KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

9/29/10

Wakil Rakyat PAS N.Sembilan redah hutan bantu orang Asli

Wakil Rakyat dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Negeri Sembilan iaitu YB Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani ADUN Paroi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau telah meredah hutan belentara melalui titian kayu semata-mata untuk menghulurkan bantuan dan mendengar rintihan orang Asli di Negeri Sembilan.

Ikuti kisah kegigihan YB Taufek bersama orang Asli pada pautan berikut http://kebajikanrembau.blogspot.com/2010/09/ziarah-dan-sumbangan-di-kampung-orang.html

Lepas ni bolehlah Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Ahli Parlimen Rembau buat program serupa.

Pendaftaran Pelajar PASTI Nilai, N.Sembilan kini dibuka

Pendaftaran Pelajar Baru 2011 PASTI Isbat Al-Imtiyaz, Desa Kasia, Bandar Baru Nilai

Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2011 adalah dibuka bermula 1 Oktober 2010

Maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Muaddibah di talian 019-2042151 atau datang berkunjung ke PASTI Isbat Al-Imtiyaz , No. 76, Jalan 3/7, Desa Kasia, 71800 Putra Nilai,Negeri Sembilan

Blog di http://pastiisbat.blogspot.com

Waktu Pembelajaran : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Transit Petang : sehingga 5.30 petang

Pelajar : anak-anak yang berumur 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun

Pusat Pembelajaran :
Pelajar 3 tahun dan 4 tahun di Pasti Isbat al-Imtiyaz A
Pelajar 5 tahun dan 6 tahun di Pasti Isbat al-Imtiyaz B

Kurikulum, buku teks dan buku aktiviti : Kawal selia oleh Jabatan Pasti Malaysia

Mata pelajaran (6 tahun):
1. Peribadi Muslim
2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan
3. Bahasa Melayu
4. Bahasa Inggeris
5. Bahasa Arab
6. Matematik
7. Asas Penulisan Jawi
8. Al-Quran dan al-Hadith
9. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
10. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy*
11. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
12. Cepat Membaca Jawi - Bacalah Jawi*
13. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*

Mata pelajaran (5 tahun):
1. Peribadi Muslim
2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan
3. Bahasa Melayu
4. Bahasa Inggeris
5. Bahasa Arab
6. Matematik
7. Asas Penulisan Jawi
8. Al-Quran dan al-Hadith
9. Asas Komputer
10. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
11. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy*
12. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
13. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*

* Tambahan daripada Pasti Isbat al-Imtiyaz selain daripada pakej matapelajaran yang ditetapkan oleh Pasti Malaysia

Mata pelajaran (4 tahun):
1. Anak Soleh Pintar
2. Asas Bacaan - Pasti Adikku Pandai Membaca
3. Asas Penulisan- Pasti Adikku Pandai Menulis
4. Asas Penulisan - Allah Maha Pencipta
5. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
6. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
7. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*
8. Easy 1,2,3*
9. Aktiviti Sambung Titik*
10. Sama atau Beza*
11. Aktiviti Mewarna*

Mata pelajaran (3 tahun)(Kurikulum dan buku ditetapkan oleh Pasti Isbat al-Imtiyaz):
1. Anak Soleh Pintar
2. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku
3. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'
4. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian
5. Asas Tulisan
6. Easy 1,2,3
7. Aktiviti Sambung Titik
8. Sama atau Beza
9. Aktiviti Mewarna

Peperiksaan bagi 5 tahun dan 6 tahun :
Semester pertama (disediakan oleh Pasti Negeri Sembilan)
Semester kedua (disediakan oleh Pasti Malaysia)
Peperiksaan bagi 4 tahun : Disediakan oleh Pasti Isbat al-Imtiyaz
Penilaian Adab Belajar : Muaddibah dan Ibubapa

Pakaian Seragam dan baju sukan : Selaras seluruh Malaysia

Pembelajaran waktu transit petang
1. Cepat Membaca al-Quran - Iqra dan al-Quran'
2. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku
3. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy
4. Aktiviti Kreatif

MENJANA KEYAKINAN BERSAMA PAS KAWASAN KUALA PILAH

MAJLIS HARI RAYA

Kuala Pilah, 28 Sept 2010 – Berlalunya Bulan Ramadhan merupakan sambutan kemenangan kepada umat Islam yang telah melalui program pembangunan diri melalui latihan-latihan rohaniah dan fizikal dalam rangka membentuk Ummah yang di warnai syaksiah yang mulia

Program “Majlis Hari Raya – Menjana Keyakinan Bersama PAS Kawasan Kuala Pilah” merupakan aktiviti tahunan dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim diantara masyarakat di Kuala Pilah.

Ianya diadakan pada 28hb September 2010 di perkarangan rumah Abd Aziz Maarof di Kampung Kuala Dioh dari pukul 8.00 malam hingga 11.30 malam.

Saudara Zaharudin Othman, Pengarah program menyatakan “program ini telah berjalan dengan jayanya sejak tahun 2007 dan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Kuala Pilah. Ianya akan di hadiri oleh masyarakat dari pelbagai bangsa dan agama. Tetamu Khas untuk program tahun ini ialah Timbalan Presdien PAS, Ustaz Nasharuddin Mohd Isa.

Mengikut Saudara Zaharudin Othman “ Program tahun ini ada penambaikan dari program sebelum ini. Antara program kemuncak ialah persembahan multi media dan penyerahan kunci rumah prihatin PAS kawasan Kuala Pilah”

“ Rumah prihatin ini merupakan sumbangan PAS KAwasan Kuala Pilah kepada Saudara Rosman. Ianya di bina hasil sumbangan dan gotong royong ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Pilah. Di samping itu program tahun ini juga akan meraikan 20 kanak-kanak dari rumah anak yatim di Seri Menanti” ujar saudara Zaharudin Othman lagi

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini dengan menghubungi Pengarah Program Saudara Zaharudin Othman di talian 012 – 616 7819.

9/28/10

Banjir kilat berulang, banyak barangan rosak


Sinar Harian 28 Sep 2010

BAHAU – Hujan lebat yang berlaku hampir satu jam Jumaat lalu, sekali lagi mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Bahau.

Berikutan bencana alam yang menimpa di kawasan terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong, turun padang meninjau keadaan.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada penduduk bahawa banjir kilat telah berlaku lagi di kawasan terbabit.

“Selepas melihat kawasan banjir, banyak harta benda penduduk sekitar yang mengalami kerosakan.

“Penduduk di sini sememangnya amat berharap agar sistem perparitan atau longkang dapat dinaiktarafkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Kok Seong berkata, penduduk juga berharap mendapat bantuan dari segi kewangan yang dihulurkan pihak kerajaan untuk membolehkan mereka membersihkan rumah.

“Kerja menaik taraf sistem longkang baru sahaja dilakukan di Taman Satelite tetapi masih belum lagi mampu untuk menampung jumlah air yang banyak.

“Ketika hujan lebat, banjir kilat tetap akan berlaku dan saya berharap agar pihak kerajaan dapat meneliti dengan lebih mendalam agar kerja menaik taraf longkang ini benar-benar dapat menebat banjir,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting adalah memastikan penduduk dapat hidup dalam keadaan bebas daripada ancaman banjir.

“Kawasan yang terlibat dengan banjir kilat ini adalah Taman Satelite, Taman Cempaka, Taman Melati, Taman Rasa Sayang dan Kampung Chu Ward,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8226456.asp

Veteran Umno N.Sembilan keluar parti di Rembau ?

Dari Blog Edyesdotcom
Veteran UMNO Keluar Parti Ketika Hadiri Rumah Terbuka Cabang Rembau!!
Berlaku di majlis jamuan hari raya dan rumah terbuka Keadilan Cabang Rembau, seorang veteran UMNO yang pernah menjadi ADO Jempol, bekas s/u sulit Reily Jefry ketika itu Menteri Kerja Raya, juga bekas s/u sulit lim liong sik, bekas pimpinan pemuda UMNO Teluk Kemang dan sekarang ini sebagai usahawan berjaya.

