JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

1/30/10

Kerajaan Negeri gagal perjelas status projek

Sinar Harian 30 Jan 2010

SENAWANG - Masalah 12 projek pembetungan sepusat di beberapa buah taman di seluruh Senawang telah diketengahkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, Kerajaan Negeri bagaimanapun tidak mampu memperjelas status projek sebaliknya hanya memberi alasan ia berada di bawah kerajaan persekutuan dan Indah Water Konsortium (IWK).

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu lebih aktif melakukan pemantauan projek pembetungan di sini, memandangkan ia dilaksanakan di negeri ini.

“Lebih empat buah taman di sekitar Senawang mengalami masalah sama. Penduduk setempat merungut kerana semua projek terbabit terletak di tengah jalan dan ada antaranya terletak betul-betul di hadapan rumah mereka.

Kita lihat sendiri keadaan projek pembetungan itu mengundang banyak masalah kesihatan, keselamatan dan persekitaran.

“Malah, saya yakin peningkatan kes denggi terutama di kawasan ini berpunca daripada air yang bertakung dalam kolam pembetung itu,” katanya.

Mohd Taufek mewakili Pakatan Rakyat (PR) berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri.

“Keselamatan rakyat perlu dijaga dan Kerajaan Negeri tidak ada pilihan melainkan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

“Sekiranya Kerajaan Negeri gagal memenuhi kehendak rakyat yang kini diancam bahaya, PR tidak akan teragak-agak menggesa rakyat menghukum mereka (kerajaan) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6517277.asp

Selesai segera 12 projek pembetung punca denggi

Sinar Harian 30 Jan 2010

SENAWANG – Pakatan Rakyat (PR) mendesak Kerajaan Negeri menyelesaikan segera masalah membabitkan kesemua 12 projek pembetungan sepusat di beberapa buah taman, dekat sini, yang didakwa menjadi punca peningkatan jangkitan denggi.

Ahli Majlis Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, PR mahu ia diselesaikan segera memandangkan keselamatan penduduk terancam ber-ikutan projek pembetungan yang dibiarkan bertakung.

Beliau mendakwa seluruh kawasan Senawang kini sudah menjadi status kawasan hitam yang menjadi bukti kepada kelemahan sistem pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang gagal mentadbir termasuk mengaitkan projek ini.

“Sudah hampir lima tahun projek pembetungan sepusat dilakukan malah ia telah dibiarkan begitu sahaja oleh pihak berkaitan.

“Hasil yang kita nampak hari ini amat mengecewakan dengan keadaannya yang bertakung tanpa ada penyelesaian,” katanya.

Menurutnya, PR telah mengenal pasti empat daripada 12 kolam projek pembetungan di seluruh Senawang dan mendapati wujud jentik-jentik setelah me-ngambil contoh air yang bertakung dengan kedalaman setiap kolam pembetung kira-kira 30 kaki.

“Jika Kementerian Kesihatan mengenakan kompaun kepada pemilik kediaman bagaimana pula dalam perkara ini? Namun ini bukan persoalannya, apa dikhuatirkan kami adalah nyawa rakyat,” katanya.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani.

Menurut beliau, sudah banyak kali aduan dibuat kepada pihak berwajib bah-kan penduduk merungut berkenaan masalah yang timbul kebelakangan ini.

PR menyatakan kesediaan untuk mengambil alih kawasan projek pembetungan terbabit bagi dijadikan tempat rekreasi berikutan sikap Kerajaan Negeri yang dilihat berdolak-dalih dan saling menuding jari

“Hari ini PR cuma memberi ‘amaran’ sahaja de-ngan melepaskan dua ikan keli dan kami bersedia mengambil alih sekiranya tiada tindakan kerajaan.

“Mereka (Kerajaan Negeri) boleh kata siapa sahaja pihak bertanggungjawab mengendalikan projek pembetungan ini sama ada ia di bawah Kerajaan Pusat mahupun Indah Water Konsortium (IWK), walau apa sekalipun projek ini berlaku dalam Kerajaan Negeri Sembilan :yang harus Kerajaan Negeri bertindak segera sebelum berlakunya sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6517292.asp

Penduduk berang projek sawit Felcra tiada hasil

Sinar Harian 30 Jan 2010

JUASSEH – “Tidak ada hasil sehingga kini.”

Itulah luahan rasa tidak puas hati penduduk Kariah Tengkek ketika ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Tampin/Pus Juasseh dekat sini.

Mereka geram kerana penanaman kelapa sawit yang diusahakan oleh pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), masih tidak mengeluarkan hasil walaupun sudah masuk tahun ketiga pembabitan mereka dalam projek berkenaan.

Penyelenggaraan tidak sempurna

Penduduk yang ditemui, Ismail Potot, 78, mendakwa, penyelenggaraan yang tidak sempurna menyebabkan tanaman tidak mengeluarkan hasil dan lebih daripada lima penama tanah yang terbabit belum mendapat keuntungannya.

“Ladang kelapa sawit itu tidak berpagar dan binatang ternakan boleh masuk ke ladang tersebut, sekali gus membantutkan pertumbuhan tanaman manakala daun turut rosak.

“Sebagai contoh, tanaman kelapa sawit di hadapan rumah saya yang tidak berpagar, ternakan boleh masuk tanpa halangan. Sepatutnya, pihak mereka (Felcra) memagar tanaman supaya tiada gangguan dari ternakan dan tanaman dapat membesar dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu turun padang melihat keadaan tanaman serta melakukan pantauan.

“Jika tidak, usaha ini hanya membazir masa sahaja. Tiada hasil dan ia seolah-olah tanah terbiar yang dipenuhi semak-samun di sekitar kawasan itu walhal sebenarnya ada anak pokok kelapa sawit di situ.

“Selepas perjanjian dibuat, pihak tuan tanah tidak dimaklumkan apa-apa mengenai hasil kelapa sawit ini dan kami beranggapan tanaman kelapa sawit tidak menjadi dan ini satu pembaziran,” katanya.

Kerjasama dua pihak atasi masalah

Sementara itu, Mohd Din Bonget, 82, berkata, masalah tersebut telah lama berlarutan dan mendakwa kerja-kerja yang dilakukan Felcra seperti ‘melepaskan batuk di tangga’.

“Ini kerana, tanaman tidak dijaga dengan rapi. Ternakan boleh masuk sewenang-wenangnya. Jika ada pagar sekalipun, kayu yang digunakan tidak kuat dan sekali rempuh sahaja boleh tumbang. Penyelenggaraan tanaman memang tidak sempurna.

“Jika pihak tersebut melaksanakan tugas dengan bagus, pasti ada keuntungan. Ini sudah masuk tahun ketiga, saya tidak nampak sebarang buah kelapa sawit sebaliknya semak-samun yang muncul,” katanya.

Sehubungan dengan itu, mereka meminta kerjasama pihak terbabit melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Bukan sekadar tanam sahaja pokok tetapi selepas itu, tiada apa-apa tindakan susulan. Kerjasama semua pihak perlu untuk menjayakan projek ini termasuk juga tuan tanah. Jika ada kerjasama berpasukan, saya percaya masalah seperti ini akan dapat diselesaikan dengan baik sekali gus hasil tanaman akan bertambah.

“Pihak berkenaan juga perlu berjumpa dengan tuan tanah menanyakan masalah yang dihadapi. Ini supaya hubungan antara tuan tanah dan pihak yang bertanggungjawab terjalin baik dan apa jua masalah dapat diselesaikan dengan cara teratur walaupun kami mengetahui mereka dapat menyelesaikan sendiri masalah tersebut,” katanya.

Difahamkan sudah dua kali penanaman anak kelapa sawit dilaksanakan di tanah berkenaan, tetapi tiada satu pun yang menjadi dan mengeluarkan hasil.

“Saya berharap pihak berkenaan turun padang melihat keadaan tanaman di sini dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Kami juga ingin merasai hasil tanaman daripada tanah kami ini, bukan sekadar melihat anak pokok yang tidak membesar,” katanya.

Tiada perbincangan bersama

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tampin/Pus, Abdul Razak Sirat, 65, berkata, pihak berkenaan tidak pernah berbincang bersamanya dan tidak memaklumkan apa-apa maklumat tentang tanaman itu sehingga kini.

“Saya memang tidak tahu apa-apa, segala urusan hanya antara tuan tanah dan pihak pelaksana sahaja. Sebenarnya, mereka perlu berjumpa dengan wakil masyarakat di sini supaya apabila timbul sebarang permasalahan boleh diselesaikan.

“Saya juga tidak mengetahui berapa keluasan tanah yang terlibat dan hanya mengetahui apabila projek itu telah dilaksanakan. Seharusnya pihak berkenaan perlu berjumpa dengan saya kerana kawasan ini di bawah jagaan saya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tanaman tersebut berhasil, setiap penama tanah akan menerima dividen dua kali setahun tetapi ianya tidak berlaku di sini disebabkan tanaman seolah-olah tidak menjadi.

“Tanaman tidak mengeluarkan hasil kerana ternakan memasuki kawasan ladang yang memusnahkan daun dan anak pokok. Walaupun setiap hari kita membaja anak pokok tetapi jika penyelenggaraan tidak sempurna, tiada hasil juga.

“Anak benih pokok boleh hidup semula jika dikawal rapi dan perlu juga memagar kawasan ladang untuk mengelakkan tanaman rosak,” katanya.

Menurutnya lagi, Felcra perlu menitikberatkan misi membangunkan tanah terbiar dengan melaksanakan tanggungjawab serta bersyukur dan terus berkembang bersama di samping mengurus, menjaga dan memegang amanah kumpulan sesaran iaitu masyarakat peserta dan bukan yang terjadi seperti ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6512689.asp

1/29/10

Penyelewengan Jutaan Ringgit di Palong N.Sembilan

Betul ke dakwaan penulis Blog berikut terdapat penyelewengan jutaan ringgit di Palong , Negeri Sembilan ? Sila baca http://deenchatok.blogspot.com/2009/06/penyelewengan-puluhan-jutaan-ringgit-di.html

Siapa nak siasat Blog tersebut ? SPRM ? PDRM ? FELDA ?

