Dulu kalau kita lalu Taman Tuanku Jaafar banyak terdapat orang Melayu berniaga. Kini setelah dihalau, gerai payung goreng pisang pun tidak ada kelihatan. Tempat peniaga Melayu yang kosong hanya dijadikan tempat letak lori dan bas.
Inilah nasib peniaga Melayu di negeri yang ditadbir oleh orang Melayu sendiri
********************
“Tolonglah bantu kami”
Sinar Harian 6 April 2010
SENAWANG – Sudah masuk tiga bulan peniaga gerai sementara di Fasa 1 dan 2 Taman Tuanku Jaafar (TTJ) memulakan operasi perniagaan mereka di lokasi baru di Medan Selera TTJ, namun masing-masing terus dihimpit perasaan tertekan apabila berterusan menanggung kerugian.
Keadaan itu amat dirasai 18 peniaga yang menjual kuih muih dan air minuman di bahagian bawah Medan Selera berkenaan berbanding peniaga yang membuka kedai makan di bahagian atas apabila perniagaan yang sebelum ini berjalan lancar kini terjejas teruk disebabkan kekurangan pengunjung.
Malah, tidak ada lagi istilah tidak menang tangan melayan pelanggan seperti sebelum ini kerana semuanya berubah sekelip mata sejak mereka berpindah ke lokasi baru.
Mereka mendakwa, janji Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang mahu membantu peniaga mempromosikan kawasan itu selain menyediakan kemudahan lengkap bagaikan dipandang sebelah mata menyebabkan mereka membuat keputusan ‘berani’ berpindah ke tempat lama sekiranya MPN terus mendiamkan diri.

Peniaga, Mer Tadza Alias, 54, berkata, walaupun keberatan berpindah dari tapak asal namun jauh sekali untuknya ingkar dengan arahan pihak terbabit.Namun, dia agak kecewa apabila kemudahan dijanjikan MPN tidak disediakan sebaik mungkin biarpun peniaga sudah berpindah.
“Sebelum pindah ke sini macam-macam mereka janjikan kepada kami. Jadi, kami dengan rela hati berpindah biarpun bimbang kehilangan pelanggan.
“Bagaimanapun, sampai sekarang kemudahan itu tidak dapat disediakan dengan sempurna hinggakan kami sendiri terpaksa mengambil tindakan, misalnya membuat laluan sendiri untuk kemudahan orang ramai,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7523081.asp
Beberapa artikel di bawah mengenai nasib malang peniaga Melayu di Negeri Sembilan :
Peniaga Melayu Seremban macam Anjing Menyalak
http://pasns.blogspot.com/2010/01/peniaga-melayu-seremban-macam-anjing.html
Satu Lagi Mangsa Pembangunan
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/satu-lagi-mangsa-pembangunan.html
Medan Selera Taman Tuanku Jaafar...Mohon Tindakan Segera
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/medan-selera-taman-tuanku-jaafarmohon.html
Lokasi baru jejas perniagaan
http://amkns.blogspot.com/2010/02/lokasi-baru-jejas-perniagaan.html
Pelanggan Pusat Penjaja MPS Batu 4 1/2 makin kurang sejak Jalan Seremban-Tampin naik taraf
http://amkns.blogspot.com/2009/12/pelanggan-pusat-penjaja-mps-batu-4-12.html
Peniaga 'dahaga' pembaharuan
http://amkns.blogspot.com/2010/01/peniaga-dahaga-pembaharuan.html
Rintihan peniaga Melayu N.Sembilan tiada pembelaan
http://amkns.blogspot.com/2009/12/rintihan-peniaga-melayu-nsembilan-tiada.html
Pasar Awam Nilai ‘tunggu’ peniaga
http://amkns.blogspot.com/2009/09/pasar-awam-nilai-tunggu-peniaga_03.html
Pasar Seremban Jaya kurang pengunjung
http://amkns.blogspot.com/2007/10/pasar-seremban-jaya-kurang-pengunjung.html
Coca Cola boleh, gerai Melayu di N9 tak boleh
http://pasns.blogspot.com/2010/03/coca-cola-boleh-gerai-melayu-di-n9-tak.html
Nasib peniaga Melayu di Seremban, mana pejuang ?
http://waghih.blogspot.com/2010/01/nasib-peniaga-melayu-di-seremban-mana.html