KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

6/29/10

Tutup tingkap akibat bau busuk

Sinar Harian 29 Jun 2010

MAHSAN, Jempol - Kegiatan membuang sampah secara haram berdekatan Taman Perumahan Megah membimbangkan penduduk, malah bau busuk bawakan angin menyebabkan mereka terpaksa sentiasa menutup tingkap rumah.

Peniaga, D Pannir, 49, berkata, apabila tiba musim hujan, keadaan menjadi lebih buruk kerana air sampah mengalir ke kawasan perumahan berkenaan.

Menurutnya, masalah itu sudah berlarutan hampir tiga tahun dan banyak aduan dibuat kepada pihak berkaitan.

“Pihak terbabit sudah datang melihat kawasan ini dan mereka memaklumkan akan membina pagar bagi keselesaan penduduk.

“Namun masih belum ada tindakan dibuat. Kami sudah lama berdepan masalah bau busuk dan mohon jasa pihak terbabit ambil tindakan segera,” katanya.

Pannir berkata, longgokan sampah juga menarik perhatian binatang liar, sekali gus mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka takut bermain di luar kawasan rumah.

“Saya sendiri khuatir dan bimbang mahu membenarkan mereka bermain jauh-jauh kerana risau keselamatan mereka.

“Sebenarnya, bukan penduduk membuang sampah di tempat berkenaan tetapi mungkin orang luar yang melalui jalan terbabit," katanya.

Menurutnya, tong sampah disediakan bagi setiap rumah dan sampah dikutip pada waktu yang ditetapkan pihak berkenaan.

"Aktiviti membuang sampah biasanya berlaku pada waktu malam dan pada waktu pagi, kami terpaksa menghidu bau busuk sampah.

“Kami tidak tahu mana lagi mahu mengadu. Kami juga perlu kehidupan selesa. Jika masalah ini berlarutan, pasti timbul pula kesulitan lain, misalnya membabitkan kesihatan akibat pencemaran bau dan persekitaran kotor," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7881247.asp

6/28/10

Mohd Sabu 11 Julai 2010 Johol N.Sembilan


CERAMAH PERDANA
Bersama Tn Hj Mohammad Sabu dan cheGuBard
Tarikh : 11 Julai 2010 / Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Johol , Negeri Sembilan

Pertanyaan 019-4647018

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

6/24/10

YB Ir Nizar Jamaludin di Seremban 29 Jun 2010

CERAMAH MOBILISASI MEMBANTAH JUDI
Tarikh : 29 Jun 2010 / Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah , Kg Ismail , Ampangan , Seremban

Penceramah :
YB Ir Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Chegubard
Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat
Aiman Athirah Al Jundi , EXCO Muslimat PAS Pusat

Semua dijemput hadir

6/23/10

Setahun hidu busuk


Berita Harian 23 Jun 2010


LONGKANG yang pecah menyebabkan saliran tersumbat hingga mengeluarkan bau busuk dan berkeadaan kotor di Garden Avenue, Seremban 2. Penduduk hilang sabar longkang tersumbat, pecah

SEREMBAN 2: Sampah tersumbat dan air tidak mengalir hingga berbau busuk membuatkan penduduk Garden Avenue di sini tidak lagi dapat bersabar kerana terpaksa hidup bertemankan bau busuk dan keadaan yang membahayakan. Masalah yang berlaku sejak lebih setahun lalu dikatakan berpunca daripada longkang yang pecah menyebabkan batu dan tanah menyekat pengaliran air di situ. Sikap segelintir pemandu kenderaan menggunakan lorong di tempat kejadian untuk keluar masuk ke kawasan ini turut menyebabkan penutup longkang yang tidak dapat menampung berat kenderaan retak dan akhirnya pecah selepas dilalui berulang kali.

Penduduk, Mohd Sairin Jantan, 38, berkata penduduk pernah mengangkat penutup longkang itu kerana tidak tahan lagi dengan masalah itu.

Walaupun penutup longkang itu berat, katanya, penduduk berusaha mengangkat dan membuang ke tempat lain kerana mahu memastikan longkang itu tidak tersumbat.

"Bagaimanapun, usaha itu tidak dapat menyelesaikan masalah kerana masalah tersumbat itu memerlukan semua sampah dan sisa konkrit longkang yang pecah dibuang serta hampir keseluruhan longkang yang rosak diganti baru," katanya.
Mohd Sairin juga bimbang sesetengah bahagian longkang yang membolehkan air bertakung akan menyebabkan nyamuk aedes membiak dan mendedahkan penduduk di situ dengan risiko mendapat demam denggi.

"Kami tidak mahu selepas berlaku kematian akibat denggi di sini, baru pihak berkuasa bertindak untuk mencari punca pembiakan nyamuk aedes. Kami pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil," katanya.

Siti Norhayati Solbi, 38, pula bimbang dengan keselamatan anak-anaknya yang gemar berbasikal dan bermain di sekitar lorong itu.

"Longkang yang pecah menyebabkan permukaan jalan turut pecah dan kawasan sekeliling turut terhakis. Ini amat berbahaya bukan saja kepada pemandu kenderaan, malah kanak-kanak yang berbasikal," katanya.

Siti Norhayati mendakwa beberapa suri rumah pernah membuat lubang di penutup longkang bagi membolehkan mereka menolak sampah yang tersumbat menggunakan kayu kerana tidak larat mengangkat penutup longkang yang berat.

"Saya merayu pihak berkuasa memberi perhatian terhadap masalah ini secepat mungkin kerana sudah terlalu lama kami berdepan masalah ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Setahunhidubusuk/Article

6/22/10

Rumah semak



Berita Harian 22 Jun 2010

Premis terbengkalai jadi sarang kaki botol, habitat ular

SEREMBAN: Penduduk di Taman Temiang Jaya, Sikamat, di sini, semakin bimbang apabila terpaksa berdepan pelbagai risiko berbahaya berpunca daripada deretan rumah terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu.

Tinjauan Berita Harian mendapati deretan 13 rumah teres dua tingkat itu dipenuhi semak-samun yang tinggi bukan saja di bahagian hadapan rumah berkenaan malah bahagian belakang dan longkang. Lebih mengejutkan, di bahagian dalam rumah berkenaan didapati berbau busuk selain terdapat beberapa perabot seperti sofa lama dan meja diletakkan di satu sudut. Kelihatan juga sampah sarap yang berselerak, termasuk kotak rokok, botol kosong dan tin minuman keras yang dipercayai berpunca daripada sikap golongan tertentu menjadikan rumah itu 'port' untuk mereka melakukan gejala negatif.