Hospital Jempol, tempat pembangkang lagi baik

Ramai orang Jempol mengadu tahap perkhidmatan di Hospital Jempol, Negeri Sembilan. Sehinggakan penyokong kerajaan BN sendiri kata hospital di kawasan pembangkang lebih baik dari di Jempol.

Fikir-fikirkan, timbang-timbangkan, renung-renungkan, rindu-rindukan.

Kisah Hospital Jempol di http://paklurahpalong9.blogspot.com/2010/01/hospital-jempol-menanti-penyelesaian.html

Pemandu teksi ‘gulung tikar’

Sinar Harian 29 Jan 2010

PORT DICKSON – Sebahagian besar pemandu teksi di bandar ini berdepan risiko ‘gulung tikar’ berikutan pendapatan harian dikatakan semakin merundum sehingga mencecah 60 peratus.

Semuanya dikatakan berpunca kewujudan perkhidmatan bas persiaran daripada jeti Pelabuhan Port mengambil semua penumpang turun dari jeti terbabit ke destinasi tertentu, sejak lima tahun lalu.

Bukan tidak mahu berkongsi sumber pendapatan, tetapi pemandu teksi kecewa apabila cara digunakan untuk bersaing ternyata menutup periuk nasi mereka, sebaliknya memberi keuntungan sebelah pihak sahaja.

Difahamkan, seramai 176 pemandu teksi berdaftar di bawah Persatuan Teksi Port Dickson, di sini mengeluh kerana pendapatan mereka semakin merudum selepas wujudnya perkhidmatan bas berkenaan.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Port Dickson, Hasan Abd Razak berkata, walaupun mereka bakal ‘gulung tikar’, tetapi mereka terpaksa meneruskan tugas sebagai pemandu teksi kerana itu sumber pendapatan mereka.

“Segala bermula apabila terdapat syarikat bas dari Johor menempatkan perkhidmatan bas mereka di Jeti Pelabuhan Port Dickson dan mengambil semua penumpang turun dari jeti itu untuk membawa mereka ke destinasinya,” katanya.

Menurutnya, jika dahulu kami boleh selesa dengan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai pemandu teksi, kini semuanya telah berubah.

“Rata-rata pemandu memperoleh pendapatan RM100 sehari, tetapi sekarang mendapatkan RM30 sahaja sukar. Kami tidak pasti sampai bila masalah ini akan berterusan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6459597.asp

Janji bina benteng tidak dikota

Sinar Harian 29 Jan 2010

KUALA PILAH – Masalah hakisan tebing sungai yang semakin meruncing di Kampung Terap, di sini, terus menjadi igauan seorang penduduk walaupun berulang kali diadukan kepada pihak berkaitan.

Malah, kawasan belakang rumahnya semakin terhakis selepas kejadian banjir lebih setahun lalu namun seolah-olah tidak dihiraukan pihak berkaitan.

Seorang penduduk, Marzuki Pilus, 44, dia resah apabila tiada sebarang tindakan diambil mengenai hakisan tebing itu biarpun masalah berkenaan diajukan sejak akhir 2008.

“Pada penghujung 2008, berlaku banjir teruk sehingga menyebabkan kawasan sekitar rumah seperti lautan. Ini berpunca daripada air sungai di belakang rumah yang melimpah akibat hujan lebat.

“Akibatnya, hakisan itu menyebabkan jarak antara benteng sungai dengan belakang rumah saya tinggal hanya kira-kira 25 meter sahaja. Ini membimbangkan kami dan setiap kali hujan hakisan tanah akan berlaku,” katanya.

Menurutnya, semasa kejadian banjir teruk dua tahun lalu, pelbagai pihak turun padang melihat sendiri keadaan rumahnya dan menabur pelbagai janji untuk menyenangkan hati tetapi sehingga kini tiada sebarang janji dikotakan.

“Pada mulanya, mereka memberitahu masalah ini akan dimasukkan untuk peruntukan bajet 2009 tetapi kini sudah masuk 2010, tiada sebarang kerja-kerja pembinaan benteng dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Pihak terbabit juga pernah memberitahu akan membetulkan arah aliran sungai supaya tidak berlaku hakisan lagi tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil,” katanya yang kesal dengan janji tersebut.

Menurutnya, pada tahun lalu, banjir berlaku sebanyak empat kali dan dia terpaksa membersihkan kawasan rumah berulang kali hinggakan ada beberapa peralatan rumah terpaksa dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.

Dia bagaimanapun mengakui pernah menerima peruntukan bencana alam daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan wakil rakyat kawasan itu pernah meninjau masalahnya.

“Tetapi sampai bila kami perlu tinggal dalam keadaan sebegini. Kami sentiasa berada dalam keadaan bimbang setiap kali hujan lebat kerana jika air naik secara tiba-tiba berkemungkinan boleh menyebabkan kejadian tak diingini kepada kami.

“Saya berharap pihak berkaitan dapat membina benteng pertahanan de-ngan segera agar hakisan dapat diatasi dan membetulkan aliran sungai itu kerana banyak pokok buah-buahan hanyut akibat masalah ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6458954.asp

1/28/10

Dr Badrulamin di Tampin 5 Feb 2010

CERAMAH UMUM
Bersama :
Dr Badrulamin Baharon
Gunasegaran
YB Verappan , ADUN Repah
Ustaz Kharil Anwar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Ustaz Zakaria Khalim, YDP PAS Tampin

Jumaat 5 Feb 2010
Jam 9 mlm
Di Markas PAS Cawangan Tampin Bandar (Rumah Abu Sufian)

Semua Dijemput Hadir

Masalah sampah di Taman PD Utama


Berita Harian 28 Jan 2010
Kotor, busuk

Keadaan sampah yang tidak dipungut mengikut jadual di Taman PD Utama menjejaskan kesihatan penduduk.

Kontraktor ingkar jadual pungut sampah di Taman PD Utama

PORT DICKSON: Kegagalan kontraktor kutipan sampah mengotakan janji mengutip sampah tiga kali seminggu menyebabkan penduduk Taman PD Utama di sini, tidak lagi dapat menahan sabar kerana sampah terbiar menyebabkan taman itu berbau busuk.

Penduduk yang tidak dapat bertahan membuat keputusan membuang sampah ke dalam tong sampah besar berdekatan premis perniagaan taman itu dan tindakan ini pula menimbulkan kemarahan peniaga.

Tinjauan Berita Harian mendapati hampir setiap depan rumah terdapat longgokan sampah tidak dikutip, manakala tong sampah besar ditimbuni sampah hingga bertaburan di atas jalan.

Kebanyakan penduduk kesal dengan masalah itu sedangkan mereka membayar pelbagai jenis cukai perkhidmatan dan mengharapkan perkhidmatan yang setimpal diberikan kepada mereka.

"Hampir setiap minggu, kutipan sampah tidak dilakukan mengikut jadual ditetapkan menyebabkan taman ini bukan saja ditimbuni sampah berbau busuk, malah pelanggan saya pun lari kerana tidak suka dengan suasana kotor," kata R Ganesh, 39, yang mengusahakan restoran di situ.

BAU busuk dan meloyakan angkara kontraktor cuai.

Katanya, keadaan bertambah teruk kerana ramai penduduk taman itu mengambil jalan mudah membuang sampah yang tidak dikutip dalam tong sampah besar berdekatan premis perniagaan di situ yang sepatutnya hanya untuk kegunaan peniaga.

"Tengoklah tong sampah besar ini hanya beberapa meter dari premis perniagaan kami. Macam mana pelanggan tidak lari," katanya kesal.

Penduduk, Johari Jalil, 52, berkata kontraktor kutipan sampah sepatutnya datang tiga kali seminggu, tetapi sudah banyak kali hanya datang sekali seminggu.

Katanya, ini menyebabkan sampah bertimbun depan rumah hingga berulat dan kadang-kadang anjing liar mengoyakkan plastik sampah menyebabkan sampah bertaburan di jalan raya.

"Kami tiada pilihan lain dan terpaksa membuang sampah di tong sampah besar berdekatan premis perniagaan walaupun menyedari tindakan ini akan menimbulkan masalah kepada peniaga di situ," katanya.

S Kanesan, 49, berharap Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menangani masalah itu dengan segera kerana penduduk tidak lagi dapat menahan sabar.

"Jika sekali-sekala tidak mengapalah. Ini hampir setiap minggu begini. Ini kawasan perumahan yang sepatutnya bersih dan bebas daripada sampah sarap berbau busuk," katanya.

Beliau berkata, mana-mana kontraktor kutipan sampah yang tidak dapat menjalankan tugas dengan cekap sepatutnya ditamatkan perkhidmatan kerana tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang ramai.

Yang Dipertua MPPD, Wahab Shmasuddin, ketika dihubungi berkata, MPPD memahami masalah penduduk di situ dan akan berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Katanya, MPPD tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor terbabit jika masalah terus berlanjutan.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh menghubungi MPPD jika masalah itu masih berterusan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20100128035308/Article/index_html

1/25/10

Pembeli tagih janji pemaju


Sinar Harian 25 Jan 2010

RANTAU – “Umur kami sudah lanjut, sampai bila mahu tunggu lagi,” keluh Chang Dai Moi, 67, yang menjadi salah seorang mangsa projek rumah terbengkalai di sebuah taman perumahan, di sini.

Warga emas itu mengakui semakin tertekan berikutan rumah diduduki di estet ketika ini akan diambil semula tuan tanah sehingga memaksa dia mencari tempat lain untuk berteduh.

