KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/30/10

Guru KAFA N9 miskin Tegar, panas punggung

Ada orang dah mula panas punggung isu elaun Guru KAFA di N.Sembilan terlalu rendah berada pada tahap miskin tegar.

Isu sebelum ini mengenai Guru KAFA di Negeri Sembilan miskin tegar di http://pasns.blogspot.com/2009/09/guru-kafa-negeri-sembilan-miskin-tegar.html

Bela nasib guru Kafa
Sinar Harian 30 April 2010

SEREMBAN – Organisasi Kelas Agama al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negeri ini lebih terbela sekiranya menggunakan platform persatuan untuk menjaga kebajikan guru Kafa.


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan berkata, penubuhan persatuan bukan sahaja berperanan menjaga kebajikan ahli, sebaliknya mampu meningkatkan peranan dan organisasi pendidikan Islam di negeri ini.

“Isu elaun guru Kafa dikatakan berada di bawah kadar kemiskinan dan perkara ini ada disebut dalam sidang dewan.

“Guru Kafa jangan berfikir kami di pihak jabatan tidak mengambil perhatian isu ini kerana kami sentiasa memikirkan cara untuk mempertingkatkan imej dan peranan guru Kafa,” katanya pada Mesyuarat Agung Persatuan Guru-guru Kafa daerah Seremban kali ke-4 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini.

Menurutnya, persatuan diharap dapat dijadikan saluran guru Kafa memperjuangkan pelbagai perkara melibatkan kepentingan dan kebajikan mereka.

Peranan persatuan tingkatkan sistem Islam

Selain itu, menurutnya, pendidikan agama Islam perlu dipertingkatkan bersesuaian keadaan semasa dan persatuan untuk dijadikan penggerak kepada perubahan yang perlu dilakukan dalam usaha melahirkan pembangunan modal insan cemerlang dan bersahsiah.

“Sistem sedia ada perlu ditingkatkan dan usaha ini dapat dimulakan dengan persatuan. Platform persatuan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Cari kaedah untuk pertingkatkan peranan guru Kafa dan berada pada kedudukan meyakinkan masyarakat terhadap institusi Kafa,” katanya.

Bagaimanapun, dia menasihatkan guru Kafa turut memainkan peranan tanpa perlu meyerahkan segalanya kepada pihak tertentu.

Persatuan perlu lakukan transformasi

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Guru-guru Kafa Daerah Seremban, Zulkifli Muhamad berkata, sudah tiba masanya persatuan melakukan transformasi bagi membela kebajikan guru Kafa.

Menurutnya, model gerak kerja baru perlu dirangka untuk merealisasikan usaha pembelaan kebajikan guru Kafa.

“Usia penubuhan persatuan ini mencecah tujuh tahun. Sepatutnya peranan dan fungsinya dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

“Pembelaan kebajikan guru Kafa mesti menjadi agenda penting dalam perancangan persatuan dan kebajikan serta perlu merangkumi beberapa aspek seperti memperjuangkan kenaikan elaun menyediakan akses pendidikan lebih tersusun untuk mempertingkatkan keilmuan guru Kafa sekali gus mencari jalan memantapkan ekonomi persatuan,” katanya.

Menurutnya, pintu perbinca-ngan ke arah memantapkan peranan persatuan perlu dibuka dengan mengalu-alukan percambahan buah fikiran bukan sahaja dalam kalangan ahli sebaliknya daripada orang luar.

Ejen pembangunan modal insan

Dalam pada itu, menurutnya, mereka perlu menjenamakan semula peranan masyarakat tidak hanya sebagai pendidik.

Zulkifli berkata, guru Kafa perlu mentransformasi diri sebagai ejen pembangunan modal insan.

“Mereka mesti menjuarai peranan membangunkan modal insan dengan mengambil kira beberapa isu nasional melibatkan gejala sosial seperti kes pembuangan bayi menjadi antara bahan pengajaran mereka,” katanya.

Kebajikan lebih terjaga

Guru Kafa ditemui, Zairos Zawawi, 34, berkata, melalui persatuan, nasib guru Kafa lebih terbela apabila terdapat ruang untuk setiap ahli membangkitkan pelbagai isu berkaitan.

Menurutnya, jika sebelum ini sebarang permasalahan dihadapi hanya disebarkan sesama guru, tetapi dengan adanya persatuan menjadikan suara guru Kafa lebih didengari.

“Sebelum ini, kami selalu merungut berhubung elaun RM500 sebulan yang dirasakan tidak mencukupi.

“Selepas ini, mungkin melalui suara persatuan kami boleh membangkitkan isu ini tanpa perlu rasa bimbang,” katanya.

Guru Kafa Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, Nor Asma’ Mohd Zin, 32, berkata, persatuan dapat memantapkan bidang kerja guru Kafa.

“Pelbagai perkara dapat dikongsikan bersama untuk kepentingan pendidikan Kafa di setiap tempat sekali gus melahirkan generasi celik al-Quran.

“Sekalipun sudah lima tahun menjadi guru Kafa, tetapi ini pertama kali saya mendaftarkan sebagai ahli persatuan setelah menyedari persatuan ini mampu menjadi saluran memperjuangkan kebajikan kami,” katanya.

Selain itu, guru Kafa Sekolah Agama Rakyat Taman Andalas, Nur Aida Mat Jusof, 36, berkata, dia mengharapkan kebajikan guru Kafa selepas ini akan lebih terjaga.

Menurutnya, apabila mempunyai jumlah kumpulan besar seperti ini segala urusan permohonan untuk kepentingan mereka akan lebih diberi perhatian oleh pihak berkenaan.

“Isu elaun guru Kafa sudah lama dan kami amat berharap kenaikan elaun kerana dalam keadaan sekarang, jumlah itu memang tidak mencukupi.

“Tetapi ketika itu mungkin suara kami tidak didengar disebabkan kami hanya bercakap sesama sendiri sahaja. Berikutan itu, diharap persatuan dapat menyelesaikan isu elaun pada masa akaan datang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7628379.asp

4/29/10

Dato Tuan Ibrahim 6 Mei 2010 JOHOL


PIDATO PERDANA
Tarikh : 6 Mei 2010 / Khamis
Tempat : Dataran Ilmu, Kg Paya Renggoh, Johol, N.Sembilan
Masa : 9 malam

Penceramah :
Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Aminuddin, ADUN Sikamat
Ustaz Hassan Alias Al Hafiz, Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Politik 5 Mei 2010 Senawang


CERAMAH UMUM
Tarikh : 5 Mei 2010 (Rabu)
Tempat : Pusat Khidmat Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Masa : 9 malam

Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Cha Kee Chin , ADUN Bukit Kepayang
Chegubard , AMT PKR
Ust Riduan Mohamad Nor , EXCO Pemuda PAS Pusat
Ust Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijempu Hadir

Maklumat lanjut hubungi 019-2998345

http://mohdtaufek.blogspot.com/
http://dapcha.blogspot.com/
http://chegubard.blogspot.com/
http://tintajundi.wordpress.com/
http://pemudanegeri.blogspot.com/

4/28/10

KONVOI Palestin N.Sembilan 8 Mei 2010


KONVOI NASIONAL VIVA GAZA
Dari N.Sembilan ke Shah Alam
Tarikh : 8 Mei 2010 / SABTU
Masa : 5 petang
Berkumpul : Depan Pejabat JIM, Dataran Senawang

Sila bawa kenderaan sendiri, bendera Malaysia dan Palestin

Anjuran : Gabungan NGO N9, PACE, JIM, ABIM, PACE, TERAS, AQSA SYARIF, DLL

Maklumat lanjut hubungi Sdr Suhairi 019-2998345

***************************
PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN
Tarikh : 8 Mei 2010 / SABTU
Lokasi : Stadium Melawati, Shah Alam
Masa : 7.00 mlm hingga 11.30 mlm

Tetamu Jemputan
- Sheikh Hussein KH Awawidah, Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Perdana Global Peace Organisation
* Muslim Care

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Mu'adz.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org/

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org

Kepada anda yang tidak dapat hadir, harap dapat sebar luaskan maklumat ini kepada masyarakat sekitar dalam rangka membantu Palestin.

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke
Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

Hakisan dekat landasan

Berita Harian 28 April 2010

Penduduk harap KTMB perbaiki elak tragedi

PAJAM: Hakisan tanah yang semakin serius berdekatan landasan kereta api menyebabkan pemilik sebuah ladang di sini melahirkan kebimbangan terhadap keadaan di situ menjadi lebih buruk hingga membahayakan keselamatan kereta api dan komuter yang melalui kawasan itu. Francis Teo, 59, berkata hampir setiap hari beliau melalui jalan itu ke ladangnya dan berasa ngeri melihat keadaan hakisan bertambah buruk setiap hari. "Saya bimbang akhirnya hakisan tanah itu merebak hingga ke landasan itu. Saya tidak boleh bayangkan jika landasan itu roboh dan ada kereta api atau komuter melalui tempat itu," katanya yang mendedahkan keadaan ini kepada Berita Harian.

Beliau berkata, tanda hakisan itu semakin parah jelas kelihatan berdasarkan empat saluran air yang hanya beberapa meter dari landasan kereta api roboh dimakan hakisan.

Katanya, keadaan bertambah lebih serius ketika musim hujan kerana menyebabkan hakisan menjadi semakin teruk.

"Selain hujan, saya percaya ada aliran air dalam tanah yang menyebabkan hakisan bertambah teruk hingga tebing jalan runtuh dan berbahaya dilalui kenderaan.
"Gegaran kereta api dan komuter juga dipercayai memberi kesan terhadap keadaan ini kerana setiap kali kenderaan berat itu melalui kawasan ini, akar pokok yang bergegar boleh dilihat pada tebing jalan yang runtuh itu," katanya.

Francis berkata, akar pokok yang kuat menghalang hakisan bertambah buruk, tetapi jika pokok di situ pun tumbang akibat hakisan, dikhuatiri akhirnya hakisan itu merebak ke landasan kereta api.

Sehubungan itu, beliau berharap Kereta Api Tanah Melayu Bhd (KTMB) memeriksa keadaan di situ dan membaiki hakisan itu sebelum merebak dan membahayakan penumpang kereta api dan komuter.

