BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

8/30/10

Kuliah Subuh Ustaz Fuad 5 Sep 2010 Seremban


KULIAH SUBUH

Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Othman
Tarikh : 5 September 2010 , Ahad
Masa : 6.15 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Semua dijemput hadir

Hidup ketakutan

Berita Harian 30 Ogos 2010

Penghuni Rumah Rakyat Kampung Panchor bimbang kain kanvas tak berupaya menahan gelongsoran tanah lereng bukit

PAROI: Pengalaman dua kali mengalami kejadian tanah runtuh menyebabkan tiga beranak di Rumah Rakyat Kampung Panchor, di sini hidup dalam kebimbangan kerana lereng bukit yang terletak kira-kira dua meter di belakang rumah mereka hanya ditutup kanvas. Ia menyebabkan keluarga berkenaan khuatir kanvas itu tidak mampu menahan gelongsoran lereng bukit dan mungkin menyebabkan tanah runtuh yang kali terakhir berlaku awal bulan lalu berulang, sekali gus membahayakan nyawa mereka. Pemilik rumah, Abu Bakar Tamin, 67, bimbang kejadian lebih buruk berlaku kerana setakat ini mereka tidak pasti tahap ketahanan kanvas yang digunakan untuk menutup lereng bukit terhakis.

Katanya, kejadian tanah runtuh pada 9 Julai lalu mendapat perhatian pegawai kanan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang hadir bersama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Datuk Mustafa Salim, melawat tempat kejadian.

"Ia diikuti dengan pemasangan kanvas lebih tebal, berbanding kanvas asal yang hanya boleh bertahan dua minggu. Bagaimanapun, saya tidak tahu berapa lama kanvas tebal itu bertahan.

“Selain itu, apa jaminan keselamatan selepas kawasan itu ditutup kanvas kerana bagi saya, ia masih tidak berupaya menahan gelongsoran tanah di situ," katanya.
Beliau juga tertanya-tanya tindakan yang akan diambil MPS kerana bimbang keadaan lereng bukit itu jika terus dibiarkan bukan saja mengancam keselamatan keluarganya, malah penduduk di kawasan lorong yang sama.

Jirannya, Mohd Nor Seedi, 62, berkata kejadian tanah runtuh terakhir itu disusuli mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) beberapa hari selepas kejadian itu untuk memikirkan kaedah penyelesaian terbaik masalah berkenaan.

"Saya wakil fasa perumahan di sini dan mesyuarat memutuskan untuk menghantar laporan kepada pihak berkaitan termasuk MPS.

"Difahamkan, laporan itu mendapat perhatian khusus MPS yang menyatakan tindakan penyelesaian akan dilakukan tetapi setakat ini, tiada perkembangan. Kami ingin tahu tindakan yang akan diambil dan bila kerja membaiki lereng bukit dimulakan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap MPS dapat memberitahu status terkini tindakan yang bakal dilakukan kerana penduduk menyerahkan sepenuhnya penyelesaian masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan berikutan tanah di bahagian atas lereng bukit adalah milik persendirian.

Berita Harian pada 4 Mac tahun lalu melaporkan, sebahagian lereng bukit di situ runtuh selepas hujan lebat menyebabkan tanah dan air lumpur melanda mengakibatkan kerosakan beberapa rumah penduduk.

Ini termasuk kemusnahan sebahagian rumah Abu Bakar apabila tanah yang runtuh merosakkan seluruh bahagian belakang rumahnya.

Pada 9 Julai lalu, penduduk digemparkan lagi dengan kejadian sama apabila sebahagian tandas di luar rumah Abu Bakar ditimbus tanah runtuh beberapa jam selepas hujan lebat, dipercayai berikutan kanvas dipasang tidak mampu menahan hakisan.

Ketika kejadian, Abu Bakar bersama isteri dan anak yang berehat di ruang tamu dikejutkan bunyi dentuman kuat dari arah belakang rumah menyebabkan mereka berlari melihat apa yang berlaku sebelum menyedari rumah mereka dilanda tanah runtuh buat kali kedua.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NegeriSembilan_Hidupketakutan/Article

Kempen Bantah Saman Ekor kini mudah Melalui Internet

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mereka yang ingin meyokong Kempen Membantah Saman Ekor ini sila layari pautan berikut http://www.petitiononline.com/saman/

Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus.

Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011.

Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut.

Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan saman ekor, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari.

Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan kerajaan akan sedar bahawa rakyat membantah pelaksanaan saman ekor dan seterusnya bakal mengubah keputusan kerajaan untuk meneruskan saman ekor.

Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.

Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

8/27/10

Ceramah Nuzul Quran 27 Ogos 2010 Seremban


CERAMAH NUZUL QURAN
Oleh : Ustaz Kamarudin Sidek
Tarikh : 27 Ogos 2010 , Jumaat
Tempat : Surau AnNaim , Bandar Seremban Selatan, Fasa 3

Aturcara :
Buka puasa
Solat Maghrib
Jamuan makan
Solat Isya, Tarawih
Ceramah

Semua dijemput hadir

Former rep taken on terror ride

2010/08/27

SEREMBAN: A former state assemblyman was in for a shock when three men jumped into his car and took him for a terror ride before dumping him at Bukit Putus, near here, yesterday.
Former Bukit Kepayang assemblyman Chan Kee Voon, was on his way home to Taman Seremban Jaya after dropping his son at a school in Ampangan when he was confronted by the robbers.

Deputy district police chief Superintendent Mohd Yusoff Awang said the three robbers who turned up in a Proton Saga, obstructed the victim's car at Dusun Nyior, Rahang.


Yusoff said the victim tried to lock the car doors when he saw the men approaching, but one of the suspects was quick and pushed him to the front passenger seat while another entered through the back door.


"Two of the suspects quickly took over the victim's car, tying his hands and blindfolding him before dumping him at Bukit Putus. The suspects also robbed the victim of RM6,000."

Yusoff urged those with information on the case to come forward to assist police in their investigations.

http://www.nst.com.my/nst/articles/25bot-4/Article

8/26/10

Bekas ADUN kena samun di Seremban, rakyat tak selamat

Nampaknya kes jenayah semakin menjadi-jadi di Malaysia, macam dah tak terkawal lagi dah.

26 Ogos, 2010 15:58 PM
Bekas Adun Disamun

SEREMBAN, 26 Ogos (Bernama) -- Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sejumlah wang tunai milik seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarikan tiga penjenayah dalam kejadian samun berhampiran Taman Dusun Nyiur di sini, pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Yusoff Awang berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi mangsa yang memandu SUV jenis Nissan X-Trail dikatakan disamun selepas menghantar anaknya ke sebuah sekolah menengah di sekitar Ampangan di sini.

"Sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai berumur sekitar 30-an menghalang kenderaan mangsa di lokasi kejadian.

"Dua suspek kemudian meluru keluar ke arah kenderaan mangsa, sebelum bekas ADUN itu dilarikan bersama kenderaannya menuju ke arah Kuala Pilah," kata Mohd Yusoff ketika mengesahkan kejadian itu di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa dicampak keluar dari kenderaan di satu lokasi sekitar Paroi dan semua penjenayah terbabit dipercayai meneruskan perjalanan menghala ke Kuala Pilah.

Selain SUV berkenaan, ketiga-tiga suspek turut melarikan wang tunai dianggarkan RM6,000 dan dokumen pengenalan diri milik mangsa.

Katanya pihak polis telah melancarkan gerakan memburu tiga penjenayah berkenaan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=524154

Penjenayah lolos LEKAS

Berita Harian 26 Ogos 2010

PAROI: Pembukaan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) mempercepatkan perjalanan antara Kajang dan Seremban, tetapi kepada kira-kira 2,500 penduduk Taman Bukit Margosa di sini, hidup mereka tidak lagi tenang sejak lebuh raya itu dibuka kepada pengguna.

Ini berikutan kejadian jenayah, terutama pecah rumah yang kerap berlaku di taman itu sejak kemudahan LEKAS yang dibina melalui taman itu beroperasi awal bulan ini.

Sebahagian taman perumahan itu terletak di sebelah kiri lebuh raya empat lorong itu, manakala sebahagian lagi di sebelah kanan dengan laluan susur disediakan untuk membolehkan pengguna lebuh raya keluar masuk ke taman itu.

Keadaan ini dipercayai memudahkan penjenayah memasuki taman itu dan selepas melakukan pecah rumah atau mencuri, mereka segera melarikan diri dengan memasuki semula lebuh raya. Kejadian sering berlaku antara tengah malam hingga awal pagi dengan sasaran penjenayah ialah rumah di tepi lebuh raya itu.

Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Margosa, Azizul Rahman Md Yusof, 39, berkata peningkatan kejadian jenayah menyebabkan penduduk bimbang, terutama ketika keluar bekerja kerana ada yang bekerja di Lembah Klang pulang lewat hingga awal pagi.

Beliau mendakwa, sejak awal bulan ini, tidak kurang 12 kes jenayah berlaku dengan kes terbaru kira-kira jam 3 pagi Isnin lalu apabila sebuah kenderaan MPV mewah penduduk nyaris dicuri.

