BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

2/28/11

Penduduk kecewa tiada air


Sinar Harian 28 Feb 2011

TERACHI – Penduduk di Taman Sri Terachi di sini, resah dan kecewa berdepan masalah gangguan air di taman berkenaan.

Tanpa notis pemberitahuan, penduduk mendakwa sudah memaklumkan kepada pihak berkenaan supaya menghantar bekalan air tetapi tiada jawapan diberikan.

Difahamkan masalah itu sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu sehingga menyebabkan penduduk tidak tahan menanggungnya lagi.

Zainal Harun, 58, berkata, penduduk juga sering mengeluh kerana kesukaran menjalani kehidupan seharian gara-gara tiada air.

Menurutnya, dia dan beberapa penduduk sudah menghubungi pihak berkenaan untuk memaklumkan masalah itu.

“Kami mengharapkan mereka menghantar bekalan air tetapi sudah dua hari tidak berbuat demikian. Bagaimana kami mahu melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan, memasak dan pelbagai lagi.

“Saya tidak mahu memburukkan mana-mana pihak tetapi sekiranya ada kerjasama, kami tidak kecewa seperti ini,” katanya.

Zainal berkata, dalam sebulan, gangguan air kerap berlaku sehingga penduduk terpaksa mengambil air dari kawasan lain.

“Kami sebenarnya sudah bosan dan malas mahu menghubungi pihak berkenaan kerana mereka seolah-olah endah tidak endah sahaja menjawab panggilan serta memberikan jawapan kurang meyakinkan,” katanya.

Dalam pada itu menurutnya, kedudukan taman terbabit bukan terletak di atas bukit yang mungkin menyebabkan tekanan air rendah tetapi di tepi jalan utama Kuala Pilah-Seremban.

“Jika ada pihak mengatakan tekanan air rendah, ia mustahil kerana kawasan ini tidak berbukit.

“Justeru, saya harap masalah ini segera diatasi dengan membina tangki besar yang boleh menampung jumlah kapasiti penduduk di sini,” katanya.

Zainal berkata, notis awal juga perlu dimaklumkan sekiranya kawasan itu menghadapi gangguan air supaya penduduk dapat bersedia dengan menyimpan bekalan air.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8812902.asp

Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?

7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Lihat sendiri kedua-dua gambar pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

2/26/11

Pembinaan bangunan PAS N.Sembilan telah bermula


Pembinaan bangunan PAS Negeri Sembilan di Seremban kini telah bermula yang kini dalam proses untuk menaikkan tiang.

Sebarang sumbangan untuk mempercepatkan lagi proses pembinaan bangunan PAS Negeri Sembilan ini adalah amat dialu-alukan.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan , Tuan Haji Mohamad Noor di talian 019-2556206 atau melalui e-mel di pamara_mnr@yahoo.com

Pemuda PAS lepak di Dataran Senawang dengan Muda Mudi





DAKWAH PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN SEMPENA HARI VALENTINE
Faiz Abdullah
Harakah 25 Feb 2011

SEREMBAN - Pemuda PAS Negeri Sembilan menjalankan dakwah memberi kesedaran kepada golongan muda mudi pada malam Hari Valantine di Seremban.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairil Anuar Wafa program ini diadakan selaras dengan program Pemuda PAS Pusat yang menjalankan ekspedisi dakwah dengan memberikan kesedaran pada Hari Valentine yang di larang agama.

" Ini adalah usaha Pemuda PAS untuk mengurangkan gejala sosial yang semakin meruncing kebelakangan ini.

" Justeru itu kegiatan yang tidak bermoral harus dihentikan dan atas sebab itu pada malam ini kami menjalankan dakwah secara lembut tetapi berkesan kepada muda mudi yang berada di sini", kata Khairil Anuar.

Khairil Anuar berkata program sedemikian akan lebih kerap diadakan pada masa akan datang memandangkan tenaga kerja pihak berwajib amat terhad.

" Dengan program sedemikian ia akan mendekatkan pihak PAS dengan masyarakat secara langsung dan tidak terhad di atas pentas politik semata-mata.

" Penganjuran program sedemikian juga bagi merealisasikan tema usaha Pemuda PAS Pusat "Orang Muda Geng Kita", ujar Khairil Anuar.

Pada program tersebut seramai 30 Pemuda PAS terbabit dalam usaha mendakwah muda mudi daripada melalukan kerja-kerja yang tidak bermoral.Walaupun tidak ramai pasangan beragama Islam pada malam tersebut, peluang tersebut juga digunakan oleh Pemuda PAS untuk mendekati pemuda pemudi berbangsa India dan Cina dan kesemua mereka menerima risalah berbentuk dakwah dan penerangan daripada Pemuda PAS dengan hati terbuka.

Malah sekumpulan anak muda berbangsa India begitu seronok apabila disapa oleh rombongan Pemuda PAS dan menceritakan tujuan mereka bersantai di Taman Bunga pada malam tersebut.

Kata mereka memandangkan esoknya adalah cuti umum dan tiada sebarang aktiviti di institut pengajian mereka maka kerana bosan mereka mengambil keputusan untuk berkumpul di taman bunga tersebut.

Ada juga pasangan Islam beredar dengan segera apabila Pemuda PAS mendekati dan mengedarkan risalah.

Pemuda PAS mengedarkan risalah tersebut di sekitar Dataran Seremban, Taman Bunga Seremban dan Dataran Senawang.

2/25/11

Tawaran Istimewa untuk Anak Rembau di Perantauan

Tawaran istimewa khusus untuk Anak Rembau di Perantauan juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Rembau.

Sila muat turun borang sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/02/tawaran-istimewa-untuk-anak-rembau-di.html

2/24/11

Mahkamah arah Adun Lenggeng bayar RM18,000


Harakahdaily. SEREMBAN, 24 Feb 2011: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim (gambar kiri) membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi Zainal Abidin manakala hakim adalah Puan Rosnani

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31033:mahkamah-arah-adun-lenggeng-bayar-rm18000&catid=1:utama&Itemid=50

Tugu Peringatan Sungai Lui terbiar


Beginilah keadaan kawasan Tugu Peringatan Sungai Lui di Jempol yang dibiar terbiar tanpa penyelenggaraan.
-------------------

JEMPOL 23 Feb. 2011 - Tidak ramai di antara kita yang mengetahui Tugu Peringatan Sungai Lui di sini sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri.

Tugu yang dibina pada tahun 2000 itu adalah bagi memperingati 368 orang Cina yang dibunuh kejam pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi bersejarah itu mendapati, ia bukan terabai tanpa ada penyelengaraan, malah terbiar dengan dipenuhi oleh semak samun, walhal tempat itu berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu tempat perlancongan di kawasan ini.