Difahamkan, lokasi strategik itu juga sudah menjadi sarang penagih dadah kepada orang luar sejak sekian lama kerana berasakan ia 'port' selamat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Penduduk, Fatimah Ali, 48, berkata dia pernah melihat rumah terbengkalai itu menjadi lokasi sekumpulan penagih dadah melepaskan gian termasuk menghidu gam.

Melihatkan keadaan itu, katanya, dia tidak hairan jika rumah berkenaan nanti turut disalahgunakan pelajar sekolah untuk ponteng sekolah melepak sambil merokok di situ.
“Kami bimbang jika masalah rumah terbengkalai ini tidak diatasi segera, ia akan menimbulkan lebih banyak masalah, menjejaskan keselamatan dan kesihatan penduduk," katanya.

Fatimah berkata, penduduk di situ pernah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan semak-samun di sekitar rumah berkenaan berikutan peningkatan kes demam denggi, termasuk kes kematian yang berpunca daripada penyakit itu.

Peniaga, Abdul Majid Naina Mohd, 32, pula berkata rumah terbiar itu turut mengundang risiko berbahaya kepada golongan peniaga kerana premis mereka hanya terletak bersebelahan deretan rumah berkenaan.

“Semak-samun yang memenuhi rumah terbengkalai ini bukan saja menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes malah turut menjadi sarang haiwan berbisa seperti ular, lipan dan tikus. Kami tidak mahu pelanggan takut untuk ke premis kami kerana bimbang serangan haiwan itu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia berterima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang kerap membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan kes demam denggi terkawal.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Rumahsemak/Article

Luruskan sungai atasi banjir


Sinar Harian 22 Jun 2010

REPAH – Pemilik tanah kebun dan kolam berdekatan sungai di Kampung Repah memohon jasa baik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri menyegerakan urusan meluruskan sungai untuk mengelakkan kejadian banjir kerap berlaku di lokasi itu.

Wakilnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Repah, Ahmad Hasan berkata, masalah banjir di kawasan pertanian itu sering ditimbulkan pada mesyuarat JKKK penduduk.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihak JPS ada menjalankan kerja membaik pulih di sungai itu, tetapi masalah sama tetap berlaku apabila hujan lebat.

“Oleh itu, saya mohon JPS menyegerakan proses meluruskan sungai ini seperti dicadangkan JKKK kerana kawasan ini menjadi kebun penduduk dan tidak kurang ada yang membina kolam ikan.

“Kejadian banjir terbaru berlaku dua bulan lalu dan menyebabkan beberapa penduduk mengalami kerugian besar terutama pemilik kolam ikan,” katanya.

Sementara itu, penduduk ditemui, Samah Tinting berkata, keadaan sungai tidak lurus menyebabkan banjir kerap berlaku dan memberi kesan kepada pemilik kebun.

Menurutnya, tambah parah, hakisan tebing sering berlaku kerana aliran air terlalu deras sehingga ada yang menghampiri jalan berturap sering digunakan penduduk untuk pergi ke kebun masing-masing.

“Oleh itu, saya menyeru pihak berkaitan terutama JPS menyegerakan proses meluruskan sungai ini berikutan kegusaran pemilik kebun mengenai masalah banjir kerap berlaku,” katanya.

Dia berharap masalah itu dapat diatasi segera demi kepentingan semua pihak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7853044.asp

6/21/10

Guru tiada masa untuk keluarga


Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Jangan lupa 26 Jun 2010 ini , 15,000 guru seluruh Negeri Sembilan akan diraikan pada hari SABTU JAM 8 MALAM. Kisahnya di Hari Guru, Rekod Bubur Lambuk MB N.Sembilan http://amkns.blogspot.com/2010/06/hari-guru-rekod-bubur-lambuk-mb.html

*************************
Harian Metro 21 Jun 2010

GOLONGAN guru ibarat dian yang membakar diri. Tanpa guru sudah pasti surat atau e-mel ini pun tidak dapat ditulis oleh saya. Ada pandangan sinis mengatakan guru sudah ada cuti sekolah yang panjang sebagaimana murid mereka setiap tahun sedangkan guru perlu bertugas sepanjang tahun bagi meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa menurut arahan pengetua atau guru besar.

Peranan guru bukan setakat memikirkan masalah murid yang puluhan orang di sekolah, malah ada yang termimpi-mimpi akan prestasi keputusan peperiksaan utama yang bakal keluar kelak.

Jika prestasi merudum, alamat kelas tambahan akan bertambah-tambah dan masa guru terutama guru wanita dengan anak-anak dan suami akan semakin berkurang pada tahun depan. Pengetua juga perlu memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi pelajar pada waktu belajar dari jam 7.40 pagi hingga 2 petang.

Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Perlu diingat, guru juga seorang ibu dan bapa, juga anak kepada ibu bapanya yang sudah tentu mempunyai tanggungjawab moral dan agama untuk dipenuhi. Namun, jika masa mereka habis di sekolah kelak akan jadi seperti pepatah, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.’

Maka perlu ada ruang untuk semua guru mendapat cuti setiap Sabtu dua kali sebulan dan setiap pengetua perlu memperkasakan pengajaran di waktu pejabat supaya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum tidak selalu diadakan setiap Sabtu.

Sewajarnya gelaran sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak menjadi faktor pendesak kepada pengetua dan guru besar untuk memperhebatkan usaha mencapai tahap itu. Ini akan menjadikan guru subjek teras untuk peperiksaan akan lebih tertekan untuk memperbanyakkan kelas dan latih tubi yang akhirnya menjadikan mereka sibuk 24 jam membuat kertas soalan dan modul lebih mesra pelajar. Jika sekolah mencapai tahap terbaik, apa faedahnya kepada guru yang hilang banyak masa dengan keluarga mereka.

Guru juga adalah manusia yang mempunyai had kesihatan tertentu. Jika keringat mereka diperah, takut mereka hilang minat untuk mengajar akibat keletihan fizikal dan minda. Kita sedia maklum ada sekolah aliran lain menetapkan masa bekerja guru mereka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Jika Sabtu pun mereka terpaksa bekerja, bayangkan bila mereka dapat mendidik anak sendiri dengan lebih berkesan. Takut nanti kera di hutan kenyang disusukan, anak di rumah merintih merayu untuk mendapatkan perhatian.