Menurutnya, rumah yang sepatutnya siap 2007 kini tidak boleh diduduki disebabkan pelbagai masalah timbul.

“Saya sudah tua, mahu tanggung ini semua menjadikan hati saya ‘panas’ tetapi orang susah seperti saya apalah boleh dilakukan melainkan hanya menunggu sahaja,” katanya.

Dia yang tinggal bersama dua anaknya perlu membayar ansuran pinjaman bank sebanyak RM450 sebulan, malah dia bersama anaknya kini tidak pasti sama ada boleh mencari rumah lain dalam masa terdekat ini selepas menerima notis berpindah daripada tuan rumah, baru-baru ini.

Dai Moi mendakwa, pihak pemaju sudah berjanji akan menyelesaikan masalah itu dalam tempoh lima hingga 10 hari tetapi sehingga sekarang belum ada tindakan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6438396.asp

1/24/10

Makan Malam Amal DUN Paroi 18 Jan 2010

JAMUAL MAKAN MALAM AMAL DUN PAROI
Bersama Tetamu :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi

Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang

Kupon RM 30 seorang

Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi :
Hassan 019-2171942
Sufian 013-3589328

KFC baru Seremban atas tanah Pusat Zakat



Restoran KFC yang baru telah beroperasi di tengah-tengah Bandar Seremban sejak akhir tahun 2009 yang terletak tidak jauh dari Bazaar MAINS.

Pelbagai persoalan timbul kerana terpampang di depan KFC ini papan tanda Tanah Hak Milik Pusat Zakat Negeri Sembilan , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Antara beberapa persoalan yang timbul ialah :
1. Adakah tanah tersebut tanah wakaf ?
2. Adakah tanah tersebut dipajak atau disewa pada KFC ?
3. Jika dipajak atau disewa berapa lama tempoh pajakan atau sewaan ?
4. Berapa sewa atau pajakan yang dibayar sebulan atau setahun ?
5. Adakah PZNS atau MAINS mempunyai saham dalam KFC tersebut ?
6. Siapakah pemegang saham utama dalam KFC tersebut ?
7. Kenapa tidak dibina saja KFC di Bazaar MAINS agar dapat membantu para peniaga di Bazaar MAINS yang terlalu kurang pengunjung atau tak laku ?
8. Adakah pajakan, sewaan atau pelaburan ini mendapat kelulusan EXCO, Jawatankuasa Syariah , Majlis Fatwa dan sebagainya ?


KELUHAN PENIAGA MELAYU BAZAAR MAINS DI BAWAH :

Peniaga 'dahaga' pembaharuan
Sinar Harian 31 Dis 09

SEREMBAN - Sunyi tanpa pengunjung.

Itu suasana di Bazaar Mains, Seremban, dekat sini, menyebabkan peniaga menggesa supaya pembaharuan segera dapat dilakukan pihak pengurasan.

Bangunan yang gah berdiri di tengah-tengah bandar itu mula beroperasi sejak 2006, namun selepas hampir tiga tahun ia masih gagal menarik kunjungan orang ramai malah masih ada kurang mengenali menyebabkan peniaga mula dibelenggu resah kerana terpaksa berdepan risiko kerugian.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kira-kira jam 10.30 pagi mendapati bahagian dalam bazar terbabit nyata suram selain beberapa buah kedai sahaja dibuka.

Setiap bulan ada peniaga 'gulung tikar'

Peniaga, Nor Azian Mohd Nordin, 36, berkata, pihak pengurusan perlu mencari jalan terbaik bagi mempromosi bazaar kepada orang ramai sebelum keadaan menjadi semakin parah.

Menurutnya, sejak tiga tahun berniaga di situ, hampir setiap bulan ada sahaja peniaga terpaksa gulung tikar atau mengambil keputusan berpindah ke lokasi lain kerana masing-masing sudah tidak tahan lagi dengan keadaan bazar yang kurang pengunjung.

“Malah, saya percaya ada juga kalangan peniaga di sini yang hanya menunggu masa untuk menutup kedai sekiranya tidak ada sebarang perubahan dilakukan untuk kemajuan bazar ini.

“Saya sendiri pun bergantung kepada promosi melalui laman web. Jika mahu tunggu pelanggan datang ke sini, susahlah,” katanya.

Azian berkata, pihak pengurusan perlu memandang serius masalah ini bazaar ini memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi serta sektor perniagaan bumiputera.

Kurang parkir, tiada papan tanda

Pengusaha perubatan Homeopati, Dr Ruslan Yussof, 46, berkata, faktor kekurangan parkir menjadi salah satu sebab mengapa bazar itu sukar dikunjungi.

“'Parking' memang ada, tapi selalunya penuh di bahagian depan dan belakang kedai. Kadang-kadang pusing empat lima kali pun susah untuk mendapat 'parking' di sini.

“Tambahan pula bila jam 5 petang, kenderaan diletakkan di hadapan bazar terpaksa dialihkan kerana perniagaan pasar malam mula beroperasi,” katanya.

Oleh itu, katanya, rata-rata peniaga memilih menutup kedai pada jam 5.00-6.00 petang disebabkan tiada pengunjung.

Bagaimanapun, Dr Ruslan yakin bazar terbabit berpotensi menjadi pusat perniagaan bumiputera yang maju suatu hari nanti sekiranya pelbagai usaha mempromosikannya dapat dilakukan.

Pihak pengurusan turut digesa menggantikan papan tanda tertulis Bazaar Mains di bahagian atas bangunan berikutan ramai tidak sedar kehadirannya.

Izan Yahya, 37, berkata, papan tanda berkenaan terlalu tinggi dan kurang jelas.

“Banyak yang komen mereka tidak nampak papan tanda dan lebih mengejutkan ada yang datang ke bazar ini bertanya di mana Bazzar Mains sedangkan mereka sudah berada di dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Lokasi strategik, kurang promosi

Sementara itu, pengusaha batik, Abdul Majid Awang, 60, berpendapat lokasi bazar terbabit amat strategik kerana terletak di tengah bandar selain dikelilingi beberapa kedai lain.

“Bagi saya, lokasi ini sudah cantik dan saya percaya bazar ini mampu dimajukan pada masa akan datang sekiranya kita sama-sama memikirkan sesuatu untuk perubahan bazar ini,” katanya.

Menurut Abdul Majid, setakat ini dia banyak bergantung kepada pelanggan luar seperti agensi kerajaan dan swasta yang membuat tempahan.

Bagaimanapun, mereka mendakwa kekurangan promosi dan perhatian pihak berwajib menjadikan suasana perniagaan di situ ibarat hidup segan mati tidak mahu.

"Masing-masing yang kekal meneruskan perniagaan di sini mengharapkan pihak pengurusan dapat mencari jalan penyelesaian dan mengambil kira maklum balas setiap peniaga.

"Mereka bersedia memberi kerjasama terbaik sekiranya diperlukan pihak pengurusan bagi memastikan Bazaar Mains terus hidup di bandar Seremban," katanya.

Antara cadangan peniaga adalah meletakkan satu konsep jelas untuk bazar misalnya memberi fokus kepada jenis perniagaan yang harus diberi perhatian, mengubah susun atur kedai, membina kelengkapan dewan untuk kegunaan ramai dan penjenamaan semula Bazaar Mains bersesuaian keadaan persekitaran.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6286648.asp

http://amkns.blogspot.com/2010/01/peniaga-dahaga-pembaharuan.html

1/21/10

Ustaz Idris Ahmad turun Jelebu 22 Jan 2010

CERAMAH UMUM
Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Chegubard
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Tarikh : 22 Jan 2010 , Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Chenor, Bt 2 1/2, Peradong, Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Dah 20 tahun orang Mantin berjiran dgn sampah

Di mana silapnya ? Kenapa baru sekarang timbul cerita ini ? Dah 20 tahun penduduk berjiran dengan sampah, bukan 20 hari. Tahun 1990 ke atas ekonomi sedang meningkat, sekarang 2010 ekonomi tidak ketentuan.

Apakah akan selesai masalah penduduk Kg Gebok, Mantin. Masalah pakcik Mohd Isa Hussin, pakcik Karim Yahya ?

*****************************
“Bila hendak tutup tapak lupus sampah?”
Sinar Harian 21 Jan 2010

MANTIN – Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.

Malah, tinjauan Sinar Harian ke lokasi turut menghidu bau busuk yang ketara terutamanya ketika waktu petang dan hujan.

Malah, pihak Sinar Harian turut berkesempatan melawat tapak pelupusan sampah terbabit yang kedudukannya hanya 1 kilometer dari rumah penduduk.

Minta tukar tempat

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Gebok, Mohd Isa Hussin, 53, berkata, sememangnya sejak berpuluh tahun lalu penduduk terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan setiap hari.

Menurutnya, biarpun bau busuk itu tidak mengganggu sebarang urusan harian penduduk, namun ia tetap mengundang ketidakselesaan mereka menjalani kehidupan seharian.

“Kita sendiri beberapa kali ajukan masalah ketidakselesaan ini kepada pihak berkenaan. Keadaan memang kurang menyenangkan apabila perlu berhadapan bau busuk setiap hari.

“Kita juga pernah minta mereka tutup dan berpindah ke tempat lain, namun entah mengapa hingga kini tapak pelupusan sampah terbabit masih kekal di sini,” katanya.

Tunggu tunai janji

Malah, penduduk mendakwa janji pihak berkenaan untuk menutup tapak pelupusan sampah terbabit hanya tinggal janji dan penduduk pula berterusan menunggu dengan penuh harapan supaya tapak pelupusan itu dapat dipindahkan ke tempat lain.