Sementara itu seorang penduduk kampung berhampiran, Abdullah Ujang, 56, berkata hakisan itu asalnya hanya kecil, tetapi lama kelamaan bertambah besar seperti sekarang.

Katanya, jalan ini memang tidak begitu kerap dilalui penduduk kampung yang mempunyai pilihan lain tetapi penduduk bimbangkan keselamatan kereta api dan komuter yang melalui kawasan itu.

"Saya tidak tahu siapa pemilik tanah itu, sama ada KTMB atau pihak lain. Saya harap pihak berkuasa dapat melihat masalah ini kerana ia membabitkan keselamatan orang ramai.

"Masalah ini mungkin kelihatan kecil pada sesetengah pihak, tetapi saya khuatir ia akan menjadi besar pada masa depan jika tiada tindakan segera diambil," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati terdapat sekurang-kurangnya dua lokasi tanah runtuh berhampiran landasan kereta api.

Kebanyakan pengguna jalan di tepi landasan itu adalah penduduk kampung yang membawa hasil tanaman keluar dan pekerja ladang yang pergi ke pekan berhampiran.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Hakisandekatlandasan/Article

4/26/10

PAS et PKR 2 Mei 2010 PD, N.Sembilan

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 2 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Bandar Sunggala, Port Dickson
Penceramah :
cheGuBard
YB Taufek , ADUN Paroi (PAS)
YB Dato Kamarul , Ahli Parlimen Telok Kemang (PKR)

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

Bajet diPotong tapi Hari Guru Pecah Rekod


Bajet Kementerian Pelajaran banyak dipotong. Yang merana guru.
Tapi Kerajaan Negeri Sembilan nak buar Sambutan Hari Guru secara besar-BESARAN kononnya nak pecah rekod , nak masuk Malaysia Book of Records.

Ikuti kisahnya di laman Blog ADUN Paroi

******************************
Kita menerima maklumat bahawa banyak peruntukan untuk sekolah-sekolah yang telah dipotong dan ini menyebabkan banyak aktiviti-aktiviti sekolah yang tergendala.

Ada mesin fotostat terpaksa ditarikbalik , banyak pertandingan sukan-sukan tertentu dibatalkan, pelbagai latihan untuk guru dan pelajar diadakan dengan peruntukan yang sangat terhad, ada guru-guru yang terlibat dengan aktiviti ko-kurrikulum yang terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk menghantar pelajar-pelajar yang mewakili sekolah ke pertandingan-pertandingan sukan dan lain-lain.

Sebagai contoh Sambutan Hari Guru Tahun 2010 peringkat Negeri yang dimaklumkan akan disambut secara besar-besaran sehingga bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

Selaku orang yang diamanahkan bagi pihak Pakatan Rakyat NS untuk berperanan dalam Portfolio Agama, saya tanpa rasa jemu akan terus mendesak Kerajaan NS supaya menaikkan elaun guru-guru KAFA di Negeri Sembilan yang hanya berjumlah RM500 sahaja.

Walaupun kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan Kelas Agama Petang (KAP) tetapi masih ada sebahagian pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat (SARA) di bawah bimbingan guru KAFA yang hanya menerima elaun RM500 dari peruntukan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).

Elaun RM500 adalah dibawah garis kemiskinan yang ditetapkan di peringkat pusat ie RM750.

Harapan kita agar Kerajaan NS dapat mencontohi Kerajaan Pulau Pinang yang kerapkali dicop kononnya sebagai kerajaan anti Melayu / anti Islam dan juga Kerajaan Selangor yang telah menaikkan elaun guru-guru KAFA sehingga mencecah RM1000 , satu kali ganda lebih banyak dari elaun-elaun guru-guru KAFA di N.Sembilan.

Ucapan penuh Sidang DUN N.Sembilan ADUN Paroi di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/ucapan-sidang-dun-2010siri-2-terakhir.html

Tandas Hentian Bas N.Sembilan tiada air

Isu sebelum ini Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

********************************
Tandas ada, bekalan air pula sentiasa tiada
Utusan Malaysia 25 April 2010

JEMPOL 25 April - Apa masalahnya Tandas Awam Hentian Bas Bahau dekat sini apabila sering putus bekalan air sejak empat bulan lalu?

Sudahlah begitu, bayaran terhadap perkhidmatan sebanyak 30 sen masih lagi dikenakan ke atas orang ramai yang mahu ke tandas walaupun terpaksa menceduk air dari tong besar yang disediakan di dalamnya.

Lebih mengecewakan apabila tandas tersebut jarang dibuka, menyebabkan penumpang sukar untuk melepaskan hajat.

Utusan Malaysia yang meninjau lokasi berkenaan selepas mendapat rungutan orang ramai mendapati apa yang didakwa mereka ada kebenarannya.

Seorang peniaga, Mohd. Sufian Abd. Latif, 57, mendedahkan sudah hampir empat bulan tandas berkenaan tidak mempunyai bekalan air.

''Tengok-tengoklah apa yang berlaku di sini. Macam mana hendak ke tandas kalau air pun tiada.

''Kalaulah tandas tidak mempunyai kemudahan air, ini sepatutnya diatasi segera," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tambah Mohd. Sufian, kawasan itu tiada kemudahan tandas lain, selain yang sedia ada itu dan ia pastinya menyukarkan banyak pihak.

Seorang lagi peniaga, Zulkifli Alias, 44, meminta mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan ke atas seliaan tandas awam berkenaan segera memperbaiki kelemahan itu.

Dia juga mendakwa di kawasan berkenaan tidak mempunyai tong sampah yang besar untuk membolehkan orang ramai membuang sampah dengan lebih tertib.

''Tengoklah, sampah dibuang merata-rata tempat. Di pondok telefon pun, mereka buang sampah," katanya.

Zulkifli juga mendakwa, pernah dalam satu kejadian di mana surau di stesen itu dijadikan tempat minum arak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

''Bila surau itu dibuka 24 jam, beginilah jadinya sebab tiada pengawasan. Saya cadangkan selepas waktu isyak, eloklah surau itu dikunci dan dibuka semula pada solat subuh," ujarnya.

Dalam pada itu, pemandu bas yang enggan namanya disiarkan memberitahu, dia hairan kerana bekalan air di surau sentiasa ada, sedangkan di tandas selalu putus bekalan air.

''Saya membawa ramai pelancong dan keadaan ini amat memalukan. Bila ada orang yang mengadu dan merasa tidak selesa, kita perlu beri perhatian dan jangan cepat hendak melenting.

''Tengoklah masalah di tandas awam ini. Kami memerlukan bekalan air yang baik demi pengunjung dan pelancong," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Rakyat teraniaya, bil air tinggi di N.Sembilan


Sudah banyak laporan diterima bil air di N.Sembilan sejak diswastakan dibawah Syarikat Air N.Sembilan bil semakin tinggi. Ada yang dapat bil sebelum ni RM 40 , bila tukar meter naik RM 500.

Masalah air di N.Sembilan sebelum ini di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

4/23/10

Wakaf solat N.Sembilan dihuni anjing


Wakaf solat dihuni anjing

2010/04/16
PORT DICKSON: Menyedihkan apabila sebuah wakaf yang dijadikan tempat bersolat untuk kemudahan pengunjung kini tidak terurus dan dijadikan tempat tidur anjing liar di premis perniagaan di Kampung Telok Pasir Panjang di sini.

Walaupun keadaan persekitaran di kawasan itu dilihat amat cantik pada mata kasar dengan pemandangan pantai dan laut, tetapi sebaliknya turut tersembunyi situasi agak menjijikkan.

Ini berikutan tinjauan Metroplus, mendapati selain rumput yang tidak dipotong, keadaan longkang turut tersumbat dan tandas amat kotor, sekali gus menimbulkan kurang senang pengunjung.

Selain itu, terdapat wakaf yang dibina bagi mengerjakan solat, namun terbiar tanpa pengawasan sehingga menyebabkan anjing liar turut singgah ‘bermalam’ di situ.

Seorang peniaga, Zakaria Wahab, 52, berkata dia dan rakan peniaga lain KESAL DENGAN TINDAKAN PIHAK BERKUASA YANG MEMBINA WAKAF ITU TANPA MEMBUAT PINTU YANG BOLEH MENUTUP SELURUH KAWASAN BERKENAAN.

“Ketiadaan pintu di wakaf itu menyebabkan ia sering dimasuki anjing liar yang turut tidur menyebabkannya tidak lagi boleh dijadikan tempat bersolat dan perlu disamak.

“Berikutan itu, sekiranya ternampak ada pengunjung yang mahu menunaikan solat di situ, saya akan memberitahu jangan berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, DIA SUDAH BEBERAPA KALI MEMAKLUMKAN PERKARA ITU KEPADA PIHAK BERKAITAN, NAMUN MASIH TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL HINGGA KINI.

“SELAIN ITU, KEADAAN LONGKANG TANDAS YANG TERSUMBAT TURUT MENJADIKAN KAWASAN INI MENJIJIKKAN TERMASUK KEADAAN RUMPUT ATAU LALANG YANG TIDAK DIPOTONG.


“Ia menyebabkan saya dan beberapa rakan peniaga terpaksa mencuci tandas, namun ia perlu diperbaiki bagi memastikan kawasan premis bersih serta cantik,” katanya.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Kadir, 38, berkata dia terkejut apabila didatangi seseorang yang menghalangnya daripada bersolat di wakaf itu.

“Pada waktu itu, saya melihat surau berkenaan agak kotor kerana dipenuhi najis cicak lalu membersihkannya dengan kertas.

“Bagaimanapun, ketika mahu mengerjakan solat, seseorang datang memberitahu baru saja menghalau anjing yang tidur di di situ,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wakafsolatdihunianjing/Article

4/22/10

Kafir minta tak siar iklan judi di akhbar Melayu


Dunia betul-betul dah terbalik. Orang kafir pula yang desak kerajaan jangan benarkan akhbar berbahasa Melayu (Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan Kosmo lah tu) siar iklan judi.

Mana pergi suara orang Melayu agar mendesak dimansuhkan iklan judi dalam akhbar judi terutama parti orang Melayu yang teramai di dunia iaitu UMNO dan NGO orang Melayu yang paling lantang di dunia iaitu PERKASA ?