Veteran yang cukup dikenali sebagai kawan rapat Isa Samad (sehingga sekarang), telah terbuka hatinya apabila mendengar pidato Chegubard yang banyak menyentuh isu keselamatan rakyat dan isu gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh UMNO.

Dengan rasa insaf, dengan fikiran terbuka, veteran berumur 62 tahun (yang biasanya takkan berubah dari menyokong UMNO) dengan begitu semangat mengumumkan keluarnya dari parti keparat UMNO!! Dan beliau yakin, ramai lagi rakan-rakannya dalam UMNO akan mengikut jejak langkah beliau.

Beliau adalah Hj Md Noor Daud.

Perkara ini berlaku secara spontan, atas keinsafan seorang insan yang kita selalu jangkakan hidup dan matinya untuk UMNO semata-mata. Tetapi perkiraan politik Malaysia hari sudah sangat berbeza dan telah melalui fasa-fasa perubahan yang menampakkan kesan positif.

Kerana hari ini, bukan hanya anak muda yang berjaya melepaskan diri dari kongkongan 'projek pembodohan rakyat' tajaan kerajaan Barisan Nasional, malah pengundi di saluran yang paling sukar untuk ditembusi, paling sukar untuk dirayu undinya juga boleh direformasikan dengan pendekatan yang menjurus kepada realiti. Percayalah bahawa mereka yang berumur ini tidak berminat dengan frasa-frasa retorik kerana resamnya bagi seorang veteran, mereka terlebih dahulu merasa garam.

Saya berani jamin, ini bukanlah satu kes terpencil. Ramai lagi penerima pencen akan beralih arah kerana tidak lagi mempunyai ikatan berbentuk risiko sekiranya mereka menyebelahi pembangkang. Saya yakin seperti yang disebut oleh Md Noor Daud, bahawasanya ramai lagi rakan-rakannya akan menyonsang arus bagi merentas perubahan demi untuk memastikan kesilapan mereka suatu masa dulu dapat ditebus, walaupun tidak dapat mengembalikan jumlah sebenar tanah rezab melayu yang telah tergadai.

Jika kita sebagai anak muda mempunyai peluang, tarbiyah dan pujuk jika perlu supaya orang-orang terdekat memahami apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Supaya mereka melihat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat adalah wadah yang paling sesuai untuk berjuang, tidak kiralah apa lingkungan umurnya. Masih belum terlewat untuk mereka yang biru tegar meninggalkan parti lama dengan politik lama dengan menyertai parti baru dengan politik baru - iaitu memulangkan harta kekayaan negara kepada rakyat.

Masih lagi belum terlambat untuk setiap saudara sekampung kita yang berada di sebelah sana untuk berhijrah, sepertimana pepatah orang putih yang berbunyi 'better late than never'. Ingatlah, mereka yang menyertai Pakatan Rakyat, mereka yang menyertai Parti Keadilan Rakyat, adalah mereka-mereka yang berani!

Sumber : http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/09/veteran-umno-keluar-parti.html

9/25/10

Raya bersama Salahudin Ayub 29 Sep 2010 Seremban

MAJLIS SALAM AIDILFITRI 1431H
Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : PASTI Al-Wildan, Taman Setia Jaya, Jalan Jelebu, Ampangan, Seremban, (Sebelah Masjid Dato' Klana Petra Sendeng)

Tetamu Undangan : YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)

Semua Dijemput Hadir

Anjuran: PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama Dewan-Dewan

9/24/10

Penyerahan Kunci Rumah Prihatin PAS 28 Sep K.Pilah


Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Pilah

Tetamu Khas : YB Ustaz Nasharuddin Mohd Isa, Timbalan Presiden PAS

Tarikh : Selasa 28 September 2010
Masa : 8.00 mlm - 12 .00 tgh mlm
Tempat : Rumah Encik Abdul Aziz Maarof, Kg Dioh, Kuala Pilah, N.Sembilan

Aturcara Majlis :
- Jamuan Hari Raya
- Penyerahan Kunci Rumah Prihatin Pas*
- Meraikan Anak-Anak Yatim
- Persembahan Multimedia
- Ceramah

Semua Di Jemput Hadir

Hj Md Sabu di Seremban 29 Sep 2010


CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 29 Sep 2010
Hari : Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Pekan Batu 8, Jalan Labu, Labu, N.Sembilan (berhampiran tapak Pasar Malam)
Bersama :
Haji Mohamad Sabu - AJK PAS Pusat
YB Loke Siew Fook - Ahli Parlimen Rasah
Zulkefly Mohamad Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dato’ Rahmad Abd Jalil – Yang Dipertua PAS Rasah

Anjuran :
PAS Kawasan Rasah dengan kerjasama Lajnah Penerangan PAS N.Sembilan

9/23/10

Bas awam teruk di N.Sembilan, jalur lebar penting


Begitu menyedihkan perkhidmatan bas awam di Negeri Sembilan, terutama di kampung-kampung dan di kawasan-kawasan Felda. Apakah perkhidmatan jalur lebar lebih penting daripada perkhidmatan bas awam untuk kemudahan rakyat ? Apa gunanya jalan cantik kalau perkkhidmatan bas awam menyedihkan.

Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Rais Yatim dan Jalur Lebarnya tapi Jelebu http://amkns.blogspot.com/2010/04/rais-yatim-dan-jalur-lebarnya-tapi.html

**********************
Perkhidmatan bas menyedihkan
Sinar Harian 23 Sep 2010

Simpang Pertang, Jelebu, N.Sembilan - Ketiadaan perkhidmatan bas sejak empat bulan lalu pasti meresahkan beberapa penduduk dan peniaga sekitar Simpang Pertang berikutan perkhidmatan bas merupakan antara pengangkutan utama yang digunakan di situ.

Tinjauan Sinar Harian ke Stesen Perhentian Bas Simpang Pertang mendapati keadaannya lengang dengan bas dan penumpang turun naik di perhentian tersebut.

Di samping itu, ketiadaan perkhidmatan bas ini juga menjejaskan perniagaan di sekitar kawasan pekan berkenaan ekoran orang ramai tidak lagi berkunjung ke sana.

Salah seorang peniaga yang ditemui Zainal Hashim, 52, berkata ketiadaan perkhidmatan bas di sini berikutan beberapa siri kehilangan bateri bas setelah meletakkannya di perhentian berkenaan.

"Perniagaan sedikit terjejas berikutan tiada pengangkutan bas di sini dan orang ramai tidak lagi datang untuk berurusan dan membeli belah.

"Perkara ini perlu dipandang serius kerana tanpa pengunjung atau pelanggan pasti kedai peniaga bermasalah dan anak yang bersekolah di luar daerah pasti terpaksa meminta ibu bapa menjemput mereka," katanya.

S. Thana Letchumy, 50, berkata kedainya yang berhadapan dengan perhentian bas tersebut sering menerima rungutan dari orang ramai terutamanya golongan warga emas yang ingin menjalankan urusan di pekan berhampiran.

"Dahulunya, perhentian ini sesak dengan orang ramai, tetapi setelah perkhidmatan bas tiada ia menyulitkan orang ramai ke pekan Seremban, Kuala Klawang dan Mancis.

"Di samping itu, peniagaan saya pasti merosot dan ini memberi kesan kepada kami untuk menjalankan perniagaan pada masa akan datang," katanya.

Salah seorang warga emas, Maimunah Salaman, 60, berkata, perkhidmatan bas merupakan pengangkutan utama untuknya ke pekan dalam menjalankan urusan harian.

"Saya selalu menggunakan perkhidmatan bas ke Klinik, Pejabat Pos dan ke pekan berhampiran dalam membeli barang dapur.

"Meskipun anak mempunyai kereta tetapi mereka sentiasa sibuk dengan urusan pekerjaan. Oleh itu, perkhidmatan bas sangat penting bagi penduduk di sekitar kawasan Simpang Pertang," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8207637.asp

Rimas PPKS tidak dipantau

Sinar Harian 23 Sep 2010

TAMPIN – Rata-rata masyarakat di sini melahirkan rasa kurang selesa dan rimas apabila hampir setiap hari disajikan dengan pemandangan buruk bahan buangan di Pusat Pengumpulan Kitar Semula (PPKS) yang bagaikan tidak dipantau pihak bertanggungjawab.