Justeru, masanya sudah tiba untuk kita lebih empati dengan masalah guru yang bekerja demi kecemerlangan anak-anak murid mereka. Cabaran SBT perlu disahut oleh pengetua dan guru besar dengan lebih rasional. Memang wujud sekolah yang lemah dalam pencapaian, maka perlu sekolah itu dibantu secara menyeluruh oleh setiap Jabatan Pelajaran daerah dan jangan membiarkan rencana setiap pengetua dan guru besar memberi kesan domino negatif kepada guru-guru yang mempunyai keterbatasan minda dan fizikal.

Cuti memang penting sebagai masa guru melapangkan dada dan fikiran daripada memikirkan masalah di sekolah.

Inilah masa ibu bapa mengambil alih sekejap tugas seorang guru dengan mengajar anak-anak mana yang perlu. Jangan jadikan guru sebagai pengajar sepenuh masa hingga masa rehat mereka turut menjadi mangsa kita.

ABDUL RAZAK IDRIS
Banting

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Gurutiadamasauntukkeluarga/Article

6/18/10

Anjing ancam keselamatan



Sinar Harian 18 Jun 2010

PERADONG – Sebahagian penduduk terutama golongan ibu bimbang terhadap kehadiran dua anjing yang mengancam keselamatan anak kecil mereka.

Anjing itu dipercayai milik beberapa pemburu yang membawa dengan tujuan membantu menjejaki haiwan seperti khinzir di dalam kebun getah dan kawasan semak di hujung kampung.

Penduduk, Roslinda Nasir, 34, berkata, anjing itu ditemui sewaktu melalui jalan kampung untuk pulang ke rumahnya dan perkara berkenaan ternyata mengejutkannya kerana tidak pernah dilihat sebelum ini.

Menurutnya, dia juga bimbang memikirkan keselamatan anak kecil di kampung berkenaan.

“Sekiranya mempunyai masa terluang pada waktu petang, saya sering membawa anak keluar berjalan sekitar kampung.

“Namun, sejak bertembung dengan anjing itu saya mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak membiarkan anak saya keluar bersendirian,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati anjing berkenaan berpotensi mengancam manusia khususnya anak kecil dan warga emas di kampung terbabit.

Seorang lagi penduduk tempatan, Rosnah Sharif berkata, kawasan sekitar rumahnya tidak berpagar dan perkara terbabit membahayakan keluarganya serta boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, kawasan hutan dan semak dari tanah sawah tidak diusahakan di belakang kampung menjadi lokasi habitat binatang buruan itu.

“Anjing ini ditinggalkan pemiliknya dalam beberapa hari dan akan datang mengambilnya semula.

“Perkara ini membimbangkan kami sekiranya terjadi sesuatu perkara tidak diingini terutama melibatkan anak penduduk setempat,” katanya.

Berikutan itu, menurutnya, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7831578.asp

6/17/10

Ceramah Ust Ghazali 20 Jun 2010 Seremban

CERAMAH AGAMA
Oleh Ustaz Ghazali Hasbullah
Tarikh : 20 Jun 2010 / Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Mustofa , Ampangan , Seremban

Penduduk rayu perhatian MPPD


Penduduk Taman PD Utama, Port Dickson, melihat salah satu premis sarang burung walet di deretan kedai yang terletak tidak jauh daripada kawasan perumahan mereka, manakala seorang penduduk (gambar kanan) menunjukkan satu lagi lokasi premis burung tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------

Utusan Malaysia 17 Jun 2010. TELUK KEMANG 16 Jun - Kicauan burung bagi sesetengah orang mendamaikan namun ia adalah mimpi ngeri bagi penduduk di Taman PD Utama di sini.

Penduduk mendakwa premis sarang burung walet di deretan kedai yang terletak tidak jauh daripada kawasan perumahan tersebut mengganggu ketenteraman kerana mendatangkan pencemaran bunyi bising tanpa mengira waktu.

Begitu juga rata-rata yang ditemui Utusan Malaysia mengadu, sejak kebelakangan ini banyak di antara mereka terutama kanak-kanak mengalami gatal-gatal badan dan batuk.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati deretan kedai tersebut terletak kurang 20 meter daripada kawasan perumahan tersebut dan sarang burung tersebut dibina di premis kedai serta tingkat bawah bangunan.

Seorang penduduk yang ditemui, Othman Abdullah, 37, berkata, premis sarang burung tersebut wujud sejak lima tahun lalu dan semakin hari semakin bertambah.

"Dulu dua tiga saja tetapi sekarang lebih 10 buah premis di deretan kedai yang sama. Persoalannya, kenapa bangunan kedai yang dekat dengan kawasan perumahan seperti ini dibenarkan dijadikan sarang burung walet?

"Itu belum termasuk pencemaran bunyi yang ada kalanya terlalu kuat dan tidak mengira waktu sehingga menganggu kehidupan kami. Bingit dan mendengung telinga juga bila berdepan dengan bunyi tersebut setiap masa," katanya.

Othman pada masa yang sama mempersoalkan bagaimana bangunan kedai yang dikatakan berstatus elektrikal itu dijadikan premis sarang burung walet.

Seorang lagi penduduk, Baharudin Ahmad, 59, mengadu badannya sering gatal-gatal sejak kebelakangan ini dan dikhuatiri berpunca daripada burung tersebut.

"Anggota keluarga terutama anak cucu saya sering mengadu gatal-gatal seluruh badan dan kami kini bimbang tentang kemungkinan penyakit bawaan burung ini apatah lagi premis terletak dekat dengan rumah. Dulu sebuah dua saja premis tetapi kini bertambah, itu yang merisaukan.

"Itu belum termasuk bunyi kicauan burung yang sudah sekian lama membingitkan penduduk," katanya yang sudah lebih 15 tahun menetap di situ.

Penduduk, L. Danalan, 44, berkata sejak tiga tahun lalu, dia dan keluarga terpaksa berhadapan dengan masalah bunyi bising terutama daripada kicauan burung dari premis terbabit.

"Saya membeli rumah di kawasan ini dengan harapan untuk hidup aman dan tenang bukan diganggu dengan bunyi bising seperti ini.

"Kami sekeluarga juga risau termasuk anak-anak yang tidak dapat bebas bermain di luar kerana rumah terletak berhadapan dengan premis sarang burung tersebut," katanya.