*************************
Mengenai cadangan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) supaya keputusan nombor ekor tidak disiarkan di dalam surat khabar berbahasa Melayu sebagai salah satu usaha membendung pembelian nombor ekor di kalangan orang Islam, Mohamad Sahfri berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada pihak media.

**************************
JAIP Bendung Pembelian Nombor Ekor Oleh Orang Islam
22 April, 2010 15:17 PM

KUANTAN, 22 April (Bernama) -- Pelbagai usaha dilakukan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi membendung dan menghalang kegiatan pembelian nombor ekor oleh orang Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata antara langkah yang dijalankan adalah operasi secara berterusan oleh bahagian penguatkuasaan JAIP terhadap premis-premis judi.

Beliau berkata Jaip juga membuat tangkapan dan seterusnya mendakwa individu yang terbabit ke Mahkamah Rendah Syariah.

"Setelah tangkapan dibuat, pihak penguatkuasaan akan mengadakan sesi kaunseling terhadap pesalah judi ini supaya tidak mengulangi perbuatan itu," katanya ketika menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (PAS-Semantan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri itu, di sini hari ini.

Mohamad Sahfri berkata selain itu, JAIP turut melakukan rondaan terhadap premis-premis judi bagi mencegah orang-orang Islam berkunjung ke tempat berkenaan.

Katanya pada masa akan datang, JAIP merancang menyediakan van bergerak yang akan berada di lokasi-lokasi menjadi tumpuan orang Islam membeli nombor ekor di mana beberapa orang pegawai penguatkuasa agama akan ditempatkan di dalam van berkenaan untuk tujuan pemantauan.

Mengenai cadangan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) supaya keputusan nombor ekor tidak disiarkan di dalam surat khabar berbahasa Melayu sebagai salah satu usaha membendung pembelian nombor ekor di kalangan orang Islam, Mohamad Sahfri berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada pihak media.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata kerja-kerja penggantian paip di semua daerah di Negeri Pahang adalah satu program yang berterusan.

Katanya pelaksanaannya bergantung kepada keutamaan dan peruntukan yang diperlukan adalah tinggi.

"Oleh itu kita menggunakan kaedah lain seperti pengurusan tahunan untuk memastikan paip-paip lama masih boleh berfungsi dengan baik," katanya ketika menjawab soalan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) mengenai cadangan pihak kerajaan menaiktarafkan perbekalan air di Pahang.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=492573

Pemimpin Umno masuk PAS di N.Sembilan

JELEBU, 21 APRIL - Dua orang pemimpin Umno bersama-sama 10 orang lagi meninggalkan Umno dan menyertai PAS di sini tengahari tadi.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Gelang, Mohd Nazri Ismail dan Ketua Wanita Umno dari cawangan yang sama, Rohani Aziz mengetuai penghijrahan bersejarah itu.

Mohd Nazri berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang menyerang peribadi calon PKR di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Dato' Zaid Ibrahim dengan mengaibkan beliau secara terbuka.

" Mengaibkan seseorang itu dengan mengungkit kisah lampau bukanlah ajaran Islam sebenar.

" Beliau telah pun berubah setelah menyertai Pakatan Rakyat, kenapa harus mengungkit kisah silam beliau dan mengaibkan sedemikan rupa", kesal Mohd Nazri.

Menurut Mohd Nazri Umno sudah menyimpang dari dasar perjuangan yang sebenar apabila hanya mementingkan kuasa dan materialistik tetapi langsung tidak memikirkan masalah rakyat yang semakin hari semakin genting.

" Atas sebab itu saya bersama-sama dengan Rohani dan rakan-rakan di dalam Umno mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan menyertai PAS kerana kepimpinan PAS merupakan kepimpinan Ulama.

" Manakala di dalam Umno yang kaya semakin kaya, tetapi rakyat yang miskin semakin miskin", kata Mohd Nazri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani pula menyelar sikap Umno yang melancarkan serangan peribadi ke atas Dato' Zaid dengan cubaan mengaibkan beliau dengan mengungkit kesilapan lampau.

" Ternyata Umno tidak mampu menjawab isu Apco dan Asia Soft dan mereka tidak mempunyai isu untuk mengkritik Pakatan Rakyat, maka mereka melakukan taktik murahan dengan menyerang peribadi Dato' Zaid.

" Sebagai umat Islam Umno sepatutnya mendoakan agar Dato' Zaid kekal dalam kebaikan bukannya menghina kesilapan masa lampau beliau", ulas Mohd Taufek yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS N.Sembilan.

Mohd Taufek berkata rakyat semakin matang dan tahu Umno cuba mengelak daripada menjawab pelbagai isu penting termasuk salah guna kuasa.

Sementara itu Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, mengingatkan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar beberapa Menteri Umno untuk mengaku bahawa mereka tidak pernah minum arak sebelum ini, tetapi tiada sesiapa pun yang dimaksudkan oleh Kit Siang bangun dan menafikannya.

" Bagaimana pula dengan isu meluluskan lesen kilang arak dan lesen judi?

" Siapa yang meluluskan semua ini jika bukan kerajaan Umno-BN", ujar Mohd Taufek.

Justeru itu Mohd Taufek meminta pengundi di Hulu Selangor membuat keputusan bijak dan mengambil iktibar dari insiden ini apabila Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar Sunnah demi mengukuhkan kuasa mereka.

Mohd Taufek menyeru pengundi Hulu Selangor agar tidak termakan dengan janji manis pilihanraya kecil ini oleh BN, kerana begitu banyak janji mereka di Bagan Pinang pun belum tertunai dan terlaksana lagi.

(Laman Blog YB Hj Taufek , ADUN Paroi , N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/ )

Di N.Sembilan orang keluar dari UMNO


Kalau di Hulu Selangor ialah berita orang keluar PKR. Tapi di Negeri Sembilan walaupun tiada pilihanraya kecil , orang di sana pula yang keluar UMNO.

Kisahnya di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/kempen-umno-di-prk-hulu-selangor.html

Coca Cola dalam Sidang DUN N.Sembilan


Kalau di parlimen isu APCO dibangkitkan. Tapi dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan isu pembinaan kilang Coca Cola di Nilai, N.Sembilan telah dibangkitkan. Cerita penuh di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/ucaoan-perbahasan-adun-paroi-dalam.html

Dua tahun guna jalan berlumpur

Sinar Harian 22 April 2010

TALANG, Kuala Pilah – Sudah lebih setahun, penduduk Kampung Padang Kerbau terpaksa mengharungi jalan berlopak, rosak dan berbatu-batu serta berlumpur kerana jalan rosak disebabkan lori membawa kayu getah yang menggunakan laluan itu.

Lebih teruk, ada sesetengah penduduk kampung tidak dapat keluar dari rumah untuk ke pekan berikutan kesan tanah merah daripada pemotongan kayu getah menutupi jalan raya tersebut apabila hari hujan hingga menyebabkan jalan licin dan berlumpur tebal.

Ganggu aktiviti

Penduduk yang lebih dikenali sebagai Induk, 56, berkata, rumahnya terletak di penghujung jalan dan apabila hujan lebat, kesan tanah merah akan meliputi atas jalan itu hingga menyebabkan jalan licin dan berlumpur.

“Saya bawa motor, kadangkala memang tidak boleh lalu kerana lumpur terlalu tebal. Apabila hujan, tanah merah menuruni bukit dengan air lumpur hingga ke jalan.

“Walaupun ada jalan pintas menembusi ke Kampung Gemetir tetapi jalan tersebut terlalu jauh untuk berpatah balik ke pekan Tanjung Ipoh,” katanya.

Menurutnya, jalan kampung itu sebelum ini pernah dinaiktarafkan tetapi kini sudah dua tahun tidak pernah diturap semula hingga menyebabkan jalan utama penduduk kampung rosak teruk,

“Jalan kampung ini, sering kali digunakan penduduk kampung lain untuk ke Seremban kerana cepat dan menjimatkan masa.

“Begitu juga dengan penduduk masyarakat Orang Asli keluar kampung untuk menjual hasil hutannya iaitu petai,” katanya.

Induk berkata, difahamkan, pernah tauke pemotong kayu getah memaklumkan akan menurap jalan semula akibat kerja-kerja pemotongan hingga menyebabkan jalan rosak tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan positif.

“Sudah dua tahun, penduduk kampung menunggu tetapi seolah-olah dipandang sepi sahaja. Kami tidak minta apa-apa tetapi sekadar menurap semula jalan rosak akibat kerja-kerja membawa kayu getah keluar dari kampung.

Majoriti warga emas

Sementara itu, Abu Zarin Md Yunus, 61, berkata, kampung ini mempunyai 10 buah rumah dan kebanyakannya adalah warga emas.

“Walaupun tidak banyak rumah tetapi jalan ini adalah keutamaan untuk kami di sini. Memang susah jika hendak melalui jalan ini terutama kereta. Jalannya yang sempit jika menimbulkan kesukaran ketika kereta berselisih.

“Kadangkala ada terpaksa berundur untuk mencari tempat sesuai,” katanya.

Zarin berkata, anak-anak menyatakan rasa ketidakpuasan hati melihat keadaan jalan teruk hingga ada mengatakan sukar mahu balik ke kampung apabila terpaksa melalui jalan rosak dan berlumpur.

“Terdapat lubang jalan di sini yang boleh mengakibatkan kemalangan terutama kepada penunggang motosikal. Keadaan waktu malam yang tidak nampak menyukarkan pengguna jalan raya.

“Walaupun ada lampu jalan tetapi cahaya tidak menerangi semua jalan. Ada sesetengah kawasan bergelap,” katanya.

Dia bimbang jika penduduk dari kampung luar melalui jalan itu dan tidak perasan ada lubang, pasti kemalangan akan berlaku.

“Diharapkan pihak berkaitan dapat meninjau jalan kampung ini supaya memberi keselesaan kepada penduduk.

“ Selain jalan tidak berturap, masalah wayar elektrik turut membimbangkan penduduk kampung,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini wayar elektrik di hadapan rumahnya dihempap pokok.

“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan dan mereka membaikinya tetapi wayarnya terlalu rendah hingga mengundang bahaya.

“Bimbang sebelum berlaku perkara tidak diingini, lebih elok kita mengelaknya,” katanya.

JKKK bertindak

Zarin berkata, bukan tujuan membelakangi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Talang kerana mengetahui beliau sedang berusaha mengatasi masalah itu.