Lebih memburukkan keadaan, tinjauan Sinar Harian mendapati segelintir individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas lokasi PPKS itu untuk melupuskan baju terpakai mereka.

Bagaimanapun, baju terpakai itu dilihat sudah pun tersadai beberapa bulan lamanya di lokasi PPKS berkenaan yang terletak berhadapan dengan sebuah pasar raya di Jalan Seremban-Tampin..

Ketua Penerangan PKR Cabang Tampin, Mahmad Ayub berkata, dia menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil langkah proaktif bagi memastikan lokasi itu tidak menjejaskan imej daerah Tampin.

“Slogan 'Tampin Indah Bersih' bagaikan sudah tidak relevan lagi apabila PPKS ini tidak diselia dengan baik sehingga menyebabkan banyak pihak terutamanya masyarakat dari luar mempersoalkan kewujudan PPKS berkenaan di sini.

“Oleh itu, saya harap agar lokasi PPKS ini akan dialih ke lokasi yang tidak dikunjungi oleh orang ramai kerana ia mampu menyakitkan mata individu yang memandangnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, Mahmad berkata, sekiranya ia dinaik tarafkan seperti PPKS di tengah bandar Tampin yang kini dijadikan sebagai kios perniagaan, dia berharap agar ia mampu diberikan kepada anak Melayu yang mahu memulakan perniagaan.

Menurutnya, ramai anak belia yang mahu mencuba nasib berniaga dan sewajarnya PBT memberi galakkan kepada mereka untuk menceburi bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan sendiri.

“Oleh itu, saya mewakili masyarakat berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan dengan baik bagi memastikan lokasi PPKS ini tidak lagi menjadi lokasi menyakitkan mata bagi sesetengah pihak," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8207234.asp

9/22/10

Raya yang tidak Raya di N.Sembilan, Tiada bekalan air

Dari Blog Aspan Alias
Pada petang hari Raya yang kedua (sabtu 11hb) saya mengambil keputusan untuk kembali kekampong asal dimana saya dilahirkan untuk menziarah ibu saudara saya sebelah ibu dan bapa saudara disebelah bapa saya.

Sampai sahaja dirumah ibu saudara saya dikampong Sungei Jelutung saya dapati ibu saudara saya memang tidak sihat dan saya amat merasa sedih melihat kesihatannya yang tidak menentu. Isteri saya terus kedapur untuk membuat minuman teh untuk saya dan anak-anak serta minuman untuk cucu saya, Danny.

Malangnya dirumah itu tidak ada bekalan air sejak sehari sebelum Hari Raya dan kata ibu saudara saya itu merupakan perkara biasa disetiap Hari Raya. Saya tidak dapat membayangkan betapa susahnya ibu saudara saya dan keseluruhan penduduk kampong itu menghadapi hari lebaran setiap tahun.

“Tak taulah, macam mano nak mandi besok! Nak masak susah, nak mandi susah, mak cik tak sihat” kata ibu saudara saya sedih. Hanya tinggal sedikit untuk memasak air untuk membuat teh untuk saya didalam cerek yang tua itu.

Selepas itu, saya pergi menziarahi bapa saudara saya dikampong Bintungan yang tidak beberapa jauh dari kampong saya itu. Disitu juga saya dapati tidak ada bekalan air sejak 3 hari dan sepupu saya mengatakan, “Hari Raya ni mandi sekali sehari sahaja. Air tak cukup! Sebelum tidur, lap lap badan sikit-sikit saja”

Keluarga bapa saudara saya kata keadaan itu berlaku setiap tahun. Tidak pernah cukup air dan ini merupakan fenomena biasa. Dikampong-kampong bersebelahannya pun menghadapi masalah yang sama. Anak-anak dan cucu-cucu yang telah bersedia untuk bercuti raya agak lama kembali keKuala Lumpur , Seremban dan mana-mana kerana tidak cukup air.

Hanya setakat hendak mengingatkan orang-orang dikampong untuk bertanya, “sudah kah berjumpa dengan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kawasan itu yang kebetulan rumahnya hanya tidak sampai satu batu dari rumah saya itu?”

Saya juga hairan kenapa EXCO lantikkan Mohammad Hasan tidak ambil pusing tentang masalah ini sedangkan keadaan ini berlaku setiap hari raya? Jika beliau tidak dapat untuk melaksanakan tugas maka pada tahun hadapan anak-anak kampong tidak payah balek beraya dikampong, sebaleknya membawa ibu bapa, nenek dan saudara mara keKuala Lumpur, Seremban, Melaka dan mana-mana.

Jika tidak ada bekalan air bagaimanalah mereka dikampong itu untuk merayakan hari lebaran dengan anak-anak serta cucu-cucu masing-masing?Kita baru sahaja merayakan hari kemerdekaan yang ke 53 kalinya tetapi keperluan asas pun masih tidak mencukupi untuk rakyat dikampong saya dan kampong bersebelahan untuk menikmati kemakmuran dan kejayaan yang di gembar-gemburkan.

Orang kampong saya bukannya hendak membuat ‘proposal’ untuk membangunkan Tanah Lapangan Terbang Sungei Besi; hanya setakat mahukan bekalan air yang mencukupi untuk memasak dan membasuh sahaja.

Orang kampong saya bukannya hendak membida projek besar-besar seperti projek-projek yang diminta oleh syarikat-syarikat besar untuk membina laluan berkembar keretapi dengan harga melambung sehingga puluhan billion ringgit; hanya setakat bagi mendapatkan bekalan air untuk berwudhuk dan beribadah sahaja.

Orang kampong saya bukannya orang kaya raya yang mampu menghantar sepuluh juta ringgit kekotaraya London untuk simpanan; hanya setakat hendakkan air yang mencukupi untuk beraya dengan anak-anak serta cucu-cucu yang pulang berhari raya setahun sekali.

Tidak dapat dibayangkan jika ada kematian dihari raya itu; bagaimana orang kampong hendak mandikan jenazah? Tidak ke terfikir oleh pihak yang berwajib tentang perkara itu?

Itu sahaja pemintaan orang kampong saya. Saya berharap Mohammad Hasan akan melakukan sesuatu bagi orang kampong saya melalui EXCO lantikkannya yang setakat ini tidak tahu membuat sesuatu untuk saudara mara dikampongnya sendiri.

Bukannya apa. Orang kampong jangan diperlakukan sebagai tempat untuk menaikkan diri dan peribadi sendiri sahaja. Kapada ADUN yang juga EXCO lantikkan Mohammad itu, saya berpesan sebagai orang sekampong, tinggalkanlah nama, jangan tinggalkan belang.

Malu-malulah sikit! Lalu lalang setiap hari dengan berderebar didepan mata orang kampong tetapi bekalan air pun tak mencukupi. Jangan jadi seperti kaduk naik junjung, atau sikudung dapat cincin.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/09/raya-yang-tidak-raya.html

9/21/10

Penduduk tidak tenang


Sinar Harian 21 Sep 2010

AMPANGAN – Pembukaan Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pastinya mempercepatkan perjalanan tetapi tidak kepada penduduk Taman Bukit Margosa apabila hidup mereka tidak lagi tenang sejak lebuh raya itu dibuka kepada pengguna.

Ia berikutan kejadian jenayah terutama pecah rumah kerap berlaku di taman itu sejak kemudahan Lekas yang dibina melalui taman itu beroperasi awal bulan ini.

Mana tidaknya, sebahagian taman perumahan itu terletak di sebelah kiri lebuh raya empat lorong itu, sementara sebahagian lagi di sebelah kanan dengan laluan susur disediakan untuk membolehkan pengguna lebuh raya keluar masuk ke taman berkenaan.

Keadaan itu dipercayai memudahkan penjenayah memasuki taman berkenaan dan selepas melakukan pecah rumah atau mencuri, mereka segera melarikan diri dengan memasuki semula lebuh raya.

Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Margosa, Azizul Rahman Md Yusof berkata, jika sebelum ini penjenayah merosakkan atau meloloskan diri melalui pagar taman tetapi kini mereka dikesan menggunakan laluan masuk dan keluar ke taman berkenaan yang menghubungkan Lekas sebagai jalan pintas untuk melarikan diri.

“Berikutan beberapa kejadian yang tidak diingini, anggota SRS taman ini terpaksa memperhebatkan aktiviti rondaan malam sehingga pagi bagi memastikan kawasan perumahan kami tidak dijadikan sasaran penjenayah.

“Setiap malam, seramai 10 anggota SRS menjalankan tugas membuat rondaan bagi memastikan kegiatan jenayah dapat dibanteras," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga mendapat kerjasama polis yang kerap mengadakan rondaan di kawasan berkenaan.

"Kami kini terpaksa lebih berwaspada dengan memastikan tahap keselamatan rumah masing-masing berada pada tahap terbaik.

“Saya percaya kedudukan taman ini berhampiran lebuh raya memudahkan penjenayah mengambil kesempatan melakukan kegiatan tidak bermoral," katanya.

Selain itu katanya, kejadian rempit juga semakin menjadi-jadi apabila mereka menjadikan laluan lebuh raya sebagai litar sehingga menyebabkan ketenteraman penduduk juga terganggu.

"Kenderaan yang lalu-lalang pula terlalu laju, sekali gus mengundang bahaya kepada penduduk di kawasan perumahan ini.

“Saya harap pihak lebuh raya dapat sediakan laluan garisan kuning bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya bahawa mereka berada di kawasan perumahan dan meletakkan papan tanda memperlahankan kenderaan,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, beberapa jalan di Taman Bukit Margosa rosak teruk selepas pembinaan lebuh raya Lekas dan Taman Jemerlang apabila kenderaan berat menggunakan jalan taman sebagai laluan.

“Saya sendiri sudah maklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) melalui e-Public. Diharap tindakan segera dapat diambil kerana keadaan jalan yang berlubang amat berbahaya kepada penunggang motosikal,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8199548.asp

Hutan simpan di Negeri Sembilan gondol


Hutan Simpan Kekal Johol telah mula digondolkan sejak pertengahan 2009. Dikesan dan dibuat secara terang - terang. Sekitar September 2009 hingga awal 2010 bukan menjadi rahsia lori balak keluar dan masuk. Laporan telah dibuat namun semuanya senyap dan sunyi.

Malah pembalak haram secara berani meletakkan papan tanda 'Awas Lori Balak keluar dan masuk' dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Johol berdekatan Kawasan rekreasi Air Terjun Johol. Iaitu terletak antara jalan yang menghubungkan Kg Batu, Rembau dan Inas, Kuala Pilah.

Setelah mendapat desakan akhbar Sinar membuat juga liputan mengenai penebangan hutan simpan kekal ini malangnya jawapan cukup 'sengal' dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang menasihatkan orang asal di Negeri Sembilan akan mengawal pembukaan tanah dan seumpamanya.

Kawasan gondol itu sebelum ini ialah rimba yang penuh pohon berharga.

Mohon hebahan media dan desak penjelasan terbuka dari pemerintah. Yang bertanggungjawab harus dihukum.

Untuk pengetahuan semua pencurian balak bukan sahaja di Hutan Simpan Johol yang sebahagianya masuk kawasan Parlimen Rembau tetapi turut terjadi di beberapa kawasan lain dalam negeri ini tanpa ada tindakan yang dilihat tegas.

Berita penuh dan gambar hutan yang dah gondol di http://chegubard.blogspot.com/2010/09/hutan-simpan-di-negeri-sembilan-gondol.html

9/20/10

PBT turun kain rentang

Sinar Harian 20 Sep 2010

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun melahirkan rasa kecewa atas tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurunkan kain rentang ucapan Aidilfitrinya tanpa sebab.

Aminuddin berkata, empat kain rentang yang mengandungi ucapan Aidilfitri digantung di sekitar Seremban ditanggalkan PBT sebelum Aidilfitri lalu.

“Kain rentang berkenaan mampu bertahan selama 12 jam sahaja selepas ia digantung pada malam 7 September lalu.

“Keesokan harinya, kain rentang berkenaan diturunkan pihak PBT sekitar jam 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tindakan itu jelas menggambarkan sikap yang tidak matang.

“Saya melihat keadaan ini tidak berlaku di negeri lain. Pemimpin mahupun ADUN pembangkang dibenarkan menggantung kain rentang ucapan Aidilfitri tanpa prejudis.

“Saya amat terkilan kerana kain rentang ini hanya mengandungi ucapan hari raya tanpa mengandungi unsur politik,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, kain rentang miliknya juga turut ditanggalkan pihak PBT.

“Tindakan ini tidak adil kerana kain rentang yang dipasangkan hanya mengandungi ucapan hari raya, bukannya mengandungi unsur provokasi.

“Lebih terkilan apabila kain rentang daripada ADUN yang digantung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri turut ditanggalkan meskipun ia di kawasan mereka,” katanya.

Menurutnya, beliau telah meminta PBT memulangkan kain rentang terbabit tetapi pihak berkenaan enggan melakukannya.

Difahamkan, kain rentang milik ADUN Paroi, Taufek Abd Ghani dan ADUN Ampangan, Rashid Latiff turut mengalami situasi sama.

Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latif tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8193055.asp

9/18/10

Labu ditenggelami banjir kilat


Hujan lebat hampir tiga jam mengakibatkan banjir di Kg. Seri Batu 8, Labu, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia 18 Sep 2010

RASAH 17 Sept. - Hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi ini mengakibatkan beberapa kawasan penempatan di sekitar Labu dekat sini ditenggelami air.

Banjir kilat berpunca daripada taburan hujan luar biasa itu menyebabkan penduduk serta beberapa peniaga di kawasan itu mengalami kerugian akibat peralatan rumah mereka rosak.

Hujan lebat bermula pukul 2 pagi ini mengakibatkan beberapa buah kedai ditenggelami air setinggi 1.21 meter.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan terbabit mendapati kebanyakan penduduk serta beberapa anggota keselamatan sibuk membersihkan kesan lumpur akibat banjir.

Difahamkan beberapa kawasan lain di sekitar Labu turut mengalami banjir selain beberapa buah jambatan menghubungkan beberapa buah kampung turut rosak teruk.

Seorang peniaga di Kampung Seri Batu 8, Li Poh Ying, 38, memberitahu, banjir itu merupakan antara yang terburuk pernah berlaku sejak mendiami kawasan berkenaan lebih 20 tahun lalu.

"Ketika kejadian, saya berada di rumah kedai ini. Saya hanya menyedarinya setelah orang ramai mula memberitahu paras air mulai naik dan ia berlaku dalam sekelip mata sahaja.

"Saya tidak sempat menyelamatkan harta benda saya dan ketika itu saya hanya berdoa supaya anak-anak saya selamat," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Seorang penduduk, Yap Yuen Chaw, 64, berkata, kawasan itu memang sering dilanda banjir.

"Hampir kesemua kedai di kawasan ini ditenggelami air termasuk kedai anak saya. Saya percaya kejadian ini berpunca daripada projek di kawasan Sendayang mengakibatkan limpahan air sungai memasuki kawasan berdekatan hingga menyebabkan banjir," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Ismail Mohd. Yusof memberitahu, sebanyak tiga jentera bersama 12 anggota dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu membersihkan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir kilat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

2,000 penduduk alami banjir kilat paling teruk

Harian Metro 18 Sep 2010

SEREMBAN: “Air naik secara tiba-tiba menyebabkan kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah,” kata seorang warga emas yang menjadi mangsa banjir kilat di Kampung Baru Labu, Batu 8, Labu, dekat sini, semalam.

Yap Yun Chaw, 63, berkata kebanyakan penduduk menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil perabot dan perkakas elektrik kerana air naik secara mendadak.

“Saya bernasib baik kerana rumah berada di tempat tinggi, namun kedai gunting seorang anak perempuan saya teruk dilanda banjir kilat. Malah, beberapa peralatan seperti peti sejuk dan radio turut rosak ditenggelami air,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kira-kira 100 rumah penduduk di beberapa kampung di Batu 8, 9 dan 10 di Labu, dekat sini, dinaiki air sedalam lebih satu meter.

