KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

12/31/10

PASTI Al Amal 2 di Taman Jasmin, Senawang 2011

Satu lagi Pusat Asuhan Tunas Islam akan dibuka untuk pengambilan pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun sesi 2011.

PASTI AL AMAL 2 (AL FIRDAUS)
No 571, Lorong Jasmin 8
Taman Jasmin
Senawang
Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran pelajar sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431

Peta lokasi PASTI Al Amal 2 di http://pasti-n9.blogspot.com/2010/12/pasti-al-amal-2-di-taman-jasmin.html

Layari laman web rangkaian PASTI di Negeri Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com

Peniaga getah cedera ditetak perompak


ABDUL Razak Ahmad cedera di kepala dan tangan akibat ditetak penyamun di dalam rumahnya di Kampung Pedas Hilir di Rembau, semalam.

Utusan Malaysia 31 Dis 2010

REMBAU 30 Dis. - Seorang peniaga getah cedera parah setelah ditetak oleh sekumpulan perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pedas Hilir, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Abdul Razak Ahmad, 56, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan tangan kanan akibat ditetak dengan parang oleh penjenayah terbabit.

Menceritakan kembali detik-detik cemas itu, Abdul Razak memberitahu, dia dan isteri yang sedang tidur menyedari rumahnya dipecah masuk sebaik sahaja terdengar bunyi bising akibat dulang disandarkan pada pintu rumahnya terjatuh.

"Lantas saya bangun dan segera mencapai senapang patah milik saya kerana mengesyaki kehadiran pencuri, namun saya tidak sempat mengisi peluru apabila perompak terbabit bertindak menendang pintu bilik tidur saya.

"Apabila mereka melihat saya memiliki senjata, beberapa perompak itu menerkam ke arah saya untuk merampas senjata itu," katanya di sini hari ini.

Jelas bapa kepada empat orang anak itu, dia terpaksa bergelut dan menyebabkan dirinya ditetak di bahagian kepala, muka dan tangan kanan ketika perompak itu ingin merampas senapang.

"Saya hanya memikirkan keselamatan keluarga dan nekad bergelut dengan enam perompak bersenjatakan parang itu, saya tetap melawan walaupun mereka berulang kali menetak parang pada tubuh saya.

"Namun saya rebah akibat terlalu banyak kehilangan darah ketika pergelutan itu dan penjenayah tersebut juga berjaya merampas senjata saya," ujarnya.

Katanya, perompak terbabit dipercayai warga Indonesia itu kemudian bertindak mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain yang dikoyakkan.

Tambahnya, perompak terbabit yang tidak bertopeng kemudian menggeledah rumahnya dan melarikan senapang patah serta peluru.

"Mereka juga melarikan barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM40,000," ujarnya.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang turut cedera di tangan kanannya akibat dipukul dengan pemutar skru berkata, salah seorang perompak turut bersikap aneh apabila mandi di bilik air selepas mengikat keluarganya.

"Apa pun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam kejadian berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Hasil siasatan awal, kami mendapati suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.

"Polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

Penyamun sempat mandi
Harian Metro 31 Dis 2010

REMBAU: “Berikutan kecederaan teruk dialami, tiada apa mampu saya lakukan selain berdoa kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan nyawa kami sekeluarga daripada ‘serangan gila’ penyamun bersenjata,” kata Abdul Razak Ahmad, 56.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut mereka menggunakan kain.

Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.

Menceritakan detik cemas selama setengah jam itu, Abdul Razak berkata, dia dan isteri, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang tidur tersentak apabila mendengar bunyi bising mencurigakan seperti dulang tercampak pada pintu rumahnya.

“Sebagai langkah keselamatan, saya segera mengambil senapang patah, namun tidak sempat mengisi peluru kerana pintu bilik tidur ditendang sehingga pecah dan melihat beberapa lelaki menerjah saya untuk merampas senjata berkenaan.

“Pada waktu itu, saya hanya memikirkan keselamatan isteri serta empat anak berusia antara 11 hingga 24 tahun lalu nekad bergelut dengan enam lelaki bersenjatakan parang dan kayu.

“Namun, saya akhirnya rebah tersungkur apabila mereka menetak kepala, muka serta tangan sehingga tidak berdaya kerana kehilangan banyak darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


Menurutnya, perompak dipercayai warga asing itu mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain dikoyakkan manakala seorang lagi anak lelakinya di tingkat atas masih tidur.

“Suspek menggeledah rumah dan melarikan senapang patah serta peluru selain barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000,” katanya.

Kata Abdul Razak, dia yang membuka ikatan itu membuat laporan polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.

“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam insiden ngeri itu dan menganggapnya dugaan Tuhan,” katanya.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa turut cedera pada tangan kanan akibat dipukul dengan pemutar skru. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati suspek melarikan diri menaiki kereta dan motosikal diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamunsempatmandi/Article/index_html

Peniaga Cedera Bergelut Dengan Perompak
Mstar 31 Dis 2010

REMBAU: Seorang peniaga cedera selepas bergelut dengan sekumpulan perompak yang memasuki rumahnya di Kampung Pedas Hilir dekat sini awal pagi ini.

Enam perompak bersenjatakan parang itu dipercayai masuk ke rumah berkenaan dengan mengumpil pintu belakang, dan selepas mengikat semua penghuni, mereka melarikan wang tunai, barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit, yang semuanya bernilai kira-kira RM40,000.

Abdul Razak Ahmad, 56, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi apabila beliau tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising, dan apabila beliau membawa senapang patahnya untuk menyiasat, belia diserang tiga perompak.

Dalam pergelutan itu beliau mengalami kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam di bahagian kepala, muka, serta tangan kanan, dan menurutnya beliau turut mengalami kecederaan di kaki kanannya akibat dipukul dengan kayu.

Beliau yang menerima beberapa jahitan akibat kecederaan dalam pergelutan itu ketika ditemui di rumahnya selepas pulang dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, petang ini berkata, senapang patahnya turut dilarikan perompak itu.

Abdul Razak berkata selepas diserang, beliau dan isteri, bersama empat anaknya yang berumur antara 11 dan 24, diikat kedua belah tangan, dan mulut mereka ditutup dengan kain.

"Kejadian itu berlaku begitu pantas dan setelah perompak itu beredar dipercayai dengan sebuah kereta, isteri saya berjaya membuka ikatannya, lalu menghubungi jiran dan polis," katanya. -BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/12/30/mstar_jenayah/20101230184906&sec=mstar_jenayah

12/29/10

PROGRAM LIQA FIKRI

Tarikh : 31 Dis 2010 (Jumaat)
Tempat : Kuala Pilah
Masa : Maghrib berjemaah - Qiamullail

12/27/10

Car Wash AMAL 20 Jan 2011 Seremban

PROGRAM CUCI KERETA AMAL
Tarikh : 20 Jan 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com

Untuk maklumat sila lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Peta ke Pasti Hasanah pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/car-wash-amal-20-jan-2011-seremban.html

Lima keluarga masih dikurung

Berita Harian 27 Dis 2010

Mangsa dijadikan hamba majikan selepas gagal lunas hutang

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima keluarga lagi dipercayai dikurung dan dijadikan hamba di Bahau, Negeri Sembilan kerana tidak mampu membayar hutang mereka. Maklumat itu didedahkan seorang mangsa yang berjaya melarikan diri bersama isteri dan tiga anaknya sebelum membuat aduan kepada Astivaaram Foundation, 19 Disember lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam Astivaaram Foundation, Sri Sanjeevan, berkata kegiatan itu dipercayai sudah lama berlaku, terutama membabitkan mangsa di kalangan kaum India yang bekerja sebagai buruh ladang.

