JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

2/27/10

Bapa rayu percepat bayaran rawatan

Sinar Harian 26 Feb 2010

GEMAS – Seorang bekas tentera merayu kementeriannya membantu menyegerakan pembayaran kos rawatan perubatan anak lelakinya di sebuah hospital swasta dekat Johor untuk mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

Hamid Katik, 54, yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Pekan bimbang apabila pihak hospital menuntut kos berjumlah RM35,016.30 bagi rawatan anaknya, Mohd Hazreen Hamid, 20, yang terbabit kemalangan jalan raya di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor pada Oktober lalu.

Menurutnya, anaknya itu terpaksa menggunakan perkhidmatan doktor pakar bagi proses pembedahan.

“Anak lelaki saya bekerja di Bahagian Pentadbiran Markas Rejimen 22 Komando, Kem Iskandar, Mersing dan terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan dia kehilangan kedua belah kakinya, seterusnya mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta terbabit.

“Selepas selamat menjalani pembedahan dan duduk di wad hospital swasta terbabit selama empat hari, Mohd Hazreen dibenarkan untuk keluar dan bertukar hospital di Kem Syed Sirajuddin, di sini, bagi memudahkan urusan penjagaannya,” katanya.

Bagaimanapun, Hamid berkata, tuntutan pihak hospital menerusi surat yang dikeluarkan syarikat guaman bertarikh 3 Februari lalu, menyebabkan beliau bimbang kemungkinan berdepan tindakan undang-undang.

“Saya ada memberitahu pihak hospital bahawa kementerian bertanggungjawab akan menguruskan proses pembayaran mengikut potongan gaji. Namun, saya berasa terkejut apabila mendapat surat arahan daripada syarikat guaman memberitahu jumlah kos perubatan dan rawatan masih belum dijelaskan, seterusnya diarahkan membuat pembayaran segera,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya dekat Taman Sentosa, di sini, semalam.

Hamid berkata, pelbagai usaha dan cara sudah dilakukan untuk memastikan kos perubatan dan rawatan itu dapat dijelaskan segera.

Menurutnya, kehidupannya yang serba sederhana dengan wang pencen dan berniaga gerai makan membuatkannya tidak mampu menjelaskan secara menyeluruh kos terbabit dalam masa singkat.

“Sejurus menerima surat guaman pihak hospital swasta ini, saya ada bertemu ketua kerani di Kem Iskandar bagi mendapatkan kepastian berhubung kelewatan membayar dan sejauh mana urusan pembayaran sudah dibuat.

“Pertemuan dengan pihak berkenaan amat mengecewakan kerana saya hanya diberitahu proses berkenaan baru sahaja hendak dimulakan, sebaliknya perkara ini sudah berlanjutan kira-kira empat bulan lamanya,” katanya.

Justeru menurutnya, pihak kementerian bertanggungjawab diharapkan dapat menyegerakan urusan bantuan pembayaran kerana Mohd Hazreen terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam tempoh perkhidmatan.

“Saya amat berharap pihak kementerian dapat membantu menjelaskan kos rawatan dan perubatan atau memberikan penjelasan secara lisan mahupun bertulis kepada pihak hospital swasta terbabit bagi mengelakkan sebarang kemungkinan,” katanya.

November lalu, Sinar Harian pernah melaporkan ketabahan Mohd Hazreen menjalani kehidupan selepas kehilangan kedua belah kakinya ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6867596.asp

2/26/10

ADUN mohon penjelasan Exco selesai masalah

Sinar Harian 25 Feb 2010

SENAWANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran berjanji akan menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam, Datuk V S Mogan bagi mendapatkan jawapan pasti mengenai masalah projek pembetungan di Taman Sri Mawar Fasa 2.

Menurutnya, sebelum ini Exco berkenaan sudah menjawab mengenai projek berkenaan pada Sidang Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 lalu melalui jawapan lisan pada hari kedua.

“Mogan mengatakan kerja-kerja projek di kawasan taman ini dapat disiapkan pada 5 September tahun lalu tetapi hakikatnya adalah sebaliknya,” katnya.

Gunasekaran mendakwa, apa yang dilihat sekarang tidak seperti diperkatakan Exco terbabit malah kerja-kerja projek pembetungan didapati terus tergendala.

“Lebih mengecewakan, kontraktor bertanggungjawab melaksanakan projek ini difahamkan ‘diberhentikan’ menyebabkan penduduk mempersoalkan perkara terbabit kerana ia turut menyebabkan ketidakselesaan penduduk di sini yang terpaksa berhadapan keretakan kediaman mereka.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengharapkan pihak berkenaan mengambil berat mengenai hal ini tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Ini semua melibatkan masalah rakyat, seharusnya masalah dihadapi rakyat diambil tindakan segera tanpa bersikap berdolak-dalik,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6860265.asp

Pesara tentera di Seremban tuntut pembelaan

Derita bapa enam anak
Harian Metro 25 Feb 2010

SEREMBAN: “Saya tidak lagi mampu bekerja kuat kerana masalah kesihatan dan meminta jasa baik Kementerian Pertahanan supaya segera memberikan pencen hilang upaya untuk meringankan beban saya sekeluarga yang terpaksa ditanggung sejak hampir 13 tahun lalu,” rintih Kapten (B) Mohd Shahir Abdullah, 45, di sini, semalam.

Mohd Shahir yang berkhidmat selama 12 tahun dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Sikamat di sini, mendakwa dia amat terkilan kerana sehingga kini tidak menerima sebarang bayaran pencen hilang upaya sejak diberhentikan kerja akibat diserang penyakit saraf ketika bertugas pada 1994.

“Saya yang ketika itu memegang jawatan sebagai pembantu kepada pegawai pemerintah ditugaskan melakukan tinjauan di Kem Asahan Gunung Ledang, Melaka, tiba-tiba jatuh sakit sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan terlantar koma selama dua minggu.

“Bagi mendapatkan rawatan lanjut, saya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama sebulan dan mula sedarkan diri, namun seluruh badan saya lumpuh sepenuhnya selama hampir tujuh tahun.

“Dalam tempoh berkenaan iaitu pada September 1997, saya amat terkejut apabila dikunjungi pegawai ATM yang memaklumkan bahawa saya terpaksa diberhentikan kerja kerana masalah kesihatan,” katanya yang ketika itu berada dalam jagaan keluarganya di Ampangan, di sini.

Menurut bapa kepada enam anak itu, menyedari hakikat pedih yang terpaksa diterimanya, dia seterusnya membuat beberapa surat permohonan kepada ATM dan Kementerian Pertahanan untuk membolehkannya menerima pencen am dan pencen hilang upaya.

“Selepas hampir 10 tahun menunggu sehingga 2007, saya hanya diberikan pencen am RM448 sebulan dan tiada pencen hilang upaya yang sepatutnya diterima kira-kira 70 peratus daripada nilai keseluruhan gaji terakhir saya iaitu RM1,400.

“Saya yang amat terkejut dan terkilan dengan perkara itu sekali lagi membuat surat permohonan kepada pihak kementerian untuk memperoleh pencen berkenaan, namun sehingga ke hari ini masih belum menerima sebarang jawapan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kehidupan keluarganya amat sukar kerana dia tidak berupaya untuk bekerja dan jumlah pencen am itu tidak dapat menampung perbelanjaan anak yang masih bersekolah.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Deritabapaenamanak/Article

2/23/10

Apa sudah jadi tanah wakaf di N.Sembilan ?





Data dibawah diambil dari Laman Web Rasmi Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri http://119.110.108.126/spmwj/

Bandingkan antara Negeri Sembilan dan Kelantan, umpama langit dengan bumi.

Nilai tanah wakaf di Kelantan lebih dari wang ehsan RM 20 Juta.

A1. TANAH WAKAF DI N.SEMBILAN
Luas keseluruhan - 15 Hektar
Nilai – RM 15.00

A2. TANAH WAKAF DI KELANTAN
Luas Keseluruhan – 4,361 Hektar
Nilai – RM 56,443,073.00

B1. TANAH BAITULMAL DI N.SEMBILAN
Luas Keseluruhan – 36 Hektar
Nilai – RM 1.00

B2. TANAH BAITULMAL DI KELANTAN
Luas Keseluruhan – 4,151 Hektar
Nilai – RM 115,825,914.00

C. JUMLAH NILAI TANAH WAKAF DAN BAITULMAL
N.Sembilan - RM 16 (RM 16.00 )
Kelantan - RM 172 JUTA ( RM 172,268,987.00 )

D1. TANAH WAKAF IKUT DAERAH DI N.SEMBILAN
Seremban – 1 Hektar
Jempol – 2 Hektar
Tampin – kurang 1 Hektar
Kuala Pilah – 3 Hektar
Rembau – 3 Hektar
Port Dickson – kurang 1 Hektar
Jelebu – 5 Hektar

D2. TANAH BAITULMAL IKUT DAERAH DI N.SEMBILAN
Tampin – 36 Hektar

Apa sudah jadi Perpustakaan Awam N.Sembilan ?


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tiada campur tangan kerajaan negeri dalam urusan menaik taraf bangunan Perpustakaan Awam Negeri, di sini, yang menelan belanja RM3 juta untuk dijadikan pejabat sekretariat yang turut menempatkan pejabat Menteri Besar yang baru.
SUMBER : HARIAN METRO, 07 MAC 2007
http://bpms.moi.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=11017

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1974, dibawah Enakmen Perpustakaan Awam Negeri Bil. 6 Tahun 1974 dan dikuatkuasakan pada tahun 1978. Bangunan Wisma Umno yang terletak di Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Seremban telah diubah suai dan dijadikan Perpustakaan Negeri.
http://cmslib.uum.edu.my/psb/index.php?option=com_linkdirectory&task=detail&id=125&Itemid=125

Sejumlah RM10.0 juta diperuntukan di bawah P57 untuk aktiviti pengambilan tanah
termasuk juga untuk pembinaan Bangunan Perpustakaan Awam Negeri yang baru dan bagi tujuan pembinaan Balairaya dan Dewan Orangramai antaranya di Kg. Pachitan dan Pasir Panjang Port Dickson.
http://www.ns.gov.my/portal/rangundang.pdf

Cadangan Pembinaan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Iklan: 27/09/2007
Tajuk: Cadangan Pembinaan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan
http://www.kkr.gov.my/ms/node/8725

Menyedari situasi itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) mengambil inisiatif dengan membuat perubahan serta memperkenalkan konsep ceria, santai dan selesa di premis barunya di Wisma Umno Jalan Datuk Sheikh Ahmad di sini.
http://ocps.mpsj.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document_456abd7a-a020f414-1d913640-f867a3cb/News%20on%2030th%20April%202007.doc

2/22/10

Guru gawat bajet tak ada, PERMATA ada pula

Tahun 2010 , tahun mencabar bagi guru-guru, pelajar-pelajar dan Kementerian Pelajaran. Dahlah peruntukan banyak dipotong sehinggakan guru-guru dan pegawai jabatan banyak berkorban. Tahun 2011 pula Program Permata Negara akan diambil alih pula oleh Kementerian Pelajaran.