“Bagaimanapun, tindakan ini sekadar memohon kepada pihak berkaitan supaya membantu penduduk kampung membaiki jalan supaya memberi keselesaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian menghubungi Pengerusi JKKK Kuala Talang, Sahari Piei untuk mendapat maklumat berkenaan masalah tersebut.

Beliau berkata, permohonan sudah dilakukan pada 2008 tetapi, pihak berkaitan masih tidak memberi apa-apa jawapan dan difahamkan masih dalam proses.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7598652.asp

4/21/10

Dewan kecoh gara-gara gambar

Sinar Harian 21 April 2010

SEREMBAN – Hari kedua Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-12, di sini semalam ‘kecoh’ seketika apabila wakil rakyat pembangkang membantah usul dibawakan salah seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Semuanya bermula apabila Datuk Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) ketika membentangkan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pada usul tersebut, Zainal Abidin meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kafe siber yang tidak menepati syarat ditetapkan untuk beroperasi di bandar ini.

Bagaimanapun, pembahasan Zainal Abidin itu mengundang kemarahan wakil rakyat pembangkang apabila beliau mendedahkan ada kafe siber di sebuah bandar di negeri ini patut dikenakan tindakan kerana menggantung gambar ahli politik pembangkang.

Tindakan Zainal Abidin itu menyebabkan Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP-Lobak) dan Cha Kee Chin (DAP – Bukit Kepayang) bingkas bangun dan berlaku sesi pertikaman lidah meminta Zainal Abidin menarik balik kenyataan kerana menyentuh hal peribadi.

Zainal Abidin bagaimana pun tetap tidak mempedulikan bantahan, sebaliknya meneruskan ucapan bahasnya menyebabkan seorang lagi wakil rakyat pembangkang, Teo Kok Seong (DAP-Bahau) turut bangun membantah.

Bagaimanapun, situasi kembali reda apabila Zainal Abidin tetap meneruskan ucapan pembahasannya dengan menyentuh isu lain pula.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7596139.asp

4/16/10

Najib temui penyelamat Yahudi di Amerika


Perdana Menteri Malaysia telah menemui Muhtar Kent (CEO Coca Cola) di Amerika Syarikat pada 15 April 2010 , Muhtar Kent ialah pewaris yang menyelamatkan bangsa Yahudi di Eropah ketika Perang Dunia Ke 2.

Pendedahannya pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/najib-temui-penyelamat-yahudi-di.html

4/15/10

Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan


Cerita masalah pekerja ladang di N.Sembilan sebelum ini :
Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2007/12/keluhan-pekerja-ladang-n.html

Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/04/apalah-nasib-pekebun-peneroka-nsembilan.html

Penduduk Kg. Gatco Hilang Kepercayaan Pada UMNO / BN http://pasjelebu.blogspot.com/2008/01/penduduk-kg-gatco-hilang-kepercayaan.html

*****************************
Rakyat tagih janji hak milik tanah
Sinar Harian 15 April 2010

SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.

Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.

“Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami simpan,” katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan berhubung masalah dialami.

Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.

“Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan keprihatinan kerajaan menyelesaikannya,” katanya.

N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.

Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.

“Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri setelah sekian lama berbakti,” katanya.

Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 peneroka asal lain.

Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.

Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya tinggal janji sahaja.

“Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, namun ternyata sia-sia,” katanya.

Terasa dianaktirikan
Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.

“Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya tidak berasa dianaktirikan sesiapa,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik dalam mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu akan menjadi lebih sukar.

“Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan waris,” katanya.

Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.

“Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.

“Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan berlandas kebenaran,” katanya.

Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.

MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang meneliti sejarah kes berkenaan.

“Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7566955.asp

4/14/10

Selidik latar belakang penceramah jemputan

Sinar Harian 14 April 2010

SEREMBAN – Semua jawatankuasa masjid di negeri ini diberi amaran supaya tidak menjemput penceramah tanpa tauliah pada majlis agama dianjurkan.


Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mana-mana ahli jawatankuasa masjid didapati gagal mematuhi arahan itu akan diminta meletakkan jawatan atau dilucutkan tugas.

“Baru-baru ini, dua masjid di sekitar Seremban dikesan memberi kebenaran kepada imam tidak bertauliah memberi khutbah Jumaat tanpa mengikut teks dibekalkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Nazir di dua masjid terbabit diberi amaran keras bagi memastikan kesalahan itu tidak diulangi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Sekolah dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-9 Sekolah Kebangsaan (SK) Sikamat dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri, Datuk Mohammad Razil Kail; Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdullah Mohammad dan Guru Besar SK Sikamat, Kamarudin Abu Hasan.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, arahan sama turut dikuatkuasakan ke atas majlis agama membabitkan penceramah bukan warga tempatan.

“Sebenarnya, saya tidak faham mengapa orang kita terlalu taksub menjemput penceramah agama negara jiran tanpa menyiasat latar belakang mereka terlebih dahulu.

“Sedangkan kita mempunyai ramai penceramah agama tempatan bertauliah dengan kelayakan akademik peringkat sarjana atau doktor falsafah,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak pernah berhasrat mencegah kegiatan ceramah agama atau menyulitkan umat Islam untuk menimba ilmu agama.

Bagaimanapun kata Mohamad, sistem pentauliahan perlu dikuatkuasakan bagi mengawal penyebaran dakyah songsang atau ekstremisme menerusi ceramah agama.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7564672.asp

Konvoi Viva GAZA 8 Mei 2010 Malaysia



KONVOI VIVA GAZA DAN PERHIMPUNAN PERDANA
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam.

Usaha Yang Digerakkan Oleh Gabungan NGO-NGO Dunia Demi Membantu Gaza Yang Kini Dibina Tembok Sekelilingnya Untuk Membunuh Rakyatnya

Anjuran : http://www.lifeline4gaza.org/ & http://www.vivapalestinamapim.blogspot.com/

Rombongan kapal dari Turki akan bergerak memecahkan tembok maut Israel. Bermula dengan konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010 dan pertengahan Mei akan masuk ke GAZA.

AYUH ! BEBASKAN MEREKA DARI TEMBOK MAUT ISRAEL !

KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

MAPIM adalah komuniti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Sasaran penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Objektif program adalah sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi ini dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi 019-4747141

BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL-AQSA !

4/13/10

Tak habis habis roboh gerai Melayu

Bukan di Pulau Pinang ye, tapi di Negeri Sembilan.

Laporan nasib malang peniaga-peniaga Melayu di Negeri Sembilan sebelum ini di http://pasns.blogspot.com/2010/04/nasib-malang-peniaga-melayu-nsembilan.html

*****************************
Rayu MPN pertimbang roboh gerai
Sinar Harian 13 April 2010

SENAWANG – Tiga rakan kongsi perniagaan kedai makan di Fasa 3 Taman Tuanku Jaafar (TTJ) berharap Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dapat mempertimbangkan kembali arahan merobohkan beberapa gerai di situ.

Mereka mendakwa, sebelum ini ketika mesyuarat diadakan secara bersama antara MPN dan peniaga di Fasa 1, 2 dan 3 TTJ, pihak Majlis memberitahu perpindahan peniaga di Fasa 3 akan ditangguhkan dahulu.

Sulaiman Abdul, 46, berkata, sememangnya dia mengakui berniaga tanpa menggunakan lesen namun segala urusan surat menyurat membuat permohonan mendapatkan lesen sudah dibuat tetapi tidak diluluskan.

“Saya minta lesen untuk berniaga di sini tetapi tidak diterima. Apabila kita berniaga di sini sejak beberapa bulan dan terpaksa mengeluarkan kos berpuluh ribu ringgit, MPN mahu robohkan dengan alasan tempat tidak sesuai.

“Kami tidak ganggu perjalanan orang lain dan saya sendiri sudah mendapatkan surat perjanjian menggunakan lokasi tanah persendirian untuk berniaga, tetapi tidak boleh juga,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya amat berharap masalah itu dapat dibincangkan semula MPN bersama peniaga yang rata-ratanya menjadikan sumber pendapatan utama.

“Isu ini mula timbul selepas peniaga Fasa 1 dan 2 membuat rungutan mengapa mereka sahaja perlu dipindahkan tidak kepada peniaga Fasa 3,” katanya.

Rakan kongsinya, Fauzi Mohd Zin 39, berkata, disebabkan masalah itu, dia mula buntu memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki disebabkan tidak mempunyai pekerjaan lain.

“Sebelum ini saya berniaga kecil-kecilan, tetapi sekarang saya bersama rakan membuka kedai makan. Bagaimananpun, tiba-tiba jadi macam ini pula.

“Saya harap MPN dapat beri kelonggaran kepada kami untuk terus berniaga di sini kerana mahu menyediakan tapak kedai ini mengeluarkan modal ribuan ringgit,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Setiausaha Persatuan Penduduk TTJ Selatan, Shamsul Kamal Ali, 36, berkata, sebagai penduduk yang tinggal di kawasan itu, dia amat berharap gerai itu dapat dibiarkan beroperasi di situ.

“Bayangkan kalau semua berpindah ke Medan Selera TTJ, jauh untuk kita membeli di sana. Malah, ini juga untuk keselamatan kanak-kanak kerana jika tidak mereka akan berjalan kaki untuk membeli makanan.

“Apa yang saya nampak gerai ini langsung tidak mengganggu penduduk dan berharap MPN dapat memberi kelonggaran kepada mereka untuk terus beroperasi,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini pernah mengeluarkan rungutan peniaga Fasa 1 dan 2 TTJ apabila tidak berpuas hati kerana peniaga di Fasa 3 boleh terus beroperasi seperti biasa sedangkan mengikut arahan sebenar semua peniaga perlu berpindah ke Medan Selara TTJ awal tahun ini.

Sinar Harian difahamkan peniaga gerai sementara di Fasa 1, 2 dan 3, Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di sini sebenarnya diberi arahan berpindah pada Januari lalu, namun ketika itu penguatkuasaan lebih diberi keutamaan kepada peniaga Fasa 1 dan 2.

Dalam pada itu, sebelum ini Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif pernah mengeluarkan kenyataan pihak majlis tidak memindahkan peniaga ke lokasi baru sewenang-wenangnya tanpa ada sebab munasabah hingga menjejaskan sumber pendapatan mereka.

