FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

7/31/10

Korek Pasir di N.Sembilan jejas teruk rakyat

Harian Metro 30 Julai 2010 melaporkan aktiviti mengorek pasir di Negeri Sembilan telah menjejaskan dan mengancam keselamatan penduduk di negeri ini kerana dilakukan hanya satu meter dari sempadan tanah penduduk di sini. Ianya melibatkan pendudul di Kampung Paya Lebar Luar, Pilin, Rembau, N.Sembilan.

Utusan Malaysia takkan membisu ? TV3 dua kali lima juga ke ? Mohamad Hassan tak naik helikopter ke tinjau kawasan korek pasir ni ? Boleh juga tengok sekali perkembangan Masjid Pilin, Hospital Rembau, UITM Rembau yang dijanjikan, saya ulang JANJIKAN masa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 yang lalu.

Cerita lanjut isu korek pasir di Negeri Sembilan yang MEMBAHAYAKAN penduduk di negeri ini pada pautan berikut http://singalautmetro.blogspot.com/2010/07/tugasan-baru-menteri-besar-negeri.html

Takkan Negeri Sembilan je, negeri lain ada juga korek pasir, Johor, Melaka, Pahang. Kalau tak cukup helikopter , boleh guna helikopter Polis, helikopter PUTD.

7/30/10

Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negara akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.

"DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

"Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit," katanya lagi.

Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ.

DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.

"Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini," katanya.

Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai ‘ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27877:kempen-10-juta-tandatangan-bantah-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

PAS bentuk jawatankuasa Anti Saman Ekor

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.

Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.

Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.

Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.

“Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.

Timbalan ketuanya, azman Shapawi abdul Rani berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai ‘ISA Kedua’ seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.

Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum.

“Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan,” ujarnya.

Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat.

“Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan ‘penyelarasan subsidi’. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan,” katanya.

Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat.

Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan.

“Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27865:pas-bentuk-jawatankuasa-anti-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

7/29/10

Gelanggang Rakyat yang sia sia di Seremban

Agak-agaknye siapa kontraktor yang buat gelanggang rakyat ni ? Berapa harga kontrak yang ditawarkan ? Kontraktor dah dapat semua bayaran ke belum ? Siapa patut bawa masalah ini ke Sidang Dewan Undangan Negeri ?

***************************
Gelanggang sia-sia
Berita Harian 29 Julai 2010

2010/07/28
SEREMBAN 2: Kira-kira 700 penduduk, terutama kanak-kanak di Green Street Homes, di sini terpaksa mencari pilihan lain untuk bersukan dan beriadah apabila Gelanggang Rakyat yang dibina dengan kos kira-kira RM100,000 dan siap sejak kira-kira enam bulan lalu masih tidak dibuka kepada orang ramai.

Kelewatan ini dipercayai berikutan kerosakan pada lantai gelanggang menyebabkan kemudahan itu yang diletakkan di bawah pengawasan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman terbiar begitu saja. Keadaan ini mengundang rasa kecewa penduduk kerana tidak dapat membawa anak bermain di gelanggang itu setiap petang atau hujung minggu, manakala kanak-kanak terpaksa ke taman berhampiran untuk beriadah. Penduduk menyifatkan ia sebagai projek gajah putih, walaupun tujuan untuk menyediakan kemudahan bersukan dan beriadah.

Wakil penduduk, Rohaya Mohd Yuneh, kesal kerana hingga kini kemudahan itu masih tidak boleh digunakan walaupun sudah lama siap.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) gelanggang itu di bawah pengawasan KRT.

Katanya, KRT memaklumkan tindakan menutup gelanggang kerana pembinaannya belum sempurna dan berlaku sedikit kerosakan lantai yang menyebabkan air bertakung. Kami akur dengan keadaan itu, tetapi ia tidak sepatutnya terbiar begitu lama dan tindakan bagi memperbaikinya patut diambil.

KRT tidak boleh lepas tangan begitu saja sedangkan ia siap enam bulan lalu. Saya lihat sebahagian kecil saja lantainya yang tidak rata, katanya, di sini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Gelanggangsia-sia/Article

7/27/10

Dato Dr Haron Din 3 Ogos 2010 Port Dickson


CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Oleh : Tn. Guru Dato Dr Haron Din
Tarikh : 3 Ogos 2010 / Selasa
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson
Masa : Selepas Maghrib

Semua Dijemput Hadir
Maklumat lanjut sila hubungi En Saleh Hamid 019-6543570

Peneroka FELDA tinggal di khemah usang


Derita tinggal dalam khemah
Sinar Harian 27 Julai 2010

PASOH , N.Sembilan - 'Peritnya tanpa tempat berlindung’ itulah luahan hati Mohd Faizal Joha 25, apabila rumahnya musnah dalam kebakaran April lalu.

Lebih memeritkan lagi, dia bersama ayahnya terpaksa tinggal di dalam sebuah khemah yang dibina belakang rumahnya atas ihsan penduduk Felda Pasoh 4 sejak tiga bulan lalu.

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab telah memberi jaminan untuk membina rumah baru baginya tetapi sehingga kini rumah tersebut masih belum dibina.

"Sehingga kini rumah masih belum dibina. Hati kami gusar berikutan Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi. Saya ingin mendapatkan hak sebagai warga Felda seperti penduduk lain yang diberi perhatian oleh pemimpin masyarakat," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Faizal yang bekerja sendiri dan menerima elaun RM350 sahaja terpaksa menanggung bapanya yang lumpuh tangan kanan serta menghidap penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru.

"Saya merayu pihak yang bertanggungjawab untuk menyegerakan pembinaan rumah kami kerana saya dan ayah tidak sanggup lagi tinggal di dalam khemah ini," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7997644.asp

Ramainya fakir miskin terbiar di N.Sembilan

Warga emas mohon PPRT
Sinar Harian 27 Julai 2010

SUNGAI DUA BESAR, Kuala Pilah – Seorang warga emas dari Kampung Sungai Dua Besar merayu agar permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mendapat perhatian segera daripada pihak berkenaan.

Hasnah Kasan, 75, berkata, dia telah menerima rumah PPRT sekitar 80-an atas bantuan pihak kerajaan.

"Rumah berkenaan mempunyai satu bilik yang tidak sempurna, selain bilik air berada di luar rumah.

“Saya memang sudah lama menerima rumah PPRT dengan peruntukan hanya RM5,000 sahaja. Namun, kini rumah PPRT lebih selesa dan kos peruntukan jauh lebih tinggi iaitu RM30,0000. Rumah saya sekarang sangat kecil dan tidak selesa terutama untuk mendapatkan bekalan air," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, dia menggunakan air perigi berikutan masalah tekanan air rendah.

"Saya sudah berumur dan tidak mampu melakukan kerja berat. Justeru, saya berharap dapat menerima sebuah rumah PPRT yang lebih selesa dan tidak lagi berdepan masalah gangguan air.

"Saya mempunyai tiga anak, seorang perempuan dan dua lelaki. Masing-masing sudah berkeluarga tetapi mereka tidak melupakan tanggungjawab terhadap saya," katanya yang tinggal seorang diri.

Hasnah berkata, dia kurang berkemampuan, malah dua cucunya tidak menerima bantuan persekolahan.

"Jika ada bantuan, dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan mereka,” katanya.

Hal itu diakui sendiri anaknya, Zaidah Nordin, 46.

“Anak perempuan, Siti Rahayu Manaf, 17, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Kursiah tidak pernah menerima bantuan perbelanjaan sekolah, begitu juga dengan adiknya, Amerul Manaf, 13, di SMK Tuanku Muhammad.

“Setiap kali borang diterima, saya akan isi dan mereka menyerahkan kembali kepada pihak sekolah tetapi sehingga kini tiada jawapan diterima," katanya yang mempunyai tujuh anak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7996149.asp

Kadar kemiskinan tertinggi

Sinar Harian 22 Julai 2010

KUALA PILAH – Pas kawasan Kuala Pilah menyatakan kadar kemiskinan di Kuala Pilah tertinggi, 24 peratus berbanding kadar kemiskinan di Negeri Sembilan berdasarkan Laman Web Rasmi Pejabat Persekutuan Pembangunan Persekutuan Negeri, Jun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Zaharudin Othman berkata, statistik itu memberi gambaran Kuala Pilah mempunyai jumlah penduduk miskin teramai berbanding daerah lain.

Menurutnya, berdasarkan hasil kajian dilakukan Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Putra Malaysia mendapati Kuala Pilah mempunyai keluasan tanah terbiar tertinggi dengan jumlah 138.4 hektar.
“Kami menggunakan konsep turun padang dan bersedia memperjelaskan fakta dan mengemukakan cadangan serta idea praktikal ke arah penyelesaian masalah penduduk miskin di Kuala Pilah.

“Terbaru, kami turun padang bertemu penduduk miskin di Kampung Kabong, Kampung Paya, Kampung Lending dan Kampung Maha di DUN (Dewan Undangan Negeri) Johol dengan menyerahkan bantuan keperluan asas kepada mereka,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7979497.asp

7/26/10

Menteri kabinet tak prihatin bantu rumah perlindungan

YKSNS kesal permohonan rumah perlindungan tidak dilayan

Berita Harian 26 Julai 2010

SAYA terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca dan rakyat Malaysia berhubung peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah di negara ini yang kini dilihat semakin hebat dan membanggakan dalam membantu kerajaan dan rakyat untuk membela serta memperjuangkan perkara yang wajar.

Jika kita renungkan sejak beberapa tahun lalu sehingga kini begitu banyak NGO merealisasikan program serta membantu kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat darinya. Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) di bawah pimpinan Muhammad Adnan Abdullah, menyaksikan lebih ramai golongan yang mempunyai masalah dan kekurangan pendapatan dapat dibantu. Dengan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Mufti, YKSNS menjalankan program kemasyarakatan untuk mendekati masyarakat dengan lebih rapat.

Dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan MAINS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, kepercayaan masyarakat bertambah dari tahun ke tahun sejak penubuhannya.

Pengalaman YKSNS dalam menguruskan kes berkaitan saudara baru, membuktikan kesungguhan mereka membantu dan menangani isu kekurangan bantuan serta tiada pendapatan tetap. Dengan usaha dan bantuan beberapa badan kerajaan dan swasta mereka dilihat amat prihatin dalam bidang dakwah dan juga memainkan peranan yang tinggi di Negeri Sembilan.

Namun YKSNS, tetap menghadapi masalah berkaitan pembelian rumah perlindungan bagi menempatkan mereka yang memerlukan.