Ada pula bajet untuk kursus PERMATA di hotel ?

*********************************

Kursus Pengenalan PERMATA untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Satu Kursus Pengenalan PERMATA untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diadakan di Hotel Residen, UNITEN, Bangi pada 11-15 Januari. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian PERMATA untuk memperkenalkan PERMATA kepada Jemaah Nazir KPM memandangkan PERMATA akan diambil alih oleh KPM pada tahun 2011.

Para peserta adalah terdiri dari pegawai-pegawai dari KPM dan juga Institut Perguruan (IPG). Antara penceramah yang terbabit ialah Y.Bhg Dr. Sali Zaliha Mustapha, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC).
http://permata-negara.blogspot.com/2010/01/kursus-pengenalan-permata-untuk-jemaah.html

Rosmah Gembira Dengan Peruntukan Bajet 2010 Untuk Program Permata

DUBAI, 25 Okt (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan peruntukan RM100 juta untuk program Permata dalam Bajet 2010 merupakan satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia.
http://permata-media.blogspot.com/2009/10/rosmah-gembira-dengan-peruntukan-bajet.html

Bahagian PERMATA,
Jabatan Perdana Menteri,
W101,Tingkat 1,Blok 3440,
Enterprise Building 1,
Jalan Teknokrat 3.
63000 Cyberjaya.
Selangor Darul Ehsan.
No.Tel: 03-83194000
No.Faks: 03-83194001
http://www.permata.jpm.my/index.asp

MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP


Yayasan Bukhary telah menyumbang berjuta-juta ringgit untuk pembinaan masjid di Negeri Sembilan. Namun ada masjid yang tak siap-siap di Negeri Sembilan ini.

Di mana silapnya ? Nak salahkan siapa ?

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri Sembilan telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007. http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html . Berapa hutang kerajaan negeri tahun 2009 ?

********************************
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.

Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.

Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.

Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2009/9/10/mstar_manusia_peristiwa/20090910153348.asp&sec=mstar_manusia_peristiwa

Masjid Seremban 2 terbengkalai bahan kempen pembangkang
Berita Harian 13 Mei 2009

KETIKA kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan masjid untuk kegunaan masyarakat Islam yang tinggal di sekitar Seremban 2.

Bagaimanapun, sehingga kini pembinaannya belum menjadi kenyataan sehingga dijadikan isu bualan serta bahan kempen parti pembangkang.

Bagi saya, pembinaan masjid berkenaan perlu disegerakan.

Ia akan memudahkan penduduk yang tinggal di taman perumahan di sekitar Seremban 2 seperti Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang dan taman lain dapat menunaikan sembahyang dengan selesa terutama solat Jumaat.

Untuk makluman, Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang tidak mempunyai masjid.

Sembahyang Jumaat kini diadakan di sebuah surau Seremban 2 yang tidak dapat lagi menampung peningkatan jumlah jemaah.

Ia bukan saja menjadi tumpuan penduduk yang bermastautin di Seremban 2 tetapi juga kakitangan kerajaan yang bekerja seperti di Pejabat Tanah Daerah, Polis, bomba dan swasta, pekerja kilang, kakitangan pusat perniagaan Tesco dan Jusco di kawasan itu.

Kesesakan itu menimbulkan keadaan tidak selesa kepada jemaah.

Adalah menjadi harapan saya dan penduduk lain agar pembinaan masjid itu dapat disegerakan demi faedah penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan Seremban 2 untuk menunaikan tuntutan agama.

JEMAAH SURAU,
Seremban, Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20090512232253/Article/index_html
http://amkns.blogspot.com/2009/05/masjid-seremban-2-terbengkalai-bahan.html


Apa dah jadi Masjid Kariah Sirusa, Bagan Pinang

Tak perlu buat acara pecah tanah pembinaan masjid di Bagan Pinang. Adakah pembinaan Masjid Kairah Sirusa telah bermula ?

Atau ia sebahagian daripada deretan projek terbengkalai di Negeri Sembilan ?

Sampaikan papan tanda berkaitan pun dah usang.

Laman web pembinaan Masjid Kariah Sirusa di http://masjidsirusa.tripod.com/index1.htm
http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-dah-jadi-masjid-kariah-sirusa-bagan.html

Perletakan Batu Asas Masjid Gebok, Mantin.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Hj. Muhamad bin Hj. Hasan akan melakukan Perletakan Batu Asas Masjid Gebok, Mantin, Seremban pada 02 Mac 2008 jam 10.00 pagi.
http://media.inform.gov.my/e-press/cetak-np.asp?data_dtl_oid=16912&data_type=NE&state=Negeri%20Sembilan

MASJID MELANG BARU , MANA ?

Masjid Melang adalah antara beberapa buah masjid di negeri ini yang telah di war-warkan akan mendapat bangunan baru sejak beberapa tahun lalu .

Tetapi jangan kan bangunan baru , bangunan lama yang berkarat , retak dan sudah tidak mampu menampung bilangan jemaah , masih kekal macam itu juga .

Taman perumahan semakin bertambah , pelajar Uitm juga bersolat jumaat disitu , penduduk tempatan juga semakin meningkat , tetapi janji tinggal janji .

Masjid lain saperti di Desa Anggerik Batu Kikir serta Seremban , sedang gah dalam pembinaan , tetapi masih Melang , masih tercongok macam tu juga .

Ada jemaah yang keciwa , kerana yang dijanjikan masih belum ditunaikan dan tidak kurang pula menyifatkannya sebagai janji manis yang tidak begula , janji memancing undi sahaja .

Jika betul , akibatnya mungkin bukan menguntungkan pihak yang berjanji kerana hati yang terguris sudah pasti tidak akan memberikan undi kepada mereka yang mengguriskannya .

Wakil Rakyat dah baru , ada kelayakan yang baik tetapi itu tidak memadai kalau kemahuan rakyat tidak dipedulikan .

Masjid itu bukan hak persendirian , hak ummah tetapi kenapa hak ummah lebih sukar untuk ditunaikan berbanding hal persendirian yang memohon projek dan lessen tertentu .

Menjelang 2012 ini , andai masjid Melang masih macam itu juga , apakah penduduk Melang akan percaya dengan janji manis yang telah dibuat ?

PP – rasanya tidak kerana dah banyak cerita di kedai kopi Melang , mereka akan tolak secara totol masa akan datang
http://kopilah.blogspot.com/2009/06/masjid-melang-baru-mana.html

Masjid baru di Pedas Hilir RM2 juta
REMBAU 26 Feb. - Kira-kira 1,300 penduduk Kampung Pedas Hilir di sini bakal memperoleh masjid baru bernilai RM2 juta dan lengkap dengan pelbagai kemudahan tidak lama lagi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, peruntukan pembinaan masjid tersebut merupakan sumbangan daripada keluarga ahli perniagaan, Allahyarham Datuk Seri Mohd. Eusuff Teh.

"Kerajaan negeri berbesar hati dengan sumbangan daripada beliau sekeluarga. Masjid baru yang mampu memuatkan lebih 1,000 jemaah itu kelak akan menggantikan masjid lama yang cuma mampu memuatkan cuma 250 jemaah," ucap beliau ketika merasmikan Majlis Peletakan Batu Asas masjid tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau dan balu Allahyarham, Toh Puan Sri Mutiara Rokiah Abdullah.

Pembinaan masjid tersebut juga, kata Mohamad, selaras dengan usaha kerajaan untuk membina lebih banyak masjid dalam usaha memberi kemudahan kepada penduduk menunaikan ibadat dan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

"Apabila masjid tersebut siap dibina, penduduk di sini boleh menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan berfaedah serta tidak cuma menjadikan ia tempat menunaikan solat saja.

"Ahli jawatankuasa masjid kelak harus berusaha mengembalikan fungsi masjid sebagai pusat syiar Islam," katanya.

Tambah Mohamad, sepanjang 2008, kerajaan negeri akan membina tujuh masjid di seluruh Negeri Sembilan.

"Masjid Kampung Pedas Hilir ini adalah yang ketiga sehingga kini. Baru-baru ini, kita sudah meletakkan batu asas untuk masjid baru di Seremban 2 dan Kampung Paroi," kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Mohamad, kerajaan negeri telah memutuskan untuk meletakkan lebih 21 masjid di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dalam usaha menggerakkan institusi tersebut dengan lebih teratur.

"Permulaannya membabitkan masjid di sekitar Seremban. Kebanyakan daripada masjid tersebut akan mempunyai imam tetap yang bergaji dan terdiri daripada para siswazah dalam bidang agama

"Mereka yang digelar eksekutif masjid itu juga akan bertindak sebagai pentadbir dan perancang aktiviti masjid untuk anak-anak kariah. Mentadbir masjid sekarang harus dilakukan secara profesional demi memastikan institusi tersebut menjadi nadi kepada pembangunan umat Islam," katanya.

Pendekatan baru tersebut juga kata Mohamad, harus disambut baik oleh rakyat demi kejayaannya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Senarai Projek Bangunan 2009
1 Jabatan Perdana Menteri Pembinaan Pusat Saudara Baru, Seremban Belum Siap

10 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Masjid Baru Taman Panchor Jaya, Seremban Belum Siap

11 Jabatan Hal Ehwal Islam Pembinaan Sek. Men. Agama Rantau, Seremban Belum Siap

12 Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Masjid Baru Seremban 2, Seremban Belum Siap

13 Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Masjid Kariah Kg. Paroi, Seremban Belum Siap

14 Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Masjid Baru Kg. Gebok, Mantin, Seremban Belum Siap http://nsembilan.jkr.gov.my/seremban/senarai_projek_bangunan.html

Guru tak naik gaji kerana kursus BTN

Kesian guru-guru sekarang ni. Terlalu banyak berkorban akibat bajet Kementerian Pelajaran yang banyak dipotong tahun 2010 (Sila baca artikel ini http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html )

Sekarang guru-guru dibebankan lagi dengan kenaikan gaji. Nak sah jawatan wajib hadir kursus BTN. Masalahnya nak buat kursus BTN pula kerajaan tak ada duit.

Tak naik gaji lah guru-guru baru.

*********************************
Guru tagih kursus BTN untuk anjakan gaji

Harian Metro 22 Feb 2010. KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa Biro Tatanegara (BTN) mengadakan kursus kenegaraan kepada guru sesi 2010 segera untuk membolehkan mereka menikmati anjakan gaji.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata ramai guru tidak berpuas hati dan marah kerana satu daripada syarat disahkan dalam jawatan wajib menghadiri dan lulus kursus BTN. Beliau turut mendakwa sudah dimaklumkan Kementerian Pelajaran tiada lagi kursus BTN dianjurkan khusus untuk guru selepas kali terakhir diadakan hujung tahun lalu kerana kekurangan peruntukan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GurutagihkursusBTNuntukanjakangaji/Article

Flat guru di Sabah bocor teruk, tiada elektrik

Masalah bumbung flat guru bocor

TENOM: Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemabong merayu agar Kementerian Pelajaran mengatasi masalah kebocoran bumbung flat guru sekolah itu.