Penduduk, Karim Yahya, 64, berkata, tapak pelupusan itu dahulunya merupakan padang ragut, namun dijadikan sebagai tapak pelupusan sampah sehingga kini.

“Kami beberapa kali minta mereka tutup dan jawapannya ‘tahun depan kita akan tutup’, tetapi langsung tidak pernah tutup. Setiap kali aduan dibuat, itulah jawapannya.

“Kami tidak bermaksud mahu mengganggu kerja mereka, tetapi ini melibatkan soal kehidupan rakyat kerana penduduk di sini memang tidak selesa sekiranya perlu berhadapan bau busuk yang berterusan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6401010.asp

Orang N.Sembilan kena banyak gali perigi

Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang. Kalau tak ada air kat N.Sembilan ni , tak guna komplen banyak-banyak, gali je perigi.

Marilah kita menghidupkan kembali perkhidmatan perigi, warisan zaman berzaman.

Janganlah pula dikenakan cukai perigi pula selepas ni.

**********************
Bosan hidup tanpa air
Sinar Harian 21 Jan 2010

BATU KIKIR – Penduduk Taman Baiduri bingung dengan masalah bekalan air yang sering kali terputus kebelakangan ini.

Lebih memeritkan apabila ia berlarutan sampai ke tengah malam sehingga menyukarkan penduduk melakukan kerja-kerja harian.

Ia membabitkan keseluruhan unit taman itu iaitu sebanyak 14 unit yang setiap tapak setiap unit merupakan lot banglo.

Ketika Sinar Harian berkunjung ke taman berkenaan pada hujung minggu lalu, penduduk memberitahu sejak pukul 9.00 pagi bekalan air tidak ada malah mereka tidak tahu sampai bila harus berhadapan keadaan begini.

Penduduk mendakwa, keadaan itu akan menjadi lebih teruk pada hari bekerja kerana dari pukul 6.00 pagi mereka tidak mendapat bekalan air mencukupi dan berlaku setiap hari.

Perkhidmatan mengecewakan

Penduduk, Suhaimi Ishak, 37, berkata, merela tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan daripada pihak berwajib.

“Sepatutnya pihak berwajib perlu menangani masalah ini dan memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada pelanggannya namun apa yang diterima sebaliknya.

“Masalah ini bukan sehari dua terjadi tetapi sudah banyak kali malah tahun-tahun sebelum ini pun, keadaan yang sama juga berlaku," katanya.

Menurutnya, sebenarnya kawasan taman perumahan itu merupakan penempatan baru tetapi apa yang mengecewakannya adalah bekalan air sering terputus.

“Masalah ini memang membingungkan kerana menyukarkan kami melakukan kerja-kerja harian.

“Semua orang tahu, bekalan air merupakan kemudahan asas dan ia sangat penting. Sekiranya tidak ada kemudahan asas, pastinya semua kerja-kerja harian akan tergendala," katanya.

Suhaimi berkata, isterinya susah hendak memasak dan membasuh kerana sebab air tidak mencukupi.

"Walaupun penduduk di sini mempunyai air tangki simpanan namun ia masih tidak mencukupi.

“Bayangkanlah kalau satu-satu masa itu semua ahli keluarga bertandang ke rumah, di mana pula kami mahu ambil bekalan air. Lebih susah lagi jika ada kenduri, memang ia akan menjadi satu masalah besar,” katanya.

Sudah buat aduan

Seorang lagi penduduk, Suhaimi Abd Rahman, 39, berkata, masalah itu pernah dibangkitkan penduduk dan ada antaranya menghubungi pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) namun alasan diberi disebabkan faktor tekanan air rendah di sini.

“Memanglah kami boleh menerima alasan yang diberikan itu namun sampai bila perlu berhadapan masalah ini.

“Apa yang kami kesalkan, pihak Sains belum datang membuat tinjauan ke sini sedang masalah ini sudah menjadi ‘parah’," katanya.

Suhaimi berkata, sepatutnya mereka perlu turun ke sini bagi melihat sendiri keadaan di taman perumahan tetapi sehingga ke hari ini belum datang.

Dia yang sudah tinggal di taman perumahan itu sejak dibuka kira-kira empat tahun lalu, berkata, kebanyakan penduduk di sini terpaksa membuat tadahan air sendiri bagi kemudahan seisi keluarga.

“Kadangkala bekalan air terjejas sehingga tengah malam. Pada tengah malam, barulah kami dapat bekalan air tetapi dalam skala kecil.

“Bagaimanapun, kami terpaksa menyimpan bagi kegunaan bekalan keesokan harinya daripada tidak ada langsung," katanya.

Minta atasi segera

Sehubungan itu, Suhaimi berkata, dia mewakili penduduk taman meminta jasa baik pihak berwajib supaya menangani masalah tekanan air rendah ini dengan segera.

“Bukan sahaja taman perumahan kami yang sering tiada bekalan air tetapi Taman Intan Fasa 1 yang berdekatan turut mengalami masalah sama.

“Justeru, adalah baik pihak Sains mencari jalan penyelesaian supaya masalah ketiadaan bekalan air tidak berlanjutan," katanya.

Menurutnya, saranan itu bagi mengelakkan kejadian sama berlaku di taman perumahan baru yang akan dibuka di kawasan berdekatan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6399196.asp

1/20/10

Majlis Jamuan Teh PAS N.Sembilan 7 Feb 2010

MAJLIS JAMUAN MINUM PETANG
Tarikh : 7 Februari 2010 , Ahad
Masa : 5 ptg – 7 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Kupon : RM 10/org

Kupon boleh didapatai dari wakil kawasan atau dewan mulai 24 Januari 2010

Untuk maklumat lanjut, tempahan kupon serta sumbangan sila hubungi :

Tn Hj Ir Md Noh 019-2556206 , Bendahari PAS N.Sembilan
Suhari Sulaiman 019-2998345 , SUK PAS N.Sembilan

Untung orang Paroi ada 4 Pusat Khidmat, DUN Kota ?

Untung betul orang kat DUN Paroi, N.Sembilan ni. Walaupun wakil rakyatnya dari PAS iaitu YB Hj Mohamad Taufek namun orang Paroi ada 4 Pusat Khidmat.

1 Pusat Khidmat di Taman Tasik Jaya yang diuruskan oleh YB Taufek.

1 Pusat Khidmat di Jalan Tampin, 1 lagi di Taman Seri Pagi dan 1 lagi yang akan dibuka di Kg Paroi yang diuruskan oleh UMNO.

Orang di DUN Kota, dan lain-lain DUN seluruh N.Sembilan dan seluruh Malaysia dapat tak keistimewaan macam ni ? Terutama di DUN Rantau , dapek tak 4 Pusat Khidmat ?

Sedangkan di DUN Kota kawasannya lagi luas dari Paroi, dari sempadan Melaka di Kendong dan Lubuk China sampailah nak ke Pekan Rembau di Kg Senama. Lepas tu di DUN Kota ada 15 tempat mengundi , sedangkan di Paroi rasanya tak sampai 10 tempat mengundi.

Kalau orang Kota, orang Rantau dan lain-lain DUN nak lebih banyak Pusat Khidmat di tempat mereka , pilihanraya akan datang pilihlah wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

*********************************
Pusat khidmat di DUN Paroi – Utusan Malaysia 20 Jan 2010

Kerajaan BN akan membuka satu lagi pusat khidmat dalam DUN Paroi.

Pusat Khidmat Masyarakat BN ini akan dibuka pada bulan Februari ini di Dewan Masyarakat Kampung Paroi iaitu bersebelahan Masjid Kampung Paroi Lama.

Dengan wujudnya satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat BN dalam DUN Paroi ini, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar kawasan Taman Ampangan, Taman Paroi Jaya, Taman Tasik Jaya, Paroi dan sekitar.

Ketika ini Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi telah dibuka di Taman Seri Pagi di sini dan di pejabat UMNO Bahagian Rembau di Senawang, manakala di Kampung Paroi ini merupakan yang ketiga untuk membantu keperluan rakyat.

Di pusat itu nanti kita akan sediakan pelbagai jenis borang dan maklumat agar ia juga menjadi pusat setempat yang boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat

Berita sepenuhnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

1/19/10

Pelancaran Pakatan Rakyat N9 28 Jan 2010 Seremban


CERAMAH PERDANA

Sempena Pelancaran Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan


Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Tarikh : 28 Januari 2010 / Khamis

Masa : 9.00 malam


Bersama :

YB Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS)

YB Azmin Ali (Naib Presiden PKR)

YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR N.Sembilan)

Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)

YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N.Sembilan)


Semua Dijemput Hadir


Maklumat lanjut hubungi :

Email: supneg9@gmail.com Telefon: 06-767 7278/79 Faks: 06-767 7780

Bersama Mahfuz Omar 26 Jan 2010 Seremban

CERAMAH UMUM


Bersama :

YB Dato Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS)

Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)

YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N.Sembilan)


Tarikh : 26 Jan. 2010 / Selasa

Masa : 9 mlm

Tempat : Pejabat BPPNS, No.5 Jalan Durian Emas 2, Off Jalan Dato' Siamang Gagap, Seremban

(Berhampiran Sek Keb Sri Kelana , Pusat Zakat N9 Betaria dan The Store Centre Point )


Semua Dijemput Hadir

Orang Palong N.Sembilan dianaktirikan


Palong 2 bagai dianaktirikan

Sinar Harian 19 Jan 2010


PALONG 2 – Ketiadaan lampu jalan terutama di persimpangan masuk ke Palong 2 memang mengecewakan penduduk yang mendakwa kawasan mereka seperti ‘dianaktirikan’ apabila kemudahan yang sudah lama dipohon itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan.


Menurut mereka, ada pihak yang cuba lepas tangan dan tidak mahu mengambil peduli aduan supaya lampu jalan dipasang di persimpangan masuk ke Palong 2.


