KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/30/10

Third party, Menteri tidak rasai kesusahan rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Nov 2010 : Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan 'third party' kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat.

"Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini.

"Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus," kata beliau.

Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu.

"Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan.

"Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat," katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini.

Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

"5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi," katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan "third party" kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas.

Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing.

"Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29618:third-party-menteri-tidak-rasai-kesusahan-rakyat&catid=1:utama&Itemid=50

11/29/10

Kejohanan Futsal 25 Dis 2010 di Nilai, N.Sembilan





KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA 2010
Sabtu 25 Disember 2010
8.30 pagi - 2.30 ptg
Di Gelanggang Futsal Nilai, N.Sembilan

Yuran penyertaan RM80

Tarikh tutup penyertaan 20 Dis 2010

Maklumat lanjut hubungi :
Khalid 013-2657932
Zul 016-2097990
Husain 019-3329691

Downpour causes landslip and flood

New Straits Times 29 Nov 2010

SEREMBAN: Hours of heavy rain caused a landslip here and left 10 homes in Taman Sri Pulasan, Labu, near here, flooded up to knee-level.
Part of a hill near the residential area collapsed during the rain at 12.30pm yesterday, sending sand and soil flowing into some homes.

Noor Iazam Muhd Khusri, 28, whose house is located near the hill, said the soil had clogged his drains and pipes which caused the water to rise quickly.

"It happened so quickly that we didn't have time to salvage our belongings, or remove our furniture and cars parked in the porch.

"The flood caused a lot of damage," he said at his home.

Another resident, Noor Fadliana Nordin, 28, claimed that the rapid rise of the water level was due to prior heavy rain which occurred last Thursday afternoon.

"The last time it rained this heavily, it was not as serious as this. Our drains have been clogged up since Thursday and today's heavy rain made the situation worse," she added.

Fadliana hopes the local authority would help the residents clean the drain and build a concrete divider along the hill to prevent a recurrence.

http://www.nst.com.my/nst/articles/22slid/Article

11/26/10

Kursus Pulih Semangat Untuk Pemimpin N.Sembilan


Dari Blog Singalautmetro

KURSUS PULIH SEMANGAT UNTUK PEMIMPIN NEGERI SEMBILAN DI HUTAN LIPUR PASIR PANJANG, PORT DICKSON

AMATLAH elok menjelang pilihanraya, pemimpin BN di Negeri Sembilan menghadiri kursus memulihkan semangat atau ikhtiar hidup dengan menjalani dua modul latihan yang ada di Hutan Lipur Pasir Panjang, Port Dickson.

Seorang sahabat di Seremban mencadangkan latihan itu bertujuan memulih atau menguatkan semangat pemimpin BN negeri berkenaan menjelang pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan tahun depan. Ini penting bagi memastikan mereka telah bersedia untuk berdepan satu keadaan apabila pembangkang telah mula dilihat berjaya mendapat tempat di pasaran politik negeri itu.

Tentunya dua modul yang amat sesuai dihadiri kesemua pemimpin BN ialah modul latihan turun tangga dan abseiling di tebing hutan lipur yang hampir runtuh itu.

Jika mereka berani menjalani latihan di kedua-dua modul itu, bermakna mereka layak untuk bertanding semula pada pilihanraya akan datang.

Namun permintaan sahabat dari Wisma Persekutuan Seremban itu ialah latihan berkenaan mesti didahului oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Kata sahabat itu lagi, jika mereka takut dan rasa ingin terkencing, eloklah kesemua pemimpin BN menggunakan tandas yang disediakan di hutan lipur itu. Di situ ada tandas konsep baru diperkenalkan di dunia dan Negeri Sembilan merupakan negeri pertama memperkenalkannya. Konsep tandas tanpa air tanpa tisu!

Untuk membasuh najis, pengunjung hanya perlu berendam di laut yang hanya beberapa meter di bawah bukit hutan lipur berkenaan!

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/kursus-pulih-semangat-untuk-pemimpin.html

11/25/10

Bumbung jejantas Ampangan bocor


RAZALI Husin menunjukkan bumbung jejantas yang rosak dan tidak diselenggara pihak berkuasa tempatan di Ampangan, Seremban, semalam.
--------------------------

Utusan Malaysia 25 Nov 2010

SEREMBAN 24 Nov. – Kebanyakan penduduk di Taman Ampangan kecewa kerana jejantas berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Ampangan di sini tidak diselenggara dengan baik.

Mereka kesal kerana masalah bumbung jejantas bocor, anak tangga jejantas reput dan membahayakan pengguna serta longkang berhampiran tersumbat tidak ditangani segera.

Ini kerana masalah itu menjejaskan keselesaan dan keselamatan penduduk yang sering menggunakan kemudahan berkenaan.

Selain itu, jejantas tersebut juga didakwa menjadi lokasi tumpuan remaja untuk melampiaskan nafsu mereka.

Malah penduduk turut mendakwa, kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sejak 16 tahun lalu itu turut disalahgunakan apabila dijadikan sebagai lokasi melepak.

Seorang penduduk, Razali Husin, 68, berkata, dia terlalu kecewa dengan perkembangan tersebut, lebih-lebih lagi apabila membabitkan golongan remaja bawah umur.

“Mereka telah menyalahgunakan kemudahan yang disediakan ini. Kerajaan dirikan jejantas ini untuk orang melintas, bukannya tempat untuk melakukan maksiat.

“Biasanya, mereka akan naik secara berpasangan lebih kurang lepas pukul 11 malam dan pada waktu ini, keadaan jalan di sini sudah sunyi dan agak gelap, maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja di atas jejantas ini,” katanya ketika di temui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, apa yang lebih menyedihkan, perkara ini telah berlanjutan sejak sekian lama walaupun pihak penguat kuasa telah mengambil tindakan menyerbu lokasi terbabit.

“Mereka ini macam tidak makan saman dan tidak takut. Ini kerana saya sendiri pernah naik ke atas jejantas ini untuk menasihati mereka, namun tidak dihiraukan,” kata pesara kerajaan itu.

Seorang lagi penduduk, Azian Pinot, 33, berkata, pada waktu malam pula kumpulan remaja bermasalah sering berkumpul di bawah tiang jejantas berkenaan.

“Kehadiran mereka menyebabkan orang ramai takut untuk menggunakan jejantas ini terutamanya pada waktu malam atau awal pagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azian turut memberitahu, selain masalah tersebut, beberapa penjaja haram turut menjadikan kawasan di bawah jejantas untuk berniaga.

“Mereka menjual makanan ringan kepada murid semasa musim persekolahan dan membuang sampah sesuka hati ke dalam longkang berhampiran.