Katanya, sejak menetap di kampung itu lebih 50 tahun lalu, banjir kali ini agak teruk dialami keluarganya.

Sementara itu, penduduk lain, Li Poh Ying, 38, berkata dia sekeluarga terpaksa menyelamatkan diri kerana bimbang selepas air naik secara tiba-tiba setinggi kira-kira 1.2 meter.

“Kejadian berlaku terlalu pantas kerana hujan sejak jam 2 pagi menyebabkan banyak kediaman penduduk dinaiki air. Banyak peralatan rumah seperti barang elektrik dan perabot gagal diselamatkan,” katanya.

Dia berkata, air mulai surut kira-kira sejam kemudian dan bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat bersama jentera turut berada di lokasi kejadian bagi membantu penduduk membersihkan kediaman yang dilanda banjir kilat.

Sementara itu, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan segera kepada semua mangsa yang ditimpa banjir kilat di sekitar kawasan berkenaan melalui pelbagai agensi dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi, berkata bantuan berkenaan adalah sumbangan awal kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban mangsa banjir.

“Kita sudah minta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyenaraikan semua mangsa yang terbabit dalam banjir kilat ini dan kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan kepada mangsa.

“Berdasarkan laporan yang diterima, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan beberapa langkah awal sudah diambil untuk memastikan semua mangsa mendapat pembelaan sewajarnya,’’ katanya ketika ditemui selepas melawat kawasan banjir di Kampung Batu 8, di sini.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labu, berkata pihaknya sudah mengenal pasti punca utama berlaku banjir kilat di kawasan berkenaan dan perkara itu akan diatasi segera.

Menurutnya, antara langkah mengatasi masalah itu adalah mendalamkan sungai berhampiran melalui peruntukan yang diberikan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita sebenarnya sedang berusaha untuk menjalankan projek berkenaan memandangkan peruntukannya sudah ada, cuma kita masih lagi menunggu bila projek itu akan dilaksanakan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2_000pendudukalamibanjirkilatpalingteruk/Article

9/16/10

Ceramah Perdana 23 dan 26 Sep 2010 Rembau


CERAMAH 1
Tarikh : 23 Sep 2010, Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Bandar Sri Sendayan, Seremban
Penceramah : YB Azmin Ali, YB William Leong, YB Zuraidah, YB Fuziah Saleh, YB Dato Kamarul Baharin, YB Taufek Abd Ghani dan Chegubard
Hubungi : 0126794704 Yaser

CERAMAH 2
Tarikh : 26 Sep 2010, Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Bintongan, Rembau
Penceramah : Dato Zaid Ibrahim, YB Gobalakrishnan, Rozaini Rosli, YB Taufek Abd Ghani dan Chegubard

Semua Dijemput Hadir
Pertanyaan : 012 3696474 Norazizi SU Keadilan Rembau

9/14/10

15 tahun tidak pernah dicat semula


Sinar Harian 13 Sep 2010

LOBAK – Penduduk yang tinggal di Pangsapuri Lobak di sini, merayu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mengecat semula bahagian luar bangunan pangsapuri terbabit.

Sinar Harian difahamkan, pangsapuri berusia lebih 15 tahun itu tidak pernah dicat semula sejak ia dibuka kepada orang ramai.

Penduduk, R Murugam, 62, ketika ditemui berkata, penduduk telah membuat permohonan kepada PBT supaya mengecat semula luar bangunan berkenaan tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.

Menurutnya, suara dan pendapat penduduk seolah-olah tidak dilayan oleh pihak berkenaan.

“Sejak saya tinggal di pangsapuri ini 10 tahun lalu, bangunan di sini tidak pernah dicat semula, malah keadaan bertambah teruk akibat hujan dan panas.

“Bukan sahaja warnanya telah pudar tetapi permukaan dinding bangunan juga kelihatan mengelupas akibat cat yang sudah terlalu lama," katanya.

Murugam berkata, keadaan itu secara tidak langsung memberi gambaran buruk terhadap bangunan lama yang kini kelihatan uzur di mata masyarakat.

Sementara itu, Kamarulzaman Tindek, 60, berkata, saudara-maranya yang datang ke pangsapuri itu selalu membuat andaian bahawa PBT di sini seperti tidak membuat kerja.

“Kita bukan mahu menuding jari dan salahkan sesiapa tetapi kami cuma mahu mendapatkan hak sebagai penduduk yang tinggal di pangsapuri ini sahaja.

"Kami bukannya minta mereka mengecat seluruh bangunan tetapi hanya bahagian luaran sahaja. Itu pun kerana keadaan bangunan yang kelihatan kotor seperti tidak terurus," katanya.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latif ketika dihubungi berkata, isu berkenaan tidak seharusnya timbul dan penghuni tidak sepatutnya mempersoalkan perkara berkenaan.

Menurutnya, ini sebab mereka (penghuni) perlu maklum bahawa yuran penyelenggaraan yang dibayar sebanyak RM15 bagi kos rendah dan RM20 bagi kos sederhana hanya mencukupi untuk membuat penyelenggaraan biasa sahaja.

“Kita tidak mempunyai peruntukan khusus untuk mengecat semula bangunan ini, lagipun bangunan ini adalah milik bersama, bukan milik MPS sepenuhnya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8165264.asp

9/11/10

Nasib peneroka N.Sembilan sambut Hari Raya



Terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan dan bersempadan Pahang, Felda Palong mempunyai banyak 'rahsia tersembuyi' mengenai nasib peneroka dan pekerja ladang getah milik Felda Plantations yang tidak terbela. Pelbagai masalah membelenggu kehidupan masyarakat disitu. Daripada hal pemberian hak milik geran tanah kepada peneroka sehingga ada yang tersingkir daripada tanah rancangan, masih wujud lagi pekerja ladang tempatan Felda yang memiliki pendapatan dibawah paras kemiskinan.

**************************
Hari Raya suram di Felda Palong
Oleh Jamilah Kamarudin, Free Malaysia Today

LAPORAN KHAS GEMAS: Aidilfitri menjelma lagi. Bagi umat Islam yang merayakan kemenangan setelah 30 hari menunaikan ibadah puasa, bahang kemeriahannya begitu terasa, terutamanya kanak-kanak, malah ianya turut dikongsi masyarakat lain di Malaysia.Pelbagai juadah disediakan, begitu juga pelita dihidupkan dihadapan rumah, yang dicat dan dihias serba baru, tidak lupa juga persalinan pakaian baru tradisional pada awal pagi raya.

Semua ini disediakan bagi menyambut kunjungan keluarga, sanak-saudara dan tetamu yang akan bertandang ke rumah sambil bermaafan sempena 1 Syawal.

Namun disebalik keghairahan meraikan bulan Syawal, masih terdapat golongan masyarakat yang tidak mampu menikmati semua keistimewaan itu.

Terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan dan bersempadan Pahang, Felda Palong mempunyai banyak 'rahsia tersembuyi' mengenai nasib peneroka dan pekerja ladang getah milik Felda Plantations yang tidak terbela.

Pelbagai masalah membelenggu kehidupan masyarakat disitu. Daripada hal pemberian hak milik geran tanah kepada peneroka sehingga ada yang tersingkir daripada tanah rancangan, masih wujud lagi pekerja ladang tempatan Felda yang memiliki pendapatan dibawah paras kemiskinan.

Kais pagi makan pagi
Tatkala Felda mengumumkan asetnya meningkat kepada RM6.2 bilion dalam tempoh lima tahun 2004 hingga 2009 hasil keuntungan harga komoditi sawit dan getah dan manakala pegawai eksekutifnya menikmati pendapatan bulanan yang mewah, nasib yang berbeza dialami golongan pekerja bawahan yang bekerja sebagai buruh Felda.

Bagi kira-kira 50 pekerja tempatan ladang getah milik Felda Plantations di Palong 18, hidup mereka diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Antara aktiviti kerja ladang yang dilakukan termasuklah menebas lalang, menoreh getah, meracun, membaja, dan sebagainya.

Berhempas pulas membanting tulang empat kerat enam hari seminggu (Sabtu hingga Khamis) daripada seawal 6.30 pagi hingga 7 petang, namun mereka hanya memperoleh purata upah kira-kira RM19 sehari.