“Mangsa yang berniaga di Kuala Lumpur sedang tidur ketika kejadian dan tidak menyedari pintu pagarnya dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki.
“Mujur kejadian itu disedari anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman ini yang melakukan rondaan mulai tengah malam hingga awal pagi setiap hari,” katanya.

Azizul Rahman berkata, sebelum ini beberapa kejadian pecah rumah berlaku di taman itu membabitkan kerugian wang tunai dan barang kemas bernilai antara RM500 hingga RM4,000.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kegiatan itu dilakukan orang luar, termasuk kemungkinan didalangi warga asing.

Sebelum ini, katanya, penjenayah merosakkan atau meloloskan diri melalui pagar taman, tetapi kini mereka lebih mudah bertindak dengan menggunakan laluan susur masuk LEKAS.

“Jadi, KRT terpaksa memperhebatkan aktiviti SRS setiap hari, termasuk sepanjang Ramadan bagi memastikan penjenayah terbabit tidak terus bermaharajalela.

“Setiap malam, seramai 10 anggota SRS meronda sekitar taman ini bagi memastikan kegiatan jenayah dapat dibanteras,” katanya.

Sementara itu Setiausaha KRT, Jamuri Abdullah, 39, berkata ramai penduduk taman melahirkan kebimbangan terhadap kejadian jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Katanya, mereka terpaksa lebih berwaspada dengan memastikan ciri keselamatan kediaman masing-masing di tahap terbaik.

“Saya percaya lokasi taman ini yang terletak berhampiran lebuh raya memudahkan penjenayah mengambil kesempatan, tetapi KRT akan terus memainkan peranan demi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap polis dapat membantu menangani masalah ini dengan mengadakan lebih kerap rondaan di taman ini sebagai langkah mencegah penjenayah, sekali gus mengambil tindakan segera jika mereka memasuki taman ini,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_PenjenayahlolosLEKAS/Article

8/25/10

Nuke plant in Port Dickson ?


Tue, 24 Aug 2010 13:23
By FMT Staff

PORT DICKSON: The grapevine has it that the coastal town, once a bustling tourist destination but now in the throes of death, could be “nuked” by the government.

Talk is that Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan is seriously lobbying Prime Minister Najib Tun Razak to site the country’s first nuclear power plant at the Bukit Kepong Lake here.

Telok Kemang MP Kamarul Baharin Abbas, who visited the lake recently, acknowledged the rumour but declined to comment on it

However, the PKR leader said he wanted to know why the Drainage and Irrigation department (JPS) was demolishing the “passageway” in the 50-year-old water catchment.

“I don’t want to speculate. But I have asked JPS to explain why it is demolishing the passageway which controls the dam and keeps the lake from overflowing and flooding the low lying areas.

“We want JPS to explain their rationale for demolishing the bund when the current rain spell is already causing floods in the low-lying oil palm estates,” he said.

“Once they explain, we will know for a fact what their real agenda is,” he said. adding that it was unlikely JPS was carrying out the demolition work for no reason.

“One thing is for sure, they must have a big agenda if they are demolishing a large dam such a this which has been around since merdeka,” he added.

Ideal location

Rumours of a nuclear plant in PD was first reported by blogger Singalautmetro, who is a veteran journalist.

In a posting, the blogger said Malaysian Nuclear Agency director-general Daud Mohamad’s statement that several locations, including those in Negri Sembilan and Perak, were being considered for the proposed nuclear plant further confirmed speculation about the Bukit Kepong lake.

He claimed that Tenaga Nasional Bhd had been given the responsibility of implementing the project. .

According to him, the lake was unique because it was shaped like a cauldron with a depth of 15 metres from its banks.

Its more than 10 kilometres reserve is capable of preparing at least 80 hectares as required for the nuclear plant. This coupled with the lake’s expansive reach of over 1,000 hectares made it suitable for the plant.

The Tuanku Jaffar power station situated nearby also had the right technical specifications needed to support a nuclear power plant.

Explaining further, the blogger claimed that the lake would eventually be as hot as the 1,000 MW power plant and capable of producing 14,000 to 18,000 MW of energy.

Najib is expected to announce the location of the country’s first nuclear power estimated to cost between RM6.5 billion to RM 9.75 billion in 2012. Construction of the power plant is scheduled to begin in 2015.

http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/9570-nuke-plant-in-port-dickson

8/24/10

Kuliah Subuh Us Nazri Yusof 29 Ogos 2010 Senawang


KULIAH SUBUH
Tarikh : 29 Ogos 2010
Hari : Ahad
Masa : 6.15 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Nazri Yusof

Semua Dijemput Hadir

Majlis Iftar Surau Al-Hidayah



Majlis Iftar Surau Al-Hidayah Bandar Springhill telah selamat diadakan pada 23 Ogos 2010 bersamaan dengan 13 Ramadhan 1431 Hijrah.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang) dan YB Saudara M. Ravi (ADUN Port Dickson). Majlis dianjurkan oleh Pengurusan Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Bandar Springhill yang diketuai oleh Tuan Haji Ramli Bin Ismail.

Miskin, Putus bekalan makanan di Rembau, rumah usang


Masih ada beberapa keluarga di Rembau yang hidup daif, rumah terlalu uzur, dan terputus bekalan makanan akibat kemiskinan.

Petikan dari Blog Lajnah Kebajikan PAS Rembau :
“Paling kurang semalam ada dua penerima yg sangat bersyukur atas kedatangan kami sbb dah putus barangan keperluan dapur. Mereka menunggu bantuan JKM yg masih belum tiba. Kebanyakan mereka tidak bekerja dan cuma mangharapkan bantuan orang ramai dan JKM sahaja.”

Gambar rumah yang usang di Rembau akibat kemiskinan
http://kebajikanrembau.blogspot.com/2010/08/jejak-ukkuwah-ramadhan-2282010.html

Kepada mereka yang ingin membantu mereka yang memerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang dan berkasih sayang bolehlah menyertai program di bawah ini :

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN & SYAWAL 1431 H – 2010 M
Untuk Keluarga Fakir Miskin Dan Mereka Yang Memerlukan

Anjuran : Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau

Program Sumbangan Makanan Asas :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak
6. Sardin Tin
7. Teh/Kopi
8. Biskut

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Tn Hj Roni – Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau
Tel : 012-2268230

SUMBANGAN MELALUI ATAU BANK IN ATAS NAMA :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Borang sumbangan di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html

8/23/10

Pemuda PAS Promosi Nikah Gantung

Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi
KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” - pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu - sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di kalangan golongan negara ini.

Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.

Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.

Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.

“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.

“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, tiada masalah,” ujar beliau.

Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda negara ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-promosi-nikah-gantung-atasi-masalah-buang-bayi/

Garisan kuning elak kemalangan


Sinar Harian 23 Ogos 2010

LUKUT – Masyarakat sekitar kawasan ini merayu supaya pihak berkenaan menyediakan garisan kuning di sepanjang jalan berhadapan Klinik Kesihatan Lukut bagi meningkatkan tahap keselamatan orang ramai.

Rubiah Sari, 48, berkata, dia bersama cucunya yang demam ketika ditemui selepas pulang menerima rawatan di Klinik Kesihatan itu mengakui sukar melintas jalan di kawasan terbabit.

“Kenderaan di sini memang laju, ditambah kenderaan besar seperti lori tangki banyak melalui di jalan ini. Saya mengambil masa yang lama untuk melintas jalan.

“Jalan ini tidak dilengkapi dengan garisan kuning dan papan tanda memperlahankan kenderaan dari arah Lukut atau Seremban menyebabkan pengguna sering memandu laju tanpa menghiraukan keselamatan pejalan kaki serta pemandu yang ingin keluar dari klinik ini,” katanya.

Rubiah berkata, perkara itu mengancam keselamatan orang ramai.

“Jika ciri keselamatan disediakan, ia dapat mengawal lalu lintas dan boleh mengelakkan kemalangan di sini,” katanya.

Sementara itu, Ghazali Abd Waham, 56, berkata, dia berharap pihak berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Keadaan jalan di sini berisiko tinggi. Orang ramai yang ingin melintas jalan tidak dibantu atau dikawal pengawal keselamatan.

“Keadaan ini membahayakan kenderaan keluar masuk dan orang awam yang melintas jalan di hadapan klinik kerana kenderaan di kawasan ini dipandu laju serta terdapat selekoh daripada kedua-dua arah berhampiran klinik,” katanya.

Salah seorang penduduk, S Ponnusamy berkata, kawasan itu membahayakan pejalan kaki kerana banyak kenderaan dipandu laju.

“Kita yang tidak sakit pun susah untuk melintas jalan ini, tambah mereka yang sakit, warga emas, kanak-kanak, wanita mengandung dan sebagainya.

“Kita faham mungkin disebabkan klinik ini baru sahaja beroperasi dan mengambil sedikit masa untuk pihak JKR menaik taraf tahap keselamatan jalan raya di sini, tetapi ia harus dipercepatkan sebelum berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Suhaila Supardi, 35, berkata, dia datang menaiki bas ke klinik bersama anaknya turut melahirkan rasa kecewa kerana tiada tempat menunggu bas atau tempat berteduh berhampiran Klinik Kesihatan.