Yang Dipertua PIBG SMK Kemabong Sukimin Rukini berkata, kebocoran bumbung flat guru itu menyebabkan tingkat 4, tiga blok bangunan itu terpaksa dikosongkan lebih tiga tahun yang lalu.

Berikutan keadaan itu katanya, ramai guru terpaksa menyewa rumah kerana 12 unit (lot) di tingkat 4, tiga blok bangunan itu tidak boleh dihuni kerana basah apabila hujan.

“Kerana simpati dengan masalah yang dihadapi oleh sebahagian guru di sekolah ini, PIBG merayu Kementerian Pelajaran agar menangani masalah ini dan memberi keutamaan kerana ia amat mendesak,” kata Sukimin.

Menurut Sukimin masalah itu telah dikemukakan oleh pihak sekolah kepada Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran tetapi tidak diambil perhatian menyebabkan keadaan bangunan itu semakin usang.

“Kita tidak menuding jari kepada sesiapa berhubung masalah yang sudah berlarutan ini tetapi apa yang penting Kementerian Pelajaran perlu melihatnya dan bertindak segera mengatasinya,” jelas Sukimin.

Sukimin yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kemabong berkata, masalah itu perlu diatasi segera untuk keselesaan guru-guru.

Selain masalah kebocoran bumbung di tiga blok flat guru itu, bekalan elektrik melalui kabel bawah tanah di sebuah blok flat guru itu terputus.

Masalah itu juga sudah sekian lama dikemukakan kepada pihak yang berkenaan tetapi ia tidak ditangani dengan lebih serius.

Bagi mengatasi masalah itu kata Sukimin, guru-guru yang menghuni flat itu terpaksa membuat sambungan tenaga elektrik di bangunan sekolah yang sepatutnya tidak dibenarkan.

“Memang cara penyambungan itu menyalahi perundangan tetapi “apa boleh buat” itulah satu-satunya cara mengatasi masalah bekalan elektrik penghuni satu blok flat guru itu. Jika tidak bangunan itu terpaksa dikosongkan” kata Sukimin.

New Sabah Times yang membuat tinjuan di tingkat 4, flat guru itu mendapati siling bangunan rosak teruk selain lantainya dicemari dengan najis burung layang-layang dan pipit pekan yang menjadi penghuni bangunan yang dikosongkan itu.

Selain itu, keseluruhan tiga blok flat guru dan bangunan lain kelihatan sudah usang dan perlu penyelenggaraan dengan kadar segera.

Amat menyedihkan lagi, tangki air dan batang paip di seluruh bangunan itu sudah bertegar dan perlu diganti kerana ia dikhuatiri menjejaskan kesihatan penghuninya.

Guru-guru yang ditemui enggan memberi komen walaupun tidak selesa dengan keadaan itu.

Sumber : http://paingagaudemokrasimalaysia.blogspot.com/2010/02/masalah-bumbung-flat-guru-bocor.html

200,000 pesara kerajaan pencen cuma RM250

200,000 pesara kerajaan berdepan tekanan hidup
Berita Harian 22 Feb 2010

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 pesara kerajaan yang menerima pencen RM250 sebulan didakwa berhadapan dengan tekanan hidup sehingga ada antara mereka terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga masing-masing.

Kebanyakan mereka pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum diswastakan sudah menjangkau usia lebih 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk tempoh masa yang panjang dengan gaji bulanan yang rendah iaitu sekitar RM600 hingga RM700 sebulan.

Presiden Kesatuan Sekerja Dalam GLC, Mohamed Shafie BP Mamal yang mendedahkan perkara itu, mendakwa sebahagian lagi bekerja sebagai pemandu teksi, berniaga secara kecil-kecilan selain terbabit dalam aktiviti pertanian.

“Pihak kesatuan melihat jumlah pencen (RM250) itu berada di bawah garis kemiskinan dan terlalu kecil berbanding kos sara hidup masa kini.

“Pesara GLC ini terpaksa bekerja keras walaupun sudah berusia kerana perlu menyara hidup keluarga masing-masing selain menanggung perbelanjaan pengajian anak-anak sama ada di institusi pengajian tinggi swasta atau awam.

“Kita amat sedih melihat segelintir mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari pagi hingga malam manakala ada yang terpaksa berdiri lama tetapi menerima jumlah gaji di bawah RM800.

“Pihak kesatuan juga dimaklumkan bahawa ada pesara yang sakit serta tidak mampu bekerja sehingga memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal. Ini semua adalah kisah benar dan bukannya retorik,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohamed Shafie merayu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya memberi perhatian serius kepada perkara ini bagi membantu golongan terbabit.

“Kita amat berharap jumlah pencen RM250 itu akan dikaji semula kerajaan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi pesara kerajaan dalam GLC. Kumpulan ini juga pernah membantu kepada pembangunan negara sewaktu mereka berkhidmat dulu,” katanya.

“Pihak kesatuan merasakan golongan ini juga perlu diberikan pencen minimum RM720 sebulan seperti mana dinikmati kakitangan kerajaan pada masa kini

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20100221235229/Article/index_html

2/21/10

Ceramah Maulid 27 Feb 2010 PASTI Senawang

CERAMAH SAMBUTAN MAULID NABI
Tarikh : 27 Feb 2010 / Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Amal, Taman Marida, Senawang

Bersama :
Sdr Suhaizan Kayat , Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat http://kentong-suhaizan.blogspot.com
YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi, N.Sembilan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran PAS Cawangan Senawang, PAS DUN Paroi dan PASTI Amal

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan hubungi Tuan Hj Fisol 019-3440826

CERAMAH PERDANA 10 Mac 2010 Rembau

Bersama :
Us Nasrudin Hassan Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi, YDP PAS Rembau
Us Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Tarikh : 10 Mac 2010 / Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Tg Sena , Rembau ( rumah Hj Idris , tepi jalan utama Seremban – Rembau )

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : PAS Kawasan Rembau dan PAS DUN Chembong

Maklumat lanjut hubungi Tuan Johari 019-2628051

2/18/10

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan


Walaupun Jabatan Bekalan Air N.Sembilan telah dikorporatkan menjadi SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan), namun masalah bekalan air di Negeri Sembilan semakin teruk.

Di mana silapnya ?

*******************************
RM 20 JUTA TAK CUKUP KE ?

Masalah air bukan perkara baru di Tampin .

Dulu masa Tok Man jadi menteri KTAK , peruntukan RM 20 juta dah diluluskan kerana khabarnya kalau ada RM 20 juta , masalah air di Tampin akan selesai .

Peruntukan dah lulus , sebahagian paip dah dipasang tetapi masalah air macam tu juga

Mungkin Tok Man kena bagi lagi RM 20 juta baru elok bekalan air di Tampin ini .

Cerita penuh di http://tpnns.blogspot.com/2010/02/rm-20-juta-tak-cukup-ke.html

********************************

Beberapa laporan sebelum ini betapa banyaknya masalah air di Negeri Sembilan di bawah ini :

RUNSING BEKALAN AIR SERING TERPUTUS http://pasns.blogspot.com/2010/04/runsing-bekalan-air-sering-terputus.html

BIL AIR PENGGUNA MELAMBUNG SEJAK SAINS GANTI http://pasns.blogspot.com/2010/04/bil-air-pengguna-melambung-sejak-sains.html

BIL AIR N.SEMBILAN MELAMBUNG TINGGI, KENAPA http://pasns.blogspot.com/2010/04/bil-air-nsembilan-melambung-tinggi.html

MANGSA PAIP PECAH RAYU PEMBELAAN http://pasns.blogspot.com/2010/03/mangsa-paip-pecah-rayu-pembelaan.html

MANDI DI PEJABAT, RUMAH SEREMBAN TIADA AIR http://pasns.blogspot.com/2010/03/mandi-di-pejabat-rumah-seremban-tiada.html

KISAH DERITA WARGA FELDA DI N.SEMBILAN http://pasns.blogspot.com/2010/03/kisah-derita-warga-felda-di-nsembilan.html

AUDIT DEDAH BANYAK KELEMAHAN KERAJAAN N.SEMBILAN
http://pasns.blogspot.com/2009/10/audit-dedah-banyak-kelemahan-kerajaan.html

MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN
http://pasns.blogspot.com/2010/02/masalah-bekalan-air-tiada-kesudahan.html

NENEK 83 TAHUN ANGKUT AIR 50 METER DI PILAH
http://pasns.blogspot.com/2009/11/nenek-83-tahun-angkut-air-50-meter-di.html

PENDUDUK BENGANG BEKALAN AIR KERAP TERPUTUS
http://pasns.blogspot.com/2010/02/penduduk-bengang-bekalan-air-kerap.html

SAINS TIDAK TURAP KAWASAN DIKOREK BAIKI PAIP BOCOR
http://pasns.blogspot.com/2010/02/sains-tidak-turap-kawasan-dikorek-baiki.html

PENDUDUK BERANG TIADA BEKALAN AIR
http://pasns.blogspot.com/2010/02/penduduk-berang-tiada-bekalan-air.html

BEKALAN AIR KERAP TERPUTUS
http://amkns.blogspot.com/2009/11/bekalan-air-kerap-terputus.html

MASALAH AIR TIADA KESUDAHAN
http://pasns.blogspot.com/2010/02/masalah-air-tiada-kesudahan.html

JBANS DIKORPORATKAN MULAI 1 JANUARI: MB
http://pasns.blogspot.com/2008/10/jbans-dikorporatkan-mulai-1-januari-mb.html

ORANG N.SEMBILAN KENA BANYAK GALI PERIGI
http://pasns.blogspot.com/2010/01/orang-nsembilan-kena-banyak-gali-perigi.html

10 TAHUN ALAMI TEKANAN AIR RENDAH
http://pasns.blogspot.com/2010/01/10-tahun-alami-tekanan-air-rendah.html

SURAT UTK MB N.SEMBILAN DARI IBU BAPA
http://pasns.blogspot.com/2010/01/surat-utk-mb-nsembilan-dari-ibu-bapa.html

PAIP PECAH 800 KALI SEJAK 10 TAHUN
http://amkns.blogspot.com/2009/09/paip-pecah-800-kali-sejak-10-tahun.html

PENGURUSAN AIR N.SEMBILAN MEMALUKAN 1MALAYSIA
http://amkns.blogspot.com/2009/06/pengurusan-air-nsembilan-memalukan.html

SURI RUMAH KESAL KENAIKAN BIL AIR
http://amkns.blogspot.com/2009/04/suri-rumah-kesal-kenaikan-bil-air.html

2/17/10

Masalah bekalan air tiada kesudahan

Sinar Harian 17 Feb 2010

JEMPOL – Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

Penduduk, Bukhari Said, 56, berkata, penduduk di situ sudah tidak tahan dengan masalah gangguan bekalan air sejak 8 Februari lalu menyebabkan mereka terpaksa bergantung bekalan dihantar Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains).

