah itu untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6273086.asp

Pidato Hj Md Sabu 10 Jan 2010 Kuala Pilah

PIDATO PERDANA
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , AJK PAS Pusat
Khairul Anuar Zainuddin , Ketua AMK Selangor
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Persuruhjaya PAS N.Sembilan

AHAD 10 Januari 2010
Jam 9 malam
Di Kg Dioh Tengah , Kuala Pilah , N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com

12/29/09

Jualan Amal Roti Bakar RM2 Bantu Pelajar Kembali Sekolah

PAS Kawasan Rembau telah mengenalpasti lebih kurang 70 ke 80 orang pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan seperti anak yatim, pelajar miskin dan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Sehubungan dengan itu Muslimat PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan jualan ROTI BAKAR PANAS dengan kupon bernilai CUMA RM2 pada malam tahun baru sempena PROGRAM D’ AMBANG TAHUN BARU 2010 & 1431H yang bakal diadakan di Dataran Senawang pada hari Khamis 31 Disember 2009 bermula jam 8 malam.

Orang ramai yang ingin membeli kupon sambil beramal dialu-alukan hadir ke program malam tersebut atau menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Fauziah 013-7779328 untuk mendapatkan kupon berkenaan. Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/12/lagi-program-amal-pas-rembau.html

Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan terutama pelajar yang akan memasuki sesi persekolahan 2010 agar tahun baru yang menjelang memberi azam baru kepada pelajar-pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita-cita di medan ilmu. Maklumat lanjut program SEKOLAHKAN MEREKA di http://pasns.blogspot.com/2009/11/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

12/28/09

Felda Palong di Negeri Sembilan Daif

Felda Palong daif
Berita Harian 21 Dis 2009

Jalan raya rosak di Pusat Bandar Palong 4,5 dan 6 menyukarkan aktiviti penduduk.


Penduduk rayu bina balai polis, kemudahan mesin ATM

PALONG: Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan terbesar di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang.

Namun, gelaran pusat bandar itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya.

Bayangkan, tiada satu pun institusi kewangan yang membuka cawangan atau perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) di situ, menyebabkan mereka terpaksa berulang alik ke pekan Bahau dan Gemas yang terletak kira-kira 50 kilometer untuk berurusan setiap bulan.

Keadaan itu bukan saja menjadikan perbelanjaan mereka meningkat, terutama kos tambang dan minyak tetapi ada penduduk yang pernah terbabit dalam kemalangan semata-mata mahu mengeluarkan RM200 untuk perbelanjaan anak sekolah.

Tidak cukup dengan itu, penduduknya juga diulit bimbang kerana tidak mempunyai balai polis kerana pondok polis dengan dua anggota yang bertugas tidak mencukupi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman di situ.


Penduduk Felda Palong 4, 5 dan 6 merayu kerajaan menyediakan kemudahan asas.

Penduduk juga menuntut sebuah balai bomba diwujudkan kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku, terutamanya kebakaran kerana bimbang bantuan lewat tiba kerana 'balai yang terdekat tetapi jauh' adalah Balai Bomba Gemas dan Jempol.

Ketua Kampung Felda Palong 4 merangkap Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Jempol, Rahim Jelani, berkata pihaknya berharap pihak berkuasa, terutama pengurusan Felda memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi penduduk.

"Kita berharap Felda membantu kerana sepatutnya hasil titik peluh peneroka mengerah kudrat sedikit sebanyak dapat disalurkan ke sini dengan merangka pelbagai pembangunan dan kemudahan di pusat bandar ini.

"Bukan sekali dua kami mengemukakan permasalahan ini tetapi sudah acap kali tetapi hingga hari ini kami belum menerima berita menggembirakan sekurangnya-kurangnya untuk melihat sebuah balai polis, bank dan bomba diwujudkan di sini," katanya.

Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman, mengakui pusat bandar Palong 4, 5 dan 6 masih tidak banyak perubahan sedangkan kawasan ini adalah yang terbesar di gugusan Felda Palong dan boleh diiktiraf sebagai sebuah kompleks kemudahan penduduk setempat.

"Saya bimbang kerana sekiranya ia berterusan tanpa perubahan akan menyebabkan lebih ramai golongan muda berhijrah ke bandar.

"Saya berharap pihak berkuasa memberi perhatian dengan menstrukturkan dan merangka semula pembangunan di pusat bandar gugusan Felda Palong ini.

"Sudah sampai masanya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri membuka sebuah balai polis di sini kerana bersempadan dengan Pahang dan Johor,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091221075521/Article/index_html

12/24/09

Banjir: Kerajaan Negeri tidak serius

Sinar Harian 24 Dis 2009

SEREMBAN – Kerajaan Negeri didesak supaya lebih serius menangani masalah banjir yang sering berlaku di Ulu Temiang berikutan sistem perparitan tidak sistematik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Temiang, Ng Chin Tsai berkata, banjir di kawasan berkenaan bukan masalah baru kerana ia berlaku sejak April 2008 dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian dicapai demi kebaikan masyarakat setempat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sebelum ini menjelaskan, masalah itu tidak dapat ditangani dengan mudah berikutan kegagalan jentera berat masuk ke kawasan berkenaan bagi tujuan mengorek pasir.

“Alasan ini tidak munasabah dan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Mengapa ia tidak dilaksanakan secara berperingkat atau mencari dan mengguna pakai kaedah lain yang lebih bersistematik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Chin Tsai berkata, sehingga hari ini tiada penjelasan dibuat dan jawatankuasa khas mengkaji pelan tindakan jangka masa panjang menyelesaikan masalah banjir tidak diwujudkan.

“Penduduk mengharapkan satu jawapan daripada Kerajaan Negeri tetapi amat menyedihkan apabila tiada maklum balas diterima. Kehidupan seharian penduduk sentiasa tertekan terutama apabila hujan.

“Ini menggambarkan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak ikhlas untuk menangani masalah banjir. Saya menyeru kerajaan supaya membina kolam tahanan serta merta seperti dijanjikan tempoh hari.

“Kerajaan Negeri juga perlu mendalamkan sungai Temiang serta memindahkan pasir ke tempat lain bukan melonggokkannya di tepi sungai,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6245535.asp

12/23/09

US guna F5E hingga tahun 2020


Tentera Udara Amerika Syarikat masih menggunakan jet pejuang F5E atau dipanggil juga T38 hingga tahun 2020. Ini menunjukkan F5E masih diguna pakai oleh banyak negara seluruh dunia kerana beberapa keistimewaan tersendiri. Sila rujuk http://shar101.files.wordpress.com/2009/12/ma0117.doc
http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/2004/2004-09%20-%201361.html
http://www.flightglobal.com/articles/2004/07/20/184486/airod-poised-to-sign-f-5-partnership-agreements.html

Syabas Jabatan Kebajikan Masyarakat N9, NO POLITIC

Syabas dan Tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan kerana berjaya mengagihkan bantuan dalam satu majlis yang ringkas tapi bermakna tanpa perlu dipolitikkan. Macam ni bolehlah Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen tumpu tugas masing-masing di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Dari Blog Pangsapuri Perdana Paroi

Bantuan Kebajikan Masyarakat oleh JKM

23 Disember 2009, Seremban - Satu majlis penyampaian bantuan kepada yang yang memerlukan telah di adakan di perkarangan Blok D Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi pada hari ini. Lebih 300 orang penerima di dalam kawasan DUN Paroi telah hadir untuk menerima bantuan pada pagi ini. Majlis yang bermula seawal jam 9.30 pagi ini telah membabitkan pengagihan bantuan sebanyak lebih kurang RM 96,000.

Berita bergambar sepenuhnya di http://pangsapuriperdana.blogspot.com/2009/12/bantuan-kebajikan-masyarakat-oleh-jkm.html

12/22/09

Akhbar Melayu ada Iklan Judi ulas Isu Judi

Samalah macam ayah yang pakai baju Carlsberg , marahkan anak minum arak

Kaki judi Melayu
Berita Harian 22 Dis 2009
Premis tikam ekor di Semabok jadi tumpuan umat Islam


TIGA lelaki Melayu keluar masuk di sebuah premis judi di Semabok.

MELAKA: Peringatan 'Judi adalah haram bagi orang Islam' di setiap kedai nombor ekor termasuk di negeri ini, kini boleh dianggap sekadar hiasan, berikutan segelintir masyarakat Islam, dilihat keluar masuk ke premis terbabit seolah-olah 'menghalalkan' aktiviti yang diharamkan.

Hanya kerana mahukan kekayaan dalam sekelip mata, kaki judi ini sanggup melabur banyak wang sehingga ribuan ringgit bagi mengejar pulangan lumayan, walaupun hanya segelintir daripada mereka sebenarnya yang bernasib baik.

Malah, ada antara mereka sanggup menggunakan bomoh ekor kononnya dapat membantu memberi petunjuk mendapatkan nombor bertuah.

Selain itu, ada juga tahi judi ini sanggup meminjam wang daripada keluarga dan sahabat semata-mata memenuhi tabiat berjudi. Ada pula yang bukan saja membeli satu tiket nombor ekor, malah puluhan tiket dengan harapan mampu memperoleh habuan wang ringgit yang dihajati. Hakikatnya, ramai kerugian akibat tabiat itu.

Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai nombor ekor sekitar Semabok, Melaka Tengah, dekat sini, baru-baru ini mendapati premis terbabit mendapat sambutan masyarakat Islam.

Berdasarkan pengamatan, kebanyakan pembeli berusia antara 20-an hingga 40-an dan mereka tanpa segan silu sanggup berbaris panjang bersama-sama bukan Islam memegang kertas dan pen untuk membeli nombor ekor.

Ada juga yang memakai topi keledar ketika membeli nombor ekor bagi mengaburi pandangan ramai atau pihak berkuasa.

Selain rakyat tempatan, premis itu juga menjadi 'destinasi pilihan' warga asing untuk mencuba nasib.

Tinjauan juga mendapati terdapat segelintir suami yang tergamak membiarkan isteri kepanasan menunggu di dalam kereta di tepi jalan dalam keadaan jalan sesak bagi membolehkan mereka membeli nombor.

Lebih mendukacitakan apabila si suami yang selamba keluar dari kereta biarpun gelagatnya dilihat orang ramai yang lalu lalang berhampiran kedai nombor ekor.

Malah, lebih mengaibkan si isteri yang kelihatan 'alim' dengan bertudung seolah-olah memberi restu kepada suami demi mendapatkan wang segera dengan cara paling mudah.

Faktor lain yang menyumbang pertambahan bilangan tahi judi Melayu ini berikutan kakitangan premis perjudian nombor ekor memberi kerjasama dengan menjual nombor ekor tanpa menghiraukan status pembeli.