Bagi Ketua Kampung Sungai Lui, Othman Baharin, kawasan tugu itu mempunyai nilai untuk dimajukan sekiranya ia dijaga dan dipulihara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jelasnya, walaupun ia dibina pada tahun 2000, namun tiada siapa mengetahui kewujudan tugu peringatan ini berikutan tiada promosi dan hebahan kepada umum.

"Bayangkan, 368 orang dibunuh dan ditanam di dalam satu lubang. Sejarah di sebalik tugu ini juga berjaya menarik minat orang luar untuk datang ke kawasan ini.

"Pihak berkuasa seharusnya memikirkan cara untuk memperkenalkan tempat bersejarah ini kepada umum, memandangkan ia mempunyai nilai sejarah yang boleh dihayati oleh para pengunjung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi seorang pengunjung, Mohd. Hafis Suleiman, 19, dia sanggup datang dari Port Dickson semata-mata untuk melihat tugu peringatan yang kini berusia 11 tahun.

"Namun, saya rasa sedikit kecewa apabila kawasan ini seperti terabai dan ditumbuhi lalang. Ia mencacatkan imej kawasan yang sepatutnya dijaga dengan bersih.

"Saya rasa sudah tiba masanya bagi PBT melakukan sesuatu bagi memastikan lokasi seperti ini bukan sahaja diketahui oleh orang awam, malah ia dapat dipulihara dengan baik," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Sembang Petang Muslimat Rembau 12 Mac 2011

MAJLIS MINUM PETANG
Hi Tea & Ramah Mesra bersama Cikgu Mala bekas calon PRK Tenang
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Masa : 3 ptg
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar, Senawang

Agenda:
- Citra pengerusi
- Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
- Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
- Jualan Amal Muslimat Rembau

Terbuka untuk semua golongan wanita

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/02/hi-tea-dialog-ramah-mesra-bersama-bekas.html

2/23/11

Beberapa Gerai Peniaga Melayu Rembau akan diroboh?


Peniaga bimbang gerai diroboh
Sinar Harian 23 Feb 2011

Sungai Layang, Rembau - Peniaga gerai Majlis Daerah Rembau (MDR) di sepanjang jalan Kampung Sungai Layang berasa bimbang apabila dimaklumkan bangunan yang ditambah tanpa kebenaran akan dirobohkan.

Peniaga lemang, Johari Ishak berkata, dia menambah atap di bahagian belakang kerana ruang gerai yang sedia ada sempit dan tidak selesa, terutama pada waktu hujan.

Menurutnya, gerainya sering terkena tempias air hujan dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya.

“Oleh sebab itu, peniaga di bangunan ini terpaksa membina beberapa bahagian seperti dapur dan tempat menyimpan barang kerana ruang yang ada begitu terhad. Walaupun menyedari tindakan kami salah tetapi kami tiada pilihan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Johari berkata, beberapa hari lalu, Bahagian Penguatkuasaan MDR datang dan memaklumkan bahawa tindakan mereka adalah salah kerana membina bangunan tambahan tanpa kebenaran.

“Saya sebagai wakil kepada peniaga di sini, memohon supaya pihak MDR dapat mempertimbangkan semula supaya tidak merobohkan bangunan yang dibina dan memberi kami peluang untuk berniaga seperti biasa,” katanya.

“Tinjauan yang dilakukan ke beberapa gerai di sini menunjukkan ada peniaga terpaksa membina bahagian dapur dan tempat menyimpan barang kerana keadaan gerai yang kecil,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8793886.asp

Kempen Bantah Saman Ekor 6 Mac 2011 Seremban


CERAMAH UMUM
Sempena Pelancaran Kempen Bantah Swasta Saman Ekor Peringkat N.Sembilan
Tarikh : 6 Mac 2011 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
YB Dato’ Mahfuz Omar
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Semua Dijemput Hadir

Dapatkan Risalah Bantah Swasta Saman Ekor di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/01/kempen-anti-saman-ekor-kase.html

Ceramah Dr Badrul Amin 27 Feb 2011 Seremban

CERAMAH PERDANA
Ahad 27 Feb 2011
9 malam
Bersama :
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Dr Badrul Amin Bahron
Ustaz Kamal Ashaari
Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Semua dijemput hadir

2/22/11

Rumah reput dimakan anai-anai


Sinar Harian 22 Feb 2011

JOHOL – Seorang warga emas di sini, hidup serba daif apabila rumahnya yang usang kini sudah dimakan anai-anai dan reput.

Walaupun dari luar, keadaan rumahnya nampak cantik selepas dicat tetapi hakikatnya lantai rumah berusia lebih 40 tahun dan terletak di Kampung Eyor, dekat sini, sudah berlubang.

Norehan Taha, 74, berkata, dia tidak mampu membaik pulih rumahnya itu dan hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan bagi menampung keperluan makan dan minumnya.

Menurutnya, dia tidak lagi mampu bekerja mencari rezeki kerana sudah terlalu tua dan uzur.

“Saya kini tidak boleh bergerak secergas dahulu. Kaki saya lemah dan tidak boleh berdiri lama. Jika hendak ke mana-mana perlu menggunakan kerusi roda.

“Saya hanya tinggal seorang diri. Empat anak perempuan telah berkahwin dan mempunyai keluarga mereka sendiri. Bukan mereka tidak membantu tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab masing-masing dan sekadar cukup makan,” katanya.

Norehan berkata, apabila hujan, dia terpaksa menadah air hujan yang memenuhi rumahnya dengan besen atau baldi.

“Saya terpaksa gagahkan diri meletakkan baldi di tempat yang bocor. Kadang-kadang jika tidak larat, saya hanya membiarkan sahaja air menitik ke lantai,” katanya.

Menurutnya, dia bukan mahu meminta-minta tetapi mengharapkan tempat tidur yang selesa.

“Ada individu sudah berjanji akan mendapatkan sebuah rumah bantuan menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi sehingga kini rumah berkenaan masih belum diperoleh.

“Saya juga sudah memohon dan mengisi borang permohonan PPRT sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Norehan berkata, dia juga pernah didatangi individu yang datang melihat keadaan rumah dan memaklumkan dia mendapat bantuan rumah berkenaan.

“Saya sudah membersihkan kawasan belakang rumah untuk dijadikan tapak rumah berkenaan.

“Tetapi apabila sudah terlalu lama, ia kini menjadi semak. Saya bukan mahu rumah yang besar tetapi cukuplah sekadar boleh berlindung daripada panas dan hujan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8787502.asp

Ceramah Maulid Nabi 26 Feb 2011 Senawang


CERAMAH MAULID NABI
Tarikh : 26 Februari 2011 , Sabtu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Matahari Height, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa

Semua Dijemput Hadir

2/21/11

Penduduk Nilai3 kecewa


Sinar Harian 21 Feb 2011

SEREMBAN - Semua penghuni di lima blok kediaman Pangsapuri Nilai3 di Nilai, dekat sini, kesal dan kecewa dengan kegagalan pihak berkenaan menyelesaikan pelbagai masalah yang mereka hadapi sejak tujuh tahun lalu.