“Saya harap tempat menunggu bas boleh disediakan pihak berkenaan di hadapan klinik ini bagi memudahkan orang ramai.

“Kebanyakan orang di sini tidak mempunyai kereta. Minta pihak berkenaan membina dua tempat menunggu bas bagi memberi keselesaan orang ramai yang baru selesai berurusan atau mendapatkan rawatan di klinik ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun terdapat tempat menunggu bas, tetapi lokasinya terlalu jauh.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8089556.asp

8/20/10

Dinding rumah dimakan anai-anai

Sinar Harian 20 Ogos 2010

DIOH – Seorang warga emas yang tinggal sebatang kara terpaksa hidup dalam keadaan rumah daif yang hanya menunggu waktu untuk menyembah bumi sejak 23 tahun lalu.

Ahmad Chik, 87, kematian isterinya sejak lapan tahun lalu tinggal seorang diri dalam keadaan rumah bocor, dinding dimakan anai-anai termasuk dinding dapur yang dibina sendiri hampir runtuh.

Lebih menyedihkan apabila dia terpaksa menyendal pintu dapur menggunakan penyapu agar tidak tumbang.

Menurutnya, rumah yang dibina pada 1987 di Kampung Dioh Seberang Pekan semakin uzur ditelan waktu dan hanya menanti saat untuk rebah berikutan kerapuhan kayu rumah dimakan anai-anai.

“Bumbung rumah telah bocor dan setiap kali hujan, air akan masuk ke dalam rumah terutama di bilik tidur. Saya terpaksa tidur di ruang tamu bagi mengelakkan terkena hujan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berkemampuan untuk membaiki segala kerosakan yang ada kerana tidak mempunyai pendapatan berikutan usia sudah lanjut untuk mencari rezeki.

“Saya memang tidak mampu. Pendapatan juga tiada untuk membeli barang keperluan dapur. Hanya bergantung harap kepada elaun bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sahaja. Mujur ada bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

“Saya juga berjimat-cermat. Jika elektrik tidak banyak digunakan, satu bulan itu saya tidak perlu membayarnya. Dari situ saya dapat kurangkan wang keluar. Bekalan air juga tidak banyak sangat untuk dibayar,” katanya.

Faktor usia dan keuzuran menyebabkan Ahmad tidak lagi mampu membuat sebarang pekerjaan.

“Jika masih ada kudrat, saya akan bekerja tetapi keuzuran membuatkan saya terpaksa duduk di rumah sahaja. Dahulu saya tukang membina rumah, malah rumah ini saya yang bina bersama arwah isteri.

“Saya membina rumah ini setelah berhijrah dari Muar, Johor ke Negeri Sembilan untuk berdagang. Tanah rumah ini tanah sewa. Sehingga ke hari ini saya masih membayar duit sewa tetapi dengan kadar tidak menentu. Kadang-kadang jika ada duit lebih, bayaran RM30 sebulan, jika tidak ada duit sekadar RM20 sahaja,” katanya.

Ahmad yang lebih suka menyendiri di rumah usang itu tidak mahu mengharapkan belas ihsan daripada tiga orang anak tirinya yang masing-masing mempunyai keluarga sendiri.

“Saya memang suka tinggal seorang diri, tambahan pula mereka jarang balik ke rumah. Bulan puasa juga mereka tidak balik ,” katanya yang telah memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun masih tidak ada maklum balas sehingga kini.

Bagaimanapun, sedikit keceriaan dan kegembiraan buat Ahmad apabila menerima sumbangan membaik pulih bilik tidur atas ihsan Pas Kuala Pilah sempena program Mubarak Ramadan dan Syawal.

“Saya gembira kerana masih ada orang yang sudi menghulurkan bantuan membaik pulih bilik tidur yang bocor dan tidak sempurna. Insya-Allah, Aidilfitri tahun ini saya dapat merasai pembaharuan di dalam rumah,” katanya.

Penaung program yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Zaharuddin Othman berkata, program berkenaan adalah acara tahunan menziarahi warga emas dan orang miskin dengan memberi sumbangan berupa wang raya serta keperluan asas.

“Kami menziarah sebanyak 30 rumah, antaranya Kampung Sungai Dua Besar, Rembang Panas, Kampung Dioh, Temeris, Sungkak dan Sungai Dua.

“Dengan harapan, sumbangan diberikan ini dapat memberi cahaya kepada penerima terutama ketika Ramadan dan sambutan Adilfitri nanti,” katanya.

Menurutnya, proses membaik pulih rumah Ahmad dijangka siap sebelum Aidilfitri menjelang.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8081938.asp

Tiga kampung dilanda banjir

Sinar Harian 20 Ogos 2010

CHENNAH - Banjir kilat yang berlaku selepas hujan lebat sekitar jam 3 pagi, semalam, menenggelamkan beberapa buah kampung.

Kampung yang terlibat dalam banjir itu adalah Kampung Chennah, Kampung Poum dan Kampung Toho membabitkan hampir 25 rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, banjir yang berlaku itu mengakibatkan kemusnahan harta benda, tanaman dan haiwan ternakan.

“Hujan lebat berlaku pada awal pagi lalu menyebabkan paras air sungai bertambah mengakibatkan kejadian banjir.

“Kerugian yang dialami masih belum dapat dianggarkan berikutan banjir masih belum surut” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemberita selepas melawat kawasan banjir di Kampung Toho, Kampung Chennah dan Kampung Poum.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran negeri untuk menyelenggarakan sungai terbabit supaya kejadian banjir seperti itu tidak berlaku lagi.

“Kejadian banjir ini jarang berlaku di kawasan ini. Oleh itu, saya minta mangsa banjir bersabar kerana pihak berwajib akan membantu mereka.

“Selain itu, kejadian banjir ini adalah bencana alam seperti banjir yang berlaku di tempat lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8083199.asp

Tanah runtuh hempap kereta


Sinar Harian 20 Ogos 2010

BAHAU - Seorang penduduk di sini hanya mampu melihat tempat letak kereta rumahnya runtuh, sekali gus menghempap tiga kereta di dalamnya dan mengakibatkan semua kenderaan terbabit rosak.

Rosan Shaari, 41, berkata, ketika kejadian itu, dia baru sahaja menghidupkan enjin lorinya untuk dialihkan ke tempat lain.

Menurutnya, mengikut perancangannya selepas mengalihkan lori berkenaan, dia akan mengalihkan pula semua keretanya ke kawasan lebih selamat.

“Jiran memaklumkan pagar rumah saya sudah runtuh. Justeru, saya bertindak segera mengalihkan kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Namun tidak sempat saya berbuat demikian, tanah runtuh berlaku dan menghempap semua kereta saya,” katanya.

Rosan berkata, ketika kejadian semua ahli keluarganya sedang berbuka puasa dan hujan lebat beberapa minit kemudian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8083505.asp

8/19/10

Temui Imam Masjid Al Azhar Mesir di Seremban 22 Ogos 2010

Program Ziarah Syeikh Ashraf Hamid Hasanain, Imam Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir
ke Negeri Sembilan Darul Khusus

22 OGOS 2010 (AHAD)
4.00 petang: Solat Asar di Masjid Negeri Sembilan, Seremban
8.30 malam: Solat Isya/Tarawih dan Tazkirah di Masjid Bandar Baru Senawang

23 OGOS 2010 (ISNIN)
8.45 pagi: Kunjungan ziarah Sohibus Samahah Mufti Negeri Sembilan
10.00 pagi: Ziarah Syeikh Rauf Al-Bahanji di Pondok Tampin
3.00 petang: Ziarah Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki di Yayasan Sofa
8.00 malam: Imam jemputan terawih dan majlis di Masjid Jamek An-Nur, Rembau

24 OGOS 2010 (SELASA)
8.00 pagi: Lawatan sekitar bandar Seremban
11.00 pagi: Bersiap bertolak ke Kelantan

Sumber : http://ibnulkareem.blogspot.com/2010/08/jadual-syeikh-ashraf-di-negeri-sembilan.html

8/18/10

Naib Ketua Cawangan UMNO Mengeluh Tiada Air



Tanggung beban tiada air
Sinar Harian 18 Ogos 2010. TAMAN ANGKASA JAYA, Kuala Pilah , N.Sembilan – Masalah gangguan air di Taman Angkasa Jaya yang semakin meruncing sejak kebelakangan membebankan penduduk taman itu terutama ketika Ramadan. Difahamkan masalah itu sudah berlarutan sejak 25 tahun sehingga menyebabkan penduduk marah dan tidak tahan dengan permasalahan tersebut.

Naib Ketua UMNO cawangan taman berkenaan, Rusli M Shariff, berkata, penduduk sering mengeluh apabila air tiada dan kolah rumah kini kering sejak bekalan air putus beberapa hari lalu.

Menurutnya, beliau dan beberapa penduduk sudah menghubungi pihak berkaitan untuk memaklumkan perkara itu.

"Memang mereka mengambil tindakan menghantar lori tangki untuk menampung kekurangan air di taman ini.

“Namun, sampai bila kami terpaksa menanggung masalah ini yang berlarutan lebih 20 tahun,” katanya.

Rusli berkata, lebih mengecewakan, kakitangan berkaitan memberikan alasan bahawa masalah yang dihadapi berpunca kekurangan bekalan air kerana jumlah penduduk meningkat dan tekanan air rendah.

“Saya difahamkan, Taman Angkasa Jaya sahaja yang sering mengalami masalah air dan rasa cemburu timbul apabila bertanya kepada penduduk di taman lain yang sentiasa ada bekalan air.

“Pada musim sebegini yang sentiasa berubah, air merupakan sumber penting dalam kehidupan. Jika air berkurangan, maka kehidupan tidak akan selesa," katanya.

Beliau berharap pihak berkaitan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan selarin visi dan misi jabatan berkenaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8073649.asp

Iftar Bersama Pimpinan Turun ke Kawasan N.Sembilan

SEREMBAN 13 Ogos 2010 Jumaat , Rumah Hj Mustapha

JELEBU 21 Ogos 2010 Sabtu , Markas PAS Cawangan Geylang

RASAH 22 Ogos 2010 Ahad , di Labu , Ceramah Us Nasarudin Md Isa

KUALA PILAH 28 Ogos 2010 , PASTI Fatimah az-Zahrah, Kg Paya, Renggoh, Johol

TAMPIN 29 Ogos 2010 , Markas PAS Tampin Bandar , Ceramah Mazlan Aliman

TELOK KEMANG 31 Ogos 2010 Selasa , Pusat Tahfiz at-Tohirin , Ceramah Ust Azman Shapawi

JEMPOL 3 Sep 2010 Jumaat , Muassasah Darul Syarif

REMBAU 4 Sep 2010 Sabtu , Teratak Amal , Rembau

Maklumat lanjut hubungi :
Shamsul 019-6532973 SUBPPNS
Us Ghani 012-6761187 Ketua Lajnah Tarbiyyah N.Sembilan
Us Nazri 019-3457690 SU Tarbiyyah N.Sembilan
Us Hassan 019-3597540 Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan

Hamper Sumbangan Produk Kohilal Seremban

Kini KOHILAL telah membuka kedai jualan barangan KOHILAL dan juga produk Muslim di Seremban yang beralamat di No. 425 Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, Seremban

KOHILAL menyediakan hamper yang mengandungi barangan HILAL dan produk Islam untuk disumbangkan oleh individu atau kumpulan kepada yang berhak menerimanya.

Mereka-mereka ini yang akan menyumbang kepada mana-mana pihak bolehlah mendapatkan dari KOHILAL dengan harga yang berpatutan.

Masa untuk menyediakan hamper sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh pengambilan.

Sila hubungi 017-8893004 (Hj. Yahya) atau 013-6904885 (Muhammad Firdaus) untuk tempahan atau pertanyaan

Dibawah saya sertakan dua senarai barangan yang terkandung didalam hamper tersebut:

A. HAMPER YANG BERHARGA RM58.00
1) Sabuh cuci kain
2) Sos cili
3) Sos tomato
4) Kicap
5) Minuman malt
6) Kordial mangga
7) Soya crispy
8) Ubat gigi hilal
9) Chips mil cookies
10) Krim rambut
11) Kurma

B. HAMPER YANG BERHARGA RM38.00
1) Kurma
2) Minuman Malt
3) Kordial mangga
4) chips mail cookies
5) Cili sos
6) Tomato sos
7) Kicap
8) Krim rambut

Angkara pasar malam

Berita Harian 18 Ogos 2010

Taman Semarak alami masalah sampah sejak 10 tahun lalu

NILAI: Penduduk di Taman Semarak di sini tidak lagi dapat menahan sabar dengan kehadiran pasar malam berhampiran taman itu yang menyebabkan mereka berdepan pelbagai masalah berkaitan sampah sarap sejak lebih 10 tahun lalu. Sikap peniaga yang tidak menjaga kebersihan serta lewat melakukan kerja pembersihan, menyebabkan masalah itu semakin lama menjadi semakin parah. Malah, penduduk mendakwa tapak pasar malam asalnya adalah padang untuk kemudahan penduduk beriadah, tetapi dijadikan tapak pasar malam yang kini mengganggu ketenangan hidup mereka.

Penduduk, Norbahiyah Mohamad Daud, 40, mendakwa kawasan lapang yang menjadi tapak pasar malam setiap Selasa asalnya adalah padang yang menjadi lokasi penduduk beriadah.

Bagaimanapun, katanya, kekotoran menyebabkan penduduk tidak lagi beriadah di situ kerana tidak tahan dengan sampah sarap yang bertaburan serta longkang tersumbat.

“Penduduk yang tinggal berhampiran pasar malam juga menghadapi masalah bising kerana peniaga pasar malam menggunakan pembesar suara untuk menarik pelanggan ke gerai mereka tanpa menghiraukan ketidakselesaan yang penduduk alami.
“Lebih menyakitkan hati apabila anak sukar tidur kerana suasana bising berlarutan hingga lewat malam. Saya hairan bagaimana mereka boleh berniaga hingga kira-kira jam 11.30 malam dan bukan jam 10 malam seperti ditetapkan kepada pasar malam lain,” katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati kawasan lapang berumput di depan sebaris rumah dicemari longgokan sisa sampah, manakala tiga longkang mengalami kerosakan. Lebih menjijikkan, longkang dipenuhi sampah sarap yang menyebabkan air kotor bertakung.

Madinah Abdullah, 62, mendakwa masalah itu turut berpunca akibat sikap sesetengah peniaga membuang sisa makanan dan sampah dalam longkang serta sampah sarap lewat dibersihkan selepas waktu perniagaan pasar malam tamat.

“Kami hanya melihat sampah disapu keesokan hari, iaitu kira-kira jam 8.30 pagi. Ini menyebabkan sisa sampah sarap bersepah-sepah hingga melarat ke kawasan lain.

“Malah, pengunjung yang tidak bertanggungjawab pula bersikap kurang sopan apabila dengan sengaja membuang sisa makanan sesuka hati di depan rumah kami,” katanya.

Madinah berkata, kekotoran turut menarik haiwan seperti tikus dan lipas berkumpul di kawasan longkang, menyebabkan rumah penduduk di sini turut menerima kehadiran haiwan berkenaan yang boleh menyebarkan penyakit berjangkit.

Zolkopli Saidin, 44, pula berkata masalah denggi di kawasan ini juga mempunyai kaitan dengan keadaan kekotoran, terutama longkang tersumbat.

Beliau mendakwa, longkang turut pecah akibat tindakan peniaga pasar malam meletakkan lori di tepi longkang yang tidak mampu menahan berat kenderaan itu.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengatasi masalah ini dengan segera kerana kami membeli rumah depan kawasan lapang untuk keselesaan, tetapi kini berdepan sengsara setiap minggu,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Angkarapasarmalam/Article

8/17/10

Tazkirah Us Syarhan 20 Ogos 2010 Seremban


TAZKIRAH RAMADHAN
Tarikh : 20 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : Selepas Isya
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban
Penyampai : Ustaz Syarhan Humaizi bin Abdul Halim , Penyelaras Masjid Daerah Gombak

Semua Dijemput Hadir

Baik pulih paip bocor separuh jalan

Berita Harian 17 Ogos 2010

SEREMBAN 2: Kerja baik pulih paip bocor yang menyebabkan pembaziran air dan merosakkan permukaan jalan di Biz Avenue di sini, didakwa dilakukan separuh jalan sehingga menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

Seorang peniaga, Hamed Sheahul, 52, mendakwa paip bawah tanah di kawasan terbabit sudah dibaik pulih, tetapi jalan di atasnya tidak diturap semula. “Kerja membaiki paip bocor itu diselesaikan dalam tempoh sehari saja bagi mengelakkan pembaziran air terus berlaku di kawasan ini, tetapi kami kecewa apabila kontraktor bersikap sambil lewa apabila tidak menurap semula jalan itu, menyebabkan keadaannya tidak sempurna,” katanya. K Velan, 22, berkata pihak berkuasa perlu menurap jalan itu selepas membaiki paip bocor kerana banyak kenderaan melalui kawasan berkenaan terutamanya kereta dan motosikal.

“Permukaan jalan yang tidak diturap itu turut mengganggu pejalan kaki yang berasa tidak selesa apabila melalui jalan berkenaan,” katanya.

Berita Harian sebelum ini pernah melaporkan paip bocor di kawasan itu yang berlaku sejak lebih sebulan lalu menyebabkan pembaziran air dan merosakkan permukaan jalan.

Tinjauan semula di lokasi itu beberapa hari lalu, mendapati paip bocor sudah diperbaiki pihak terbabit, tetapi struktur jalan yang masih tidak diturap menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan di laluan itu.
Sehubungan itu, pihak berkuasa digesa supaya melakukan kerja menurap semula jalan berkenaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Baikpulihpaipbocorseparuhjalan/Article

8/16/10

Longkang perangkap


Sinar Harian 16 Ogos 2010

TAMAN BUKIT INTAN, Kuala Pilah – Bahaya menanti sesiapa sahaja yang melalui salah satu jalan di Taman Bukit Intan, di sini, kerana penutup besi longkang yang merentangi laluan hanya menunggu mangsa terjatuh ke dalamnya.