Bagaimanapun, bekalan terhad selain tidak berapa bersih berbanding menerusi paip air.

“Selama tujuh hari penduduk tidak mendapat bekalan air dan tempoh masa tersebut terlalu lama sehingga menyukarkan penduduk melakukan kegiatan harian. Bekalan air hanya diperoleh pada Ahad lalu selama beberapa minit, namun bekalan air terus terputus sehingga kini,” katanya ketika kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Lebih merumitkan, katanya, penduduk tidak diberi notis mengenai gangguan bekalan air menyebabkan kebanyakan mereka tidak membuat persediaan seperti menyimpan bekalan air terlebih dulu.

“Apa yang dikesalkan pihak Sains tidak memberi sebarang notis kepada penduduk berkenaan tiada bekalan air dibekalkan sepanjang tempoh tersebut. Perkara ini bukan pertama kali berlaku sebaliknya sudah kerap kali sehingga menyebabkan beberapa penduduk di sini kebingungan,” katanya.

Justeru, dia berharap Sains mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah penduduk di situ supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

“Seharusnya Sains memberi jawapan kukuh apabila ditanya punca masalah ini, namun mereka dilihat seperti tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah ini.

“Penduduk telah membuat aduan beberapa kali, namun tiada tindakan dilihat dapat memulihkan kembali bekalan air tersebut,” katanya.

Seorang lagi pengadu, Jalilah Jaafar, 57; berkata, Sains ada menghantar bekalan air menerusi lori tangki, namun bekalan diberikan tidak menyeluruh.

“Pihak Sains hanya menghantar bekalan air di beberapa kawasan sahaja dan sesetengah kawasan tidak mendapat bekalan air. Penduduk terpaksa ke Felda Lui Muda bagi mendapatkan bekalan air dan ini ternyata menyukarkan penduduk,” katanya

Bagi Mohamad Aziz Zainul Abidin, 52, daripada Taman Seri Serting, di sini berkata, ketiadaan air menyukarkan pergerakan penduduk dalam melakukan kegiatan harian.

“Segala persiapan dan pergerakan terbatas kerana masalah gangguan air dan lebih menyukarkan apabila tiba musim perayaan dan majlis kenduri penduduk di sini,” katanya.

Menurut Mohamad Aziz, penduduk kini hanya mengharapkan Sains melakukan sesuatu dengan bertindak segera agar masalah ini dapat diatasi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824950.asp

Kos ukur tanah tidak masuk akal

Sinar Harian 17 Feb 2010

BANDAR BARU SERTING – Peneroka di Felda Raja Alias 4, di sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kos dikenakan Felda bagi mengukur lot tanah peneroka untuk tujuan penebangan pokok dan pembangunan.

Menurut mereka, kadar sebanyak RM1,145 bagi setiap peneroka untuk keluasan 1.2 hektar setiap peneroka adalah tidak masuk akal dan meragukan.

Seorang peneroka, Abdul Rahman Ramli berkata, kadar diberikan tidak munasabah dan Felda dilihat seolah-olah mahu mengambil keuntungan berlebihan terhadap peneroka.

:“Bayangkan kadar RM1,145.13 didarabkan dengan 508 peneroka terlibat, bermakna Felda dan syarikat dilantik membuat kerja pengukuran akan memperoleh wang lebih setengah juta ringgit.

“Bila semakin ramai peneroka terlibat, kos pengukuran seharusnya lebih murah kerana sudah tentu kerja pengukuran dilakukan secara serentak dan pukal,” katanya dalam sidang media yang diadakan, di sini.

:Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perundi�ngan Pengambilan Tanah Peneroka Felda Raja Alias 2, Ismail Nasir; Naib Ketua Keadilan Jempol, Halim Abdul Aziz; Naib Yang Dipertua Pas Jempol, Zakaria Amat dan Ketua Cawangan PasRaja Alias 4, Zainal Abidin Hashim.

Abdul Rahman yang juga Yang Dipertua Pas Jempol berkata, ada kemungkinan kos mengukur itu termasuk lot tanah kosong tidak bertuan yang didakwa diserapkan kepada peneroka terlibat.

“Kos mengukur terpaksa ditanggung peneroka adalah tinggi dan tidak masuk akal.

“Anggaran harga yang sepatutnya berjumlah RM600 hingga RM700, tiba-tiba naik melambung sehingga boleh mencapai lebih RM1,000,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rahman juga turut mempertikaikan pemotongan tunggakan baja daripada hasil penjualan kayu getah yang didapati mempunyai butiran samar.

“Dalam penyata kewangan, seharusnya pihak Felda menjelaskan secara terperinci bagaimana kos tunggakan baja terbentuk dalam akaun peneroka.

“Saya pernah membawa masalah ini kepada Pengurus Kewangan Felda, di ibu pejabat Felda, Kuala Lumpur dan beliau menjelaskan akan menyiasat dan memberi jawapan dalam waktu terdekat.

“Bagaimanapun sehingga ke hari ini tiada tindakan susulan diambil pihak pengurusan Felda,” katanya.

Sehubungan itu, Abd Rahman mahu pengurusan Felda segera mengambil tindakan sewajarnya dan sentiasa menjaga kebajikan serta kepentingan warga peneroka dengan baik.

Beliau berkata, beberapa wakil peneroka bersedia bertemu pengurusan Felda pada bila-bila masa untuk mencari jalan penyelesaian demi kebaikan semua pihak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824551.asp

Penduduk bengang bekalan air kerap terputus


penduduk Taman Sikamat Utama, Seremban, Ahmad Rizal Radzi bersama anaknya, Azma Izral Ahmad Rizal kecewa dengan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di taman berkenaan. - Utusan/YASIR JAAFAR
--------------------------------------------------------------------------------

SEREMBAN 16 Feb. - 'Kalau berterusan, 'mati kering' kami macam ini!'

Demikian keluhan bengang sebahagian daripada penduduk Taman Sikamat Utama, dekat sini yang tidak puas hati ekoran air kerap terputus sejak Ahad lepas.Lebih membingungkan, masalah ketiadaan bekalan air membabitkan lebih 200 buah rumah di taman berkenaan sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Malah menurut penduduk terbabit, dalam tempoh sebulan masalah ketiadaan air itu berlarutan hingga beberapa hari sekali gus menjejaskan aktiviti harian mereka.

Seorang penduduk Sahsiah Jusoh (gambar), 50, berkata, masalah tersebut sudah lama dihadapi oleh penduduk taman berkenaan dan ia amat membebankan mereka.

"Saya tidak tahu punca sebenarnya, tapi masalah tiada air ini sudah lama dan selalu berlaku.

"Memang menyusahkan kami, jangan katakan hendak mandi, hendak menadah air segayung pun belum tentu ada.

"Paling terbaru, sejak Ahad lalu penduduk kawasan ini tidak menerima sebarang bekalan air," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Rizal Radzi, 39, dia telah menghubungi pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berhubung masalah itu, namun bekalan air hanya disalurkan sementara waktu sahaja.

"Langsung tiada air! Saya sudah menghubungi pihak Sains dan mereka memberitahu bahawa air akan disalurkan. Memang betul dia (Sains) salurkan tetapi hanya dalam tempoh 20 minit. Selepas itu tiada lagi.

''Justeru, saya menghubungi semula pihak Sains, namun saya sedih kerana mereka memberi alasan mengatakan bekalan air sememangnya tidak mencukupi ekoran cuaca panas," jelasnya.

Ahmad Rizal yang kesal dengan jawapan itu memohon agar pihak Sains dapat memberikan perkhidmatan lebih efisien pada masa akan datang.

"Saya bukan apa, tapi saya kesal dengan alasan itu kerana pihak Sains sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan membuat persediaan awal dalam memastikan bekalan air dapat disalurkan secara sempurna kepada penduduk negeri ini.

"Sekurang-kurangnya, mereka boleh bertindak dengan menghantar lori tangki air untuk menyalurkan bekalan air kepada penduduk taman ini," tegasnya.

Tambah seorang penduduk, Abdullah Yahya, 32, masalah berkenaan secara tidak langsung menyukarkan penduduk untuk menjalankan aktiviti harian.

"Kami terpaksa makan di luar. Bahan mentah ada tetapi air tidak ada macam mana hendak memasak.

"Lebih membebankan, saya sendiri terpaksa mandi di tempat kerja ekoran masalah ketiadaan air ini sejak Ahad lalu," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu, Shamshudin Sulaiman ketika ditemui memberitahu, dia akan memohon kepada pihak Sains dapat menghantar lori tangki air bagi mengatasi masalah itu dalam tempoh terdekat.

"Saya akan berbincang dengan pihak Sains dalam usaha untuk mengatasi masalah ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Sains tidak turap kawasan dikorek baiki paip bocor

PADA 5 Februari lalu, satu kebocoran paip air berlaku di Batu 38, jalan di antara Batu Kikir dan Bahau. Pihak Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) membuat kerja pembaikan bagi kerosakan itu termasuk mengorek tanah yang kebetulan berada di depan pintu masuk kediaman ibu bapa saya, iaitu antara ribuan pengguna bekalan air yang membayar bil air setiap bulan kepada Sains.

Selepas kerja membaikpulih kerosakan paip selesai dijalankan, pihak Sains menimbus jalan pintu masuk ke rumah ibu bapa saya dengan batu (yang mana laluan asal jalan itu berturap tar). Kerja penimbusan dijalankan dengan ala kadar sehingga menimbulkan lopak besar apabila dilalui kenderaan keluar masuk.

Memikirkan perkara itu hanya sementara dan dengan anggapan pihak Sains akan menurap semula jalan berkenaan dengan segera, saya menunggu pihak Sains untuk melakukan kerja penurapan. Namun, selepas dua hari menunggu, tiada tanda pihak Sains akan membuat kerja pembaikan semula jalan masuk ke rumah ibu bapa saya.

Kesannya, jalan berlopak apabila hujan dan berdebu apabila panas terik serta pembetung tersumbat akibat laluan air tersekat oleh tanah yang digali dan tidak dinaikkan dengan sempurna. Saya menghubungi pusat aduan Sains di talian 1-800-88-6982 pada hari Isnin (8 Februari) mengadu masalah berhubung pembaikan jalan itu.

Wakil Sains memaklumkan kerja akan dibuat pada hari itu atau selewatnya keesokan hari (9 Februari). Namun, ia hanya tinggal janji manis pihak Sains dan sehingga malam 9 Februari lalu, tiada kerja pembaikan dijalankan.

Sekali lagi saya berhubung dengan pusat aduan di talian sama dengan memaklumkan nombor aduan yang dibuat sebelum ini. Jawapan diberikan ialah aduan sudah dimajukan kepada pihak Sains Daerah Jempol dan pegawai yang menjawab panggilan berjanji akan memaklumkan Sains Daerah Jempol sekali lagi.

Pada hari Rabu (10 Februari) sehingga malam, masih tiada wakil Sains yang datang. Sehingga saat saya menulis ini (13 Februari) dan selepas seminggu berlalu, pihak Sains masih gagal untuk menjalankan kerja penurapan tar dan membaikpulih laluan masuk ke rumah ibu bapa saya seperti sebelumnya. Penjelasan dan tindakan segera pihak Sains ditagih.

