Bimbang penjenayah berkeliaran di kawasan rumah
Sinar Harian 28 Jun 2011
SEREMBAN – Penduduk Taman Dusun Setia, di sini menggesa pihak berkuasa terutama polis melakukan rondaan lebih kerap bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan taman tersebut.
Seorang peniaga di taman berkenaan, T.Veerasamy, berkata, kedai runcitnya sudah dua kali dimasuki pencuri sejak kebelakangan ini.
“Pada 20 Mei, kedai saya dimasuki pencuri dan mencederakan saya sekeluarga. Kejadian menyebabkan kerugian sebanyak RM25,000.
“Akibat kejadian itu, saya sekeluarga tidak tinggal di rumah kedai ini sebaliknya menyewa di tempat lain kerana masih trauma dengan kejadian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di taman perumahan berkenaan.
Veerasamy berkata, bukan sahaja kedainya dirompak, malah kebanyakan rumah penduduk taman tersebut juga turut mengalami nasib sama.
“Penduduk amat bimbang akan keselamatan harta benda dan diri apabila banyak kejadian rompakan berlaku di kawasan ini.
“Keselamatan penduduk ibarat hujung tanduk kerana tiadanya pihak berkuasa mahupun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mengawal kawasan taman ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez yang membuat lawatan ke taman tersebut berkata, pihaknya sudah memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa, namun masih tiada tindakan sehingga kini.
“Bukan sahaja kejadian rompakan, malah jenayah seperti ragut juga kerap berlaku di kawasan ini, sekali gus membuatkan penduduk berasa takut hendak keluar rumah sendirian.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9230536.asp

No comments:
Post a Comment