Surat dan profil sudah dihantar kepada semua menteri Kabinet, namun tidak juga dapat merealisasikan pembelian rumah perlindungan itu.

Apakah sukar sangat untuk membantu dengan sedikit daripada pendapatan kita sebulan?

Apalah kiranya jika ada pihak yang sudi tampil dan menghulurkan bantuan. YKSNS sudah berusaha untuk menyampaikan kepada masyarakat akan kewujudan mereka. Mereka tidak memaksa untuk membantu, tetapi merelakan diri demi untuk membantu segelintir masyarakat kita.

Kita harus sedar akan perkara ini dan menghulurkan bantuan kepada mereka agar masalah yang dihadapi segelintir masyarakat dapat dibantu dengan niat suci.

JIWA BELIA, Sri Menanti,
Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YKSNSkesalpermohonanrumahperlindungantidakdilayan/Article

Jalan rosak gusarkan pengguna


Sinar Harian 25 Julai 2010

GEMAS – Penduduk di dua taman, Taman Sungai Gemas dan Taman Indah termasuk kuarters kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dekat sini gusar apabila laluan masuk utama taman rosak teruk sehingga mengundang bahaya.

Seorang penduduk ditemui, YS Kamala, 46, dari Taman Sungai Gemas berkata, dia risau keadaan jalan itu semakin teruk sehingga menimbulkan kesukaran.

Bagaimanapun, menurutnya, buat masa ini, tiada kemalangan atau kecederaan menimpa penduduk ketika melalui jalan itu, namun dia tidak menolak masalah terbabit akan berlaku kerana keadaan jalan semakin teruk.

“Saya sudah 10 tahun menetap di sini dan mendapati sejak setahun lalu kerosakan jalan ini semakin teruk sehingga membahayakan penduduk terutama penunggang akibat permukaan jalan tidak rata.

“Oleh itu, saya harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil langkah proaktif secepat mungkin menangani masalah ini untuk memastikan tidak timbul masalah lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Fazin Ahmad, 50, dari Taman Indah, berkata, sebelum ini jalan berkenaan baik dan penduduk tidak pernah berhadapan dengan masalah atau kegusaran terpaksa melalui jalan rosak setiap hari.

Namun, menurutnya, jalan itu mulai rosak setelah menjadi laluan utama kenderaan berat untuk projek jalan pintas dari Taman Desa Permai ke sebuah lokasi pelancongan di Gemas.

“Jalan ini mulai rosak sejak pertengahan 2009 dan menimbulkan masalah penduduk di dua taman ini dan lokasi sekitar menjadikan laluan ini sebagai laluan utama mereka.

“Laluan ini digunakan penduduk dan menjadi harapan penduduk untuk melihat jalan ini dibaikpulih untuk kebaikan bersama,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7989962.asp

7/24/10

Dr Badrulamin 29 J ulai 2010 di Lenggeng

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Julai 2010 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : MTD Lenggeng, Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Penceramah :
Ustaz Dr Badrulamin Baharon
Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Semua Dijemput Hadir

7/23/10

Majlis Makan Malam


Masalah Pangsapuri Desa Rasah daif, jijik


Utusan Malaysia 23 Julai 2010

RASAH 22 Julai – Bagaikan pangsapuri berhantu kerana keadaan sekelilingnya kotor dan menjijikkan tambahan pula sebilangan pokok renek mula hidup meliar di atas bangunan tersebut.

Sekali pandang pasti orang akan menganggap bangunan buruk itu tidak lagi dihuni oleh sesiapa.

Namun itulah hakikatnya, bangunan usang itu masih lagi sudi dihuni oleh segelintir penduduk yang menetap di Pangsapuri Desa Rasah ini.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan selama beberapa hari mendapati, sampah-sarap bertaburan selain longkang penuh dengan sampah yang menyebabkan aliran air tersumbat.

Maka tidak hairanlah jika penghuni di flat berkenaan sering mendapat penyakit seperti demam denggi.

Lebih memburukkan keadaan, rumah yang tiada penghuni pula dipenuhi sampah-sarap dan besi-besi paip manakala cermin tingkap lopong akibat dicuri.

Turut membimbangkan sistem keselamatan tidak diselenggara buat penghuni yang masih lagi menduduki rumah berkenaan kerana segala kemudahan dan pili bomba tidak boleh berfungsi dengan baik.

Menurut seorang penghuni, Lu Hing Ba, 60, yang menetap di pangsapuri berkenaan sejak 1983 keadaan ini sudah pastinya akan menyebabkan pelbagai masalah lebih-lebih lagi membabitkan isu keselamatan.

‘‘Malah kes demam denggi banyak berlaku di kawasan ini. Bahkan anak saya sendiri baru sahaja masuk hospital kerana denggi disebabkan keadaan kawasan yang teruk dan banyak sampah.

‘‘Paling membimbangkan pada waktu malam, kerana di sini tiada lampu jalan dan takut berlaku kecurian dan sudah pasti penduduk tidak boleh lagi bersabar dengan keadaan seperti ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Siti Haliza Hassan, 56, berkata, keadaan di sini bertukar menjadi teruk selepas penghuni berpindah ke tempat lain.

‘‘Dahulu flat ini sangat cantik dan ramai yang duduk menyewanya, termasuk askar dan jururawat. Selepas ketiadaan mereka, flat ini bertukar menjadi sangat teruk dan menjijikkan dan ia berlaku sejak 10 tahun lalu.

‘‘Di tingkat atas bangunan pun tidak ramai yang duduk kerana peralatan dan kemudahan yang ada telah dicuri oleh pihak yang bertanggungjawab,’’ katanya.

Kata Siti Haliza, lebih memburukkan apabila waktu hujan pula, keluarganya terpaksa menadah tong air kerana tingkat atas bangunan bocor dan menyebabkan air mengalir ke rumah bawah.

‘‘Kalau bercerita pasal nyamuk pula, memang banyak. Jika kita lihat keadaan ini sendiri pun sudah boleh bayangkan betapa teruknya tempat ini. Tetapi terpaksa juga kami duduk kerana telah lama menetap di sini.

‘‘Kami juga mengambil inisiatif membersihkan kawasan berhampiran rumah untuk memberi keselesaan,” ujarnya.

Menurutnya, rata-rata penduduk sudah tidak tahu di mana untuk mengadu nasib mereka dan mahu pihak berkuasa tempatan campur tangan dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi selama ini.

Seorang lagi penduduk, Suri Masori, 37, berkata, jika dahulu kawasan ini lengkap dengan kemudahan namun kini kawasan ini dibaratkan ‘bagaikan hidup segan mati tak mahu’ gara-gara dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

‘‘Malahan penghadang besi tangga dan saluran paip utama pun telah habis dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

‘‘Lebih merumitkan terdapat tangki najis yang tersumbat yang menyebabkan nyamuk bertelur,’’ tambahnya.

Bagi seorang penduduk kawasan berhampiran, Muthu Kumar, 52, pula, walaupun sekadar tinggal berhampiran dengan flat ini, beliau dapat merasai kesusahan yang dihadapi penduduk.

‘‘Banyak juga kes demam denggi dilaporkan walaupun Jabatan Kesihatan kerap kali membuat pemeriksaan di sini.

‘‘Sepatutnya flat ini perlu diselenggara dengan baik dan bukannya hanya dibiarkan dan ini menyebabkan rasa kurang selesa pada penduduk kawasan sekitar,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

7/22/10

Kadar kemiskinan tertinggi


Sinar Harian 22 Julai 2010

KUALA PILAH – Pas kawasan Kuala Pilah menyatakan kadar kemiskinan di Kuala Pilah tertinggi, 24 peratus berbanding kadar kemiskinan di Negeri Sembilan berdasarkan Laman Web Rasmi Pejabat Persekutuan Pembangunan Persekutuan Negeri, Jun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Zaharudin Othman berkata, statistik itu memberi gambaran Kuala Pilah mempunyai jumlah penduduk miskin teramai berbanding daerah lain.

Menurutnya, berdasarkan hasil kajian dilakukan Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Putra Malaysia mendapati Kuala Pilah mempunyai keluasan tanah terbiar tertinggi dengan jumlah 138.4 hektar.
“Kami menggunakan konsep turun padang dan bersedia memperjelaskan fakta dan mengemukakan cadangan serta idea praktikal ke arah penyelesaian masalah penduduk miskin di Kuala Pilah.

“Terbaru, kami turun padang bertemu penduduk miskin di Kampung Kabong, Kampung Paya, Kampung Lending dan Kampung Maha di DUN (Dewan Undangan Negeri) Johol dengan menyerahkan bantuan keperluan asas kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa apabila penyataan ceramah Isu-isu Semasa Pakatan Rakyat menawan Negeri Sembilan pada 11 Julai lalu di Kampung Kabong dijadikan isu oleh pemimpin kawasan DUN Johol.

“Kami tidak perlu meminta izin untuk mengadakan ceramah politik di kampung berkenaan, sebaliknya memohon permit kepada pihak berkuasa dan tuan tanah. Tidak timbul soal memerlukan kebenaran kepada pemimpin kawasan kampung itu.

“Saya merasakan ketika ucapan alu-aluan, pengerusi ceramah hanya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan majlis itu termasuk ketua kampung, petugas keselamatan serta penduduk setempat tanpa menyebut sesiapa secara spesifik. Ucapan beliau bersifat umum, sama ada terlibat secara langsung atau sebaliknya,” katanya.

Selain itu, Zaharudin berkata, penyataan pemimpin kawasan menyatakan kandungan ceramah Isu-isu Semasa Pakatan Rakyat menawan Negeri Sembilan di Kampung Kabong adalah pembohongan dan penyataan emosional serta tidak dipandu dengan rasional sebagai pemimpin.

“Saya kecewa dengan sikap beliau kerana sebagai mewakili masyarakatnya beliau perlu terlebih dahulu memastikan kesahihan fakta dikemukakan dan sepatutnya mengenal pasti tindakan sewajarnya sekiranya ada kebenaran dalam apa yang dinyatakan dalam ceramah terbabit.

“Saya bersedia bertemu dengan mereka untuk memperjelaskan fakta terbabit dan mengemukakan cadangan praktikal ke arah penyelesaian permasalahan kemiskinan di kawasan Kuala Pilah,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7979497.asp

Kemudahan tandas menyedihkan

Sinar Harian 22 Julai 2010

TAMPIN – Pengunjung di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tampin yang kini dikenali sebagai “Hentian of Stars” memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk turun padang melihat kemudahan di lokasi berkenaan terutamanya kemudahan tandas.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, Rahimah Mat Tahir, 46, dari Gadek, Alor Gajah berkata, dia sememangnya merupakan pelanggan tetap di Hentian RnR berkenaan sejak ia mula beroperasi dan kemudiannya menjadi projek gajah putih apabila terbengkalai selama beberapa tahun.

Menurutnya, sejak hentian berkenaan beroperasi semula pada April lalu, dia dan rakannya kembali mengunjungi lokasi berkenaan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, lebih-lebih lagi apabila lokasi berkenaan turut menawarkan perkhidmatan karaoke kepada pengunjung.

“Bagaimanapun, saya berasa kecewa apabila mendapati kemudahan tandas lelaki dan wanita tidak dibuka berikutan pengusaha mendakwa tekanan air yang begitu rendah menyebabkan hanya tandas orang kurang upaya (OKU) sahaja yang dibuka.

“Oleh itu, saya berharap agar PBT dapat meninjau masalah ini kerana pada waktu pengunjung ramai, kami terpaksa menunggu kerana terpaksa menggunakan air yang ditadah,” katanya ketika ditemui di hentian berkenaan, dekat sini, kelmarin.

Manakala, bagi Mohd Imran Sukri, 25, dari Desa Permai Repah, dia menyatakan hentian berkenaan kini boleh menarik kunjungan orang awam kerana menawarkan kemudahan untuk berhibur seperi berkaraoke dan ‘studio jamming’.

“Malah, saya juga pernah melihat pelancong asing datang ke lokasi ini, tetapi saya berasa agak malu kerana kemudahan tandas yang disediakan kurang memuaskan,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Tampin (MDT), Zulhilmi Marzuki berkata, MDT telah mula membaik pulih hentian RnR berkenaan sejak ia dibuka oleh usahawan yang dilantik.

Menurutnya lagi, MDT cuba berunding kemudahan-kemudahan yang harus dibaik pulih dengan usahawan yang dilantik, dan bagi masalah yang besar kita akan cuba menghulurkan bantuan apa yang termampu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7980307.asp

Diserang lumpur

Sinar Harian 22 Julai 2010

BATANG MELAKA – Bagaikan ‘tsunami’ kecil! Begitu reaksi penduduk di sekitar Pekan Batang Melaka yang menjadi mangsa apabila lumpur daripada kebun getah yang terletak berhampiran ‘menyerang’ penduduk di situ.

Banjir lumpur setinggi kira-kira satu meter yang datang dari arah kebun getah berhampiran menenggelamkan rumah 20 penduduk pekan itu dalam kejadian bermula kira-kira 1.15 petang semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan aktiviti di pekan itu lumpuh seketika apabila sebahagian besar yang terlibat dengan kejadian itu merupakan peniaga kedai.

Salah seorang mangsa, V Janakia, 44, berkata, semasa kejadian, dia sedang sibuk memasak dan terdengar bunyi air yang kuat turun ke bahagian bawah kedainya.

“Lantas saya membuka pintu belakang dan terkejut apabila mendapati air lumpur memasuki rumah saya terus ke bahagian hadapan kedai.

“Saya terkejut lumpur memasuki rumah dengan begitu deras bagaikan ‘tsunami’ kecil,” katanya yang tinggal di situ sejak 50 tahun lalu.
Berikutan kejadian itu, katanya, pelbagai barangan rumah termasuk peralatan elektronik dan perabot rosak.

Sementara suami Janakia, V Somasondaram, 51, berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba mendapati lumpur dari arah belakang sedang menuju ke hadapan kedainya guntingnya.

“Semasa itu, saya sedang berehat menanti pelanggan dan sama sekali kejadian seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Pengusaha kedai perabot, Loh Yong Urn, 77, pula berkata kejadian seumpama ini merupakan kejadian kedua berlaku selepas kejadian sama kira-kira 20 tahun lalu.

“Semasa kejadian, saya hanya melihat lumpur datang dari arah kawasan berhampiran yang sudah ‘melumpuhkan’ beberapa kedai berhampiran sebelum datang ke arah bangunan bertentangan.

“Habis semua perabot yang ada di dalam kedai tidak dapat diselamatkan bersama-sama barangan rumah. Jumlah kerugian yang dialami dianggarkan kira-kira RM 50,000,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batang Melaka, Sidang Hasan Maadah, berkata, pihaknya sudah menjangkakan akan berlaku kejadian itu sejak sebulan lalu dan sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan.

“Banjir ini berlaku dipercayai berpunca daripada air yang sudah bertakung setinggi sembilan meter di kebun getah berhampiran apabila ‘calvet’ yang menghalang tanah tidak lagi dapat menampung jumlah air dan tanah.

“Kebetulan pula terdapat projek landasan berkembar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang giat dijalankan di sana,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7981230.asp

Program Sumbangan Ukhuwwah Manafaat Bersama


Kepada mereka yang ingin membantu mereka yangmemerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang dan berkasih sayang bolehlah menyertai program di bawah ini :

PROGRAM SUMBANGAN
RAMADHAN & SYAWAL 1431 H – 2010 M
Untuk Keluarga Fakir Miskin Dan Mereka Yang Memerlukan

Anjuran : Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau

Program Sumbangan Makanan Asas :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak
6. Sardin Tin
7. Teh/Kopi
8. Biskut

Borang Sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Tn Hj Roni – Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau
Tel : 012-2268230

SUMBANGAN MELALUI ATAU BANK IN ATAS NAMA :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

7/21/10

Jambatan ibarat perangkap maut


Sinar Harian 21 Julai 2010

NURI , Kuala Pilah – Penduduk Kampung Nuri, di sini bimbang dengan keselamatan mereka, terutama kanak-kanak berikutan pengadang jambatan merentangi Sungai Nuri, di sini yang runtuh sejak awal Julai lalu.

Sambil menyifatkan jambatan itu kini sebagai 'perangkap maut', penduduk mahu supaya masalah itu diselesaikan segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Kamat, Sharin Yunus, 52, berkata, pengadang jambatan itu runtuh selepas ditimpa pokok tumbang, 2 Julai lalu.

Menurutnya, dia bimbang sekiranya murid-murid sekolah yang melalui jalan itu terjatuh ke dalam sungai setinggi kira-kira 6 meter selepas jambatan itu tiada lagi pengadang di kiri kanannya.

“Saya sudah maklumkan pada pihak berkaitan pada hari yang sama. Mereka memang mengambil tindakan dengan meletakkan pita keselamatan di jambatan itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang tindakan untuk memasang semula pengadang itu, sedangkan ia merupakan laluan utama penduduk kampung Nuri dan murid sekolah, termasuk jemaah masjid kariah di sini," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di lokasi berkenaan.

Sharin berkata, lebih menakutkan ketika hujan lebat kerana arus sungai itu deras dan sudah pasti sesiapa yang terjatuh di situ akan terus dibawa arus.

"Jambatan itu juga sempit dan mereka yang menunggang basikal berisiko tinggi untuk tergelincir atau terjatuh ke dalam sungai," katanya.

Selain itu, katanya, simpang masuk ke laluan itu juga tidak mempunyai kemudahan lampu jalan, sekali gus membahayakan orang ramai terutama di sebelah malam atau awal pagi.

"Penduduk tidak ada pilihan lain selain menggunakan jambatan itu walaupun sedar akan bahayanya," katanya.

Sementara itu, Guru Besar sekolah yang sama, Mohd Zahari Bahaman, 45, berkata, pihaknya berharap masalah itu diselesaikan dalam masa terdekat ini.

“Keadaan sungai dipenuhi pokok dan ranting-ranting juga perlu dibersihkan pihak berkaitan agar kelancaran air sungai tidak diganggu.

“Melihat keadaan itu, saya tidak mahu murid, guru dan penduduk mengalami kemalangan. Saya harap, orang ramai akan berhati-hati ketika melalui jambatan ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7976367.asp

7/20/10

Seremban 'lubuk' kes dadah

Sinar Harian 20 Julai 2010

SEREMBAN – Daerah Seremban mencatatkan jumlah kes terbaru penyalahgunaan dadah, sekali gus menjadi daerah paling tinggi dengan 132 kes dan 62 kes berulang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia diikuti Daerah Jempol, Port Dickson, Tampin, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu.

Menurutnya, secara keseluruhannya sebanyak 441 kes baru direkodkan, sementara 214 kes berulang dikesan di seluruh negeri ini dengan jumlah keseluruhan 665 kes.

"Perkembangan ini amat membimbangkan, justeru, kami giat merangka beberapa strategi baru dengan memantapkan lagi gerakan bersepadu bagi membanteras penyalahgunaan dadah.

“Kerajaan Negeri akan melakukan kegiatan membanteras bersama jabatan lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), polis dan Jabatan Pelajaran negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah di Bilik Gerakan Wisma Negeri, dekat sini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abd Samad Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, bermula Januari hingga Mac tahun ini, seramai 88 orang telah dijatuhi hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Negeri Sembilan.

Menurutnya, jumlah itu tinggi berbanding sepanjang tahun lalu yang hanya mencatatkan lebih 100 individu disabitkan kesalahan melakukan kesalahan berkenaan.

"Ia jelas memperlihatkan masih ramai dalam kalangan mereka lebih rela menggadai nyawa kerana kegiatan haram ini memberi pulangan besar kepada penjenayah.

"Keadaan ini tidak boleh dipandang ringan dalam usaha memastikan negeri dan negara ini bebas penyalahgunaan najis dadah menjelang 2015,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7972357.asp

Dua kali dilanda banjir kilat

Sinar Harian 20 Julai 2010

BAHAU – Selepas banjir kilat melanda kira-kira sebulan lalu, sekitar kawasan ini sekali lagi menghadapi situasi yang sama, petang kelmarin.

Kejadian banjir kilat itu berlaku ekoran hujan lebat yang tidak henti-henti beberapa jam.

Kawasan yang dilanda banjir adalah Taman Satelite, Kampung Batu Bakar, Kampung Chu Ward, Rumah Rakyat Peringkat 1 dan Taman Kwang Hup 2.

Penduduk mendakwa, kejadian banjir kelmarin merupakan kali kedua berlaku dan lebih serius selepas kejadian yang sama, 28 Mei lalu.

Masalah banjir itu bagaimanapun mendapat perhatian Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seng yang mendakwa hutan berhampiran sekitar Bahau ditebang punca banjir kilat itu.

Selain itu, katanya, beberapa projek pembangunan yang tidak teratur juga antara penyebab banyak rumah penduduk di situ dilanda banjir lumpur.

“Saya telah terima maklum balas daripada Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, minggu lalu mengatakan pihak terbabit sudah mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah banjir kilat.