Penasihat Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Affendi Nordin, 51, berkata, isu paling merunsingkan penghuni adalah keretakan ketara pada struktur bangunan terutama di Blok A.

“Sebahagian penduduk mula berpindah ke sini pada 2004 dan kesan retak serta rekahan pada bangunan mula kelihatan kira-kira setahun kemudian.

Selain itu, Affendi berkata, jalan masuk ke pangsapuri terbabit mendap dan retak berikutan hujan lebat beberapa hari lalu.

Menurutnya, lebih dikesali, pihak berkenaan cuma mengambus kesan retak dan mendap dengan pasir sahaja tanpa melakukan kerja pembaikan.

“Cuba bayangkan jika sebuah bas sekolah sarat dengan pelajar melalui jalan yang masih belum dibaiki.

“Saya bimbang mungkin berlaku kemalangan jiwa atau kecederaaan jika jalan terbabit tiba-tiba runtuh pada masa yang sama,” katanya.

Affendi berkata, masalah lain dihadapi penduduk termasuklah sistem kumbahan kurang sempurna, kebocoran saluran najis, pengurusan kutipan sampah tidak sistematik dan banyak besi penutup tangki septik hilang dipercayai akibat dicuri.

“Kami memandang serius isu ini kerana selain menimbulkan suasana tidak selesa, ada antaranya yang boleh membahayakan nyawa penduduk.

“Malah, seorang kanak-kanak berumur 9 tahun pernah terjatuh ke dalam tangki septik yang tiada penutup enam bulan lalu. Mujurlah dia selamat tanpa mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

Enggan layan aduan

Menurutnya, semua masalah itu telah berulang kali dikemukakan kepada pihak berkenaan termasuk syarikat pemaju namun maklum balas diterima amat mengecewakan.

“Mereka seolah-olah enggan melayan aduan penduduk dan sering menuding jari antara satu sama lain.

“Pihak pemaju juga gagal menyediakan kemudahan awam yang dijanjikan kepada penduduk,” katanya.

Affendi berkata, pemaju sepatutnya membina sebuah surau, padang permainan, kawalan keselamatan dan besi penghadang jalan.

“Namun sehingga kini, semua kemudahan berkenaan masih belum nampak bayangnya.

“Sebahagian penduduk enggan membayar caj penyelenggaraan sebanyak RM700 setahun sebagai tanda protes atas kegagalan pemaju menunaikan janji,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak akan membayarnya selagi masalah yang dihadapi sejak tujuh tahun lalu tidak selesai.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8779171.asp

2/20/11

Jalan rosak angkara lori balak


Sinar Harian 19 Feb 2011

KEPIS – Kegiatan penebangan pokok balak di hutan berhampiran perkampungan Felda Kepis sejak tiga bulan lalu menimbulkan kemarahan penduduk di kampung itu kerana menyebabkan jalan utama dan jalan ke rumah mereka rosak teruk.

Kebanyakan penduduk yang ditemui berkata, keadaan itu berlaku kerana jalan itu kini digunakan lori yang membawa muatan pokok secara berlebihan dan kerap menggunakannya tanpa memikirkan perasaan orang kampung.

Seorang penduduk, Md Zain Mahat, 61, berkata, mereka kecewa kerana dahulu jalan berkenaan elok dan cantik tetapi kini rosak serta berdebu.

“Apabila cuaca panas, debu berterbangan ketika kenderaan mahupun lori melalui jalan berkenaan. Kampung kami tidak seceria seperti dahulu.

“Sepatutnya kenderaan berat dengan muatan 18 hingga 20 tan perlu menggunakan jalan alternatif lain untuk membawa kayu balak. Mereka tidak boleh menggunakan jalan kampung sebagai laluan utama hingga menyebabkan laluan rosak teruk,” katanya.

Menurutnya, ketidakpuasan hati mereka telah diajukan kepada pelbagai pihak namun sehingga kini masih tidak mendapat apa-apa maklum balas.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak berkenaan tetapi mereka seolah-olah tidak ambil peduli, begitu juga dengan kebenaran melalui jalan kampung untuk mengeluarkan kayu balak.

“Mereka tidak berbincang terlebih dahulu dengan penduduk sama ada setuju ataupun tidak. Mereka buat keputusan tanpa memikirkan kepentingan penduduk kampung,” katanya.

Md Zain berkata, pihak berkenaan juga ada menyatakan akan menurap jalan berkenaan selepas selesai mengangkut semua kayu balak tetapi sampai bila pula penduduk harus menunggu.

“Kepentingan jalan adalah untuk semua tetapi apabila jalan rosak, berlubang dan berdebu, kami yang susah.

“Jalan yang teruk adalah blok A, B, C dan J. Memang jalan berkenaan berbatu-batu dan boleh merosakkan kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Hashim Abd Ghani, 62, yang tinggal di blok A berkata, keadaan jalan rosak sudah berlarutan beberapa bulan.

“Pengguna terpaksa mengelak jalan rosak dan kadangkala berisiko kerana boleh bertembung dengan kenderaan lain sama ada yang datang dari arah hadapan atau belakang.

“Pihak berkenaan perlu segera membaikinya demi keselamatan dan keselesaan penduduk kerana mengundang kesulitan kepada pengguna,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8771012.asp

Tanah runtuh halang jalan


Sinar Harian 18 Feb 2011

KAMPUNG TENGAH – Tanah runtuh di jalan Kampung Panglang yang berlaku pada akhir tahun lalu, mengakibatkan sebuah keluarga terpaksa berjalan jauh untuk ke rumahnya kerana kenderaan tidak boleh melalui jalan berkenaan.

Kejadian berlaku pada November lalu, akibat air deras dari atas bukit yang menghentam tanah jalan berkenaan hingga menyebabkan tanah runtuh dan salah satu pembentung longkang air pecah.

Samsiah Osman, 79, berkata, dia dan anaknya terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke rumah mereka kerana tiada jalan alternatif lain dan jalan itu hanya boleh dilalui motosikal.

“Kadang-kadang takut juga nak lalu jalan ini, terutamanya pada waktu malam. Bimbang terjatuh. Anak-anak pun jika pulang ke kampung terpaksa meletakkan kenderaan di tempat lain sebelum berjalan kaki ke rumah.