FARID ABDULLAH,
Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20100216235840/Article/index_html

2/16/10

5 tahun busuk



ROSLAN menunjukkan longkang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat di Batu 6 Jalan Pantai.

Penduduk Batu 6 Jalan Pantai kesal longkang tersumbat

PORT DICKSON: Penduduk dan peniaga di Batu 6 Jalan Pantai di sini tidak lagi dapat menahan penderitaan terpaksa menghidu bau busuk dan meloyakan dari longkang berdekatan.

Masalah itu bukan sebulan dua tetapi berlarutan sejak lima tahun lalu akibat longkang besar depan premis terbabit dipenuhi longgokan tanah dan sampah terbiar menyebabkan pengaliran air longkang di situ tersumbat, menjadikan keadaan menjijikkan.

Keadaan itu juga menyebabkan peniaga makanan di situ kehilangan pelanggan. Justeru, penduduk dan peniaga meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera menangani masalah berkenaan.

Guru, Hasnira Jamlus, 45, berkata penduduk menghadapi masalah bau busuk dari longkang yang tersumbat itu sejak lebih lima tahun lalu.

"Kadang-kadang akibat hujan lebat, air dari longkang besar melimpah dan memasuki longkang kecil di kawasan perumahan menyebabkan masalah bau busuk bertambah parah.


LONGKANG tersumbat jejas kualiti alam sekitar.

"Kami sudah banyak kali mengadu, tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Kami tidak tahu kepada siapa lagi untuk mengadu,” katanya.

Anggota tentera, Azlan Nahar, 35, berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan kerana penduduk ingin hidup dalam persekitaran bersih dan selesa.

"Masalah ini berlaku akibat longkang besar di tepi jalan yang tersumbat dan malangnya, tidak ada kerja pembersihan dijalankan. Jika dilakukan, sudah tentu masalah bau busuk tidak terlalu teruk," katanya.

Pekerja restoran, Roslan Che Mat, 56, juga mendakwa sudah banyak kali aduan dibuat, namun hingga kini tidak ada sebarang perubahan positif.

"Jika keadaan ini berterusan, sudah tentu menjejaskan rezeki saya yang bergantung kepada restoran untuk mencari rezeki,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Shamsuddin, berkata MPPD menyedari segala masalah yang dihadapi penduduk dan peniaga di situ.

Katanya, MPPD sedang menunggu kerja Indah Water Konsortium (IWK) di situ yang dijangka dapat disiapkan tidak lama lagi dan selepas itu, kerja pembersihan longkang akan dijalankan.

"Sebelum ini kerja pembersihan memang dilakukan, tetapi terpaksa dihentikan kerana terdapat kabel elektrik di bawah longkang selain runtuhan tanah di tebing longkang ketika kerja pembersihan dilakukan.

"Oleh itu, MPPD terpaksa memberhentikan dan menunggu lampu hijau daripada IWK bagi mengatasi kesulitan yang dialami penduduk di situ,” katanya.

Sebagai tindakan awal, katanya, MPPD akan menghantar kontraktor yang dilantik untuk kerja pembersihan sementara di kawasan itu.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20100216071419/Article/index_html

Ceramah Anak Muda 19 Feb 2010 Seremban

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT:PENTAS ANAK MUDA
Tarikh : 19hb Feb.2010
Masa : 9.00 malam
Hari : Jumaat ( Malam Sabtu )
Tempat: 162 Gedong Lalang, Ampangan ( Belakang Pejabat Dun Ampangan, Bersebelahan Sek Agama Rakyat ( SARA ) Gedong lalang.

Penceramah :
1. Sdr Syamsul Iskandar : Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia
2. Sdr Ustz Nasaruddin Hassan : Ketua Pemuda PAS Pusat.
3. Sdr YB Antoney Loke : Ketua Pemuda DAP Pusat.
4. Sdr Nazree Yunus : Bekas Pengerusi Gerakan Anti Korupsi ( GERAK )
5. Sdr YB Aminuddin Harun - Adun Sikamat
6. YB Rashid Latif - Adun Ampangan.

Dijemput seluruh warga Seremban, Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Umumnya Rakyat Malaysia.

Anak Muda Penegak Keadilan untuk rakyat.

http://pkrseremban.blogspot.com/2010/02/ceramah-umum-pakatan-rakyat-pentas-anak.html

2/13/10

Penduduk berang tiada bekalan air


Sinar Harian 13 Feb 2010

JEMPOL – Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah ketiadaan air di kawasan mereka.

Ketua Blok Empat Felda Raja Alias Dua, Baba Mamat, mendakwa, sudah empat hari penduduk mengalami ketiadaan bekalan air sejak Isnin lalu.

“Kami kesal kerana pihak Sains tidak memberi sebarang notis kepada penduduk berkenaan tiada bekalan air dibekalkan sepanjang tempoh itu.

“Menjadi pertikaian, perkara ini bukan pertama kali berlaku sebaliknya sudah kerap kali sehingga menyebabkan penduduk berang,” katanya.

Menurutnya, tidak menjadi masalah sekiranya pihak Sains memaklumkan terlebih dahulu kepada penduduk akan gangguan bekalan air yang berlaku.

“Keadaan ini menggambarkan Sains perlu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menjaga hubungan dengan penduduk.

“Bulan ini sahaja sudah beberapa kali masalah gangguan air berlaku namun tiada alasan kukuh diberikan,” katanya.

Sementara itu, Razali Mohd Pilus berkata, pihak Sains ada menghantar bekalan air melalui lori, namun bekalan diberikan tidak secara menyeluruh.

“Masalah ketiadaan bekalan air ini bukan sahaja melibatkan penduduk Felda Raja Alias Dua sebaliknya melibatkan Raja Alias Satu hingga Empat.

“Pihak Sains hanya menghantar bekalan air di beberapa kawasan dan bekalan tidak mencukupi. Penduduk terpaksa ke Felda Lui Muda untuk mendapatkan bekalan air dan ini menyukarkan penduduk,” dakwanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Blok Empat, Jalilah Jaafar berkata, ketiadaan air menyukarkan pergerakan penduduk.

“Segala persiapan dan pergerakan terbatas kerana masalah gangguan air dan lebih menyukarkan apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina ini dan majlis kenduri kahwin penduduk di sini.

“Sewajarnya pihak Sains memberi notis pemberitahuan terlebih dahulu supaya penduduk di sini dapat mengumpulkan bekalan air untuk beberapa hari.

“Penduduk berharap masalah gangguan air ini tidak berulang dan pihak Sains dapat memberi notis pemberitahuan terlebih dahulu sebelum ber-lakunya gangguan air,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6789488.asp

Masalah air tiada kesudahan


Sinar Harian 13 Feb 2010

LENGGENG – Entah sampai bila masalah gangguan bekalan air penduduk di Rumah Rakyat Lenggeng dan Rumah Rakyat Ulu Beranang, di sini akan berakhir.

Biarpun kehidupan seharian mereka terjejas kerana ketiadaan bekalan air, namun penduduk masih mengharapkan sesuatu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut yang kini sudah sampai tahap kritikal.

Kini, hampir dua minggu penduduk berdepan dengan masalah itu menyebabkan urusan seharian mereka terganggu, ditambah pula cuaca panas ketika ini, sudah tentu ia membebankan.

Biarpun Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (Sains) bertungkus-lumus menghantar bekalan air menerusi lori tangki di kawasan tersebut, tetapi bukan itu yang dimahukan penduduk.

Sebaliknya, mereka mahukan supaya bekalan air terus daripada paip air rumah masing-masing yang ternyata lebih bersih dan mudah.

Penduduk dari Rumah Rakyat Lenggeng Fasa 1, Satariah Rahman, 40, berkata, masalah ketiadaan air di kawasan itu bagaikan satu penyakit kerana ia berlaku berulang kali.

“Dengan keadaan cuaca yang agak panas dan kering sejak akhir-akhir ini, apabila berlaku masalah ketiadaan air memang menyusahkan kerana kita perlukan banyak air.

“Malah, urusan seharian juga banyak tertangguh dan terganggu kerana bekalan air tidak mencukupi selain penduduk perlu berjimat,” katanya.

Satariah berkata, biarpun Sains mengambil tindakan meletakkan tangki air statik di beberapa lokasi kawasan perumahan penduduk, namun mereka tetap berhadapan keadaan sukar.

"Penduduk perlu mengerah tenaga mengangkat air untuk disimpan di rumah kerana bila-bila masa sahaja masalah ketiadaan air boleh berlaku," katanya.

Susahkan warga emas

Warga emas, Salimah Abd Ghani, 64, berkata, sebahagian besar penduduk di situ merupakan warga emas dan setiap kali berlaku ketiadaan air keadaan itu menyusahkan mereka yang perlu menggunakan banyak tenaga untuk mengangkat air.

“Sakit badan apabila selalu angkat benda berat tetapi apa boleh buat kerana kita perlu buat sendiri disebabkan anak-anak tidak tinggal bersama," katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati sebahagian besar penduduk meletakkan tong simpanan air di luar rumah sebagai persediaan sekiranya berlaku ketiadaan air.

Penduduk, Azimah Mirim, 34, berkata, dia perlu berhadapan keadaan sukar apabila ketiadaan air berterusan dalam tempoh tiga hari.

“Mujurlah rumah ibu mertua ada di kawasan Lenggeng, jadi saya bawa segala pakaian mahu dibasuh di rumahnya kerana siapa tahan apabila tengok kain baju berlonggok di rumah.

“Memanglah saya selalu bersedia menyimpan air kerana sudah tahu bila-bila masa sahaja air boleh tiada. Mujurlah saya tiada anak bersekolah, jika tidak susah juga,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lenggeng, Bustami Abu berkata, Sains dilihat berusaha menyelesaikan masalah berlaku sebaik mungkin namun penduduk diharap dapat bersabar berhadapan keadaan sukar disebabkan gangguan air.

“Masalah tiada air bukannya berlaku di semua tempat, tetapi hanya beberapa kawasan sahaja dan biasanya lokasi perumahan yang agak tinggi paling lambat menerima bekalan air dan sering kali berlaku gangguan.

“Saya tidak menafikan masalah ini memang menyusahkan penduduk, tetapi pihak Sains sudah maklumkan masalah dihadapi. Langkah meletakkan tangki air statik berhampiran rumah penduduk amat membantu,” katanya.

Sains bertindak segera

Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, gangguan bekalan air yang berlaku disebabkan lanjutan daripada penutupan Loji Rawatan Air Sungai Terip yang tidak dirancang berikutan masalah kebocoran injap pada 9 Februari lalu yang membekalkan air ke kawasan tersebut.

Beliau berkata, bagi meringankan masalah dihadapi pengguna yang terlibat, Sains menyediakan tangki air statik berkapasiti 600 gelen setiap satu di kawasan-kawasan perumahan seperti di Rumah Rakyat Ulu Beranang (enam unit) , Rumah Rakyat Lenggeng (enam unit) serta beberapa kawasan lain yang terlibat.