“Tetapi, langkah pencegahan ini nampaknya tidak berkesan kerana perkara yang sama berulang tidak sampai dua bulan,”katanya.

Menurutnya, beliau berasa amat simpati dengan nasib penduduk yang terpaksa membersih dan mencuci rumah setiap kali selepas banjir.

“Mereka amat berharap pihak kerajaan dapat memberi bantuan dari segi kewangan untuk meringankan beban mereka.

“Bagi kawasan atau rumah yang sering dilanda banjir, saya ingin bercadang kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai tanah dan cukai taksiran am,” katanya.

Selain itu, Kok Seng turut mencadangkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk bertindak segera membantu penduduk ketika banjir kilat berlaku.

“Kerajaan Negeri haruslah memandang serius terhadap perkara ini kerana kesejahteraan dan keselamatan rakyat harus diutamakan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Jempol, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dengan kejadian banjir kilat itu.

Menurutnya, pihaknya akan membuat longkang untuk membolehkan aliran air berjalan dengan lancar serta mengelakkan berlakunya keadaan tidak diingini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7973394.asp

Tembok konkrit tunggu mangsa


Sinar Harian 20 Julai 2010

KUALA PILAH – Jika dahulu, masalah bau sampah kurang menyenangkan berpunca dari tapak pembuangan sampah di pasar Kuala Pilah, dekat sini menimbulkan rungutan ramai, kali ini timbul pula masalah lain.

Bekas tapak pembuangan sampah bersebelahan gerai daging khinzir di pasar itu seolah-olah menanti 'mangsa' terutama penunggang motosikal.

Lebih-lebih lagi, lokasinya terletak di simpang yang dilihat amat membahayakan.

Sebelum ini, sebuah tong sampah diletakkan di atas tembok konkrit itu, bagaimanapun ia menimbulkan rungutan ramai akibat bau kurang menyenangkan.

Namun, tindakan memindahkan tong sampah itu tidak menyelesaikan masalah apabila tembok konkrit berkenaan masih kekal di situ.

Akibatnya, beberapa kenderaan dilaporkan sering mengalami kerosakan di bahagian tayar akibat terlanggar tembok berkenaan.

Seorang pengadu, Ismail Husain, 23, berkata masalah itu sudah lama dimaklumkan kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan.

"Sepanjang seminggu lalu, tidak kurang tiga kereta melanggar tembok konkrit itu, sehingga menyebabkan rim tayar kereta kemek. Mereka mungkin tidak sedar kewujudan tembok itu," katanya.

Menurutnya, jika dulu masalah bau sampah kurang menyenangkan diatasi segera pihak berkaitan, dia berharap masalah itu juga diatasi segera.

“Tambahan pula, kawasan itu tempat meletakkan kenderaan. Jika penuh dengan kenderaan, agak sukar untuk melalui jalan itu kerana sempit," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7972842.asp

Ceramah Ann Wan Seng 23 Jul 2010 Seremban


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Tarikh : 23 Julai 2010 , Jumaat
Masa : 9 malam
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Penceramah :
En. Ann Wan Seng
Ust Abdul Ghani Abdul Rahman

Semua Dijemput Hadir

Ann Wan Seng anak kelahiran Klang, Selangor ini merupakan seorang tokoh yang telah mencipta pelbagai kejayaan serta memegang portfolio penting, antaranya sebagai Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagi MACMA, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kebangsaan (PERKIM), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Putra serta Ahli Jawatankuasa Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan, dan Penasihat Asrama Baitul Ummah, asrama kanak-kanak yatim, fakir miskin dan mualaf di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Buku yang ditulis beliau antaranya ialah Rahsia Bisnes Orang Cina 'The Bamboo Network' telah terjual melebihi 20,000 naskah dan dinobatkan sebagai Buku Terlaris di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1430 Hijrah / 2009, dan penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008.

7/19/10

Ceramah Kolonel Roseli 25 Jul 2010 Rembau

CERAMAH BARANG NAIK
Tarikh : 25 Julai 2010 , AHAD
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Pedas Hilir, Bt 3, Pedas, Rembau
Bersama YB Dato Mahfuz Omar, Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, YB Taufek ADUN Paroi N.Sembilan, cheGuBard
Hubungi 012-3696474
Info dari http://chegubard.blogspot.com

http://colroseli.blogspot.com
Kolonel (B) Roseli adalah pesara pegawai tentera yang telah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja selama lebih 20 tahun

Stesen buruk, kotor


Berita Harian 19 Julai 2010

Hentian bas, teksi di Pulau Sebang daif sehingga undang rasa gelisah pengguna

ALOR GAJAH: Pepatah “hidup segan, mati tidak mahu” boleh dikaitkan dengan stesen bas dan teksi di Pulau Sebang, dekat sini, yang semakin terbiar dan daif sehingga mengundang rasa gelisah ribuan pengguna. Keadaan kemudahan berkenaan yang kelihatan berkarat, selain sebahagian struktur binaannya juga sudah pecah pasti mengundang pertanyaan di kalangan orang luar sama ada ia masih beroperasi atau sebaliknya. Kemudahan yang sepatutnya berfungsi sebagai tempat orang awam menunggu bas, selain tempat berteduh bagi penunggang motosikal daripada hujan kini didapati tidak lagi seperti dulu. Ia bukan saja daif, malah kotor.

Kebanyakan orang ramai yang ditemui berkata, walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat kepada pihak berkuasa terbabit terhadap masalah berkenaan, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil untuk meningkatkan tarafnya.

Pekerja swasta, Suppiah Selamat, 57, berkata pada masa ini, kebanyakan penumpang yang menunggu perkhidmatan bas setiap hari di situ, terpaksa berdiri di kaki lima perhentian terbabit berikutan bilangan kerusi juga disediakan terhad.

Katanya, keselesaan pengguna sewajarnya perlu diambil kira oleh pihak terbabit selaras dengan konsep rakyat didahulukan.
“Bas yang disediakan kepada penumpang memang banyak dan tiba mengikut masa dijadualkan, tetapi keadaan stesen ini tidak mesra penumpang langsung. Itulah masalahnya sekarang.

“Ramai penumpang termasuk warga asing yang membanjiri stesen ini sentiasa menunggu bas di sini untuk pulang ke rumah pada setiap hari, dalam keadaan tidak selesa. Malah, ada masanya ketika hujan lebat pula, terpaksa menunggu bas dalam keadaan dipenuhi asap.

“Ini kerana kebanyakan pemandu bas di sini tidak mahu mematikan enjin kenderaan, sekali gus menyebabkan pengguna mengalami sesak nafas,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Seorang penumpang, K Raju, 24, berharap pihak berkuasa terbabit dapat segera memindahkan operasi stesen bas dan teksi itu ke tempat baru.

“Kami tidak ada pilihan lain dan terpaksa menunggu bas ini dengan keadaan yang serba kekurangan. Sebenarnya operasi stesen bas dan teksi ini sudah melebihi 15 tahun di sini dan perlu dipindahkan segera bagi kemudahan pengguna,” katanya.

Tinjauan Berita Harian ke perhentian yang terletak berhampiran institusi kewangan, pusat beli-belah, restoran dan pelbagai kedai runcit atau telekomunikasi itu mendapati, keadaan kebersihan persekitarannya tidak diuruskan dengan baik.

Malah, tempat duduk yang disediakan sudah pecah dipercayai akibat perbuatan pihak bertanggungjawab, selain laluan pejalan kaki berbau hancing.

Selain itu, tinjauan juga mendapati, kesan minyak hitam, diesel dan gula-gula getah ada dengan banyaknya di tempat letak bas dan lantai, selain papan tanda didapati berdebu dan hitam kerana terkena asap kenderaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Stesenburuk_kotor/Article

7/18/10

Ceramah Gula Naik 25 dan 29 Julai N.Sembilan

CERAMAH UMUM
25 Julai 2010 , AHAD
9 malam
YB Dato Mahfuz Omar, YB Taufek ADUN Paroi N.Sembilan, cheGuBard
Di Rantau , N.Sembilan
Hubungi 012-3696474
Info dari http://chegubard.blogspot.com


CERAMAH PERDANA
29 Julai 2010 , KHAMIS
9 malam
Di Tampin, N.Sembilan
YB Ust Khalil Idham, Mustafa Kamil Ayub, cheGuBard
Hubungi 0136319872
Info dari http://chegubard.blogspot.com

7/17/10

Lima sen besar buat rakyat


Sinar Harian 17 Julai 2010

SEREMBAN – Pakatan Pembangkang Negeri Sembilan menyifatkan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi terhadap bahan api seperti diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula memberi kesan besar buat rakyat.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Ibrahim Jusoh berkata, pengumuman dibuat tanpa berbincang dalam Parlimen itu ternyata memperlihatkan kerajaan menggunakan kuasa veto, tanpa mengambil kira tekanan yang dialami rakyat.

“Kita sangat kesal apabila kerajaan menggunakan pendekatan autokratik di dalam menaikkan harga barangan berkenaan tanpa membawa perbincangan.

“Kerajaan menaikkan harga sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira tekanan dialami rakyat. Ini menunjukkan bahawa kerajaan membelakangkan hasrat rakyat dalam hal ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR negeri, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri (PKR), Nordin Ismail.

Ibrahim berkata, kepimpinan PR itu juga bimbang kemungkinan harga barangan akan naik kesan tindakan itu, sekali gus mengundang lebih banyak masalah sosial ekonomi kepada masyarakat bawahan.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Rebin Birham berkata, sekiranya kepimpinan pembangkang mengambil alih tampuk pimpinan negara, masalah berkenaan tidak akan wujud.

“Sekiranya pembangkang diberikan mandat memegang tampuk pemerintahan negara, kita akan mentadbir ekonomi negara dengan lebih baik, tiada pengurangan subsidi terhadap barangan berkenaan.

:“Selain itu, kita akan mencari jalan untuk menambah subsidi terhadap barangan demi membantu menstabilkan kewangan rakyat,” katanya.

Justeru, katanya, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) negeri akan mengadakan siri jelajah ‘Pernyataan Kekecewaan Rakyat’ sempena pemotongan subsidi di negeri ini, bermula di Kuala Pilah, hari ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7964390.asp

Tangki simpan air tak berfungsi


Sinar Harian 17 Julai 2010

GEMAS – Rata-rata penduduk di Desa Permai Gemas kecewa apabila kemudahan yang disediakan untuk taman berkenaan iaitu Tangki Simpanan Air dan Rumah Pam tidak berfungsi sejak dua tahun lalu menyebabkan mereka terpaksa bersabar menggunakan bekalan air.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Taman (JKKT) berkenaan, Ali Othman berkata, masalah itu kini sudah menjadi bualan hangat dalam kalangan penduduk di 350 kediaman sehingga mereka menggelar kemudahan berkenaan sebagai projek gajah putih.

Menurutnya, penduduk di taman berkenaan sudah kerap kali mengutarakan masalah berkenaan dalam mesyuarat dan perjumpaan demi perjumpaan diadakan namun, sehingga kini kemudahan tersebut masih lagi tidak berfungsi untuk penduduk di sini.

“Oleh itu, kita harap agar pihak bertanggungjawab terutamanya Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dapat mengambil langkah terbaik bagi memastikan manfaat pembinaan kemudahan ini dirasai penduduk seperti di awal pembukaan penempatan ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi dimaksudkan.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Muhamad Abdul Rahman, 67, berkata, buat masa kini, penduduk hanya bergantung kepada bekalan air secara terus dari paip dan sekiranya berlaku paip pecah, penduduk pasti akan mengalami masalah ketiadaan air.

:Sedangkan menurutnya, tangki simpanan air berkenaan mampu dijadikan sumber alternatif buat penduduk sekiranya berlaku insiden paip pecah kerana bekalan air dalam tangki berkenaan boleh digunakan penduduk sekurang-kurangnya selama tiga hari.

“Kita tidak tahu mengapa kemudahan ini tidak berfungsi sejak dua tahun lalu walaupun boleh dikatakan hampir setiap bulan ada pihak yang akan datang untuk membersihkan kawasan di dua lokasi ini (rumah pam dan tangki simpanan air). Oleh itu, kita harap agar kemudahan ini dapat berfungsi semula.

Manakala, bagi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Sabtu Salim, menyatakan, kemudahan yang tidak berfungsi sepenuhnya itu menyebabkan tekanan air rendah dan penduduk terpaksa bersabar untuk menggunakan air.

Menurutnya, lebih teruk lagi bekalan air terlalu kecil ataupun tidak sampai ke rumahnya sekiranya terdapat majlis kenduri walaupun secara kecil-kecilan sahaja.

“Kita tidak mahu masalah ini berpanjangan lagi kerana kemudahan tersebut tersedia Cuma yang menjadi persoalannya, mengapa ianya tidak berfungsi sejak dua tahun lalu.

“Oleh itu, kita harap sangat agar pihak terlibat dapat turun padang dan melihat sendiri kemudahan yang tidak berfungsi ini serta kesannya kepada penduduk Desa Permai Gemas.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7963604.asp

Pengguna terbeban harga minyak naik

Sinar Harian 17 Julai 2010

REMBAU - Kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak lima sen yang diumumkan selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai di daerah ini.

Pengguna, Mohamad Johar Nordin, 43, berkata, kenaikan harga minyak sebanyak lima sen masih boleh diterima kerana dianggap usaha bernas kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api.

Menurutnya, dia tidak melihat isu kenaikan minyak ini sebagai masalah yang besar namun perkara ini perlu dilihat semula terutama kesan kepada golongan berpendapatan rendah. Bagi golongan ini kenaikan harga minyak sudah tentu memberi impak dalam kehidupan seharian mereka terutama yang menggunakan kereta sebagai kenderaan utama.

“Kerajaan perlu memikirkan kaedah bersesuaian supaya golongan ini tidak berasa terbeban dengan kenaikan harga minyak dan juga harga barang lain,” katanya ketika ditemui dalam tinjauan yang dilakukan Sinar Harian.

Bagi pemandu van, Mahalingam, 56, pula berkata, kenaikan harga minyak nyata memberi tekanan dan bebanan buat dirinya kerana harga minyak sentiasa mengalami peningkatan dari masa ke semasa sehingga memberi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah sepertinya.

“Jika dulu perjalanan pergi dan balik kerja hanya serendah RM3 dengan menunggang motosikal kini saya terpaksa mengisi minyak RM5 walaupun jarak rumah dan tempat kerja beberapa kilometer sahaja,” katanya.

Menurutnya lagi, dia tidak bersetuju dengan kenaikan ini namun tiada yang mampu dilakukan kerana perkara ini sudah pun diumumkan kerajaan. Setiap dilakukan kerajaan pasti mempunyai sebab justeru sebagai rakyat kita perlu menerima.

“Walaupun berasa terbeban namun kita perlu menghadapinya kerana minyak ini sudah menjadi keperluan bagi memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain,” katanya.

Bagi suri rumah, Norizah Manaf,64, berkata, walaupun hanya suri rumah tetapi kenaikan harga minyak turut memberi kesan kerana dia juga sering kali memandu keluar daerah untuk mengikuti pelbagai kursus.

“Saya memang terkejut apabila harga minyak naik tetapi sebagai pengguna naik atau tidak kita tetap menggunakan minyak untuk menggerakkan kenderaan. Bagaimanapun, diharapkan kenaikan harga minyak ini tidak akan naik lagi dalam beberapa tahun ini kerana kenaikan harga minyak akan diikuti dengan kenaikan harga barang lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7963584.asp

Saliran kecil punca banjir


Sinar Harian 17 Julai 2010

KUALA PILAH – Masalah banjir kerap berlaku di jalan Tampin-Kuala Pilah membimbangkan penduduk terutama pada musim tengkujuh.

Penduduk ditemui, Abdul Aziz Abu Samah, 70, berkata, kedudukan rumahnya di tepi jalan bukan masalah utama, tetapi longkang di hadapan rumah menjadi punca berlakunya banjir kilat.

“Sejak 2003, banjir kerap berlaku sehingga saya mengalami kerugian. Pada 2009, sudah empat kali berlaku dan paling menyedihkan apabila berlaku pada Hari Raya Aidilfitri. Air masuk ke dalam rumah sehingga paras buku lali.

Menurutnya, longkang kecil tidak dapat menampung kapasiti air terutama pada hari hujan.

“Longkang ini bersambung dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Muhammad hingga ke sekolah berhampiran. Pembetungnya kecil dan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

“Apabila pembetung kecil dan sempit, saliran air lemah menyebabkan berlaku limpahan air di kawasan rumah berhampiran. Masalah pembetung kecil menyebabkan kejadian banjir kerap berlaku. Bagaimanapun, saya berharap kejadian banjir tidak berlaku pada 2010,” katanya.

Aziz berkata, masalah berkenaan diutarakan kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang reaksi.

“Saya percaya mereka berusaha melakukan yang terbaik untuk masyarakat, tetapi masalah ini perlu diatasi supaya banjir kilat tidak berlaku pada masa akan datang.

“Kami tidak mahu nostalgia berulang kembali seperti tahun sebelumnya sehingga menenggelami rumah saya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7963329.asp

7/16/10

Paip bocor terbiar seminggu



Sinar Harian 16 Julai 2010

KUALA PILAH – Paip bocor yang sudah seminggu berlarutan tidak mendapat perhatian pihak berkaitan walaupun pengadu memaklumkan perkara itu kepada pihak bertanggungjawab.

Pengadu, Abdul Aziz Abu Samah, 70, berkata, laporan dilakukan pada 8 Julai jam 5.50 petang dengan nombor laporan 130859 kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan segera kerana air itu melimpah ke kawasan rumahnya.

Menurutnya, paip bocor berlaku bersebelahan pagar rumah menyebabkan air melimpah ke kawasan halaman rumah.

"Bagi mengelakkan keadaan rumah seperti banjir, saya menghubungi pihak berkenaan mengadu masalah itu supaya mereka mengambil tindakan sewajarnya.

“Namun, mereka seperti endah tidak endah. Memang mereka ada maklumkan akan mengambil tindakan segera tetapi sehingga hari ini tidak ada seorang wakil melihat perkara itu," katanya.

Aziz berkata, dia bukan hendak mencari masalah tetapi mahu menyelesaikan masalah yang berlarutan hingga menyebabkan kawasan rumah becak.

“Gangguan air berlaku beberapa hari lepas hingga membebankan kami sekeluarga. Mujur kami memiliki kolah air untuk digunakan dalam keadaan kecemasan seperti ini.

“Saya mohon kepada pihak berkaitan mengatasi paip bocor supaya tidak berlaku lebih teruk. Walaupun ia tidak ada kaitan dengan penggunaan bil air saya tetapi ini adalah hak awam yang perlu diatasi segera,” katanya.

Menurutnya, Kampung Tebat Kering bukan sahaja mengalami masalah paip bocor tetapi ketiadaan cahaya lampu jalan.

“Jalan masuk ke dalam kampung ini memang tidak ada tiang lampu. Apabila hari malam, memang gelap gelita.

"Keadaan itu amat bahaya apabila berselisih dengan kereta begitu juga pelajar yang hendak pergi ke sekolah," katanya.

Aziz berkata, dia berharap masalah itu dapat diatasi secepat mungkin demi kesejahteraan semua pihak dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada tindakan akan dilakukan nanti.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7958930.asp

7/15/10

Polis diminta kerap buat rondaan di Ampangan


SEREMBAN, 15 Julai 2010 : Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Rashid Latiff meminta agar pihak polis melakukan rondaan yang lebih kerap di kawasan itu kerana banyak kes jenayah terutama kecurian dan penagihan dadah.

Sementara polis menjalankan tugas, beliau juga ingin menyeru kepada peniaga dan penduduk Ampangan agar turut sama mengambil langkah pencegahan dengan memasang gril besi jika mampu.

"Sekurang-kurangnya pasanglah lampu di belakang rumah atau kedai kerana ini akan meminimumkan risiko rumah atau kedai mereka dipecah masuk,” katanya.

Rashid yang juga Bendahari PKR negeri berkata, terdapat desakan daripada penduduk setempat yang memohon polis membina sekurang-kurangnya sebuah pondok di kawasan Ampangan terutama di kawasan Flat Uda.

"Kepadatan penduduk di kawasan Ampangan, Flat Uda, Kampung Ismail, Kampung Jiboi dan persekitaran adalah lebih 20,000 orang. Sewajarnya sebuah pondok polis harus didirikan untuk membendung dan mengawal kadar jenayah di sini," ujarnya lagi.

Sementara itu, kedai penjual akhbar Harakah di Ampangan, Ishak Adam, 54, dipecah masuk kelmarin.

Ishak yang merupakan pengedar utama untuk seluruh Negeri Sembilan menyedari kedainya dipecah masuk apabila memulakan perniagaan lebih kurang 7.30 pagi.

Pencuri dipercayai memasuki kedai dengan memecahkan bumbung dan siling di bahagian belakang.

