KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/8/10

Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilan


Apalah nasib para pekebun kecil dan para peneroka di Negeri Sembilan ini. Luahan masalah mereka bukan agenda utama perjuangan bangsa Melayu dewasa ini.

Pekebun kecil Melayu N.Sembilan teraniaya http://pasns.blogspot.com/2010/03/pekebun-kecil-melayu-nsembilan.html
Kos ukur tanah tidak masuk akal http://pasns.blogspot.com/2010/02/kos-ukur-tanah-tidak-masuk-akal.html
Orang Palong N.Sembilan dianaktirikan http://pasns.blogspot.com/2010/01/orang-palong-nsembilan-dianaktirikan.html
Kisah derita warga Felda di N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/03/kisah-derita-warga-felda-di-nsembilan.html
Felda Palong di Negeri Sembilan Daif http://pasns.blogspot.com/2009/12/felda-palong-di-negeri-sembilan-daif.html
Penduduk berang tiada bekalan air http://pasns.blogspot.com/2010/02/penduduk-berang-tiada-bekalan-air.html
Peneroka protes dakwa Felda tidak tunai janji http://amkns.blogspot.com/2009/10/peneroka-protes-dakwa-felda-tidak-tunai.html
Penyelewengan Jutaan Ringgit di Palong N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/01/penyelewengan-jutaan-ringgit-di-palong.html
Bonus Peneroka getah gigit jari http://amkns.blogspot.com/2008/12/bonus-peneroka-getah-gigit-jari.html
Masalah kelapa sawit tidak dituai belum selesai http://amkns.blogspot.com/2008/08/masalah-kelapa-sawit-tidak-dituai-belum.html
Buruh Bangla ceroboh tanah http://amkns.blogspot.com/2007/07/buruh-bangla-ceroboh-tanah.html

**************************
Bayaran dividen tidak munasabah
Sinar Harian 8 April 2010

KENDONG - Seorang peserta Tanaman Semula Komersial (TSK) di sini, mendakwa bayaran dividen sebanyak RM113.30 diterimanya hasil daripada projek di atas tanah miliknya sebagai tidak munasabah.


Mohd Yusof Ujud, 66, mendakwa bayaran dividen tersebut untuk tiga lot tanah bagi setiap tiga atau enam bulan pertama sejak dua tahun lalu amat tidak berbaloi sehingga menimbulkan persoalan.

Menurutnya, dia menyerahkan tanah kepada Pejabat Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) Kuala Pilah bagi dimajukan dengan tanaman kelapa sawit, namun sehingga tahun 2007, dia langsung tidak mendengar berita mengenai projek dijalankan.

Yusuf berkata, situasi itu menyebabkan dia mengambil tindakan memanjangkan masalah secara bertulis dan bertemu pihak berkenaan membincangkan kekalutan akibat bayaran dividen yang tidak menentu.

“Saya dimaklumkan tanaman kelapa sawit tidak membuahkan hasil menyebabkan bayaran dividen diterima tidak menentu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya dekat Taman Seri Kendong, di sini.

Selain itu, dia turut mendakwa tidak menerima penyata kewangan dan perbelanjaan keluar masuk mengenai projek tersebut menyebabkan dia tidak tahu kedudukan sebenar perkembangan projek itu.

“Saya sudah beberapa kali bersemuka dengan pihak bertanggungjawab namun jawapan diterima amat menghampakan. Saya harap setiap urusan berkaitan projek dapat dinyatakan melalui surat hitam putih supaya setiap ahli mendapat maklumat tepat,” katanya.

Menurutnya, dengan keadaan diri tidak sihat, dia memohon pihak berwajib mengambil perhatian dan tindakan segera mengenai masalah ini supaya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, dia juga mengharapkan keprihatinan kerajaan terutama Jabatan Hal Ehwal Veteran Am menghargai jasa dan pengorbanan bekas tentera tidak berpencen.

Menurutnya, dia mula berkhidmat sebagai tentera darat pada tahun 1963 dan mengambil keputusan berhenti pada 1978.

“Selepas 15 tahun berkhidmat, saya nekad berhenti kerana gaji ketika itu terlalu rendah apatah lagi perlu menyara isteri dan tiga anak yang semakin membesar. Selepas berhenti saya hanya bekerja sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, apabila melihat rakan seperjuangan hidup dalam keadaan daif dan merempat kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya menyebabkan dia bimbang jika ramai lagi akan menerima nasib sama.

“Saya ada menerima Skim Bantuan Kebajikan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran sebanyak RM100 sebagai bantuan sara hidup, namun jumlah itu masih belum mencukupi bagi menampung kehidupan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang perkhidmatan dalam tentera, mereka terpaksa berdepan pelbagai risiko apatah lagi ketika itu zaman darurat dan konfrontasi menyebabkan mereka bergadai nyawa mempertahankan negara.

“Pengorbanan diberikan begitu besar sehingga terpaksa meninggalkan anak isteri demi tugas dan berbakti kepada negara. Disebabkan itu, saya berharap bekas tentera tidak berpencen mendapat pembelaan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7536966.asp