Seorang kaki judi Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, berkata urusan membeli nombor ekor cukup mudah dengan hanya membayar duit dan menulis nombor ekor atas sekeping kertas.

Beliau mengakui memperuntukkan minimum RM200 seminggu untuk membeli nombor ekor walaupun tidak selalu menang.

"Jika dikira jumlah wang yang saya laburkan sudah mencecah puluhan ribu ringgit sejak mula membeli nombor ramalan di universiti, namun saya tidak berputus asa untuk terus mencuba nasib," katanya yang mendakwa sukar menghentikan tabiat itu biarpun sudah berumahtangga dan mempunyai tiga anak.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, pihaknya baru-baru ini menahan 16 individu yang membeli nombor ekor di sekitar kawasan Melaka Tengah.

Katanya, semua yang ditangkap didakwa mengikut Seksyen 81 di bawah Enakmen Kesalahan Syariah negeri 1991 iaitu berjudi, sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

"Tindakan ini bukan saja dikenakan kepada mereka yang membeli nombor ekor tetapi individu yang berada di dalam premis juga boleh dikenakan tindakan sama. Kita akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kegiatan ini terus mencemar nama Islam.

"Jaim hanya mampu menyebarkan kefahaman dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai kepentingan mematuhi ajaran agama dan mencegah daripada melakukan perbuatan yang dilarang agama. Soalnya ia terpulang kepada individu atau kelompok masyarakat Islam itu sendiri untuk mengubah pandangan mereka untuk terbabit atau menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20091222073559/Article/index_html

BERSAMA BANTERAS ARAK DAN JUDI , MUSUH NO 1 UMAT ISLAM DI MALAYSIA BERSAMA PMBAJ DI http://pmbaj.blogspot.com/

Ceramah Dato Fauzi dan YB Taufek 26 Dis 09 REMBAU

Program Dato' Fauzi Abd. Rahman ( Mantan Timb Menteri Penerangan ) ke Rembau pada 26.12.2009 (Sabtu)

1) Perasmian Ranting Sendayan (DUN Rantau)
No. 381, Jalan Utama, Bandar Sri Sendayan (Rumah Tanggam)
Jam 6.00 Petang
019-6428525 (Tapoi)

2) Perasmian Ranting Kampung Batu (DUN Kota)
Kampung Bintongan, Kota, Rembau (Rumah Yusof Tapa)
Jam 8.00 Malam
019-6602784 (Yusof Tapa)

3) Ceramah Umum Pakatan Rakyat
Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Taufek Abd. Ghani (ADUN (PAS) Paroi N9), Aisah Lamsah & Che'GUBard
Kampung Semerbok, Kota, Rembau (Rumah Harun Manaf)
Jam 9.00 Malam
013-2101797 (Rasli), 017-2468258 (Harun)

Sebarkan. Sebarang pertanyaan : Norazizi 012-3696474

Sambutan D Ambang Tahun Baru 31 Dis 09 Senawang

Ceramah Perdana Sempena Maal Hijrah & Tahun Baru Masihi

Penceramah :
1. Lim Jooi Soon ( PERKIM)
2. Ustaz Rozali Muhammad ( Pendakwah & Qari )

Tarikh : 31 Disember 2009 (Khamis)
Tempat : Dataran Senawang
Masa : 8.30 mlm

Semua Dijemput Hadir

Turut diadakan Gerai Jualan Amal , Pameran , Kuiz Remaja

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

*******************
Lim Jooi Soon selesa guna nama asal

Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.

Pada masa yang sama, kata Jooi Soon, tiada nas untuk membenarkan penukaran nama bapa kandung kepada Abdullah atau nama-nama lain.

Kata Jooi Soon, sebagai Muslim berbangsa Cina, mengekalkan nama penuh dalam bahasa ibunda adalah perkara yang penting bagi sebahagian masyarakat Cina. Ini kerana setiap perkataan pada nama tersebut membawa maksud dan pengertian tertentu.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0412&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive

KKP, JUALAN dan CUCI KERETA AMAL 26 DIS 09

Sebahagian dari Projek SEKOLAHKAN MEREKA untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8:30 pagi – 1:00 ptg
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut

Turut diadakan Program Khidmat Kesihatan PERCUMA (KKP)

Hubungi Hassan 019-2171942

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi, Muslimat Rembau, Unit Amal Rembau, PASTI Rembau

Sukarelawan untuk program ini dialu-alukan.

Peta ke PASTI Hasanah pada pautan berikut
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/12/kkp-jualan-dan-cuci-kereta-amal-26-dis.html

Tingkatkan Mutu Bacaan Al Quran 1 Jan 2010 Senawang

PROGRAM PENINGKATAN BACAAN AL QURAN
Mari Mengaji Bersama Ustaz Rozali Muhammad ( Pendakwah & Qari )

Tarikh : 1 Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 pg – 12.30 tgh
Tempat : Bilik Kuliah , Masjid Bandar Baru Senawang

Terbuka kepada para imam, bilal, guru agama, ajk masjid/surau dan individu yang berminat

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

12/20/09

Perkhemahan dan Motivasi di Rembau meriah

Program Perkhemahan dan Motivasi anjuran Unit Amal Kawasan Rembau dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan pada 18 hingga 20 Disember 2009 yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta setempat dari Rembau dan Seremban.

Program yang dijalankan di Rimba Rekreasi Sg. Talan, Kg. Bintongan, Rembau tersebut telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada para remaja dan belia.

Menurut Pengarah Unit Amal Kawasan Rembau Izamri bin Med yang juga merupakan Pengarah Program tujuan utama program tersebut ialah untuk menggalakkan para remaja mengisi masa lapang terutama pada musim cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanafaat.

Antara kelainan dalam program kali ini menurut Izamri ialah memasukkan unsur keusahawanan dan inovatf di kalangan para peserta antaraya bengkel membuat roti canai, bengkel membuat apam balik dan bengkel membuat roket air.

Rata-rata para peserta yang ditemui berpuas hati dengan penganjuran program tersebut dengan latarbelakang suasana alam semulajadi yang aman dan tenang.

Sementara itu upacara Perasmian Penutup Program Perkhemahan dan Motivasi siri 2009 pada kali telah disempurnakan oleh Mohd Sufian bin Ibrahim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau.

Untuk melihat foto sekitar program tersebut sila ke pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2009/12/sekitar-perkhemahan-motivasi-2009.html

MOTIVASI Pelajar 25 27 Dis 09 Gunung Datuk Rembau


MOTIVASI ANAK KEMBALI KE SEKOLAH (MAKES) SIRI 3/2009
Tarikh : 25-27 Disember 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Tapak Perkhemahan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Peserta : Remaja Lelaki & Perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun.
Yuran : RM 80
Penyertaan : 13-16 tahun. Terhad 100 peserta

ANTARA AKTIVITI MENARIK
- XPDC Mendaki Gunung Datuk
- Menjejak Tapak Hang Tuah
- Visi Intelligent
- Smart Solat
- Cabaran Survivor
- Banyak lagi

Hubungi :
En Hazwan Mohd Nor - 013-2987115 amierwan@gmail.com
Rahimi 014-8573695

Info lanjut di http://altis-academy.blogspot.com/2009/11/kem-motivasi-anak-kembali-ke-sekolah.html

12/18/09

Pakatan Rakyat N.Sembilan lembek ?

Satu tamparan hebat dan kritikan untuk Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ?

Baca kritikan sepenuhnya pada pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2009/12/umno-ns-kuat-atau-pr-ns-lembek.html

12/15/09

Program Easy Solat PERCUMA 30 Dis 09 Johol N9

PROGRAM EASY SOLAT
Tarikh : 30 Disember 2009 ( Rabu )
Tempat : Masjid Jamek Pekan Johol , Johol , N.Sembilan
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Pendaftaran : Percuma ( Khusus untuk anak-anak )
Fasilitator : Ustaz Norazman Mohamad

Maklumat lanjut di http://lobai-kampung.blogspot.com

Tanah Runtuh di Senawang perlu tindakan segera


Laluan pintas diancam tanah runtuh
Sinar Harian 15 Dis 09

SENAWANG – Penduduk kawasan perumahan Taman Alamanda dekat sini melahirkan rasa bimbang berhubung kejadian tanah runtuh di laluan pintas yang sering digunakan anak mereka ke sekolah.

Mereka mendakwa kejadian itu mula berlaku sejak November lalu apabila sedikit demi sedikit bukit di kawasan berhampiran runtuh hingga mewujudkan lubang besar dipercayai berpunca daripada tanah mendap.

Difahamkan, penduduk menggunakan laluan itu kerana ia lebih dekat berbanding jalan besar bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan.

Dengan menggunakan jalan pintas itu, penduduk hanya mengambil masa 10 minit untuk ke lokasi yang laluannya menembusi Taman Kemuning.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6174729.asp

12/14/09

Umrah Tarbawwi bersama ADUN Paroi Mac 2010

Program Umrah Tarbawwi bersama ADUN Paroi, N.Sembilan
16 Mac 2010 hingga 4 April 2010 (16 hari)

Anjuran : Unit Amal Rembau dan Pusat Khidmat DUN Paroi

Tempat terhad. Hubungi Hassan 019-2171942

Cuci Kereta Bantu Pelajar 26 Dis 09 Senawang

JUALAN AMAL dan CUCI KERETA AMAL
Sebahagian dari Projek Jom Kembali ke Sekolah untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8:30 pagi – 1:00 ptg
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut

Turut diadakan Program Khidmat Kesihatan PERCUMA

Hubungi Hassan 019-2171942

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi, Muslimat Rembau, Unit Amal Rembau, PASTI Rembau

Sukarelawan untuk program ini dialu-alukan.

Bengkel Buat Roket Air 19 Dis 09 Rembau

BENGKEL MEMBUAT ROKET AIR
Tarikh : 19 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat : Kg Batu, Rembau

Sebahagian daripada Program Perkhemahan dan Motivasi
Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com

12/12/09

Lawatan Dato Chua Jui Meng 16 Dis 09 Rembau

Program Bersama Dato Chua Jui Meng
Tarikh : 16 Disember 2009
Hari : Selasa

ATURCARA
6.00 ptg : Rasmi Ranting di Rantau
7.30 mlm : Ceramah Umum di Paroi
9.30 mlm : Ceramah Umum di Tampin

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

Tong sampah cacat pemandangan, punca nahas


Sinar Harian 11 Dis 09

TANJUNG IPOH – Tong sampah yang ditempatkan di simpang tiga di Pekan Tanjung Ipoh bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sampah sarap bertaburan sehingga melimpah ke laluan orang ramai dan menyebabkan halangan lalu lintas.

Lokasi tong sampah yang tidak sesuai juga punca berlaku kemalangan kerana ia menghalang penglihatan pemandu yang hendak keluar dari simpang Tanjung Ipoh menuju ke Seremban begitu juga dengan kenderaan dari Seremban menuju ke Kuala Pilah.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Ipoh, Alias Sulaiman berkata, tong sampah itu mengganggu penglihatan pemandu hingga menyebabkan kemalangan.

“Pada tahun ini sahaja, empat kemalangan berlaku dan dua daripadanya kemalangan maut. “Jalan raya ini sentiasa sibuk kerana ini adalah satu-satunya jalan utama hendak ke Seremban dan Kuala Pilah malah hendak melintas jalan raya juga mengambil masa yang lama,” katanya.

Menurutnya, tong sampah terbabit besar dan tinggi ditambah pula dengan sampah sarap yang dibuang setiap hari oleh peniaga di sini.

“Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sepatutnya mengalihkannya ke tempat yang lebih sesuai demi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Seri Menanti, di sini.

Beliau berkata, lokasi tong sampah itu yang terletak di tengah-tengah pekan mencacatkan pemandangan pengunjung yang datang ke kawasan itu.

“Pihak majlis daerah perlu mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan terpulang kepada mereka di mana hendak diletakkan tong sampah itu supaya keselamatan pengguna terjamin begitu juga dengan peniaga di sini.

“Saya sudah empat kali membuat aduan kepada pihak mereka tetapi keadaan tetap sama dan masalah ini perlu dipandang serius kerana melibatkan nyawa manusia,” katanya.

Menurutnya, sekiranya tong itu dialihkan ke tempat yang sesuai kekerapan kemalangan mungkin berkurangan.

Beliau berkata, tong sampah itu sudah diletakkan di situ kira-kira lima tahun.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6151612.asp

12/11/09

Apa rahsia Malaysia nak jual jet MiG29N ?


Ikuti ulasan bekas Brigadier Jeneral yang mempersoalkan kenapa perlu dijual jet MiG-29N sedangkan banyak negara lain masih menggunakannya ?

Baca pada pautan berikut http://mindnoevil.blogspot.com/2009/12/rmaf-aircraft-change.html

**************
Utusan Malaysia 29 Okt 09. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembelian MRCA itu tidak akan melibatkan pesawat dari Rusia berikutan pengalaman pahit kerajaan apabila terpaksa membelanjakan kos tinggi RM260 juta setahun untuk menyenggara semua pesawat MiG-29N.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1029&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

****************
TUDM menggunakan 18 buah pesawat MiG-29 baru 15 tahun sejak tahun 1995.

Banyak negara yang tidak semaju Malaysia masih boleh menggunakan dan menyenggara MiG-29. Berapakah kos penyenggaraan MiG 29 di negara-negara tersebut ?

Myanmar akan membeli tambahan 15 jet MiG 29

Lebih 20 negara menggunakan MiG 29. India ada 81 buah MiG 29, Algeria ada 51 buah MiG 29.

Sumber lain http://asiandeftech.blogspot.com/2009/09/kisah-mig-29n-cipta-dan-tinggal-sejarah.html

12/9/09

Jambatan Pengerusi JKKK N9 didahulukan, jalan awam ?

Ini adalah jalan di Kg Masjid Lama yang runtuh. Akibatnya kereta atau kenderaan berat tidak lagi boleh melalui jalan ini kerana bahaya.

Sepatutnya jalan ni yang perlu diperbaiki segera... bukan bina jambatan kegunaan sendiri yang terletak lebih kurang 10m dibelakang rumah kuning tu

Gambar dan cerita penuh di http://buletinlabu.blogspot.com/2009/12/jambatan-pengerusi-jkkk-didahulukan.html


Pengerusi JKKK Pasir Putih Bina Jambatan Kebun Sendiri Kali Ke-3!

Paling menyedihkan apabila jambatan untuk kepentingan sendiri ini terus diutamakan.Bahkan bila ada penduduk yang mengadu, ada pihak yang berkaitan sanggup mengatakan, " nak buat macam mana, dah rezeki dia".

Kalau projek macam ini , adalah disyorkan Menteri Besar sendiri eloklah turun. apa sal peruntukan diluluskan pada tempat & projek yang sama. Ketua Kampung siang-siang dah declare, bukan saya yang luluskan....
Lebih malu lagi, ianya hanya untuk keperluan individu Ketua Kg sahaja. Tempat lain nak juga. Tempat lainpun ada kawasan banjir yang perlukan longkang.Balik2 buat jambatan dalam tanah sendiri sampai 3 kali...kes nyaya ni Dato.... Malu...Rakyat menyampah dibuatnya.

Gambar dan cerita penuh di http://buletinlabu.blogspot.com/2009/12/pengerusi-jkkk-pasir-putih-bina.html

Jualan Amal Planner Muslimat 2010

JUALAN AMAL PLANNER MUSLIMAT 2010

Sebahagian daripada hasil jualan PLANNER MUSLIMAT 2010 adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan untuk kembali ke sekolah.

Harga cuma RM 15 sahaja.

Membeli Sambil Beramal

Untuk tempahan hubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Masitah Ali 019-2655059.

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/12/planner-muslimat-2010.html

Akhbar Melayu Lahirkan Kaki Judi

Ali Maidin kata Akhbar Melayu lahirkan kaki judi. Ikuti ulasan beliau di http://sokongpr.blogspot.com/2009/12/akhbar-melayu-lahirkan-kaki-judi.html

*****************
Kaki botol cetus kebimbangan penduduk
Utusan Malaysia 9 Disember 2009

JELEBU 8 Dis. - "Sudah lama masalah ini berlaku di kawasan ini namun ia makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini."

Itulah keluhan penduduk perihal tabiat kaki botol di sekitar kawasan Kampung Kerangai dekat sini yang bimbang gejala sosial di kalangan masyarakat setempat bercambah di kalangan generasi muda.

Walaupun ada undang-undang yang menyekat pembelian arak di kalangan orang ramai namun ia tidak cukup memberikan sebarang kesan kepada si kaki botol yang dilihat meminum minuman keras secara semberono.

Ketua Kampung Kerangai, Mohd. Halil Abas memberitahu, fenomena yang berlaku di kawasan itu sudah lama mendapat perhatian namun golongan kaki botol itu seolah-olah tidak faham dengan sensitiviti masyarakat beragama Islam.

Ujar beliau, kebanyakan kaki botol ini berasal dari penduduk Orang Asli namun ia dibimbangi akan melarat kepada muda-mudi yang ingin mencuba 'penangan' arak jenis murah itu.

"Biasanya mereka akan mula mendapatkan 'bekalan' sejak awal pagi lagi hingga ke malam. Sehinggakan ada di kalangan mereka sanggup membantu membuka kedai untuk mendapatkannya.

"Kebiasaannya mereka beramai-ramai akan minum di kawasan kedai kosong berdekatan sehingga mencetuskan rasa kurang selesa penduduk," katanya ketika ditemui di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kampung terbabit mendapati sebuah kedai lama yang dipanggil 'rumah hantu' oleh penduduk tempatan merupakan 'sarang kaki botol' untuk minum arak.

Berdasarkan maklumat harga arak yang dijual sekitar RM5 hingga RM20 dan istilah minum arak untuk mengajak rakan lain turut serta yang diguna oleh kaki botol terbabit ialah 'hamkem'.

Seorang penduduk, Adli Haminori, 34, berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, hanya dua sahaja kedai yang mempunyai permit menjual minuman keras itu tetapi hakikatnya terdapat juga kedai lain yang berbuat demikian.

Tambah beliau, lebih dari itu, ada juga premis menjual minuman keras di kawasan pusat siber yang mana orang ramai yang mengunjunginya boleh menikmatinya dengan mudah.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima kebanyakan minuman keras itu adalah jenis samsu yang dilihat lebih murah dan dibeli dengan mudah oleh orang ramai.

"Namun apa yang menjadi kebimbangan saya ialah sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja tanpa pengawalan, orang ramai boleh terjebak untuk membelinya secara sembunyi," ujarnya.

Bagi Mohd. Arif Jibir Wahab, 44, kegiatan seperti itu seharusnya diambil berat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyekatnya walaupun ada tindakan susulan telah diambil oleh pihak polis.

Jelas beliau, penjualan arak secara terbuka hanya akan menyebabkan masalah-masalah lain seperti kecurian, rogol dan sebagainya, di mana akan mencetuskan keadaan tidak selesa di kalangan penduduk.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

12/7/09

SPM, Tamil Okay, Mengapa Tidak Sastera Melayu ?

Kenapa Sastera Melayu tidak diperjuangkan ? Baca komen Faisal Tehrani pada pautan berikut http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/12/tamil-okay-mengapa-tidak-sastera-melayu.html

Rintihan peniaga Melayu N.Sembilan tiada pembelaan

Peniaga merintih kedai bakal diroboh
Sinar Harian 6 Dis 09

KOTA - Peniaga kecil di sini, mengeluh mengenang nasib kedai yang bakal dirobohkan tidak lama lagi atas tujuan pembangunan untuk projek menaik taraf jalan.

Difahamkan, sebanyak lapan unit kedai terlibat dan peniaga kedai bukan setahun dua berniaga di kawasan itu tetapi kebanyakan sudah mencecah puluhan tahun kerana menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan paling utama untuk mencari rezeki.

Suhaimi Mustafa, 49, berkata, perniagaan kedai makan dan minum ini diwarisi daripada bapanya yang sedang uzur.

Menurutnya, sudah lebih 30 tahun keluarganya mengusahakan kedai ini dengan menggunakan modal sendiri untuk membina nya.

Mereka dimaklumkan mengenai projek menaik taraf jalan ini dua tahun lalu, namun, dia memohon supaya pihak berkaitan mengubah keputusan tidak merobohkan kedainya kerana mendakwa pelan itu tidak mengenai kedainya tetapi hanya longkang di depan kedainya sahaja terlibat.

“Saya harap kedai saya dikecualikan daripada projek itu kerana saya tidak memiliki pendapatan lain selain berniaga di sini apatah lagi saya perlu membesarkan empat anak. Salah seorang daripadanya orang kelainan upaya (OKU) dan dua pula meneruskan pelajaran di kolej. Selain itu, saya turut menjaga ayah yang sudah uzur,” katanya ketika ditemui di kedainya berhampiran Simpat Empat di Kampung Astana Raja.

Menurutnya, masalah ini menyebabkan dia hilang punca mata pencarian ditambah pula dia tidak memiliki tapak dan modal untuk membina kedai lain.

“Sepatutnya pihak berkaitan prihatin dengan nasib peniaga kecil seperti kami kerana kami tidak memiliki modal dan hanya bergantung harap pada perniagaan sedia ada,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6133572.asp
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/12/peniaga-merintih-kedai-bakal-diroboh.html

12/6/09

Dari Blog PKR DUN Labu

BUS Awam di Labu Ke MANA ?

50 tahun merdeka, infrastuktur di Labu masih mengecewakan. Hanya untuk pergi ke Seremban atau Maiden di Nilai, Sinenek atau makcik2 terpaksa menunggu berjam-jam.
Ada suara kedengaran," Nak beli barang sejam aje, tapi nak nuggu bus nya sampai berjam-jam,nak kata bus rosak, nampak busnya baru-baru. Sakit hati dibuatnya."
Bayangkanlah, menjelang Labu nak diistiyarkan sebahagian bandaraya tahun depan ( kuk Jadi ), perkhidmatan bus masih macam kat hulu tembeling.

Kisah sepenuhnya pada pautan berikut http://buletinlabu.blogspot.com/2009/11/bus-awam-di-labu-ke-mana.html

12/5/09

Penduduk terbeban masalah berulang


Sinar Harian 4 Dis 09

MANTIN – Penduduk Kampung Mantin Batu 8 di sini meluahkan rasa terkilan apabila jalan becak digunakan sebahagian besar 500 warga kawasan berkenaan masih tidak diturap walaupun permohonan dibuat sebelum ini.

Mereka mendakwa, terdapat dua jalan dilihat sudah siap diturap, sedangkan laluan utama lebih penting untuk kegunaan ramai tidak dipedulikan membuatkan masing-masing tidak dapat bersabar.

Bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi penduduk hanya mengharapkan kemudahan lebih baik berikutan banjir lumpur berulang setiap kali hujan hingga menyebabkan mereka menggunakan jalan alternatif lebih jauh.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, jalan itu perlu dibaik pulih, selain penyelenggaraan terhadap semak-samun di sekitarnya yang dikhuatiri menyumbang kepada masalah lain.

Lumpur tenggelamkan tayar kenderaan

Pilus Abot, 68, berkata, penduduk hanya mahukan jalan yang sedia ada dibaik pulih kerana ia dipenuhi lumpur setiap kali hujan lebat hingga menyukarkan kenderaan, terutamanya penunggang motosikal menggunakannya.

“Saya sendiri bimbang mahu berterusan menggunakan jalan ini kerana lumpur yang tebal boleh menenggelamkan tayar kenderaan. Kadangkala jika tidak hujan sekalipun, air akan bertakung di sini menyebabkan penduduk terpaksa memilih menggunakan jalan jauh.

“Kita bukannya minta apa-apa pun, cuma mahu jalan ini diperbaiki semula dengan diturap cantik dan mungkin ditinggikan sedikit bagi mengelakkan masalah banjir terus berlaku,” katanya.

Pilus yang sudah menetap di kampung itu selama 23 tahun berkata, sebelum ini masalah banjir tidak pernah terjadi, namun sejak pembinaan lebuh raya berhampiran, banjir mula membelenggu beberapa penduduk di kawasan itu.

Katanya, disebabkan keadaan itu jalan yang sebelum ini dilihat bertar, kini bagaikan jalan merah kerana dipenuhi lumpur.

“Agak mengecewakan apabila jalan yang sepatutnya dibaik pulih, dibuat di tempat lain yang kami nampak tidak mempunyai sebarang fungsi,” katanya.

Selain itu dia tidak menafikan kerajaan sememangnya bersikap prihatin dengan mangsa banjir dengan menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan wang ringgit.

Bagaimanapun katanya, bukan itu yang diperlukan oleh penduduk kerana masalah sama berulang.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6126738.asp

12/4/09

Ceramah Perdana 4 Dis 09 Seremban

CERAMAH AGAMA
Tarikh : 4 Disember 2009 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Penceramah : Ustaz Ghazali Hasbullah

Semua Dijemput Hadir

12/3/09

Ceramah Ahli Parlimen Palestin 8 Dis 09 Seremban

CERAMAH KHAS
Tajuk : Masjid Al Aqsa di Ambang Bahaya !
Tarikh : 8 Dis 09 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : Surau al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Penceramah :
- Ismail A.M. Alashqar , Ahli Parlimen Palestin
- Pimpinan NGO-NGO Islam N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : Surau al Mustofa dan TERAS Pengupayaan Melayu N.Sembilan

Info lanjut hubungi Sdr Suhaire 019-2998345 , Sdr Hassan Taha 013-3426346

Hari Keluarga dan Kesihatan 12 Dis 09 Seremban

HARI KELUARGA DAN KESIHATAN
Tarikh : 12 Dis 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 11.30 malam
Tempat : Surau al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Turut diadakan Pameran dan Gerai Jualan
Semua Dijemput Hadir

8.30 pagi CERAMAH KESIHATAN
Penceramah : Ustaz Khairuddin Ramli, Pegawai Agama UTM
Tajuk : Halal & Haram dalam Pemakanan, Perawatan Kaedah Islam

10.15 pagi CERAMAH KESIHATAN
Penceramah : Prof Madya Dr Ishak Sulaiman , Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam UM
Tajuk : Makanan Halal Toyyibah Asas Kesihatan dalam Islam

11.30 pagi CERAMAH MOTIVASI IBU BAPA
Penceramah : Dato Yazid Jaafar (Pak Yazid)
Tajuk : Suami Soleh, Isteri Solehah

2.00 petang
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
- Pertandingan Hafalan Tadika
- Khidmat Rawatan Alternatif – Bekam, Refleksologi, Akupuntur

5.00 petang TAYANGAN MULTIMEDIA – Isu Palestin

9.00 malam FORUM PERDANA
Tajuk : Keruntuhan Akhlak Umat Islam & Cara Mengatasinya
Pengerusi : Ustaz Norazman Mohamad , Imam Masjid Jamek Ampangan
Ahli Panel :
Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz , Pendakwah Bebas

Anjuran : Surau al Mustofa
Info lanjut hubungi Sdr Hassan Taha 013-3426346 , 06-7636346

12/2/09

Anak hantar memorandum tuntut hak generasi baru Felda

Sinar Harian 2 Dis 2009

SEREMBAN - Prihatin nasib generasi baru, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bertindak menuntut hak mereka dengan mengemukakan memorandum kepada Kerajaan Negeri.

Memorandum lima muka surat diserahkan tepat jam 11.15 pagi semalam kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Zulkefli Awang di pejabatnya bertujuan mendesak perhatian Kerajaan Negeri terhadap jaminan hidup mereka.

Presidennya, Mazlan Alimin berkata, antara lain, mendesak Kerajaan Negeri memajukan lot tanah kosong membina rumah bagi penempatan generasi Felda.

“Alangkah baik jika tanah tersebut dipecah lot dan dibina pula perumahan untuk anak peneroka yang layak dengan kerjasama daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah program Rumah Mesra Rakyat.

“Kejayaan projek berkenaan terbukti membantu golongan Felda seperti yang terlaksana di Felda Sri Jaya, Pagoh Muar dengan siapnya 95 unit rumah generasi kedua,” katanya.

Mazlan berkata, menaik taraf penempatan Felda yang mendapat hak milik juga perlu dititikberatkan Kerajaan Negeri dalam usaha memberi keselesaan dan jaminan keselamatan peneroka.

“Perluaskan program yang membabitkan aktiviti menaik taraf penempatan serta aktiviti sampingan seiring dengan kehendak penduduk agar tidak ketinggalan dengan dunia luar.

“Menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri mengutamakan serta memenuhi tuntutan ini dan kita menggesa supaya permasalahan ini dipercepatkan untuk diambil tindakan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6122999.asp

12/1/09

Kecewa rumah warisan diarah roboh

Sinar Harian 1 Dis 09

TEMIANG – Sebuah rumah papan yang sebelum ini didiami sebuah keluarga Melayu secara turun-menurun sejak kira-kira 133 tahun lalu di Jalan Temiang, dekat sini bakal tercatat sebagai satu ‘sejarah’.

Ini kerana, rumah setingkat yang didiami keluarga terbabit sejak 1876 itu menerima arahan notis roboh selepas dikatakan tidak mendapat kelulusan pembinaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu, rumah yang didiami warga emas bersama seorang anak lelakinya dikatakan terletak di atas tanah rizab jalan raya bagi kawasan perumahan di sekelilingnya yang hanya wujud selepas rumah papan berkenaan didirikan.

Bagaimanapun, timbul tanda tanya kerana notis meroboh itu hanya membabitkan rumahnya di atas tanah seluas kira-kira 0.2 hektar itu, sedangkan terdapat rumah papan berdekatan tidak pula menerima notis sama, sehingga mangsa mengesyaki ada yang ‘tidak kena’ terhadap arahan tersebut.

Zarina Mohd Ibrahim, 65, mendakwa, sebelum ini dia beberapa kali memohon untuk mendapatkan geran tanah sementara dan tanah Kebenaran Menduduki Sementara (Tol) sejak 2005, bagaimanapun ditolak Pejabat Tanah dan Daerah Seremban.

“Sebelum ini memang kami ada menerima notis meroboh dengan alasan rumah ini terletak di atas rizab jalan raya. Terbaru, pada 16 November lalu, saya menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan supaya mengosongkan rumah dalam masa tujuh hari.

“Apa yang saya amat sedihkan, rumah ini bukan kita tiba-tiba buat. Ia sudah lama sejak turun menurun,” katanya ketika ditemui Sinar Harian dekat rumahnya itu, semalam.

Sehubungan itu, dia berharap supaya pihak terbabit mempertimbangkan semula arahan meroboh itu memandangkan rumah berkenaan bukan saja satu-satunya ‘harta’ yang ada, malah mempunyai ‘sejarah tersendiri’.

Sementara itu, anak lelakinya, Abdul Razak Mohamad Kassim, 29, yang tinggal bersama ibunya itu turut mengakui kecewa sekiranya rumah yang didiami keluarga berkenaan sejak turun-temurun itu bakal ‘lenyap’ begitu saja.

Ketika ditanya mengenai asal-usul kawasan itu, Abdul Razak berkata, ia sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri yang cukup nostalgia.

“Mengikut sejarah, kawasan ini dulu diberi nama Kampung Haji Hamid yang juga merupakan perkampungan Melayu pada masa itu. Bagaimanapun, ia telah dijual kepada pemaju yang kemudian dibuat rumah,” kata Abdul Razak.

Abdul Razak berkata, dia terpaksa akur sekiranya PBT tetap dengan pendirian mahu dia berpindah dari situ supaya kerja meroboh dapat dijalankan, tetapi berharap kebajikannya juga perlu diambil kira.

“Kalau hendak roboh (rumah), saya tidak kisah, tetapi berilah kami pampasan atau rumah lain sebagai tanda prihatin kepada kami,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6119096.asp