Mereka mendakwa, akibat sikap lepas tangan itu, penduduk dan peneroka di Palong 2 terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan setiap hari di tambah pula jalan itu dilalui kenderaan berat pada waktu malam.

Seorang peneroka, Zainal Abidin Ishak 55, berkata, dia kesal dengan sikap pihak-pihak berkaitan yang tidak mengendahkan langsung aduan yang dibuat oleh penduduk di sini.


“Saya ‘letih’ dengan sikap pihak-pihak berkaitan yang seakan sengaja memberi alasan, padahal kemudahan lampu jalan itu memang amat diperlukan penduduk terutamanya di simpang masuk ke Palong 2 ini," katanya.

Dia yang sudah tinggal kira-kira 30 tahun di sini, berkata, memang bahaya terutama pada waktu malam apabila tidak ada lampu jalan di persimpangan masuk ke sini.


“Memang gelap sangat di simpang masuk itu pada waktu malam dan membahayakan kenderaan yang keluar masuk,” katanya.


Menurutnya, Palong 2 seperti dianaktirikan dalam soal itu, memandangkan kemudahan lampu jalan dipasang di persimpangan masuk ke Palong 3.


“Saya mewakili penduduk dan peneroka di sini yang berasa kami seperti ‘dianaktirikan’ dalam soal kemudahan itu kerana segala aduan yang dibuat, tidak diendahkan malah aduan ini pun telah masuk kali ketiga.

“Harapan penduduk dan peneroka di Palong 2 selama ini adalah untuk mendapatkan maklum balas yang baik daripada pihak berkaitan tetapi amat menghampakan," katanya.


Zainal berkata, jarak di antara Palong 2 ke Palong 3 cuma 500 meter sahaja tetapi simpang masuk ke Palong 2 tidak disediakan kemudahan asas sebegitu.


Seorang lagi peneroka, Awalludin Samah 56, mendakwa, sebelum ini memang pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada memberi maklum balas berkenaan dengan alasan ‘tiada peruntukan’.


“Sampai bila mahu menggunakan alasan begitu, sedangkan kami sudah membuat banyak kali permohonan dan aduan.


“Saya duduk di sini pun sudah 32 tahun. Sepanjang tempoh itu tiada langsung inisiatif daripada pihak berkaitan mahu memasang lampu jalan di simpang masuk itu.


“Sepatutnya lampu jalan di simpang masuk itu sudah lama diletakkan memandangkan di simpang Palong 3 pun sudah mempunyai lampu jalan tetapi keadaan kami di sini tidak ada sesiapa pun yang mengambil peduli," katanya.

Menurutnya, keadaan pada waktu malam di sini lebih berbahaya jika dibandingkan dengan Palong 3 dan Palong 1 yang persekitarannya lebih ‘selamat’ kerana mempunyai banyak penempatan.


http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6385438.asp

1/17/10

10 tahun alami tekanan air rendah

Sinar Harian 17 Jan 2010

BAHAU – Beberapa penduduk di Taman Meranti menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah tekanan air yang dihadapi selama 10 tahun masih berlarutan sehingga kini.

Penduduk, Kee Kow Chai, 59, berkata, bekalan air yang dibekalkan di setiap rumah di taman tersebut amat rendah tekanannya.

“Apabila tekanan air rendah, bekalan air yang diterima menjadi kurang dan kelajuan air rendah. Keadaan ini amat menyukarkan penduduk apabila menggunakan air yang banyak ketika masa kemuncak.

“Contohnya ketika menggunakan air dalam satu masa seperti membasuh baju, mandi, dan membasuh kereta akan menyebabkan air yang diterima amat kurang," katanya.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada tekanan air yang rendah dan bukan masalah paip tersumbat atau sebagainya.

Penduduk Taman Meranti, Lai Fook Siong, 61, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak 10 tahun yang lalu, namun masih tiada tindakan pihak berwajib sehingga kini.

“Sudah banyak kali diadukan dan mesyuarat bersama penduduk juga turut diadakan, namun jawapan yang sama diterima iaitu hanya janji palsu.

“Bayangkan selama 10 tahun kami hidup dengan tekanan air yang rendah dan keadaan berlarutan ini benar-benar menyukarkan kami semua,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong berkata, masalah itu berpunca daripada pembangunan yang tidak dirancang dengan baik.

“Apabila rumah banyak dan bekalan kurang, berlaku masalah tekanan air kerana penggunaan banyak berdasarkan peningkatan pengguna.

“Masalah ini sudah diadukan kepada Sains namun janji yang diberikan di mana mahu meningkatkan tekanan air masih belum dilaksanakan sehingga ke hari ini,” katanya yang turut hadir lokasi berkenaan.

Beliau berasa kesal dengan pihak yang berkenaan seolah-olah tidak mengambil berat akan masalah itu sehingga berlarutan selama 10 tahun tanpa sebarang tindakan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6378600.asp

Sakit Mental ? Apa dah jadi Umno di Jelebu N.Sembilan

Dato Rais Yatim sebagai Ahli Parlimen Jelebu kena turun padang tengok perangai anak buahnya di Jelebu. Cerita dan gambar sensasi pada pautan berikut http://pkrn9.blogspot.com/2010/01/umno-membuktikan-kebodohannya-di-jelebu.html

1/16/10

PARAH, Hanya 5 helikopter Nuri boleh terbang


Helikopter TUDM Nuri makin parah. Hanya 5 dari 28 buah yang boleh terbang dalam operasi sepenuhnya. Ini lagi parah dari kehilangan 2 enjin jet F5E.

Baca laporan penuh dibawah yang disiarkan dalam akhbar Malay Mail.

***********************
NURI ROTORS CLIPPED
Malay Mail Friday, January 15th, 2010

Local Nuri helicopters
Major crisis with 18 copters grounded for routine repairs
MARHALIM ABAS

THE NURI: Unable to respond to routine tasks

PETALING JAYA: The mainstay of the Malaysian Armed Forces transport fleet, the Nuri medium-lift helicopter, is facing a major crisis with most grounded for routine and unscheduled maintenance.

The situation is so bad that the Nuri squadrons are unable to respond to routine tasks such as mercy missions and transportation of troops, unless planned well in advance.

The Nuri fleet availability rate is below 50 per cent, the lowest across the RMAF fleet, even lower that the MIG-29 air superiority fighters that are expected to be retired from service by year-end.

It was also suggested that the cost of maintaining the Nuri is skyrocketing although the number of flyable helicopters was decreasing.

The Malay Mail was informed that only around 10 Nuri helicopters were certified "flyable" from the 28 that remain in service with the Royal Malaysian Air Force.

Of these, according to former Nuri pilots, only five were fully mission capable. Only aircraft certified as mission capable will be tasked with operational duties while those certified as "flyable" are kept for emergencies only.

The rest of the Nuri fleet are mostly grounded for routine repairs at the four Nuri squadrons located across the country or undergoing maintenance at the Airod Sdn Bhd facility in Subang, the country' sole maintenance, repair and overhaul facility.

RMAF chief Jen Datuk Seri Rodzali Daud could not be reached for comment.

The Malay Mail was informed that the Armed Forces top brass were aware of the situation as the RMAF headquarters had prepared a report that gave a detailed picture of the woes affecting the Nuri fleet.

However, The Paper That Cares was unable to obtain or see the document as it was classified under the Official Secrets Act. Former RMAF personnel who spoke on the issue said they had never seen the Nuri fleet in such a situation since the helicopters were put into service in the early 1970s.

The crisis, they claimed, started two years ago after the decision to defer the purchase of 12 new medium-utility helicopters to replace the Nuris. According to them, the crisis had affected the Nuri fleet's ability to undertake traditional missions.

The Nuri has been tasked with a variety of military and civil missions from troop transport, mercy flights, cargo hauling and search and rescue. And Nuri traditional users, the Army and the Royal Malaysian Navy (RMN), have now to make do with their own helicopters that are less capable in terms of troop and cargo carrying capacities.

Some 40 Nuri or Sikorsky S61-A4 Sea King helicopters were purchased in the late 1960s and were delivered in batches until the early 1980s, but the number had dwindled down to 28 due to accidents and crashes.

The four Nuri squadrons are the 10th Squadron based in Sungai Besi; 3rd Sqdn in Butterworth, 5th Sqdn in Labuan and 7th Sqdn based in Kuching.

The 7th Sqdn is responsible for SAR operations in Sabah and Sarawak. The 10th Sqdn is also responsible for the RMAF VIP helicopters and it also has a Nuri helicopter stationed at the Kuantan air base for day-to-day operations.

A former Nuri pilot said: "The whole country is fussing over the theft of the jet engines. But the real scandal is what is happening to the Nuri fleet.

"The Nuri cannot even fly mercy missions, they have to get the navy and the army to fly these missions. Mercy flights were one of the missions for the Nuri from Day One."

He said he was told that current Nuri pilots were only flying about 30 hours a month on average.

"When I was in the air force flying the Nuri, even junior pilots were flying up to 50 hours a month."

The lack of flying hours, the former pilot claimed, had a knock-on effect on Nuri operations

http://www.mmail.com.my/content/24848-nuri-rotors-clipped

Peniaga Melayu Seremban macam Anjing Menyalak

Kalau nak membela nasib orang Melayu , tak perlu berdemo, tak perlu melaungkan ketuanan Melayu. Mereka yang ada kuasa, teruslah bantu.

****************************
Sinar Harian 16 Januari 2010
20 tahun mohon tanah idak diendah

AMPANGAN – Hampir 20 tahun Persatuan Gerak Bumi Niaga Seremban, memohon tanah Lot 15591, Mukim Ampangan untuk dijadikan tapak kekal peniaga pasar malam Bumiputera, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima.