Ini sebab, penutup besi longkang berkenaan rosak dan mudah tercabut, sekali gus menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran bimbang keselamatan mereka.

Penduduk, Absah Saji, 55, berkata, longkang sedalam kira-kira satu meter itu berbahaya terutama kepada kenderaan yang lalu-lalang kerana jika tidak berhati-hati atau terlepas pandang, kemalangan boleh berlaku.

"Laluan ini menjadi tumpuan terutama pada Ramadan ini kerana penduduk mahu ke Masjid Kariah Saidina Ali.

“Begitu juga buat penduduk Taman Bukit Intan, Taman Selasih, Rumah Rakyat Batu 46 dan sekitarnya, jalan ini menjadi laluan utama untuk ke masjid. Malah, pada bulan puasa, jemaah memang ramai menunaikan solat Terawih," katanya.

Menurutnya, berikutan laluan terbabit kerap digunakan, dia bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini pada masa hadapan.

"Kerosakan berlaku akibat kenderaan berat seperti lori pasir dan kelapa sawit yang kerap melalui jalan ini untuk membawa hasil keluar.

"Lori mengangkut sampah juga sering menggunakan jalan ini iaitu dalam tiga kali seminggu," katanya.

Absah berkata, dahulu ketika operasi memunggah pasir giat dilakukan, pihak berkenaan meletakkan besi bagi memudahkan lori melepasi longkang terbabit.

"Bagaimanapun, selepas tidak beroperasi, besi berkenaan diambil semula dan menyebabkan penutup longkang bertambah teruk.

“Memang bahaya terutama kepada orang luar yang baru pertama kali datang ke sini kerana boleh berlaku kemalangan berikutan penutup besi mudah beralih apabila kenderaan melaluinya," katanya.

Menurutnya, lebih memburukkan keadaan apabila tanah pada bahagian tepi longkang pula dilihat semakin mendap sehingga menyebabkan kesan lekuk di tengah kawasan longkang.

"Walaupun ada lampu jalan tetapi cahaya agak samar-samar di kawasan berkenaan.

“Saya harap pihak berkenaan dapat membantu kami dengan membetulkan semula penutup besi longkang ini supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini pada masa hadapan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8065800.asp

8/15/10

Jenayah meningkat, Balai Polis terbengkalai dalam semak



Harian Metro 13 Ogos 2010

SEREMBAN: Kira-kira 12,500 penduduk Taman Rasah Jaya Fasa 5, Rasah, dekat sini, menggesa pihak berkaitan menunaikan janji sejak lebih lima tahun lalu untuk membina sebuah balai polis di taman perumahan itu.

BERSEMAK...Norasham (kanan) menunjukkan tapak balai polis di Taman Rasah Jaya Fasa 5 yang dipenuhi semak-samun.

Mengikut perancangan, tapak untuk membina balai polis sudah ditetapkan, namun ia kini dipenuhi semak-samun.

Penduduk melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman terbabit berharap balai polis itu didirikan secepat mungkin kerana mereka bimbang kejadian jenayah seperti ragut, curi kereta dan motosikal serta pecah rumah yang kerap berlaku di taman itu dan memerlukan pengawasan lebih proaktif.

Pengerusi KRT taman itu, Norasham Jaafar, berkata taman berkenaan memerlukan balai polis.

Beliau berkata, kewujudan balai polis bukan saja untuk kepentingan keselamatan penduduk Taman Rasah Jaya, malah ia juga untuk dimanfaatkan penduduk empat lagi taman perumahan berhampiran iaitu Taman Nuri Indah, Taman Seremban 3, Taman Desa Rasah dan Taman Harapan Baru yang penduduk keseluruhannya dianggarkan 8,000 orang.

“Walaupun terdapat sebuah pondok polis sementara yang menggunakan kontena dan terletak berhampiran masjid taman itu, ia hanya menempatkan dua anggota bagi mengawasi kawasan ini.“Tentunya sukar untuk anggota terbabit mengawasi sepenuhnya kawasan ini.

“Saya berharap projek itu disegerakan kerana sehingga kini tapak berkenaan dipenuhi semak-samun yang bukan saja boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, malah menjejaskan imej taman ini,” katanya.Menurut beliau, pihaknya pernah menghantar surat kedua kepada pihak berkaitan pada Julai 2008 bagi mendapatkan perkembangan mengenai pembinaan balai polis terbabit, tetapi tidak mendapat maklum balas positif, malah sehingga kini tiada usaha dilakukan untuk merealisasikan pembinaan itu.

Norasham berkata, walaupun KRT taman itu menubuhkan Sistem Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi kegiatan tidak sihat termasuk jenayah, ia hanya membabitkan rondaan pada malam hari kerana sebahagian besar ahli ronda bekerja pada siang hari dan tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya.

“Anggota SRS hanya dapat membantu pihak berkuasa melakukan rondaan dalam kawasan taman pada malam hari, tetapi kejadian jenayah seperti ragut berlaku pada siang hari terutama ketika ramai penduduk bekerja.

“Justeru, kami berasakan sudah sampai masanya taman ini mempunyai balai polis yang menempatkan lebih ramai anggota bertugas bagi membolehkan penduduk merasa lebih selamat dan taman bebas daripada sebarang kegiatan jenayah,” katanya.

Norasham berkata, tambahan pula pihaknya difahamkan pondok polis itu terletak dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mula beroperasi kira-kira 20 tahun lalu iaitu sejak taman itu mula diduduki.

Katanya, wajar sebuah balai polis didirikan di kawasan itu demi kepentingan dan keselamatan penduduk.

“Saya bagi pihak penduduk taman ini berharap masalah ini mendapat perhatian demi kepentingan bersama,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa KRT taman itu, Hisham Hashim, 42, berkata penduduk taman ini amat mengharapkan pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi membina bangunan balai polis di taman itu.

“Kami terpaksa memastikan taman ini bebas jenayah, namun kami tidak dapat memberikan tumpuan sepanjang masa kerana mempunyai komitmen lain terutama berkaitan tugas harian,” katanya yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Balaisemak/Article/index_html

Berbuka puasa dalam banjir

Berita Harian 15 Ogos 2010

TAMPIN: Sebahagian penduduk Kampung Jeram Seri Repah, di sini terpaksa berbuka puasa dalam rumah yang digenangi air setinggi paras lutut sambil sesetengahnya hanya menjamah kurma apabila penempatan itu dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan, petang kelmarin.

Hujan lebat bermula jam 4 petang menyebabkan paras air sungai berhampiran naik mendadak seterusnya melimpah ke kawasan rendah di kampung itu kira-kira dua jam kemudian. Noriah Atan, 59, berkata beliau tidak menyangka kampung mereka dilanda banjir kilat kerana bencana sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini. “Kami sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka ketika air melimpah ke dalam rumah. Kami segera menyelamatkan harta benda, termasuk perabot dengan mengalihkan ke tempat lebih tinggi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, kejadian itu juga menyebabkan keluarganya tidak sempat menikmati juadah yang disediakan sebaliknya hanya berbuka dengan air dan kurma.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berbukapuasadalambanjir/Article

8/13/10

Kerajaan Rosakkan Tasik Habitat Buaya di Port Dickson

Dari Blog Singalautmetro

Friday, August 13, 2010

KERAJAAN NEGERI ROSAKKAN TASIK BUKIT KEPONG DI PORT DICKSON

PORT DICKSON: Penduduk mukim Pasir Panjang, termasuk yang tinggal di Kampung Bukit Tembok, dekat sini mulai mempertikaikan tindakan kerajaan negeri merobohkan empangan lama yang membenteng air dari Tasik Bukit Kepong ke Sungai Raya.

Ini kerana tindakan itu telah menyebabkan sebahagian tasik semulajadi berkeluasan lebih 1,000 hektar berkenaan semakin kering dan mengancam habitat ikan serta hidupan burung-burung liar seperti belibis dan helang. MALAH TASIK YANG TURUT MENJADI HABITAT BUAYA TEMBAGA ITU KINI DIBIARKAN TANPA PENYENGGARAAN.

Seorang penduduk, Mat Rahim, mendakwa empangan yang dibina sejak zaman merdeka bertujuan mengalirkan air ke kawasan lebih 1,500 hektar sawah padi suatu ketika dulu tidak wajar dirobohkan. Ini kerana katanya, empangan itu berupaya mengelak air Tasik Bukit Kepong mengalir keluar menerusi Sungai Raya sebelum menganjur ke Sungai Linggi dan memasuki Selat Melaka.

"Ini satu tindakan silap pihak kerajaan kerana merobohkan empangan. Sudahlah tiada apa-apa projek mahu dilakukan, empangan ini pula dirobohkan. Akibatnya air tasik menjadi kering. Banyak ikan dan hidupan lain mati!" katanya.

Mat Rahim memberitahu, tasik semulajadi itu selama ini menjadi bekalan utama air bagi keperluan sawah penduduk tetapi selepas semua tanah sawah di situ dijadikan kebun pisang dan kelapa sawit, tasik berkenaan terbiar sahaja.