"Walaupun elaun minyak dan pengangkutan disediakan, namun pendapatan kami tidak pernah mencapai sehingga RM1,000 sebulan.

"Hendak cari duit lebih dengan kerja lebih masa (overtime) pun kadangkala disekat oleh pengurusan ladang".

"Lebih malang lagi ada pekerja biasa yang hanya dapat RM400 sebulan. Kami tidak mendapat gaji asas yang tetap. Semuanya bergantung pada upah seharian," kata seorang pekerja Sulaiman Birham ketika ditemui FMT.

Sulaiman, 32, yang juga berperanan sebagai mandur di ladang tersebut sejak tiga tahun lalu berkata perkara ini telah pun diadu kepada Pejabat Buruh namun jawapan yang diterima amat mengecewakan.

"Pegawai di Pejabat Buruh menolak aduan kami kerana menurut mereka kuasa untuk menentukan tangga gaji terletak di tangan Felda Plantation," katanya.

Jumat Sariman, 40, berkata bukan setakat gaji yang diberikan terlalu rendah, malah kebajikan pekerja juga tidak dijaga dengan baik.

"Walaupun Felda menyediakan tempat tinggal bagi pekerja tetapi tiada kemudahan prasarana disediakan, malah rumah kami juga tidak dibaiki sejak pengurusan baru tahun lalu.

"Buktinya, terdapat bumbung rumah bocor dan sistem kumbahan tersumbat sejak sekian lama tetapi sehingga kini dibiarkan sahaja tanpa dibaiki walaupun sudah beberapa kali perkara ini diadukan," katanya.

Anak kera disusukan...
Jumat (kanan) yang turut bekerja sebagai mandur sejak tahun 1996 berkata, keadaan ini berbeza dengan kemudahan dinikmati pekerja warga asing yang bekerja diladang yang sama.

Seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan, pekerja asing warga Indonesia dan Bangladesh diberikan kemudahan kawasan asrama yang selesa di Palong 18.

"Sebarang aduan kami selama ini tidak pernah di beri perhatian yang sewajarnya.

"Pekerja berbangsa asing diberi segala kemudahan, manakala kami pekerja tempatan tiada hak keistimewaan seperti pekerja di sektor yang lain.

"Ada antara mereka yang 'buat kacau' di kawasan Felda dan menganggu penduduk tempatan kerana terdapat kes pecah rumah, gaduh, malah ada yang tidak menghormati pekerja tempatan," katanya.

Beliau berkata masalah ini pernah dibangkitkan kepada wakil rakyat semasa tibanya musim pilihanraya, tetapi dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa sebarang perubahan.

"Kami sudah buntu nak mengadu pada siapa. YB (wakil rakyat) sudah, Badan Khairat pun sudah.

"Masa depan kami kelam kerana pekerja tidak dibenarkan tinggal disini selepas umur mencecah 55 tahun, jadi kami dan keluarga tidak tahu kemana nak pergi.

"Sudah dua kali semasa kempen pilihanraya (tahun 2008 dan 2004) mereka janji nak bagi kami status peneroka tapi sampai sekarang tak ada apa.

"Bila ditanya wakil rakyat, beliau hanya kata perkara ini akan dibawa ke Sidang Rakyat," katanya.

Ditanya mengenai persiapan raya pada tahun ini, Sulaiman berkata tiada apa yang istimewa namun masih mengutamakan persiapan terhadap tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga dua tahun.

"Kami sambut hari raya secara sederhana. Selain memasak sendiri kuih raya, hanya baju baru yang mampu dibelikan kepada anak-anak.

"Tak boleh belanja lebih dari itu kerana pendapatan saya yang tidak seberapa," katanya.

Sumber : http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/10111-hari-raya-suram-di-felda-palong

Video temuramah rintihan peneroka Felda Palong di http://www.youtube.com/watch?v=J3jCF-Mwrzg

Soalan utk MB N.Sembilan, agihan sumbangan raya

Dari Blog Singalautmetro
SOALAN UNTUK MB NEGERI SEMBILAN: PENGAGIHAN SUMBANGAN RAYA DI PORT DICKSON IKUT PILIH KASIH?
TERDENGAR yang tidak enak di pagi raya. Ada warga emas berusia 80-an tidak lagi mendapat sumbangan raya daripada Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Port Dickson. Kisahnya di Kampung Bukit Tembok.

Tak payahlah nak salahkan Menteri Besar sangat. Kita kena realistik sikit masalah yang ini. Yang wajib ditanya ialah JKKK termasuk Ketua Kampung. Bagaimana ada kes warga emas yang dulu pernah menerima sumbangan sempena Aidilfitri, tapi kali ini namanya tercicir. Bila ditanya semula, jawapan yang ditemui hanyalah jawapan yang meraban dan kalut.

Bukan soal dapat yang dipertikaikan, tapi soal hak. Kalau warga emas itu memang berhak, tapi tidak dapat sumbangan, itu yang mesti diteliti dan difikirkan semula. Banyak sebenarnya kes begini, tetapi sebagai contoh seorang warga emas Pesah Said. Apalah salah

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/soalan-untuk-mb-negeri-sembilan.html

Adakah CCTV di Port Dickson pembaziran ?

Beberapa CCTV telah dipasang di Port Dickson pada Februari 2010. Tetapi ADUN Port Dickson mempertikaikan keberkesanan system CCTV di bandar pelancongan ini, adakah ianya berkesan untuk mencegah atau mengurangkan kes jenayah. Sebanyak 36 kamera CCTV dipasang secara berperiingkat. Menurutnya kos penyengeraan ialah RM 30,000.00 sebulan selama 10 tahun. Satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah dibuat berhubung isu ini.

Friday September 10, 2010
PD rep riled up over faulty CCTV system

PORT DICKSON: The closed-circuit television (CCTV) system installed in this resort town early this year is not functioning properly and this has its assemblyman M. Ravi all riled up.

He claimed that the CCTV system, which was launched in February, was merely a “decoration” and served no purpose.

“The local council should be answerable as a lot of money was spent on the system,” he said after lodging reports at the Malaysian Anti-Corruption Commission office and the district police station here on Wednesday.

Ravi said he was told during the recent state assembly meeting that 36 CCTV cameras were installed in the town in stages.

He said under the first phase, the Port Dickson Municipal Council fixed 20 cameras early this year, for which it was supposed to pay a company RM30,000 a month for the next 10 years.

Ravi said the cost of the remaining 16 units was to be borne by the Housing and Local Government Ministry but he was not given details about this.

“If the cameras were up and running, police may have obtained some leads into the recent murder of a teacher and her son.

“The authorities should seriously look into this,” he said, describing the CCTV system as a “joke”.

Ravi said he lodged the report with MACC because he wanted to know if proper procedures were followed when the contracts were awarded for the CCTV installation.

Council president Wahab Shamsuddin could not be reached for comment.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F10%2Fnation%2F7004551

9/9/10

Banner Hari Raya hanya mampu bertahan selama 12 Jam . Tahniah MPS !

Dari Blog ADUN Sikamat

08 September 2010

Banner Hari Raya hanya mampu bertahan selama 12 Jam . Tahniah MPS !
8hb Sept 2010 - Banner Hari Raya YB Aminuddin Harun ADUN Sikamat hanya mampu bertahan selama 12 jam selepas dipasang jam 11 malam semalam . Banner banner tersebut telah dipasang di beberapa tempat strategik oleh AJK MMR ( Majlis Muafakat Rakyat ) Dun Sikamat . Banner tersebut telah diturunkan seawal jam 9.30 pagi selepas dimaklumkan oleh salah seorang AJK MMR Dun Sikamat . Sekitar jam 2.30 petang , 2 lagi banner telah diturunkan .

Menurut sumber , banner tersebut telah diturunkan oleh pihak MPS ( Majlis Perbandaran Seremban ) .Kejadian ini bukan sahaja melibatkan ADUN Sikamat , tetapi juga melibatkan banner ADUN Ampangan , Nilai dan Temiang .Semuanya didalam kawasan Parlimen Seremban . Ahli Parlimen Seremban , YB John Fernandez telah dimaklumkan tentang perkara itu dan beliau membuat bantahan kepada MPS dan meminta memulangkan banner banner tersebut namun pihak MPS enggan melakukannya .