Bagi seorang lagi penduduk, Mohamad Fairuz, 24, dia berharap pihak PBT mengadakan pemerhatian dan pemantauan ke kawasan tersebut bagi meninjau status premis.

"Masalahnya, premis seperti ini semakin bermaharajalela dan entah kenapa ia dibenarkan dibina berdekatan kawasan perumahan.

"Kami berharap pihak (MPPD) memantau perkara ini termasuk memastikan adakah pengusaha terbabit mematuhi garis panduan dalam menjalankan kegiatan tersebut.

"Begitu juga dengan Jabatan Veterinar tentang kemungkinan penyakit bawaan burung ini kerana banyak penduduk mengadu pelbagai penyakit termasuk gatal-gatal sejak kebelakangan ini," katanya.

Katanya lagi, permasalahan tersebut sudah diajukan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sebelum ini namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan susulan.

"Kebanyakan penduduk di sini terdiri daripada pemilik rumah bukan penyewa jika tidak bolehlah kami berpindah saja dan sampai bila kami harus berhadapan dengan masalah ini?" katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

6/15/10

Penduduk rimas surau sempit


Sinar Harian 15 Jun 2010

SENALING – Keadaan surau yang tidak sempurna dan selesa menggusarkan hati penduduk kampung, di sini, terutama apabila mengadakan majlis tahlil.

Imam 1 Surau Al-Bahman, Azmi Din berkata, kesesakan jemaah biasanya berlaku pada malam Jumaat, kenduri arwah dan tahlil.

“Keluasan surau tidak dapat menampung jemaah yang hadir sehingga menyebabkan penduduk kampung terpaksa duduk di luar surau bagi sama-sama mengikuti majlis berkenaan.

“Malah, ketika solat hanya tiga saf lelaki dan dua saf wanita dapat diadakan, walhal ia boleh menampung enam saf lelaki serta empat saf wanita.

Menurutnya, pihaknya mendapat tahu surau berkenaan mendapat peruntukan RM30,000 tetapi selepas pembinaannya siap, didapati ia tidak mengikut prospek seperti dijanjikan.

“Sepatutnya, pembinaan tempat wuduk berasingan dengan wanita dan lelaki tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

“Jika tiada air, jemaah terpaksa mengambil wuduk di dalam tandas bergilir-gilir dengan golongan wanita dan lelaki,” katanya.

Azmi berkata, bekalan air hanya dapat disalurkan di tandas sahaja, sekali gus keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan jemaah.

“Mereka terpaksa berhimpit-himpit mengambil wuduk, begitu juga ketika menunaikan solat. Sepatutnya, tandas dan tempat mengambil wuduk dibina berasingan.

“Saya kecewa ada asasnya dan bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Bagi saya, peruntukan yang diberikan seolah-olah tidak dimanfaatkan dengan betul,” katanya.

Selain itu, Azmi berkata, sepatutnya surau berkenaan juga mempunyai bilik stor untuk mengisi peralatan seperti pinggan mangkuk dan lain-lain.

“Bagaimanapun, janji hanya tinggal janji sahaja. Kini tempat jemaah wanita dijadikan bilik stor berikutan tiada tempat letak barang. Memang sempit apabila hendak bersolat tetapi kami terpaksa menghadapi keadaan ini.

“Semua masalah ini menimbulkan kesulitan terutama ketika sesuatu majlis diadakan. Penduduk lebih suka mengadakan kenduri tahlil di surau berbanding di masjid kerana lebih dekat serta mudah,” katanya.

Menurutnya, sebagai imam sudah tentu dia mahu mengajak orang ramai datang ke surau beramai-ramai tetapi apabila berlaku masalah seumpama itu, hati mana tidak sedih.

“Justeru, saya minta pihak berkenaan agar prihatin masalah kami dan amat berterima kasih sekiranya wakil pihak berkenaan datang duduk semeja berbincang mencari jalan penyelesaian,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7810636.asp

Jalan berlubang punca kemalangan


Sinar Harian 15 Jun 2010

SENAWANG – Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa supaya membaiki jalan berlubang dengan segera berikutan banyak kemalangan dilaporkan berlaku di Taman Senawang Jaya Fasa 3, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran berkata, pihaknya telah memaklumkan masalah itu kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

Menurutnya, beberapa surat permohonan supaya jalan berlubang itu dibaiki juga telah diberi kepada MPN tetapi masih tiada perkembangan memberangsangkan.

“Malah keadaan jalan berkenaan dilihat semakin teruk sehingga menyebabkan beberapa penduduk di taman itu terbabit kemalangan.

“Walaupun kemalangan tidak begitu serius tetapi ia tetap mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.

Menurutnya, buktinya bulan lalu seorang penunggang motosikal kemalangan selepas roda kenderaannya tersangkut dalam lubang yang dipenuhi air hujan.

“Bukan sahaja motosikal, kanak-kanak yang berbasikal juga pernah jatuh dan terluka di kaki gara-gara terlanggar lubang pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian ketika membuat tinjauan di Taman Seremban Jaya Fasa 3, di sini.

Gunasekaran berkata, walaupun jalan berlubang itu bukan terletak di jalan utama tetapi ia tetap laluan penting penduduk di taman perumahan terbabit untuk keluar masuk.

Sementara itu, penduduk, Song Yong Sai, 67, ketika ditemui berkata, masalah itu sudah lama berlaku dan banyak jalan di dalam taman perumahan berkenaan rosak serta tidak berturap.

“Sebelum berlaku kejadian lebih serius, lebih baik pihak MPN mengambil tindakan segera.

“Kita tidak mahu, apabila sudah ada kejadian buruk, baru mereka mahu mengambil tindakan. Baiki jalan yang rosak demi kebaikan bersama,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7810786.asp

6/11/10

Sarang ular di Seremban

Berita Harian 11 Jun 2010

Penghuni Taman Ban Aik resah haiwan berbisa masuk rumah

RASAH: Penduduk Taman Ban Aik, di sini, sejak beberapa tahun lalu tidak berani membuka pintu dan tingkap, malah menutup semua lubang yang ada pada rumah berikutan bimbang rumah dimasuki ular berbisa dari kawasan semak berhampiran taman itu. Masalah ini dipercayai berlaku akibat kewujudan sarang ular di kira-kira enam rumah terbengkalai dan beberapa blok rumah pangsa yang dipercayai bekas kuaters sebuah agensi kerajaan yang terbiar hingga ditumbuhi pokok besar dan semak-samun. Seorang penduduk, GM Alagappa, 52, berkata rumahnya sudah lima kali dimasuki haiwan berbisa itu dengan kejadian terakhir berlaku minggu lalu ketika dia dan anggota keluarganya menonton televisyen.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, katanya, mereka sedang menonton televisyen apabila isterinya, B Eswary, 42, ternampak seekor ular sawa di ruang tamu.