“Gerai sebelum ini di lokasi lama sudah lebih 10 tahun dan kita menerima rungutan daripada penduduk setempat yang merasa kurang selesa dengan keadaan itu kerana gerai tersebut mengundang kesesakan lalu lintas.

“Jadi, kita ambil tindakan memindahkan mereka ke lokasi baru dan bukannya kita tidak bagi mereka berniaga sedangkan selama ini kita sudah terlalu lama membiarkan mereka berniaga di situ,” katanya.

Beliau turut mengingatkan peniaga supaya berniaga dengan lesen dan di lokasi tidak menjejaskan orang lain.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7558762.asp

Runsing bekalan air sering terputus

Sinar Harian 13 April 2010

TAMAN SETIA – Terputus bekalan air bukanlah satu masalah luar biasa dihadapi penduduk sekitar Taman Setia, Pasir Panjang dan Kampung Sungai Sekawang apatah lagi apabila berlaku pada musim panas sekarang ini.

Gangguan bekalan air didakwa dialami penduduk di sini sejak tiga tahun lalu dan pelbagai laporan kepada pihak berkenaan sudah dilakukan, namun sehingga kini masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan serta merunsingkan mereka.

Menurut penduduk, Siti Khadijah Mohd Talha 29, hampir 30 tahun tinggal di sini, masalah gangguan bekalan air tidak pernah berlaku dan hanya tiga tahun lalu masalah ini mula timbul.

“Laporan dan aduan sudah dilakukan kepada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), namun masalah tetap tidak dapat diselesaikan. Saya juga tidak tahu sejauh mana pihak Sains mengambil tindakan terhadap laporan di buat.

“Laporan sudah dibuat berulang kali sehingga menjadi rutin penduduk menghubungi Sains daerah setiap kali berhadapan masalah ini,” dakwanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Siti Khadijah mendakwa, Sains daerah memaklumkan masalah gangguan bekalan air ini berpunca daripada kerja-kerja membersihkan dan mencuci tangki utama di Linggi dan beberapa alasan agak kurang munasabah.

“Alasan sama sering diberikan mereka setiap kali masalah bekalan air berlaku. Selain itu mereka juga memaklumkan bahawa kedudukan rumah kami di kawasan tanah tinggi. Alasan membersihkan tangki yang diberikan tidak masuk akal kerana dalam masa seminggu, tiga hingga empat kali bekalan air terganggu.

“Yang menjadi persoa-lan, mengapa masalah gangguan bekalan air hanya timbul sejak tiga tahun lalu sedangkan berpuluh tahun sebelumnya perkhidmatan ini berjalan dengan baik. Pasti ada punca dan pihak Sains perlu memberitahu puncanya kepada kami sebagai pelanggan. Mengapa perkhidmatan mereka menunjukkan satu masalah, bukannya satu peningkatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Siti Khadijah berkata, lebih mendukacitakan, pihak Sains pernah memaklumkannya bagi menghantar bekalan air melalui lori tangki ketika gangguan bekalan agak serius, namun ia didakwa tinggal janji.

“Seharusnya pihak bertanggungjawab perlu peka dengan masalah dan keadaan ini,” katanya.

“Perkara ini bukan satu masalah baru, tetapi mengapa perlu berulang? Tidakkah pihak bertanggung-jawab dapat mencari satu cara menyelesaikannya bagi jangka masa panjang,” kata seorang lagi penduduk, Siti Zuraidah Mad Syarif, 32, dari Kampung Sungai Sekawang.

Menurutnya, mengapa masalah ini masih gagal diatasi sedangkan sudah lama berlarutan.

”Sepatutnya, perancangan jangka masa panjang sudah difikirkan lebih awal bagi mengelakkan perkara seperti ini yang berlarutan dan mengganggu kesele-saan pelanggan mereka.

“Akibat gangguan beka-lan air ini, keselesaan dan rutin harian kami menjadi kelam kabut. Dahulu ada juga mereka memberikan notis pemberitahuan ketiadaan air, tetapi sekarang perkara sebaliknya terjadi malah gangguan bekalan air semakin kerap berlaku,” dakwanya.

Menurutnya, walaupun terganggu, bayaran bil tetap dilunaskan.

“Saya sendiri tidak pernah terlewat membayarnya. Saya berharap perkhidmatan diberikan dapat dipertingkatkan pada ma-sa akan datang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7559223.asp

Pergi hospital N.Sembilan pesakit bawa kipas


Sistem penghawa dingin di Hospital Seremban dan Port Dickson baru dapat dipulihkan. Selama ini pesakit yang tak tahan cuaca panas, terpaksa membeli sendiri kipas tambahan.

Para petugas hospital telah membantu mengikut kemampuan untuk memberi keselesaan kepada pesakit.

Entah di mana silapnya, peruntukan kerajaan untuk membaiki sistem hawa dingin mengambil masa yang lama sehinggakan pesakit terpaksa membawa sendiri kipas tambahan.

Apakah menterinya sibuk pemilihan MCA sebelum ini ? Apakah bajet kerajaan tak cukup ?

Sepatutnya diadakan kempen derma kipas-kipas kepada hospital untuk meringankan beban pesakit sebelum ini. Tapi apa kan daya, maklumat ini tidak diketahui umum sebelum ini.

Sepatutnya bukan pihak hospital yang minta maaf. Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan yang sepatutnya minta maaf.

***************************
Hot conditions cool down at two hospitals in Seremban
The Star 13 April 2010

SEREMBAN: There’s cool news for staff and patients at the Port Dickson Hospital, who have been suffering from intense heat for months.

The malfuctioning air-condition system at the Coronary Care Unit (CCU) is to be replaced this week.

The other hot problem over at Tuanku Ja’afar Hospital’s CCU had also been rectified, with the air-conditioning up and running, said Negri Sembilan health director Datin Dr Zailan Adnan.

In the meantime, the PD Hospital management had provided an alternative cooling system to ensure the comfort of patients.

TJH director Dr Jaafar Che Mat, in a statement, said the hospital had bought four units of air-coolers and replaced three air-conditioners which had malfunctioned.

”The air-coolers were sent to the CCU last Saturday, while the three air-conditioners were installed the following day.

Dr Ja’afar apologised to the patients for the inconvenience caused.

The Star had highlighted the “hot” plight of patients at both hospitals recently.

The patients’ families were forced to buy table fans as the heat became unbearable.

One family at TJH had to buy a RM1,500 portable air-conditioning unit.

However, the families expressed their gratitude to the medical teams who tried their best to make the patients comfortable.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F4%2F13%2Fnation%2F6044547

Temui Mahfuz Omar 14 April di Kuala Pilah

CERAMAH UMUM
Pada : 14h April 2010 / Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Terachi, Kuala Pilah (Hadapan Sek. Keb. Yam Tuan Hitam)

Penceramah :
YB Dato' Mahfuz Omar
Sdr. Faris Musa
Sdr. Zulkefly Omar

Info lanjut di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com

4/12/10

Kempen: Jangan terpedaya janji pemimpin Umno/BN

PORT DICKSON, 12 April: Masyarakat India di empat ladang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang kecewa berikutan perumahan sempurna dan bantuan kewangan yang dijanjikan Umno/Barisan Nasional (BN) ketika kempen, hanya janji palsu.

Kekecewaan itu kemudian mendorong 67 penduduk di empat ladang berkenaan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Justeru, M Selua berharap pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor berwaspada supaya tidak mudah terpedaya dengan mulut manis pimpinan Umno-BN.

“Orang Hulu Selangor, jangan beri BN menang tapi lebih baik sokong PKR. Sekarang orang BN mesti sibuk cuci otak orang Hulu Selangor. BN selalu cakap macam-macam untuk menang. MIC memang kaki tipu," katanya.

“BN tipu sama kita. Mereka janji mahu beri wang. Dia kata mahu beri rumah di Ladang Siliau, itu pun tidak ada. BN tidak tolong kami, kami susah. BN bagi duit enam bulan sahaja kemudian tidak ada lagi," kata Kalimah a/p Kupun pula sebagaimana laporan www.tvselangor.com.

Kalimah juga kecewa dengan tindakan Umno BN selepas dijanjikan 150 rumah melalui projek perumahan kos rendah (PPRT) di Ladang Siliau, mukim Port Dickson tapi tidak ditunaikan sehingga kini.

Malah, beliau berkata bantuan wang tunai berjumlah RM300 sebulan yang dijanjikan kepada penduduk estet cuma dilaksanakan selama beberapa bulan, kemudian dihentikan begitu sahaja.

M Selua Raju pula berang dengan cakap-cakap kosong pimpinan Umno-BN yang menyifatkan kerajaan Pusat hanya memanipulasi kaum India di kawasan tersebut.

“Masa undi, janji mahu bagi RM300 tapi sudah menang terus stop (henti). BN tipu semua orang. BN semua kaki tipu. Masa mahu undi macam-macam cakap tapi selepas itu tidak datang jenguk lagi," katanya.

N Tamil Maran pula mempersoal siapa yang mengaut keuntungan terhadap tanah 15 ekar – lokasi yang sepatutnya didirikan 150 rumah PPRT kepada penduduk empat ladang estet.

“Kita tanya sama ketua-ketua MIC, berapa mereka dapat tapi semua diam saja. Kalau dapat wang dapat, beri pada sekolah atau surau. Kawasan ini lebih kurang 15 ekar, RM20,000 boleh dapat,” katanya.

Pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang 11 Oktober lalu, calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang memperolehi 8,013 undi menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25987:kempen-jangan-terpedaya-janji-pemimpin-umnobn&catid=1:utama&Itemid=50

Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat

GAMBAR HIASAN

Eloknya Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO dan semua wakil rakyat di Negeri Sembilan ini pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi hantar anak sekolah naik bas. Baru mereka tahu betapa susahnya rakyat di Negeri Sembilan mendapatkan perkhidmatan bas.

Beberapa certia mengenai betapa daifnya perkhidmatan bas di Negeri Sembilan selepas laporan akhbar di bawah.