“Kami pernah baiki kerosakan dan tanah runtuh yang berlaku tahun lalu, tetapi runtuhan masih terjadi. Kini kami sudah tiada peruntukan kewangan untuk memperbaiki semula kerosakan itu,” katanya ditemui, di sini.

Samsiah berkata, pembentung itu didapati tidak mampu menampung aliran air yang banyak dari bukit ke longkang besar mengakibatkan pembentung itu tercabut dan pecah.

“Saya berharap bantuan dapat dihulurkan segera supaya kos ke rosakkan tidak tinggi kerana keadaan cuaca kini tidak menentu. Apabila dibiarkan terlalu lama, bimbang kerosakan lebih teruk akan berlaku,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8767919.asp

2/17/11

Kelantan sedia RM1.5 juta galak pasangan muda kahwin

KOTA BARU, 16 Feb 2011 — Kerajaan PAS Kelantan melancarkan “Gerbang Az-Ziwaaj” dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan).
- Bernama

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=564104

2/16/11

‘Kami mahu penempatan baru’

Sinar Harian 16 Feb 2011

GEMAS – Rata-rata penduduk di Taman Sungai Gemas sudah hampir mencapai kata sepakat supaya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk menyediakan penempatan baru kepada mereka sekiranya kejadian banjir berulang kembali.

Salah seorang penduduk, Ahmad Saiful Osman, 50, berkata, kebanyakan penduduk sudah tidak mampu lagi menampung kerugian apabila terpaksa berhadapan dengan kejadian banjir buruk sehingga menghampiri paras bumbung kediaman mereka.

Malah menurutnya, langkah menyediakan penempatan baru kepada penduduk taman berkenaan itu bagi membolehkan kedua-dua belah pihak melalui win-win situation di mana penduduk tidak rugi dan kerajaan juga tidak perlu mengeluarkan peruntukan besar bagi mengatasi masalah banjir.

“Bagaimanapun, kita kini bagaikan sudah trauma dengan kejadian banjir dan mahupun penempatan baru sekiranya langkah yang dilaksanakan tidak mampu mengatasi banjir buruk,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada sesi tinjauan kali kedua Mohamad ke Taman Sungai Gemas.

Sementara itu, Shaabaddin berkata, buat masa ini, pihaknya menganggarkan kira-kira 90 keluarga menetap di taman berkenaan.

Menurutnya, jika kejadian banjir buruk berulang, penduduk bakal membuat keputusan besar dalam kehidupan mereka iaitu memohon penempatan baru bagi menggantikan penempatan ini.

“Bagaimanapun, kita akan tetap menunggu dan melihat kesan positif perlaksanaan langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah banjir di sini.

“Walaupun begitu, kita tetap berasa gusar dan trauma setiap kali hujan lebat terutamanya bila hujan berterusan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760183.asp

Dirompak buat kali kedua


Sinar Harian 16 Feb 2011

SEREMBAN – Enam sekeluarga di Taman Warisan Puteri, dekat sini, semalam hadapi saat mencemaskan apabila rumah mereka diceroboh penjenayah bersenjata pisau, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, perompak terbabit dikatakan menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa yang merupakan seorang kakitangan awam, selepas memotong pagar dan mengumpil tingkap bilik di tingkat bawah rumah.

Rumah yang terletak bersebelahan Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) dipercayai menjadi punca memudahkan penjenayah terbabit melarikan diri.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad, 37, berkata, ketika kejadian, dia bersama dua anaknya berada di tingkat bawah rumah, manakala dua lagi anaknya bersama isterinya di tingkat atas.

“Saya langsung tidak sedar sebarang bunyi pelik atau umpilan, tetapi tiba-tiba saya terdengar anak bongsu saya berusia tiga tahun menangis.

“Saya seperti dalam keadaan mamai dan tidak boleh bergerak langsung, walaupun mendengar anak bongsu saya menangis,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, perompak terbabit sudah mengacukan pisau di leher isteri berusia 32 tahun serta anaknya, sebelum mengikat kedua-dua belah tangan isterinya itu menggunakan wayar komputer.

Katanya, kedua-dua perompak bertopeng itu kemudiannya turun ke tingkat bawah dan terus mengacukan pisau kepada dirinya, sebelum tangannya turut diikat dengan tali seluar sukan.

“Salah seorang daripada perompak itu bertanyakan kepada saya di mana letaknya barang berharga sebelum mereka bertindak menyelongkar.

“Mereka kemudian berjaya melarikan dua komputer riba, wang tunai RM1,500 serta barang kemas. Kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, dekat sini semalam.

Ahmad berkata, kejadian rompak itu merupakan kali kedua berlaku terhadap keluarganya di rumah itu dalam tempoh sebulan.

“Januari lalu, rumah ini juga turut menjadi sasaran perompak dan pada waktu itu saya rugi hampir RM6,000. Bagaimanapun, saya bersyukur keadaan ahli keluarga semuanya selamat, meskipun mengalami kerugian besar dalam kejadian kali ini.

Dia juga percaya perompak terbabit merupakan orang tempatan, lingkungan usia 20 hingga 30 tahun dan salah seorang daripada bertubuh besar.

“Mereka juga tidak datang berdua saja kerana saya dengar bunyi pecutan kereta dari arah Lebuhraya Lekas yang terletak di belakang rumah,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760243.asp

6 sekeluarga cemas disamun dua lelaki

SEREMBAN 15 Feb. - Enam sekeluarga terpaksa menempuh detik-detik menakutkan apabila menjadi mangsa samun dua lelaki bersenjatakan pisau di rumah mereka di Bandar Warisan Puteri, Sikamat, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek turut mengacukan pisau ke arah empat anak mangsa yang berusia dalam lingkungan tiga hingga lapan tahun.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 37, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di tingkat bawah bersama dua anaknya manakala isterinya pula tidur dengan dua lagi anak mereka di tingkat atas.

"Saya terjaga dari tidur apabila terdengar anak saya di tingkat atas menangis sebelum muncul dua penjenayah yang terus bertindak mengacukan pisau ke arah saya.

"Suspek kemudian mengikat tangan saya dengan menggunakan tali sebelum menggeledah rumah saya dan melarikan wang tunai RM1,500, dua komputer riba termasuk barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Menurut kakitangan kerajaan itu, selepas yakin semua suspek sudah melarikan diri, dia kemudian bergegas ke tingkat atas dan membuka ikatan isterinya yang berusia 32 tahun.

"Isteri saya memberitahu kedua-dua suspek turut mengacukan pisau ke dadanya termasuk ke leher anak bongsu kami sebelum turun ke tingkat bawah," ujarnya.

Ahmad menambah, suspek-suspek terbabit memecah masuk ke rumahnya dengan memotong pagar rumah sebelum mengumpil cermin tingkap berhampiran ruang tamu.