"Dulu-dulu ada juga dengar nak buat projek pelancongan. Ada juga dibina lebih kurang 10 chalet atau rumah rehat di tepi tasik ini, tapi projek itu terus terbiar dan terbengkalai. Mungkin terbiar lebih 20 tahun dah," tambahnya.

Kini, berdasarkan kerja merobohkan empangan dan menimbus kesemua parit konkrit yang dibina kerajaan lebih 30 tahun lalu, penduduk sekitar mulai tertanya-tanya. Ini kerana tiada papan tanda yang jelas menceritakan apa sebenar yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri.

Seorang pemancing, Johan Mahmud, 60, pula memberitahu tasik semulajadi itu sebelum ini penuh dengan pelbagai jenis ikan yang tidak kedapatan di tempat lain. Katanya, antara jenis ikan itu ialah Ikan Biji Nangka, Kepar, Bujuk, Belida dan pelbagai jenis yang lain.

Bagaimanapun, katanya sejak empangan dirobohkan dan air semakin kering kebanyakan ikan itu mati. Malah katanya, kehadiran beribu belibis terbang ketika senja juga sukar dilihat dipercayai berpindah ke habitat lain selepas air tasik itu dikeringkan.

"Kerajaan kena buat betul-betul kalau memang ada projek mahu dijalankan di sini. Kalau tidak membazir dan merosakkan alam sekitar sahaja," katanya.

Difahamkan, Tasik Bukit Kepong adalah antara tasik semulajadi terbesar di Negeri Sembilan yang mempunyai kesan bersejarah kerana menjadi tempat berkubunya tentera Inggeri dan Jepun satu ketika dulu. Tasik ini bersempadan sehingga Linggi dan penempatan Orang Asli Kampung Bukit Kepong memang sesuai dijadikan kawasan pelancongan.

Namun apalah yang boleh diharapakan daripada kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan kerana apa yang dilakukan di situ seperti perbuatan tikus mencuri beras di waktu malam. Samalah juga mengharapkan tikus membaiki labu. Habis jahanam alam sekitar !

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/kerajaan-negeri-rosakkan-tasik-bukit.html

8/12/10

Pasaraya Promosi Arak sempena Ramadhan di N.Sembilan


Pasar raya tidak peka sensitiviti umat Islam

NILAI, 12 Ogos: Sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya.

Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama".

“Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras,” ujarnya menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam terutama pada bulan Ramadan dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger.

“Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?” soalnya.

Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di Malaysia.

“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28097:pasar-raya-tidak-peka-sensitiviti-umat-islam&catid=1:utama&Itemid=50

9 tahun rakyat N.Sembilan berputih mata

Berita Harian 12 Ogos 2010

PAROI: Ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF) yang dipercayai akibat sistem pembetungan yang tidak memenuhi piawaian ditetapkan menyebabkan beberapa pembeli rumah di Fasa 2 Taman PJ Perdana di sini berputih mata untuk mendiami rumah mereka sejak sembilan tahun lalu.

Tanpa CF, pembeli tidak dapat memasuki rumah walaupun ia sudah siap. Bagaimanapun, beberapa pembeli yang tidak sabar terus mendiami rumah idaman mereka walaupun tanpa mendapat CF. Sesetengah pembeli lain pula tidak mahu menanggung risiko berikutan rumah tanpa CF tidak mendapat perlindungan insurans.

Ini menyebabkan pembeli rumah berkembar itu memohon pihak berkuasa campur tangan untuk menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Pembeli, Ali Mohamad, 28, berkata masalahnya sekarang terpaksa membayar pinjaman bank kira-kira RM1,000 sebulan sejak 2001 walaupun tidak menduduki rumah itu.

Katanya, pembeli tidak berpuas hati kerana pemaju perumahan tidak memberi jawapan konkrit untuk menyelesaikan masalah mereka.

Saya minta kerajaan negeri campur tangan dalam masalah ini kerana hampir 10 tahun menunggu, masih tiada kata putus daripada pemaju. Rumah sudah siap, cuma kekurangan beberapa kemudahan infrastruktur, katanya yang terpaksa membayar pinjaman bank dan pada masa sama membayar sewa rumah.

Beliau berkata, rumah yang tidak didiami dikhuatiri digunakan untuk kegiatan menghisap dadah dan akhirnya dirosakkan.

Tinjauan Berita Harian mendapati ada beberapa rumah didiami penduduk dan sebahagian terbiar hingga dipenuhi semak. Sebuah rumah didapati mempunyai banyak kesan, dipercayai akibat kegiatan menghidu gam.

Jamaludin Hussin, 49, pula tidak peduli dengan ketiadaan CF dan terus mendiami rumah itu sejak Januari lalu dengan menyiapkan kemudahan yang tidak disiapkan pemaju menggunakan wangnya sendiri.

Saya membuat keputusan tinggal di sini kerana sudah membeli rumah ini dan tiada rumah lain. Tinggal di mana-mana pun tetap ada risiko, tetapi di sini saya akan rugi jika berlaku apa-apa kerana rumah tidak dilindungi insurans, katanya.

BAGAIMANAPUN, DIA HAIRAN KERANA RUMAHNYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI TERBENGKALAI SEDANGKAN BIL PEMBETUNGAN DITERIMA SETIAP ENAM BULAN.

Jika sistem pembetungan menjadi punca rumah tidak mendapat CF, mengapa saya menerima bil ini? katanya.

Seorang pembeli yang enggan dikenali berkata, mereka bosan kerana disuruh bersabar sedangkan CF masih belum diperoleh selepas bertahun-tahun menunggu, malah sesetengah pembeli terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk mendiami rumah itu.

Malah, katanya, masalah sosial sudah berlaku di kawasan itu berikutan keadaannya yang sunyi serta dipenuhi semak-samun.

Kawasan ini sunyi dan dipenuhi semak memudahkan perbuatan tidak senonoh dilakukan. Penduduk sering menjumpai botol arak dan tin gam. Walaupun diadukan kepada pihak berkuasa, masalah ini masih berlaku, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_9tahunputihmata/Article

8/10/10

Rakyat terseksa masalah air menjelang puasa dan raya

Dari Blog Singalautmetro. BUKAN SEHARI, bukan sebulan. Telah lama sebenarnya penduduk Kampung Taman Sri Gelugor di Kuala Pilah terseksa kerana SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan) tidak ambil peduli masalah yang membelenggu penduduk terbabit. Kini puasa menjelang, masalah bekalan air yang sering terganggu boleh membuatkan penduduk kampung menjadi berang.

Bukan sekali dua aduan. Beribu kali aduan dibuat supaya SAINS faham dan cepat-cepat menyelesaikan masalah air yang sering terganggu ini. Tapi semuanya hampa.

Mahu dikatakan badak yang pekak, semua pengurusan SAINS terdiri daripada manusia yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu sebagai manusia, pengurusan SAINS ada hati dan perasaan. Sudah tentulah juga satu penyelesaian dibuat bagi memastikan masalah ini tidak lagi membebankan penduduk.

Cubalah pengurusan SAINS faham bahawa hampir kesemuanya penduduk di situ adalah mereka yang beragama Islam yang memerlukan air untuk bersolat. Hampir kesemua penduduk mempunyai anak kecil yang masih bersekolah dan memerlukan air untuk membersihkan diri setiap pagi. Bayangkanlah kesusahan ini.

Saudara menteri besar juga haruslah membuka mata melihat masalah mereka dengan hati lapang dan fikiran yang jauh. Tergamakkah pengundi yang mengundi saudara dan puak-puak saudara untuk terus berkuasa dibiarkan mencari telaga dan menunggu lori bekalan air seperti rakyat di negara Afrika?

Bukankah selalu saudara katakan Negeri Sembilan telah berjaya mengatasi masalah air di negeri itu. Saudara juga pernah katakan, selagi BN berkuasa, masalah rakyat akan menjadi perkara paling utama.

Sekarang ini bagaimana pula? Kekerapan berlakunya gangguan air telah membuat penduduk semakin hilang hormat pada janji-janji BN. Saudara bayangkan, ada di antara penduduk di taman itu pulang dari Kuala Lumpur dengan membawa air mineral penuh di bonet kereta. Kerana apa? Kerana terlalu letih berdepan masalah air yang sering terganggu di negeri saudara.

Saya rasa telah tiba masanya saudara menteri besar turun sendiri melihat masalah itu kerana ia tidak hanya melibatkan Taman Sri Gelugor tetapi turut melibatkan penduduk kampung berdekatan. Dan kalau saudara berhasrat untuk melawat eloklah bawakan timba yang banyak supaya mudah penduduk mengisi air dari telaga yang semakin kering!

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/menteri-besar-buat-apa-taman-sri.html

8/9/10

766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta




Harakahdaily

SEREMBAN, 9 Ogos: Seramai 766 peneroka Felda Serting Negeri Sembilan memfailkan saman di Mahakamah Tinggi hari ini terhadap Felda dan menuntut gantirugi sebanyak RM200 juta.

Mereka mendakwa Felda telah menipu mereka dan menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit".


