FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

2/26/11

Pemuda PAS lepak di Dataran Senawang dengan Muda Mudi





DAKWAH PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN SEMPENA HARI VALENTINE
Faiz Abdullah
Harakah 25 Feb 2011

SEREMBAN - Pemuda PAS Negeri Sembilan menjalankan dakwah memberi kesedaran kepada golongan muda mudi pada malam Hari Valantine di Seremban.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairil Anuar Wafa program ini diadakan selaras dengan program Pemuda PAS Pusat yang menjalankan ekspedisi dakwah dengan memberikan kesedaran pada Hari Valentine yang di larang agama.

" Ini adalah usaha Pemuda PAS untuk mengurangkan gejala sosial yang semakin meruncing kebelakangan ini.

" Justeru itu kegiatan yang tidak bermoral harus dihentikan dan atas sebab itu pada malam ini kami menjalankan dakwah secara lembut tetapi berkesan kepada muda mudi yang berada di sini", kata Khairil Anuar.

Khairil Anuar berkata program sedemikian akan lebih kerap diadakan pada masa akan datang memandangkan tenaga kerja pihak berwajib amat terhad.

" Dengan program sedemikian ia akan mendekatkan pihak PAS dengan masyarakat secara langsung dan tidak terhad di atas pentas politik semata-mata.

" Penganjuran program sedemikian juga bagi merealisasikan tema usaha Pemuda PAS Pusat "Orang Muda Geng Kita", ujar Khairil Anuar.

Pada program tersebut seramai 30 Pemuda PAS terbabit dalam usaha mendakwah muda mudi daripada melalukan kerja-kerja yang tidak bermoral.Walaupun tidak ramai pasangan beragama Islam pada malam tersebut, peluang tersebut juga digunakan oleh Pemuda PAS untuk mendekati pemuda pemudi berbangsa India dan Cina dan kesemua mereka menerima risalah berbentuk dakwah dan penerangan daripada Pemuda PAS dengan hati terbuka.

Malah sekumpulan anak muda berbangsa India begitu seronok apabila disapa oleh rombongan Pemuda PAS dan menceritakan tujuan mereka bersantai di Taman Bunga pada malam tersebut.

Kata mereka memandangkan esoknya adalah cuti umum dan tiada sebarang aktiviti di institut pengajian mereka maka kerana bosan mereka mengambil keputusan untuk berkumpul di taman bunga tersebut.

Ada juga pasangan Islam beredar dengan segera apabila Pemuda PAS mendekati dan mengedarkan risalah.

Pemuda PAS mengedarkan risalah tersebut di sekitar Dataran Seremban, Taman Bunga Seremban dan Dataran Senawang.