“Secara tidak langsung ia membuatkan longkang ini tersumbat dan air membuak keluar apabila hujan. Saya harap pihak berkuasa dapat menangani perkara ini,” tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

11/24/10

Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N.Sembilan

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi - 11 pagi
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif :
- Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Negeri Sembilan
- Memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di musim cuti sekolah

Hubungi :
Nazri 013-3098775 , Timbalan Pengarah 2 Unit Amal N.Sembilan
Izamri 013-2124086 , Pengarah Unit Amal N.Sembilan

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Layari Blog Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Solat Hajat elak Surau di Melaka kena Roboh

Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin
Menghalang Perobohan Surau di Bukit Katil, Melaka
Tarikh : 25 Nov 2010 (Khamis)Masa : 6.50 ptg
Tempat : Perkarangan Pasti Jaya Insan, Bukit Katil, Melaka

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Maklumat lanjut di http://mutaligat.blogspot.com/2010/11/solat-hajat-perdana-mohon-allah.html

Sesiapa yang tidak dapat hadir, dicadangkan melakukan Solat Hajat di seluruh dunia pada waktu tersebut untuk mengelekkan perobohan surau di Melaka ini, samada secara individu atau berjemaah.

Rumah dimasuki babi, biawak

Berita Harian 23 Nov 2010

MPS diminta bersih belukar berhampiran Taman Punca Emas

RASAH: Selepas hampir 23 tahun berjiran dengan belukar dan binatang liar, penduduk di Taman Punca Emas di sini sudah tidak dapat membendung kesabaran mereka lagi. Satu saja yang mereka tuntut daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) iaitu segera menyelesaikan masalah berkenaan, selepas pelbagai aduan diberi tetapi tiada satu pun menunjukkan kesannya.

Pesara guru, M Perumal, 63, berkata kewujudan belukar itu bukan saja mengancam keselamatan, malah menyebabkan banyak kerugian harta benda dialami penduduk di situ. Belukar di kawasan seluas kira-kira 0.5 hektar itu dipenuhi pokok termasuk yang melebihi paras bumbung rumah setingkat dan menjadi habitat binatang liar seperti babi hutan dan ular. Perumal mendakwa beliau sudah beberapa kali ke Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk membuat aduan mengenai masalah itu, tetapi hingga kini tiada tindakan diambil.

Katanya, masalah itu juga dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban untuk mengetahui status hak milik tanah belukar dan didapati ia milik syarikat pemaju perumahan.

"Persoalan sekarang ialah mengapa kawasan itu terbiar, sedangkan di sekeliling kawasan ini adalah taman perumahan. Saya pernah mengupah orang membersihkan kawasan itu, tetapi tidak mampu melakukannya setiap bulan kerana membabitkan kos yang mahal.

"Kali terakhir saya membuat aduan kepada MPS pada 27 Oktober lalu dan dijanjikan dalam tempoh 10 hari tindakan diambil tetapi kini sudah hampir tiga minggu, tiada seorang pun wakil MPS datang ke sini melihat masalah yang kami hadapi," katanya.
Perumal berkata, baru-baru ini, sebatang pokok tumbang menghempap bumbung rumah menyebabkan dia kerugian kira-kira RM30,000.

Walaupun dibayar syarikat insurans, Perumal bimbang kerana kejadian sama boleh berulang dan mendatangkan kecederaan dan lebih buruk, kematian membabitkan penghuni rumah.

Perumal yang kecewa kerana aduan sebelum ini tidak dipedulikan berkata, masalah itu jika disiarkan media mungkin mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.

"Saya berharap, semua pihak akan membuka mata dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang dihadapi sejak berpuluh tahun lalu," katanya.

Peniaga, R Suganthi, 40, pula berkata sejak kejadian pokok tumbang berlaku, keluarganya hidup dalam kebimbangan kerana khuatir kejadian itu berulang.

"Kami sekeluarga tidak lagi tidur dalam bilik yang terletak bersebelahan belukar kerana bimbang pokok tumbang pada bila-bila masa.

"Rumah kami juga selalu dimasuki ular, biawak dan anjing liar yang datang dari belukar itu. Pagar yang runtuh ditimpa pokok juga memudahkan haiwan liar memasuki kawasan rumah penduduk," katanya.

Malah, katanya, yang paling mengejutkan ialah belukar turut dihuni babi hutan yang dipercayai dari hutan berdekatan dan selalu merayau-rayau ke kawasan perumahan.

Penduduk, M Rajen, 50, juga bimbang dan mahu berpindah ke tempat lain, tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana hanya itu rumah yang dimilikinya.

"Lebih baik MPS melakukan sesuatu kerana walaupun tanah itu milik persendirian, mereka mempunyai kuasa untuk bertindak.

"Belukar ini bukan hanya mendatangkan masalah kepada kami sekeluarga, malah membabitkan kira-kira 10 rumah berhampiran belukar itu," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Rumahdimasukibabi_biawak/Article

11/22/10

JOM NGAJI Cuti Hujung Tahun 2010 di PASTI Senawang

Pendaftaran Masih Lagi dibuka

PROGRAM MARI MENGAJI
Tempat : PASTI Amal, No. 984, Jalan Teratai 14, Taman Marida, Senawang
Tarikh : 22 Nov - 17 Dis 2010
Masa : 9 pg - 12 tgh (Isnin - Jumaat)
Peserta : Lelaki atau perempuan umur 6 ke 14 tahun

Program ini akan dibahagikan kepada Tiga Kelas iaitu:
Kelas 1 - Tahap Asas (Iqra 1,2,3)
Kelas 2 - Tahap Pertengahan (Bacaan Al-Quran)
Kelas 3 - Tahap Lanjutan (Bacaan Al-Quran, Tajwid & Tarannum)

Peserta dikehendaki membawa sendiri: Kitab Iqra (1,2,3) bagi tahap asas dan
Al-Quran bagi tahap pertengahan dan lanjutan.

Yuran cuma RM 45 ( RM 40 jika lebih seorang dari satu keluarga )
Setiap kelas terhad kepada 20 orang peserta sahaja

Makan dan minuman tidak disediakan
Pelajar perlu bawa rehal sendiri
Pengangkutan tidak disediakan

OBJEKTIF PROGRAM
- Menyemai dan menyuburkan cintakan Al-Quran kepada anak-anak
- Mengisi aktiviti bermanfaat untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
Hj. Faisol Abdul - 019-3440826 (Taman Guru), Nazri Zainal - 019-9103431 (Taman Tasik Jaya), Sufian - 013-3589328 (Taman Jasmin), Hamizi - 012-2832458 (Taman Seremban Jaya), Rozmal – 012-2267406 (Taman Alamanda)

Borang pendaftaran di http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/jom-ngaji-cuti-hujung-tahun-2010-di.html

11/18/10

Nelayan hilang punca pendapatan

Sinar Harian 18 Nov 2010

KAMPUNG SUNGAI RAYA, Port Dickson – Tiga nelayan di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Raya di sini, hilang punca pendapatan apabila bot dan peralatan nelayan yang lain di curi, awal pagi Isnin lalu.

Kejadian yang dianggarkan berlaku sekitar jam 9 malam hingga 7 pagi itu berlaku selepas tidak sampai sebulan empat nelayan di Jeti Kuala Lukut dekat sini, diceroboh pencuri yang melibatkan enam peti jana elektrik, dua tong minyak diesel berkapasiti 18 liter, dua mesin penarik jala, satu lampu limpah dan beberapa lampu kecil serta satu paip saluran minyak diesel.

Kejadian kecurian ini telah dilaporkan di Balai Polis Pasir Panjang sejurus menyedari kejadian kecurian itu.

Mangsa, Kamaruzaman Zainal, 36, berkata, pada malam Ahad sekitar jam 9 malam, dia bersama awak-awaknya baru pulang dari laut dan seperti biasa dia meninggalkan botnya di pengkalan nelayan itu.

Menurutnya, ketika kejadian terdapat 13 bot pelbagai jenis milik nelayan di sini, yang terdapat di pengkalan itu.

“Pada keesokan harinya (Isnin) ketika saya mahu turun ke laut, saya baru menyedari kehilangan barang-barang dalam bot saya, sementara ada dua lagi bot nelayan lain hilang.

“Kesan tapak kaki pencuri juga jelas kelihatan di kawasan bot saya dan saya yakin mereka ini memang sudah biasa dengan kegiatan mencuri bot-bot nelayan di perairan Port Dickson ini,” katanya yang kecewa dengan apa yang terjadi kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Raya, semalam.

Kamaruzaman berkata, dia kehilangan jaring ikan, mesin penarik jaring, empat biji bateri dan alat pengesan ikan yang terdapat di bitnya itu.

Katanya, daripada semua yang hilang itu, dia mengalami kerugian mencecah RM15,000 dan menyebabkan dia tidak boleh melakukan aktiviti ke laut untuk menangkap ikan seperti biasa.

“Di sini memang tidak pernah berlaku kejadian kecurian dan ini adalah kali pertama dan ia memang benar-benar memberi tekanan kepada saya kerana nelayan adalah punca pendapatan utama saya,” katanya.

Kamaruzaman yang memulakan aktiviti sebagai nelayan sejak 12 tahun lalu, bermula dengan menggunakan bot kecil dan baru dua tahun membeli bot besar serta beberapa peralatan canggih hasil titik peluhnya sebagai nelayan.

Menurutnya, dia memang sentiasa berusaha untuk menjadi nelayan yang maju dan berjaya dengan wang hasil nelayan, selain untuk kegunaan perbelanjaan harian dan menyara keluarga serta menyimpan sedikit bagi membeli keperluan lain dalam memperbaiki kegiatan nelayan ini.

Selain Kamaruzaman, dua buah bot lagi berukuran 12 meter yang hilang pada malam kejadian sama berjumlah mencecah RM10,000 setiap satu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8415046.asp

Bertindak awal cegah kesesakan

Sinar Harian 18 Nov 2010

SEREMBAN - Pihak berkuasa diminta mengambil langkah awal bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu-lintas di persimpangan Seremban-Bukit Kepayang-Bukit Chedang-Seremban 2, dekat sini, sebaik sahaja sebuah pasar raya besar mula dibuka di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berkata, bilangan kenderaan menggunakan laluan itu dijangka bertambah berikutan ramai orang akan mengunjungi pasar raya besar berkenaan.

"Kesesakan mungkin lebih teruk kerana lampu isyarat dipasang di simpang masuk ke pasar raya besar berkenaan pada jarak kira-kira 300 meter dari persimpangan utama.

"Orang ramai yang selalu berulang-alik di laluan ini akan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas pada waktu puncak sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil langkah berkesan mencegahnya,” katanya kepada pemberita di lokasi aduan di Seremban 2, dekat sini, semalam.

Menurutnya, pada masa ini bilangan kenderaan yang menggunakan laluan di depan pasar raya besar itu agak tinggi, lebih-lebih lagi pada hari bekerja.

Selain itu katanya, kewuju dan taman perumahan baru di Seremban 2 juga dijangka menyumbang kepada kesesakan lalu-lintas.

"Tujuan saya membangkitkan isu ini bukan bermakna saya membantah pembukaan pasar raya besar berkenaan, kerana ia memudahkan orang ramai membeli-belah dan memberi kesan positif terhadap ekonomi.

"Cuma saya harap, semua pihak berkaitan segera bertindak bagi memastikan lalu-lintas di sini berjalan lancar,” katanya.

Difahamkan, pasar raya besar itu akan mula beroperasi pada 24 November ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8418137.asp

Taman permainan 'kelas bawahan'


Sinar Harian 18 Nov 2010

KUALA KLAWANG - Taman Awam Majlid Daerah Jelebu boleh dikatakan taman permainan ‘kelas bawahan’ apabila banyak kemudahan rosak serta lusuh.

Selain itu, keadaan sekeliling kotor dengan sampah sarap bertaburan juga kelihatan sekitar kawasan berkenaan.

Pandangan mata lebih menyakitkan dengan rumput dan daun-daun kering tidak diselenggara dengan baik menyebabkan pengunjung mengambil pendekatan mudah membuang sampah ke dalam kolam berhampiran.

Kebanykan pengunjung juga mengeluh dengan kemudahan yang disediakan di taman berkenaan yang tidak terurus dan tahap keselama-tan yang kurang memuaskan.

Pengunjung yang dikenali sebagai Zali berkata, dia sering membawa anak-anaknya bermain di kawasan ini berikutan kawasan permainan berkenaan hanya satu-satunya pilihan beliau untuk membawa anak untuk beriadah.

"Lihat sahaja kawasan ini dengan suasana taman yang suram serta kelengkapan yang kurang selamat akan membawa kepada kemudaratan terhadap pegunjung yang datang ke sini.

"Di harapkan pihak bertanggungjawab dapat menyelenggara taman berkenaan dengan baik berikutan taman berkenaan menjadi tumpuan orang terutamanya pada waktu cuti dan petang," katanya.

Siti Aisyah Zakaria, 26, berkata, taman reakrasi berkenaan turut dilengkapi dengan kolam mandi, namun ia hanya tinggal sebuah kolam kering yang menjadi sasaran orang ramai membuang sampah ke dalam kolam berkenaan.

"Dahulu kolam berkenaan menjadi tumpuan orang ramai untuk bereakrasi, tetapi kini hanya tinggal kolam yang kering tanpa sebarang aktiviti dapat dijalankan dikawasan berkenaan.

"Selain itu, kolam kering berkenaan turut menjadi tumpuan budak-budak muda melepak di dalam kolam berkenaan yang bakal mengundang aktiviti-aktiviti tidak sihat," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Shah Kecut, 43, berkata, pihak bertanggungjawab seharusnya menyelenggara denga baik taman berkenaan supaya ia menjadi kawasan rekreasi utama di Jelebu memandangkan di sini kurang kawasan seperti tersebut.

"Kita mempunyai pusat reakrasi yang terhad bagi masyarakat menjalankan aktiviti beriadah. Oleh itu, peranan pihak berkuasa tempatan sangat penting dalam memastikan kawasan permainan awam selamat, sekali gus melahirkan masyarakat sihat,’’ katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8418882.asp

Sistem perparitan punca banjir

Sinar Harian 18 Nov 2010

KUALA PILAH – Banjir kilat walaupun hujan hanya turun dalam tempoh dua jam di Kampung Parit Istana Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, menyebabkan beberapa rumah dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Mangsa, Rusni Ibrahim, 48, ketika ditemui kelmarin berkata, hujan lebat yang melanda kawasan itu lewat petang Ahad lalu menyebabkan seluruh rumahnya dinaiki air hingga merosakkan perabot.

Menurutnya, dia dan suami tidak sanggup lagi berdepan kejadian kali kesembilan itu.

“Keadaan bertambah buruk apabila sistem perparitan di hadapan rumah tidak sempurna dan lancar.

“Setiap kali hujan, kami sekeluarga risau kerana takut rumah dimasuki air, selain terpaksa memindahkan peralatan ke tempat selamat,” katanya.

Rusni berkata, sistem perparitan berkenaan dilihat terlalu kecil dan tidak mampu menampung limpahan air yang naik mendadak, sekali gus memasuki rumahnya.

“Saya tidak mampu membaiki sistem perparitan di hadapan rumah kami kerana pendapatan tidak seberapa sebagai tukang bersih di Hospital Kuala Pilah, sekitar RM500 sebulan.

“Masalah ini sudah dimaklumkan dengan pihak berkenaan tetapi jawapan diterima amat mengecewakan. Mereka meminta saya membuatnya sendiri dengan kos RM400,” katanya.

Menurutnya, disebabkan mereka sekeluarga bukan orang senang, kos itu agak membebankan.

“Suami saya, Mohd Safuan Abdullah, 47, tidak bekerja kerana mengalami pendarahan otak dan boleh mengakibatkan strok.

“Suami menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM140 sebulan. Buat masa ini, saya sahaja yang mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga dan anak,” katanya.

Rusni berkata, sebelum ini, kawasan rumahnya tidak pernah dimasuki air tetapi selepas pembinaan sebuah kolam berhampiran, selain hujan lebat berpanjangan menyebabkan rumahnya ditenggelami air hingga paras lutut.

“Dahulu tidak pernah berlaku kejadian seperti ini. Justeru, saya berharap pihak berkenaan dapat membina longkang lebih besar dengan segera untuk mengatasi banjir kilat yang sering menghantui penduduk di sini.

“Saya juga terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan meninggikan lantai di bahagian depan rumah bagi membolehkan lebih banyak barangan diselamatkan ketika air naik,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, pihaknya akan membuat: rundingan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Saya berharap kata putus dapat dibuat untuk mengatasi masalah yang membelenggu penduduk di sini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8418013.asp

11/16/10

Perkhemahan AMAL 17 ke 19 Dis 2010 Rembau

PERKHEMAHAN DAN MOTIVASI AMAL 2010
Tarikh : 17 – 19 Dis 2010 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Sungai Talan, Kg Bintongan, Rembau, N.Sembilan

Penyertaan terbuka kepada muslimin berumur 9 ke 55 tahun
Yuran RM30 seorang

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

AKTIVITI MENARIK
Kem Solat dan Ibadah
Teori dan praktikal roti canai
Riadah dan Silat Amal
Amal Race
Teori dan praktikal nasi lemak kukus
Malam kesenian
Kembara malam
Penerokaan dan pendakian alam
Teori dan praktikal lemang
Masakan survival
Bengkel Roket Air

Maklumat lanjut hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086
Hamizi 012-2832458

Borang penyertaan pada pautan berikut http://yam-ns.blogspot.com/2010/11/perkhemahan-amal-17-ke-19-dis-2010.html

Barangan yang perlu peserta bawa :
- Pakaian solat dan sukan
- Lampu picit
- Kelengkapan tidur
- Khemah jika ada

Barangan yang disediakan :
- Fail
- Hamper dan hadiah pertandingan
- Bahan membuat roti canai, nasi lemak kukus, lemang dan roket air
- Sijil penyertaan

Sebarang sumbangan kewangan, hamper dan hadiah untuk menjayakan program ini amat dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Mangsa banjir kilat


Sinar Harian 16 Nov 2010

MALAN – Seorang lelaki berumur 47 tahun menjadi mangsa pertama dalam kejadian banjir kilat di Kuala Pilah ketika mahu menyeberangi tali air bersama isterinya di Kampung Malan, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Abdul Malek Abu Bakar, 47, bersama isterinya, Hasmah Deman, 40, pergi ke kandang kambing dan kerbau miliknya di Kampung Ulu Malan.

Bagaimanapun ketika hendak pulang kerana hujan lebat tidak berhenti selama dua jam, mereka melintas pembetung tali air tetapi secara tiba-tiba air besar dari arah ladang estet Risda terus membawa mereka mengikut arus air.

Hasmah sempat berpaut di batang pisang tetapi mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan dibawa arus sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Saksi, Abd Rauf Simat, 59, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan hanya perasan apabila terdengar orang meminta tolong.


http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8412019.asp

Penduduk rimas jalan berselut


Sinar Harian 16 Nov 2010

SRI REPAH – Penduduk di Kampung Padang Ragut menggesa pihak berkenaan terutama Majlis Daerah Tampin (MDT) dan pentadbiran daerah untuk mengambil tindakan mengatasi masalah tanah merah yang menghalang laluan keluar masuk alternatif kampung berkenaan.

Penduduk ditemui, Jamal Amir Ridzuan, 22, berkata, masalah itu paling ketara berlaku apabila hari hujan menyebabkan tanah merah daripada jalan baru dibuka untuk laluan Tanah Perkuburan Cina Repah melimpah masuk ke laluan alternatif penduduk kampung.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan permukaan jalan berlumpur dan berselut sehingga menyukarkan kenderaan keluar masuk menyebabkan ada yang tersekat kerana tidak mampu melalui jalan yang benar-benar ditutupi tanah merah itu.

“Kejadian ini berlaku sejak kerja membuka jalan baru di tanah perkuburan terletak di sebelah bukit pada awal tahun lalu. Kita sudah adu-kan masalah ini pada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) pada Februari lalu dan mereka telah membina longkang untuk memastikan ali-ran air tanah merah itu dapat mengalir dengan baik.

“Bagaimanapun, ia tidak berpanjangan dan longkang berkenaan dipenuhi tanah merah menyebabkan masalah permukaan jalan diliputi tanah merah kembali,” katanya.

Siti Aida Abdul Aziz, 37, berkata, susulan masalah itu, keretanya berhadapan dengan risiko rosak kerana terpaksa melalui jalan dipenuhi tanah merah menyebabkan bahagian bawah kereta turut dipenuhi tanah merah.

“Jika sebelum ini, keadaannya tidak teruk, mungkin kerana longkah dipenuhi tanah merah menyebabkan airnya tidak mampu mengalir sehingga melimpah ke jalan ini. Mujur ia tidak melimpah ke kediaman berdekatan.

“Oleh itu, saya berharap ada pihak tampil menyelesaikan masalah ini kerana terdapat sesetengah penduduk jalan ini dekat untuk keluar masuk menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Sri Repah, Mohd Shafiee Fakir Mohamad berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan pada tiga bulan lalu, MDT dengan bantuan Pejabat Pembangunan Daerah melaksanakan kerja pembersihan longkang.

“Bagaimanapun, kita harap penduduk dapat bekerjasama membersihkan longkang berkenaan untuk memastikan air dapat mengalir dengan baik.

“Masalahnya, sehingga hari ini penduduk tidak mahu beri kerjasama,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8411439.asp

Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N9 12 Dis 2010

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pg – 11 pg
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan

Hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah SAW : Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Layari laman blog Unit Amal Negeri Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

11/15/10

Makan Malam MTD Lenggeng 18 Dis 2010

MAJLIS MAKAN MALAM
Kutipan Dana Pilihanraya MTD Lenggeng.
Tarikh : 18 Disember 2010 (Sabtu)
Masa : 7.00pm – 12.00pm
Tempat : Markas MTD Lenggeng, Ulu Beranang, N.Sembilan
Kupon : RM20

Maklumat lanjut di http://mtdlenggeng.blogspot.com/2010/11/majlis-makan-malam-kutipan-dana_14.html

Ceramah PR 20 Nov 2010 Tampin

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 20 Nov 2010 , Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, N.Sembilan (rumah Abu Sufian)
Penceramah :
Ust Misbahul Munir Masduki, SU PAS Perak
YB Veerappan, ADUN Repah, Tampin
Lim Swee, Pengerusi DHPP Melaka

Penduduk dihujani carbon

Sinar Harian 15 Nov 2010

TAMAN PD UTAMA – Sepanjang tempoh lima tahun menghuni rumah sewa di Jalan Mawar 18 Taman PD Utama, Abd Wahab Abd Hamid, 54, sekeluarga berhadapan masalah yang sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian serta bertambah buruk.

Abd Hamid berkata, masalah dihadapi adalah terpaksa menghadapi hujan carbon pada bila-bila masa terutama hari hujan.

Menurutnya, ditambah pada musim hujan sekarang ini, hujan carbon semakin kerap dan banyak.

“Daripada apa yang diperhatikan hujan carbon ini berpunca daripada sebuah syarikat gergasi di sini yang sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu.

“Laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) telah dilakukan begitu juga pihak syarikat berkenaan, namun sehingga kini saya sebagai pengadu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kedua-dua pihak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini.

Abd Wahab berkata, sebagai pengadu, dia berhak untuk tahu apa tindakan diambil pihak berkenaan, namun tiada maklum balas daripada Jas dan syarikat itu sehingga kini.

“Sementara itu, semua kawasan di rumah termasuk di dalam akan dibanjiri dengan habuk carbon ini dan menjadi kawasan rumah kotor hitam serta berminyak.

“Tapak kaki menjadi hitam berminyak dan hanya boleh hilang apabila dibasuh dengan sabun dan diberus. Begitu juga permukaan lantai, meja dan sebagainya perlu disental dengan berus dan menggunakan sabun.

“Menjadi keraguan kepada kami habuk itu akan masuk ke dalam makanan dan kami memakannya. Khuatir mampu mengganggu kesihatan dalam jangka masa panjang dan sekarang isteri saya sudah disahkan menghidap asma sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini.

Abd Wahab berkata, dia tahu dalam menangani permasalahan itu rumit kerana pelepasan carbon adalah satu daripada sistem dalam gerak kerja syarikat terbabit.

“Diharap pihak berkenaan mengamalkan sikap bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya turun bertemu penduduk yang mengalami masalah dan memberikan pendedahan atau pendidikan kesihatan kepada penduduk yang terdedah dengan pencemaran carbon itu.

“Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, pemakanan yang bagaimana dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di dalam keadaan baik dan tidak terjejas dengan carbon terbabit,” katanya.

Abd Wahab berkata, selepas aduan dibuat wakil syarikat terbabit hanya datang mengambil contoh dan kemudian balik seterusnya senyap begitu sahaja.

“Kami penduduk di sini tidak tahu mengenai langkah pencegahan, apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Ia belum ditambah dengan kos untuk membeli sabun untuk membersihkan kawasan rumah yang sentiasa dihujani carbon.

“Jika saya biarkan sahaja, seluruh permukaan lantai, meja dan sebagainya akan hitam, kotor dan berminyak. Walaupun hari hujan, kesan carbon itu tidak akan hilang kecuali jika dicuci dengan sabun dan diberus,” katanya.

Abd Wahab berkata, kebiasaannya carbon hanya akan dilepaskan oleh syarikat berkenaan pada waktu malam, awal pagi dan ketika hujan.

“Kain atau baju putih yang dijemur akan bertukar menjadi tompok hitam akibat carbon yang melekat.

“Hujan carbon ini bertambah teruk apabila berlaku tiupan angin dan :keadaan ini memaksa dalam sehari dua atau tiga kali kawasan lantai perlu dicuci dan diberus.

“Dalam masa lima tahun saya menetap di sini, hanya sekali sahaja pihak syarikat itu menyumbangkan sabun dan berus,” katanya.

Abd Wahab berkata, dia berharap sesuatu yang drastik dapat dilakukan semua pihak bertanggungjawab bagi memastikan penduduk tidak terus hidup dalam serba tidak tahu dan hanya menadah hujan carbon sahaja

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8406202.asp

11/12/10

Pengguna jalan Seremban Jelebu diancam Batu Terbang


LORI mengangkut batu yang dipandu laju di Jalan Seremban-Jelebu menyebabkan isu muatan terpelanting dan terkena cermin kenderaan lain.Lori bawa batu granit abai keselamatan pengguna jalan raya

Berita Harian 12 Nov 2010

AMPANGAN: Lori membawa batu granit yang melalui Jalan Seremban-Jelebu di sini, menimbulkan keresahan kepada penduduk sekitar dan pengguna lain yang menggunakan jalan itu setiap hari.

Ia berikutan lori terbabit bukan saja dipandu laju, malah muatan yang tidak ditutup dengan sempurna menyebabkan pengguna jalan raya ditimpa malang apabila batu kecil yang terpelanting terkena cermin kereta hingga retak dan pecah. Selain itu, serpihan batu kecil menyebabkan kemalangan kecil berlaku apabila penunggang motosikal terjatuh ketika cuba mengelak batu kecil di atas jalan raya.

Tinjauan Berita Harian di jalan ini mendapati lori yang membawa batu granit melalui jalan itu setiap 10 minit untuk membawa batu granit ke kuari berhampiran. Kebanyakan pemandu lori juga tidak mempedulikan keselamatan pengguna lain dengan memandu laju.

Peniaga makanan yang hanya ingin dikenali Siti Safiah berkata, pemerhatiannya mendapati lori yang melalui jalan itu dipandu laju, terutama ketika bukan waktu puncak.

"Saya tidak berani menegur kerana takut dimarahi, malah mereka sering makan dan minum di gerai saya. Walaupun tidak tahan habuk dan debu yang berterbangan, saya terpaksa bersabar kerana perniagaan ini mata pencarian saya. "Bagaimanapun, saya perlu memastikan peralatan dan makanan ditutup rapi untuk mengelak dicemari habuk," katanya.

Katanya, banyak kenderaan berat melalui jalan itu kerana banyak kilang di sekitar kawasan itu, sekali gus menyebabkan jalan di situ cepat rosak.

"Pengguna bukan saja terpaksa berhati-hati mengelak terkena pantulan batu, tetapi perlu berwaspada supaya kenderaan tidak melanggar lubang yang boleh menyebabkannya cepat rosak," katanya.

Anis Adabiah Ismail, 26, pula berkata cermin keretanya baru-baru ini retak terkena pantulan batu ketika berselisih dengan lori menyebabkannya dihantui perasaan bimbang setiap kali melalui jalan itu.

"Dari Pantai ke Seremban, saya perlu melalui jalan ini kerana ia paling dekat ke pusat bandar. Saya tahu jalan ini adalah laluan utama lori membawa batu ke kuari berdekatan, tetapi tidak terfikir ia akan mendatangkan masalah kepada saya.

"Ketika melalui jalan ini, lori dari arah bertentangan dipandu laju menyebabkan muatan batu yang dibawa tercicir di atas jalan lalu terpelanting ke arah kereta saya menyebabkan cermin retak. Kejadian ini bukan turut membabitkan pengguna lain," katanya.

Beliau mencadangkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa masa bagi memastikan lori terbabit mematuhi peraturan jalan raya dan tidak lagi menyusahkan pengguna.

"Apabila lori dipandu laju, batu yang dibawa tetap akan tercicir di atas jalan, walaupun muatan ditutup dengan kanvas. Tindakan pemandu terbabit membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Pantangditegur/Article

11/11/10

Program Berkhatan Kuala Pilah 25 Nov 2010

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI
Tarikh : 25 November 2010 (Khamis)
Tempat : PASTI Az Zaki, Melang, Kuala Pilah
Sunat biasa : RM 100.00, Sunatron : RM 120.00
Doa selamat dan kenduri disediakan.

Sila hubungi :
Mahmuda Aliman 0197613686 (Kuala Pilah/Pasti)
Karim Shahimi 0176019792 (Sri Menanti)
Lina Jali 0192135059 (Senaling)
Hj Saharudin 0136769492 (Bandar Pilah)
Norhayatimah 0136790459 (Juasseh/Pasti)
Rosli Mohamad 0196241581 (Johol)

KORBAN PERDANA
Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu)
Tempat : Johol
1 bahagian RM 350.00

CERAMAH UMUM
Bersama Ust Taib Azamudin - YB Baling, Kedah
Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat :Kepis Baru, Johol

Maklumat lanjut di Blog Muslimat PAS Kuala Pilah http://muslimatpaskualapilah.blogspot.com

Penduduk kesal padang permainan tidak diselenggara


Kelihatan padang bola sepak yang tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan di Desa Permai Serting Tengah, Jempol.
-------------------------------
Utusan Malaysia 11 Nov 2010

JEMPOL 10 Nov. - Rata-rata penduduk di sekitar Desa Permai Serting Tengah dekat sini, melahirkan rasa kecewa apabila kerja pembersihan di sebuah padang permainan di kawasan berkenaan terus diabaikan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan padang berkenaan amat daif dari aspek kebersihan sehingga mampu mencemarkan pemandangan dan imej bagi kawasan perumahan berhampiran.

Ketua Kampung kawasan terbabit, A. Rahman Ludin berkata, masalah padang yang tidak diselenggarakan dengan baik itu amat menyakitkan mata penduduk di situ, selain dikhuatiri mampu mengundang kepada masalah lain seperti menjadi tempat pembiakan ular berbisa atau nyamuk.

"Pada awalnya, kami tidak menghadapi sebarang masalah apabila kerja pembersihan dilakukan Majlis Daerah Jempol (MDJL).

"Sejak MDJL menswastakan kerja pembersihan kepada SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), masalah ini mula timbul. Rumput di padang tidak lagi diselenggara dengan baik," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan itu, rumput mula tumbuh meliar sehingga menyebabkan kawasan tersebut bertukar menjadi lalang dan semak.

"Paling merugikan apabila penduduk khususnya kanak-kanak tidak dapat menggunakan kemudahan padang tersebut untuk beriadah atau pun bersukan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan kawasan tersebut, Ramli Hussin, 55, berkata, masalah tersebut dapat diselesaikan segera oleh pihak terbabit.

"Jika ada aktiviti, kami terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi tujuan membersihkan padang ini.

"Baru-baru ini, SWM ada datang dan memotong rumput di padang. Namun ia tidak sempurna dan masih terdapat rumput yang panjang. Lebih menyedihkan, rumput yang di potong itu ditinggalkan begitu sahaja," katanya.

Katanya, masalah itu menyebabkan belia tidak dapat melakukan aktiviti bersukan di padang berkenaan.

"Macam mana hendak bersukan atau bermain bola sepak kalau padang dipenuhi lalang. Apabila rumput panjang, tiada siapa berani ke padang.

"Mereka bimbang dengan keadaan padang ini kerana ia mungkin mampu mengundang kemunculan bintang berbisa seperti ular di sekitar padang yang dipenuhi semak ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

11/10/10

Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur.

Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).

Negeri yang paling tinggir kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur.

Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.

Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.

"Teringat saya kepada komen member saya, Topeng Perak satu masa dahulu. Beliau kata beliau pulang ke Kelantan tak sampai 2 minggu dah dapat kerja. Teman baik beliau, si Aduka Taruna, dalam kena hambat dengan polis pun boleh dapat kerja," tulis Abdul Rahman yang menggunakan nama penanya, Tulang Besi.

Tulisnya, negeri yang tidak mementingkan projek-projek gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya kerajaan Kelantan telah menjalankan projek-projek yang membantu peniaga-peniaga kecil dan sederahana.

"Kesannya, peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Kelantan mampu mengambil ramai pekerja menyebabkan kadar kemiskinan Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia. Projek-projek membantu kroni ditolak, tapi wang kerajaan negeri digunakan membantu rakyat yang majoritinya peniaga-peniaga kecil dan sederhana.

"Perkara yang sama kita lihat di Amerika sekarang ini. Didapati 90 peratus dari syarikat-syarikat yang mengambil pekerja baru di saat jatuhnya ekonomi Amerika adalah perniagaan yang bersifat kecil dan sederhana. Dikatakan peniaga-peniaga kecil dan sederhana inilah yang akan menyelamatkan ekonomi Amerika dari kehancurkan dan kemusnahan," tulis Rahman dalam Malaysian Wave.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29414:kadar-pengangguran-kelantan-paling-rendah-di-malaysia&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

11/8/10

Kisah Benar Misi Bantu GAZA 13 Nov 2010 Seremban

CERAMAH PERDANA
Tajuk : Perkongsian Pengalaman Misi Bantuan Gaza
Tarikh: 13 November 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 mlm selepas Maghrib
Tempat: Masjid Panchor Jaya, Paroi, Seremban
Penceramah: Dato' Dr. Musa Mohd Nordin dan Hj. Norazmi Talib

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Anjuran : Aqsa Syarif N.Sembilan, Pertubuhan IKRAM Seremban dengan kerjasama Masjid Panchor Jaya

Maklumat lanjut e-mel ke cengal58@yahoo.com

Biodata Penceramah:
Dato' Dr. Musa Mohd Nordin. Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatalogi. Bekas Presiden Federation of Islamic Medical Associations (FIMA) dan salah seorang ahli lembaga pengarah Muslim Professionals Forum (MPF). Menyertai misi bantuan kemanusiaan "Global Lifeline to Gaza" anjuran Viva Palestina Malaysia. Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Hj. Norazmi b. Talib merupakan aktivis Aqsa Syarif Daerah Sepang, Selangor. Bekas kakitangan Universiti Putra Malaysia. Seorang Perunding Pertanian. Ahli Jawatankuasa Teknikal Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPIEM). Menyertai misi bantuan kemanusiaan "Global Lifeline to Gaza" anjuran Viva Palestina Malaysia. Berasal dari , Negeri Sembilan.

11/4/10

Makan Malam AMAL PASTI N9 22 Nov 2010

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan Hari Kecemerlangan PASTI N.Sembilan 2010
Tarikh : 22 Nov 2010 (ISNIN)
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Seremban

Kupon hanya RM40 seorang

Bersama Tetamu :
Cikgu Azrin , Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Zulkefly Omar , Penasihat PASTI N.Sembilan
YB Hj Taufej , ADUN Paroi
Us Khairil Anuar Wafa , Penaung PASTI N.Sembilan
Saadiah Abu Bakar , Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia

ATURCARA MENARIK
- Slot bersama tahanan Israel kapal Mavi Marmara iaitu Tn Hj Jamulidin Elias
- Forum Perdana Daei Cilik Pelajar PASTI
- Persembahan Nasyid Johan Mahrajan PASTI 2010

DAPATKAN KUPON SEGERA
Hubungi wakil berikut :
Pejabat/Pengarah 012-9184136
Seremban 017-2232503
Rembau 013-3692019
Rasah 013-2304321
Telok Kemang 019-2779145
Kuala Pilah 019-6177972
Jempol 013-3395538
Tampin 019-2179027
Jelebu 019-6311076

Dapatkan Poster MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PASTI N9 2010 pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/makan-malam-amal-pasti-n9-22-nov-2010.html

Hobi pelik berek polis

Harian Metro 4 Nov 2010

SEREMBAN: “Saya amat bersyukur kerana tiada sesiapa cedera,” kata R Tilagavathi, 50, yang terkejut selepas mendapati kereta suaminya rosak dihempap sebuah unit pemprosesan komputer (CPU) di tempat letak kereta kediaman berek polis Seremban 2, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia agak sedih dan terkilan berikutan insiden berkenaan secara tidak langsung menjejaskan persiapan dan ‘mood’ mereka sekeluarga untuk pulang beraya di Bagan Datoh, Perak sempena Deepavali, esok. Tilagavathi yang menetap di berek 14 tingkat berkenaan sejak tujuh tahun lalu, berkata dia sebelum itu sedang melakukan kerja rumah kira-kira jam 4.15 petang.

“Bagaimanapun, saya dan seorang anak perempuan berusia 22 tahun tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman agak kuat dari bahagian bawah iaitu di tempat letak kereta. “Saya kemudian segera pergi ke bawah untuk mendapatkan kepastian, namun tersentak apabila melihat kereta Proton Waja suami kemek di bahagian belakang akibat dihempap sebuah CPU,” katanya di sini, semalam.

Menurut suri rumah itu, dia kemudian segera memaklumkan perkara berkenaan kepada suaminya yang bertugas di Balai Polis Mantin sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, perbuatan berkenaan dianggap seolah-olah tabiat biasa di kawasan terbabit tanpa memikirkan keselamatan orang lain. “Saya sebelum ini turut nyaris mengalami kecederaan apabila brek basikal (rosak) tiba-tiba dicampak dari atas dan terkena bumbung kenderaan.

“Namun, saya bernasib baik kerana sudah masuk ke dalam kereta. Jika tidak, kepala saya semestinya akan cedera akibat terkena besi berkenaan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hobipelikberekpolis/Article/index_html

Penghuni kecewa dapat rumah rosak


Utusan Malaysia 4 Nov 2010

JEMPOL 3 Nov. - Rumah siap pahat berbunyi. Mungkin itu gambaran tepat bagi seorang pemilik unit rumah mesra rakyat di Kampung Bayai dekat sini.

Pemilik terbabit mendakwa, pelbagai kerosakan berlaku di rumahnya walaupun baru disiapkan pada Disember tahun lalu.

Antara masalah rumah tersebut adalah atap dan siling bocor, saluran air tidak sistematik, dinding retak dan tiang di hadapan rumah yang senget.

Menurut pemilik rumah, Mohd. Zakaria Ibrahim, 43, dia dan keluarga sedih serta terkilan kerana rumah yang dinanti-nantikan untuk menjadi tempat berlindung akhirnya tidak sempurna.

"Bil bayaran pinjaman sudah sampai, tetapi sampai sekarang kami tidak boleh mendiami rumah ini akibat banyak kerosakan termasuk keretakan di sana sini.

"Bayangkanlah, baru dua tahun rumah ini siap tetapi lihat sahajalah hasilnya, saya berasa amat kecewa," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Zakaria, dia menghabiskan hampir RM5,000 untuk membaik pulih rumah tersebut.

"Namun kerosakan makin teruk. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab datang dan membantunya mengatasi masalah tersebut.

"Anak-anak beria sangat hendak tinggal di rumah baru, tetapi saya pun tidak tahu nak cakap macam mana, sepatutnya tinggal di rumah baru mestilah selesa. Sampai bila saya hendak tunggu, masalah ini sudah berlarutan agak lama," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia ke dalam rumah tersebut mendapati ada yang dinding retak dan keadaan bangunan itu juga tidak begitu memuaskan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Minta taman, dapat lain


Utusan Malaysia 4 Nov 2010

JEMPOL 3 Nov. - Lain yang diharap lain pula yang tiba, demikian yang menimpa penduduk di Taman Meranti, Bahau dekat sini.

Ketika penduduk terbabit mengharapkan sebuah padang permainan di taman tersebut sebuah bangunan bernilai RM30,000 pula akan didirikan di kawasan tersebut.

Difahamkan pembinaan bangunan tersebut yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Jempol (MDJL) bakal dijadikan tempat menjalankan aktiviti penduduk termasuk Rukun Tetangga.

Perkara tersebut sekali gus mendatang rasa tidak puas hati kalangan penduduk apatah lagi masing-masing mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka membantah projek terbabit.

Menurut salah seorang penduduk taman tersebut, R. Thevan, 47, mereka tidak memerlukan bangunan terbabit dan berharap masalah itu segera diselesaikan.

"Di taman ini sudah ada sebuah bangunan Rukun Tetangga iaitu tempat penduduk berbincang. Oleh itu kami tidak memerlukan bangunan yang sama fungsi seperti itu.

"Harapan kami, taman ini dapat dibaiki dan diadakan taman permainan. Anak-anak memerlukan tempat untuk melakukan aktiviti," katanya di sini hari ini.

Kekecewaan penduduk tersebut kemudian dipanjangkan dengan satu surat bantahan kepada pihak terbabit dan rentetan daripada itu satu sesi dialog turut diadakan antara penduduk dan MDJL.

Memorandum bantahan itu melibatkan lebih 140 penduduk di Jalan Meranti 7, 9 dan 11 taman terbabit.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

11/3/10

ADUN Lenggeng Diarahkan Bela Diri

Rabu November 3, 2010
ADUN Lenggeng Diarahkan Bela Diri Atas Dakwaan Rasuah
Oleh SARBAN SINGH

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim hari ini diarahkan membela diri atas tiga dakwaan mendapatkan dan menerima rasuah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Nasfy Yasin berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ADUN penggal pertama itu.

April lalu, Mahkamah Sesyen di sini telah membebaskan Mustafa, 51, daripada tuduhan tersebut bagaimanapun pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan.

Beliau dituduh menerima rasuah sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan kepada seorang kontraktor M. Manimaran, 37, bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Sebelum ini, hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/11/3/mstar_mahkamah/20101103104842&sec=mstar_mahkamah

Updated: Wednesday November 3, 2010 MYT 10:41:21 AM
Lenggeng assemblyman ordered to defend corruption charges
By SARBAN SINGH

SEREMBAN: Lenggeng assemblyman Mustafa Salim has been ordered to enter his defence over three charges of soliciting and accepting bribes.

High Court judicial commissioner Ahmad Nasfy Yasin said Wednesday the prosecution had establishd a prima facie case against the first-term assemblyman.

Mustafa, 51, was acquitted of the charges by the Sessions Court here in April but the prosecution appealed the verdict.

He had been accused of receiving the bribes as an inducement to issue a supporting letter for contractor M. Manimaran, 37, to obtain a permit to sell sand.

Session Court judge Amran Jantan had then ruled that the prosecution failed to establish a prima facie case against the accused.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/3/nation/20101103104255&sec=nation

Program Cinta Remaja 22 Nov ke 24 Dis 2010 di Seremban

PROGRAM REMAJA CINTA ISLAM
Tarikh : 22 Nov - 24 Dis 2010
Masa : 8 pg – 12 tgh
Tempat : Pengajian At-Tibyan , Seremban Selatan
Peserta : Remaja 12 - 17 tahun
Yuran : RM 150

Hubungi 0192570813 atau e-mel ufo_ips@yahoo.com

Pengajian Tahfiz, Fardu Ain dan Bahasa Arab sempena Cuti Sekolah

JOM NGAJI Cuti Hujung Tahun 2010 di PASTI Senawang

PROGRAM MARI MENGAJI
Tempat : PASTI Amal, No. 984, Jalan Teratai 14, Taman Marida, Senawang
Tarikh : 22 Nov - 17 Dis 2010
Masa : 9 pg - 12 tgh (Isnin - Jumaat)
Peserta : Lelaki atau perempuan umur 6 ke 14 tahun

Program ini akan dibahagikan kepada Tiga Kelas iaitu:
Kelas 1 - Tahap Asas (Iqra 1,2,3)
Kelas 2 - Tahap Pertengahan (Bacaan Al-Quran)
Kelas 3 - Tahap Lanjutan (Bacaan Al-Quran, Tajwid & Tarannum)

Peserta dikehendaki membawa sendiri: Kitab Iqra (1,2,3) bagi tahap asas dan
Al-Quran bagi tahap pertengahan dan lanjutan.

Yuran cuma RM 40
Setiap kelas terhad kepada 20 orang peserta sahaja

Makan dan minuman tidak disediakan
Pelajar perlu bawa rehal sendiri
Pengangkutan tidak disediakan

OBJEKTIF PROGRAM
- Menyemai dan menyuburkan cintakan Al-Quran kepada anak-anak
- Mengisi aktiviti bermanfaat untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
Hj. Faisol Abdul - 019-3440826 (Taman Guru), Nazri Zainal - 019-9103431 (Taman Tasik Jaya), Sufian - 013-3589328 (Taman Jasmin), Hamizi - 012-2832458 (Taman Seremban Jaya), Rozmal – 012-2267406 (Taman Alamanda)

Anjuran : PASTI Amal dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang

Borang Pendaftaran pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/jom-ngaji-cuti-hujung-tahun-2010-di.html

11/2/10

Saluran air tidak berfungsi


Sinar Harian 1 Nov 2010

Peniaga mohon MPPD perbaiki kerosakan selepas empat bulan kedai dipenuhi air hujan

TELOK KEMANG – Kurangnya mendapat perhatian dalam hal kebajikan mengakibatkan peniaga di deretan kedai di Pasar Telok Kemang berasa tidak selesa untuk menyewa kedai terbabit.

Peniaga, Abdullah Sani Mohd Said, 57, berkata, sudah hampir empat bulan kedainya banjir akibat sering dipenuhi air hujan kerana saluran air di bumbung kedainya tidak lagi berfungsi dengan baik.

Menurutnya, tidak kira sama ada hujan lebat atau tidak, kedainya pasti akan dipenuhi air yang mengalir daripada kebocoran sistem saluran air di atas bumbung.

"Akibat daripada itu, rak di kedai saya ini sudah kembang dan rosak malah ada beberapa produk juga turut basah terkena air hujan tersebut.

"Dalam masa sebulan terakhir ini, kerosakan tersebut semakin teruk dan ia memang menjejaskan keselesaan saya sebagai penyewa kedai di sini," katanya.

Abdullah Sani berkata, dalam masa empat bulan masalah itu berlaku, dia sudah membuat aduan kepada pegawai yang berkenaan di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

"Ketika menghubungi MPPD, pegawai berkenaan memberikan jawapan bahawa pihaknya akan segera menyelesaikan masalah tersebut. Namun, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang dilakukan.

"Kedai saya ini sudah beberapa kali dipecah masuk oleh pencuri dan segala kerosakan yang dialami terpaksa ditanggung sendiri dan langsung tidak mengharapkan MPPD untuk membaikinya.

Menurutnya, masalah yang dihadapi sebenarnya berdasarkan daripada kerosakan sistem di bangunan tersebut.

"Adalah wajar untuk saya memohon MPPD membaiki kerosakan terbabit dan jika dibiarkan masalah ini akan mengakibatkan lot kedai lain turut terlibat.

"Saya amat berharap agar MPPD akan segera membaiki kerosakan yang dihadapi ini sebelum masalah itu terus merebak ke lot kedai yang lain dan lebih ramai peniaga akan menghadapi masalah yang sama.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story8355371.asp