FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

3/3/10

ADUN gesa Kerajaan Negeri selesai masalah segera

Sinar Harian 3 Mac 2010

SEREMBAN – Penderitaan penduduk sekitar Taman Rasah Jaya Fasa 1, dekat sini yang terpaksa berdepan dengan bau busuk: setiap hari akibat loji kumbahan berdekatan, perlu diambil perhatian sewajarnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri Mambau, Wong May May berkata, adalah tidak wajar masalah sudah berlarutan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan bukan saja penduduk bergelumang bau busuk, malah turut diancam wabak denggi serta haiwan berbisa.

Beliau berkata, meskipun penyelenggaraan loji kumbahan berkenan terletak di bawah Kerajaan Persekutuan dan Indah Water Konsortium (IWK), tetapi seharusnya Kerajaan Negeri membantu mengatasinya sebaik mungkin.

“Rata-rata mereka mengadu persekitaran loji itu punca bau busuk, selain menjadi sarang pembiakan Aedes sejak kebelakangan ini,” katanya ketika membuat lawatan di lokasi berkenaan, di sini.

Beliau berkata, masalah itu amat berbahaya kepada penduduk setempat sekiranya tiada tindakan dilakukan segera.

“Sampai bila perkara ini harus dibiarkan sebegini? Sepatutnya pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah itu memandangkan loji berkenaan turut menjadi punca kepada masalah jangkitan denggi dalam kalangan penduduk.

“Jadi saya menyeru supaya tindakan diambil segera atau keluarkan kompaun kepada pemilik loji berkenaan sepertimana yang diuar-uarkan Jabatan Kesihatan negeri. Ini kerana loji itulah yang mengundang kepada masalah ini,” katanya.

Sehubungan itu menurutnya, beliau akan membawa masalah penduduk berkenaan di situ pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang bagi mendapatkan jawapan Kerajaan Negeri.:

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6888178.asp