Umpama anjing menyalak bukit, segala usaha mereka bagaikan sia-sia dan keinginan serta kehendak persatuan dilihat agak mustahil untuk ditunaikan.

Biarpun begitu, semangat dan kesungguhan mereka untuk menyelamatkan hak peniaga Melayu tidak pernah terhenti, namun besarlah harapan mereka agar pihak kerajaan Negeri dapat membantu menyelesaikan segala keresahan yang membelenggu 100 peniaga Bumiputera di Pasar Malam Gerak Bumi Niaga di sini.

Yang Dipertua Persatuan, Muhammad Hanip Muhamad Din berkata, sejak 1994 persatuan terbabit berusaha membuat permohonan mendapatkan tanah berkenaan, namun ia terlalu sukar untuk diluluskan oleh pihak berwajib.

Menurutnya, persatuan bukan sahaja memohon untuk mendapatkan geran tanah kekal, malah berusaha mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara Atas Tanah Kerajaan (TOL) di tanah Lot 15591 di Mukim Ampangan.

“Tapi, kita tidak diberi sebarang maklum balas tepat dan bertulis oleh pihak dipertanggungjawabkan membuatkan kami sendiri kurang jelas.

“Dulu, permohonan kami untuk pendudukan sementara atas tanah kerajaan pernah diluluskan, namun entah mengapa pada saat-saat akhir ia dibatalkan atas alasan tanah terbabit mahu digunakan untuk membina dewan orang ramai sedangkan hingga kini kita tidak lihat sebarang dewan pun didirikan di sini,” katanya.

Malah amat mengecewakan apabila pihaknya dimaklumkan baru-baru ini tanah terbabit adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, pihak persatuan sendiri musykil dengan keadaan itu kerana pada tahun 2002 tanah di kawasan berhampiran yang dimohon oleh sebuah syarikat begitu senang diluluskan biarpun pihak persatuan membuat permohonan terlebih dahulu.

“Ketika itu memang ahli persatuan tidak berpuas hati sehinggakan kami menghantar surat bantahan pemberian tanah terbabit dengan ditandatangani oleh lebih daripada 100 ahli persatuan.

“Kami agak kecewa kerana permohonan yang dibuat oleh kami terlalu sukar untuk diluluskan sedangkan ia adalah untuk kepentingan orang-orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6370739.asp

1/14/10

Bandar Tentera Darat tapi bangunan PBTM nak runtuh

Dimana silapnya ? PD sudah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat tapi bangunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Port Dickson hanya menunggu masa untuk runtuh.

***********************
Pesara tentera mohon bangunan dibaiki
Sinar Harian 14 Jan 2010

KAMPUNG SAWAH SUNGGALA – Semangat pesara tentera di daerah ini ingin mendaftarkan dalam Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Port Dickson terbantut apabila melihat bangunan persatuan itu terbiar dan hanya menunggu masa untuk runtuh.

Zaini Kamal Hadi baru sahaja menamatkan perkhidmatan sebagai tentera dan mahu mendaftar sebagai ahli PBTM terperanjat apabila melihat bangunan persatuan terletak di Kampung Sawah itu dipenuhi lalang serta semakin uzur.

“Jika bangunan sepatutnya digerakkan dengan baik terabai, saya ragu nasib ahli bernaung di bawah persatuan ini, adakah terbela atau sekadar mengisi borang sebagai ahli sahaja. Tidak tahu di mana silapnya sehingga perkara ini boleh berlaku.

“Sepatutnya aktiviti persatuan termasuk mesyuarat dijalankan di bangunan persatuan, tetapi sehingga hari ini semua aktiviti persatuan dijalankan di luar seperti di hotel dan sebagainya,” katanya.

Zaini berkata, jika PBTM mempunyai bangunan sendiri pelbagai perancangan boleh dilakukan. Platform itu akan memudahkan semua urusan PBTM termasuk merancang pelbagai aktiviti, perjumpaan dan sebagainya tanpa mengeluarkan kos untuk menyewa logistik lain.

“Hasil maklumat diperolehi melalui pesara tentera lebih senior, bangunan persatuan ini ditubuhkan hampir 40 tahun lalu.

“Tetapi tidak tahu di mana silapnya sehingga bangunan ini terbengkalai dan tidak boleh dimanfaatkan. Menurut beberapa senior pesara tentera, permasalahan ini dibawa berbincang pada mesyuarat persatuan, namun tiada kata putus kerana tidak ada bantuan berbentuk dana disalurkan untuk membaik pulih bangunan ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6363605.asp

Ceramah Salahudin Ayub Chegubard 19 Jan Seremban

CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
YB Amiruddin Shari , ADUN Batu Caves
YB Taufek , ADUN Paroi, AJK PAS Pusat
che'GuBard

Tarikh : 19 Jan 2010 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Tok Dagang, Paroi, Seremban

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi Hassan 019-2171942

Usrah Umum 17 Jan 2010 Senawang

USRAH UMUM
Ahad 17 Jan 2010
Jam 7:15 mlm
Di PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang

Maklumat lanjut hubungi Hj Fisol 019-3440826

1/13/10

Kuliah Ustaz Rosli Jabar 16 Jan 2010 Seremban

KULIAH MAGHRIB
Oleh : Ustaz Rosli Jabar , Pengerusi Ma'had Tahfiz Darul Fikri, Kuantan
Tarikh : 16 Jan 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau An-Najah, Flat Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Bengkel Twitter Facebook PR 17 Jan 2010 Seremban

MEDIA TRAINING - Siri 3
Program : Bengkel aplikasi penggunaan twitter dan facebook
Tarikh : 17hb. Januari, 2010.
Hari. : Ahad.
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tgh.
Tempat : Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negri Sembilan,
433, Tingkat Dua ,Jalan Tuanku Antah,
Seremban.

Trainer :
En Sean Ang (KL)
Sdr.Onn Abu Bakar

Siapa Patut Hadir : Semua penyokong Pakatan Rakyat.

Keperluan Yang berminat untuk mengikuti bengkel diminta membawa lap-top masing-masing. Peserta diharap sudah mempunyai alamat e-mail sendiri.

Tiada bayaran dikenakan

Hubungi SUK MUS 016-6319585,atau Nordin Ismail 013-3960393.

ANJURAN : KELAB MEDIA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Maklumat lanjut di http://keadilanrasah.blogspot.com/2010/01/media-training-siri-3-anjuran-kelab.html

Bosan hidup dikerumuni ribuan lalat


Sinar Harian 13 Jan 2010

GEMENCHEH – Hasrat suami isteri dari Kampung Sri Dangi menikmati kehidupan selesa sejak mendirikan rumah tangga tidak kesampaian kerana terpaksa berdepan serangan ribuan lalat setiap hari.

Kehadiran serangga itu menimbulkan rasa tidak selesa di samping masalah bau busuk dan meloyakan dipercayai berpunca aktiviti penternakan ayam berhampiran kediaman mereka.

Kakitangan swasta, Nor Sihim Jaafar, 34, ketika ditemui Sinar Harian menyuarakan rasa kesalnya kerana tiada sebarang penyelesaian atau tindakan penguatkuasaan diambil pihak berwajib.

Menurutnya, perma-salahan dihadapi sejak lima tahun menetap di sini menyebabkannya terpaksa menutup semua tingkap dan pintu, malah tindakan sama turut dilakukan penduduk lain kerana tidak tahan serangan ribuan lalat.

“Sudah lebih lima tahun saya sekeluarga dan penduduk kampung terpaksa berhadapan masalah lalat kerana wujudnya ladang penternakan ayam di kawasan berhampiran.

“Lebih mengecewakan, sehingga kini, permasalahan ini masih membelenggu kami kerana tiada sebarang penyelesaian pihak berwajib, sebaliknya ladang penternakan ayam terbabit masih meneruskan operasi sewenang-wenangnya,” katanya.

Nor Sihim berkata, apabila ayam sudah sampai tempoh matang dan mula dikeluarkan, ketika itulah jumlah lalat bertambah dan mengganggu kesejahteraan penduduk.

“Perkara ini memberi masalah kepada kami dan mengganggu aktiviti harian kerana jumlahnya terlalu banyak serta semakin bertambah,” katanya.

Jarak hampir dengan rumah

Nor Sihim berkata, pembukaan ladang penternakan ayam itu pernah ditentang penduduk kam-pung kerana jaraknya begitu hampir dengan perkampungan, sekali gus dipanjangkan kepada wakil rakyat kawasan.

“Orang kampung sebenarnya tidak tahu menahu bagaimana premis ini mendapat kelulusan menjalankan operasi menternak ayam di situ kerana jaraknya begitu hampir dengan kawasan perkampungan ini.

“Kami pernah membuat aduan kepada wakil rakyat kawasan supaya dapat berbuat sesuatu bagi menyelesaikan permasalahan serangan lalat ini, namun maklum balas yang diberikan menghampakan tanpa sebarang tindakan diambil sehingga ke hari ini.

“Penduduk Kampung Sri Dangi ini hanya diberitahu wakil rakyat supaya menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah. Kami menerima arahan yang diberikan seadanya dengan menanam dan membakar sampah, namun, ia tidak menyelesaikan permasalahan ini,” katanya.
Pernah tersiar di televisyen

Sementara itu, Nor Sihim berkata, bapa mertuanya, Abd Razak Ujang, 56, pernah membuat laporan kepada pemberita salah sebuah stesen televisyen tanah air kerana tidak tahan dengan permasalahan terbabit beberapa tahun lalu.

Menurutnya, laporan berita berhubung masalah serangan lalat berpunca dari ladang penternakan terbabit mendapat liputan pemberita stesen televisyen berkenaan sekali gus berjaya mengesahkan dakwaan yang dibuat penduduk kampung.