Ishak mengalami kerugian lebih RM5,900 termasuk kad prabayar, rokok, wang tunai dan dua bilah keris hiasan.

Apa yang lebih mendukacitakan, turut dicuri ialah dua buah tabung derma masing-masing daripada Rumah Anak Yatim Anakku Sayang Panchor, Paroi dan Sekolah Rendah Islam Al-Munauwarah Durian Tunggal, Melaka.

Pihak pengurusan rumah anak yatim dan sekolah agama tersebut meletakkan tabung derma di kedai Ishak untuk kutipan derma ikhlas daripada orang ramai.

"Saya percaya mereka masuk dengan menyelinap daripada bumbung dan siling yang dipecahkan oleh mereka.

"Sepanjang 25 tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Rahang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27621:polis-diminta-kerap-buat-rondaan-di-ampangan-&catid=53:negeri-sembilan&Itemid=98

Hakisan sungai masih berlaku


Sinar Harian 15 Julai 2010

SRI REPAH – Penduduk Kampung Chenaga bimbang apabila hakisan sungai berdekatan kediaman mereka didakwa semakin bahaya walaupun baru Mei lalu dipasang binaan sangkar batu.

Penduduk mendakwa, mereka berasa bimbang binaan sangkar batu bagi menghalang hakisan sungai akan dihanyutkan aliran air seperti binaan sebelumnya pada tahun lalu yang tidak sampai lima bulan dihanyutkan air sungai.

:Penduduk, Moktar Ahmad, 54, berkata, dia berterima kasih kerana pihak bertanggungjawab melaksanakan kerja bagi mengatasi hakisan sungai setelah cadangan dikemukakan sejak penghujung tahun lalu.

Namun, menurutnya, dia berharap kerja itu dapat dilihat dengan lebih teliti lagi dan mengambil kira sudut teknikal bagi memastikan binaan sangkar batu yang menelan belanja berpuluh ribu ringgit itu bertahan lama.

“Saya cukup bimbang kerana tidak sampai beberapa minggu, saya lihat tanah antara lokasi lapang dan sangkar batu ini sudah semakin mendap sedikit demi sedikit.

:"Malah, lebih mengecewakan, binaan sangkar batu ini tidak diteruskan hingga ke bahagian pokok kelapa hingga menyebabkan pokok ini hampir tumbang," katanya.

Moktar berkata, buat masa ini, sesiapa sahaja yang berminat mandi di sungai itu akan ditegur dan disuruh mandi di lokasi lebih selamat kerana bimbang binaan atau pokok akan tumbang menghempap mereka.

Muhamad Sudin pula berkata, dia amat berharap pihak bertanggungjawab dalam kerja itu dapat turun padang meninjau sendiri :keadaan sangkar batu dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya, dia berasa gusar melihat hasil kerja binaan sangkar batu itu lebih-lebih lagi keadaan pokok kelapa yang hampir menyembah bumi dan menggambarkan betapa bahayanya struktur tanah di lokasi berkenaan.

“Oleh itu, saya harap pihak berkenaan dapat meninjau kawasan ini secepat mungkin bagi memastikan ia tidak mendatangkan masalah serius kepada semua pihak pada masa hadapan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7955162.asp

7/14/10

Dataran Pantai Batu 1 Port Dickson bahaya

Sinar Harian 14 Julai 2010

PORT DICKSON – Percutian indah hujung minggu di pantai peranginan sedikit tercalar apabila tempat dikunjungi mengundang bahaya kepada ahli keluarga.

Dataran Pantai Batu 1 Port Dickson yang menempatkan kawasan santai kepada pengunjung lengkap dengan jeti, tempat duduk dan gerai makan kini bertukar menjadi igauan kepada pengunjung.

Tinjauan Sinar Harian di sini mendapati, hampir keseluruhan tebing atau tembok dibina musnah dan sebahagiannya rosak akibat hakisan, sementara struktur jeti retak.

Pengunjung, Amrullah Amzar, 33, berkata, dia yang pertama kali berkunjung ke situ terkejut melihat kawasan pantai.

Menurutnya, pada mulanya dia fikir tersalah tempat tetapi memang benar itu adalah Pantai Batu 1 Port Dickson yang pernah diperkenalkan seorang rakan kepadanya.

“Akhir tahun lalu, seorang rakan sepejabat yang memang gemar berkunjung ke Port Dickson menyarankan saya bercuti ke daerah ini dan memaklumkan Pantai Batu 1 amat sesuai untuk berkelah dengan keluarga berikutan orang yang tidak terlalu ramai berkunjung ke sini berbanding di Telok Kemang atau Pantai Saujana mahupun Pantai Tanjung Tuan.

“Tidak sangka pula ketika saya datang kawasan ini sudah boleh dikategorikan sebagai tidak selamat dikunjungi kerana struktur jeti kecil mengalami retak besar dan semua tebing batu ada yang runtuh, selain sebahagian besarnya mengalami kerosakan,” katanya.
Amrullah yang datang bersama keluarganya turut melahirkan rasa bimbang jika perkara itu tidak segera ditangani pihak bertanggungjawab kerana boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini.

“Ia sebenarnya amat membahayakan nyawa pengunjung dan bayangkan jika ada pengunjung yang berdiri di atas jeti berkenaan, kemudiannya ia roboh. Pasti teruk akibatnya,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Zubir Mohd Zahrin, 55, berkata, dia memang selalu berkunjung ke Port Dickson bersama keluarga dan rakan tetapi pertama kali ke Pantai Batu 1.

“Selalunya saya akan ke Pantai Telok Kemang sebab di sana semuanya ada, sama ada dari segi makanan, sewa pelampung, banana bot dan jet ski.

“Cuma kali ini datang ke Port Dickson hanya untuk duduk bersantai di tepi pantai sambil makan tengah hari yang dibawa dari rumah," katanya.

Zubir berkata, pertama kali tiba di kawasan berkenaan, dia agak terkejut melihat banyak kesan hakisan dan runtuhan tebing.

“Malah jeti yang ada di sini kelihatannya tidak selamat untuk pengunjung. struktur binaannya sudah retak dan besi pengadang jeti tercabut.

“Pantai Batu 1 terletak di tengah-tengah Bandar Port Dickson. Jadi, bagaimana ia boleh terlepas pandang sedangkan ia berdekatan Pejabat Daerah,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7951246.asp

Gurauan undang padah

Sinar Harian 14 Julai 2010

KUALA PILAH - Kemeriahan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara pasukan Sepanyol dan Belanda, baru-baru ini, dicemari dengan insiden seorang remaja lelaki menumbuk muka rakannya.

Insiden berkenaan bukan berlaku di sekitar lokasi perlawanan akhir iaitu Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan tetapi di sebuah sekolah berasrama penuh dekat sini, kira-kira jam 1 pagi, 12 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Jaafar Baba berkata, pelajar Tingkatan Lima terbabit berang apabila pengurusan sekolah tidak meluluskan permohonannya untuk menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2010.

“Pelajar terbabit kemudiannya diusik mangsa iaitu seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat yang tinggal dalam bilik asrama sama berikutan kegagalannya menyaksikan babak pertemuan akhir antara Sepanyol dan Belanda,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat sini, semalam.

Jaafar berkata, gurauan itu mengundang padah apabila pelajar berkenaan tiba-tiba naik minyak dan berlaku pergaduhan kecil sebelum dia bertindak agresif menumbuk mangsa pada bahagian muka.

Menurutnya, tumbukan sekali itu mengakibatkan mangsa cedera pada bahagian hidung dan gigi.

"Sejurus selepas ditumbuk, mangsa membuat laporan kepada pengurus asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini bagi menerima rawatan.

"Mangsa terpaksa ditahan di wad hospital sehingga petang keesokannya. Dia dan pihak sekolah membuat laporan di IPD sebaik sahaja ke­luar dari hospital,” katanya.

Menurutnya, pihak polis telah memanggil suspek untuk memberi keterangan, semalam.

"Suspek dilepaskan setelah keterangannya diambil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7953387.asp

7/12/10

Berarak satu kilometer tanda bantahan


Sinar Harian 12 Julai 2010

MAMBAU – Hampir 100 penduduk Kampung Baru Mambau, di sini berarak sejauh kira-kira satu kilometer, semalam kerana kecewa permohonan mereka menyewa Dewan Orang Ramai di situ ditolak.

Mereka menyertai perarakan itu sebagai tanda bantahan terhadap kegagalan memohon untuk menyewa dewan berkenaan bagi mengadakan program ceramah dan majlis makan malam, 31 Julai ini.

Penolakan itu dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Mambau dan Pejabat Daerah Seremban.

Turut sama berarak, Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambau, Wong May May serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti pembangkang.

Siew Fook berkata, tindakan mereka itu sebagai tanda bantahan penduduk di atas isu sewaan dewan orang ramai yang dianggap tidak sepatutnya ditolak.

"Isu penggunaan dewan orang ramai ini seolah-olah sudah dipolitikkan pihak tertentu, meskipun permohonan untuk menyewa dewan tersebut sudah dinyatakan melalui surat bertulis.

"Namun, permohonan yang dibuat kepada JKK Kampung Baru Mambau dan Pejabat Daerah Seremban ditolak tanpa alasan kukuh," katanya.

Siew Fook berkata, penolakan itu tidak adil kerana dewan orang ramai adalah harta umum yang dibina kerajaan untuk kegunaan orang ramai, tetapi sebaliknya berlaku.

“Saya merasakan wujudnya unsur menekan daripada pihak tertentu kepada parti pembangkang, mereka mahu menidakkan selain bagi memberi kesukaran kepada parti pembangkang dalam mengadakan program atau aktiviti," katanya.

Sehubungan dengan itu, Siew Fook mahu Kerajaan Negeri memberi perhatian serius perkara itu dan mengarahkan pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JKKK agar bersikap lebih terbuka.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7945225.asp

Cerun bukit runtuh lagi sekali


Sinar Harian 12 Julai 2010

SEREMBAN - Dua keluarga di Rumah Rakyat Panchor, Paroi terpaksa berdepan dengan risiko tanah runtuh berhampiran kawasan kediaman mereka setiap kali hujan lebat.

Penduduk, Mohamad Akbar Mohd Rafik, 38, berkata, tanah di cerun bukit di belakang rumahnya runtuh lagi kira-kira jam 5.15 petang, kelmarin.

”Sebelum itu, hujan turun tidak berhenti-henti mulai jam 4 petang. Ketika kejadian, saya berada di Seremban atas urusan kerja.

”Saya segera bergegas pulang setelah dimaklumkan isteri tentang kejadian itu. Mujurlah, isteri dan tiga anak saya berumur antara enam hingga 15 tahun selamat,” jelasnya ketika ditemui di sini, semalam.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati runtuhan mengakibatkan sebahagian kawasan belakang rumah ditimbuni tanah.

Bagaimanapun, keluarga Mohamad Akbar dan jirannya tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada harta benda yang musnah.

Sementara itu, jirannya, Abu Bakar Tamin, 67, berkata, dia mendengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang rumah semasa berehat bersama isteri dan anaknya, petang kelmarin.

”Sebaik sahaja terdengar bunyi itu, saya tahu cerun bukit di belakang rumah runtuh lagi. Kami telah melalui pengalaman serupa sebanyak lima kali sejak mendiami rumah ini pada 1984.

”Kali terakhir ialah pada awal Mac tahun lalu. Pada masa itu, pintu belakang rumah saya rosak akibat tanah runtuh,” jelasnya.

Menurut Abu Bakar, dalam tempoh seminggu selepas kejadian tanah runtuh terakhir, beberapa pihak pernah melawat dan berjanji untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

”Malangnya, janji tinggal janji dan tanah runtuh berulang lagi. Pihak-pihak terbabit hanya meletakkan plastik untuk menutup bahagian cerun yang runtuh dahulu.

”Saya minta pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan segera sebelum insiden tidak diingini menimpa kami,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7945855.asp

Bimbang tangkapan terus berkurangan


Sinar Harian 12 Julai 2010

PORT DICKSON – Nelayan yang menjadikan perairan Port Dickson sebagai punca pendapatan mereka dilanda kebimbangan kerana hasil tangkapan mereka semakin berkurangan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri, Abu Bakar Abdullah berkata, kebimbangan ini timbul berikutan wujudnya beberapa pelantar baru yang dibina oleh pihak tertentu di sekitar kawasan perairan di sini.

Menurutnya, sehingga kini terdapat dua buah pelantar yang didirikan di perairan ini dan Persatuan Nelayan Negeri juga difahamkan jumlah pelantar tersebut akan di tambah lagi.

“Penambahan sekurang-kurangnya empat hingga lima lagi pelantar akan dibina dalam masa terdekat ini dan sekali gus mengundang kebimbangan kepada nelayan yang bakal berhadapan dengan pelbagai masalah ketika mencari rezeki di tengah laut.

“Dengan adanya dua pelantar itu sahaja, sudah ada beberapa nelayan yang mengalami kerosakan jala akibat tersangkut dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pangkalan Nelayan Telok Kemang baru-baru ini.

Abu Bakar mendakwa, kawasan perairan tersebut adalah kawasan nelayan menangkap ikan dan juga merupakan lubuk ikan bagi nelayan di sini. Kewujudan pelantar berkenaan secara tidak langsung mengurangkan lagi keluasan kawasan menangkap ikan di situ.

“Pelantar di perairan itu sudah wujud hampir empat bulan lalu dan saya berharap agar pihak berkenaan mengkaji semula akan kebenaran membenarkan pelantar itu beroperasi di sini. Atau sekurang-kurangnya tidak membenarkan jumlah pelantar ini ditambah dan sebaginya.

“Persatuan Nelayan sebenarnya lebih khuatir apabila dengan pertambahan pelantar itu nanti kawasan perairan tersebut akan dijadikan sebagai kawasan larangan bagi nelayan,” katanya.

Abu Bakar berkata, surat bantahan dihantar kepada beberapa pihak yang berkenaan dengan harapan ada jalan penyelesaian yang membantu nelayan di sini.

Sinar Harian difahamkan pelantar dimaksudkan tersebut adalah Menara Terminal yang didirikan oleh sebuah agensi perkapalan milik individu persendirian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7944605.asp

Hj Mohd Sabu 14 July 2010 di Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 14 Julai 2010 / Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu , AJK PAS Pusat
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Zulkefly Mohamad Hj Omar , PJ PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

7/9/10

Kereta menggelongsor



Sinar Harian 9 Julai 2010

ROMPIN - Seorang lelaki boleh dikatakan berpantang maut sebelum ajal apabila hampir 'ditelan' jalan runtuh yang terbelah dua dalam kejadian Kilometer 17, Jalan Bahau-Rompin, malam kelmarin.

Mohd Idzuwan Abu Kuasim, 26, yang berasal dari Temerloh, Pahang, ketika itu dalam perjalanan dari Temerloh ke Melaka untuk bertemu isterinya, terjatuh bersama kenderaannya akibat geluncuran air bawah tanah .

"Telah hampir empat tahun saya menggunakan laluan ini. Sebaik tiba di tempat kejadian, jalan dilalui tiba-tiba jerlus ke bawah dan saya hampir terjatuh ke dalam tali air yang deras.

"Hujan turun renyai-renyai. Tiba-tiba saya rasa seperti tanah mendap ke bawah dan kereta mula menggelongsor ke bawah. Kemudian saya pengsan dan hanya tersedar apabila terdengar suara ramai orang," katanya.

Menurutnya, dia ditarik ke atas dengan menggunakan lori.

"Saya segera keluar daripada kereta dan lihat kenderaan rosak teruk. Amat mengejutkan apabila jalan dilalui terbelah dua.

"Akibat kejadian, saya menerima beberapa jahitan pada bahagian tepi kening mata kiri," katanya.

Mohd Idzuwan mengakui masih terkejut dan trauma, selain badannya terasa sakit.

Isterinya, Noor Rulhuda Mohd Samjis, 26, ketika ditemui berkata, dia bergegas ke Hospital Bandar Sri Jempol selepas menerima panggilan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Saya sekeluarga tidak pernah melalui kejadian seperti ini dan bersyukur kerana suami selamat serta tidak mengalami cedera serius.

“Saya berharap pihak berkenaan bertindak segera bagi mengelakkan kejadian lebih buruk pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Mohd Sabri Muhamad berkata, pihaknya menerima aduan kejadian itu jam 8.20 malam.

Menurutnya, kereta Kancil yang dinaiki seorang lelaki terselamat daripada jatuh ke dalam tali air yang deras.

“Kedalaman jalan yang runtuh anggaran dalam 7.5 meter dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat kerja baik pulih dalam masa terdekat," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7923930.asp

Tasik sampah berlumut di KLIA Nilai



Berita Harian 9 Julai 2010

NILAI: Penduduk di sekitar Kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini, kecewa apabila mendapati tasik yang dibina berhampiran kediaman mereka kini kelihatan seperti kawasan tadahan air longkang akibat sisa sampah yang memenuhi tasik.

Lebih menjijikkan, tasik yang menjadi sebahagian landskap taman rekreasi di situ dilitupi lumut hijau tebal yang mencacatkan keindahan tasik hingga kelihatan seperti loji sisa kumbahan kerana hampir semua permukaan tasik dilitupi tumbuhan alga itu.

Tinjauan Berita Harian mendapati tasik itu menjadi lokasi kegemaran sesetengah penduduk untuk beriadah termasuk berjoging, tetapi kegiatan itu diganggu pemandangan kurang menyenangkan itu. Lebih menghairankan penduduk ialah tiada sampah ditemui di kawasan sekeliling tasik yang kelihatan dijaga dengan baik, tetapi keadaan permukaan tasik menggambarkan keadaan sebaliknya.

Penduduk, Amir Mohd, 47, berkata pelbagai persoalan menyelubungi hati penduduk kerana sampah yang memenuhi tasik tidak dibersihkan pekerja yang dilihat menyapu dan membersihkan kawasan tasik hampir setiap minggu.

Malah, katanya, tasik itu sudah lama dipenuhi lumut, tetapi keadaan lumut menjadi semakin tebal sejak lebih setahun lalu hingga menutupi hampir seluruh tasik.

Saya hanya nampak mereka menyapu di sekeliling tasik, selain memotong rumput dan mencantas dahan pokok. Ini menimbulkan persoalan kerana tiada usaha dibuat bagi membersihkan tasik ini yang semakin dicemari sampah berlumut yang kotor, katanya.
Amir berkata, penduduk yang kerap beriadah di situ terpaksa menahan bau busuk yang dipercayai berpunca daripada sampah yang memenuhi tasik.

Bagaimanapun, katanya, penduduk tidak mempunyai pilihan lain kerana lokasi tasik itu amat sesuai untuk kegiatan rekreasi, terutama joging, selain kedudukannya berhampiran kediaman mereka.

Zulkifli Zainal, 49, pula mendakwa keadaan di tasik itu mungkin berlaku akibat sikap segelintir penduduk yang memancing di situ membuang sisa makanan dan plastik ke dalam tasik.

Saya sering melihat sekumpulan pengunjung yang datang memancing pada waktu petang hingga malam dan berharap mereka bertanggungjawab memastikan sisa makanan dan minuman tidak dibuang sesuka hati ke dalam tasik, katanya.

Beliau berkata, kes denggi yang meningkat di kawasan Kompleks KLIA juga mungkin mempunyai kaitan dengan keadaan tasik yang tercemar itu.

Saya meminta pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu untuk memastikan keadaan tasik yang tercemar ini dipulihkan semula seperti asal kerana lokasinya terletak berhampiran sekolah dan kawasan perumahan.

Kita bimbang jika penduduk dan pelajar sekolah menjadi mangsa denggi hanya disebabkan sikap sambil lewa semua pihak yang membiarkan keadaan tasik kekal kotor seperti ini berterusan, katanya.

Beliau berkata, keadaan yang wujud sekarang juga menjejaskan imej Kompleks KLIA yang sebahagian besar didiami kakitangan awam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Tasikberlumut/Article

7/8/10

Ust Khairuddin Aman Razali 9 Jul 2010 di Rembau



CERAMAH SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri - http://syeikh-takiri.blogspot.com/ , Pengasas Darul Fuqaha http://www.darulfuqaha.com/
Tarikh : 9 Julai 2010 / Jumaat
Masa : 8 malam
Tempat : Masjid Kg. Senama , Rembau

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690

Biodata :
AL-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri dilahirkan pada tahun 1973 di Kg. Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau merupakan anak sulong bagi 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN
Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg 1986-1987 (SRP),
Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk, K. Trg 1988-1992 ( SPM 1990),
University of Jordan, Bachelor Bahasa Arab & Kesusasteraannya (1992-1996),
Aal al-Bayt Univ., Mafraq, Jordan M.A Bahasa Arab & Kesusasteraannya (1996-2000)

JAWATAN
Pensyarah Jabatan Arab & Pengajian islam, FPI, UKM,
Pengerusi Darul Fuqaha,
Pengerusi Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha,
Presiden Kolej Pengajian Islam & Tahfiz Fuqaha (UPITAF),
Pengerusi Sek Ren Islam Pintar Tahfiz Kajang,
ALP Sek Ren Islam PIntar K. TRG,
Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI),
Presiden Nadwah Ilmuwan MUslim (NAIM) dan Exco Persatuan Ulama Malaysia

PENGALAMAN
1. Pensyarah di Universiti- beliau pernah bertugas di pensyarah di UIA (1999-2003) dan sekarang sebagai Tutor di UKM
2. Penceramah dan pendakwah di masjid, surau, kementerian dan jabatan kerajaan dan lain-lain, pembentang kertas kerja dalam kursus dan seminar serta panelis bagi forum-forum anjuran pelbagai pihak, juga motivater dalam program-program motivasi, Beliau mempunyai rakaman audio ceramah bersama Telaga Biru dan beberapa syarikat lain.
3. Penceramah di media elektronik antaranya TV 1, TV3, Radio 1 Malaysia, radio IKIM dan lain-lain.
Antara rancangan tetap yang pernah dikendalikan ialah di radio IKIM pada setiap pagi Rabu pukul 7 pg (hadis 40) dan di Radio 1 pada setiap sabtu pukul 6.15 ptg (Iktibar al-Quran-Tafsir surah al-Naba’).
Selalu diundang dalam program Bicara Islam di TV 1
4. Penulis buku dan rencana di akhbar dan majalah. Antara buku beliau Kenapa Haram Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia, Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam, Terjemahan Tafsir al-Munir (Juz 30), Adab-adab berdoa Dalam Islam dan Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat.
5. Penerbit buku-buku agama
6. Pengamal perubatan Islam- bagi gangguan jin dan sihir
7. Aktivis social – mengasaskan dan melibatkan diri dalam ngo-ngo agama dan kebajikan

Tawaran Umrah Ramadhan dan Raya di Mekah

UMRAH AWAL RAMADHAN
8 ke 22 Ogos 2010
Cuma RM 5,600
Daftar sebelum 20 Julai 2010

UMRAH DAN HARI RAYA DI MEKAH
7 ke 19 Sep 2010
Hanya RM 5,000
Daftar sebelum 20 Ogos 2010

Deposit RM 2,000
Kos termasuk visa , kursus , beg kecil dan ziarah

Hubungi :
Sdr Hassan Tamby 019-2171942
Taman Tasik Jaya , Senawang

LIQA FIKRI DMPKR

Liqa' Fikri Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
Tarikh: 17 Julai 2010 / Sabtu
Masa: Selepas Maghrib (8.00 malam)
Tempat: Pasti AMAL Taman Marida Senawang
Maklumat lanjut di http://muslimatpasn9.blogspot.com

7/7/10

Pangsapuri memualkan

Berita Harian 7 Julai 2010

Warga asing didakwa punca Pangsapuri Cempaka kotor

BANDAR BARU NILAI: Semakin menjijikkan! Kekotoran di Pangsapuri Cempaka Court di sini, semakin teruk dengan timbunan sampah memenuhi hampir setiap ruang kosong sekitar pangsapuri itu.

Tinjauan Berita Harian mendapati bukan saja longgokan sampah bersepah di kebanyakan tempat, malah perabot lama dibuang di depan lif, manakala beberapa bangkai kucing berbau busuk terbiar begitu saja. Baju dalam, tuala wanita dan lampin pakai buang bayi yang sudah digunakan juga dibuang bersepah-sepah hingga sakit mata memandang.

Malah, ketika wartawan sedang menemubual penghuninya, seorang penghuni dari tingkat atas dengan selamba membuang bungkusan plastik sampah ke bawah.

Penghuni, M Kavita, 38, mendakwa pernah menjumpai kondom yang sudah dipakai di belakang rumahnya menyebabkannya tidak dapat menahan sabar lalu menegur sepasang penghuni lain yang ketika itu sedang berbual berhampiran rumahnya.

Pasangan itu dipercayai warga asing. Saya menegurnya dan rakan lain supaya tidak melakukan perbuatan tidak bermoral lagi.

Nasib baik selepas itu, tiada lagi kondom dijumpai berhampiran rumah saya, tetapi jiran di kawasan lain turut mengadu menghadapi masalah sama hingga terpaksa menahan marah dalam hati, katanya.

Lailatul Akmar Abdul Khalid, 34, pula dicengkam perasaan bimbang setiap kali menaiki tangga ke rumahnya di tingkat empat kerana kerap bertembung sekumpulan warga asing yang menetap di pangsapuri itu.

Saya tiada pilihan lain kerana lif rosak dan keadaan lebih menakutkan kerana hampir semua lampu di koridor dan tangga tidak bernyala menyebabkan keadaan menjadi gelap dan bahaya jika berjalan seorang diri. apatah lagi wanita, katanya.

Masalah ini berlarutan sejak hampir setahun lalu berikutan ketiadaan jawatankuasa pengurusan selepas pemaju pangsapuri itu menyerahkan kepada penduduk untuk menguruskan sendiri penyelenggaraan di situ.

Kehadiran warga asing mengatasi bilangan penduduk tempatan adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah di situ kerana mereka tidak mempedulikan aspek kebersihan hingga merimaskan penghuni warga tempatan.

Bagaimanapun seorang penghuni, S Rajaindran, berharap masalah kebersihan itu dan aspek penyelenggaraan lain dapat diselesaikan apabila sekumpulan penghuni yang beliau sendiri ketuai menubuhkan jawatankuasa pengurusan pangsapuri pada 26 Jun lalu.

Penduduk tidak sanggup lagi menghadapi kekotoran setiap hari dan menubuhkan jawatankuasa pengurusan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, katanya yang kini menunggu kelulusan penubuhan jawatankuasa itu daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan.

Rajaindran berkata, jawatankuasa itu merancang menjalankan kerja penyelenggaraan secara berperingkat bersama penghuni.

Langkah pertama kami adalah menganjurkan gotong-royong Ahad ini dan diharapkan ini akan merintis kepada usaha menjadikan pangsapuri kami bersih dan indah, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010070705584420100707055844/Article

7/6/10

Ustaz Rosli Jabar 10 Jul 2010 Senawang


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Rosli Jabar , Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Fikri Kuantan
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang

Semua dijemput hadir

Ustaz Kamal Ashaari 10 Jul 2010 Seremban



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Kamal Ashaari
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau An-Naim , Bandar Seremban Selatan Fasa 3B

Semua dijemput hadir

Wawancara khas bersama ADUN Paroi


DUN Paroi, adalah DUN sulung yang berjaya ditawan PAS di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu. DUN ini terletak di Senawang namun ianya diletakkan di bawah Parlimen Rembau. Sejak menang di Dun Paroi, PAS menjadikan azimat kemenangan untuk menempa lagi banyak kemenangan.

Membincangkannya Wan Nordin Wan Yaacob dan Faiz Abdullah menemui wakil rakyat Dun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani di Pusat Khidmat Dun Paroi di Taman Tasek Jaya 4 Julai lalu. Temuramah sepenuhnya di http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2010/07/wawancara-khas-bersama-adun-paroi-misi.html

Harakah : Apabila kita telah mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 2008, bagaimana pula pengisiannya?

Mohd Taufek : Kita cuba respons dengan cepat apa masalah yang dihadapi rakyat, dan setakat ini hampir 80 peratus dari masalah di sini dapat kita tangani. Cuma ada setakat 20 peratus iaitu masalah ramai pekerja kilang yang dibuang kerja memandangkan masalah ekonomi yang teruk yang menyebabkan kilang-kilang banyak yang ditutup. Yang hadir ke DUN Paroi hampir 3000 kes.

Harakah : Setakat ini agenda memenangi N9 ini bagaimana, adakah akan menjadi realiti pada PRU-13 nanti?

Mohd Taufek : Segalanya lebih terletak kepada bahu PAS sebab kita banyak bertanding tetapi pada PRU 2008 kita tak banyak menang. Kita bertanding 13 tetapi menang 1 sahaja.

Stesen bas Bahau tiada air

Sinar Harian 6 Julai 2010

BAHAU - Stesen bas Bahau baru dinaiktarafkan tetapi ketiadaan bekalan air di tandas dan surau menyukarkan serta menyulitkan pekerja dan penumpang bas.

Penguat kuasa stesen bas Bahau, Zailani Yazid berkata, selain tiada bekalan air, tahap kebersihan tandas dan surau juga tidak memuaskan.

Menurutnya, pihaknya banyak kali membuat aduan kepada pihak berkenaan tetapi tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah di stesen bas berkenaan.

“Disebabkan tandas awam dan surau tiada bekalan air, penumpang serta pekerja di stesen bas terpaksa mengangkut air daripada satu pili air yang berada di depan tandas awam.

“Selain itu, hanya ada satu tong sampah disediakan di stesen bas Bahau dan keadaan ini menyebabkan kotak besi telefon awam yang sudah tidak digunakan menjadi tempat membuang sampah,” katanya.

Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai, Rima, 31, berkata, peniaga sekitar stesen bas berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera.

“Peniaga berdepan kesukaran mahu membuang air dan mengambil wuduk. Selain terpaksa mengangkat air, kebersihan tandas dan surau juga tidak dikendalikan dengan baik.

“Masalah ini sudah tentu memberi persepsi buruk kepada orang luar yang berkunjung ke pekan Bahau,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bahau, Teo Kok Seong berkata, dia hairan kenapa stesen bas yang baru dinaiktarafkan itu mempunyai begitu banyak masalah.

Menurutnya, pihak berkenaan harus bertindak memastikan tandas dan surau mempunyai bekalan air, selain aspek kebersihan haruslah dijaga dari semasa ke semasa.

“Saya akan memaklumkan perkara ini kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ) secara rasmi dan membawa isu ini ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang.

“Saya mahu Kerajaan Negeri menjelaskan kepada rakyat kenapa begitu banyak peruntukan digunakan untuk menaik taraf stesen bas tetapi keadaan kemudahan dan bekalan air masih tidak memuaskan," katanya.

Sementara itu Pegawai Daerah Jempol, Datuk Yusof Yunus berkata, beliau sudah sedia maklum dengan masalah berkenaan.

Menurutnya, punca utama masalah air itu adalah berpunca daripada tekanan air rendah dan pihaknya akan mengajukan masalah itu kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dalam masa terdekat bagi mengelakkan keadaan bertampah buruk.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7910820.asp