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28039:766-peneroka-serting-saman-felda-rm200-juta&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Felda disaman lebih 700 peneroka
Ogos 9, 10
12:35pm

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.


Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.


"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

http://malaysiakini.com/news/139549

8/7/10

FELDA Seleweng Jual Beli Buah Sawit ?

Dari Blog PKR N.Sembilan. 7 Ogos 2010
Warga Felda Prihatin: Membongkar Penyelewengan Jual Beli Buah Sawit oleh Felda
Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.

Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.

PENIPUAN KILANG

Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, KONONnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.

Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).

Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.

Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.

Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.

Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.

Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2010/08/warga-felda-prihatin-membongkar.html

8/6/10

HARI KELUARGA

Hari Keluarga PAS Kawasan Kuala Pilah dan
Sukaneka PASTI Kuala Pilah

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Dataran Ilmu, Kg, Paya, Johol, Kuala Pilah, N.S

Perasmian Oleh : YB Mohd Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi)
Penyampaian Hadiah : Pesuruhjaya PAS N.Sembilan En Zulkifly Mohamad Omar

Semua Dijemput Hadir Bagi Memeriahkan Lagi Majlis

8/4/10

Hari Bersama Mangsa Saman Ekor 10 Ogos 2010 Seremban


HARI BERTEMU MANGSA SAMAN EKOR DAN “BLACKLIST” JPJ
Tarikh : 10 Ogos 2010
Hari : Selasa
Masa : 5.30 petang
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi

Mereka sekitar Negeri Sembilan dan Melaka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dijemput hadir.

Khidmat nasihat undang-undang oleh peguam dari PAS Pusat dan JUHAM Dewan Pemuda PAS Pusat

Anjuran : Jawatankuasa KASE – Kempen Anti Saman Ekot

Blog ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek bin Abg Ghani
http://mohdtaufek.blogspot.com/

Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

Ust Azman Shapawi 9 Ogos 2010 K Pilah



CERAMAH UMUM
Tarikh : 9 Ogos 2010 / Isnin
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kg Terachi, Bt 16 1/2 , Kuala Pilah, N.Sembilan
Penceramah :
Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

8/3/10

Penyamun minta air minuman

Sinar Harian 3 Ogos 2010

KUALA KLAWANG - Seorang wanita warga emas kerugian RM3,000 selepas barangan kemasnya dilarikan dua penyamun di Kampung Jerang di Durian Tipus, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Setapa Yusuff berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berumur 80-an turut diikat tangan dan kaki, selain mulutnya ditutup dengan kain.

"Mangsa yang bersendirian di rumah didatangi dua lelaki tidak dikenali. Mereka meminta air minuman sebelum bertanya sama ada mangsa mahu menjual buah kelapa bagi tujuan persiapan kenduri.

"Wanita terbabit yang tidak mengesyaki niat jahat dua suspek berkenaan mempelawa mereka masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini, semalam.

Menurutnya, dua lelaki itu seterusnya berpura-pura membetulkan antena televisyen sebelum menarik mangsa ke dalam bilik dan melarikan barangan kemas.

"Mangsa berjaya membuka ikatan sendiri dan tidak cedera. Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Simpang Durian.

"Polis percaya, mangsa mengenali suspek dan mereka adalah warga tempatan," katanya.

Setapa berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pihak polis.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8023066.asp

8/2/10

Saman ekor, PAS gesa batal senarai hitam kenderaan

Kerajaan, JPJ langgar keputusan mahkamah?

KOTA BHARU, 2 Ogos: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, setelah sedemikian diputuskan oleh mahkamah, kenapakah pihak kerajaan dan JPJ masih melakukan perkara ini? Tidakkah keputusan mahkamah ini perlu dihormati dan diikuti?” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tegasnya, tindakan sebegitu adalah merupakan suatu penganiyaan ke atas rakyat Malaysia dan perlu diberhentikan segera.

“Kami juga dengan ini mendesak agar Kerajaan Malaysia dan JPJ bersegera dalam menarik balik penyenaraian hitam ini kerana isu ini sudahpun diselesaikan oleh mahkamah,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Tambahnya, tinggal lagi sama ada Kerajaan Malaysia dan JPJ mahu mematuhi perintah mahkamah tersebut atau tidak.

“Pihak kami juga berkeputusan bahawa jika situasi ini tidak berubah, maka suatu tindakan perundangan lain akan dimulakan bagi membela rakyat yang secara nyata telah ditindas dalam isu ini,” ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27917:kerajaan-jpj-langgar-keputusan-mahkamah&catid=1:utama&Itemid=50

Saman ekor: PAS gesa batal senarai hitam kenderaan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha pada 5 Ogos ini bagi berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan.

"Kase juga akan tetapkan satu tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun memainkan peranan dalam mengenakan saman ekor ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Menurut Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS, Kase juga akan mengadakan hari bertemu mangsa saman ekor di beberapa tempat pada 9 dan 10 Ogos bagi memberikan penerangan kepada mereka dari sudut undang-undang mengenai tindakan yang dikenakan JPJ dan pihak polis itu yang akan disampaikan oleh pengamal undang-undang dalam Kase sendiri.

Pertemuan bagi mereka yang berada di Wilayah Persekutuan dan Selangor akan diadakan di sekitar ibu negara manakala bagi mereka yang tinggal di Melaka dan Negeri Sembilan, pertemuan akan diadakan di Seremban.

"Kita akan adakan hari bertemu mangsa saman ekor ini pada 9 Ogos untuk Wilayah dan Selangor dan kita menyeru semua mangsa saman ekor akan ikuti perjumpaan ini.

"Akan ada satu taklimat tentang akta dan undang-undang untuk mereka fahami bahawa mereka belum lagi bersalah. Khidmat nasihat akan diberikan oleh penasihat undang-undang kita.

Selain itu, Kase juga akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membuat aduan mengenai akta dan undang-undang yang dilihat bercanggah dengan perlembagaan negara.

"Kita juga akan bertemu dengan Suhakam supaya Suhakam dapat melihat ada banyak akta dan undang-undang yang sangat bercanggah dengan perlembagaan negara," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan JPJ tidak membenarkan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan negara yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya.

"Perlembagaan negara di bawah perkara 13 menyatakan bahawa kita berhak menggunakan harta kita. Kenderaan adalah sebahagian daripada harta kita.

"Jadi kerajaan melalui JPJ telah menghalang kita menggunakan harta kita apabila menyenaraikan hitamkan kenderaan dan halang perbaharui cukai jalan.

"Tindakan JPJ ini satu tindakan tidak wajar dan menafikan hak seseorang menggunakan kenderaan. Jadi saya minta supaya pihak JPJ pertimbangkan untuk menarik balik senarai hitam ini," jelasnya.

Mahfuz turut menyifatkan tindakan itu akan merugikan negara kerana hasil cukai jalan merupakan pendapatan tetap negara.

"Saya sifatkan ini satu tindakan yang merugikan negara kerana kita mungkin kehilangan pendapatan tetap negara kerana orang yang disenarai hitam tidak akan bayar cukai jalan," katanya.

Tindakan itu juga, katanya dibimbangi akan menggalakkan pemilik kenderaaan yang disenari hitam melakukan satu lagi kesalahan iaitu memandu tanpa cukai jalan selain menggalakkan amalan rasuah terutamanya kepada syarikat-syaraikat kenderaaan yang besar bagi meneruskan perkhidmatan mereka.

"Secara tidak sedar, senarai hitam ini akan galakkan lagi pemilik kenderaan melakukan kesalahan memandu tanpa cukai jalan.

"Ia juga akan mengakibatkan berlakunnya amalan rasuah terutama syarikat-syarikat kenderaan seperti bas ekspres yang ingin meneruskan operasi mereka," katanya.

Namun, Mahfuz menegaskan, jawatankuasa itu ditubuhkan bukan untuk menggalakkan orang ramai melakukan kesalahan jalan raya sebaliknya bertujuan membela nasib mereka yang teraniaya akibat tindakan JPJ tanpa prosedur yang betul.

"PAS tubuhkan jawatankuasa ini bukan bermakna kita bersetuju orang ramai boleh melanggar had laju sewaktu memandu dan melanggar undang-undang jalan raya.Tapi kita buat ini untuk pembelaan.

"Kami anggap ini satu penganiyaan kepada orang kerana menerima notis yang tidak melalui prosedur tertentu," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Kase, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27912:saman-ekor-kase-akan-jumpa-menteri&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Mayat Kerani Sekolah Ditemui Terikat Di Kuala Pilah

KUALA PILAH, 2 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang Pembantu Am Rendah ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya terikat sementara mulutnya ditutup dengan kain di rumahnya di Jalan Sungai Dua di sini pagi Isnin.

Mayat Nooriza Baharin, 48, juga didapati sudah berbau.

Mayat mangsa ditemui oleh rakan-rakan setugasnya pada pukul 10.45 pagi apabila mereka datang ke rumah mangsa setelah mendapati mangsa tidak datang bekerja di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua hari ini.

"Pihak polis yang pergi ke tempat kejadian menjumpai mayat mangsa dengan kaki dan tangannya diikat dengan tali manakala mulutnya ditutup dengan kain.