Sumber : http://aminuddinharun.blogspot.com/2010/09/banner-hari-raya-hanya-mampu-bertahan.html

9/7/10

Tiga anak tak sekolah sebab susah di Port Dickson


Pendam hasrat ke sekolah
Sinar Harian 7 Sep 2010

TANJUNG AGAS – Bapa kepada tiga anak, Abu Bakar Shahbudin, 69, hanya mampu pasrah dengan kehidupannya sekarang yang lumpuh separuh badan sehingga tidak mampu menanggung kehidupan keluarganya.

Akibat daripada itu, keperluan kehidupan mereka sekeluarga kini digalas isterinya, Mutiana Sadili, 46, menjadikan kehidupan mereka tidak sebaik orang lain.

Lebih malang, tiga anaknya berusia antara sembilan hingga 14 tahun tidak bersekolah.

Abu Bakar berkata, dahulu kehidupannya bersama isteri yang juga perkahwinan keduanya bahagia walaupun hidup dalam kesederhanaan, namun berubah sedikit demi sedikit dan semakin teruk apabila lumpuh separuh badan.

“Anak sulung pernah sekolah sehingga Tahun Empat dan terpaksa berhenti sekolah atas sebab kesempitan hidup.

“Sekarang ini apabila kami mahu daftarkan mereka semua untuk kembali ke sekolah pelbagai kekangan timbul dan akhirnya ketiga-tiga anak saya tidak bersekolah,” katanya,

Menurutnya, ada yang menyatakan perkahwinan dia bersama wanita Indonesia menjadikan urusan itu sukar namun ia tidak logik.

“Anak saya mempunyai surat beranak tetapi urusan untuk persekolahan mereka sukar menyebabkan mereka tidak bersekolah.

“Anak kini hanya belajar membaca dan menulis di rumah, bagaimanapun diakui walaupun anak sulung sudah berumur 14 tahun tetapi tahap penguasaannya untuk membaca amat rendah berbanding rakan seusianya yang mendapat pendidikan baik,” katanya.

Abu Bakar berkata, kehidupannya hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal yang disalurkan tetapi ia tidak menentu.

“Isteri saya adalah warga Indonesia dan amat sukar mencari pekerjaan berikutan dia tidak mempunyai kad pengenalan.

“Bukannya tidak mahu memohon kad pengenalan tetapi tidak diluluskan atas beberapa sebab yang diberikan pihak berkenaan,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia mengalami lumpuh separuh badan, namun sekarang ini, dia tidak pernah mengambil sebarang ubat-ubatan atau membuat sebarang rawatan berikutan kekangan kewangan.

Sementara itu, Mutiana berkata, keluarganya masih belum dapat membuat apa-apa persiapan bagi sambutan hari raya yang akan menjelang beberapa hari lagi.

“Kehidupan kami sama sahaja sama ada hari biasa ataupun hari raya.

“Saya juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka yang datang membaik pulih rumah ini serta menghulurkan bantuan,” katanya.

Abu Bakar dan keluarganya kini menetap di rumah pusaka arwah ibu bapanya dengan keadaannya sungguh uzur serta usang.

Bumbung rumah sudah bocor dan rapuh sementara struktur kayu serta dinding telah reput dimakan anai-anai.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8150921.asp

Isteri derita sakit buah pinggang


Sinar Harian 7 Sep 2010

SIMPANG GELAMI - Derita penyakit dialami Siti Aizah Idris, 41, bagaikan satu dugaan besar yang perlu dihadapi bersama suami tercinta.

Siti Aizah bersama tiga anaknya tinggal di rumah pusaka tinggalan bapanya sejak kecil terpaksa berulang-alik ke Seremban untuk menjalani rawatan.

"Saya mengalami masalah buah pinggang sejak tiga tahun lalu terpaksa menjalani dialisis sebanyak tiga kali seminggu di sebuah hospital dengan kos perbelanjaan RM60 sekali rawatan.

"Saya juga mengalami masalah penglihatan sejak lima tahun lalu dan kini bertambah teruk sejak saya menjalani rawatan dialisis tersebut,” katanya.

Menurutnya, suaminya hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Bagaimanapun, Siti Aizah memperoleh bantuan Baitulmal dan sudah memohon bantuan sebanyak dua kali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Aizah berkata, dia masih belum ada jawapan daripada pihak terbabit tetapi beberapa wakil JKM sudah meninjau keadaannya.

Penderitaan dialami Siti Aizah mendapat perhatian Parti Islam SeMalaysia (Pas) kawasan Jelebu dengan menghulurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan harian.

Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Jelebu, Jamlus Mansor berkata, sumbangan berkenaan adalah usaha pihaknya dalam membantu masyarakat yang susah di daerah terbabit.

"Menjelang hari raya ini banyak keperluan yang perlu disediakan. Justeru, sumbangan ini diharap dapat mengurangkan beban yang dialami Siti Aizah sekeluarga.

"Kami juga akan memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini berikutan Siti Aizah terpaksa berbelanja besar bagi menjalani rawatan kesihatan di Seremban," katanya.

Sempena Ramadan, Pas kawasan Jelebu turun padang memberi sumbangan kepada anak yatim, golongan orang kurang upaya (OKU) dan fakir.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua Pas kawasan Jelebu, Nor Hanif Selamat.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8151735.asp

9/3/10

Jamuan Raya PAS N.Sembilan 2 Okt dan 25 Sep



JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg. Ismail, Ampangan, Seremban
Tetamu dan penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR NS
YB Ean Yong Ting Sin , ADUN Lukut / Tim Peng. DAP NS
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua dijemput hadir
Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH UMUM
Tarikh : 25 September 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Lot 13015, Batu 3, Jln Kuala Pilah, Ampangan, Seremban
Tetamu dan penceramah :
Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Shamsul Iskandar Mat Akin , Ketua AMK
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua dijemput hadir
Anjuran : Usrah Gabungan PAS Gedung Lalang, Ampangan


Tazkirah Ramadhan




9/2/10

Laporan polis dakwa PM hina mahkamah


Seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mengandungi unsur menghina Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes saman peneroka Felda kemahang Tiga di Kelantan.

Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Nor.

Laporan tersebut dibuat oleh yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli di balai polis Dang Wangi di ibunegara pada kira-kira jam 10.45 pagi.

Beliau diringi oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman serta pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar dan tiga peneroka Felda jempol.

Dalam laporannya, Abd Rahman mendakwa, Najib membuat ucapan tersebut ketika berbuka puasa dengan peneroka Felda Gugusan Serting, Negeri Sembilan pada 26 Ogos di Masjid Bandar Seri Jempol.

Beliau mendakwa perdana menteri dilaporkan oleh media sebagai berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kerana peguam yang mewakili Felda tidak hadir, dan bukan disebabkan olen penipuan.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga kerana menipu mereka berhubung gred buah kelapa sawit.

Dalam laporan polis itu, Abd Rahman mendakwa kenyataan Najib bahawa beliau akan pastikan perbicaraan kes yang serupa di masa akan datang bakal dimenangi Felda adalah "suatu campurtangan dan ugutan kepada badan kehakiman kerana beliau adalah perdana menteri".

Dalam aduannya juga, Abd Rahman turut memetik laporan kenyataan Ahmad yang mendakwa "keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan oleh wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya di pihak Felda seperi yang didakwa oleh sesetengah pihak".

Sehubungan itu, Abd Rahman mendakwa kenyataan ahli parlimen Pontian itu adalah "ungkapan melampau, biadap dan tidak menghormati keputusan mahkamah".

"Keputusan hakim akan dibuat berasaskan fakta kes dan tidak wajar dipertikaikan. Bahkan perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, barisan peguam Felda hampir 10 orang yang hadir.

"Jadi tidak timbul sama sekali Felda kalah kerana peguam mereka tidak hadir," laporan polis itu dipetik.


http://malaysiakini.com/news/141717

Surau terbiar


Sinar Harian 2 Sep 2010

AMPANGAN – Walaupun baru setahun Surau Rumah Rakyat Dusun Nyior di sini dinaik taraf tetapi keadaannya hari ini dilihat bagaikan tidak terurus.