“Malah, kami turut menyediakan lori tangki air bagi membekalkan air secara berjadual bagi mengelakkan bekalan air yang dihantar kepada penduduk tidak mencukupi.

“Selain itu, sebagai tindakan jangka masa panjang untuk mengurangkan masalah gangguan bekalan air, kerja-kerja pembangunan dan pembaikpulihan bekalan air sedang giat dilakukan termasuklah kerja-kerja penggantian paip-paip lama untuk menampung keperluan pengguna yang semakin meningkat,” katanya.

Menurutnya, Sains juga sedang berusaha mengatasi masalah gangguan tekanan air yang rendah di kawasan-kawasan tinggi, penghujung sistem dan penggunaan yang banyak dalam rangkaian paip.

“Untuk tahun ini pihak Sains tidak boleh memberi jaminan masalah gangguan air di kawasan Lenggeng tidak akan lagi berlaku, namun kami sentiasa bekerja memberikan yang terbaik kepada pengguna.

“Lagipun, proses penambahbaikan untuk jangka masa panjang memakan masa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6789520.asp

Selamatkan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi


Sinar Harian 13 Feb 2010

AIR MAWANG – Sekalipun beberapa kali disiarkan dalam media, namun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan daripada pihak berwajib berhubung isu penerokaan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi terkenal dengan kehijauan alam semula jadinya, di sini.

Ini menyebabkan penduduk setempat melahirkan rasa kecewa kerana aktiviti penerokaan itu sekali gus menjejaskan hutan rekreasi terbabit sepatutnya dilindungi.

Menurut mereka, Kerajaan Negeri melalui jabatan bertanggungjawab perlu memainkan peranan dalam menghentikan kegiatan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan sehingga lebih 20 hektar hutan simpan kekal ditebang dan diterokai.

Keunikan dan keistimewaan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi terus menjadi mangsa kerakusan pihak tidak bertanggungjawab sengaja ‘menodai’ kawasan terbabit akibat daripada sikap berdiam diri serta tutup mata jaba-tan bertanggungjawab.

Menurutnya, laporan Sinar Harian beberapa kali sebelum ini turut tidak memberi sebarang perubahan supaya kegiatan penerokaan itu dihentikan segera.

Ketua Biro Belia dan Rekreasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanggai, Norlela Razak, 38, melahirkan rasa kesal dengan keadaan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi itu mendakwa, kegia-tan tidak bertanggungjawab terbabit akan menyebabkan flora dan faunanya semakin pupus.

Menurutnya, perkara dan bantahan berhubung permasalahan penebangan serta penerokaan kawasan terbabit beberapa kali diajukan kepada pihak berwajib dalam usaha mengekalkan kehijauan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi, tetapi tiada sebarang langkah diambil.

“Menyedihkan kerana Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi pada mulanya terkenal dengan keunikan dan keistimewaan di mata pencinta alam sekitar mulai pudar akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak merosakkan ekosistem kawasan ini.

“Dakwaan kononnya mereka adalah pemilik asal kawasan itu berikutan terdapat kubur nenek moyang mereka di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi adalah tidak berasas dan tidak mempunyai hak untuk berbuat sebegini,” katanya.

Beliau mendakwa, janji Kerajaan Negeri melalui Exco bertanggungjawab pada April tahun lalu masih tidak menampakkan sebarang usaha, sebaliknya Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi terus diterokai dan pokok ditebang sewenang-wenangnya tanpa pemantauan.

Norlela berkata, pokok berusia puluhan tahun semakin dinodai pihak berkenaan, sekali gus merosakkan keindahan flora dan fauna hutan rekreasi itu sehingga mencemarkan imej di mata pelancong dalam serta luar negara.

“Menyedihkan apabila hutan rekreasi menempatkan gua batu granit ini diterokai pihak tidak bertanggungjawab dengan menebang khazanah alam sekali gus memberikan kesan negatif kepada pelancong dan pencinta alam sekitar dari dalam serta luar negara.

“AJK (ahli jawatankuada) Biro Belia dan Rekreasi JKKK kampung telah membuat pemantauan secara sendiri sebagai usaha menghentikan tindakan tidak bertanggungjawab ini, namun, pihak berkenaan membalas sekiranya melalui hadapan rumah saya.

“Berikutan itu, kami tidak dapat berbuat sebarang tindakan kerana bimbang ancaman keselamatan seterusnya mengharapkan tindakan keras dan penguatkuasaan daripada pihak berwajib supaya penebangan dan penerokaan hutan rekreasi ini dapat dihentikan serta merta,” katanya.

Pembantu Jurupandu Pelan-cong dan Pencinta Alam Sekitar, Mohd Noor Fadzly Mohd Deli, 24, berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan hutan rekreasi terus terpelihara daripada sebarang kerosakan.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit menimbulkan ancaman keselamatan kepada pelancong berikutan penemuan jerangkap samar dipasang di beberapa lokasi.

“Rasa hampa menyelubungi apabila janji dibuat tidak menampakkan sebarang tindakan, sebaliknya, lebih 20 hektar pokok dan kawasan hutan serta tempat habitat haiwan ditebang.

“Kesan penebangan pokok sudah menutup saluran keluar kecemasan Gua Batu Maloi di kawasan 12 dan 13, khususnya digunakan sewaktu hari hujan demi keselamatan pelancong ketika menjalani aktiviti di dalam kawasan ini,” katanya.

Dia mendakwa turut menemui jerangkap samar di beberapa lokasi digunakan untuk menangkap haiwan hutan, namun, tidak menolak kemungkinan pelancong boleh tercedera sekiranya diperbuat daripada benda tajam.

Mohd Noor Fadzly berkata, kegagalan Kerajaan Negeri bertindak segera akan menghapuskan produk pelancongan dan pusat penyelidikan biodiversiti di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi kaya dengan sumber herbanya.

“Negeri ini pastinya kehilangan produk pelancongan dan pusat biodiversiti sekiranya hutan rekreasi Gua Batu Maloi dirosakkan begitu sahaja, kesan daripada penebangan pokok, kita tidak akan dengar bunyi kicauan burung liar dan haiwan seperti monyet menjadi tarikan di sini seperti suatu ketika dahulu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Tampin Bahagian Unit Pembangunan dan Pelupu-san Tanah, Maznah Mahad ketika mengadakan lawatan di lokasi terkejut dengan keadaan berlaku seterusnya akan mengambil tindakan segera dalam usaha mengatasi permasalahan itu.

“Saya tidak menyangka penebangan dan penerokaan hutan ini semakin meluas sehingga merosakkan keunikan serta keistimewaan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi tanpa penguatkuasaan daripada Jabatan Hutan.

“Permasalahan ini sebenarnya sudah beberapa kali dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Daerah, Menteri Besar sendiri sedia maklum dan mengarahkan Pejabat Daerah Tampin, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan Hutan mengambil tindakan.

“Bagaimanapun, tindakan hanya boleh diambil Jabatan Hutan kerana Pejabat Daerah Tampin dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tidak mempunyai sebarang akta untuk mengusir atau menghentikan permasalahan ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6788759.asp

2/12/10

Kolam Renang Tampin N.Sembilan Bermasalah ?


Di Tampin , N.Sembilan ada Kolam Renang Awam ?

Dilaporkan kolam renang ini mempunyai banyak masalah. Berapa kos membina kolam renang awam ni, ada tak sampai berjuta-juta ringgit ?

Cerita sepenuhnya di http://tpnns.blogspot.com/2010/02/kolam-renang-ke-kolam-ikan-semilang.html


Gunung Tampin merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa (dari segi geografi). Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Walaubagaimana pun, kolam-kolam ini akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi memberikan keselesaan dan kepuasan serta imej yang lebih baik dengan konsep yang lebih moden.

Sumber : http://www.mdtampin.gov.my/interest

2/10/10

Ceramah Us Idris Ahmad 23 Feb Seremban

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Shamsul Iskandar Mat Akin , Ketua AMK Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : 23 Feb 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 mlm
Tempat :
Perkarangan Pejabat Pejabat PAS N.Sembilan
No 5, Jalan Durian Emas2, Off Jalan Dato’ Siamang Gagap, Seremban
(Berhampiran The Store Centre Point, Sek Keb Sri Kelana & Pusat Zakat N.Sembilan)

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Tuan Guru Nik Razi Nik Mat 26 Feb diN9


CERAMAH MAULIDUR RASUL 1431H
Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 26 Februari 2010 (Jumaat)
Waktu : 9 malam
Tempat : Surau Al-Mustoffa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Turut diadakan jualan amal lot tanah wakaf Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah & Produk Ar-Razi membeli sambil menderma.

2/8/10

Projek Tahi kerajaan BN di N.Sembilan 2010


SILA KLIK PADA KERATAN AKHBAR DI ATAS

Projek TAHI (Projek Rangkaian Paip Pembentungan) Kerajaan Barisan Nasional di Senawang, N.Sembilan telah menjadi projek Kolam Maut.

Mentang-mentang Negeri Sembilan BN yang perintah, Utusan, Berita, Kosmo, Metro, TV3, TV1, Menteri Penerangan dari N.Sembilan pun buat tak tahu je.

Orang N.Sembilan ni baik-baik. Biarlah ditindas, tak apa. Tak payahlah nak buat demonstrasi di N.Sembilan, tak penting de. Buatlah demo di Pulau Pinang.

Biarlah banyak kes denggi di N.Sembilan ni, tak apa de. Biarlah projek ni terbengkalai sampai bila-bila.


Lagi laporan mengenai Projek Tahi BN di N.Sembilan di :

Tunggu orang mati baru kerajaan ambil tindakan ?
http://waghih.blogspot.com/2010/01/tunggu-orang-mati-baru-kerajaan-ambil.html

Kolam Ikan Rakyat
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/kolam-ikan-rakyat.html

Selesai segera 12 projek pembetung punca denggi
http://pasns.blogspot.com/2010/01/selesai-segera-12-projek-pembetung.html

Kerajaan Negeri gagal perjelas status projek
http://pasns.blogspot.com/2010/01/kerajaan-negeri-gagal-perjelas-status.html

Gambar Projek TAHI Kerajaan BN di N.Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2008/11/gambar-projek-tahi-kerajaan-bn-di.html

Apa khabar penduduk Taman Teratai ?
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/apa-khabar-penduduk-taman-teratai.html

Projek Menyusahkan Rakyat Negeri Sembilan
http://waghih.blogspot.com/2007/01/projek-menyusahkan-rakyat-negeri.html

Kepada MB N9 dan Ahli Parlimen Rembau
http://paneh.blogspot.com/2008/11/kepada-mb-n9-dan-ahli-parlimen-rembau.html

Dato’ Shaziman , turunlah Negeri Sembilan dgn KJ
http://waghih.blogspot.com/2008/10/dato-shaziman-turunlah-negeri-sembilan.html

2/7/10

Ceramah Dato Tuan Ibrahim 18 Feb N9

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Bandar Baru Sendayan (Dekat Felda Sendayan) , N.Sembilan

Penceramah :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri/Pengerusi PKR Pahang
Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN (PAS) Paroi , N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Nazree Mohd Yunus , PKR/Bekas Pengerusi GERAK

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : PAS Kawasan Rembau dan PAS DUN Rantau

Maklumat lanjut hubungi Hj Shukri 019-6210677

********************************
JAMUAL MAKAN MALAM AMAL DUN PAROI
Bersama Tetamu :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang
Kupon RM 30 seorang
Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi :
Hassan 019-2171942
Sufian 013-3589328

Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9


OKU tagih janji pilihan raya kecil
Sinar Harian 7 Feb 2010

PORT DICKSON – Orang kurang upaya (OKU), Mohd Yusof Saad, 53, mendakwa, kecewa janji pelbagai pihak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum tertunai.

Yusof berkata, kencing manis dialaminya menyebabkan kaki kirinya dipotong, sekali gus membantutkan pergerakannya.

Kini, sudah empat bulan berlalu, kehidupannya masih seperti biasa, walaupun ketika pilihan raya lalu, ramai datang berjanji untuk menghulurkan bantuan bagi mengurangkan bebannya, namun mendakwa, semuanya sekadar tinggal janji sahaja.

“Waktu itu, pelbagai bantuan ditawarkan kepada saya setelah mereka melihat penderitaan saya alami. Ketika itu, saya rasa bertuah dan merasakan nasib saya akan bertambah baik daripada sekarang.

“Tetapi, kini sudah hampir empat bulan, semua tawaran bantuan tidak kunjung tiba dan kehidupan kekal berliku seperti dahulu,” katanya.

Selain itu, Mohd Yusof berkata, sekalipun menyedari pelbagai bantuan disediakan kerajaan, namun dia masih tidak tahu cara untuk memperolehi bantuan terbabit.

Menurutnya, dia mendengar kewujudan bantuan dan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi tidak tahu cara membuat permohonan.

“Saya memang tidak tahu bagaimana untuk memohon bantuan daripada pusat kebajikan. Bagaimanapun, pada PRK Bagan Pinang lalu, baru saya tahu bagaimana cara hendak membuat permohonan bantuan.

“Itu pun selepas ramai menteri turun padang,” katanya ketika ditemui di Bandar Sunggala, di sini.

Kehidupan Mohd Yusof sejak dua tahun lalu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda berikutan kaki kirinya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

Menurutnya, semua akibat alahan setelah makan durian dan se-luruh badannya membengkak dan bahagian kaki kirinya mengalami masalah serius dan terpaksa dipotong.

Sejak itu, kehidupannya bergantung kepada isterinya, Fatimah Syam Ayob, 50, untuk meneruskan kehidupan.

Wanita tabah itu baru dikahwini empat tahun lalu menganggap semua itu sebagai dugaan paling besar dalam hidupnya dan tidak pernah sesekali merungut.

“Ini adalah tanggungjawab perlu dipikul dan amanah Allah yang diberikan kepada saya dan saya yakin pasti perkara lebih baik akan menanti suatu hari nanti,” katanya.

Fatimah berkata, dia perlu menyewa kereta setiap kali suaminya menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di sebuah hospital swasta dekat Seremban.

Menurutnya, kosnya tinggi dan pernah satu ketika dia terpaksa berhutang.

“Selain kos sewa kereta, sudah pastinya rawatan suami mencecah ribuan ringgit. Beberapa pembedahan dilakukan semuanya memakan kos ribuan ringgit. Yang pasti semua kos itu adalah hasil usaha berniaga barang pantai di kedai Batu 4, di sini.

“Kami ada menerima bantuan daripada Baitulmal RM1,000 untuk rawatan hemodialisis, tetapi beribu ringgit lagi terpaksa ditanggung sendiri untuk rawatan pembedahan dan sebagainya.

“Kerusi roda digunakan suami juga adalah kerusi roda arwah ayahnya. Walaupun sudah mengalami beberapa kerosakan kecil, tetapi masih boleh digunakan kerana kami tidak berkemampuan membeli kerusi roda baru,” katanya.

Ini kerana, suaminya turut menghidap penyakit buah pinggang tahap kritikal.

Keperluan juga perlu dipenuhi seperti lampin pakai buang, makanan dan sabun khas untuk rawatan penyakit ku:litnya.

Untuk menambah pendapatan dengan menambah waktu bekerja iaitu berniaga lebih masa, Fatimah mengakui tetap tidak boleh memberikan pulangan baik.

Menurutnya. sambutan terhadap barang diniaga juga bermusim, apabila cuti umum sahaja pembeli akan ramai dan jika hari biasa sukar mendapat pembeli.

“Kebiasaannya pada hari cuti kedai akan dibuka 15 jam sehari bermula jam 8 pagi berbeza dengan hari biasa kedai hanya dibuka jam 10 pagi.

“Untuk ke kedai, saya terpaksa menyewa kereta untuk membawa suami. Tidak mungkin saya meninggalkan suami bersendirian di rumah kerana dia tidak mampu mengurus dirinya sendiri. Saya tidak pandai memandu ditambah kami tidak mempunyai kereta,” katanya.

Fatimah mengakui suaminya adalah pemegang kad OKU dibekalkan JKM, sejak dua tahun lalu, tidak tahu mengapa tidak memperoleh bantuan selayaknya sehingga kini.

“Sekarang ini, saya berharap permohonan dilakukan sejak empat bulan lalu akan segera disalurkan untuk meringankan kesusahan ini kerana selain membiayai kos rawatan suami, kedai mereka berniaga juga perlu dibayar sewa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JKM Port Dickson ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan bahawa permohonan dilakukan Mohd Yusuf telah diluluskan dan selewat-lewatnya bantuan akan disalurkan hujung bulan ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6766497.asp

2/6/10

CERAMAH Umum 7 Feb 2010 Felda Jempol

Ceramah Umum
7hb Febuari 2010/Ahad.
8.45 malam
Rumah Tn. Hj Ismail Nasir
No. 200, Felda Alias 2, Jempol.

Penceramah Utama:
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Malaysia)
Tn. Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda PKR Pusat)
YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau)

Hotline:013-601 2553 (Karip Salleh).

Bagi warga Felda di kawasan Tampin sila hadir beramai-ramai.

Info lanjut di http://keadilantampin.blogspot.com

2/3/10

Labu kena ikut Paroi , tambah Pusat Khidmat

Kesian ADUN Labu, mengeluh dalam akhbar mengatakan kawasan DUN Labu besar. Mungkin orang Labu kena ikut orang Paroi. Walaupun Paroi wakil rakyatnya dari PAS , tapi di Paroi ada 4 Pusat Khidmat Masyarakat. 1 PAS punya, 3 lagi UMNO punya.

DUN-DUN lain di Negeri Sembilan dan Malaysia ni pun kena ikut Paroi selepas ini.

Menteri Besar N.Sembilan kata Paroi kena ada 3 Pusat Khidmat Masyarakat kerana kawasan Paroi luas. Kalau nak ikutkan , Parlimen Rembau lagi luas, tapi kenapa Pusat Khidmat Parlimen Rembau di pekan Rembau saja tidak di Rantau, Kota, Chembong, Paroi, Kundur, Pilin, Taman Tasik Jaya dan lain-lain tempat ?

****************************
Sinar Harian 3 Feb 2010

Kecewa bantuan anak OKU ditolak

LABU – Ibu anak orang kurang upaya (OKU), Kamariah Abdul Rahman, 48, kecewa apabila permohonan bantuan untuk anaknya yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran dan disahkan terencat akal dikatakan tidak layak.

Walaupun ia sudah disahkan sebagai OKU oleh Jabatan Kebajikan Masya-rakat (JKM), namun alasan diberikan ketika itu, pendapatan keluarga secara keseluruhan tidak melayakkan anaknya, Khairul Nizlan Mohd Shah, 18, sebagai penerima bantuan.

Menurutnya, permohonan pertama dibuat pada 2006 namun, agak mengecewakan apabila dia diberitahu nama anaknya tidak disenaraikan sebagai penerima bantuan JKM.

“Kali kedua pula saya cuba sekali lagi membuat permohonan, tetapi kali ini anak saya dikatakan tidak layak atas alasan kami berkemampuan berdasarkan pendapatan bagi seluruh isi rumah.

“Bagaimanapun itu dulu, ketika suami saya masih ada, tetapi sekarang dia sudah meninggal dunia pada pertengahan 2009 disebabkan penyakit barah hati menyebabkan kehidupan kami sekeluarga bertambah rumit,” katanya.

Kamariah berkata, dengan hanya bekerja sebagai pencuci di sebuah kilang berhampiran dan memperoleh pendapatan sebanyak RM400, ia hanya cukup makan untuk mereka sekeluarga.

Mujurlah anak keduanya yang bekerja di sebuah stesen minyak di sini sudi membantu yang sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

“Mujurlah anak kedua saya tinggal bersama kami, jika tidak susahlah saya kerana Nizlan memang perlu dibantu dalam setiap perkara.

“Jika waktu siang dia yang menjaga Nizlan dan saya pula pergi bekerja, manakala pada waktu malam pula saya duduk di rumah dan anak saya pula pergi bekerja," katanya.

Dia berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Datuk Hasim Rusdi ke rumahnya di Ladang Rumah Kilang Batu 10, Labu.

Sementara itu, Hasim berkata, beliau menerima maklumat berhubung masalah dihadapi Nizlan daripada sebuah laman blog berikutan sebelum ini tidak ada sesiapa pun yang memaklumkan kepadanya. (rujuk Blog PKR Labu http://buletinlabu.blogspot.com/2010/01/adun-labu-abaikan-warga-oku-nasib.html )

“Oleh sebab itu saya selalu mengingatkan untuk barisan kepimpinan setempat membantu saya memaklumkan setiap permasalahan dihadapi di kawasan masing-masing ataupun penduduk datang sendiri ke pejabat saya di Labu.

“Kawasan Labu ini besar, mana mungkin saya mampu melakukannya seorang diri jika barisan kepimpinan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak memainkan peranan mereka sebaik mungkin,” katanya.

Ketika kunjungan itu, beliau segera menghubungi pegawai JKM berkaitan dan dimaklumkan JKM sudah meluluskan bantuan sara hidup bulanan sebanyak RM150.

Dalam perkembangan lain, beliau turut melahirkan perasaan kecewa berhubung laporan sebuah laman blog dipercayai dikeluarkan parti pembangkang yang mendakwa wakil rakyat Labu tidur.

“Saya, sebagai pengamal blog tidak kisah jika sesiapa sahaja mahu memberikan pandangan dan cadangan membina. Sebagai wakil rakyat saya bersikap terbuka dalam soal ini,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, apabila laman blog dijadikan ruang berpolitik ia memberi pelbagai persepsi kepada pembaca.

