KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

6/8/11

20 tahun rakyat di Mantin, N.Sembilan hidu sampah



Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html

BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH?

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html

4 comments:

Anonymous said...

masalah sampah ini ada kaitan dgn masalah dalaman MPN yg xmampu nk buat apa2 sbb dah di'suap' dan ada tali barut dari kalangan org melayu sendiri.tmpt pelupusan tu bukan sembarangan org blh masuk sbb ada gengster upahan.tokey yg hantar sampah plak org melayu sendiri dan juga org kg.gebok sendiri.cina tokey ayam berlagak mengatakan sapa lebih dulu?ayam dulu atau taman perumahan dulu? bau ayam pun mmg termasuk skali.persoalan nya mcm mana tapak pelupusan tu xdpt nk ditutup hingga sekarang?tempoh hari siap PM buat lawatan tapak sampah tu kononnya tempat pelupusan sampah akan jadi teknologi hijau.PM dtg pun secara mengejut ke Taman Perumahan tanpa apa2 pemberitahuan kpd penduduk sekitar.ini ada agenda tersembunyi pihak mana ya?MPN,kerajaan negeri atau siapa ya?

Anonymous said...

Bukan sahaja masalah sampah, tetapi juga masalah bau najis ayam dari kilang berhampiran. kami juga dihimpit dengan cukai pintu yang begitu mahal, RM400 setahun. Rasanya cukai pintu di kawasan bandar lebih murah. Tanpa dilengkapi dengan sebarang kemudahan yang memuaskan, cukai yang dikenakan cukup membebankan. Aduan kami tidak dilayan. Layak dilayan seperti bola agaknya penduduk pajam pada hemah orang-orang atasan ni.

Anonymous said...

masalahnya banyak sangat makan duit termasuk majlis bandaran mantin. tak kan tamat selagi bermatakan duitan

Anonymous said...

bau nya sampai ke mantin dan nilai juga. tapi apa boleh buat duit punya pasal