KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/12/10

Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat

GAMBAR HIASAN

Eloknya Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO dan semua wakil rakyat di Negeri Sembilan ini pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi hantar anak sekolah naik bas. Baru mereka tahu betapa susahnya rakyat di Negeri Sembilan mendapatkan perkhidmatan bas.

Beberapa certia mengenai betapa daifnya perkhidmatan bas di Negeri Sembilan selepas laporan akhbar di bawah.

***********************
Jalan kaki 1km dapatkan bas
Berita Harian 12 April 2010

Penduduk bina pondok kayu ketika tunggu pengangkutan awam

SENAWANG: Kekurangan perkhidmatan bas awam di Taman Pinggiran Senawang di sini, sejak dua bulan lalu menyukarkan penduduk taman ini ke pusat bandar bagi melakukan pelbagai urusan harian. Penduduk terpaksa berjalan kaki ke perhentian bas di luar taman perumahan itu sejauh kira-kira satu kilometer untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Selain itu, ketiadaan perhentian bas yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan di taman perumahan itu memaksa perhentian sementara dalam bentuk pondok kayu beratapkan zink dibina untuk membolehkan penduduk berlindung dari panas dan hujan ketika menunggu bas.

Tinjauan Berita Harian mendapati tiada perhentian bas disediakan di kawasan taman perumahan itu menyebabkan penduduk terpaksa berjalan jauh menuju ke perhentian bas di Jalan Seremban-Rantau. Keadaan ini cukup membebankan, terutama kepada wanita dan warga emas.

Suri rumah, Hamidah Mohd Nor, 46, berkata bas yang selalu memasuki taman perumahan itu sebelum ini tidak lagi muncul sejak dua bulan lalu.

"Saya terpaksa berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk ke perhentian bas di Jalan Seremban-Rantau dan mengambil masa selama 30 minit menuju ke Seremban Selatan untuk menaiki bas yang sebelum ini kerap dilihat melalui taman perumahan ini," katanya.
Katanya, terdapat penduduk yang berjalan kaki ke Jalan Seremban-Tampin untuk menunggu bas kerana lebih senang mendapatkan bas di tepi jalan utama itu.
Sehubungan itu, Hamidah menggesa pihak berkuasa memandang serius terhadap kesusahan yang dialami oleh ramai penduduk kawasan itu yang terdedah dengan cuaca panas dan hujan.

Peniaga, V Kavary, 54, pula berkata penduduk juga terpaksa memanggil teksi untuk ke sesuatu destinasi akibat kekurangan bas yang memasuki kawasan ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Jalankaki1kmdapatkanbas/Article

**************

BAYANGKAN JIKA KITA DI TEMPAT MEREKA :

Penduduk mohon sediakan bas http://pasns.blogspot.com/2009/11/penduduk-mohon-sediakan-bas.html

Dua jam tunggu bas di Kuala Pilah hendak ke Batu Kikir http://pasns.blogspot.com/2006/06/dua-jam-tunggu-bas-di-kuala-pilah.html

Stesen Bas Linggi Terbengkalai http://pasns.blogspot.com/2009/10/stesen-bas-linggi-terbengkalai.html

50 TAHUN MERDEKA JELEBU TIADA BAS http://pasjelebu.blogspot.com/2008/02/50-tahun-merdeka-jelebu-tiada-bas.html

Bas di N.Sembilan macam zaman Jepun http://pasns.blogspot.com/2007/02/bas-di-nsembilan-macam-zaman-jepun.html

Lima tahun tunggu bas http://amkns.blogspot.com/2010/01/lima-tahun-tunggu-bas.html

Mano Poi Bas kek Labu, N.Sembilan http://amkns.blogspot.com/2009/12/mano-poi-bas-kek-labu-nsembilan.html

Stesen tahi burung http://amkns.blogspot.com/2009/10/stesen-tahi-burung.html

Demonstrasi minta hentian bashttp://amkns.blogspot.com/2008/12/demonstrasi-minta-hentian-bas.html

Stesen bas, teksi Pulau Sebang usang http://amkns.blogspot.com/2008/11/stesen-bas-teksi-pulau-sebang-usang.html

Bagan Pinang , pengangkutan awam N.Sembilan teruk http://pasns.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-pengangkutan-awam.html

TERMINAL PENGANGKUTAN LESU http://pasns.blogspot.com/2010/03/jangan-jadikan-nsembilan-darul-filun.html