"Walaupun kami semua masih trauma dengan kejadian ini tetapi saya bersyukur kerana tiada anggota keluarga yang tercedera," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa.

"Pihak polis kini sedang mengenal pasti kedua-dua suspek kes itu yang akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm

Medan selera pekan Johol ‘mati’


Sinar Harian 16 Feb 2011

JOHOL – Entah di mana silapnya, suasana sepi menyelubungi medan selera pekan Johol kerana tiada pengunjung malah, beberapa kedai dilihat tutup pada waktu beroperasi dari pagi hingga ke petang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kedudukan yang kurang strategi kemungkinan faktor utama kawasan itu seperti ‘mati’ pada waktu siang hari hinggalah lewat petang selain persaingan daripada gerai makan lain di pekan itu.

Malah, sambutan pelanggan hambar walaupun medan selera itu terletak berhampiran kawasan perumahan.

Peniaga, Shamnorliza Samsudin, 38, berkata, keadaan sepi itu memang dirasai oleh peniaga di sini kerana tidak mempunyai pelanggan.

Menurutnya, walaupun mereka sudah lama berniaga di sini tetapi pelanggan memang berkurangan.

“Pendapatan yang diperoleh tidak pulang modal dan hanya pelanggan tetap yang masih datang ke sini.

“Saya seorang tukang jahit dan memang kita sudah ada pelanggan tetap namun, ia masih juga memberi impak kepada perniagaan kerana kawasan persekitaran suram sahaja. Ada beberapa kedai makan minum tetapi yang buka hanya satu sahaja,” katanya.

Shamnorliza berkata, dia mengakui kedudukan yang tidak strategik menyukarkan pelanggan untuk datang berikutan gerai mereka tidak menghadap jalan utama selain tiada papan tanda.

“Memang kedai ini berada di tepi jalan dan mempunyai tempat letak kereta tetapi orang luar tidak nampak. Jika orang luar dari arah Kuala Pilah ke Tampin, mereka tidak akan perasan medan selera di sini kerana terlindung.

“Begitu juga dengan orang yang datang dari arah Tampin ke Kuala Pilah, mereka sekadar melihat sahaja. Tiada tarikan untuk mereka datang menjamu selera di sini. Sepatutnya bahagian depan perlu menghadap jalan raya supaya mudah dilihat oleh orang yang lalu lalang,” katanya.

Dia berkata, dia sangat kecewa kerana perniagaannya kurang mendapat sambutan dari luar dan hanya mengharapkan pelanggan tetap sahaja.

“Saya bersimpati dengan peniaga lain kerana mereka memerlukan pelanggan untuk mendapatkan pendapatan begitu juga dengan saya. Namun, saya masih ada juga pelanggan tetap kerana saya tukang jahit.

“Jadi apabila pelanggan ada menempah pakaian mereka akan datang lagi dan berpanjangan. Maka kurang sedikit masalah berbanding peniaga lain di sini,” katanya.

Katanya, diharap pihak berkaitan dapat mencari alternatif lain untuk menceriakan kawasan itu.

Sementara itu, penduduk kampung Inas, Siti Khadijah Ismail, 24, berkata, kedudukan medan selera yang agak ke dalam dari jalan utama menyukarkan pelanggan datang ke sini.

Menurutnya, hendak pergi ke sana perlu fikir banyak kali kerana medan selara berkenaan terletak atas bukit, jadi kadangkala lalu tidak perasan.

“Bila kita hendak makan di sana, kedai pula tutup jadi terpaksa membatalkan hasrat untuk ke sana.

“Diharapkan pihak berkaitan dan peniaga dapat mencari alternatif lain bagi menarik perhatian pelanggan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8760088.asp

Tujuh beranak di rumah usang


Sinar Harian 15 Feb 2011

SENALING - Sebuah keluarga di Kampung Senaling Ulu, di sini, terpaksa tinggal di sebuah rumah pusaka usang kerana kesempitan hidup.

Lebih menyayat hati apabila setiap kali hujan, keluarga itu hanya berteduh di ruang tengah rumah sebagai pelindung dari air hujan kerana hampir 90 peratus bumbung rumah mereka bocor.

Kamarudin Arifin, 40, yang hanya bekerja kampung berkata, dia tidak mampu untuk membaiki rumah pusaka isterinya, mahupun membina rumah baru demi isteri dan anak-anak kerana kekurangan wang.

“Selama lebih enam tahun saya sekeluarga tinggal di rumah pusaka ini. Hati memang bimbang kerana ada lantai yang sudah berlubang, selain reput dimakan anai-anai. Ibarat menunggu masa untuk roboh.

“Saya juga mempunyai impian memiliki rumah selesa untuk isteri dan anak-anak, tetapi saya tidak mampu membina rumah baru kerana tidak cukup wang. Hasil bekerja kampung hanya cukup untuk membeli barang keperluan harian kami sekeluarga,” katanya dekat sini.

Kamarudin yang tinggal bersama isterinya, Zahnariah Zainal, 40, yang menghidap sakit jantung serta lima anaknya berumur antara empat dan 13 tahun berkata, dia bimbang akan keselamatan mereka apabila tinggal di rumah pusaka itu.

“Lantai rumah ini sudah reput, saya bimbang mereka akan terjerlus ke bawah. Hendak jalan pun kena pilih papan yang elok supaya tidak terpijak papan yang sudah reput.

“Keadaan bumbung juga amat menyayat hati kerana semua tempat sudah bocor. Saya tidak larat nak menampal lubang bumbung kerana setelah ditampal pasti ada kebocoran baru di tempat lain pada keesokannya. Bila hujan pula, semua tempat dipenuhi dengan besen mahupun baldi untuk menadah air,” katanya.

Kamarudin berkata, dia juga risau apabila cuaca mendung cuaca kerana takut zink rumah yang reput akan diterbangkan angin lagi seperti kebiasaan.

“Baru-baru ini, beberapa keping zink diterbangkan angin dan kami sekadar melihat sahaja.

“Saya mengakui rumah ini sudah terlalu lama tetapi kami tidak mampu untuk menyewa rumah kerana wang hanya cukup makan sahaja. Buktinya, dinding rumah yang reput ini mudah runtuh bila ditolak dengan tangan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8756750.asp

2/13/11

Muak alasan tiada peruntukan

Sinar Harian 13 Feb 2011

TANJUNG IPOH – Penduduk Kampung Panglang melahirkan rasa kecewa apabila jalan utama yang sering dilalui mereka rosak teruk hingga menyebabkan ada kenderaan rosak selepas melalui jalan itu.

Penduduk, Abu Bakar Ujang, 66, berkata, masalah jalan rosak di kawasan berkenaan sudah lama berlaku dan boleh dianggap perkara biasa.

“Walaupun ia bukanlah satu isu baru, tetapi jalan itu tidak pernah dibaiki dengan sempurna sehingga hampir sepuluh tahun, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan masalah yang sama.

“Bukan tidak pernah mengadu atau membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun alasannya tetap sama tiada peruntukan. Tetapi sampai bila penduduk di sini boleh bertahan? Setiap hari kami menggunakan jalan ini dan tayar kenderaan juga semakin lama semakin rosak,” katanya.

Menurutnya, mengakui keadaan itu cukup berbahaya kepada penduduk kerana ia adalah jalan yang perlu dilalui setiap hari.

“Kami di sini sudah terlalu lama terdedah dengan risiko terutama pada waktu malam.

“Ramai yang tidak nampak lubang tersebut terutama pada waktu malam dan hujan kerana air bertakung. Lebih malang lagi apabila penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terjatuh,” katanya.

Abu menambah, di beberapa jalan yang lain, terdapat pula mendapan yang berpunca dari aliran air di bawah tanah ataupun sebaliknya.

“Memang ada berlaku sedikit mendapan dan lubang di jalan itu. Apabila hujan berterusan selama beberapa hari, ia menyebabkan air bertakung sehingga 0.3 meter.

“Ada sesetengah pengguna jalan raya tidak tahu jalan itu rendah dan tetap melaluinya sehingga menyebabkan enjin kereta rosak dimasuki air,” katanya.

Menurutnya lagi, pemilik kenderaan juga terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan tayar dan rim jika terlanggar lubang berkenaan walaupun kenderaan dipandu pada kelajuan sederhana.

“Kami bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi seharusnya mereka prihatin terhadap masalah kami.

“Ada juga penduduk yang terpaksa menggunakan jalan jauh untuk keluar ke pekan disebabkan jalan rosak dan tidak elok,” katanya yang memohon agar pihak berkaitan dapat segera mengatasi masalah itu.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, tiada sebarang alat amaran seperti kon keselamatan diletakkan di laluan air bertakung tersebut sehingga meningkatkan risiko kemalangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Laluan masuk ke jalan ini juga gelap pada waktu malam dan sangat berbahaya terutamanya mereka :yang tidak biasa menggunakan laluan tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8751759.asp

2/12/11

Ketua Ulama PAS N.Sembilan beransur pulih selepas pembedahan

Unit Amal Negeri Sembilan yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Unit Amal Negeri Sembilan Saudara Nazri Esa telah menziarahi Ustaz Hassan Alias Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan yang telah menjalani pembedahan dilutut lebih lima bulan yang lalu.

Saudara Nazri Esa telah melawat Ustaz Hassan di kediamannya di Taman Selaseh, Port Dickson. Walaupun telah empat bulan Ustaz Hassan keluar dari hospital namun beliau belum pulih sepenuhnya, malah beliau perlu bertongkat serta dibantu pergerakannya oleh isteri beliau.

Walaupun dalam keadaan yang amat lemah, Ustaz Hassan menyuarakan hasratnya yang menebal untuk kembali mengajar kuliah agama di masjid dan surau sekitar Negeri Sembilan, namun keadaannya pada ketika ini tidak mengizinkan untuk beliau berbuat demikian.

Dalam perjumpaan yang singkat tersebut Saudara Nazri Esa telah menghulurkan sumbangan bagi pihak Unit Amal Negeri Sembilan bagi meringankan sedikit beban tanggungan Ustaz Hassan.

Kepada mereka yang ingin menziarahi Ustaz Hassan bolehlah menghubungi beliau di talian 019-3597540.

Sumbangan juga boleh dihulurkan melalui akaun Bank Islam Ustaz Hassan Alias di nombor akaun beliau 05049010006643.

Gambar lawatan Saudara Nazri Esa di kediaman Ustaz Hassan Alias pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2011/02/ketua-ulama-pas-nsembilan-beransur.html

2/11/11

Tawaran pengiklanan dalam BISNES N.Sembilan

Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Rembau akan mengedarkan Direktori BISNES sebagai lampiran dalam Buku Cenderamata Majlis Makan Malam PAS Kawasan Rembau yang akan dihadiri oleh Dato Dr Haron Din pada 9 Mac 2011 ini.

Dijangkakan 1000 orang akan menghadiri majlis ini.

BISNES adalah merupakan singkatan untuk Buku Iklan uSahawan NEgeri Sembilan.

Kadar pengiklanan dalam BISNES ialah RM400 untuk saiz 12cm x 20cm (satu mukasurat A5) dan RM200 untuk saiz 12cm x 10 cm (setengah mukasurat A5)

Mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dalam Direktori BISNES ini akan mendapat tawaran pengiklanan dalam Blog http://bisnes9.blogspot.com selama satu tahun secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut tawaran pengiklanan dalam BISNES sila hubungi Sdr Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Maklumat lanjut mengenai Majlis Makan Malam PAS Kawasan Rembau di http://danarembau.blogspot.com

100 tahun tiada bekalan air bersih


Sumbangan sempena Tahun Baru Cina


2/10/11

Urusan terbatas kerana tiada pengangkutan awam

Sinar Harian 10 Feb 2011

KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan Kuala Klawang terbatas.

Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang Pertang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas dan teksi.

Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital.

Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini.

“Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,’’ katanya.

Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam.

“Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik.

“Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,’’ katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8741940.asp

Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300

Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30778:selangor-naikkan-elaun-guru-kafa-rm300&catid=1:utama&Itemid=50

2/9/11

Pelancaran Kempen Bantah Saman Ekor 16 Feb 2011


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BANTAH SWASTA SAMAN EKOR
Tarikh : 16 Februari 2011 , RABU
Masa : 9 mlm
Tempat : Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Selangor

Penceramah :
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibarhim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
2. YB Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Pokok Sena / Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE)
3. YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR/ Ahli Parlimen Gombak
4. YB Dato’ Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor/ Exco Kerajaan Selangor
5. Ustaz Salahuddin Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Anjuran Bersama JK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE), Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat dan PAS Kawasan Gombak (Dewan Pemuda)

Dapatkan Banner dan Poster Program di Blog Timbalan Penegrusi JK Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap ADUN Paroi N.Sembilan , YB Hj Mohamad Taufek di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/02/pelancaran-bantah-saman-ekor-16-feb.html

Timb Ketua Menteri Penang di Seremban 11 Feb 2011

CERAMAH UMUM PR
Bersama :
Y.B Dato Dr Mansor Othman, TKM 1 Pulau Pinang
Y.B Yusmadi Yusof, MP Balik Pulau
Sdr Sanny Hamzan, Exco Pemuda PAS Pusat
Pada 11 Februari 2011, JUMAAT
Jam 9 malam
Di Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban (Bersebelahan Gelangang Silat Cekak)

Hadir beramai2....