"Terdapat juga kesan kecederaan di kening dan belakang kepala mangsa dipercayai akibat pukulan dengan objek keras," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Zaki Masroh kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata setakat ini polis percaya motif kes adalah samun kerana pagar di belakang rumah mangsa juga terdapat kesan dipotong.

"Kita dapati telefon bimbit mangsa hilang. Rumah mangsa didapati diselongkar dan saya percaya ada barang yang hilang" katanya.

Mangsa dipercayai masih bujang dan tinggal berseorangan di rumah tersebut.

Mohd Zaki berkata kali terakhir mangsa datang bertugas ialah Jumaat lepas.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518191

Kerajaan yang menyusahkan 1Rakyat di Seremban

Cukup saya katakan jika saya tahu taman perumahan akan terbahagi dua oleh lebuh raya LEKAS, pasti saya tidak akan membeli rumah di sini. Kenderaan berderet panjang pada sebelah pagi untuk keluar dari simpang menuju ke sekolah. Sepatutnya laluan lebuh raya bertingkat dibina supaya kehidupan kami tidak terjejas. Sememangnya kosnya lebih tinggi, tetapi sejak bila kos menjadi penghalang kepada kesejahteraan rakyat?

***********************************
Kesal kegagalan rancang pembangunan

Berita Harian 28 Julai 2010

SAYA adalah seorang daripada beratus keluarga yang mendiami Taman Bukit Margosa, Seremban dan kawasan sekitarnya. Ketika mula berpindah, kawasan itu sememangnya tenang dan aman damai. Amat mengejutkan apabila sekitar 2008, dimaklumkan mengenai pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) yang melalui taman perumahan serta menyambungkannya dengan jalan Seremban-Kuala Pilah sedia ada.

Saya tidak bercadang untuk memberi komen mengenai kewujudannya kerana ia sudah hampir siap. Namun, saya kesal kerana pada pandangan saya ada kegagalan perancangan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan dengan meluluskan projek perumahan di tepi cadangan lebuh raya.

Cukup saya katakan jika saya tahu taman perumahan akan terbahagi dua oleh lebuh raya LEKAS, pasti saya tidak akan membeli rumah di sini. Lebih-lebih lagi dengan lokasi rumah di lot tepi dan betul-betul bersebelahan lebuh raya. Lebih mengecewakan adalah kegagalan agensi berkaitan meminimumkan kesan jangka panjang kepada penduduk. Sudahlah kami terpaksa menanggung kesukaran ketika pembinaan selama hampir dua tahun dengan penutupan jalan, bising, debu dan saudara-mara sesat dalam perjalanan bertandang ke rumah.

Kami kini dipisahkan dari sekolah di mana anak belajar. Tempoh menghantar anak ke sekolah di sebelah taman perumahan yang sebelum ini mengambil masa 10 minit kini menjadi lebih 30 minit kerana mengikut satu-satunya laluan yang ada (serta lebih jauh) dari taman perumahan ke arah sekolah.

Kenderaan berderet panjang pada sebelah pagi untuk keluar dari simpang menuju ke sekolah. Sepatutnya laluan lebuh raya bertingkat dibina supaya kehidupan kami tidak terjejas. Sememangnya kosnya lebih tinggi, tetapi sejak bila kos menjadi penghalang kepada kesejahteraan rakyat?

Bukankah kos berkenaan boleh diserap oleh pemegang konsesi lebuh raya melalui kutipan tol? Itulah yang sewajarnya dan bukan penduduk yang terpaksa menanggung bebanan daripada kelemahan sesetengah pihak. Mereka dengan tanpa timbang rasa mengorbankan kesejahteraan penduduk bagi kemudahan pengguna lebuh raya.
Baru-baru ini, saya mencadangkan dua bukaan dan pelebaran pada lebuh raya berhampiran taman perumahan supaya kami dapat memasuki lebuh raya dan membuat pusingan 'U' untuk menghubungkan kedua-dua bahagian taman perumahan ini.

Saya ada membuat beberapa panggilan telefon ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk memaklumkan perkara itu, bagaimanapun tiada sebarang perkembangan. Mungkin pembayar tol lebih diutamakan daripada penduduk asal kawasan ini.

Saya juga meminta LLM supaya memasang CCTV bagi mengawasi keselamatan pengguna jejantas yang didirikan. Ini berikutan ketika ini ia digunakan sebagai tempat lepak serta berlumba. Saya khuatir keselamatan pejalan kaki kerana laluan sempit dan tanpa pemisah.

Saya tidak lagi dapat memandang bebas di luar rumah buat selama-lamanya kerana tembok kekal di tepi lebuh raya akan didirikan. Begitu juga dengan bunyi bising, asap, debu, gegaran dan kehilangan pravisi. Semuanya gara-gara kegagalan sesetengah pihak membuat perancangan dan pastinya mereka tidak peduli kerana tidak menetap di sini.

Diharap kerajaan negeri dapat campur tangan bagi memastikan kesejahteraan penduduk tidak dirampas begitu saja. Dengan segala situasi ini, saya menuntut agensi berkaitan menghayati slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

1RAKYAT,
Seremban, Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesalkegagalanrancangpembangunan/Article/index_html

Ust Azman Syapawi 9 Ogos 2010 di Seremban



CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
Tempat : Surau An-Naim, Bandar Seremban Selatan
Tarikh : 9 Ogos 2010 / ISNIN
Masa : 7.30 malam
Penceramah : Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi ufo_ips@yahoo.com

PASTI Taman Pedas Perdana Rembau 2011


Pendaftaran Pelajar PASTI Al Ain untuk Tahun 2011
Kini Dibuka

PASTI Al Ain Taman Pedas Perdana , Rembau

Maklumat lanjut hubungi Wani 013-3851202 , Hakki 013-3840022

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah

Korek pasir ancam penduduk di Pilin, Rembau

Tanah kian terhakis

Berita Harian 2 Ogos 2010

Penduduk Kampung Paya Lebar Luar bimbang sedut pasir punca hakisan

PEDAS: Penduduk Kampung Paya Lebar Luar di Pilin dekat sini, hidup dalam kebimbangan berikutan kegiatan menyedut pasir Sungai Pedas yang dijalankan tidak sampai satu meter dari tanah mereka yang dikhuatiri boleh menghakis kawasan sekitar dalam tempoh singkat. Walaupun kegiatan itu baru diusahakan sejak beberapa bulan lalu, penduduk mendakwa kesan negatif mulai kelihatan dengan satu tali air bersebelahan sungai itu hilang dalam sekelip mata akibat runtuhan tanah berikutan hakisan yang berlaku. Tinjauan Berita Harian mendapati kawasan menyedut pasir itu hanya kira-kira 300 meter dari jalan besar menyebabkan tanah dusun berhampiran juga semakin terhakis.

Ini membimbangkan penduduk yang khuatir lebih banyak tanah berhampiran akan hilang akibat kegiatan itu jika keadaan sekarang berterusan.

Abdul Razak Alias, 51, yang mewakili penduduk terbabit tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku di tanahnya dan penduduk lain jika kegiatan menyedut pasir itu berterusan.

Beliau bimbang kejadian lebih buruk boleh berlaku jika keadaan itu dibiarkan sedangkan pihak yang menyedut pasir mendapat keuntungan.
“Saya difahamkan permit menyedut pasir di Rembau dibekukan sejak beberapa bulan lalu. Ini menghairankan saya kerana aktiviti ini masih berlaku di kawasan ini hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di sini.

Malah, jika mendapat kelulusan dan kebenaran, katanya pihak berkuasa yang berkaitan dengan kegiatan itu perlu membuka mata dengan melihat sendiri keadaan yang berlaku.

Beliau berkata, tanah miliknya yang diusahakan sawah semakin terhakis akibat kegiatan itu dan bimbang jika keadaan sekarang berterusan, tanahnya akan lenyap begitu saja.

Abdul Razak mendakwa perkara itu sudah diadukan kepada beberapa pihak, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah serta Pejabat Daerah dan Tanah Rembau kerana mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap pengusaha terbabit.

“Kegiatan itu boleh membahayakan jambatan kampung ini yang baru siap dibina setahun lalu kerana kegiatan itu menyebabkan air sungai semakin dalam dan keruh.

“Jambatan itu boleh runtuh kerana struktur di bawah jambatan akan terjejas berikutan kedalaman sungai yang semakin bertambah dan hakisan tanah,” kata pesara tentera itu yang mahu pihak berkuasa menyiasat perkara itu terlebih dulu.

Beliau berkata, penduduk tidak menentang kegiatan itu dengan syarat tidak menimbulkan masalah kepada pihak lain.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NegeriSembilan_Tanahkianterhakis/Article

8/1/10

Sampul Duit Raya, Beli sambil menyumbang


Sampul Duit Raya edaran Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Satu pek hanya RM 1

Kepada yg ingin membeli sampul ini bolehlah menghubungi AJK DMPNS iaitu Pn Masita Ali 019-2655059 atau Pn Wani 013-3851202

Maklumat lanjut di http://muslimatpasn9.blogspot.com/

Membeli Sambil Menyumbang