***********************
Jalan kaki 1km dapatkan bas
Berita Harian 12 April 2010

Penduduk bina pondok kayu ketika tunggu pengangkutan awam

SENAWANG: Kekurangan perkhidmatan bas awam di Taman Pinggiran Senawang di sini, sejak dua bulan lalu menyukarkan penduduk taman ini ke pusat bandar bagi melakukan pelbagai urusan harian. Penduduk terpaksa berjalan kaki ke perhentian bas di luar taman perumahan itu sejauh kira-kira satu kilometer untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Selain itu, ketiadaan perhentian bas yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan di taman perumahan itu memaksa perhentian sementara dalam bentuk pondok kayu beratapkan zink dibina untuk membolehkan penduduk berlindung dari panas dan hujan ketika menunggu bas.

Tinjauan Berita Harian mendapati tiada perhentian bas disediakan di kawasan taman perumahan itu menyebabkan penduduk terpaksa berjalan jauh menuju ke perhentian bas di Jalan Seremban-Rantau. Keadaan ini cukup membebankan, terutama kepada wanita dan warga emas.

Suri rumah, Hamidah Mohd Nor, 46, berkata bas yang selalu memasuki taman perumahan itu sebelum ini tidak lagi muncul sejak dua bulan lalu.

"Saya terpaksa berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk ke perhentian bas di Jalan Seremban-Rantau dan mengambil masa selama 30 minit menuju ke Seremban Selatan untuk menaiki bas yang sebelum ini kerap dilihat melalui taman perumahan ini," katanya.
Katanya, terdapat penduduk yang berjalan kaki ke Jalan Seremban-Tampin untuk menunggu bas kerana lebih senang mendapatkan bas di tepi jalan utama itu.
Sehubungan itu, Hamidah menggesa pihak berkuasa memandang serius terhadap kesusahan yang dialami oleh ramai penduduk kawasan itu yang terdedah dengan cuaca panas dan hujan.

Peniaga, V Kavary, 54, pula berkata penduduk juga terpaksa memanggil teksi untuk ke sesuatu destinasi akibat kekurangan bas yang memasuki kawasan ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Jalankaki1kmdapatkanbas/Article

**************

BAYANGKAN JIKA KITA DI TEMPAT MEREKA :

Penduduk mohon sediakan bas http://pasns.blogspot.com/2009/11/penduduk-mohon-sediakan-bas.html

Dua jam tunggu bas di Kuala Pilah hendak ke Batu Kikir http://pasns.blogspot.com/2006/06/dua-jam-tunggu-bas-di-kuala-pilah.html

Stesen Bas Linggi Terbengkalai http://pasns.blogspot.com/2009/10/stesen-bas-linggi-terbengkalai.html

50 TAHUN MERDEKA JELEBU TIADA BAS http://pasjelebu.blogspot.com/2008/02/50-tahun-merdeka-jelebu-tiada-bas.html

Bas di N.Sembilan macam zaman Jepun http://pasns.blogspot.com/2007/02/bas-di-nsembilan-macam-zaman-jepun.html

Lima tahun tunggu bas http://amkns.blogspot.com/2010/01/lima-tahun-tunggu-bas.html

Mano Poi Bas kek Labu, N.Sembilan http://amkns.blogspot.com/2009/12/mano-poi-bas-kek-labu-nsembilan.html

Stesen tahi burung http://amkns.blogspot.com/2009/10/stesen-tahi-burung.html

Demonstrasi minta hentian bashttp://amkns.blogspot.com/2008/12/demonstrasi-minta-hentian-bas.html

Stesen bas, teksi Pulau Sebang usang http://amkns.blogspot.com/2008/11/stesen-bas-teksi-pulau-sebang-usang.html

Bagan Pinang , pengangkutan awam N.Sembilan teruk http://pasns.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-pengangkutan-awam.html

TERMINAL PENGANGKUTAN LESU http://pasns.blogspot.com/2010/03/jangan-jadikan-nsembilan-darul-filun.html

PAS Rembau lulus usul henti Coca Cola


4/11/10

Rumah atau kubur?

Sinar Harian 11 April 2010

PORT DICKSON – Bosan dengan masalah banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada kerja naik taraf jalan raya yang tergendala, seramai 24 penduduk Rumah Rakyat Pasir Panjang, dekat sini, bertindak membakar salinan geran sebagai simbolik kemuncak kekecewaan mereka, semalam.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengisytiharkan kawasan rumah tersebut sebagai ‘tapak cadangan tanah perkuburan baru’ dan rumah di situ dianggap sebagai ‘homestay mencari maut’ dengan sewaan hanya 99 sen semalam.

Demonstrasi dianjurkan penduduk Rumah Rakyat Pasir Panjang itu turut disertai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan atau ‘Gempak’.

Timbalan Pengerusi Gempak, Rahimuddin Md Harun yang juga salah seorang pemilik rumah berkata, penduduk Rumah Rakyat berkenaan melakukan demonstrasi sedemikian sebagai tanda kecewa dengan masalah menimpa sejak kira-kira enam tahun lalu.

Segalanya berpunca daripada kerja naik taraf jalan dari Pasir Panjang hingga pekan Linggi berdekatan kawasan perumahan membabitkan 32 rumah yang dikatakan punca utama banjir lumpur serta masalah habuk.

Selain itu, mereka mendakwa kerja naik taraf yang terbengkalai mengundang bahaya terutama kepada pemilik rumah yang terletak di hada-pan kerana keadaan selekoh yang memungkinkan berlaku kemalangan jalan raya.

“Telah banyak aduan dikemukakan, malah laporan polis dibuat bagi menyatakan rasa tidak puas hati kami berhubung pembinaan pembesaran jalan di depan rumah kami ini.

“Jadi, pada hari ini kita lakukan simbolik papan tanda pembukaan perkuburan baru sebagai tanda protes rakyat yang amat bimbang terhadap keselamatan mereka. Penduduk sentiasa dibayangi ‘perasaan maut’ menunggu mereka jika berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kontraktor memberitahu jalan itu masih dalam pembinaan, tetapi masa diambil untuk naik taraf itu terlalu lama menyebabkan penduduk sudah hilang sabar serta tertekan kesan akibat kelewatan itu.

“Kita tak membantah pembangunan tetapi janganlah kerana pembangunan, keselesaan dan hak penduduk diabaikan begitu saja. Cara mereka menguruskan pembinaan jalan ini amatlah menghampakan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi itu, semalam.

Menurut Rahimuddin, disebabkan kemarahan penduduk semakin memuncak, mereka sepakat membakar tiga salinan geran sebagai simbolik kekecewaan serta ‘putus asa’ terhadap aduan yang dikemukakan selama ini termasuk kepada wakil rakyat, Jabatan Keraja Raya (JKR) dan Kerajaan Negeri yang nampaknya tidak ada jalan penyelesaian.

“Tak guna kita ada geran rumah dan bayar cukai pintu setiap tahun tetapi masih dianaktirikan. Kami rasa lebih baik jadi ‘setinggan’, sekurang-kurangnya kalau setinggan, kita dapat pampasan daripada kerajaan,” katanya.

Rahimuddin berkata, pemilik rumah di situ tidak pernah diberi sebarang pampasan berikutan kejadian banjir lumpur yang kerap berlaku sebelum ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7549694.asp

Mana pampasan RM15,000?

Sinar Harian 11 April 2010

PORT DICKSON – Pemilik Rumah Rakyat Pasir Panjang, di sini, mendakwa kontraktor terbabit dengan kerja naik taraf jalan berhampiran rumah mereka mengaku telah memberi pampasan kepada penduduk sebanyak RM15,000 seorang.

Pampasan itu dipercayai sebagai bayaran ganti rugi akibat masalah banjir dihadapi penduduk sejak kira-kira enam tahun lalu.

Bagaimanapun, dakwaan itu menimbulkan tanda tanya pemilik rumah di situ kerana mereka sebenarnya tidak pernah menerima sebarang pampasan dimaksudkan.

Pemilik rumah, Md Harun Abd Ghani, 77, berkata, sebelum ini kontraktor terbabit kerja naik taraf jalan mengakui memberi pampasan kepada penduduk, bagaimanapun dia tidak pasti kesahihannya.

“Dia (kontraktor) kata dia sudah bagi RM15,000. Tapi sampai sekarang kita tak dapat pun wang pampasan itu,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, penduduk telah membuat satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas.:

Md Harun juga mengaku tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkaitan bagi menangani isu berkenaan sehingga menyebabkan ada antara pemilik rumah terpaksa mengosongkan rumah begitu sahaja kerana tidak tahan mengharungi banjir setiap kali hujan.

“Apa saja bantahan dibuat, mereka saja yang betul. Semua aduan kita tidak ada jawapan sehingga hari ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas me-ngadakan demonstrasi, di sini, semalam.

Bagi Siti Rohani Muhammad, 28, dia terpaksa tinggal di rumah itu walaupun sering menghadapi masalah banjir lumpur setiap kali hujan.

“Bukan saja banjir, tetapi ia juga mengundang habuk. Sudah tentu ia memberi kesan kepada kami, lebih-lebih saya mempunyai se-orang anak berusia setahun yang menghidap asma,” katanya.

Sementara suami Siti Rohani, Azmi Zakaria, 32, berkata, sebelum ini pihak kontraktor ada memberitahu mahu membina benteng betul-betul berdekatan depan rumah dia sekeluarga.

“Bila dia buat tebing itu, ia menyebabkan habuk masuk dalam rumah dan menjejaskan keselesaan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7549674.asp

4/10/10

JAS N.Sembilan dan masalah korek pasir


Dari Blog ADUN Bahau http://teokokseong.blogspot.com/2010/04/pencemaran-sungai-yang-disebabkan-oleh.html

Aktiviti Pengorekan Pasir Sungai Di Dangi Punca Pencemaran Sungai

Aduan daripada penduduk pekan Dangi bahawa sumber air tercemar disebabkan oleh perlombongan dan pencuci pasir di sungai Dangi.

Mengapa permit tersebut boleh diluluskan sedangan kerja-kerja di tapak tersebut akan menjejaskan kualiti air and juga alam sekitar.

Maklum balas daipada Jabatan Alam Sekitar mengatakan bahawa mereka mengesyorkan Pejabat Tanah Kuala Pilah untuk menarik balik permit kerana kawasan tersebut tidak sesuai untuk kerja-kerja perlombongan pasir.

Kerajaan harus menjelaskan kepada semua rakyat mengapakah permit dikeluarkan tanpa menghiraukan kesihatan penduduk.

COCA COLA, PALESTIN, ISRAEL, MALAYSIA


Umat Islam di Palestin setiap hari dizalimi. Sebaliknya kita di Malaysia berbangga dengan syarikat yang banyak menyumbang dalam pembangunan Israel iaitu Coca Cola dengan membenarkan Coca Cola membina kilang terbesar mereka di rantau ini atas tanah milik Tabung Haji iaitu di Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan.

Ulasan isu kilang Coca Cola atas tanah Tabung Haji di http://amkns.blogspot.com/2010/04/coca-cola-palestin-israel-malaysia.html

4/9/10

Wanita Malaysia perlu berani pertahankan hak dan maruah seperti Datin Paduka Chew Mei Fun

Sekalung tahniah wajar diberikan kepada Datin Paduka Chew Mei Fun diatas keberanian beliau meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan kerana mempertahankan hak dan maruah golongan wanita. Keputasan beliau yang diumumkan di media masa semalam mandapat sokongan daripada ramai perwakilan wanita MCA.

Meskipun berbeza pandangan politik, tindakan beliau seharusnya dipuji kerana beliau sanggup meninggalkan jawatan penting di dalam kabinet dan parti kerana tidak dapat menerima pemimpin yang merendahkan martabat kuam wanita. Kami Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan merasa bangga sekiranya mempunyai seorang Menteri wanita dan Senator yang berwibawa seperti beliau yang mana sanggup mempertahankan hak wanita di Malaysia tanpa mengira batasan agama dan pegangan politik.

Saya menyeru semua golongan wanita di Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan dan pujian kepada Datin Paduka Chew Mei Fun diatas tindakan berani beliau yang luar biasa. Keberaniannya sehingga sanggup mengenepikan pangkat dan kepentingan diri semata-mata berpegang teguh dengan prinsip, seharusnya dicontohi oleh semua golongan wanita. Ayuh kita pertahankan hak dan maruah wanita sejajar dengan kehendak Islam yang telah mengangkat darjat kaum wanita sepadan dengan lelaki.

Nur Wani Ahmad
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Bil air pengguna melambung sejak Sains ganti meter

Sinar Harian 9 April 2010

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) diminta menyiasat rungutan sebahagian pengguna yang mendakwa bil air mereka melambung selepas penukaran meter air baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berkata, beliau banyak menerima aduan penduduk kawasannya apabila bil air mereka naik mendadak berbanding sebelum meter mereka ditukar kepada baru.

“Memang saya terima banyak aduan penduduk berhubung bil air naik mendadak selepas diganti meter baru.

“Malah, salah seorang yang menjadi mangsa adalah pembantu khas saya yang biasa menerima bil sebanyak RM20 sebulan, tetapi sejak digantikan meter baru, bilnya melambung kepada lebih RM100 sebulan,” katanya.

Sehubungan itu, Kee Chin menggesa orang ramai yang mempunyai masalah yang sama memaklumkan kepadanya supaya boleh dipanjangkan kepada Sains dalam masa terdekat ini untuk siasatan.

“Setakat ini, saya sedang mengumpulkan data termasuk perbandingan bil terdahulu sebelum berjumpa dengan pihak Sains,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat DAP, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, masalah itu timbul bukan disebabkan kesilapan pada meter baru.

Sebaliknya menurut beliau, ia berpunca daripada bacaan meter dan penentukuran sebelum ini yang tidak tepat disebabkan keadaan meter yang terlalu lama sehingga ada mencecah usia lebih 20 tahun.

“Kita percaya bacaan dulu yang tidak tepat kerana keadaan meter usang menyebabkan bilnya sedikit. Sedangkan, meter air baru yang dipasang ini memenuhi piawaian ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan lebih tepat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 20,000 unit meter air baru digantikan di seluruh negeri ini dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Bagaimanapun menurutnya, pengguna tidak berpuashati atau mahu penjelasan lanjut berhubung masalah itu boleh berhubung terus dengan pihaknya atau menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7541547.asp

Jalan tanah perkuburan lebih utama

Sinar Harian 9 April 2010

PANTAI – Masih banyak jalan kampung perlu dinaiktaraf bagi keselesaan penduduk, namun perkara itu tidak berlaku pada penduduk kampung ini. Sebaliknya, jalan ke tanah perkuburan pula diberi keutamaan dan amat dikesali Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 8 Pantai, di sini.

Keadaan itu semestinya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk kerana sebelum ini tidak pernah timbul sebarang masalah untuk ke tanah perkuburan berkenaan.

Pengerusi JKKK Batu 8 Pantai, Mustafa Pendek, 60, berkata, pihaknya bukan sahaja kecewa dengan keadaan itu namun terkejut kerana tidak dimaklumkan berhubung projek pembinaan jalan berkenaan.

Menurutnya, beliau hanya menyedari perkara itu sejak tiga minggu lalu apabila melihat kewujudan batu pasir diratakan di kawasan Tanah Perkuburan Mahang merupakan tanah perkuburan awam membolehkan sesiapa sahaja dikebumikan di situ.

“Di kawasan Pantai ini, kita mempunyai 15 tanah perkuburan, tetapi Tanah Perkuburan Mahang sahaja merupakan kubur awam sementara 14 lagi hanya boleh mengebumikan individu tertentu mengikut persukuan adat perpatih di kawasan Pantai.

“Bila jalan ini dibina, kawasan kubur akan menjadi semakin kecil. Lagipun, sebelum ini tiada sebarang masalah menggunakan jalan sedia ada bagi proses pengebumian,” katanya.

Mustafa berkata, beliau kesal apabila projek tidak memberikan kepentingan orang ramai diutamakan sedangkan masih banyak di kawasan lain memerlukan kemudahan jalan lebih baik.

Menurutnya, tidak timbul langsung masalah jalan tanah perkuburan itu berlopak atau berpaya hingga menyukarkan urusan pengebumian.

Selain itu menurutnya, selaku pemimpin di kawasan itu, beliau sepatutnya dimaklumkan sebarang projek dilakukan agar tidak timbul persoalan pada masa akan datang.

“Lagipun memang saranan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pejabat Daerah meminta semua pihak buat begitu,” katanya.

Bagi Pengerusi JKKK Pantai Batu 7, Wa Othman Nain, 59, berkata, perkara yang dirancang tidak dilaksanakan tetapi yang tidak dirancang pula dilakukan dan lebih dikesalkan apabila berlaku tanpa pengetahuan JKKK.

“Kami di sini sudah mengemukakan perancangan pembangunan 2010 bagi kesejahteraan penduduk di kawasan Pantai, tetapi disebabkan kurang peruntukan ia tidak dapat dilaksanakan.

“Tiada pula pada perancangan kami mahu membina jalan ke tanah perkuburan dan ini memang tidak logik,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Mustafa Salim ketika dihubungi berkata, pihak-nya sudah dimaklumkan pihak JKKK berhubung masalah tersebut.

“Saya sendiri tidak tahu tentang projek pembinaan jalan di tanah perkuburan berkenaan sedangkan selaku wakil rakyat saya akan diberitahu terlebih dahulu sebelum ia dilakukan.

“Lagipun masih banyak lagi kemudahan jalan diperlukan penduduk di kawasan Pantai. Jadi, mengapa pula jalan di tanah perkuburan diberi keutamaan. Perkara ini memang tidak masuk akal,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7541840.asp

4/8/10

Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilan


Apalah nasib para pekebun kecil dan para peneroka di Negeri Sembilan ini. Luahan masalah mereka bukan agenda utama perjuangan bangsa Melayu dewasa ini.

Pekebun kecil Melayu N.Sembilan teraniaya http://pasns.blogspot.com/2010/03/pekebun-kecil-melayu-nsembilan.html
Kos ukur tanah tidak masuk akal http://pasns.blogspot.com/2010/02/kos-ukur-tanah-tidak-masuk-akal.html
Orang Palong N.Sembilan dianaktirikan http://pasns.blogspot.com/2010/01/orang-palong-nsembilan-dianaktirikan.html
Kisah derita warga Felda di N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/03/kisah-derita-warga-felda-di-nsembilan.html
Felda Palong di Negeri Sembilan Daif http://pasns.blogspot.com/2009/12/felda-palong-di-negeri-sembilan-daif.html
Penduduk berang tiada bekalan air http://pasns.blogspot.com/2010/02/penduduk-berang-tiada-bekalan-air.html
Peneroka protes dakwa Felda tidak tunai janji http://amkns.blogspot.com/2009/10/peneroka-protes-dakwa-felda-tidak-tunai.html
Penyelewengan Jutaan Ringgit di Palong N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/01/penyelewengan-jutaan-ringgit-di-palong.html
Bonus Peneroka getah gigit jari http://amkns.blogspot.com/2008/12/bonus-peneroka-getah-gigit-jari.html
Masalah kelapa sawit tidak dituai belum selesai http://amkns.blogspot.com/2008/08/masalah-kelapa-sawit-tidak-dituai-belum.html
Buruh Bangla ceroboh tanah http://amkns.blogspot.com/2007/07/buruh-bangla-ceroboh-tanah.html

**************************
Bayaran dividen tidak munasabah
Sinar Harian 8 April 2010

KENDONG - Seorang peserta Tanaman Semula Komersial (TSK) di sini, mendakwa bayaran dividen sebanyak RM113.30 diterimanya hasil daripada projek di atas tanah miliknya sebagai tidak munasabah.


Mohd Yusof Ujud, 66, mendakwa bayaran dividen tersebut untuk tiga lot tanah bagi setiap tiga atau enam bulan pertama sejak dua tahun lalu amat tidak berbaloi sehingga menimbulkan persoalan.

Menurutnya, dia menyerahkan tanah kepada Pejabat Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) Kuala Pilah bagi dimajukan dengan tanaman kelapa sawit, namun sehingga tahun 2007, dia langsung tidak mendengar berita mengenai projek dijalankan.

Yusuf berkata, situasi itu menyebabkan dia mengambil tindakan memanjangkan masalah secara bertulis dan bertemu pihak berkenaan membincangkan kekalutan akibat bayaran dividen yang tidak menentu.

“Saya dimaklumkan tanaman kelapa sawit tidak membuahkan hasil menyebabkan bayaran dividen diterima tidak menentu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya dekat Taman Seri Kendong, di sini.