“Sebelum itu, ketika berbual-bual, isteri saya melahirkan kebimbangan kemungkinan ular memasuki rumah dan tiba-tiba terpandang seekor ular berhampiran sofa yang kami duduk. Mujur ketika itu, tiada seorang pun meletakkan kaki di bawahkatanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Alagappa yang tinggal di taman itu sejak 10 tahun lalu berkata, ular itu dipercayai datang dari kawasan semak yang merimbun di beberapa rumah terbengkalai dan kuarters terbiar di belakang rumahnya.
“Sebelum ini, jarang berlaku ular memasuki rumah penduduk walaupun ada rumah terbengkalai di taman ini, tetapi apabila kuarters agensi kerajaan berkenaan ditinggalkan terbiar sejak tiga tahun lalu, banyak haiwan liar datang.

“Keadaan ini mungkin berlaku kerana tiada lagi pihak datang membersihkan kawasan itu hingga menyebabkan semak-samun bertukar belukar,” katanya.

Keadaan itu juga katanya menyebabkan kegiatan jenayah seperti ragut lebih kerap berlaku. Lokasi taman perumahan itu yang terpencil dan dirimbuni semak-samun memudahkan penjenayah menjalankan kegiatan mereka.

Sementara itu, Eswary yang menjalankan perniagaan perkhidmatan perkahwinan di rumahnya berkata, dia takut untuk menjemur pakaian di ampaian belakang rumahnya.

Katanya, ini kerana beliau pernah ternampak seekor ular membelit ampaian di rumahnya ketika hendak menjemur pakaian.

“Sejak itu, saya tidak lagi menjemur pakaian di ampaian kerana takut ular muncul lagi. Jiran juga mengalami perkara serupa,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian ular memasuki rumah berulang, Eswary berkata, dia dan keluarga mencuba pelbagai cara seperti memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa bertutup serta memastikan semua lubang di rumah ditutup, namun ia kurang berkesan.

“Walaupun sentiasa memastikan pintu dan tingkap bertutup serta tiada lagi lubang terbuka, ular masih boleh masuk seperti yang berlaku minggu lalu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan semak-samun berhampiran taman itu, malah pemilik kuarters juga tidak boleh lepas tangan dengan membiarkan tempat itu menjadi sarang ular.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Sarangular/Article

6/10/10

Ceramah Bantah Rejim Israel 12 Jun Seremban

CERAMAH SOLIDARITI GAZA
Tarikh : Sabtu 12 Jun 2010
Masa : 9.15 Malam
Tempat : Surau Al-Mustafa (Surau Hitam) , Ampangan , Seremban

Penceramah :
- Ust Hasanuddin Muhammad Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif, Sukarelawan Gaza, Bekas Tahanan Rejim Israel)
- Tn. Hj. Shahool Hameed (Fellow PACE, Pakar Sejarah Yahudi)

Kutipan Derma, Pameran Dan Jualan Amal Juga Akan Diadakan

************************************

CERAMAH SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN
Tarikh : 12 Jun 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan

Penceramah : Ust Hasanuddin Mohd Yunus , Pengerusi Aqsa Syarif http://aqsasyarif.com ( sukarelawan ke Gaza , bekas tahanan rejim Israel )

Semua dijemput hadir tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan fahaman politik

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hasri 012-3364065

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di

Sila sebarkan maklumat ini http://masjidsenawang.blogspot.com

6/9/10

Temui Wira GAZA 12 Jun di Senawang



CERAMAH SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN
Tarikh : 12 Jun 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Penceramah : Ust Hasanuddin Mohd Yunus , Pengerusi Aqsa Syarif http://aqsasyarif.com/ ( sukarelawan ke Gaza , bekas tahanan rejim Israel )

Semua dijemput hadir tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan fahaman politik

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hasri 012-3364065

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di

Sila sebarkan maklumat ini http://masjidsenawang.blogspot.com/

6/4/10

Empat tahun jadi ‘tong sampah’


Sinar Harian 4 Jun 2010

TITI – Bukan sehari dua, tetapi masalah bau busuk berpunca daripada sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mem- buang sampah sesuka hati di beberapa kawasan di sini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Akibatnya, penduduk setempat bukan saja terpaksa menghidu bau busuk setiap hari, malah kini terdedah dengan wabak penyakit sehingga menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tidak selesa.

Penduduk mendakwa, masalah itu telah dipanjangkan kepada pihak berkaitan, namun sehingga kini keadaan masih sama tanpa sebarang tanda isu itu akan selesai dalam masa terdekat.

Tinjauan Sinar Harian selepas menerima aduan orang ramai mendapati, bau busuk yang meloyakan itu berpunca daripada longgokan sampah yang sekali gus menjejaskan keselesaan penduduk melalui jalan kedua bagi penduduk Felda di sini untuk ke pekan.

Penduduk tempatan, Johan Mohd Said, 45, berkata, masalah sampah dibuang sesuka hati oleh sesetengah pihak amat mengecewakan dan perkara ini dikesan sejak tiga hingga empat tahun lalu.

Menurutnya, longgokan sampah terdiri daripada bahan binaan terbuang seperti batu-bata, besi, kaca dan sisa makanan yang telah busuk serta berulat sehingga menjejaskan keadaan sekitar.

“Saya percaya lokasi sampah ini tanah milik kerajaan dan ia sisa buangan ini berasal dari kawasan pekan serta kediaman penduduk berhampiran.

“Saya mencadangkan pihak berkuasa menyediakan tempat atau kemudahan sewajarnya se-perti tong sampah besar bagi me-ngelakkan masalah ini berlarutan,” katanya.

Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, tindakan membuang sampah di tepi jalan itu merupakan perbuatan tidak bermoral dan mencemarkan pemandangan sedangkan kawasan pernah menjadi lokasi litar bagi acara sukan bermotor.

“Terdapat juga sampah yang dicampak ke dalam lombong berdekatan sini dan boleh memberi kesan kepada hidupan dalam air serta tumbuhan yang hidup di sekelilingnya.

“Saya kerap melalui jalan ini untuk berulang-alik dari rumah ke kebun atau pekan berhampiran dan masalah sampah ini amat mendukacitakan semua pihak khususnya penduduk setempat.

