Sinar Harian 26 Okt 2010
KUALA KLAWANG - Simpang empat menghala ke Masjid Jamek Jelebu, dekat sini kini ibarat menunggu mangsa berikutan ketiadaan lampu isyarat di kawasan berkenaan.
Jalan Kuala Klawang-Genting Peras itu yang menjadi laluan utama bagi penduduk ke pekan.
Lebih membimbangkan, pengguna jalan raya dilihat memberanikan diri untuk masuk ke simpang tanpa bantuan lampu isyarat sehingga menyebabkan pernah berlaku kemalangan sebelum ini.
Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, persimpangan berkenaan merupakan jalan utama ke pekan dan pejabat-pejabat pentadbiran kerajaaan, serta terdapat beberapa sekolah di kawasan berhampiran.
Malah, bangunan tinggi juga dikatakan menghalang pandangan pemandu dan meningkatkan tahap risiko kemalangan.
Imam 1 Masjid Jamek Jelebu, Nordin Salleh berkata, sebelum ini pernah belaku kemalangan teruk sehingga menyebabkan kematian selepas terbabit dalam kemalangan di simpang berkenaan.
Lebih membimbangkan, katanya, bilangan pengguna kenderaan melalui jalan itu semakin bertambah dari hari kesehari.
"Sebelum ini, sering berlaku kemalangan akibat jalan yang sibuk serta pengguna jalan raya yang kian bertambah dari hari ke hari.
"Hal ini membimbangkan terutamanya pelajar sekolah yang berhampiran sering lalu lalang di persimpang tersebut untuk pergi dan pulang ke sekolah,’’katanya kepada Sinar Harian di sini.
Nordin berkata, dengan adanya lampu isyarat, ia akan mengurangkan sedikit kebimbangan para pengguna jalan raya yang berulang alik menggunakan jalan berkenaan.
"Saya mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan strategik dalam menangani isu keselamatan pengguna jalan raya di kawasan ini.
"Ini untuk kebaikan semua pihak. Malang tidak mengenal usia, nama, pangkat dan semuanya adalah tanggugjawab kita bersama," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8334687.asp