KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

5/31/10

Solat Hajat bersama ADUN Paroi 1 Jun

SOLAT HAJAT SELAMATKAN SUKARELAWAN GAZA
Tarikh : 1 Jun 2010 / Selasa
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Bersama YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi

Tazkirah selepas Maghrib oleh ADUN Paroi

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Tebang hutan punca banjir kilat


Sinar Harian 31 Mei 2010

BAHAU – Hujan lebat selama lebih satu jam malam semalam menenggelamkan beberapa kawasan kediaman dan taman perumahan penduduk sehingga ke paras lutut.

Banjir kilat kali ini antara yang teruk pernah berlaku dan kawasan terlibat adalah Taman ACBE, Taman Satelite, Kampung Indah serta Kampung Batu Bakar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong turun padang meninjau keadaan selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

Menurutnya, keadaan banjir kilat itu jarang berlaku di kawasan Bahau khususnya penempatan penduduk sekitar dan hal ini mungkin disebabkan penebangan hutan dilakukan secara besar-besaran.

“Banjir kilat ini adalah bencana dicipta manusia dan saya berasa kesal dengan pihak terbabit kerana memusnahkan kawasan tadahan air yang menyumbang kepada banjir kilat.

“Saya menyarankan supaya kerajaan membuat perancangan teratur sebelum melakukan sesuatu projek yang mampu menghapuskan alam sekitar dan kawasan tadahan air,” katanya.

Rata-rata penduduk yang terbabit tidak sempat menyelamatkan harta benda seperti tilam, perabot dan almari rumah.

Sementara itu, Kok Seong berkata, surat secara rasmi kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan akan ditulis untuk memaklumkan mengenai bencana itu untuk diambil tindakan selanjutnya.

“Saya juga akan membawa isu ini ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang untuk mengetengahkan berhubung masalah ditanggung penduduk setempat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7754850.asp

Peniaga terkejut terima wang palsu


Sinar Harian 31 Mei 2010

FELDA BUKIT JALOR – Seorang peniaga kedai makanan, Rokiah Johar, 52, terkejut dan kecewa apabila mendapati wang RM50 diterimanya hasil jualan Isnin lalu adalah wang palsu.

Rokiah berkata, dia hanya menyedari wang berkenaan palsu sebaik sahaja mengira aliran wang keluar masuk pada Selasa pagi dan mendapati terdapat kelainan pada wang kertas RM50 itu.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangkakan wang kertas diterimanya itu adalah wang baru kerana masih cantik, bersih dan warnanya juga lebih menyerlah berbanding wang kertas RM50 lain.

“Namun, sebaik sahaja saya memegang wang berkenaan, saya berasa tidak sedap hati dan merasakan wang itu palsu. Saya akhirnya menunjukkan wang kertas berkenaan kepada rakan lain untuk mendapatkan kepastian yang akhirnya terbukti wang itu palsu.

“Saya kecewa, terkilan dan sedih dengan keadaa ini kerana bukan mudah peniaga kecil-keci-lan seperti saya hendak mengumpulkan jualan sehingga mencapai keuntungan RM50 sehari,” katanya.

Sementara itu, pembantunya, Normala Ismail, 38, berkata, dia bimbang kerana di kawasan tanah rancangan berkenaan sudah ramai menerima wang palsu serendah RM10.

Menurutnya, dia berharap orang ramai selepas ini lebih berhati-hati menerima wang dan melihat terlebih dahulu sama ada wang berkenaan adalah wang palsu atau sebaliknya.

“Saya sendiri lebih berhati-hati sekarang kerana khuatir jika menerima wang palsu dalam nilai besar. Saya harap aktiviti licik ini dapat dipatahkan di tanah rancangan ini.

“Saya terkilan kerana bukan mudah kita ingin mengumpulkan duit dan dengan mudah sahaja orang tidak bertanggungjawab mendapat untung besar daripada aktiviti wang palsu ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7754292.asp

Saksikan Mukjizat AlQuran 5 Jun di Seremban

MAJLIS WACANA ILMU
Tajuk : Al-Quran, Mukjizat Yang Terpinggir
Tarikh : 5 Jun 2010 /(Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Al-Ikhwan, Taman Paroi Jaya, Seremban.

Ahli Panel :-
1. Ustaz Basit bin Wahab
2. Ustaz Nasaruddin bin Ali
3. Ustaz Hafizi

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Lawan zionis israel dengan senjata DOA



Kita hanya mampu melawan zionis israel dengan Senjata DOA.
Usaha kemanusian membantu penduduk Gaza mesti diteruskan !
Bantahan terhadap keganasan israel tiada noktahnya !

*****************
DOA MERUPAKAN SENJATA BAGI ORANG MUKMIN

BANDAR SERI BEGAWAN, Doa itu sifatnya luhur, nilainya tinggi dan harganya tidak ternilai kerana ia berupa munajat semata-mata kepada Allah dan urusan langsung dengan Allah.

Manfaat doa kepada orang yang beriman amat besar dan ini bukan cakap semata-mata dan bukan juga teori para sarjana, tetapi adalah perkhabaran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Antara perkhabaran Nabi mengenai doa itu sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud : “ Adalah doa itu otak ibadat.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Termidzi daripada Anas).

Katanya lagi doa itu senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya tujuh petala langit dan bumi. (Hadis riwayat At-Termidzi).

Doa bukan sahaja terbatas bagi manusia, bahkan makhluk lain juga berzikir dan berdoa dan hasil daripada doa mereka itu, kadang-kadang turut dinikmati juga oleh kita manusia.

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/5apr/berita03.htm

5/27/10

Surau uzur jadi ‘habuan’ anai-anai



Sinar Harian 27 Mei 2010

TITI , Jelebu – Gara-gara dinding reput dimakan anai-anai, sebuah surau di sini hanya menunggu masa untuk roboh.

Penduduk, Sidek Bakar, 72, berkata, surau tersebut kelihatan semakin uzur sejak beberapa tahun lalu setelah tiada usaha membaik pulih.

“Masalah dinding dan bangunan surau reput diadukan kepada pihak berwajib pada awal tahun lalu, namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Bukan sahaja usaha pembaikan tidak dilakukan, malah pihak bertanggungjawab juga tidak menjenguk surau tersebut,” katanya.

Menurutnya, meskipun surau berkenaan uzur, namun penduduk setempat masih menggunakannya untuk menunaikan solat secara berjemaah.

“Kebanyakan penduduk masih menggunakan surau ini meskipun uzur kerana kedudukannya berdekatan dengan rumah.

“Bukan penduduk setempat sahaja, terdapat pengunjung luar melalui jalan ini singgah sebentar menunaikan solat,” katanya.

Sidek berkata, usaha membaik pulih perlu dilakukan segera memandangkan keadaan bangunan surau itu yang semakin serius.

“Setiap hari saya akan membersihkan surau ini kerana banyak kayu-kayu reput di makan anai-anai bertaburan di lantai.

“Jika tidak dibersihkan, lantai surau akan dipenuhi dengan kayu-kayu reput yang dimakan anai-anai sehingga menyebakan ia kotor,” katanya.

Menurutnya, bangunan dinding surau berkenaan jika ditolak dengan tangan pasti akan roboh memandangkan strukturnya yang rapuh dan tidak kuat.

“Banyak kayu-kayu reput diganti baru. Kesemua yang rosak adalah berpunca daripada anai-anai.

“Oleh kerana perasaan sayang akan surau ini, saya dengan rela hati mengeluarkan wang belanja sendiri membaikinya. Namun, melihat keadaan sebegini, saya tidak mampu membaikinya secara menyeluruh,” katanya.

Sidek berkata, tindakan segera membaiki surau tersebut perlu dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya mengharapkan pihak berwajib dapat melakukan sesuatu tindakan dengan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.

“Ternyata surau ini masih diperlukan penduduk di sini untuk menunaikan solat dan ibadat lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7738469.asp

Bangunan terbiar tunggu masa roboh


Sinar Harian 27 Mei 2010

GEMENCHEH LAMA – Sudah hampir setahun penduduk berikhtiar memohon kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) meruntuhkan atau sekurang-kurangnya membersihkan beberapa bangunan terbiar di Gemencheh Lama, namun hingga kini tiada sebarang maklum balas diterima.

Lebih memburukkan keadaan, bangunan lama itu kini ada yang sepenuhnya ditutupi rimbunan dedaun dan pohon renek menjalar, malah ada hanya menunggu masa tumbang menyembah bumi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kamaludin Tulok berkata, masalah itu sudah lama diadukan kepada PBT memandangkan penduduk kampung tidak dapat menjalankan gotong-royong kerana ia merupakan milik persendirian.

“PBT boleh mengambil tindakan tertentu lebih-lebih lagi bangunan berkenaan mengundang bahaya kepada banyak pihak terutama murid sekolah dan penjaga kerana mereka menjadikan lokasi ini untuk menunggu anak masing-masing pulang dari sekolah.

“Malah, kita tidak menolak sebarang kemungkinan lokasi ini mampu menjadi tempat pembiakan binatang berbisa seperti ular dan kala jengking,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati dua lot bangunan rumah kedai milik persendirian dilitupi pohon renek, manakala, selebihnya bagaikan hidup segan mati tidak mahu.

Sementara itu, Kamaludin berkata, terbaru, masalah itu sudah diutarakan kembali penduduk ketika sesi Majlis Mendengar pada April lalu dan sehingga kini masih tiada maklum balas diperoleh JKKK.

Menurutnya, bangunan terbiar itu bukan hanya mencacatkan imej kampung berkenaan, malah menipiskan peluang kepada warga kampung untuk menjadikan kawasan sekitar bersih, selamat dan tidak terbiar begitu sahaja.