“Tinjauan pemberita stesen televisyen ini juga mengesahkan dakwaan penduduk kampung berhubung punca kehadiran bau busuk dan meloyakan dengan serangan ribuan lalat dari ladang penternakan ayam terbabit.

“Namun, kebenaran yang sudah disiar ini tidak mendapat maklum balas pihak berwajib sekali gus tidak ada tindakan su-sulan diambil. Keadaan ini membuntukan lagi penduduk bagi membebaskan diri daripada serangan lalat sejak bertahun lamanya,” katanya.

Bimbang jika dijangkiti penyakit

Isteri Nor Sihim, Roziah Abd Razak, 34, berkata, penduduk kampung terbabit berhadapan ancaman penularan wabak penyakit taun kerana lalat menghurung hidangan disajikan selepas memasak.

Menurutnya, perkara sama turut dirasai bapanya kerana kehadiran lalat sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan kedai makan sekali gus menyebabkan kehadiran pelanggan di kedainya merosot.

“Saya bimbang permasalahan ini akan mendatangkan kemudaratan penularan wabak taun sekiranya tidak diatasi.

“Pelanggan juga hilang selera disebabkan jumlah lalat yang tidak terkira mengerumuni makanan dan minuman,” katanya.

Mohon pihak berwajib turun padang

Roziah berkata, pihak berwajib perlu turun padang dan merasai sendiri permasalahan yang dilalui penduduk Kampung Sri Dangi di samping tindakan sewajarnya daripada pentadbiran ladang penternakan ayam terbabit bagi menyelesaikan masalah itu.

“Saya percaya, penduduk kampung tidak akan berdiam diri jika masalah ini tidak diselesaikan segera kerana sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Pihak berwajib perlu memandang serius dan melihat sendiri dengan lebih dekat masalah dihadapi serta penderitaan ditanggung penduduk sejajar konsep 1Malaysia laungan Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Roziah, kepri-hatinan dan tanggungjawab pihak berwajib bersama golongan pemimpin setempat amat diperlukan dalam usaha membantu masyarakat setempat menyelesaikan masalah serangan serangga perosak itu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6357745.asp

Mohon atasi segera masalah banjir

Sinar Harian 13 Jan 2010

KAMPUNG SUNGAI SENDAYAN - Pembetung asas kecil dibina pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak tahun 70-an dikatakan penyebab banjir di Kampung Sungai Sendayan.

Pembetung asas itu tidak mampu menampung air dari tiga laluan air yang bertemu pada bahagian ‘Inlet’ ketika hujan lebat.

Sinar Harian difahamkan, sebelum pembinaan Bandar Speringhill, tiada masalah banjir dilaporkan di kawasan kampung ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lukut, Ean Yong Tin Sin mendakwa, beliau sudah mengadukan perkara itu kepada jabatan bertanggungjawab dan jabatan berkenaan memaklumkan punca permasalahan bukan di bawah bidang kuasa mereka kerana pembetung asas ini dibina jabatan lain.

Menurutnya, setelah dimaklumkan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), mendakwa ia bukan di bawah tanggungjawab mereka.

”Saya kesal dengan sikap ditunjukkan kedua-dua jabatan ini dan meminta supaya pihak atasan peringkat negeri dan pusat bekerjasama mengatasi permasalahan ini.

”Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan jangan menuding jari antara satu sama lain kerana masalah ini melibatkan keselamatan dan nyawa penduduk,” katanya.

Beliau percaya sekiranya perkara itu masih dipandang remeh, tidak mustahil suatu hari nanti jalan utama menghubungkan Seremban dan Port Dickson akan runtuh.

Beliau berkata, PBT perlu mengambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan mengakhiri penderitaan penduduk Kampung Sungai Sendayan yang berlarutan sejak tahun 30 tahun lalu setiap kali hujan lebat.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6357886.asp

1/12/10

Pihak tabika bimbang ancaman tanah runtuh


Sinar Harian 12 Jan 2010

GEMENCHEH – Warga Tabika Perpaduan Air Kuning Selatan, di sini, bimbang kejadian tanah runtuh beriku-tan kerja pembinaan landa-san berkembar kereta api berdekatan bangunan terbabit sejak tahun lalu.

Timbunan tanah setinggi lebih 1.5 meter terletak beberapa meter daripada tabika terbabit tanpa penghadang atau benteng.

Guru tabika, Nur Lyana Aqilah Mohd Yusof berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak jabatan terbabit.

“Pada tahun ini, ibu bapa kurang menghantar anak ke tabika ini. Saya tidak pasti sebabnya, namun, tidak menolak kemungkinan berpunca daripada rasa tidak selamat dengan keadaan ini,” katanya.

Nur Lyana Aqilah berkata, memohon pihak bertanggungjawab supaya menyegerakan kerja pembinaan laluan alternatif dan mewujudkan benteng sebagai penghadang langkahan pencegahan awal daripada berlakunya perkara tidak diingini.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan menyediakan laluan alternatif menggantikan laluan sedia ada tertutup supaya ibu bapa tidak tergesa-gesa membuat pusi-ngan jauh ketika menghantar serta menjemput anak mereka di tabika.

“Pihak bertanggungjawab juga perlu mengadakan benteng penghadang di kawasan timbunan tanah itu bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini akibat daripada gelinciran tanah ketika hujan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Tampin/Rembau, Samsul Kahar Alias ketika dihubungi Sinar Harian menggesa pihak bertanggungjawab supaya dapat berbuat sesuatu demi keselamatan warga tabika terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6351413.asp

1/9/10

JOM Program VIVA Palestina 15 Jan 2010 Senawang

Program Ceramah Kesengsaraan Gaza dan Rayuan Sumbangan VIVA PALESTINA

Tarikh: 15 Jan 2010 , Jumaat
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan http://masjidsenawang.blogspot.com

Penceramah dari PACE (Palestine Centre for Excellence) http://www.pacemalaysia.net

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Palestine Centre for Excellence (PACE) is a non-political and non-profit making body which conducts strategic and futuristic studies on the Arab and Muslim worlds. It emphasizes on the Palestine issue, and the conflict with the Zionist Project and Israel as well as related Palestinian, Arab, Islamic and international developments.

Pengarah dan Kakitangan PACE :
Assoc. Prof. Dr. Hafidzi Mohd Noor , Pengarah http://lambaian-islah.blogspot.com
Br. Mohd Naser Tampol
Br. Mujahid Hasanuddin
Br. Wan Muhammad Wan Ibrahim

Ahli Penyelidik PACE :
Assoc. Prof. Dr. Hafidzi Mohd Nor
Ir. Selamat Aliman
Assoc. Prof. Dr. Abd. Rahim M. Yusoff
Dr. Roslan Ahmad
Ir. Megat Sharifuddin Ibrahim
Br. Ridzuan Harun
Br. Mohd Safwan Saparudin
Br. Abdullah Mujahid Hasanudin
Sr. Maryam Jailani
Sr. Nihlah Johari

PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE, MALAYSIA
Lot 300.1, Lorong Selangor,
Bandar Melawati, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
Ph: +6 03 4324 3442
Fax: +6 03 4324 3443
Website: www.pacemalaysia.net
E-mail: mypacemalaysia@gmail.com

1/7/10

GAZA, Demo bantah Mesir di KL 8 Jan 2010

Demo Bantah tindakan Mesir halang bantuan ke Gaza, Palestin

JUMAAT 8 Januari 2010

Selepas Solat Jumaat

Di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur (berkumpul di Bangunan Tabung Haji)


Semua dijemput hadir tanpa mengira kaum, agama, warganegara dan fahaman politik.


Tolong sebarkan.


VIVA PALESTINE !

VIVA PALESTINE !

VIVA PALESTINE !


************************

PAS seru ahli sertai bantah Mesir esok


PAS mengesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan.

PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24078:pas-seru-ahli-sertai-bantah-mesir-esok-bukan-demo-lain&catid=1:utama&Itemid=50

1/5/10

Keluhan Wakil Rakyat N.Sembilan tahun 2010

Berikut keluhan seorang Wakil Rakyat di Negeri Sembilan :

Bagi saya hari ini merasai bagaimana ibubapa mengadu dan mengeluh dengan yuran yang dianggap tinggi, persiapan kelengkapan pakaian yang tidak sempurna, buku tulis serta alat tulis yang mahal harganya dan pelbagai macam lagi.

Mereka yang mengadu ke pejabat pagi ini, cuba saya bantu sedaya yang mampu hasil sumbangan rakan-rakan. Walaupun tak semuanya dan seberapa namun dari raut wajah sudah cukup mereka faham apa yang mampu saya lakukan.

Dari bapa seorang pemandu, bapa yang tidak punya pendapatan tetap serta kerja tetap, datuk yang mencari bantuan untuk cucunya yang yatim dan yang lain-lainnya

Inilah suasana hari pertama persekolahan setelah melihat bunga api yang dibakar di KLCC, Dataran Merdeka, Jalan Bukit Bintang bagi meraikan Tahun Baru 2010 yang lalu. Pastinya masih ramai yang menerlukan keperihatinan kita.

Baca seterusnya di http://aminuddinharun.blogspot.com/2010/01/selamat-menyambut-hari-persekolahan.html

Surat utk MB N.Sembilan dari ibu bapa

Sekolah Sains Tuanku Jaafar kerap tiada air. Utusan Malaysia 5 Jan 2010

PENGGAL baru persekolahan sudah bermula. Semua murid memulakan alam persekolahan mereka, selain ada yang menunggu keputusan peperiksaan. Bagi yang berjaya memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pasti gembira kerana terpilih.