“Saya nasihatkan rakyat jika baca laman blog, jangan terus percaya kerana hari ini terlalu banyak tohmahan dan lemparan perkara yang tidak betul,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6623831.asp

Dua enjin jet Sukhoi TUDM pula hilang ?




Sila baca artikel dari akhbar Malay Mail 2 Feb 2010 di bawah yang bertajuk Two more RMAF jet engines 'lost'

Dua enjin jet Sukhoi ini telah rosak ketika baru mendarat di Pengkalan TUDM Gong Kedak pada bulan Jun 2007 apabila objek asing masuk dalam enjin. (Senang betul nak tewaskan Sukhoi ni, dengan batu pun boleh rosak enjin).

Mana pergi dua enjin Sukhoi tersebut sekarang ?

********************************
Two more RMAF jet engines 'lost'

Local Sukhoi multi-role jets Two more fighter jet engines missing
MARHALIM ABAS

Tuesday, February 2nd, 2010 13:33:00

PETALING JAYA: Two more fighter jet engines were "lost" by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) in 2007, apart from the two F5 engines that were stolen from its Sungai Besi air base.

The other two engines "lost" belonged to a newly-delivered Sukhoi Su-30MKM Multi Role Combat Aircraft (MRCA). The aircraft suffered "foreign object damage" (FOD), as it goes in air force lingo, after its engines sucked in stones and other objects as it landed in June 2007.

Sources said the two NPO Saturn AL-31FP engines were scrapped after suffering "catastrophic damage" when the brand-new Sukhoi jet landed on the runway at the Gong Kedak air base in Kelantan.

However, RMAF chief Datuk Seri Rodzali Daud told The Malay Mail at Parliament recently that the engines were not scrapped but sent for repair.

He declined to elaborate, but did say that FOD was a normal occurrence in fighter jet operations. If the engines could be repaired, they would have been sent back to the Russian manufacturer, NPO Saturn.

Although the Sukhoi planes were equipped with titanium mesh doors that swing down over the air intake to protect the engines from FOD, the feature only worked during take-off and slow taxiing, not during landing.

Local defence industry sources who confirmed that the damaged engines were "lost" said it was difficult to estimate the cost of a brand new AL-31FP engine. The Sukhois cost the country RM155 million each and the government purchased 18 Su-30MKM from Russia in May 2003 at a cost of RM3.42 billion.

The Malay Mail learnt that the aircraft in the FOD incident was not grounded for long as the RMAF, as with other air forces, had procured spare engines for its Sukhoi fleet.

The sources said the Sukhoi was one of five fighter jets delivered in batches from May 2007.

These were transported from Russia to the Subang airbase in Antonov An-124 transport planes and re-assembled for trials before being handed over to the RMAF.

It is learnt that the damaged Sukhoi jet was flown by a Sukhoi Design Bureau test crew when the incident occurred, and that RMAF had initially demanded that the Russian company replaces the two engines.

However, Sukhoi refused on grounds that the test crew was only following the orders of RMAF officials to land at the Gong Kedak air base. The runway had been cleared for other RMAF aircraft such as the Hercules C-130 but at that point, the Sukhois had yet to be given the greenlight to land.

The Gong Kedak base had undergone massive re-development to host the new MRCA squadron.

More than RM200 million was spent to re-develop the air base, which now boasts an extended runway and new facilities, including hardened aircraft shelters for the Sukhoi squadron.

Although the incident was a clear violation of RMAF standing orders, no one has been hauled up over the loss of the two engines.

The Sukhoi made its public debut in the country at the 2007 Merdeka Day parade and the jets also took part in the Langkawi International Maritime and Aerospace show in December that year.

http://www.mmail.com.my/content/26506-two-more-rmaf-jet-engines-lost

2/1/10

N.Sembilan JUARA Projek Terbengkalai ?

Berita Harian 1 Feb 2010 melaporkan serangan kes denggi sedang meningkat di N.Sembilan. Juga projek perumahan terbengkelai di Tampin menjadi tempat pembuangan sisa toksik.

Apakah Negeri Sembilan JUARA Projek Terbengkalai ? Untuk melihat beberapa projek perumahan terbengkalai di Negeri Sembilan sila ke http://terbengkalai.blogspot.com

Peratusan Projek Yang Masih Terbengkalai N.Sembilan adalah kedua tertinggi di Malaysia.

Kes denggi sering dikaitkan dengan projek terbengkalai

******************************
Sisa toksik di kawasan tanah lapang
Berita Harian 1 Feb 2010

Kilang getah buang sampah di tapak projek terbengkalai

TAMPIN: Kawasan lapang dalam projek perumahan Bandar Tampin Utama di Kilometer 2.5 Jalan Gemas dekat sini, yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu dan jauh daripada pandangan orang ramai kini menjadi pusat pembuangan sampah dan sisa toksik.

Pembuangan sampah secara haram yang dipercayai dilakukan kontraktor pembinaan, kilang getah, kedai tayar dan penebangan pokok sejak beberapa bulan lalu.

Ia berikutan penemuan timbunan sisa bahan binaan, tayar buruk, keratan batang dan dahan pokok serta bekas bahan kimia yang dipercayai mengandungi sisa toksik.

Tinjauan Berita Harian mendapati sampah sarap yang terbakar dan mengeluarkan asap mereka yang berada di situ pening kepala, rasa loya. Pada timbunan sampah juga ditemui bekas plastik turut tertera nama sebuah syarikat memproses susu getah.

Perbuatan membuang sampah sarap dan sisa toksik di situ terbongkar selepas orang ramai menghidu kehadiran lori yang berulang-alik memasuki projek terbengkalai itu sejak kebelakangan ini.

Peniaga warung, Mustafa Saleh, 45, berkata kekerapan lori memasuki kawasan itu menyebabkan mereka mula menyangka ada sesuatu yang tidak kena di situ.

“Akhirnya terbukti benar kerana pihak terbabit membuang sampah dan lebih mengejutkan, ada yang sanggup membuang bahan dipercayai toksik.

"Nasib baik perkara ini diketahui. Jika tidak, mungkin sisa toksik bertambah banyak dan membahayakan penduduk sekitar," katanya.

Berikutan itu, empat pegawai Majlis Daerah Tampin (MDT) diketuai Ketua Jabatan Kesihatan, Nor Mohamed Hussin, bergegas ke lokasi selepas mendapat arahan Yang Dipertua MDT, Datuk Mohd Yusof Yunus.

Nor Mohamed berkata, pemeriksaan MDT mendapati sampah yang dipercayai sisa toksik itu adalah milik sebuah syarikat kilang getah.

Sehubungan itu, katanya, MDT dengan segera akan menghubungi syarikat berkenaan untuk mengenal pasti sama ada bahan buangan itu milik syarikat terbabit.

Katanya, tindakan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya seperti di Bandar Tampin Utama tidak sepatutnya berlaku kerana mengotorkan dan menjejaskan pemandangan.

"Pembuangan barangan yang mempunyai unsur bahan kimia adalah lebih bahaya kerana bukan hanya mencemarkan alam sekitar, malah dikhuatiri boleh membawa kemudaratan kepada manusia di kawasan berdekatan," katanya.

Sementara itu, Mohd Yusof meminta orang ramai memberi maklumat kepada MDT jika mempunyai maklumat berhubung perbuatan membuang sampah dan sebarang bahan mengandungi toksik dengan menelefon 06-4422801.

Katanya, aduan juga boleh dibuat melalui e-mel ke alamat www.mdtampin.gov.my atau menghubungi terus Ketua Jabatan Kesihatan Nor Mohamed Hussin di talian 06-4414161 atau 019-6509003.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20100201091034/Article/index_html

*******************
74 kes baru denggi
Berita Harian 1 Feb 2010

Negeri Sembilan catat peningkatan 1 hingga 23 Januari lalu

SEREMBAN: Kes denggi kembali 'menyerang' negeri ini berikutan sudah ada tanda berlaku peningkatan mendadak penyakit sejak tiga minggu lalu.

Ia berikutan sebanyak 74 kes denggi, termasuk lapan kes demam denggi berdarah dikesan antara 1 hingga 23 Januari lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Zailan Adnan, berkata perkembangan mingguan denggi sejak tiga minggu lalu mendapati kes meningkat melebihi paras maksimum yang ditetapkan, iaitu 18 kes seminggu.

Pada minggu ketiga Januari, katanya, sebanyak 29 kes denggi dilaporkan di negeri ini dan dikhuatiri akan terus meningkat jika langkah pencegahan agresif tidak dijalankan.

“Lokasi utama kes denggi adalah kawasan bandar dengan Seremban mempunyai bilangan kes paling banyak, iaitu 3,808 kes, diikuti Port Dickson (1,957 kes), Jempol (1,531 kes), Tampin (1,107 kes), Jelebu (880 kes), Kuala Pilah (792 kes) dan Rembau (707 kes),” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan peningkatan berterusan kes demam denggi dengan jumlah kematian sejak setahun lalu mencecah 90 orang.

Malah, 940 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan dalam minggu pertama tahun ini di seluruh negara, tambahan 60 kes berbanding minggu sebelum itu.

Pada November tahun lalu, Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan amaran denggi kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri.

Di Negeri Sembilan, jumlah kes denggi pada minggu ketiga meningkat 16 peratus berbanding minggu kedua.

Dr Zailan berkata, Jabatan Kesihatan bertindak segera bagi menangani denggi daripada terus merebak dengan membuat pemeriksaan membabitkan 10,782 premis dan daripada jumlah itu, 244 premis dikesan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Katanya, kawasan yang tinggi pembiakan Aedes ialah kediaman, sekolah dan tanah kosong, manakala tempat pembiakan utama ditemui jentik-jentik adalah dalam pasu bunga, baldi dan kolam mandi.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan mengeluarkan 39 kompaun, 69 notis dan dua amaran kepada pemilik premis terbabit kerana membiarkan pembiakan jentik-jentik, tetapi setakat ini belum ada tindakan mahkamah diambil dan tiada premis diarahkan tutup.

Selain itu, katanya, Jabatan Kesihatan melakukan semburan asap terhadap 84,383 premis dan turut mengadakan 20 aktiviti gotong royong membabitkan masyarakat.

“Jabatan Kesihatan juga menggerakkan kakitangan dari daerah lain untuk membantu aktiviti gerak gempur denggi di daerah ini dan meminta masyarakat supaya mengambil tindakan proaktif dengan memeriksa premis masing-masing selama 10 minit setiap minggu dan memusnahkan tempat pembiakan aedes," katanya.

Dr Zailan turut menasihat orang ramai menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas atau takungan air dan mendapatkan rawatan awal sebaik menghidap demam untuk mengelakkan demam melarat hingga boleh membahayakan nyawa.

"Saya juga meminta pengamal perubatan swasta dan klinik kesihatan kerajaan supaya membuat diagnosis awal denggi berpandukan garis panduan denggi terkini.

"Mereka juga perlu segera melaporkan dalam tempoh 24 jam kepada Pejabat Kesihatan daerah jika ada kes yang disyaki denggi supaya tindakan kawalan dapat dilakukan," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20100201091206/Article/index_html