“Papan tanda larangan membuang sampah yang dahulunya berdiri tegak kini telah tiada dan masyarakat di sini amat mengharapkan pengawasan serta perkara ini dapat diatasi,” katanya.

Selain itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi kedua di jalan utama menuju Kampung Sepri, di sini, turut menemui longgokan sampah terdiri daripada bahan binaan plastik, papan dan siling rumah kediaman di tepi jalan yang mencemarkan pemandangan.

Johan berkata, sampah itu berkemungkinan dibuang di atas tanah milik persendirian dan terdapat kesan pembakaran yang masih tidak dapat menutupi serta menghilangkan longgokan tersebut.

Exco janji ambil tindakan segera

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengaduan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, beliau sendiri akan mengambil tindakan awal dengan turun padang memantau keadaan berdasarkan maklumat yang diberikan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah berkata, pelbagai kemungkinan menyebabkan perkara ini timbul dan ia akan diselesaikan segera sekiranya aduan dinyatakan penduduk benar.

“Saya akan menyiasat perkara ini dan meminta kerjasama masyarakat setempat untuk tidak membuang sampah serta melakukan pencemaran demi kesejahteraan bersama.

“Saya juga akan meminta pihak majlis meletak papan tanda melarang penduduk mahupun mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai langkah pencegahan awal mengatasi masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.:

Majlis Daerah Jelebu mohon maklumat orang ramai

Sementara: itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan berkata, pihaknya akan melakukan tinjauan bagi mencari punca sebenar dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sekiranya perkara ini benar-benar terjadi.

Menurutnya, pihak majlis meminta kerjasama penduduk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat mana-mana pihak membuang sampah bagi membolehkan mereka dikenakan tindakan seperti kompaun dan sebagainya.

“Orang ramai boleh datang ke sini atau menghubungi kakita-ngan bertanggungjawab secara on-line dan menghubungi talian 06-6136479 atau 6991 untuk memberi maklumat berkaitan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7769766.asp

Lulus segera projek tanam semula


Sinar Harian 4 Jun 2010

FELDA BUKIT JALOR – Anak peneroka Felda Bukit Jalur meluahkan rasa kecewa mereka apabila proses tanam semula bagi tanah seluas kira-kira 3.2 hektar yang dimohon sejak tanaman mereka ditebang, Ogos 2008 masih belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.

Bukan itu saja, malah kelewatan itu turut menyebabkan tanah tersebut terbiar dan menjadi ‘port’ golongan tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti tidak bermoral.

Anak peneroka, Rokiah Johar, 52, berkata, dia sudah lama berusaha memastikan proses tanam semula di tanah berkenaan berjalan lancar sejak proses menebang pokok giat dijalankan, Ogos 2008.

Menurutnya, hal ini perlu bagi memastikan mereka adik-beradik tidak terputus menikmati hasil tanaman getah tersebut dalam tempoh yang lama.

“Mula-mula dahulu selepas proses menebang pokok, saya dan adik sememangnya sudah mengetepikan wang untuk mengusahakan tanam semula secara sendiri tanpa bantuan pihak berkaitan. Namun, kami tidak dibenarkan berbuat demikian pihak pengurusan atas alasan tertentu.

“Kami terpaksa akur dengan keputusan itu serta diarahkan memohon bantuan tanam semula dari agensi lain dan sudah berbuat seperti yang diarahkan,” katanya.

Rokiah berkata, dia amat kecewa apabila permohonannya itu dikembalikan semula kepada pihak pengurusan dan keadaan berkenaan berlanjutan hinggalah ke hari ini apabila tanah itu itu kini bertukar menjadi semak-samun.

Sementara itu, adik Rokiah, Izhar Johar, 40, berkata, dia amat berharap proses tanam semula itu dapat disegerakan secepat mungkin kerana mereka sudah tidak sanggup menunggu dalam tempoh lebih lama.

Menurutnya, buat masa ini, pihak pengurusan ada memberikan duit sara hidup sebanyak RM800 sebulan dan bayaran itu merupakan tanggungan hutang yang bakal dibayar mereka pada masa akan datang, sedangkan proses tanam semula masih belum dijalankan.

“Malah, buat masa ini, saya hanya mampu menoreh hasil kebun orang lain sebagai sumber pendapatan bulanan sedangkan, sekiranya proses tanam semula ini berjalan lancar sumber pendapatan saya juga lebih besar berbanding sekarang.

“Saya amat berharap proses tanam semula dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana kami mempunyai keluarga dan anak-anak untuk ditanggung,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7770478.asp

Ceramah Palestin 5 Jun Senawang

Ceramah Isu Semasa di Palestin
Tarikh : 5 Jun 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Matahari Height , Senawang
Penceramah : Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif NS

Semua dijemput hadir

6/3/10

Putuskan hubungan dagang Israel

Sinar Harian 3 Jun 2010

SEREMBAN – Tindakan biadab Israel melalui pasukan komandonya menyerang konvoi antarabangsa yang tidak bersenjata tidak boleh dimaafkan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, serangan Israel sebenarnya adalah untuk membalas dendam terhadap Turki.


Ini kerana, katanya, pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk dan mengecam Israel secara terbuka pada persidangan Forum Ekonomi Dunia 2009 di Davos.

Justeru menurutnya, kebanyakan tahanan dan dibunuh terdiri daripada warga Turki.

“Kejadian seperti ini jarang berlaku kerana memang ramai pemimpin dunia mengutuk Israel, mahu pun sekutunya Amerika, tetapi tidak ada yang berani mengecam secara berdepan.

“Oleh sebab itulah, mereka (Israel) berani bertindak di luar batasan dan membuat sesuka hati tanpa rasa bersalah, kerana mereka yakin ada kuasa besar yang lain berada bersamanya,” katanya pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, di sini, semalam.

Sementara itu, Badrul juga menggesa penyelesaian segera dapat dilakukan bagi membebaskan tahanan dan menggesa supaya Rejim Zionis itu menarik balik sekatan ke atas Gaza.

“Pulangkan semula barang bantuan yang mahu dihantar ke Gaza. Mereka tiada hak untuk merampas barangan keperluan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mendakwa Malaysia tidak boleh menjadi negara yang membantu perkembangan utama ekonomi Israel.

Katanya, pada Mei 1994, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Sehubungan dengan itu, beliau mendakwa pada tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda, dari USD 272,000 pada tahun 1966, kepada USD 565,000 tahun 1967.