Sumber http://wartawansukarela.blogspot.com/2011/02/ceramah-penjelasan-isu-melayu-pulau.html

2/8/11

Pidato Pemuda 13 Feb 2011 Seremban

PIDATO PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 13 Feb 2011, AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Senawang
Pemidato :
Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Ust Azman Sapawi, Timb Ketua Pemuda PAS Pusat
Sdr Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor
Ust Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

PEMUDA PEJUANG RAKYAT !

Semua Dijemput Hadir

2/7/11

Tiada bekalan air bersih sejak 100 tahun lalu di N.Sembilan


Still no clean water – 100 years later
Zefry Dahalan
February 6, 2011

Life for 16 families in an estate is one of misery all because a basic amenity is missing.

LINGGI: Some 16 families at an oil palm estate in Air Kuning near here have been surviving without clean water supply for several years.

In fact, the estate has never enjoyed water supply for the past 100 years.

This shocking state of affair was discovered by Negri Sembilan PKR Youth after a PKR member here informed the party about the plight of these estate workers.

V Mahaletchumy, a committee member of the Estate Workers Union, said the union had submitted numerous letters of complaint to the estate owner but to no avail.

She added that the estate celebrated its 100th anniversary last year.

“There are 15 Indians, one Malay family and 14 Indonesian labourers living in the estate. All of us are drinking water from a well located about 300 metres from our houses.

“You can see for yourself the condition of the well. We have no choice but to use this untreated well water,” Mahaletchumy said, adding that the residents have to carry the pails of water to their houses.

“Imagine for a family of five or six, they have to fetch water many times,” she said.

“They use this water for drinking, cooking, bathing, washing dishes and clothes, and cleaning the house,” she added.

Union leader S Murugan said that the estate management provide piped water but it is not clean.

“The piped water is taken from a pond which is a sort of a reservoir. The water comes from a small stream and drains,” he said.

“But we dare not use this water. We have seen snake skins, dead frogs and a dead goat in the pond. How do you expect us to use it?” he asked.

Skin rashes

Murugan also said the management only supplies the piped water from 1pm to 2pm every day.

“But then nobody is at home. The parents are at work while the children are at school. Even if we decide to use this water, the one-hour supply is too short.”

He said that it is quite common for the estate workers to suffer from skin rashes as a result of using untreated water.

Murugan said that in 1999, the Negri Sembilan Water Supply Department had laid the main pipe at the entrance to the estate but the management had failed to lay pipes to supply water to the estate.

Negri Sembilan PKR Youth chief, Mohd Nazree Mohd Yunus, who visited the estate, criticised the state government for failing to protect the health of the workers.

“Even though the plantation is on private land, the role of the state government is to make sure the estate management provide clean and treated water.

“I’m shocked that the state government is not aware of the problem in the estate which has been around for the past 100 years” said Mohd Nazree.

He urged the state government to act immediately so that the workers can get to enjoy clean water supply.

The estate falls under Linggi state seat which is part of the Telok Kemang parliamentary constituency.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/06/still-no-clean-water-%e2%80%93-100-years-later/

2/6/11

Derita orang Pilah, jambatan runtuh dah 6 bulan



Penduduk terputus hubungan
Sinar Harian 6 Feb 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, dekat sini terputus hubungan akibat jambatan menghubungkan penduduk dengan kampung lain roboh akibat tanah runtuh. Masalah yang berlaku sejak enam bulan lalu sehingga kini masih belum ada tanda akan diperbaiki sehingga menggusarkan penduduk setempat.

(Kisah sebelum ini Masalah Perlombongan Pasir dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html dan Masjid bersejarah N.Sembilan nak runtuh, UMNO tak kisah di http://amkns.blogspot.com/2011/01/masjid-bersejarah-nsembilan-nak-runtuh.html )

Penduduk mendakwa, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, sebaliknya pernah terjadi pada 2009.

Seorang penduduk, Abdul Rahim Omar, 70, berkata, kejadian tanah runtuh itu disebabkan kerja-kerja mengorek pasir yang tidak jauh dari kawasan itu.

“Memang ada kerja-kerja mengorek pasir di sini yang dipercayai menyebabkan jambatan itu runtuh. Tambahan pula, air sungai deras menghentam tebing sehingga berlakunya hakisan teruk.

“Tanah runtuh itu juga menyebabkan jalan menghubungkan ke pekan Kuala Pilah dan Kampung Tanjung Ipoh terputus dua.

“Walaupun ia jalan pintas, tetapi jalan ini sering dilalui dan digunakan penduduk untuk mengelak kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Abdul Rahim juga kecewa kerana masih belum ada apa-apa tindakan susulan terhadap aduan dibuatnya sebelum ini.

“Saya memang sudah buat aduan kepada pihak berkaitan selain pimpinan kampung untuk maklumkan perkara itu. Bagaimanapun, ia masih tiada jawapan.

“Pada mulanya saya ikut jalan jauh selepas jambatan itu runtuh. Tetapi ia amat meletihkan. Akhirnya saya mengambil tindakan membina titi kecil tetapi hanya boleh dilalui pengguna motosikal sahaja,” katanya.

Selain itu, katanya, ada antara mereka tidak tahu jalan itu terputus dua dan terpaksa berpatah balik dan mengikut jalan luar.

“Hujan lebat beberapa hari lalu juga menyebabkan air sungai naik mengakibatkan struktur jambatan bertambah teruk,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8717671.asp

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Dato Dr Haron Din di Majlis Makan Malam PAS Rembau

PAS Kawasan Rembau kini berusaha mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya umum.

Sehubungan dengan itu, satu majlis makan malam akan diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban dengan penglibatan ahli serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara yang bakal hadir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Paroi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau dan Ketua Cabang PKR Rembau Chegubard.

Antara acara yang diadakan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Khas untuk Tokoh Veteran PAS Kawasan Rembau sebagai menghargai jasa-jasa pejuang PAS terdahulu yang telah banyak berjasa sehingga PAS di Negeri Sembilan buat pertama kalinya berjaya menghantar wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sembilan selepas memenangi kerusi DUN Paroi dalam Parlimen Rembau semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 yang lalu.

Menurut Pengarah Program Saudara Sufian Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau, harga kupon untuk majlis tersebut ialah RM50 seorang dan tempat yang disediakan terhad kepada 1000 orang peserta sahaja.

Katanya, mereka yang berminat untuk menghadiri majlis, memberikan sumbangan atau membuat pengiklanan dalam buku program diminta menghubungi pihak urusetia majlis iaitu Saudara Sahrizal 017-4680125 atau Ustaz Yusri 013-2116237.

2/4/11

Tetap dengan pendirian bantah saman ekor


Sinar Harian 3 Feb 2011

SENAWANG – Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan tegas dengan pendirian mereka terhadap Kempen Anti Saman Ekor pada tahun ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya sebulat suara mahu keadilan kepada pengguna jalanraya yang sering kali tidak tahu menahu mengenai saman ekor.

“Sekiranya mereka didapati bersalah, apakah mekanisma menyatakan bahawa mereka bersalah dan terlibat dalam melebihi had laju.

“Bagi saya yang mewakili PR dan AMK, akan menggerakkan Kempen Anti Saman Ekor secara berterusan khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan.

“Ini untuk menyedarkan bahawa kepimpinan tertinggi PR mahukan rakyat menyokong kita bukan semata-mata berasaskan emosi dan masalah kewangan tetapi terus berdasarkan kepada persoalan nilai keadilan undang-undang,” katanya kepada media selepas mengedarkan risalah Kempen Anti Saman Ekor di tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat sini, kelmarin.

Kira-kira 1,000 risalah mengenai kempen berkenaan diedarkan kepada pengguna jalan raya pada petang itu.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8709948.asp

Lima hari tiada bekalan air


Sinar Harian 3 Feb 2011

JEMPOL - Hujan tanpa henti sejak minggu lalu menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini mengalami gangguan bekalan air.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar daerah ini mendapati masalah itu menyebabkan urusan seharian penduduk terjejas.

Penduduk dari Air Hitam, Mohd Razif Ismail, 25, berkata, sudah lebih lima hari dia mengalami gangguan bekalan air.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia terpaksa menadah air hujan di hadapan rumahnya dan kadangkala bekalan air ada pada waktu tengah malam.

“Air paip pun kecil, kadangkala air keroh dan agak kotor dan hanya menggunakan bekalan air yang ada untuk memasak serta urusan lain.

“Waktu cuti pun terjejas, apabila ahli keluarga berkumpul bekalan air tiada pula, lagi-lagi untuk menguruskan sebarang majlis,” katanya.

Sinar Harian difahamkan kawasan itu pernah mengalami gangguan air dan pihak yang bertanggungjawab ada menghantar bekalan air.

Razif berkata, diharap pihak berkenaan dapat memantau mana-mana kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan air.

Sementara itu, Pengerusi GPW, Palong 5, Hasmi Mat Sidi berkata, sejak kebelakangan ini kawasan Palong juga mengalami masalah air.

Menurutnya, keadaan itu berlaku sejak bencana banjir di tempoh hari.

“Saya ada mendengar cerita mengatakan paip pecah tetapi saya tidak pasti pula dan kebiasaannya jika ada gangguan air, saya akan tunggu sehingga bekalan air datang,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8708624.asp

2/3/11

Jamuan bersama Dato Dr Haron Din 9 Mac 2011 Seremban


MAJLIS MAKAN MALAM
Serta Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Rembau
Bersama Dato Dr Haron Din
Tarikh : 9 Mac 2011 , RABU
Masa : 8 malam
Tempat : Seremban
Turut serta : YB Dr Mujahid Yusof Rawa, YB Hj Mohamad Taufek & CheguBard
Kupon : RM50/org

Untuk tempahan kupon hubungi :
Sdr Sahrizal 017-4680125 jaibokam@yahoo.com
Ustaz Yusri 013-2116237 syahid87_kias@yahoo.com

Untuk sumbangan Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PAS Rembau sila hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com
Hulurkan sumbangan ke :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137

Untuk Iklan dalam Buku Cenderamata sila hubungi Sdr Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

2/2/11

Ibu lima anak rayu bantuan di DUN Johol, Parlimen Kuala Pilah


Ibu lima anak rayu bantuan
Sinar Harian 2 Feb 2011

JOHOL – Seorang warga emas lima anak, Hasnah Yusuf, 64, terpaksa meneruskan kehidupan dengan tinggal di rumah pusaka berusia lebih 40 tahun yang sudah usang dan dinding dimakan anak-anak, sementara bumbung pula bocor.

Hasnah berkata, setiap kali hujan, besen dan baldi sudah tersedia untuk menadah air yang menitik.

“Sedih juga dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi kerana belum mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekadar memperoleh RM100 daripada Baitulmal.

“Saya terpaksa tinggal di rumah ini kerana tiada rumah lain. Lagipun saya sudah biasa dengan keadaan ini. Walaupun rasa kurang selesa, apa boleh buat kerana ini sahaja tempat yang ada, selain tiada pendapatan tetap,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kabong.

Menurutnya, walaupun mempunyai anak tetapi mereka mempunyai kehidupan masing-masing dan hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa.

“Bukan tidak pernah mohon bantuan lain tetapi masih tidak mendapat maklum balas, seperti menunggu buah yang tidak gugur.

“Begitu juga dengan permohonan baik pulih rumah. Sehingga kini masih belum ada apa-apa keputusan sedangkan beberapa pihak telah mengambil gambar dan melihat keseluruhan rumah ini,” katanya.

Hasnah berkata, tidur malamnya sering terganggu kerana kadang-kadang terkena titisan air hujan daripada bahagian bumbung yang bocor dan membasahi ruang bilik yang menjadi tempat tidurnya.

“Saya risau kerana sekarang musim tengkujuh dan kerosakan pada bumbung rumah pula sudah semakin teruk,” katanya.

Sinar Harian difahamkan Hasnah yang kematian suami tidak menerima pencen kerana suaminya bersara lebih awal sebagai tentera.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8705048.asp

2/1/11

Penduduk diancam ‘banjir najis’


Sinar Harian 1 Feb 2011

AMPANGAN – Setiap kali hujan, penduduk di Kampung Gedung Lalang 162 dekat sini, perlu berwaspada bukan kerana bimbangkan rumah mereka dinaiki air banjir, tetapi resahkan ‘banjir najis’ yang mula menghantui mereka.

Jika cuaca panas pula, mereka perlu berdepan masalah bau busuk yang meloyakan sehingga mengganggu keselesaan mereka menjalani kehidupan seharian.

Penduduk mendakwa, :keadaan itu mula berlaku sejak tahun lalu, dipercayai berpunca daripada masalah sistem pembetungan sedia ada tersumbat.

Bagaimanapun, mereka telah beberapa kali mengadu kepada pihak Indah Water Konsortium (IWK) untuk diambil tindakan susulan tetapi sehingga kini tiada jalan penyelesaian bagi memastikan masalah berkenaan tidak berlarutan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8701951.asp

Bersama Dr Badrul Amin 5 Feb 2011 Senawang


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 5 Feb 2011 SABTU
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Pasti Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Penceramah :
Ustaz Dr Badrul Amin Bahron
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Chegubard

Semua dijemput hadir