Selain itu, dia turut mendakwa tidak menerima penyata kewangan dan perbelanjaan keluar masuk mengenai projek tersebut menyebabkan dia tidak tahu kedudukan sebenar perkembangan projek itu.

“Saya sudah beberapa kali bersemuka dengan pihak bertanggungjawab namun jawapan diterima amat menghampakan. Saya harap setiap urusan berkaitan projek dapat dinyatakan melalui surat hitam putih supaya setiap ahli mendapat maklumat tepat,” katanya.

Menurutnya, dengan keadaan diri tidak sihat, dia memohon pihak berwajib mengambil perhatian dan tindakan segera mengenai masalah ini supaya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, dia juga mengharapkan keprihatinan kerajaan terutama Jabatan Hal Ehwal Veteran Am menghargai jasa dan pengorbanan bekas tentera tidak berpencen.

Menurutnya, dia mula berkhidmat sebagai tentera darat pada tahun 1963 dan mengambil keputusan berhenti pada 1978.

“Selepas 15 tahun berkhidmat, saya nekad berhenti kerana gaji ketika itu terlalu rendah apatah lagi perlu menyara isteri dan tiga anak yang semakin membesar. Selepas berhenti saya hanya bekerja sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, apabila melihat rakan seperjuangan hidup dalam keadaan daif dan merempat kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya menyebabkan dia bimbang jika ramai lagi akan menerima nasib sama.

“Saya ada menerima Skim Bantuan Kebajikan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran sebanyak RM100 sebagai bantuan sara hidup, namun jumlah itu masih belum mencukupi bagi menampung kehidupan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang perkhidmatan dalam tentera, mereka terpaksa berdepan pelbagai risiko apatah lagi ketika itu zaman darurat dan konfrontasi menyebabkan mereka bergadai nyawa mempertahankan negara.

“Pengorbanan diberikan begitu besar sehingga terpaksa meninggalkan anak isteri demi tugas dan berbakti kepada negara. Disebabkan itu, saya berharap bekas tentera tidak berpencen mendapat pembelaan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7536966.asp

Naik taraf jalan resahkan penduduk

Sinar Harian 8 April 2010

SEREMBAN - Kerja naik taraf jalan lama di Rahang Kecil ke Kampung Baru Rasah, di sini, mengundang rungutan penduduk setem-pat apabila mereka dikatakan terpaksa berjalan jauh untuk membuat pusingan U selepas jalan masuk tersebut ditutup dan dijadikan sehala.

Menurut penduduk, jalan terbabit merupakan la-luan dua hala bagi kegunaan sebahagian besar penduduk di situ, tetapi sejak projek naik taraf jalan dilakukan, ia bukan memberi kemudahan, tetapi ma-salah kepada mereka.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Yee Fatt berkata, masalah itu menyebabkan ramai pengguna jalan mengambil risiko menggunakan laluan bertentangan sehingga hampir disaman pihak berkuasa.

“Saya terpaksa menggunakan jalan tersebut untuk masuk kerana mahu menjimatkan masa dan minyak kenderaan. Sejak mereka menutup laluan masuk di jalan ini, kita terpaksa membuat pusingan U yang jauh di depan sana dan ini pasti menyusahkan pengguna jalan raya.

“Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan membuka semula laluan dua hala di jalan itu bagi memudahkan masyarakat di sekitar kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Masalah penduduk itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran yang menga-kui banyak menerima aduan daripada penduduk setempat yang tidak puas hati dengan penutupan jalan masuk ke situ.

“Saya berasa kecewa dengan sikap acuh tak acuh pihak bertanggungjawab melaksanakan projek naik taraf ini. Walaupun niat mereka menaik taraf jalan di sekitar jalan Seremban – Tampin ini adalah baik, tetapi mereka tidak seharusnya mengetepikan kepentingan penduduk setempat.

“Kepentingan penduduk setempat adalah perkara utama kerana mereka adalah pengguna tetap di jalan tersebut,” katanya ketika membuat lawatan ke lokasi itu, semalam.

Turut hadir, ADUN Temiang, Ng Chin Tsai.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7538374.asp

Ceramah Ir Nizar 15 April 2010 N.Sembilan


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 15 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Markas MTD Lenggeng, Ulu Beranang, N.Sembilan http://mtdlenggeng.blogspot.com/

Bersama :
YB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin http://kamparinn.blogspot.com/
Zulkefly Mohamad bin Haji Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com/
YB Cha Kee Chin http://dapcha.blogspot.com/
Shamsul Iskandar Mohd Akin http://shamsuliskandar.wordpress.com/

- Semua Dijemput Hadir -

Pencuri pasir rakus


Berita Harian 8 April 2010

Pihak terbabit terus korek tebing sungai walaupun pernah didenda

NILAI: Penduduk Kampung Jijan dekat sini, semakin hilang sabar apabila kegiatan mencuri pasir di Sungai Jijan di kampung itu terus berleluasa walaupun tindakan menghalang pihak terbabit dilakukan, termasuk oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Kegiatan dipercayai berlarutan sejak lebih tiga bulan lalu bukan saja boleh mencemarkan sungai itu, malah mengundang bahaya kepada penduduk terutama yang tinggal berhampiran tebing sungai. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jijan, Sukor Jemaun, 43, berkata penduduk bimbang berikutan kegiatan mencuri pasir semakin rakus kerana tidak menghiraukan keselamatan penduduk di situ.

Katanya, terdapat tiga lokasi kerja pengorekan pasir di sungai itu iaitu di hulu, tengah dan hilir sungai.

"Kami beberapa kali menyuarakan bantahan kepada pihak terbabit, malah saya dimaklumkan PTG ada mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun RM10,000 terhadap pihak terbabit, tetapi mereka masih meneruskan kegiatan itu.

"Penduduk kampung yang tinggal berhampiran tebing sungai pula semakin bimbang dengan keselamatan mereka kerana kerja pengorekan pasir menyebabkan sungai semakin lebar, selain kegiatan itu turut menjadi punca runtuhan di tebing sungai," katanya.
Sukor berkata, jalan kampung menjadi rosak kerana kenderaan berat seperti lori pasir berulang alik memasuki kampung itu.

Katanya, tindakan pihak berkenaan meneruskan kegiatan mengambil pasir itu seolah mencabar arahan pihak berkuasa yang meminta mereka menghentikan kegiatan itu.

"Tindakan pihak yang mencuri pasir ini perlu dihentikan segera kerana ia bukan saja menjejaskan keselamatan penduduk, malah menjejaskan imej kampung ini," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan lebih tegas seperti merampas peralatan digunakan untuk mengelak kegiatan itu terus berleluasa.

Seorang penduduk, Osman Said, 42, berkata penduduk kampung kini bimbang dengan keselamatan mereka kerana kerja pengorekan pasir itu menyebabkan runtuhan tebing sungai, manakala kegiatan penternakan lembu yang dijalankan penduduk di tebing itu juga turut terjejas.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa JKKK kampung itu berkata, pihaknya hairan syarikat yang dipercayai beralamat di Johor itu dilihat kebal daripada undang-undang kerana langsung tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa supaya memberhentikan kegiatan pengorekan pasir secara haram itu.

Dia berharap pihak berkuasa dapat membantu mengambil tindakan sewajarnya supaya aktiviti mencuri pasir itu dihentikan serta merta demi kepentingan dan keselamatan penduduk kampung.

"Kami menjadi keliru kerana syarikat berkenaan terus menjalankan aktiviti itu seolah-olah mereka kebal daripada undang-undang walaupun pernah diberikan amaran dan dikenakan kompaun," katanya.

Sementara itu, jurucakap PTG daerah, ketika dihubungi berkata pihaknya membuat pemantauan terhadap kegiatan itu dan sedang meneliti tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit.

Beliau memberi jaminan siasatan masih dijalankan dan tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit akan diambil dalam tempoh terdekat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Pencuripasirrakus/Article

4/6/10

Atap Masjid N.Sembilan guna kanvas, uzur

Kalau sesiapa tengok masjid pekan Pedas ketika ini boleh nampak cat atapnya mengelupas teruk. Itu di Pedas, di Chembong guna kanvas atapnya.

Beberapa laporan sebelum ini mengenai masalah masjid di N.Sembilan :
MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP
http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html

Masjid Kg Bongek, N.Sembilan akan dirobohkan, semua senyap
http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

*******************
Pasang kanvas elak masjid basah
Sinar Harian 6 April 2010

CHEMBONG - Keadaan kubah Masjid Kariah Batu 17, Chembong yang mengalami kerosakan memerlukan tin-dakan segera pihak berkaitan bagi memastikan kese-lesaan jemaah menunaikan ibadah solat.

Setiausaha masjid, Marti Serin, 59, berkata, masalah kubah masjid bocor dan rosak menjadi kritikal sejak dua bulan kebelakangan ini, sehingga ahli kariah mengambil inisiatif sendiri membaikinya.

:Bagaimanapun katanya, usaha dilakukan sia-sia ke-rana berada di luar kemampuan masing-masing, apatah lagi bukan mudah membaiki kubah masjid melainkan dengan menggunakan tenaga pakar.

"Ahli kariah sepakat menggunakan kanvas untuk menghalang air hujan membasahi karpet masjid sekali gus mengurangkan ketidakselesaan jemaah.

“Namun, penggunaan kanvas ini masih tidak menyelesaikan masalah kubah bocor sehingga kami terpaksa menadah menggunakan besen ditambah pula sejak kebelakangan ini hujan terlalu kerap,” katan.

Marti berkata, keadaan itu menyebabkan karpet dan siling masjid rosak.

Karpet yang basah menyebabkan bau busuk sekali gus mengundang rasa tidak selesa jemaah.

“Masjid ini berada di tepi jalan besar dan menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat. Keadaan ini tentunya memberi rasa kurang selesa kepada jemaah. Sesiapa yang melihat dan berdepan situasi ini pastinya berasa sedih,” katanya.

Menurutnya, masalah dihadapi sudah pun dipan-jangkan kepada pihak berkenaan bagi menyelesaikan kesulitan dialami.

“Saya harap tindakan segera dapat diambil kerana ini tidak memberi keselesaan kepada jemaah masjid.

"Jika dibiarkan, dikhuatiri masalah sedia ada lebih buruk,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7522212.asp