“Biasanya, gaji buruh estet memang rendah dan terpaksa meminjam wang tauke (kontraktor) untuk meneruskan hidup. Difahamkan, mangsa kebanyakannya tahu pinjaman itu dikenakan kadar bunga yang tinggi.

“Namun, apa pilihan yang mereka ada untuk menyara isteri dan anak-anaknya. Bila hutang bertambah dan tidak mampu dibayar, mereka akhirnya diperangkap menjadi hamba,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa dikurung bersama isteri dan anak mereka di lokasi tertentu sebelum dipaksa bekerja sebagai buruh ladang tanpa gaji.
Tidak cukup dengan itu, katanya, ada antara mangsa turut ‘dijual’ kepada kontraktor lain bagi menebus hutang, sekali gus menguntungkan majikan asal mereka.

“Mangsa memberitahu, kebanyakan mangsa dan isteri mereka akan dijadikan buruh paksa, manakala anak dipaksa melakukan kerja rumah, termasuk memandi dan memberi makan anjing pengawal yang menjaga rumah tempat mereka dikurung.

“Difahamkan, anak-anak itu ada didera. Ini perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menentang hak asasi manusia. Tidak sangka dalam keadaan moden hari ini, masih wujud kegiatan perhambaan di Malaysia,” katanya.

Sanjeevan berkata, aktiviti perhambaan itu sukar dikesan kerana berlaku di kawasan terpencil, selain keengganan mangsa membuat laporan berikutan bimbang dengan ancaman dalang kegiatan berkenaan, termasuk ugutan bunuh.

“Mangsa sebenarnya lebih bimbangkan keselamatan anak yang dijadikan tebusan. Lagipun, bagaimana mereka boleh buat laporan jika sentiasa dikurung dan pergerakan diawasi,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan dan pihak berkaitan, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera dalam membanteras kegiatan itu, termasuk menyelamatkan mangsa
“Selepas Berita Harian mendedahkan kegiatan ini, dalang utama dipercayai cuba memindahkan mangsa ke beberapa lokasi lain bagi memastikan pergerakan mereka tidak mudah dikesan.

“Justeru, kita berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelamatkan mangsa, terutama anak yang teraniaya itu. Astivaaram Foundation yang memperjuangkan hak asasi manusia sedia bekerjasama dalam usaha itu,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Limakeluargamasihdikurung/Article

Hidup tertekan

Berita Harian 27 Dis 2010



APARTMEN Seroja 3 turut menempatkan pekerja asing.Pihak tertentu jadikan apartmen asrama pekerja asing

SENAWANG: Tindakan pihak tertentu menjadikan sebahagian Apartmen Seroja di Taman Tasik Jaya di sini sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam keadaan tertekan berikutan sikap kurang sopan sesetengah warga asing terbabit.

Kira-kira 700 penduduk tempatan yang mendiami Apartmen Seroja 1 hingga 4 kini terpaksa hidup berjiran dengan kira-kira 250 pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan Myanmar, yang bekerja di kilang sekitar Kawasan Perindustrian Taman Tasik Jaya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, kehadiran pekerja asing yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Seroja, Mohd Nor Jamaluddin, 41, berkata penduduk tempatan semakin hilang sabar dengan sikap warga asing yang turut mencemar imej kawasan perumahan itu dengan kelakuan kurang sopan.

Katanya, gelagat kurang disenangi itu termasuk cara berpakaian menjolok mata dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan secara terang-terangan.

"Kelakuan mereka menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang gelagat negatif itu boleh mempengaruhi anak remaja masing-masing serta memberi imej negatif kawasan ini kepada orang luar," katanya kepada Berita Harian.
Mohd Nor berkata, persatuan dan ahli jawatankuasa surau pernah menasihati warga asing terbabit supaya tidak mengulang perbuatan itu serta cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi kelakuan buruk itu berterusan hingga kini.

"Kami juga pernah mengemukakan masalah ini kepada majikan pekerja warga asing terbabit, tetapi tiada tindakan proaktif diambil. Apa yang berlaku ialah seorang warden ditempatkan di sini untuk mengawasi pekerja asing terbabit, tetapi tindakan ini masih kurang berkesan," katanya.

Penduduk, Ishak Ali, 50, berkata masalah itu yang sudah lama berlaku menyebabkan penduduk tempatan tidak tahan lagi dengan gelagat mereka.

Beliau yang tinggal di situ sejak 10 tahun lalu berkata, pekerja warga Nepal pernah bergaduh sesama sendiri hingga membimbangkan jiran bersebelahan, tetapi mujur dapat dikawal dengan bantuan penduduk tempatan.

Rakannya, Rashid Abdullah, 47, berkata sejak apartmen itu dijadikan asrama, pelbagai masalah sosial berlaku di situ termasuk kes khalwat membabitkan pekerja asing dan rakyat tempatan serta perlakuan maksiat antara penyewa rakyat tempatan dan warga asing.

"Apartmen ini pernah digelar lubuk maksiat, suatu gelaran yang cukup memalukan penduduk tempatan yang hampir 100 peratus adalah orang Islam," katanya.

Salmah Razali, 48, pula kesal dengan sikap kebanyakan warga asing yang pengotor dengan membuang sampah sesuka hati dan tidak mempedulikan perasaan penduduk tempatan.

"Saya memang membantah kediaman kami ini dijadikan asrama pekerja asing kerana keadaan sekarang menimbulkan masalah yang menjejaskan keharmonian hidup penduduk di sini," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral_Hiduptertekan/Article

12/26/10

Ceramah Md Sabu 4 Jan 2011 Seremban


CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Bersama :
Tn. Hj. Mohd Sabu
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Chegubard
YB Loke Siew Fook
Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 9 Malam
Tempat : Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir

Ceramah Tn Guru Nik Razi 1 Jan 2011 Seremban


CERAMAH TAHUN BARU
Bersama Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, Pengasas Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 1 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : Surau As-Sibian Taman Dusun Setia, Seremban
Waktu : Selepas Maghrib (7.30 mlm)

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Ghazali 013-3681062 / 019-6351519

12/25/10

Ceramah Mesra PKR 31 Dis 2010 Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Penceramah :
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
Mustaffa Kamil Ayub (MPP PKR)
Dr. Muhammad Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR Pusat)

Datang beramai-ramai

Sumber : http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/12/ceramah-umum-n9.html

12/24/10

ADUN Paroi lepaskan Konvoi ke Permatang Pauh

ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau bersama ADUN Sikamat YB Hj Aminuddin dan Chegubard telah melepaskan sekitar 100 orang peserta Konvoi dari Rembau ke Permatang Pauh pada 23 Disember 2010 di Dataran Senawang.

Berita lanjut dan gambar sekitar program pelepasan peserta konvoi tersebut pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/12/konvoi-anak-muda-ke-permatang-pauh.html

Sekolahkah Mereka


Harakah 24 – 26 Dis 2010

Meraikan Program Berkhatan di Jempol


Harakah 24 – 26 Dis 2010

Bersama Unit Amal


Harakah 24 – 26 Dis 2010

12/23/10

Penduduk N.Sembilan marah jalan rosak teruk, bom jangka


SEORANG penduduk menunjukkan jalan utama yang berlubang dan ditakungi air di laluan masuk Jalan Serampang Indah, dekat Jempol, baru-baru ini.

---------------------
Utusan Malaysia 23 Dis 2010

JEMPOL 22 Dis. – Apa cerita di kawasan Serampang Indah, dekat sini sehingga penduduknya marah-marah dan tidak puas hati?

‘‘Bila naik kereta atau motosikal, kami seperti mengelak ‘bom jangka’, bila-bila masa sahaja boleh terbabas masuk lubang. Sudah lama jalan di sini rosak teruk,” kata penduduk.

Memang ada sebab mengapa penduduk di situ melenting, apatah lagi dengan kedudukannya yang sedikit terpencil, Serampang Indah rupanya tidak seindah nama yang diberikan.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan utama ke Serampang Indah, penuh dengan ‘berliku’, apa tidaknya lubang-lubang besar menanti untuk membenamkan tayar kereta anda.

Menurut penduduk, J. Satianadan, 56, dia sudah tidak berdaya membuat aduan lagi kerana dakwanya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

‘‘Sudah berlaku sejak enam tahun lalu. Oleh kerana Serampang Indah ini terpencil, maka tiada siapa pun ingin ambil tahu,” katanya di sini hari ini.

Kawasan penempatan penduduk di Serampang Indah ini terletak kira-kira 20 kilometer dari sini dan majoriti penduduknya kaum India dan selebihnya 20 peratus merupakan orang Melayu dan Cina.

Rata-rata penduduk di situ merupakan penoreh getah dan laluan utama ke situ ketika ini 60 peratus mengalami kerosakan teruk dipercayai berpunca akibat kenderaan berat yang berulang-alik di situ.

‘‘Inilah laluan utama kami setiap hari dan semuanya terpaksa kami harungi.

‘‘Keadaan lebih teruk apabila berlaku hujan dan lubang yang dalam itu mula dipenuhi air,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Chong Kai Ming, 28, amat berharap agar pihak berkuasa datang melihat keadaan di situ dan segera membantu penduduk di sini.

‘‘Ada yang tidak sanggup datang sini selepas mengetahui masalah jalan di sini.

‘‘Jalan ini hanya untuk kegunaan lori yang beratnya lima tan ke bawah.

‘‘Kita amat berharap supaya ada satu arahan, mahupun penghadang yang melarang lori melebihi berat berkenaan menggunakan laluan ini kerana ia akan menjadikan kawasan itu bertambah parah,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Tandas kotor, Majlis Perbandaran Port Dickson teruk

Berita Harian 23 Dis 2010

Pelancong kesal PBT abai kebersihan bilik air di Teluk Kemang

PORT DICKSON: Menjijikkan! Perkataan ini mungkin paling sesuai untuk menerangkan keadaan tandas awam di kawasan peranginan Teluk Kemang di sini.

Walaupun pengguna kemudahan awam itu dikenakan bayaran 50 sen dan RM1 untuk mandi, tahap kebersihan masih tidak memuaskan. Usaha Tourism Malaysia Negeri Sembilan mempromosikan kawasan itu sebagai lokasi pelancongan utama negeri ini seperti sia-sia jika kurang mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Tinjauan Berita Harian mendapati tandas awam di sini tidak diselenggara dengan baik sehingga pengguna terpaksa menutup hidung kerana berbau busuk. Malah, pintu bilik mandi juga tidak berpintu.

Ini menyebabkan pengguna tidak selesa terutama ketika pantai peranginan di sini dikunjungi ramai pelawat pada hujung minggu dan cuti persekolahan seperti sekarang.

Pengunjung, Yati Abdullah, 44, berkata MPPD perlu memberi perhatian serius keadaan tandas awam dan mengambil tindakan segera kerana ini membabitkan imej Port Dickson sebagai pantai peranginan terkenal.

Katanya, keadaan ini tidak sejajar dengan status Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara, Bandar Tentera Darat dan diiktiraf sebagai zon kesihatan.
"Port Dickson masih menjadi pilihan kerana mempunyai pantai peranginan paling hampir dengan Lembah Klang dan kemudahan jalan raya yang baik, namun banyak kemudahan di sini tidak menepati keperluan pengunjung," katanya.

Katanya, keseronokan mandi di laut hilang sebaik saja memasuki tandas awam yang buruk dan kotor.

Pelancong Singapura, M Salethy, 40, bersetuju bahawa tandas awam di kawasan pelancongan di sini kurang memuaskan dan perlu dibaiki segera.

"Saya datang dari jauh untuk berkelah di Port Dickson kerana pantai di sini sesuai untuk aktiviti perkelahan, tetapi kemudahan tandas amat menyedihkan.

"Saya tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menggunakan tandas awam di sini walaupun keadaan tidak selesa," katanya.

Bagi pengunjung dari Sarawak, Aishah Mat, 41, keadaan tandas awam yang kotor dan berbau mengejutkannya kerana kemudahan itu terletak di kawasan pelancongan.

"Tandas awam perlu diperbaiki dan dinaik taraf supaya lebih bersih, selesa dan selamat untuk digunakan. Tidak berbaloi bayar 50 sen, tetapi kemudahan disediakan seperti tandas percuma," katanya.

Malah, katanya tandas awam di kawasan rehat dan rawat lebuh raya PLUS tidak dikenakan bayaran, tetapi bersih dan selesa.

Masalah kebersihan tandas awam di Teluk Kemang bukan perkara baru kerana keadaan di sini berlarutan sejak dulu, tetapi masih tidak berubah hingga kini.

Baru-baru ini ruangan Surat Pembaca Berita Harian, turut memaparkan pandangan pelancong dari Kota Kinabalu, Sabah, yang menegur tahap kebersihan tandas awam di Dataran Kemang.

Jika keadaan berterusan, ia boleh menjejaskan usaha mempromosikan Port Dickson sebagai pantai peranginan terkemuka berikutan kemudahan tandas kotor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tandaskotor/Article

Penduduk Taman Rasah mohon lampu isyarat

Utusan Malaysia 23 Dis 2010

RASAH 22 Dis. - Penduduk Taman Rasah dekat sini berharap pihak berkuasa negeri dapat meletakkan lampu isyarat dan tanda arah sesuai di jalan Seremban ke Port Dickson berhadapan taman tersebut.

Mereka mendakwa, jalan tersebut yang juga merupakan laluan utama mereka keluar masuk taman ini sesak selain sering berlaku banyak kemalangan.

Menurut seorang penduduk Mohammad Baidullah , 47, jalan berkenaan sering berlaku kemalangan kerana ramai yang keliru tentang arah jalan selain memandu laju.

"Sejak saya tinggal di sini, sudah kerap berlaku kemalangan di jalan ini," ujarnya.

Jelasnya, jalan tersebut merupakan jalan sehala yang hanya boleh digunakan oleh pemandu yang datang dari arah Port Dickson serta dari Seremban sahaja untuk masuk ke taman ini.

"Sementara bagi penduduk yang ingin keluar ke bandar Seremban atau ke kawasan lain terpaksa membuat pusingan 'U' di bulatan berdekatan Mambau.

"Ia agak menyukarkan kami untuk keluar berurusan ke bandar. Bagi penduduk lain yang keluar bekerja pula, mereka tiada pilihan lain dan terpaksa juga menggunakannya walaupun agak jauh untuk membuat pusingan," ujarnya.

Kata Mohammad, jika pihak berkuasa meletakkan lampu isyarat di jalan itu, pasti penduduk di sini menarik nafas lega kerana lebih mudah untuk digunakan ke bandar Seremban.

"Saya juga berharap agar lebih banyak papan tanda diletakkan di kawasan ini untuk mengelak berlaku kemalangan serta memudahkan kami," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

12/22/10

Anwar arah tawan Negeri Sembilan


Mon, Dec 20, 2010 - Oleh Zefry Dahalan

SEREMBAN: Berdasarkan apa yang dialaminya selama beberapa bulan dan tahun kebelakangan ini , seseorang akan menyangka bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berundur.

Namun pemimpin dan pembahas berkarisma ini kembali bangkit, menyebabkan harapan musuh politiknya punah. Musuh politiknya menjangka tidak akan bertahan di dalam krisis pemilihan kongres nasional PKR selain dari keperitan yang dialami semasa perbicaraan kes liwat (termasuk sokongan pemimpin Singapura yang percaya beliau bersalah) dan penggantungan dari Parlimen.

Di dua ceramah terbaru di Negeri Sembilan dan Melaka, hadirin menerima beliau dengan penuh semangat.

Ketika pilihan raya PKR yang berakhir bulan lalu, Datuk Zaid Ibrahim dan S Jenapala menyerang Anwar secara bertalu-talu atas alasan proses pemilihan yang samar. Mereka turut menerima sambutan meluas dari dalam parti. Mereka turut mempertikai legitimasi Anwar sebagai ketua umum PKR.

Ramai penyokong pembangkang termasuk pemimpin PAS dan DAP bimbang terhadap liputan media negatif yang diterima Anwar akan menjejaskan prestasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Para pemimpin tertinggi PKR juga menghadapi kesukaran menerangkan isu Anwar kepada ahli akar umbi kerana media arus perdana melaporkan perihal gelora yang melanda secara meluas.

Menurut sekurang-kurangnya sebuah akhbar Melayu, Anwar telah kehilangan keyakinan sebahagian besar dari anggota partinya.

Pengkritik beliau patut berada di Seremban pada malam Khamis lepas di mana Anwar menerangkan perihalnya kepada umum buat kali pertamanya setelah digantung dari Parlimen. Mereka akan melihat bukti kekuatan sokongan dan hormat akar umbi kepada Anwar.

Laungan sokongan

Berdasarkan saiz hadirin dan reaksi kepada ucapan Anwar, pemerhati politik menyatakan tiada pemimpin politik lain yang berkebolehan untuk mengagumkan hadirin yang terdiri dari berbilang kaum.

Kira-kira 5,000 orang Melayu, Cina dan India berkumpul menghadiri ceramah di Kampung Ismail, Seremban. Jumlah ini mengagumkan kerana acara ini ditentukan pada saat terakhir, mendapat kurang publisiti dan hujan lebat menyebabkan tanah berlumpur di tapak ceramah.

Kepimpinan PKR Negeri Sembilan turut hairan dengan sambutan yang diterima untuk ceramah ini.

Hadirin bukan sahaja mendengar malah melaungkan tanda sokongan dan kemarahan sebagai reaksi kepada apa yang diperkatakan oleh Anwar.

Beliau berucap selama 90 minit dan kebanyakan berkisar tentang tuduhan meliwat dan penggantungan dirinya dari Parlimen selaku Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh, bersama dengan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Merujuk kepada laporan Wikileaks yang memetik kata-kata pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew yang berkata bahawa beliau ‘masuk secara sedar’ ke dalam perangkap liwat, Anwar turut mengkritik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana komennya.

"Saya cabar Kuan Yew dan Dr Mahathir memberi bukti kepada mahkamah," kata Anwar.

Laporan Wikileaks yang sama itu juga turut mengeluarkan kenyataan buruk mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar mencabar Najib agar mempertahankan diri sebagaimana yang dibuat oleh beliau di mahkamah dan rapat umum.

"Wikileaks turut melaporkan perisikan Singapura percaya Najib menghadapi kesukaran berikutan tohmahan bahawa beliau terlibat dalam pembunuhan Anwar," kata beliau.

"Tapi dia kata ini isu kecil dan ‘fokus kepada pembangunan’.

"Orang menuduh anda terlibat dalam pembunuhan. Bagaimana anda boleh kata ini isu kecil?"

Arahan untuk menawan NS

Anwar sepatutnya berucap selama sejam dan meninggalkan pentas pada pukul 10 malam kerana dijadualkan berucap di Ayer Molek, Melaka.

Namun galakan dan sambutan hadirin menyebabkan beliau meneruskan ucapannya. Beliau tidak mengendahkan peringatan masa sebanyak dua kali kerana seorang lagi pemimpin PKR turut dijadualkan untuk berucap.

Beliau menamatkan ucapannya pada pukul 10.30 malam selepas mengingatkan pemimpin dan penyokong Pakatan menawan Negeri di dalam pilihan raya akan datang.

Pembangkang hanya memerlukan empat kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Anwar tiba di Ayer Molek pada pukul 11.30 malam dengan hadirin yang lebih kecil dan sekali lagi beliau memukau mereka.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11442

Bekas ahli Umno N.Sembilan diugut kerana sertai PKR

Kami diugut kerana sertai KEADILAN – bekas Umno
21 Dec 2010

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas 40 ahli Umno dan MCA Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson menyertai KEADILAN baru-baru ini, sekumpulan ahli parti itu khususnya dari Umno mengugut akan menyekat bantuan untuk mereka yang keluar parti.

Jurucakap kumpulan itu, Isa Othman berkata, ugutan itu berlaku kerana pimpinan Umno BN cukup terkejut dengan tindakan drastik masyarakat di kampung itu yang mula berani memperjuangkan hak mereka.

“Umum mengetahui Telok Pelanduk merupakan kubu kuat Umno BN sejak sekian lama dan apabila kami secara beramai-ramai keluar parti, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan pihak Umno BN.

“Sebab itu, mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada penduduk yang keluar parti walhal berpuluh-puluh tahun kami diabaikan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Isa yang juga anggota Umno sejak lebih 30 tahun lalu turut memberitahu bahawa sesuatu yang menghairankan apabila banyak bantuan yang sepatutnya mereka terima selama ini langsung tiada terutamanya kepada warga miskin dan ibu tunggal.

“Berpuluh-puluh tahun hak kami diabaikan dan apabila kami siasat, hanya kroni tertentu sahaja yang menerimanya sedangkan banyak lagi ibu tunggal dan warga emas di kawasan ini dinafikan hak mereka,” jelasnya.

Kumpulan itu meninggalkan Umno pada pertengahan Disember lalu dan menyertai KEADILAN dengan borang mereka diterima sendiri oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain.

“Itu hanya permulaan dan ratusan lagi ahli Umno BN akar keluar parti secara senyap-senyap selepas ini kerana beberapa penduduk terus diugut jika mengisytihar keluar Umno secara terbuka,” katanya.

Menurut Isa, Telok Pelanduk turut meliputi lima buah kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 3,000 dengan lebih 75 peratus daripadanya bersedia menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Berpuluh-puluh tahun kami bersabar dan menderita dan sudah tiba masanya kami bangkit untuk mempertahankan hak kami sebagai mana yang dijamin dalam perlembagaan.

“Merupakan hak kami selaku warga Malaysia untuk memilih parti yang kami sukai dan yakin mampu memperjuangkan hak kami lagipun demokrasi membenarkan ia berlaku,” kata Isa.

Menurut rekod, Telok Pelanduk diasaskan oleh Abdullah Tir yang juga merupakan Datuk kepada Isa.

http://www.keadilandaily.com/kami-diugut-kerana-sertai-keadilan-%e2%80%93-bekas-umno/

12/21/10

Rakyat N.Sembilan bil elektrik RM200 sebab tiada kemudahan

Demi keselamatan penduduk di Kampung Paya , Port Dickson terpaksa memasang sendiri tiang lampu jalan dan membayar bil elektrik hingga RM200 sebulan demi untuk menjaga keselamatan kerana tiada kemudahan lampu jalan di kampung tersebut. Kampung ni mungkin kawasan selamat Umno agaknya?

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.)

BIL ELEKTRIK CECAH RM200
Sinar Harian 21 Dis 2010

Kampung Paya , Port Dickson – Seorang penduduk terpaksa membelanjakan lebih RM200 setiap bulan bagi melunaskan bil lampu jalan yang dipasangnya sendiri sejak dua tahun lalu berikutan permohonan mendapatkan kemudahan itu tidak dihiraukan.

Syarifah Syarif, 58, berkata, perbelanjaan besar perlu dikeluarkan sendiri bagi membiayai bil lampu jalan di hadapan rumahnya itu.

Menurutnya, sehingga kini sudah banyak wang yang dikeluarkan bagi membiayai bil berkenaan disebabkan permohonan untuk membina lampu jalan di hadapan rumahnya tidak mendapat respons positif daripada semua pihak yang dirujuknya.

"Dua tahun lalu, saya bersama suami mengambil inisiatif untuk memasang sendiri lampu jalan ini dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

"Kos keseluruhan termasuk kerja pemasangan lampu jalan sahaja mencecah RM1,000," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Syarifah berkata, permohonan bagi kerja pemasangan lampu itu dibuat berikutan lorong kediaman rumahnya bersama lima lagi jiran yang lain tiada kemudahan lampu jalan.

"Kawasan kediaman kami pada waktu malam sangat gelap, ditambah dengan kawasan berhampiran yang dipenuhi belukar.

"Apatah lagi rumah saya terletak di hujung jalan dan paling hampir dengan kawasan belukar," katanya.

Menurutnya, kejadian kecurian dan rompakan juga telah beberapa kali berlaku di sini berikutan kawasan yang gelap serta kawasan belukar memudahkan perompak melarikan diri.

"Ada juga rakan tidak menjumpai lorong kediaman kami disebabkan kawasan yang gelap.

"Walaupun lampu pagar rumah dinyalakan tetapi cahayanya tidak begitu terang," katanya.

Syarifah berkata, lampu jalan yang dipasangnya itu tidak dinyalakan dengan kerap kerana khuatir dengan bil yang tinggi perlu dibayar setiap bulan.

"Saya memohon agar pihak berkenaan dapat membantu penduduk di Lorong Bahagian 2, Kampung Paya bagi menyelesaikan masalah lampu jalan ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8541165.asp

Masjid di N.Sembilan banyak daif, atap bocor, karpet basah



Inilah nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Ada yang mungkin nak kena roboh, ada yang diserang kelawar, ada yang pakai kanvas sebab atap bocor teruk, ada yang tak siap-siap projek pembinaan masjid setakat pecah tanah je. Yang ini pula karpetnya basah, bukannya di ceruk pedalaman tapi di tengah kota Kuala Pilah.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat. Adakah kampung-kampung dan kawasan Felda di Negeri Sembilan ini kawasan selamat?)

TIDAK SELESA KARPET BASAH
Sinar Harian 21 Dis 2010

Kuala Pilah – Kebanyakan jemaah yang mahu menunaikan solat di masjid, di Pekan Kuala Pilah melahirkan rasa kecewa kerana sebahagian karpet masjid berkenaan basah sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Keadaan itu berpunca daripada keadaan bumbung bocor dan setiap kali hujan, karpet bahagian jemaah perempuan dan lelaki sebelah kiri akan basah, sekali gus mengganggu jemaah bersolat.

Zainal Ahmad, 55, ketika ditemui berkata, masalah itu sudah berlarutan sehingga enam tahun dan masih tidak dibaiki sehingga kini.

“Saya prihatin dengan keselesaan kemudahan di masjid ini. Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi ini untuk kebaikan dan keselesaan jemaah yang lain juga.

“Ini kerana, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai disebabkan kedudukannya berhampiran jalan raya utama. Kadangkala ada juga jemaah yang datang dari Kuantan dan Kelantan bersolat, di sini,” katanya.

Menurutnya, jika masalah itu dibiarkan, sudah pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan imej masjid berkenaan, sekali gus nama Daerah Kuala Pilah.

“Baru-baru ini ada seorang jemaah berketurunan Arab menunaikan solat di sini. Dia memanggil saya dan menunjukkan punca bau busuk pada karpet bahagian perempuan yang basah.

“Malu pun ada juga tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi segera,” katanya.

Zainal berkata, bukan tidak pernah mengadu kepada pihak berkenaan tetapi ia seolah-olah dipandang sepi.

“Aktiviti sentiasa diadakan di masjid ini dan boleh dikatakan setiap hari. Jemaah yang hadir juga amat menggalakkan terutama jika ada ceramah selepas Maghrib.

“Sambutan daripada jemaah wanita tidak pernah mengecewakan. Saya bimbang, jika masalah ini tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan jemaah wanita akan berkurangan,” katanya.

Dalam pada itu menurutnya, setiap kali solat Jumaat dan waktu hujan, kawasan karpet terbabit akan diletakkan tanda amaran supaya tidak bersolat di situ.

“Bukan sahaja dalam masjid tetapi di luar juga terkena tempias hujan sehingga lantai basah walaupun mempunyai bumbung.

“Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, bimbang mereka terjatuh atau tergelincir,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8541134.asp

Beberapa artikel nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan di bawah ini :

MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP
http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html

ADAKAH MASJID BONGEK NAK DIROBOH BUAT JALAN ?
http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

MASJID CHEMBONG GUNA KANVAS, ATAP BOCOR
http://pasns.blogspot.com/2010/04/atap-masjid-nsembilan-guna-kanvas-uzur.html

MASJID DI FELDA N.SEMBILAN DISERANG KELAWAR
http://waghih.blogspot.com/2010/12/masjid-nsembilan-diserang-kelawar.html

APA DAH JADI MASJID KARIAH SIRUSA, PORT DICKSON
http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-dah-jadi-masjid-kariah-sirusa-bagan.html

12/20/10

Apa sudah jadi RM19 juta kawasan industri N.Sembilan?

Apa sudah jadi dengan projek Kawasan Perindustrian Chembong di Rembau , Negeri Sembilan yang kosnya sebanyak RM19 juta yang bermula sejak tahun 2002? Setakat Disember 2010 kawasan tersebut telah dipenuhi semak samun dan pokok liar. Apakah pelabur sudah hilang minat melabur di Negeri Sembilan, khususnya di Rembau?

Gambar terkini Kawasan Perindustrian Chembong pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/apa-sudah-jadi-rm19-juta-kawasan.html

Laman wen PKNNS Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan yang meguruskan projek Kawasan Perindustrian Chembong ini pun tidak dikemaskini sejak tahun 2008, dengan berita terakhir ialah ucapan Ramadhan. ( http://www.ns.gov.my/pknns 01.09.2008 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam)

EXISTING INDUSTRIAL AREAS
Chembong Industrial Park
http://www.nsic.com.my/industrial.html

SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad.

He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million.

Sales of the industrial lots to interested buyers have already begun, he told reporters after chairing a meeting with the Board of Directors of PKNNS here today.

http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-26080998_ITM

12/17/10

Seminar Tentu Kerjaya selepas PMR,SPM 26 Dis 2010 Senawang

BENGKEL iMeGa (info Menara Gading)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM

Terhad 100 orang peserta sahaja

Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan Professional dan Usahawan

Yuran pendaftaran :
RM 25/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)

Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com & Surau Taman Alamanda

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

12/16/10

Tandas PD kotor, busuk, tak selesa...


Tandas awam kotor, pam tandas dicabut. Semua ini menjadikan pengguna berasa tidak selesa walaupun dikenakan bayaran sebanyak 50 sen, di kawasan peranginan Dataran Kemang, Port Dickson.
---------------------

Utusan Malaysia 16 Dis 2010

TELUK KEMANG 15 Dis. - Isu tandas awam kotor barangkali bukan perkara baru sebaliknya isu lama yang sering dimainkan ekoran tiada perubahan ditampilkan untuk keselesaan orang awam.

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit, kebersihan tandas awam mencerminkan peribadi penduduk di negara tersebut terutama di mata pelancong luar, jadi aspek ini harus segera dipertingkatkan.

Namun, tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan peranginan di Dataran Kemang di sini mendapati, tandas awam berkenaan kelihatan seolah-olah tidak diselenggara dengan baik walaupun bayaran dikenakan sebanyak 50 sen dan RM1 untuk mandi.

Kotor, berbau dan tidak selesa, itu pasti reaksi pertama bagi pengunjung ketika menggunakan tandas tersebut.

Walhal kawasan tersebut juga merupakan tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar dan bayangkan apa reaksi mereka jika keadaan ini dipertontonkan.

Bilik mandi yang disediakan juga tidak mempunyai ciri-ciri keselesaan.

Perkara tersebut dilihat mengundang rasa kurang selesa kepada pengunjung terutama pada hujung minggu apabila kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai.

Bersesuaian dengan kempen tandas awam bersih yang dilaksanakan di seluruh negara, rata-rata pengunjung di situ mengharapkan tandas awam berkenaan diselenggara dengan baik agar mampu memberikan keselesaan kepada pengunjung terutamanya dari luar negara.

Salah seorang pengunjung, Yati Abdullah, 44, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya melakukan sesuatu untuk menambah baik tandas awam bagi keselesaan semua pengunjung.

"Ini merupakan langkah memberikan gambaran terbaik kepada pelancong terutama dari luar negara.

"Sekurang-kurangnya mereka mendapat keselesaan yang sewajarnya serta sentiasa berminat untuk berkunjung ke sini," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, tandas awam tersebut perlu diurus dan diselenggara dengan baik apatah lagi apabila orang ramai turut dikenakan bayaran untuk menggunakannya.

Pelancong dari Singapura, Salethy, 40, mengakui, tandas awam di pusat pelancongan di sini kurang memuaskan berbanding tempat yang pernah dilawatinya.

"Tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menggunakannya walaupun berasa tidak selesa," ujarnya.

Menurut pengunjung dari Sarawak, Aishah Mat, 41, keadaan tandas tersebut yang kotor dan berbau mengejutkannya apatah lagi ia terletak di kawasan pelancongan.

"Seharusnya perlu dibaik pulih agar lebih baik, selamat dan selesa," ujarnya.

Jelasnya, jika keadaannya bersih barulah ia berbaloi dengan harga yang dikenakan.

"Tandas awam di kawasan rehat dan rawat pun tidak dikenakan bayaran tetapi mampu memberikan keselesaan kepada pengguna. Kenapa tidak di pusat pelancongan seperti ini dinaikkan taraf untuk keselesaan pengunjung," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Taman permainan rosak mengecewakan


Orang ramai masih lagi mengunjungi taman permainan kanak-kanak di Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik, Seremban, walaupun tidak di selenggara dengan baik.
-------------------------------------

Utusan Malaysia 16 Dis 2010

SEREMBAN 15 Dis. - Para pengunjung taman permainan kanak-kanak di Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban dekat sini kecewa apabila kebanyakan permainan di situ rosak selain berbahaya kepada kanak-kanak.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ada permainan di taman berkenaan yang diikat dengan pita plastik bagi mengelakkan orang ramai menggunakannya.

Menurut salah seorang pengunjung, Badrul Hisham Abdullah, (gambar) 46, keadaan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak jika mereka ke situ tanpa pengawasan orang dewasa.

"Jika anak-anak kecil tidak dipantau ketika bermain di kawasan ini, dikhuatiri mereka akan menggunakan juga permainan rosak kerana ia hanya diikat dengan pita larangan," ujarnya.

Jelasnya, pihak berkuasa seharusnya memperbaiki tempat itu agar pengunjung dapat menggunakannya.

''Walaupun ada antara permainan ini tidak boleh digunakan, saya tetap membawa anak-anak ke sini kerana keadaan tempatnya sesuai untuk dijadikan tempat riadah."

Katanya, pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh pengunjung jika tempat itu berubah wajah dan diceriakan.

''Selain itu juga ia memberikan banyak manfaat kepada anak-anak sekiranya disenggara dan dijaga dengan rapi," jelasnya.

Badrul Hisham juga berpendapat, pihak berkuasa tempatan sepatutnya memikirkan cara terbaik bagaimana untuk memulihkan semula keadaan taman permainan berkenaan dengan segera.

''Saya berharap taman ini diselenggara dengan baik supaya menjadi pusat riadah dan destinasi pilihan terutamanya pada musim cuti," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Rezeki pemandu terjejas

PPTBPS dakwa ada teksi haram tunggu luar stesen kereta api ambil penumpang

Berita Harian 16 Dis 2010

SEREMBAN: Kewujudan teksi haram di luar kawasan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), di sini menyebabkan pendapatan pemandu teksi Persatuan Pemandu Teksi Bekas Perajurit Seremban (PPTBPS) yang beroperasi di situ terjejas.

Pengguna lebih memilih menggunakan teksi yang menunggu secara haram di luar stesen walaupun bayaran dikenakan lebih mahal, selain keselamatan dan keselesaan tidak dijamin. Pengerusi PPTBPS, Mahat Dollah, berkata persatuan berkenaan menyewa laluan teksi di situ sejak 2004 dengan bayaran RM750 sebulan bagi mengambil penumpang yang turun dari kereta api dan komuter untuk ke destinasi dalam dan luar negeri. "Apa yang dikesalkan adalah tindakan pemandu teksi haram yang menunggu di luar stesen dan 'mencuri' pelanggan kami. Mereka bukan saja menunggu di garisan kuning jalan, malah menghalang laluan teksi ahli persatuan untuk keluar.

"Setiap kali waktu puncak atau orang baru turun dari kereta api, mereka pasti akan menunggu dan melambaikan tangan kepada pelanggan supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Apabila ditegur, mereka marah sehingga menimbulkan pergaduhan," katanya.

Mahat berkata, pernah beberapa kali persatuan dipanggil Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri (PPDNKK) kerana didakwa mengenakan bayaran yang mahal kepada penumpang, sedangkan ia dilakukan pihak lain tidak bertanggungjawab itu.

"Kami mengenakan bayaran mengikut caj yang diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan bukannya sesuka hati, malah kami akan mengenakan tindakan tegas kepada ahli yang mengambil tambang lebih daripada penumpang.

"Persatuan mengutamakan kebajikan dan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami, tetapi teksi haram di luar bebas meletakkan harga bagi setiap perjalanan hingga kami pula yang kena tempiasnya," katanya.

Sementara itu, setiausaha persatuan berkenaan, Kamarulzaman Abd Razak, berkata pihaknya sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak berkaitan mengenai masalah teksi haram itu, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

"Apabila penguat kuasa datang, mereka melarikan diri dan jika hari ini disaman, esok mereka datang semula dan beroperasi secara haram seperti biasa. Tindakan mereka ini melampau dan menjejaskan periuk nasi ahli persatuan," katanya.

Kamarulzaman turut mencadangkan supaya di luar stesen KTM diletakkan papan tanda arahan dilarang menunggu supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kepada pemandu teksi haram yang ingkar.

"Di sini hanya ada garisan kuning, tetapi papan tanda arahan tidak diletakkan walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat. Saya pasti jika papan tanda arahan ada nanti, ia dapat menghalang teksi haram menunggu, selain mengelak kesesakan jalan pada waktu puncak," katanya.

Pemandu teksi, Farizan Aziz, 62, berharap jalan penyelesaian mengenai perbuatan pemandu teksi haram itu dapat diambil secepat mungkin.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rezekipemanduterjejas/Article

12/15/10

PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek “SEKOLAHKAN MEREKA” dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Projek “SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN” ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

12/13/10

Tabung Buluh Untuk PAS


Harakahdaily

TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.

Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.

"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.

"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.

"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.


Padang Luas

Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.

Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.

Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.

Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.

Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Bandar Tasik Puteri

Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.

Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.

Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.

"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.

Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29820:tabung-buluh-untuk-pas&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Anwar Ibrahim 16 Dis 2010 di Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 16 Dis 2010 (Khamis)
Masa : 9 malam
Lokasi : Dataran Muhibah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Penceramah:
YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Azmin Ali
YB Saifuddin Nasution
YB Loke Siew Fook
YBhg Zulkefly Mohamad Hj Omar

Sumber dari http://anwaribrahimblog.com/2010/12/13/siri-lawatan-dan-ceramah-perdana-dato%E2%80%99-seri-anwar-ibrahim-14-19-dis-2010/

Dato Tuan Ibrahim 13 Dis 2010 di Gemencheh N9

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ibrahim Yusof
YB Hj Taufek
YB Veerapan
Ust Zakaria Khalim
Tarikh : 13 Dis 2010 , Isnin
Masa : 9 malam
Tempat : Pejabat PAS, Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan
Semua dijemput hadir

12/11/10

Tiada wang untuk khatan dua anak di Seremban

Tangguh hasrat khatankan anak

Sinar Harian 11 Dis 2010

SEREMBAN – Kesempitan hidup menyebabkan seorang ibu terpaksa bertangguh dalam urusan mengkhatankan dua anak lelakinya yang sudah cukup umur.

Kehidupan Azliza Sahid, 38, terhimpit selepas berpisah dengan suaminya sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menanggung enam orang anak berusia antara 4 sehingga 17 tahun.

Menurutnya, memikirkan kos berkhatan yang mencecah ratusan ringgit memaksanya untuk mendahulukan pendapatan bulanan yang diterima untuk urusan yang lebih penting berbanding membawa anaknya berkhatan.

"Hampir setiap tahun saya berhasrat mahu membawa dua anak lelaki saya yang kini berusia 11 tahun dan 13 tahun untuk berkhatan, namun akibat kekurangan duit hasrat itu terpaksa dibatalkan.

"Cuma, sejak akhir-akhir ini saya mula memikirkan yang anak saya sudah semakin dewasa dan jika ditangguhkan lagi pasti semakin susah. Jadi, saya cuba juga usahakan untuk mereka dikhatankan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permai 2.

Lebih menyedihkan apabila Sinar Harian turut difahamkan bahawa rumah tempat Azliza dan anaknya berteduh sekarang adalah rumah kosong yang tidak diketahui pemiliknya.

Azliza menambah, sudah hampir setahun dia membuat keputusan untuk tinggal di rumah kosong terbabit biarpun tidak dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik.

"Sejak berpisah dengan suami, saya tinggal bersebelahan dengan rumah keluarga saya, namun disebabkan kesemua adik beradik yang lain turut tinggal sekali menyebabkan rumah berkenaan terlalu sesak dan tidak mampu untuk menampung kami anak beranak.

"Saya tidak tahu rumah ini milik siapa tapi sekurang-kurangnya dapatlah kami menumpang buat sementara waktu. Saya bukan tidak mahu menumpang di rumah yang lebih selesa namun, gaji saya tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah," katanya.

Menurutnya lagi, anaknya masih bersekolah dan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM600 sememangnya tidak mencukupi.

"Saya berhasrat untuk berniaga bagi mengubah nasib diri dan keluarga namun hasrat terpaksa dibatalkan akibat tidak mempunyai modal yang mencukupi.

"Saya tidak tahu saluran mana yang harus saya ikuti bagi memohon bantuan memulakan perniagaan dan amat berharap ada pihak yang sudi membantu," katanya yang turut mendapat bantuan bulan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8502482.asp

Jalan berlubang undang bahaya

Sinar Harian 11 Dis 2010

MELANG - Bahaya pasti menanti buat sesiapa sahaja yang melalui jalan utama di Melang kerana jalannya yang rosak dan berlubang besar mengakibatkan beberapa kenderaan tersasar daripada laluan asal.

Laluan itu menjadi tumpuan orang ramai memandangkan ia adalah jalan utama bagi semua kenderaan dari arah Seremban dan Kuala Pilah.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8503202.asp

Jalan kampung dipenuhi sampah

Sinar Harian 11 Dis 2010

JEMPOL - Jalan kampung yang terpencil di kawasan kebun getah dan kelapa sawit di jalan Lui Selatan - Tembangau dekat sini, sering kali dijadikan sebagai pilihan utama pusat pembuangan sampah haram bagi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kawasan berkenaan dipenuhi sampah sarap yang bertaburan sehingga mencacatkan pemandangan dan menjatuh kan imej kampung berkenaan.

Pengguna jalan raya juga terpaksa menghidu bau busuk sepanjang melalui jalan berkenaan, malah tiada tindakan positif yang diambil oleh pihak berwajib berkenaan masalah itu.

Pengguna jalan raya, S Maren, 40, berkata, dia menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menangani masalah berkenaan dengan segera bagi mengelak timbul masalah lain selain menghidu bau busuk setiap hari.

“Saya berharap PBT mengambil tindakan sewajarnya agar tiada lagi pihak lain yang membuang sampah di kawasan terbabit.

“Selagi tiada tindakan daripada pihak berkenaan, mereka akan terus membuang sampah tanpa rasa bersalah, malah jumlah sampah akan terus meningkat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8502491.asp

12/9/10

MB N.Sembilan gila bina bangunan macam PM?

Wednesday, December 8, 2010
NS MB 'building crazy' like PM (MB N.Sembilan gila bina bangunan macam PM)

By Zefry Dahalan


SEREMBAN: There is no difference between Negri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan and Prime Minister Najib Tun Razak, said Paroi rep Mohd Taufek Abdul Ghani.

The two were more interested in wasting funds on building projects instead of safeguarding the welfare of the people, added PAS' sole state assemblyman in Negri Sembilan.

He was referring to Najib's plan to build the 100-storey Warisan Merdeka tower and Mohd Hasan's announcement that a new state administration building would be constructed.

Speaking to FMT, Mohd Taufek said he opposed the plan to build the new state administration building in Bandar Baru Sendayan, some 20km from the existing building here.

Mohd Hasan had announced the plan to build the RM230 million building during the state assembly sitting last week.

"What irked me is that the current state adminsitration building known as Wisma Negeri which houses the menteri besar's office, state secretariat and state assembly hall is in good condition

"I don't see the need for another building which will be a waste of public funds. It will also be a hassle for people to liaise with state secretariat officials as the new location is far from Seremban,” said the PAS rep.

Mohd Taufek felt that the RM230 million could be put to better use such as upgrading the infrastructure in rural areas and helping the hardcore poor.

133 years to settle debt

The PAS rep said that according to the state budget for 2011 that was tabled by the menteri besar, the total revenue for 2011 was RM298,184,000.

“This revenue is very average for a state if compared with the Klang Municipal Council which is earning almost RM400 million per year,” he said.

"The state government's debt with the federal government so far is RM2.4 billion. According to the 2011 budget, the state government can only afford to pay the federal government RM18 million per year. This means the state needs 133 years to pay off the RM2.4 billion loan.

"This calculation does not include the RM230 million that is going to be spent for the new administration complex,” he added.

Mohd Taufek urged the MB to focus on more pressing issues like poverty, improvement of public amenities, public transport and funds for religious, Chinese and Tamil schools.

"This project (new state administration building) is absolutely unnecessary at the moment especially with the current economic slump," he said.

Bandar Baru Sendayan is situated in Mohd Hasan's Rantau state seat.

http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/13940-ns-mb-building-crazy-like-pm-says-pas-rep-

Lembu berkeliaran sumbang kemalangan maut

Utusan Malaysia 9 Dis 2010

SAYA adalah pengguna jalan raya yang kerap menggunakan laluan Simpang Pertang - Kuala Klawang (Jelebu) untuk ke Seremban.

Saya dapati semakin banyak kelompok haiwan seperti kambing dan lembu dibiarkan berkeliaran di tepi-tepi jalan raya. Masalah akan timbul kerana haiwan-haiwan ini kadangkala mengganggu lalu lintas dan boleh menyebabkan kemalangan.

Saya sendiri pernah mengalami keadaan yang mencemaskan di mana saya perlu brek kenderaan secara mengejut kerana haiwan tersebut tiba-tiba melintas jalan raya.

Sekiranya saya terlibat dalam kemalangan ketika itu, adakah pemilik haiwan tersebut akan bertanggungjawab dan menanggung kerugian saya? Haiwan ternakan ini paling banyak kelihatan dari Kampung Pradong sehingga ke pekan Kuala Klawang.

Memandangkan jalan raya tersebut adalah jalan raya utama, saya berpendapat adalah amat tidak sesuai haiwan-haiwan ternakan tersebut dibiarkan berkeliaran apatah lagi jalan raya di Daerah Jelebu ini yang sangat berliku serta banyak selekoh yang merbahaya.

Janganlah pemilik haiwan-haiwan ternakan tersebut membahayakan lagi keadaan tersebut.

Mohon pihak yang bertanggungjawab agar memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum berlaku kehilangan nyawa disebabkan haiwan ternakan ini.

Nyawa manusia lebih berharga dari keuntungan yang dijana oleh pemilik haiwan -haiwan ternakan ini.

NYARIS KEMALANGAN
Jelebu, N.S
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

12/8/10

Terowong kotor: Majlis Perbandaran Seremban harus buka mata

Utusan Malaysia 8 Dis 2010

LALUAN terowong pejalan kaki dari stesen Keretapi Seremban ke stesen bas Terminal One Seremban agak kotor, berbau dan berbecak dengan pelbagai wayar tercabut sana dan sini yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna pejalan kaki.

Begitu juga di stesen bas Terminal One kebersihan tempat itu tidak diselenggara dengan baik dan ditambahkan lagi dengan tandas awamnya yang berkeadaan kotor dan berbau serta peralatan dalamnya juga banyak yang rosak dan tidak berfungsi.

Tandas-tandas awam yang lain juga di bandar yang bertemakan 'bersih dan indah' ini didapati tidak terurus sepatutnya.

Pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) perlu prihatin dan berusaha untuk menjaga kebersihan di sekitar tempat-tempat awam serta mampu menyelenggarakan segala harta benda awam di kawasan bandar.

Masih ada pondok telefon yang hanya tinggal pondoknya sahaja kerana perbuatan tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam masih juga berlaku.

MPS dan warganya perlukan suntikan akan bagaimana untuk menjaga nama baik dan memulihkan bandar Seremban ini setanding dengan bandar-bandar yang terkenal akan kebersihannya.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

12/7/10

Unit Amal N.Sembilan Kecil Cili Api, MANTOP


Inilah yang dinamakan kecil-kecil cili api. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Amal N.Sembilan yang diketuai Pengarah Amal Negeri Sdr. Izamri Med yang telah memenangi 5 anugerah Pertandingan di Jambori Amal Pusat pada 3 hingga 5 Disember 2010 di Sg.Udang, Melaka iaitu Modul Kawad Kaki, Nasyid, Pandu Arah, Briged Komanden Terbaik dan Komanden Terbaik.

Berita bergambar pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/12/jambori-amal-pusat.html

MOH JAYAKAN JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK

Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pg – 11 pg
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal N.Sembilan

Hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Sudi-sudi layari laman Blog Unit Amal Negeri Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com/

12/2/10

Unit Amal N.Sembilan mengerah keringat di Kedah

Gambar-gambar keadaan sebenar rumah-rumah mangsa banjir di Kedah serta misi membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Kedah oleh pasukan Unit Amal Negeri Sembilan pada 12 ke 14 Nov 2010 pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/misi-bantuan-banjir-tok-guru-ke-kedah.html

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pg – 11 pg
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan

Hubungi :
Nazri 013-3098775
Izamri 013-2124086

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526