“Oleh itu, warga JKKK Gemencheh Lama berharap sangat supaya pihak berkaitan dapat mengambil tindakan memandangkan kami sendiri sudah tidak larat disajikan pemandangan bangunan terbiar setiap hari,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7737094.asp

5/26/10

Ceramah Bantah Judi 30 Mei Jempol N.Sembilan


CERAMAH TAK NAK JUDI
Tarikh : 30 Mei 2010 , AHAD
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Kawasan Jempol, Muassasah Darul Syariff, Jalan Batu Kikir-Bahau, Jempol

Penceramah :
YB Hj Mohamad Taufek – ADUN Paroi , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Al Fadil Ustaz Wan Azhar – Yang Dipertua PAS Besut , Terengganu

Semua Dijemput Hadir

BOLA YES , JUDI NO !

Maklumat lanjut di http://unitamaljempol.blogspot.com/2010/05/jemputan-ke-ceramah-umum-30-mei-2010.html

Pembetung tidak sistematik punca banjir

Sinar Harian 26 Mei 2010

Jelebu, KEMIN – Gara-gara pembetung tidak sempurna, kawasan halaman rumah penduduk di sini didakwa sering mengalami masalah banjir lumpur dan dipenuhi sampah.

Penduduk, Fauziah Hasan, 55, mendakwa, masalah itu berpunca daripada sistem pembetungan dan perparitan tidak sempurna dibina pihak berkenaan.

“Pembetungan ini bertujuan mengalirkan air longkang antara rumah penduduk di sini, namun pembinaannya tidak sistematik.

“Pembetung ini dibina sehingga ke parit berdekatan, tetapi tidak menyambung sehingga yang berhampiran. Keadaan ini menyebabkan air longkang dan sisa kumbahan mengalir ke kawasan rumah saya,” katanya.

Menurutnya, masalah utama berpunca apabila keadaan parit uzur ditambah hujan lebat.

“Saya fikir, Jabatan Pengairan dan Saliran perlu menyambung pembetung berkenaan untuk mengelak masalah banjir daripada berlaku.

“Pembinaan tidak boleh dibuat ibarat melepas batuk di tepi tangga sehingga menyusahkan orang lain kerana ia ternyata menimbulkan masalah kepada saya dan jiran lain,” katanya.

Fauziah mendakwa, masalah dihadapinya menyebabkan kawasan rumahnya sering mengalami masalah banjir lumpur dan dipenuhi sampah.

“Keadaan longkang yang uzur dan dipenuhi daun menyebabkan air sering bertakung berpunca daripada tersumbat dengan sampah,” katanya.

Dia mendakwa, masalah berkenaan diadukan kepada pihak berwajib, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan selanjutnya.

“Kami masih menunggu pihak berkenaan datang melihat dan mengatasi masalah itu, namun tiada sebarang tindakan sehingga hari ini. Keadaan semakin teruk menyebabkan saya berusaha sendiri dengan menggali parit untuk membolehkan air melaluinya dengan tujuan mengelak banjir.

“Saya berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7734221.asp

5/24/10

Jangan jual kem tentera, rakyat mesti pertahankan


Kem tentera di kawasan bandar adalah penting. Lihat sahaja apa yang berlaku di bandar Sarajevo di Bosnia, bandar Gaza di Palestin, bandar Baghdad di Iraq, di Afghanistan, di Chechen dan terkini di Bangkok, Thailand

Kem tentera di bandar masih perlu dikekalkan, hanya fungsinya perlu dikaji. Dari segi persenjataan seperti kereta kebal, peluru berpandu, peluru meriam yang berisiko kepada penduduk bandar dan juga dari segi taktikal pertahanan mungkin perlu dipindahkan ke pinggir atau luar bandar.

Jika kem tentera di kawasan bandar ditukar ke pembangunan komersial ianya akan hanya menambah lagi kesesakan di bandar-bandar.

Kem tentera di bandar boleh diubah suai menjadi pusat latihan, zon penampan, kem khidmat bencana , pusat latihan PLKN dan sebagainya.

Tengok sahaja apa yang berlaku di Kem Paroi di Negeri Sembilan, kem yang dahulunya menjaga ketenteraman awam, menjadi tempat mengganggu ketenteraman awam.

Kisah dan gambar Kem Paroi pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-sudah-jadi-dengan-kem-paroi_03.html

********************
LITAR HARAM
Berita Harian 24 Mei 2010

Tapak lama kem Paroi tempat remaja tunjuk aksi berbahaya

PAROI: Sebuah kawasan lapang yang pernah menjadi tapak lama kem Paroi bersebelahan Stadium Tuanku Abdul Rahman di sini, dikesan menjadi tempat remaja bermotosikal berkumpul dan mempamerkan aksi berbahaya sejak beberapa bulan lalu.

Kumpulan remaja bermotosikal itu yang dipercayai tinggal di taman perumahan berhampiran didakwa turut menjadikan kawasan lapang itu sebagai litar lumba haram yang hingga kini masih ‘kebal’ tanpa dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Kelibat mereka yang dipercayai terdiri daripada pelajar serta remaja yang tidak bersekolah itu boleh dilihat setiap hari, khususnya pada petang dan tengah hari terutama selepas waktu sekolah. Malah, ramai pelajar yang masih beruniform turut dilihat melepak di kawasan itu sambil menyaksikan perlumbaan serta aksi lagak ngeri yang dipamerkan kumpulan remaja bermotosikal yang tidak mempedulikan keselamatan diri serta orang di sekeliling.

Tinjauan Berita Harian mendapati, suasana bertambah meriah pada waktu petang apabila kira-kira 50 remaja bermotosikal beraksi, lebih ramai daripada bilangan pada waktu tengah hari. Kumpulan itu berada di kawasan berkenaan sehingga kira-kira jam 7.30 malam.

Rakan yang turut melepak di kawasan itu juga tidak ketinggalan bersorak dan memberi sokongan.

Lebih memburukkan keadaan, aksi mereka tidak setakat itu saja, sebaliknya ia berlarutan di jalan raya berdekatan sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.
Tindakan mereka yang memecut dari kawasan lapang itu secara melulu bukan saja membahayakan diri, tetapi pengguna lain yang tidak menyangka kehadiran kumpulan itu secara tiba-tiba.

Penduduk di kawasan sekitar mendakwa mereka takut untuk campur tangan atau menegur kelakuan kumpulan terbabit dan lebih suka bersikap tunggu dan lihat kerana bimbang dicederakan.

Mereka percaya kumpulan remaja bermotosikal itu mampu bertindak ganas jika ditegur, justeru masalah itu diserahkan kepada pihak berkuasa sambil mereka hanya mampu menghalang anak sendiri menghampiri kawasan terbabit.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 32, mengakui takut untuk campur tangan kerana bimbangkan keselamatan diri dan perniagaannya.

“Boleh dikatakan setiap hari mereka datang ke kawasan lapang itu. Suasana sememangnya meriah, tambahan pula dengan sokongan rakan dan penonton.

“Tetapi, saya memang tidak berani untuk campur tangan kerana bimbang diapa-apakan,” katanya yang percaya kemalangan hanya menunggu masa untuk berlaku kepada kumpulan itu berdasarkan kelakuan mereka.

Katanya, kegiatan kumpulan remaja itu mula dikesan awal tahun lalu dan pihak polis beberapa kali datang ke kawasan itu dan mengarahkan mereka bersurai, tetapi keadaan itu hanya bertahan beberapa minggu dan kembali meriah tidak lama kemudian.

Penduduk di situ yang mahu dikenali sebagai Sahruddin, 35, berkata keadaan kumpulan bermotosikal itu serta rakan sekolah yang melepak di kawasan itu sebenarnya mengundang pelbagai kemungkinan.

“Saya bimbang mereka terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah kerana pengaruh negatif mudah merebak di kalangan remaja yang menjalankan aktiviti tidak sihat seperti mereka lakukan, tambahan pula tiada sebarang pemantauan dilakukan pihak berkuasa di kawasan itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Litarharam/Article

***********************
I have just received a note in my post box this morning that I want to share with all my readers, the contents of which is appended below. I do not know whether the note is written in jest, or is it the truth. I will leave it for all to judge.

ARMED FORCES CAMPS FOR SALE

Following the recent sale of the RMAF base in Sg. Besi, Kuala Lumpur, the government has now offered for bidding several other Armed Forces camps as under:

1. RMAF base Subang, Selangor
2. RMN base Lumut, Perak
3. Army base Camp Mahkota, Kluang, Johor
4. Mindef complex, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur
5. Army camp, Kota Kinabalu, Sabah
6. Army camp Terendak, Melaka
7. Army Camp Kuantan, Pahang
8. RMAF base Kuantan, Pahang
9. Army base Kuching, Sarawak

The above camps are not conclusive, and more Armed Forces camps will be offered for bidding in the next 6 months. There is no price tag offered, and the winning bidder is one that offers the highest price quote. Bidders are advised to submit along a full detail of what they proposed to do with the camps. End.
--------------------------------------

http://mindnoevil.blogspot.com/2010/05/more-armed-forces-camps-for-sale-true.html

************************

KEM MAJIDEE BERPINDAH 2012

BATU PAHAT 14 Mei – Kem Majidee di Johor Bahru akan dipindahkan ke Banang, di sini pada 2012 dengan kerja-kerja pembinaan kem baru itu bermula Ogos ini.

Pembinaan kem tersebut akan menelan belanja kira-kira RM126 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja‘affar Hashim berkata, kem baru itu dibina di atas tapak seluas 140 hektar, berhampiran Sekolah Menengah Sains Batu Pahat yang juga masih dalam pembinaan.

“Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Besar tentang perkara tersebut baru-baru ini.

“Kira-kira 3,000 anggota tentera termasuk keluarga mereka dijangka dipindahkan ke kem baru tersebut pada 2012,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Penanaman Cerucuk Jejantas Pejalan Kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banang Jaya, di sini semalam.

Turut hadir ialah Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat, Ir. Khalid Omar.

Jaa‘far berkata, satu batalion tentera melibatkan kira-kira 1,000 anggota tentera akan dipindahkan ke kem baru di Banang.

Beliau memberitahu, sebuah masjid akan dibina di hadapan kem itu bagi memenuhi keperluan umat Islam di kawasan sekitar, antaranya Taman Bukit Flora dan Taman Evergreen yang masih belum mempunyai kemudahan rumah ibadat tersebut.

Sementara itu, katanya, pembangunan pesat di kawasan Senggarang termasuk pembinaan kem tentera di Banang menuntut peningkatan tahap kualiti dan keselamatan jalan raya di kawasan itu.

“Sehubungan itu, kita telah menjalin kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan JKR untuk menjalankan kajian mengenai tahap kualiti dan keselamatan jalan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang.

“Buat permulaan, lampu isyarat akan dipasang di persimpangan Banang Jaya dan Sungai Suloh yang juga terletak berdekatan kem baru itu,” katanya.

Beliau berkata, kajian itu turut melibatkan tahap kelajuan dan jarak pemandangan berikutan bentuk jalan yang agak berbukit di kawasan Banang dan Sungai Suloh, malah difahamkan ia antara laluan yang paling banyak meragut nyawa di negara ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm&arc=hive

******************
TUDM SEDIA KOSONGKAN PANGKALAN SG BESI JIKA DIARAHKAN- Rodzali

PETALING JAYA: Walaupun kerajaan tidak bercadang memindahkan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bagi membangunkannya sebagai hab komersil, TUDM bagaimanapun sedia berpindah untuk tujuan tersebut, kata panglimanya Jen Datuk Seri Rodzali Daud.

Beliau berkata dengan pemindahan itu, ia akan membolehkan TUDM mengambil peluang mendapatkan prasarana lebih baik termasuk dapat membina ibu pejabat yang lebih moden yang dapat memberi keselesaan kepada pegawai serta anggotanya.

"Pemindahan Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Pangkalan TUDM Dengkil masih dalam perancangan. Saya tak nak uar-uarkan tapi ada perancangan daripada pihak kerajaan. Bagi pihak TUDM kita akan buat persiapan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sayap kuartermaster pesawat Nuri siri 19/09 dan pesawat angkut siri 05/09.

Sebelum ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan sebuah akhbar tabloid bahawa Pangkalan TUDM Sungai Besi akan dibangunkan sebagai hab komersial.

Rodzali berkata jika diarah pindah, aset-aset TUDM seperti pesawat dan ibu pejabat akan dipindahkan ke Pangkalan Udara Subang, dan sekiranya pangkalan itu padat, aset berkenaan akan turut dipindahkan ke tempat lain sementara menunggu pangkalan baru siap dibina.

Pada majlis itu seramai 16 anggota TUDM, tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dan tiga anggota bomba menerima sijil dan sayap penerbangan kuartermaster. -BERNAMA

http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/5/17/mstar_berita/20100517171053

Pasar besar pun jadi projek terbengkalai


Beberapa projek terbengkalai yang menjadi projek gajah putih pada pautan berikut http://gajahputihn9.blogspot.com/

********************************
Penduduk kecewa pasar besar terbiar
Sinar Harian 24 Mei 2010

AIR KUNING – Penduduk sekitar Air Kuning kesal dan kecewa apabila kemudahan Pasar Besar Air Kuning dinaiktarafkan sejak empat tahun lalu kini bertukar wajah menjadi lokasi semak samun.

Penduduk ditemui, Abdul Aziz Kamis, 48, dari Parit Buloh berkata, lokasi berkenaan sebelum dinaiktaraf jarang dimanfaatkan sepenuhnya peniaga berikutan lokasinya dikatakan kurang sesuai.

Menurutnya, hanya terdapat beberapa orang sahaja berniaga di lokasi berkenaan sebelum dinaiktaraf dan kini kemudahan berkenaan bagaikan sebuah projek gajah putih berikutan dinaiki semak.

“Kita kesal kerana lokasi ini bertukar wajah dan menjadi semak. Kita kesal dengan keadaan pasar besar ini yang perlu dinaiktarafkan sekali gus dimanfaatkan peniaga.

“Oleh itu, kita gesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membersihkan lokasi ini kerana kita bimbang sekiranya lokasi ini menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa kerana pasar ini terletak di taman perumahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi itu.

Mohd Yusri Sulaiman, 44, dari Air Kuning berkata, dia gusar sekiranya lokasi berkenaan menjadi tempat tumpuan golongan tidak bertanggungjawab seperti remaja nakal menjalankan aktiviti tidak berfaedah.

“Oleh itu, kita berharap PBT turun padang dan memantau keadaan sebenar Pasar Besar Air Kuning yang kini dipenuhi semak serta mencacatkan imej Air Kuning.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abd Aziz ketika diminta mengulas isu itu berkata, terdapat individu kini dalam proses memohon memajukan Pasar Besar Air Kuning berkenaan untuk dijadikan lokasi aktiviti berkonsepkan kesukanan.

Bagaimanapun, menurutnya, proses berkenaan masih dalam perancangan dan pihaknya mahu melihat perubahan positif terhadap Pasar Besar Air Kuning untuk memastikan lokasi itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7726708.asp

JKKK marah masalah banjir kilat dibangkitkan

Pada Ahad 23 Mei 2010 jam 9 malam dalam siaran Titik Sentuhan di TV1 diketengah masalah banjir kilat di Kampung Sungai Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan akibat daripada pembangunan di kawasan Seremban 2.

Apa yang menyedihkan sebelum ini penduduk mengeluarkan perbelanjaan sendiri, kira-kira RM100,000 bagi kerja mendalamkan sungai dan mengikat batu di tebing.

Dalam siaran tersebut JKKK tersebut macam marah-marah bila masalah penduduk tersebut mendapat liputan media.

Jangan sampai rakyat mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati macam pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html

Bangau Oh Bangau !

********************************
Penduduk bimbang hakisan tebing
Berita Harian 25 Mac 2010

Air sungai melimpah ke kawasan rumah menyebabkan banjir kilat

MAMBAU: Tebing Sungai Kayu Ara di sini yang semakin terhakis menyebabkan penghuni tiga rumah berhampiran tebing sungai itu tidak lena tidur setiap malam.

Kebimbangan semakin menjadi-jadi sejak hujan lebat kebelakangan ini yang mengakibatkan tebing sungai di belakang rumah mereka semakin runtuh, manakala air sungai mula melimpah ke kawasan rumah menyebabkan banjir kilat.

Tinjauan Berita Harian mendapati keadaan tebing sungai itu tidak lagi kuat dan mudah runtuh, malah hakisan tanah semakin menghampiri rumah penduduk. Kerja penambakan tebing yang pernah dilakukan oleh penduduk juga mula terhakis akibat arus sungai yang deras.

Nazrul Hisham Zulkafali, 28, mendakwa sungai itu berasal dari sebuah tali air yang kecil, tetapi lama-kelamaan bertukar menjadi sungai kerana tebing tali air yang terhakis setiap kali hujan lebat.

“Pada mulanya, saiz sungai ini hanya kira-kira 50 meter, tetapi setiap kali hujan akan menghakis tebing dan menjadikan sungai bertambah besar hingga kini kira-kira 100 meter.

"Suatu masa dulu, jarak antara rumah saya dan tebing sungai adalah kira-kira 500 meter, tetapi sejak hakisan teruk berlaku, sungai itu betul-betul berada di belakang kawasan rumah dengan jarak yang tidak sampai satu meter," katanya.
Malah, katanya, dua tiga hari lalu reban ayam yang terletak di tebing sungai, runtuh dan hanyut dibawa arus deras.

Beliau berkata, cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini turut mengganggu kehidupan penduduk kerana terpaksa bersiap sedia menghadapi banjir kilat dan lebih teruk, tebing sungai runtuh.

“Hujan lebat juga menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan mudah runtuh. Kami bimbang lama-kelamaan, ada bahagian rumah kami akan runtuh.

“Kami mengeluarkan perbelanjaan sendiri, kira-kira RM100,000 bagi kerja mendalamkan sungai dan mengikat batu di tebing. Bagaimanapun, wang yang dikeluarkan sia-sia kerana apabila hujan lebat, arus sungai yang deras menyebabkan batu yang diikat juga runtuh," katanya.

Zulhairy Ghazalie, 30, juga meminta pihak berkuasa melakukan kerja pembaikan tebing sungai secepat mungkin kerana bosan berdepan masalah yang dialaminya sejak 1995.

Beliau mendakwa masalah itu mula berlaku sejak projek perumahan Seremban 2 dan Rasah Kemayan dimajukan kerana air dari kawasan itu disalurkan ke dalam sungai menyebabkan sungai tidak mampu menampung pertambahan jumlah air yang banyak dan deras, terutama ketika hujan.

“Kami sudah mengemukakan aduan kepada beberapa pihak, tetapi hingga kini tiada tindakan diambil. Malah setiap kali hujan lebat, kami terpaksa bersedia untuk menyelamatkan barang berharga supaya tidak rosak jika air naik secara tiba-tiba.

“Jika hujan lebat dalam masa satu jam, kawasan rumah saya akan ditenggelami air hingga 60 sentimeter," katanya.

Zulkafali Hashim, 55, pula berharap kerajaan negeri dapat menyediakan peruntukan untuk mengukuhkan tebing sungai supaya mereka tidak lagi menghadapi masalah yang sama berulang kali.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Pendudukbimbanghakisantebing/Article/index_html

Penduduk Kayu Ara resah setiap kali hujan lebat
Utusan Malaysia 20 Mei 2010

RUSLI Ramli menunjukkan pasir yang memenuhi saluran longkang sehingga menyebabkan longkang menjadi cetek di Kampung Kayu Ara, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

RASAH 19 Mei - Entah siapa yang bertanggungjawab untuk membantu penduduk di Kampung Kayu Ara, Seremban dekat sini apabila longkang dipenuhi pasir, sekali gus menyebabkan berlakunya banjir di situ.

Kata penduduk, mereka telah menghubungi pihak berkuasa tempatan, mahupun agensi kerajaan yang berkaitan, malangnya pasir terus memenuhi longkang berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Apa yang membimbangkan penduduk, setiap kali hujan lebat, maka berlakulah banjir yang nyata menyusahkan penduduk di kawasan terbabit.

Seorang penduduk, Rusli Ramli, 58, berkata, masalah itu timbul sejak beberapa bulan lalu apabila bukit berhampiran mula ditarah bagi projek pembangunan dan pemaju ketika ini berusaha menanam semula pokok untuk mengelakkan hakisan tanah berlaku.

''Kami telah bangkitkan perkara itu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya ia dirujuk kepada pihak berwajib," katanya.

Menurut Rusli, penduduk pernah menjalankan gotong-royong bersama pihak berkuasa tempatan sebelum ini tetapi selepas itu, pasir kembali memenuhi longkang dan tiada tindakan susulan.

''Pasir semakin bertambah di dalam longkang. Kami hanya mampu berdoa, supaya hujan tidak lebat kerana bimbang rumah kami akan dilanda banjir lumpur kelak," katanya.

Sementara itu, seorang pesara, Abdul Rani Norddin, 56 berkata, setakat ini lebih empat kali kawasan rumahnya dimasuki air.

''Perkara ini tidak akan selesai sekiranya tanpa penglibatan pihak berwajib," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rani mencadangkan sistem perparitan di kawasan berkenaan dikaji semula atau diganti supaya masalah seperti ini tidak akan berulang dan menjejaskan keselesaan penduduk.

''Kalau pun parit ini tidak berganti, mereka harus pantau sebaik mungkin kerana masalah ini akan menyebabkan penduduk menjadi sengsara.

''Jumlah kerugian harta benda akan terus berlaku jika ia tidak ditangani segera.

"Saya berharap pihak yang berwajib pantaulah. Jangan biarkan perkara ini terus berlaku," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Terpenjara gara-gara jalan curam

Sinar Harian 24 Mei 2010

GEDUHOM , Kuala Pilah – Sebuah keluarga di Kampung Air Gapis, di sini, diselubungi kesulitan hidup apabila jalan utama ke rumah mereka becak, berlumpur dan curam menyebabkan mereka sukar berulang alik ke rumah.


Penduduk terbabit, Muhiddin L Ahmad, 45, mendakwa jalan tanah merah itu bahaya untuk dilalui kerana terlalu sempit dan curam selain hanya boleh dilalui motosikal.

Malah, dia yang tinggal di rumah Skim Perumahan Rakyat Termiskin (SPKR) bersama isteri dan dua anak masih bersekolah, terpaksa menanggung risiko setiap hari apabila melalui jalan itu dan pernah terjatuh daripada motosikal beberapa kali.

Lebih parah, katanya, hujan menyebabkan tanah merah berlumpur sehingga menyekat pergerakan tayar motosikal.

“Setiap kali hujan, saya sekeluarga tidak boleh keluar kerana bimbang bahaya yang bakal menimpa gara-gara jalan licin. Kadang-kadang saya sekeluarga terpaksa duduk di rumah dan tidak bekerja.

“Saya pernah meminta pertolongan pihak bertang-gungjawab supaya menarah bukit agar jalan tidak terlalu curam tetapi ia dijalankan separuh jalan sahaja. Selebihnya tidak dilaksanakan sehingga jalan menjadi curam seperti ini. Saya tidak mampu mengupah mana-mana individu bagi meratakan jalan tersebut,” katanya.

Muhiddin berkata, disebabkan jalan curam, dia terpaksa mencari jalan alternatif untuk mengurangkan risiko ditanggung mereka sekeluarga.

“Saya terpaksa membuat jalan sendiri demi keselamatan keluarga. Saya menggunakan ladang pokok getah sebagai laluan baru yang lebih selamat. Jika isteri hendak ke pasar, dia akan melalui jalan itu.

“Mungkin ada memandang sinis tindakan saya membuat rumah di atas bukit dan menuduh saya sengaja menyusahkan diri namun apa daya saya kerana ini sahaja tanah pusaka dan harta yang saya miliki,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7726323.asp

5/21/10

Anjing liar ganggu ketenteraman


Sinar Harian 21 Mei 2010

JOHOL - Masalah anjing liar semakin berleluasa sehingga mengganggu ketenteraman awam ketika berkeliaran di kawasan kampung mencari makanan.

Masalah ancaman anjing liar berkeliaran di sekitar Kampung Air Gapis, menimbulkan rasa kurang senang penduduk.


Penduduk, Roha Mahadi, 72, berkata, dia berasa kurang selesa kerana setiap hari diganggu bunyi bising anjing menyalak dan mengejar ternakan kambing serta ayamnya.

Menurutnya, ternakan kambing dan ayam sering dimakan hingga menyebabkan kampung itu sering menjadi tumpuan anjing yang datang dari ladang estet berdekatan.

“Saya difahamkan, anjing itu kelaparan kerana tuannya tidak memberi makan mencukupi. Oleh itu, anjing pergi ke kawasan kampung mencari makanan.

“Orang kampung mengalami kerugian kerana kami menternak untuk keperluan keluarga, namun akhirnya, anjing yang mendapat habuan,” katanya.

Roha berkata, dia pernah ternampak anjing liar bersaiz besar dan berwarna hitam.

“Saya takut sebab anjing besar dan sebagai warga emas, saya rasa tidak selamat kerana bimbang dicederakan.

“Masalah ini sudah berlarutan beberapa bulan. Kami pernah cuba membuat rundingan antara tauke dan penduduk kampung tetapi hampa,” katanya.

Menurutnya, tauke terbabit juga tidak mahu memberi kerjasama dan tidak membayar ganti rugi ditanggung penduduk.


Pemilik baru tidak mahu bekerjasama

Sementara itu, Baharom Said, 73 berkata, tiada siapa yang suka ternakan mereka mati akibat dimakan anjing.

“Saya sudah membelanjakan makanan dedak untuk ternakan tetapi hasilnya tiada.

“Sepatutnya, anjing disimpan di dalam kawasan ladang atau dirantai. Elakkan dilepas atau dibebaskan supaya tidak jadi liar,” katanya.

Menurutnya, tauke berkenaan seolah-olah tidak mengambil endah perkara itu dan membiarkan sahaja anjing berkeliaran.

“Dahulu, masalah seperti ini pernah berlaku namun selepas berunding dengan tauke lama, masalah itu dapat diselesaikan malah ganti rugi turut dibayar.

“Bagaimanapun, tauke yang baru mengambil alih ladang estet berkenaan tidak mahu bertanggungjawab mengenai masalah ini hingga menimbulkan perasaan marah penduduk,” katanya.

Baharom berkata, penduduk bimbang diancam masalah kesihatan kerana anjing mempunyai parasit dan bakteria yang membahayakan.

“Seharusnya pihak berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan membantu mengatasi masalah penduduk supaya keselamatan terjamin.

“Mereka mempunyai kuasa dan boleh memantau keadaan ini, berlainan dengan orang kampung yang tidak mempunyai hak sama sekali,” katanya.

Haiwan ternakan jadi mangsa

Penduduk, Muhiddin Ahmad, 45, berkata, dia kesal dengan tindakan tauke ladang estet kerana membiarkan anjing berkeliaran sehingga mengganggu ketenteraman penduduk, selain mengancam keselamatan.

“Kambing saya turut menjadi mangsa anjing liar walau tinggal di kawasan berbukit. Hakikatnya anjing itu tidak diberi makan secukupnya hingga bertindak di luar jangkaan.

“Kambing ini adalah hasil bantuan pihak kerajaan bagi menampung pendapatan keluarga, namun kini semakin berkurangan. Terbaru, tiga kambing mati digigit anjing,” katanya.

Muhiddin berharap, pihak berkenaan membantu orang kampung mengatasi masalah anjing liar berkeliaran.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7715868.asp

5/20/10

Saliran tersumbat didakwa punca banjir

Sinar Harian 20 Mei 2010

Jelebu, PETALING – Seorang penduduk di Kampung Gagu, dekat sini gusar melihat rumahnya yang kerap dinaiki air kali setiap kali hujan lebat.


Rashidah Dauh, 48, juga percaya masalah berterusan sejak beberapa bulan lalu berpunca daripada sistem saliran tidak sempurna di Sungai Teriang yang terletak kira-kira 100 meter dari situ.

Menurutnya, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut.

“Jarak 100 meter antara rumah saya dengan sungai tersebut menyebabkan rumah sering dinaiki air.

“Masalah ini berpunca daripada keadaan tebing sungai yang rendah dan sistem perparitan bermasalah,” katanya.

Rashidah berkata, keadaan benteng dan tebing sungai yang rendah dipercayai menjadi sebab banjir mudah berlaku.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu membina benteng tinggi dan kukuh bagi mengelakkan air sungai melimpah keluar.

“Keadaan sistem perparitan yang uzur dan sering mengalami masalah tersumbat menyebabkan saluran air sungai tidak berfungsi dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Rashidah berkata, banjir paling teruk yang pernah dialaminya ialah pada Ogos lalu apabila banjir sehingga mencecah atap rumahnya.

“Tahun ini sahaja sudah tiga kali banjir berlaku dan yang terbaru pada minggu lalu, di mana air memasuki rumah berikutan hujan lebat di kampung ini.

“Keadaan rumah yang sering dinaiki air ini amat menyukarkan kehidupan kami seharian memandang selut lumpur banjir sukar untuk dibersihkan,” katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah sukar apabila ibunya, Safiah Jatin, 83, tinggal bersamanya mengalami masalah kesihatan.

“Kami tinggal berdua dan dengan kudrat yang ada inilah, kami membersihkan rumah daripada lumpur kesan daripada banjir.

“Lebih menyedihkan, banyak barang-barang dapur dan kelengkapan rumah yang lain tidak boleh digunakan gara-gara bencana banjir,” katanya.

Rashidah mendakwa, perkara tersebut diadukan kepada pihak berwajib, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.

“Masalah ini sudah berlarutan hampir setahun, namun tiada kelibat pihak berwajib pun yang datang menjenguk melihat masalah ini.

“Saya berharap masalah banjir ini dapat diatasi dengan segera dengan melakukan usaha membaik pulih sungai dan sistem perpari-tan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7710442.asp

Mat Hasan takut dengan Mat Sabu ?


Mat Hasan tak perlu takut dengan Mat Sabu. Buatlah program lain, di tempat lain untuk lawan Mat Sabu.

Petikan dari Blog Chegubard :

Di NS bukan takat dewan tapi permit pun diganggu.

Heboh kononya di Pulau Pinang, Program Pemuda Umno tak dapat kebenaran menggunakan Dewan Orang Ramai, tetapi di Negeri Sembilan nak dapatkan permit polis pun susah dan kadang kala dah dapat tetapi dibatalkan saat akhir.

Contoh terdekat ketika semua persiapan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu pada 25 Mei 2010 sudah disiapkan untuk diadakan di Kg. Nyatoh, Rantau di sebuah tanah persendirian yang pernah sebelum ini dua kali buat program Barisan Alternatif (BA) satu ketika dulu dan semuanya 'ok'. Malangnya kali ini polis tak bagi permit kerana jalan depan tanah itu garisan berkembar.

Kami alih pula ke Depan Pejabat DAP, di Taman Ekar,Rantau permit di pohon semula tetapi sampai ke saat ini masih tak ada respon dari Ibupejabat Polis Daerah Seremban. Kami tak boleh tunggu untuk promosi dan persiapan, tetapi hari ini dengar 'sumber' dari polis cuba minta alih ke tempat lain (selain Rantau) untuk dapat permit kerana kononya itu kawasan Menteri Besar.

hahaha mengarut, ini bukan negara koboi ada kawasan orang itu dan ada kawasan orang ini. Kalau tak boleh beri permit kerana kawasan MB senang saja Polis istihar sahaja DUN Rantau semua tak boleh bertanding dan ia kawasan Darurat dibawah pemerintahan keluarga Mohamad Hassan, senang !!!!

Semua persiapan dah dibuat, insyaAllah semua urusan keselamatan seperti letak kereta, kelancaran trafik, tempat duduk ceramah dan seumpamanya sudah disusun dengan baik dan petugas yang cukup disediakan.

Semua dijemput keayuh kita gempur kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan dengan maklumat.

Kepada semua mohon rayu sebarkan maklumat hebahan ceramah ini kepada sebanyak mungkin orang.

http://chegubard.blogspot.com/2010/05/di-ns-bukan-takat-dewan-tapi-permit-pun.html

Penduduk Kayu Ara resah setiap kali hujan lebat

Utusan Malaysia 20 Mei 2010


RUSLI Ramli menunjukkan pasir yang memenuhi saluran longkang sehingga menyebabkan longkang menjadi cetek di Kampung Kayu Ara, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------

RASAH 19 Mei - Entah siapa yang bertanggungjawab untuk membantu penduduk di Kampung Kayu Ara, Seremban dekat sini apabila longkang dipenuhi pasir, sekali gus menyebabkan berlakunya banjir di situ.

Kata penduduk, mereka telah menghubungi pihak berkuasa tempatan, mahupun agensi kerajaan yang berkaitan, malangnya pasir terus memenuhi longkang berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Apa yang membimbangkan penduduk, setiap kali hujan lebat, maka berlakulah banjir yang nyata menyusahkan penduduk di kawasan terbabit.

Seorang penduduk, Rusli Ramli, 58, berkata, masalah itu timbul sejak beberapa bulan lalu apabila bukit berhampiran mula ditarah bagi projek pembangunan dan pemaju ketika ini berusaha menanam semula pokok untuk mengelakkan hakisan tanah berlaku.

''Kami telah bangkitkan perkara itu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya ia dirujuk kepada pihak berwajib," katanya.

Menurut Rusli, penduduk pernah menjalankan gotong-royong bersama pihak berkuasa tempatan sebelum ini tetapi selepas itu, pasir kembali memenuhi longkang dan tiada tindakan susulan.

''Pasir semakin bertambah di dalam longkang. Kami hanya mampu berdoa, supaya hujan tidak lebat kerana bimbang rumah kami akan dilanda banjir lumpur kelak," katanya.

Sementara itu, seorang pesara, Abdul Rani Norddin, 56 berkata, setakat ini lebih empat kali kawasan rumahnya dimasuki air.

''Perkara ini tidak akan selesai sekiranya tanpa penglibatan pihak berwajib," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rani mencadangkan sistem perparitan di kawasan berkenaan dikaji semula atau diganti supaya masalah seperti ini tidak akan berulang dan menjejaskan keselesaan penduduk.

''Kalau pun parit ini tidak berganti, mereka harus pantau sebaik mungkin kerana masalah ini akan menyebabkan penduduk menjadi sengsara.

''Jumlah kerugian harta benda akan terus berlaku jika ia tidak ditangani segera.

"Saya berharap pihak yang berwajib pantaulah. Jangan biarkan perkara ini terus berlaku," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Abai kebersihan

Berita Harian 20 Mei 2010

Penduduk dakwa kontraktor projek tak urus sisa binaan

TAMPIN: Penduduk beberapa kawasan perumahan serta sebuah asrama pemulihan akhlak berhampiran projek pembinaan sebuah kuarters perumahan di sini, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat kontraktor yang terbabit dalam projek berkenaan kerana mengabaikan kebersihan.

Kontraktor terbabit didakwa membiarkan rumah kongsi pekerjanya yang sudah dikosongkan kira-kira sebulan lalu menjadi sarang pembiakan nyamuk serta binatang berbahaya seperti ular dan serangga berbisa, termasuk kala jengking. Tinjauan Berita Harian bersama wakil Majlis Daerah Tampin dan Pejabat Kesihatan Daerah Tampin baru-baru ini mendapati, projek perumahan polis yang menelan kos RM67 juta itu hampir siap sepenuhnya dengan sebahagian pagar zink mengelilinginya sudah dibuka. Keadaan itu sekali gus memperlihatkan kawasan dalamannya termasuk rumah kongsi yang dahulunya memuatkan lebih 100 orang pekerja, kini dirobohkan separuh dan ditinggalkan begitu saja tanpa dibersihkan.

Penduduk kawasan berhampiran termasuk Taman Suria, Taman Woon dan Taman Bukit Tampin, mendakwa runtuhan kawasan itu ditambah barangan milik pekerja yang terbiar termasuk pinggan mangkuk, tong air, baldi dan botol arak menyumbang kepada pembiakan serangga serta haiwan berbahaya.

Lebih mendukacitakan, kawasan berhampiran Asrama Lindungan Kasih di Taman Suria, dijadikan tempat pembuangan sampah serta sisa bahan binaan, termasuk puluhan tong drum daripada projek terbabit.

Penyelia asrama itu, Anuar Ujang, 47, berkata pembuangan sampah di kawasan yang terletak hanya kira-kira 40 meter dari asrama mengundang banyak masalah terutama pembiakan nyamuk aedes dan binatang berbahaya.
"Melihatkan keadaan tempat itu, jelas ia menjadi tempat pembiakan nyamuk ades, serta reptilia berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking dan tidak dinafikan bilangan nyamuk pada waktu senja dan pagi sangat banyak di sini.

"Saya juga khuatir, reptilia berbisa akan memasuki kawasan asrama dan menyebabkan kejadian tidak diingini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Tampin, Zulhilmi Marzuki ketika di hubungi berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah mengeluarkan notis kepada kontraktor terbabit supaya membersihkan kawasan berkenaan dengan segera.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Abaikebersihan/Article

5/19/10

Jalan ditutup tiada papan tanda amaran

Sinar Harian 19 Mei 2010

PANTAI – Pengguna Jalan Pantai menghala ke Jelebu, di sini, diselubungi kebimbangan beriku-tan jalan terbabit membahayakan pengguna.

Mereka mendakwa, tindakan pihak berkaitan menutup jalan itu kerana kerja baik pulih tanah runtuh tanpa papan tanda dikhuatiri menyebabkan kejadian tidak diingini.

Pengguna ditemui, Mohd Hami Idris berkata, jalan berkenaan membahayakan apabila tiada amaran menyatakan laluan sebelah jalan ditutup.

“Lorong jalan dari arah Jelebu ditutup untuk urusan membaik pulih bukit yang mengalami tanah runtuh. Namun, sepanjang jalan itu tiada papan tanda amaran dan memaklumkan lorong jalan ditutup.

“Kenderaan dari Pantai juga berhadapan dengan bahaya apabila tiada papan tanda memaklumkan pengguna harus menggunakan lorong kiri sahaja. Keadaan bertambah bahaya apabila jalan berkenaan selekoh berbahaya,” katanya.

Menurutnya, aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya, namun tiada tindakan dilakukan sehingga kini.

“Tindakan segera perlu dilakukan kerana kita tidak mahu apabila berlaku kemalangan meragut nyawa, baru tindakan dan usaha diambil.

“Saya berharap pihak berwajib peka dalam perkara ini kerana mengundang bahaya khususnya kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, Mohd Amran Nasir, 32, berkata jalan itu perlu ada pengawal lalu-lintas untuk mengelak kecelakaan.

“Saya nyaris bertembung dengan sebuah kenderaan yang datang daripada arah bertentangan berikutan tiada amaran papan tanda diletakkan.

“Sepatutnya, kenderaan dari arah Pantai perlu dimaklumkan bahawa mereka hanya boleh menggunakan lorong kiri sahaja untuk memberi laluan kenderaan dari arah Jelebu. Bayangkan pada waktu malam, jalan berkenaan merbahaya kerana tidak mempunyai lampu jalan,” katanya.

Menurutnya, untuk mengelakkan kemalangan, pihak berkenaan perlu bertindak segera mengatasi masalah itu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7707906.asp

5/18/10

Rayuan Rumah Perlindungan Saudara Baru


Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) adalah merupakan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2003 dalam usaha membantu saudara baru dan juga golongan yang memerlukan. Untuk tujuan itu YKSNS telah membeli sebuah rumah di Taman Cemerlang, Kuala Pilah yang telah dijadikan rumah perlindungan dan juga tempat menjalankan aktiviti-aktiviti YKSNS.

Sumbangan untuk 1 kaki persegi ialah RM 143.85

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN Akaun Bank Islam 05030010135487

Untuk pertanyaan hubungi
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maayks@gmail.com , dynamic_bukhari@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com/
Alamat :
Pengarah Tabung Aset YKSNS
KOMPLEKS TOK MUAR (Rumah Perlindungan)
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2010/04/blog-post.html#links

YKSNS juga akan menganjurkan MALAM NUR INSPIRASI YKS 2010 di Kompleks Tok Muar YKSNS pada 24 Julai 2010 pada jam 8 malam hingga 11 malam.

VISI YKSNS : Membina masyarakat yang berkasih saying dan hubungan kemanusiaan yang tinggi

MISI YKSNS : Menjadi pertubuhan yang membangunkan aqidah, pendidikan, ekonomi serta memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat

AKTIVITI & PERKHIDMATAN :
1. Program Modal Insan
2. Urusan Penjagaan Saudara Baru Dalam Tempoh Perlindungan
3. Urusan Penjagaan Anak-Anak Terabai
4. Masalah Sosial Remaja
5. Kelas Pengajian Agama
6. Menyalurkan Bantuan
7. Program Jalinan Ukhuwwah Saudara Kita

GOLONGAN YANG DILINDUNGI :
1. Saudara baru
2. Golongan yang layak menerima zakat
3. Ibu tunggal

Kejohanan Bolasepak PASTI 22 Mei Seremban

KEJOHANAN SUKAN BOLASEPAK & BOLA JARING
PELAJAR PASTI NEGERI SEMBILAN 2010

Tarikh : 22 Mei 2010 / Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 11.45 tengahari
Tempat : Padang, Rahang Kecil, Seremban

Mari Bersama Berikan Sokongan Kepada Pasukan Yang Bertanding

5/13/10

Belukar, binatang liar resahkan penduduk

Utusan Malaysia 13 Mei 2010


SEMAK-SAMUN tumbuh meliar sehingga menjadi belukar berhampiran kediaman penduduk di Jalan Hj. Bahaman, Kampung Tanjong Ipoh, Kuala Pilah.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA PILAH 12 Mei - Penduduk sekitar Jalan Hj. Bahaman, Kampung Tanjong Ipoh, dekat sini melahirkan rasa bimbang dengan masalah semak-samun yang tumbuh meliar sehingga menjadi belukar berhampiran kediaman mereka.

Apa yang paling meresahkan penduduk terbabit mereka sering terserempak dengan binatang liar di kawasan belukar tersebut.

Menurut seorang penduduk, Nordin Mohd. Salleh, 78, masalah tersebut menghantui penduduk sejak beberapa tahun lalu.

''Semak ini tumbuh di atas tanah terbiar di sekeliling kawasan ini. Ia sudah lama tidak dibersihkan sehinggakan sudah bertukar menjadi belukar.

''Saya bimbangkan keselamatan penduduk di sini kerana banyak kali kami terserempak dengan binatang liar seperti babi hutan dan ular termasuk tenuk," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya lagi, dia telah membuat aduan berhubung masalah tersebut kepada pihak Majlis Perbandaran Kuala Pilah (MPKP) dua minggu lalu tetapi sehingga kini masih tiada tindakan.

Seorang lagi penduduk, Zakaria Bahaman, 72, berkata, berikutan masalah berkenaan, penduduk bimbang untuk keluar berjalan kaki terutamanya waktu malam.

''Mana tidaknya, kita jadi takut untuk keluar berjalan kaki, mana tahu terserempak dengan babi atau ular. Lebih-lebih pada waktu malam kerana jalan di sini gelap.

''Saya minta pihak bertanggungjawab memotong dan membersihkan kawasan berkenaan demi keselamatan semua," katanya.

Menurut Rogayah Itam, 71, yang turut mendiami kawasan itu, dia bimbang tentang keselamatan kanak-kanak yang keluar berjalan kaki melalui kawasan berkenaan.

''Makin lama makin tinggi semak ini, rumah penduduk pula terletak berhampiran kawasan semak ini.

''Saya cuma bimbangkan keselamatan kanak-kanak yang terpaksa melalui tepi kawasan semak ini untuk ke sekolah. Saya risau mereka diserang binatang liar secara tiba-tiba," ujarnya.

Tambah Rogayah, penduduk di sini kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan sekiranya berlaku kecemasan ia akan menyulitkan keadaan.

''Lebih baik buat sesuatu sebelum perkara yang tidak diingini menimpa kami," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

5/11/10

SEMINAR HARI IBU & GURU

SEMINAR HARI IBU & GURU
TARIKH : 16 Mei 2010 (Ahad)
TEMPAT : PASTI Al-Ikhwan , Taman Paroi Jaya, Seremban
MASA : 8 pg – 12 t/hari
Yuran Penyertaan RM5
Muslimat dijemput hadir

Ceramah 1 : “Ke Arah Pembentukan Keluarga Sakinah Baiti Jannati”
Oleh :
Ustazah Ummi Badariah bt Hamdan
Ustazah Hjh Jamilah bt Shamsudin

Ceramah 2 : “Cabaran Mendidik Anak Masa Kini,
Peranan Wanita Sebagai Ibu & Guru”

Hubungi pasti.alikhwan@gmail.com atau Cikgu Suriyaton 016-3734077

Pas NS kesal tiada usaha baik pulih jambatan

Sinar Harian 11 Mei 2010

SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan melahirkan rasa kecewa apabila aduan dibuat salah seorang penduduk kampung berkaitan jambatan rosak akhirnya memakan diri si pengadu.

Allahyarham Syed Alias Syed Samara maut apabila motosikal ditunggang di jambatan tersebut terjatuh.

Menurut Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar, Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Jelebu, penah suatu ketika dahulu membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab mengenai masalah dihadapi, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil dan akhirnya jambatan tersebut meragut nyawanya.

“Saya berasa sangat kesal dengan kejadian itu. Jambatan rosak dan reput itu sepatutnya diberi perhatian dan keutamaan untuk diperbaiki kerana ia merupakan salah satu penghubung jalan antara rumah mangsa dengan penduduk lain, malah menjadi jalan utama orang kampung ke kebun masing-masing.

“Aduan dibuat sejak 2007, langsung tidak dipedulikan, walaupun kita difahamkan peruntukan untuk baik pulih jambatan sudah ada.

“Sehingga kini, ia masih teruk dan usang hingga meragut nyawa penduduk kampung Durian Tipus,” katanya.

Turut serta, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Taufek Abd Ghani, dan Ketua Muslimat Pas Pusat, Nurlidah Salleh.

Tambah Zulkefly, sebelum kejadian ini berulang, pihak bertanggungjawab digesa memperbaiki jambatan tersebut secepat mungkin.

“Jangan tunggu hingga orang lain menjadi mangsa baru mahu ambil tindakan. Buatlah kerja-kerja pembaikan segera agar tiada penduduk kampung menerima nasib sama,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7675689.asp

5/10/10

Menteri cemar imej Malaysia negara Islam

Judi tetap haram walaupun berlesen
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Berita Harian 10 Mei 2010
Cadangan Timbalan Menteri benar pertaruhan Piala Dunia cemari imej negara Islam

JIKA minggu lalu saya mengupas cadangan Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara supaya bapa kepada bayi yang dibuang dikenakan hukuman 'kasi' bagi mengajar lelaki terbabit supaya bertanggungjawab, minggu ini saya mengupas mengenai pertaruhan haram. Dilaporkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia, awal Jun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula. Beliau mengakui sudah ada pihak mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa. Awang Adek juga dilaporkan berkata, dengan pengawalan kerajaan aktiviti pertaruhan dapat dilakukan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini.

Saya bimbang dengan cadangan sebegini apatah lagi ia datang daripada seorang Timbalan Menteri beragama Islam. Jelaslah cadangan ini langsung tidak mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan malah meminggirkan jati diri kebangsaan bagi rakyat Malaysia yang berteraskan kepada Agama Persekutuan itu.

Rasional pertimbangan kerajaan dalam meluluskan lesen pertaruhan sebegini amat dibimbangi dan tidak bersandarkan kepada kehendak masyarakat Islam arus perdana. Akan muncul suatu ketika nanti sebahagian masyarakat ketagih berjudi sehingga sanggup melakukan apa saja bagi memenuhi tabiat buruk mereka itu. Tidak kurang juga nanti sesetengah golongan menjadi muflis kerana kalah judi.

Menghalalkan perkara yang jelas haram termasuk dalam kategori mengubah hukum Allah walaupun dengan pengeluaran lesen. Walaupun ada kemungkinan lesen yang akan dikeluarkan itu dikenakan syarat bahawa orang Islam tidak dibenarkan berjudi tetapi dasar negara hendaklah digarap dengan mengambil kira kedudukan agama Islam dan sumpah Yang Di-Pertuan Agong mempertahankan Islam pada setiap masa.

Cukuplah dengan pusat perjudian yang wujud di negara ini dan dua pusat perjudian di negara jiran yang baru dibuka. Jangan ditambah lagi dengan lesen perjudian lain. Sedangkan perjudian yang dilesenkan sekarang pun tidak dapat dipastikan sama ada berjaya dijauhi umat Islam, apatah lagi pertaruhan yang berselindung di bawah nama sukan seperti kejohanan bola sepak Piala Dunia ini.

Seharusnya, jika Timbalan Menteri itu sudah mengakui kegagalan kementerian membanteras perjudian haram, segala usaha patut ditumpukan ke arah melipatgandakan program membanteras pertaruhan dan perjudian haram.

Bukan dengan memberi lebih banyak lesen perjudian yang akhirnya akan menambahkan lagi implikasi negatif kepada negara. Saya merasa pelik dengan pendekatan diambil Timbalan Menteri itu berkaitan isu ini. Apakah semata-mata ingin mengaut cukai dan pendapatan yang lebih, pihak kerajaan rela wang haram digunakan bagi pembangunan masyarakat dan negara?

Berjudi bukan amalan yang sihat. Ia menjadikan seseorang ketagih judi, membuang masa, mengabaikan keluarga serta punca kepada gejala sosial dan jenayah setempat. Masyarakat akan menjadi terumbang-ambing jika lesen perjudian diberikan secara berleluasa.

Oleh itu, cadangan sebegini sudah tentunya tidak dialu-alukan masyarakat Islam. Bukan itu saja, ia pasti mencemarkan imej negara yang terkenal sebagai model Negara Islam kepada dunia.

Perjudian yang diberi lesen dan perjudian tidak mendapat lesen - kedua-duanya haram di sisi Islam. Umat Islam tidak harus terpedaya dengan pengeluaran lesen ini. Jika dikatakan lesen diberikan kepada orang bukan Islam saja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh orang Islam.

Apabila ia menjadi budaya, orang ramai akan gagal melihat betapa hina dan jelek perjudian itu. Mungkin sesetengah pihak akan melihat perjudian sebagai norma masyarakat. Apabila perkara sedemikian berlaku, maka orang ramai tidak lagi berasa segan silu untuk berjudi atau bertaruh.

Cukuplah dengan ketidakseimbangan sosiobudaya dan masyarakat sekarang. Ia akan menjadi lebih punah jika institusi keluarga dan masyarakat pula dirobek dengan kesan perjudian. Saya menyarankan kerajaan mengkaji semula pertimbangan mengeluarkan lesen pertaruhan baru ini. Walaupun mungkin kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih, ia hanya akan menjadi barah dalam masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Bagi saya, perjudian harus dibanteras hingga ke akar umbi bukan diberikan lesen bagi menghalalkan operasinya. Sekali lagi saya merayu kerajaan mengkaji semula pertimbangan memberikan lesen bagi pertaruhan atau perjudian ini. Tidak ada faedah seseorang itu berjudi. Adalah lebih baik baginya membuat kerja halal dan mendapat manfaat daripada usaha dan titik peluh sendiri. Tiada jalan pintas untuk kaya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Juditetapharamwalaupunberlesen/Article

5/8/10

Remaja Melayu ditembak polis di Seremban

Lagi kes remaja Melayu ditembak polis. Kali ini di Ampangan , Seremban. Kejadian berlaku pada Sabtu 8 Mei 2010.

Kisah selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/05/lagi-kes-mangsa-tembak.html

5/7/10

Kecoh TNB tak ‘tunjuk muka’

Sinar Harian 7 Mei 2010

MAMBAU - Sesi dialog penduduk bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sepatutnya diadakan semalam berlangsung dalam keadaan tegang berikutan wakil TNB tidak menghadirkan diri.

Sesi dialog anjuran DAP Negeri Sembilan itu tetap diteruskan di Pejabat DAP Mambau, di sini, walaupun ketiadaan wakil daripada TNB yang sepatutnya hadir bertemu penduduk di kawasan berkenaan.

Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, pihaknya berasa kecewa dengan sikap acuh tak acuh TNB yang gagal menghantar wakil mereka bertemu penduduk di sini.

Menurutnya, kehadiran wakil TNB diperlukan untuk memberi penjelasan tepat mengenai masalah dihadapi penduduk berkaitan bil elektrik yang naik secara mendadak.

“Sejak kebelakangan ini, kita sering mendapat aduan daripada penduduk mengenai bil elektrik yang dikenakan dengan kadar tinggi. Bukan sahaja seorang tetapi lebih daripada 50 keluarga menghadapi masalah ini.

“Sistem dilaksanakan TNB dianggap tidak adil di mana pengguna terpaksa membuat bayaran untuk tempoh 66 hari yang dianggap terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna.

“Kiraan sepatutnya untuk tempoh dua bulan, telah dilebihkan sebanyak enam hari, dan kadang-kala melebihi sehingga tujuh hari. Jika kiraan dibuat untuk tempoh 66 hari, sudah pasti mereka (TNB) akan membuat pengiraan berdasarkan kadar tertinggi.

“Apabila ia terjadi, maka kesannya, pengguna terpaksa berdepan dengan kadar bayaran tinggi, yang dirasakan tidak wajar,” katanya kepada Sinar Ha-rian selepas mengadakan sesi dialog bersama penduduk, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambau, Wong May May; ADUN Temiang, Ng Chin Tsai dan ADUN Senawang, P Gunasekaran.

Sementara itu, May May ketika ditemui berkata, pihaknya mendapat banyak aduan mengenai masalah tersebut, sehingga memberi kesan drastik kepada pengguna.

“Oleh itu, kita mahu wakil TNB atang ke sini dan memberi penjelasan kepada penduduk dengan lebih mendalam. Kita (DAP) tidak ada kuasa dan tidak berhak memberi penjelasan kepada mereka, kerana ini bukan bidang kita.

“Oleh itu, saya berharap mereka yang bertanggung-jawab dapat memberi penjelasan agar masalah ini tidak menjadi lebih teruk dan mendatangkan kesan kepada pengguna.

“Sikap sambil lewa mereka (TNB) terhadap masalah ini sangat dikesali kerana ia tidak sepatutnya berlaku, kerana temu janji telah pun kita buat tetapi pada saat akhir mereka dengan sesuka hati membatalkan pertemuan ini,” katanya.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan penjelasan TNB Negeri Sembilan tidak berhasil apabila pegawai terbabit dikatakan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan dan menyerahkan kepada pegawai atasannya.

Bagaimanapun, pegawai atasan tersebut gagal dihubungi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7661210.asp

Ribut terburuk selepas 20 tahun

Sinar Harian 7 Mei 2010

LENGGENG – Hujan lebat dan ribut kencang menye-babkan lebih 15 kediaman di tiga kampung dekat sini mengalami kerosakan apabila bumbung diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang, petang kelmarin.

Penduduk turut mendakwa, kejadian ribut luar biasa hampir dua jam itu pernah berlaku di kampung itu, lebih 20 tahun lalu.

Tiga kampung terlibat adalah Kampung Daching, Kampung Sungai Machang Hilir dan Kampung Sungai Jai.

Seorang penduduk, Aman Mahmud, 65, berkata, semasa kejadian, dia terkejut apabila terdengar bunyi ribut sebelum rumahnya ditimpa sebatang pokok manggis.

“Saya bersama enam ahli keluarga termasuk anak, menantu dan cucu semasa itu sedang berkumpul di dapur selepas menyedari keadaan agak berbeza berbanding biasa,” katanya.

Dia yang sudah menetap di Kampung Daching sejak 25 tahun lalu, berkata, kejadian itu hanya disedari selepas melihat air hujan mencurah masuk ke dalam sebuah bilik kosong di rumahnya.

“Apabila saya lihat di luar, saya mendapati ia berpunca daripada sebatang pokok manggis di belakang rumah yang tumbang dan menghempap bilik berkenaan,” katanya semalam.

Seorang lagi penduduk, Arifin Jahar, 44, berkata, dia mengalami kerugian lebih RM8,000 apabila sebahagian daripada bumbung bengkel pertanian yang baru dibina sejak setahun lalu musnah diterbangkan ribut kencang.

“Saya baru pulang dari kawasan itu terkejut apabila menerima pang-gilan daripada seorang pekerja memaklumkan perkara berkenaan dan turut merosakkan baja cendawan serta simen kerana dibasahi hujan,” katanya.

Sementara itu, kejadian itu turut mendapat perhatian Kerajaan Negeri menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim yang membuat lawatan ke lokasi.

Mustafa berkata, pihaknya akan melakukan tindakan susulan dengan memohon bantuan sewajarnya daripada agensi berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Menteri Besar, Pejabat Da-erah dan Jabatan Pertanian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7661305.asp

Program Wanita 22 Mei 2010 Senawang


PROGRAM UNTUKMU WANITA
SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU & HARI GURU
Tarikh : 22 Mei 2010 (SABTU)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi

Acara:
- Tayangan Multimedia Untukmu Ibu
- Nyayian lagu-lagu 'Ibu' oleh anak-anak PASTI
- Persembahan Sajak / puisi Nisa’ UNTUKMU IBU
- Sumbangan kepada ibu tunggal
- Anugerah Selendang Kasih
- Anugerah Ibu Pendidik
- Pertandingan slogan ”Ucapan Untukmu Ibu” kategori kanak-kanak dan dewasa
- Perasmian Pusat Khidmat Kaunseling Wanita oleh Cik Kumutha
- Cabutan Bertuah
- Jamuan petang
- Jualan Amal dari ibu untuk ibu

Sumbangan dalam bentuk hadiah atau hamper amat dialu-alukan terutamanya untuk meraikan dan membantu ibu tunggal yang kesusahan dan memerlukan pertolongan.

Untuk penyertaan pertandingan dan pertanyaan program, sila hubungi;
Pn Fauziah 013-7779328
Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Pn Masitah 019-2655059 masita9339@yahoo.com

Anjuran:
Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Muslimat MTD Paroi

5/6/10

Abg Mat Sabu di Rembau 25 Mei 2010


CERAMAH PERDANA
bersama
Haji Mohamad Sabu , AJK PAS Pusat http://mohamadsabu.com/
YB Taufek , ADUN Paroi
YB Ravi , ADUN Port Dickson
che'GuBard , AMT PKR
Ginie Lim , Exco AMK Pusat

Tarikh : 25 Mei 2010 / Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau (Parlimen Rembau)

Pertanyaan lokasi hubungi 0123696474

Ustaz Tuan Ibrahim 12 Mei 2010 Seremban


CERAMAH UMUM
Tarikh : 12 Mei 2010 / Rabu
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Masa : 9 mlm

Bersama :
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Pusat

Semua Dijemput Hadir

5/5/10

Jamuan Makan Malam DUN Paroi 4 Jun 2010

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM

Tarikh : 4 Jun 2010 / Jumaat
Tempat : Restoran Senawang
Masa : 8 mlm
Kupon : RM20 seorang

Bersama :
YB Dr Syed Azman Syed Nawawi , AJK PAS Pusat , ADUN Terengganu
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Loke Siew Fook , Ahli Parlimen Rasah
Chegubard , AMT PKR

Untuk sumbangan, tempahan dan pertanyaan hubungi :
Suhairi 019-2998345 , Hj Mohd Nor 019-3413614 , Asyiq 016-9029786

Quran teknik Bagdadi 15 Mei 2010 Seremban

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran
TEKNIK AL-BAGHDADI

Tempat : PASTIAl-Ikhwan Taman Paroi Jaya, Seremban.
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 ~ 12.00 tengahari
Bayaran : RM150 seorang (termasuk buku, alatan mengajar serta sijil)
Bilangan Peserta : Terhad kepada 20 orang sahaja


Sila sahkan kehadiran melalui e-mel dengan menyatakan butir-butir penuh (nama, alamat, nombor ic serta nombor telefon) ke pasti.alikhwan@gmail.com sebelum 13 Mei 2010 atau berhubung Cikgu Suriyaton 016-3734077 untuk pertanyaan lanjut.

5/4/10

30 hilang kerja di Hari Buruh

Sinar Harian 4 Mei 2010

SEREMBAN – Hari Pekerja yang sepatutnya disambut bagi meraikan pekerja, bertukar menjadi mimpi ngeri, apabila kira-kira 30 pekerja Panji Timor Sdn Bhd yang kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata.


Pengurus Operasi Panji Timor, Mohd Asri Sheikh Ahmad berkata, kesemua pekerja yang bekerja di bawah Panji Timor terpaksa berhenti kerja memandangkan MPS mahu mengambil alih semula pengurusan bangunan Terminal 1 ini daripada Panji Timor.

Mohd Asri mendakwa, Panji Timor yang merupakan majikan mereka tidak disambung kontrak pengurusannya sehingga menyebabkan kesemua pekerja yang bekerja di bawah syarikat tersebut kehilangan pekerjaan.

“Menurut maklumat, MPS akan mengambil alih semula pengurusan bangunan ini, dan kesemua pekerja Panji Timor ‘diusir’ keluar sehingga menyebabkan kami kehilangan punca pendapatan.

“Paling membuatkan kami terkejut, MPS mahu mengambil alih pengurusan di semua bahagian bangunan termasuk tempat letak kereta yang sememangnya bukan hak milik MPS.

“Perkara tersebut benar-benar membuatkan kami rasa tertekan, dan menanggap bahawa tindakan MPS itu merupakan sesuatu yang zalim,” katanya.

Beliau berkata demikian, pada sidang media di Terminal 1, di sini, semalam.

Sementara itu, wakil daripada Panji Timor, Abd Baith Abd Rahman ketika ditemui berkata, mengikut perjanjian ditandatangani pada 1993, Panji Timor Sdn Bhd akan diberi keutamaan dalam menguruskan bangunan tersebut walaupun sudah tamat tempoh perjanjian.

“Selepas tamat tempoh perjanjian selama 15 tahun, syarikat akan diberi keutamaan untuk menyambung pengurusan dengan kadar dipersetujui bersama.

“Namun, sehingga kini, MPS tidak pernah memberi peluang untuk berbincang mengenai hal ini, apatah lagi memberi keutamaan kepada syarikat,” katanya.

Tambah Abd Baith, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila MPS memanggil satu mesyuarat mengejut pada waktu malam 23 April lalu, dan memberitahu bahawa MPS akan mengambil alih pengurusan dalam tempoh seminggu.

“Walaupun syarikat telah mengingatkan MPS mengenai hak kami (Panji Timor) di dalam perjanjian usaha sama yang lalu, di mana memberi keutamaan untuk menguruskan Terminal Bas dan menuntut hak bahagian tempat letak kereta, namun MPS tetap tidak mempedulikannya.

“Akibatnya kini, ia memberi kesan kepada pekerja Panji Timor yang kini kehilangan kerja mereka akibat tindakan MPS yang mahu mengambil alih semula pengurusan bangunan ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, mereka berharap MPS mempertimbangkan semula keputusan itu dan menyerahkan kembali hak pengurusan bangunan tersebut mengikut perjanjian usaha sama yang dimeterai 15 tahun lalu.

Tambahnya, beberapa surat notis memohon perbincangan telah dihantar kepada MPS, dan pihak syarikat kini sedang menunggu keputusan daripada mereka.

“Sekiranya MPS tidak memberi maklum balas dan masih tidak mahu mengadakan perbincangan secara formal dengan kita, maka Panji Timor akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7647529.asp

5/3/10

Tak sekolah, rumah tiada air, bil tinggi

Semakin banyak rungutan pengguna air di Negeri Sembilan.

Koleksinya di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Apa yang harus dilakukan jika bil air tiba-tiba tinggi ? Baca sini http://waghih.blogspot.com/2010/04/ramai-mengamuk-bil-air-tinggi-senang-je.html

Anak tidak sekolah akibat baju kotor
Sinar Harian 3 Mei 2010

SEREMBAN – Penduduk Taman Sri Pulasan resah masalah air terputus yang sering berlaku di kawasan perumahan mereka.

Terbaru, mereka sekali lagi terpaksa berdepan masalah tersebut apabila bekalan air terputus sejak hampir seminggu.

Akibatnya, urusan seharian lebih 70 keluarga terjejas, diburukkan lagi keadaan cuaca panas ketika ini yang tentunya tidak menyenangkan mereka.

Mereka berkata, biarpun Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (Sains) bertungkus-lumus menghantar bekalan air menerusi lori tangki di kawasan tersebut, tetapi bukan itu yang dimahukan penduduk.

Apa yang mereka mahukan adalah bekalan air pulih supaya boleh mendapatkan bekalan air terus daripada paip air rumah masing-masing, yang terjamin lebih bersih dan mudah.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7642830.asp

Terbeban bil air naik
Sinar Harian 3 Mei 2010

TALANG – Sudahlah tinggal di Rumah Mesra Rakyat tidak sempurna, lebih mengejutkan apabila menerima bil air melambung daripada kebiasaannya iaitu RM11 kepada RM2,000 sebulan.

Itulah nasib menimpa ibu tunggal di Kampung Talang Tengah, yang terpaksa menjaga enam anak selepas kematian suami tiga tahun lalu.


Faridah Omar, berkata, Rumah Mesra Rakyat yang didiami siap sepenuhnya pada akhir 2009, bagaimanapun ketika itu dia masih tinggal di Seremban.

Menurutnya, sebelum berpindah sepenuhnya ke rumah tersebut, dia sentiasa menjenguk dan melawat setiap sebulan sekali bagi memastikan tiada masalah timbul di kemudian hari memandangkan ketika itu masih ada tempoh pembaikpulihan selama tiga bulan dengan pihak kontraktor terlibat.

“Saya sentiasa melihat keadaan rumah ini walaupun waktu itu belum pindah ke sini. Memang selepas kontraktor siap membina rumah ini saya sudah maklumkan kepada mereka berhubung masalah paip pecah.

“Pili paip di bilik air tidak berfungsi ketika tempoh tiga bulan tersebut. Wakil kontraktor sudah melihat keadaan tersebut tetapi ia tetap berlaku lagi malah mereka seolah-olah menyatakan kami yang salah,” katanya.

Faridah berkata, surat perjanjian antara kontraktor dan penghuni memang ada supaya apa jua permasalahan mengenai keadaan rumah dapat diperbaiki dan masih di bawah tanggungjawab kontraktor dalam tempoh tiga bulan.

“Surat itu saya beri kepada kontraktor tersebut, bagaimanapun tidak dipulangkan semula kepada saya. Saya juga sudah kerap kali menghubunginya tetapi jawapan tetap sama tiada sebarang tindakan susulan dilakukan.

“Hal ini menyebabkan bil air meningkat kepada RM2,000. Saya tidak mampu membayar wang sebanyak itu tambahan pula tidak bekerja dan bergantung kepada duit pencen arwah suami,” katanya.

Menurutnya, bukan hanya masalah paip tetapi suis lampu turut tidak berfungsi di bilik tidur bahagian belakang.

“Saya bukan hendak mengaitkan mana-mana pihak tetapi ini adalah hak saya. Setiap bulan saya memperuntukkan RM150 untuk membayar rumah tetapi apa yang saya peroleh keadaan rumah tidak sempurna.

“Saya pernah cuba untuk betulkan semula paip bocor itu tetapi tidak berjaya. Bimbang keadaan lebih teruk, saya mengambil inisiatif menyambungkan pili paip di luar menggunakan saluran paip getah masuk ke dalam bilik depan demi mengelakkan meter air melambung,” katanya.

Dia berharap pihak berkaitan dapat turun padang melihat keadaan rumah dan pertimbangkan bil air yang terlalu tinggi hingga membebankannya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7642297.asp