Namun satu perkara yang saya rasa belum pernah disuarakan oleh mana-mana pihak ialah berkenaan kekerapan terputusnya bekalan air di salah sebuah SBP di selatan tanah air iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ), Kg Gentam, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Anak saya merupakan salah seorang pelajar di sekolah tersebut sejak Tingkatan 1 dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Sejak memasuki sekolah ini pada 2006 sehingga sekarang, beliau sering mengeluh kerana sekolahnya sering terputus bekalan air. Bila ditanya kepada rakan-rakannya, mereka juga menyatakan perkara yang sama.

Sebagai usaha bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah telah membina dua kolah besar di asrama putera dan asrama puteri.

Namun langkah ini dilihat tidak berupaya mengatasi masalah sebenar jika isu bekalan air sering terputus terus membelenggu warga sekolah terbabit. Saya agak terkilan dan kecewa apabila mendapati masalah bekalan air ini telah wujud sejak berpuluh tahun lalu dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkenaan.

Masalah menjadi semakin meruncing ketika musim hujan dan jika berlaku kejadian paip pecah.

Saya percaya bahawa pihak pengurusan SMSTJ telah lama mengemukakan perkara ini kepada pihak yang berkenaan tetapi tiada tindakan yang diambil secara proaktif memandangkan sekolah ini terletak di sebuah perkampungan di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pihak Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan diharap dapat mengambil langkah segera mengatasi masalah ini memandangkan sesi persekolahan 2010 sudah pun bermula.

Diharap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Haji Mohamad Hasan, dapat memantau dan mengatasi masalah ini, termasuk kerjasama Ahli Parlimen Kuala Pilah merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek.

Jika jalan raya baru bernilai jutaan ringgit dapat disediakan bagi menggantikan jalan lama Bukit Putus takkanlah masalah bekalan air di sekolah ini masih tidak dapat diselesaikan.

PAK CIK HERAN
Petaling Jaya, Selangor
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Serangan ikan yu di Port Dickson, tutup pantai


Rasanya kes pertama serangan ikan disyakki ikan yu ke atas pengunjung pantai Telok Kemang di Port Dickson.

Kerajaan sepatutnya mengarahkan supaya pantai ini ditutup serta merta sehingga dapat disahkan jenis ikan yang menyerang bekas pemain bolasepak Melaka dan tindakan susulan yang harus diambil.

Laman web ini http://www.flmnh.ufl.edu/fish/Kids/Avoid/avoid.htm
menyatakan antara sebab ikan yu menyerang manusia di pantai jika adanya sistem kumbahan atau sistem pembentungan yang mengalir terus ke pantai berkenaan. Air kumbahan menjadi tarikan ikan kecil, seterusnya menjadi tarikan ikan besar.

Antara langkah yang perlu diambil setelah disahkan pantai Telok Kemang selamat ialah :
1. Sentiasa berenang dalam kumpulan
2. Jangan berenang jauh dari pantai
3. Jangan berenang waktu malam, subuh dan senja kerana ikan yu aktif pada masa ini
4. Jika ada luka jangan mandi, ikan yu boleh hidu dan jejak mereka yang luka
5. Jangan pakai rantai, gelang, subang dan sebagainya kerana ikan yu suka benda berkilau.
6. Jangan mandi tempat pantai ramai orang memancing
7. Elakkan pakaian yang terang warnanya dan pakaian yang berwarna warni

**************************
50 jahitan gara-gara diserang 'ikan yu'

Sinar Harian 5 Jan 2010

BANDARAYA MELAKA – Bekas pemain bola sepak Piala Presiden Melaka, Mohd Helmi Leman, 25, parah di kaki dipercayai diserang ikan yu ketika bermandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, kelmarin.

Beliau yang pertama kali mengunjungi pantai berkenaan dipercayai diserang ikan yu berikutan dakwaan penduduk kawasan itu menyatakan ikan terbabit dikesan berada di beberapa lokasi.

Mangsa putus urat kaki dan menerima lebih 50 jahitan, ditempatkan di wad Hospital Melaka (HM) bagi menjalani rawatan susulan.

“Saya bersama enam anggota keluarga mengunjungi pantai berkenaan sempena cuti sekolah.

“Kira-kira jam 8.15 pagi ketika mandi manda di pantai bersama anak-anak, tiba-tiba ada benda datang menyerang kaki saya.

“Saya tidak nampak dan ketika kejadian orang tidak ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Isteri mangsa, Sabariah Sarip berkata, kejadian berlaku terlalu cepat, namun suaminya sempat menolak anak ke tepi.

“Masa tu saya lihat kaki suami sudah luka parah,” katanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi mendapatkan rawatan sebelum pindah ke HM.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan, Datuk Ab Karim Sulaiman berkata, Kerajaan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan akan berusaha mendapatkan bantuan untuk Helmi.

“Syukur kerana Helmi tidak apa-apa dan dakwaan ikan yu menyerang mungkin ada kebenarannya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6326219.asp

**************
Digigit ikan besar

Harian Metro 5 Jan 2010

MELAKA: Percutian seorang posmen bersama 15 anggota keluarganya di pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi mimpi ngeri apabila dia dipercayai digigit seekor ikan besar ketika mandi berhampiran sebuah apartmen di situ, Sabtu lalu.

Susulan kejadian itu, mangsa, Mohamad Helmi Leman, 25, yang menetap di Kampung Air Limau, Masjid Tanah di sini, terpaksa menerima 50 jahitan dan kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) selepas ahli keluarganya meminta dia dipindahkan ke sini kira-kira jam 3 petang hari kejadian dari Hospital Port Dickson.

Mohamad Helmi berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mandi bersama 10 anggota keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi pada hari kejadian.

Menurutnya, ketika itu, mereka sudah menghabiskan masa selama setengah jam bermandi-manda di situ.

Katanya, ketika asyik mandi di dalam air paras dada, tiba-tiba dia terasa pergelangan kaki kanan serta bahagian tapak kakinya itu direnggut seekor binatang yang disangkanya buaya.

“Ketika itu saya terasa suatu objek tajam dan bergigi merenggut kaki kanan saya menyebabkan saya amat terkejut.

“Sejurus itu, saya cuba merentap kaki saya tetapi haiwan berkenaan tidak melepaskan gigitannya dan sama-sama ‘bertarung’ selama tempoh kira-kira dua saat,” katanya ketika ditemui di wad HM di sini semalam.


Menurut Mohamad Helmi, gigitan berkenaan menyebabkan pergelangan pangkal bawah buku lali sehingga tapak kaki kanannya mengalami luka teruk dan mengeluarkan banyak darah.

Katanya, sebaik anggota keluarga lain menyedari dia digigit sesuatu, mereka terus membawanya ke darat sebelum menghubungi ambulans.

“Meskipun mengalami kecederaan parah dan dalam kesakitan, namun saya masih sedar ketika dibawa ke Hospital Port Dickson.

“Bagaimanapun, ahli keluarga saya terutama isteri, Sabariah Karim meminta supaya saya dipindahkan ke HM bagi memudahkan mereka melawat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Helmi berkata, orang kampung di kawasan itu mengesyaki kejadian terbabit disebabkan ikan yu memandangkan ketika ini mereka mendakwa musim ikan berkenaan berkeliaran di situ.

http://www.hmetro.com.my/articles/Digigit-ikan-besar/Article/

Bangang sangatkah Malaysia tak tahu buat senapang ?


Dulu askar Malaysia guna senapang buatan US iaitu M16. Lepas tu tahun 1991 Malaysia pasang dan buat senapang Steyr dari Austria melalui syarikat SME Ordnance.

Tahun 2009 Malaysia beli pula senapang dari US iaitu Colt M4 kira abang kepada M16 sebanyak 14,000 laras dan merancang untuk menggantikan Steyr dengan Colt M4 samada beli terus atau pasang/buat di Malaysia.

Kenapa perlu tukar Steyr kepada Colt M4, sedangkan banyak negara maju lain masih menggunakan Steyr atau Steyr yang dibuat penambahbaikan.

Australia upgrade Steyr ke F88 Austeyr.

Singapura buat sendiri senapang SAR 21 yang diasaskan dari M15 dan AR15. Dan senapang buatan Singapura ini bukan sahaja digunakan oleh askar Singapura bahkan digunakan oleh Askar Brunei dan Sri Lanka.

Kenapa Malaysia tak teruskan sahaja pembangunan senjata Steyr. Adakah Amerika Syarikat senang-senang nak beri lesen kepada Malaysia untuk membangunkan senapang Colt M4 dan menjualnya ke negara luar ?

Ittulah persoalan yang ditanya oleh Brigadier Jeneral (B) Muhammad Arshad Raji dalam blog beliau di http://mindnoevil.blogspot.com/2010/01/will-colt-m4-carbine-suffer-similar.html

Sedangkan Amerika Syarikat tak nak guna lagi senapang Colt M4 ini. Baca ceritanya di sini http://pasns.blogspot.com/2009/10/adakah-senapang-m4-sesuai-untuk-tentera.html

1/4/10

Kesusahan warga kampung Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ialah Ahli Parlimen Rembau.

Ikuti aduan penduduk kampung yang Ahli Parlimennya ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/01/kesusahan-warga-kampung-ketua-pemuda.html

Debat Md Sabu dan Chegubard 18 Jan Gemencheh

SIRI CERAMAH PERDANA
Bersama :
Hj. Md Sabu , AJK PAS Pusat
Ustaz Zakaria Khalim , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
V Verappan , ADUN (DAP) Repah
che'GuBard , Ketua PKR Rembau

Tarikh : 18 Jan 2010 (Isnin)
Masa : 9 mlam
Tempat : Felda Bukit Rokan (Pkt 6), Gemencheh, N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Salahuddin Ayub et Chegubard 19 Jan Seremban

CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
YB Amiruddin Shari , ADUN Batu Caves
YB Taufek , ADUN Paroi, AJK PAS Pusat
che'GuBard

Tarikh : 19 Jan 2010 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Tok Dagang, Paroi, Seremban

Semua Dijemput Hadir