“Dalam waktu yang sama, eksport Israel ke Malaysia juga bertambah dari USD 1.1 juta kepada USD 1.7 juta,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7767007.asp

Berita Baik, Pusat Kaunseling Wanita Percuma


Pusat Khidmat Kaunseling Wanita (PELITA) DUN Paroi telah mula beroperasi

Mula operasi pada 29 Mei 2010
Dibuka setiap hari Sabtu dari jam 3 petang hingga jam 5 petang
Di atas Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya, Senawang

Perkhidmatan adalah Percuma

Mudah-mudahan dengan adanya Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan dapat dikongsi bersama bebanan masalah wanita yang ditanggung terutamanya dikalangan ibu tunggal , ibu tinggal , remaja perempuan , remaja terlanjur dan sebagainya.

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2010/06/pusat-khidmat-kaunseling-wanita-mula.html

Ceramah Umum 4 Jun 2010 di Seri Menanti

CERAMAH UMUM
Tarikh : 4hb. Jun 2010 (Jumaat)
Jam : 9.00 Malam
Tempat : Seri Menanti, (Rumah Raja Kamaruzaman R. Mahmor)
Penceramah :
Shamsul Iskandar Akin , Ketua AMK
Yb Teo Kok Seong , ADUN Bahau
dll

Semua dijemput hadir

Sumber : http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2010/06/ceramah-umum.html

Bangunan terbiar 40 tahun di Jempol

Utusan Malaysia 3 Jun 2010

BANGUNAN terbengkalai dan terbiar di Taman Serting Jaya dilindungi semak-samun dan memudahkan pelbagai kegiatan tidak bermoral berlaku.

--------------------------------------------------------------------------------

JEMPOL 2 Jun - Memang benar, sukar untuk mengawal premis terbiar apatah lagi pemiliknya tidak dapat dikesan dan hilang entah ke mana.

Namun begitu, ia bukan alasan bagi mana-mana pihak untuk enggan memantau atau mengambil inisiatif bagi memastikan premis terbiar kosong, ditumbuhi pokok dan hutan kecil itu, dibersihkan supaya tiada anasir negatif berlaku di situ.

Apa pun, harapan itu tidak berlaku di dua premis terbengkalai dan terbiar di Taman Serting Jaya dekat sini, apabila ia semakin 'berhantu' setelah semak-samun yang semakin tinggi menjadi 'mahligai' paling selesa kepada individu tidak bermoral.

Utusan Malaysia yang menerima aduan rakyat meninjau lokasi tersebut hari ini dan nyata, bangunan kosong itu dipenuhi pelbagai jenama arak, kotor dan penuh dengan puntung rokok.

Sama ada ia turut menjadi sarang penagih, sukar untuk dinyatakan tetapi tidak mustahil berdasarkan pemerhatian sekeliling di kawasan 'berhantu' ini, wujudnya senario demikian.

Menurut peniaga di kawasan berhampiran, Ab. Jalil Puteh, 61, bangunan rumah kedai itu tidak pernah berpenghuni sejak dibina sekitar tahun 70-an.

Pihak Majlis Daerah Jempol (MDJL) memberitahu, ia tidak diluluskan kerana keadaan sistem pembetungan yang tidak strategik.

''MDJL pernah datang dan membersihkan bangunan ini. Tetapi itu sudah lama, hampir 10 tahun lepas. Sejak itu tiada pihak berkuasa datang ke sini.

''Dulu ada pelajar membawa pasangan keluar masuk ke dalam bangunan itu.

''Pernah juga anggota polis membuat serbuan di situ. Namun kini keadaan dilihat semakin terkawal, biarpun masih ada kaki botol yang sering ke kawasan tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu seorang suri rumah, Asmah Mohd. Yakob, 54, menyatakan rasa bimbangnya jika ada penagih yang menjadikan bangunan terbengkalai dan terbiar itu sebagai tempat melepaskan gian.

"Jika sudah kehabisan wang, pastinya mereka akan mula mencuri, tambahan pula berhampiran bangunan itu terdapat banyak rumah dan pastinya ia menjadi sasaran kelak," jelasnya.

Kata Asmah, di dalam bangunan terbiar itu juga menjadi 'rumah baru' kepada anjing liar dan kadangkala haiwan itu menyalak kuat dan mengganggu penduduk di situ.

''Anjing itu kadangkala mengganggu kanak-kanak yang bermain. Apabila kami melihat anjing liar berkeliaran, semua masuk ke dalam rumah, takut dikejar binatang berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, dia dan penduduk di situ berharap ada pihak yang berkenaan datang melihat keadaan bangunan terbiar ini atau bersama-sama menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan itu.

''Kami tidak mahu, jika berlaku musibah, barulah hendak bertindak. Jika itu berlaku, ia sudah terlewat," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

6/2/10

Salahudin Ayub di Seremban 8 Jun 2010


CERAMAH UMUM
Tarikh : 8 Jun 2010 / Selasa
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan , Seremban (sebelah Sek Agama Rakyat)

Bersama :
YB Salahuddin Ayub , Ahli Parlimen Kelantan
Zulkefly Mohd Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Loke , Ahli Parlimen Rasah

Semua dijemput hadir

Solat Hajat Perdana GAZA 3 Jun Seremban

SOLAT HAJAT PERDANA
Bebaskan Tawanan NGO dan Selamatkan GAZA
Tarikh : 3 Jun 2010 / Khamis
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban

Turutkan diadakan taklimat oleh wakil NGO Palestin

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran :
PAS Cawangan Taman Tasik Jaya dan Urusan Ulamak PAS Kawasan Rembau

Hutan Simpan N.Sembilan Diceroboh

Hutan Simpan Johol diceroboh
Kosmo 2 Jun 2010


KEADAAN lereng bukit yang ditarah oleh peneroka haram di Hutan Simpan Johol, Negeri Sembilan semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

REMBAU - Kira-kira lima hektar kawasan Hutan Simpan Johol, dekat sini musnah dipercayai akibat diteroka secara haram sejak beberapa bulan lalu.

Tinjauan Kosmo! ke lokasi yang terletak di Bukit Miku, di antara sempadan Rembau dan Kuala Pilah itu semalam mendapati hutan itu kini gondol apabila pokok-pokok balak termasuk yang berusia ratusan tahun telah ditebang.

