JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

3/30/10

Laluan gelap resahkan penduduk

Utusan Malaysia 30 Mac 2010


Laluan keluar masuk Kampung Merbah, Sikamat sering berlaku kemalangan ekoran kawasan itu yang gelap kerana ketiadaan lampu jalan.

--------------------------------------------------------------------------------

SEREMBAN 29 Mac - Segelintir penduduk Kampung Merbah, Sikamat di sini melahirkan rasa bimbang ekoran ketiadaan kemudahan lampu jalan di hadapan 25 buah rumah di kawasan berkenaan. Senario tersebut membuatkan penduduk di situ resah kerana terpaksa menempuh laluan keluar masuk kampung sepanjang 100 meter dalam keadaan gelap gelita ketika waktu malam.

Lebih membimbangkan, lokasi kampung tersebut yang terletak bersebelahan hutan mengakibatkan penduduk sering terserempak dengan binatang liar selain beberapa insiden kemalangan turut berlaku ekoran tiada kemudahan itu.

Seorang penduduk, Azman Abd. Aziz, 36, berkata, ketiadaan kemudahan itu boleh mengundang bahaya kepada penduduk kampung itu.

''Apabila waktu malam, laluan di sini sangat gelap dan ini membahayakan penduduk kampung lebih-lebih lagi pejalan kaki.

''Ini kerana, kehadiran binatang seperti ular dan biawak yang tidak disedari dari hutan di sebelah kampung ini boleh mengancam keselamatan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Azman yang menetap di kampung berkenaan sejak 1996 memberitahu, selain binatang liar, penduduk juga terdedah dengan ancaman kemalangan berpunca dari faktor gelap itu.

''Ketiadaan lampu jalan ini turut membahayakan penduduk yang keluar masuk menggunakan laluan ini kerana kenderaan boleh melanggar binatang berkenaan.

''Lebih bahaya, bagi pejalan kaki kerana mereka lebih terdedah dengan risiko dilanggar," katanya.

Seorang penduduk, Azlan Kamaluddin, 28, berkatadia telah memohon kemudahan itu daripada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sejak dua tahun lalu, tetapi tiada sebarang tindakan dia

''Mereka perlu ambil tindakan segera dan saya amat hampa permohonan saya tidak dilayan," jelasnya.

Kata Azlan, kemudahan itu perlu dipasang segera demi memastikan keselamatan penduduk kampung berkenaan.

''Tahun lalu sahaja, sudah tiga kali kemalangan berlaku di dalam kawasan kampung ini berpunca daripada laluan gelap ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm