Sinar Harian 8 Mac 2011
SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa supaya meneliti dengan lebih mendalam pendaftaran alamat pengundi di setiap kawasan berikutan masih wujudnya pengundi hantu pada musim pilihan raya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook berkata, melalui rang daftar pemilih tambahan bagi suku ketiga dan keempat 2010 yang diperoleh daripada SPR, terdapat beberapa alamat pendaftar serta pemilih tidak sah.
Menurutnya, hasil daripada siasatan pihaknya sendiri, terdapat tiga kes pemalsuan alamat yang didaftarkan ke atas individu yang bukan tinggal di alamat direkodkan.
“Kita mengesyaki perkara ini berdasarkan kepada bilangan pengundi yang terlalu ramai pada satu alamat yang sama.
“Malah, setiap nama keluarga yang dicatatkan juga adalah berbeza dan tidak sama dengan penghuni asal,” katanya ketika ditemui di Taman Bukit Desa, di sini, kelmarin.
Kelmarin, Siew Fook yang juga Pengerusi DAP negeri dan Ketua Pembangkang bertindak menyiasat sendiri mengenai masalah itu dengan mencari nama pemilih yang dicatatkan kerana dakwanya, terdapat beberapa penyelewengan alamat disyaki berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak.
Menurutnya, terdapat juga kes satu alamat terdapat lebih daripada 10 pemilih, dengan dicampurkan pelbagai nama dan bangsa.
“Perkara ini serius dan perlu diberi perhatian kerana isu pengundi hantu bukanlah sesuatu yang baru.
“Bagaimana satu alamat boleh dikongsi dengan ramai orang? Ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8839518.asp