Terdapat juga tiga buah pondok yang dibina di lokasi itu dan kesan penerokaan haram tersebut jelas kelihatan ketika melalui jalan Inas-Johol.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, aktiviti berkenaan sudah berlarutan sejak hujung tahun lalu.

"Saya difahamkan hutan itu ditebang untuk aktiviti pertanian dan dijadikan lokasi penempatan Orang Asli.

"Saya tidak pasti sama ada aktiviti itu mendapat kebenaran pihak berkuasa atau tidak tetapi saya sedih kerana kawasan hutan ditebang serta dibakar begitu sahaja," katanya ketika ditemui semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

6/1/10

Ceramah Bebas Tawanan 4 Jun Senawang




CERAMAH PERDANA
Bebaskan Tawanan NGO , Selamatkan GAZA
Tarikh : 4 Jun 2010 / Jumaat
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang

Penceramah :
YB Dr Syed Azman Syed Nawawi , Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Wakil-wakil NGO

Semua Dijemput Hadir

Projek terbengkalai rosakkan pandangan

Berita Harian 1 Jun 2010

Kerja naik taraf Hutan Lipur Jeram Tengkek gagal disiapkan

BATU KIKIR: Kerja menaik taraf antara produk pelancongan terkenal di negeri ini, Hutan Lipur Jeram Tengkek di sini, didakwa terbengkalai sejak lebih enam bulan lalu menyebabkan kedatangan pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara menurun mendadak.

Penduduk sekitar termasuk dari kawasan Homestay Laman Bangkinang, yang terletak tidak jauh dari jeram itu mendakwa, mula menyedari kerja pembinaan itu terhenti sejak beberapa bulan lalu apabila melihat tiada aktiviti pembinaan dijalankan. Tinjauan Berita Harian mendapati, pelantar kayu pejalan kaki sejauh kira-kira 100 meter yang menghubungkan kawasan pekarangan tempat letak kenderaan ke kawasan perkelahan serta jambatan utamanya sudah dirobohkan.

Bagaimanapun, sisa kayu pelantar terbabit hanya dilonggokkan di tepi laluan masuk menyebabkan kawasan perkelahan berkenaan kelihatan seperti ditutup dan mencemarkan pemandangan indah kawasan itu, yang pernah menarik kedatangan pengunjung dari seluruh negara.

Selain itu, laluan pejalan kaki menuju ke kawasan lebih tinggi berada dalam keadaan tidak berjaga dan dipenuhi lopak air berlumpur menyebabkan bau busuk.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Salim, 20, mendakwa dia dan rakan sekampung sering ke jeram berkenaan untuk mandi-manda setiap minggu walaupun ketika kerja menaik taraf kawasan berkenaan dimulakan sejak tahun lalu.
“Kami tidak melalui kawasan yang dinaik taraf itu, sebaliknya melalui anak sungai untuk ke seberang dan seterusnya ke kawasan lebih tinggi.

“Saya rasa kerja pembinaan terhenti sejak beberapa bulan lalu kerana tidak lagi melihat sesiapa melakukan sebarang kerja dan kawasan itu terbiar begitu saja,” dakwanya.

Seorang pengunjung, Mustafa Sharip Khan, 53, berkata beliau dan keluarganya terkejut melihat keadaan Jeram Tengkek apabila tiba di kawasan itu bersama keluarganya dari Kuala Lumpur.

“Kami diberitahu oleh yang menetap di Kuala Pilah mengenai keindahan kawasan ini dan mengambil keputusan untuk berkelah sambil menikmati keindahan flora dan fauna di sini.

“Namun sebaik tiba, keadaannya sangat menyedihkan menyebabkan kami sekeluarga kecewa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kerja pembinaan terbengkalai itu merosakkan kawasan berkenaan dan kontraktor terbabit juga didakwa tidak prihatin kerana meninggalkan longgokan kayu serta sisa binaan, termasuk karung simen di kawasan itu.

Selain itu, katanya, sampah sarap dibiarkan bertaburan tanpa ada mana-mana pihak yang datang membersihkan kawasan itu.

Isterinya, Norizan Mat Desa, 51, berkata sungguh merugikan membiarkan tempat yang cantik seperti itu menjadi terbiar.

“Pihak berkaitan perlu memastikan tempat ini kembali cantik dan terpelihara supaya tidak kehilangan tarikan, tambahan pula ia terletak berhampiran kawasan homestay yang pastinya menjadi nilai tambah,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Projekterbengkalairosakkanpandangan/Article

Penduduk 4 kampung minta lampu isyarat



Berita Harian 1 Jun 2010

JEMPOL 31 Mei - Simpang empat Air Hitam, Jalan Bahau Kemayan dekat sini kini hanya menunggu mangsa seterusnya selepas begitu banyak kemalangan yang berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat.

Rungutan demi rungutan kedengaran daripada penduduk empat kawasan termasuk dua buah kampung yang sentiasa dibelenggu kebimbangan kerana simpang berkenaan telah meragut nyawa keluarga mereka sendiri.

Empat kampung dan kawasan terbabit adalah Kampung Busat, Kampung Baru Air Hitam, Taman Seri Air Hitam dan penduduk Felda Lui Barat.

Salah seorang penduduk, Azmi Ismail, 40, memberitahu, simpang itu kerap kali kemalangan kerana ia merupakan laluan utama kenderaan berat.

''Baru-baru ini, seorang penduduk kawasan ini mengalami kecacatan akibat dirempuh oleh lori yang tidak berhenti di simpang berkenaan.

''Saya memohon supaya agensi berkaitan supaya segera memasang ampu isyarat bagi mengelakkan lebih banyak nyawa hilang akibat menggunakan laluan ini," katanya lagi.

Mohd. Mustaqim Mohd. Zaki, 42, pula berkata, persimpangan empat tersebut merupakan jalan utama bagi pelajar untuk ke sekolah.

''Waktu pagi merupakan waktu puncak penggunaan persimpangan tersebut dan sering kali berlaku kemalangan di jalan ini.

''Ada yang mati, mengalami kecacatan kekal dan kehilangan harta benda akibat jalan ini tiada lampu isyarat," jelasnya.

Zulkarnain Hisham, 42, berkata, sekitar kawasan itu kini kini semakin sibuk dengan pembukaan taman perumahan baru dan pembinaan pejabat-pejabat berdekatan simpang berkenaan.

''Akibat pembangunan itu, jalan berkenaan menjadi semakin sibuk dan sesak, selain digunakan untuk ke Pahang," katanya lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm