BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

3/17/10

Kehilangan Besar buat PAS N.Sembilan

Dari Blog http://lobai-kampung.blogspot.com/2010/03/kehilangan-besar-buat-pas-negeri.html

PAS Kawasan Kuala Pilah khususnya bagi pihak Majlis Tindakan DUN Johol hari ini kehilangan seorang aktivis PAS yang disegani kawan dan lawan. Allahyarham Mohd Som b Manaf telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Paya, Johol pada jam 8 malam pada 16 Mac 2010 pada usia 63 tahun. Beliau dikatakan menghadapi serangan sakit jantung dan kencing manis.

Allahyarham merupakan aktivis PAS yang banyak berjasa kepada perkembangan PAS khususnya di kawasan DUN Johol. Beliau mula aktif bersama perjuangan PAS pada 1998 dengan menubuhkan PAS Cawangan Kampung Paya. Penyertaan almarhum membantu PAS di dalam pilihanraya umum 1999 melonjakkan undi dan sokongan luar biasa kepada PAS yang pertama kali bertanding di DUN Johol. Walaupun calon PAS kalah namun majoriti yang tinggal kepada BN cuma sekitar 848 sahaja.

Beliau seterusnya menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam yang pertama di Johol, PASTI Fatimah Az-Zahra' yang pada asalnya menumpang di kediaman beliau sendiri pada tahun 2004, sehingga kini jumlah pelajar di Pasti ini berjumlah 38 orang. Semasa hayat beliau, beliau sentiasa membantu semua pilihanraya kecil yang diadakan sehingga di kebanyakan pilihanraya kecil beliau turut berkampung dan menyediakan khidmat memasak untuk semua petugas pilihanraya di pos beliau ditugaskan.

Jawatan terakhir beliau adalah Pengarah MTD Johol . Dalam keadaan uzur beberapa minggu sebelum ini beliau masih mampu mempengerusikan mesyuarat Agung PAS Cawangan Kampung Paya yang dipengerusikan olehnhya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Azizah bt Hj Mohamad Isa 6 orang anak dan 10 orang cucu. Walaupun beliau telah pergi meninggalkan kita jasa, semangat dan sumbangannya tidak akan dilupakan. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.

Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tangkuh Simat dan akan disembahyangkan di Masjid Dato Undang Kamat, Kampung Simpang Air Mawang.