Bumbung bocor, kayu bumbung dimakan anai-anai dan kawasan sekitar yang tidak diselenggarakan dengan baik menimbulkan ketidakselesaan kepada jemaah.

Seorang penduduk, Amir Hamzah Ahmad, 44, berkata, pihaknya sebelum ini telah beberapa kali memaklumkan masalah itu kepada pihak bertanggungjawab tetapi malangnya tiada tindakan diambil sehingga kini.

Menurutnya, agak mendukacitakan apabila tempat menunaikan ibadat tidak dijaga dengan baik sedangkan ia menjadi tumpuan ramai penduduk beragama Islam.

“Sepatutnya ruang ibadat dijaga dan sentiasa dibersihkan dari masa ke semasa tetapi surau di sini kelihatan suram serta kurang diselenggarakan.

“Jika keadaan ini dibiarkan begitu sahaja, ia akan menjadi bertambah teruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Amir Hamzah berkata, pihaknya yang prihatin dengan keadaan itu pernah membuat permohonan mendapatkan peruntukan untuk mengecat surau berkenaan tetapi tidak berhasil.

:"Walaupun jemaah yaberkunjung ke surau tidak ramai, ia bukannya alasan untuk pihak yang dipertanggungjawabkan membiarkannya begitu sahaja.

“Jika kita jaga dengan baik rumah ibadat ini, saya percaya lama-kelamaan penduduk di sini akan tertarik untuk datang ke surau," katanya.

Menurutnya, faktor surau berkenaan suram dan terbiar mungkin disebabkan aktiviti yang jarang diadakan.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, keadaan longkang di luar kawasan surau dibiarkan kotor dan dipenuhi semak-samun.

Sementara itu, Zulkhir Abd Rahman, 45, berkata, keadaan longkang yang tidak diselenggarakan dengan baik mengundang masalah pembiakan nyamuk Aedes, sekali gus menjejaskan pemandangan sekitar rumah ibadat.

“Janganlah bila sudah berlaku sesuatu barulah kita mahu mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dusun Nyior, Mohd Rafiq Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, surau berkenaan baru dibaik pulih tahun lalu.

"Saya akui, surau ini dilihat kurang aktif berikutan tidak ramai penduduk yang datang menunaikan solat.

“Sebenarnya peruntukan baik pulih surau ini adalah RM70,000 dan kerja naik taraf siap sepenuhnya pada 19 Jun tahun lalu," katanya.

Menurutnya, jika kerosakan kecil seperti bumbung bocor, ia boleh dibaiki sendiri dan surau berkenaan tidaklah seteruk seperti digambarkan.

Sementara itu mengulas mengenai masalah longkang, Mohd Rafiq berkata, selagi kerja membuat kolam pembetungan di kawasan berkenaan tidak disiapkan, ia tidak dapat diselesaikan.

“Saya harap penduduk bersabar kerana peruntukan masih belum diperoleh. Saya percaya jika kolam pembetungan siap, semua masalah akan selesai," katanya.

PAS selami masalah orang Asli di Rembau

Anak derita tiada lubang dubur
Sinar Harian 2 Sep 2010

MIKU - Sepasang suami isteri tidak menyangka kelahiran anak sulungnya yang baru berumur 10 hari, mengalami kecacatan iaitu ketiadaan lubang dubur.

Nor Khairi Osman, 30, berkata, bayinya mempunyai satu bukaan pada sebahagian usus atau saluran kencing di permukaan atas perut sebagai saluran keluar untuk bahan kumuh seperti najis dan air kencing.

Menurutnya, dia sedih melihat anaknya kerap menangis kerana sakit yang ditanggung terutama ketika isterinya mencuci najis.

Bagaimanapun, Nor Khairi melahirkan rasa syukur kerana anaknya dijangka dibedah November nanti.

“Saya harap anak selamat menjalani pembedahan dan dapat melalui kehidupan normal seperti bayi lain.

“Sebagai ayah sudah tentu saya mahu melakukan yang terbaik untuk anak dan tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggungnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program bersama Pas Bahagian Rembau di Kampung Orang Asli Pabai, Miku.

Menurutnya, perkara paling membimbangkan mereka suami isteri adalah kos pengangkutan dan makan minum sepanjang berada di hospital kerana anaknya akan dibedah di hospital di Kuala Lumpur.

“Saya dia tidak mempunyai kerja tetap dan hanya melakukan kerja kampung bagi menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Mujurlah kos pembedahan ditanggung sepenuhnya pihak hospital. Jika tidak makin bertambah buntu kami suami isteri,” katanya yang berasal dari Pahang dan berkahwin dengan wanita Orang Asli yang memeluk Islam sejak 2003.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, program kali ini fokus terhadap masyarakat Islam orang Asli dalam usaha menyampaikan bantuan dan sumbangan berupa barang keperluan dapur serta wang tunai.

“Saya harap melalui sumbangan ini dapat menceriakan penerima dan menunjukkan keprihatinan kami menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Masyarakat orang Asli memerlukan lebih banyak perhatian supaya tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek terutama pendidikan,” katanya.

Menurutnya, masalah yang dihadapi Nor Khairi akan dipanjangkan kepada pihak berkaitan seperti Baitulmal untuk memohon bantuan kos perubatan bagi mengurangkan beban ditanggung keluarga.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8131325.asp

Kepada orang ramai yang ingin membantu mereka yang memerlukan melalui PAS Kawasan Rembau sila hubungi Tn Hj Roni , Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau Tel : 012-2268230
Sumbangan boleh disalurkan melalui Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
Maklumat lanjut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html
Blog Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau http://kebajikanrembau.blogspot.com

Penduduk Bandar Seri Jempol alami masalah bekalan air


JELANI Saleh terpaksa menadah air di tepi jalan untuk dibawa ke rumahnya di Jempol.
------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia 2 Sep 2010

JEMPOL 1 Sept. - Ketika penduduk di kawasan lain tenang menjalani ibadat puasa, segelintir penduduk di Bandar Seri Jempol dekat sini merana kerana mengalami masalah bekalan air.

Bekalan air yang mula terjejas sejak seminggu lalu ternyata amat menyukarkan penduduk untuk menjalani kehidupan seharian.

Jika dulu mereka memperoleh bekalan selama 24 jam, kini bekalan air hanya diperoleh pada waktu tengah malam.

Menurut salah seorang penduduk, Jelani Saleh, 51, pada bulan ini sahaja sudah tiga kali mereka berhadapan gangguan bekalan air.

"Jika bernasib baik, air akan diterima pada tengah malam dan waktu bersahur. Mujur kini bulan Ramadan. Sambil bersahur, kami menadah bekalan air," tambahnya.

Katanya, aduan telah dibuat dengan menghubungi talian bebas tol, namun dia mendakwa gagal menghubungi pegawai bertugas.

"Kadang kala saya terpaksa mandi di tepi jalan menggunakan air yang dihantar oleh lori. Ini kerana sudah penat mengangkat bekalan air untuk dibawa ke dalam rumah," ujarnya.

Sementara itu, Hazlina Assan, 42, berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Tidak lama lagi musim perayaan bakal tiba. Bekalan air amat di perlukan, masalah ini turut menyebabkan persiapan hari raya terbantut.

''Tanpa bekalan air kami tidak dapat membuat kuih dan membersihkan rumah," katanya.

Ujarnya, perayaan yang bakal tiba pasti tidak bermakna jika masih menghadapi masalah bekalan air dan keadaan itu akan mengakibatkan mereka tidak selesa.

Sementara itu, Pengurus Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) daerah ini, Nordin Mohd. Ali berkata, masalah ini berpunca daripada tekanan air rendah di tangki air Serting, dekat sini.

"Pam juga mengalami kerosakan dan mengambil masa untuk diperbaiki.

''Pada Isnin lalu, Sains telah menaikkan tekanan air dan pada masa yang sama lori tangki air tetap menghantar bekalannya sehingga masalah ini dapat diselesaikan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm