3/31/11
BATU ‘PELIK’ DI TENGAH JALAN
3/30/11
Ceramah Konspirasi III Kuala Pilah 5 April 2011
Ceramah pendedahan Konspirasi III di Kuala Pilah 5 April KEADILAN Cabang Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan mengadakan ceramah ‘Pendedahan Konspirasi III’ di Pejabat Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Jemapoh pada jam 9 malam 5 April 2011 (Selasa) ini. Antara yang dijadual menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff. Timbalan Ketua Cabang itu, Hazman Hashim berkata, orang ramai yang berminat mengetahui pelbagai penerangan dan pendedahan mengenai isu tanah air termasuk konpirasi video seks palsu, dipelawa hadir Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10128 3/29/11
Dasar kerajaan ke tunggu ada yang mati baru bertindak?
Tindakan Majlis Daerah Kuala Pilah burukkan lagi kesesakan trafik
3/28/11
Berkawal malam hanya beralaskan tikar
Bangunan terbiar jejas imej
ADUN bimbang kawasan tidak selamat
3/26/11
Bergelap sejak beberapa tahun
Sinar Harian 26 Mac 2011
KUALA LINGGI - Beberapa penduduk di Taman Kuala Permai, dekat sini, mendakwa mereka terpaksa bergelap ketika melalui sepanjang laluan belakang taman itu pada waktu malam sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi taman berkenaan, Ahmad Bachik, 71, berkata, keadaan ini begitu merunsingkan penduduk di sini, yang bekerja malam dan sering pulang lewat.
“Lampu jalan perlu dipasang di kampung ini, bagi mengelak kawasan persekitaran rumah penduduk gelap, sekali gus menghindar daripada berlakunya peningkatan jenayah dan gejala maksiat di kawasan berkenaan.
“Kami bimbang kegagalan pihak berkenaan memasang lampu jalan di kampung ini boleh mengundang padah kepada penduduk, terutamanya kanak-kanak. Bahkan kes jenayah seperti kecurian mungkin berlaku waktu malam kerana keadaan terlalu gelap,” katanya.
Menurutnya, penduduk bertambah bimbang dengan keadaan semak-samun yang semakin tebal dan dikhuatiri mengundang binatang berbisa.
Penduduk, Siti Jamilah Md Nor, 34, pula meminta pihak berkenaan menyegerakan pemasangan lampu jalan berikutan kadar jenayah yang semakin meningkat kebelakangan ini dan ia boleh berlaku di mana-mana sahaja.
“Bila dalam keadaan gelap, kita tak sedar sekiranya ada orang berniat jahat sedang memerhatikan kita dari luar rumah,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8906351.asp
Bangunan Padang Merdeka jijik
Sinar Harian 26 Mac 2011
PORT DICKSON – Entah di mana silapnya, sebuah bangunan yang terdapat di Padang Merdeka dijadikan sebagai tempat penyimpanan pelbagai sampah dengan keadaannya amat menjijikkan.
Fungsi bangunan itu adalah sebagai tempat duduk penonton, selain menempatkan pentas utama dan bilik persalinan serta tandas di belakang bangunan berkenaan.
Malangnya, hampir keseluruhan kemudahan yang disediakan di situ tidak dapat lagi digunakan kerana rosak dan tidak diselenggarakan.
Tinjauan Sinar Harian di setiap bilik di bangunan itu mendapati, selain keadaannya yang berselerak dan menjijikkan, turut mengundang bau busuk terutama di tandas serta di bilik persalinan lelaki dan perempuan.
Timbunan pelbagai jenis sampah turut dilonggokkan di merata tempat dalam keadaan basah dan lembab berikutan tempias hujan yang memasuki premis berkenaan.
Tambahan pula, bilik di situ tidak bertutup dan kebanyakan pintunya juga telah rosak.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8905179.asp
3/25/11
Sex video: Anak asks Agong to step in

Sex video: Anak asks Agong to step in
Zefry Dahalan March 25, 2011
The unIslamic slanders must stop, says the association’s president
SEREMBAN: The National Felda Settler Children’s Association (Anak) has asked the Yang Dipertuan Agong to interfere in the controversy surrounding a video that allegedly shows opposition leader Anwar Ibrahim engaging in unlawful sex.
The association’s president, Mazlan Aliman, said the King should use his authority as the nation’s head of Islam to put a stop to such slanders because they could mislead Muslims.
He made the call outside the Seremban police headquarters after lodging a report against Shazryl Eskay Abdullah and other confessed promoters of the video, accusing them of violating the Censorship Act and the Penal Code. Accompanying him was Negeri Sembilan PAS commissioner Zulkefly Mohamad Omar.
“This is a conspiracy to humiliate Anwar Ibrahim and his family,” he told reporters. “The behavior of the three individuals who showed the video to the media is totally against the teachings of Islam.
“The police also must act against Shazryl for trying to blackmail Anwar and his wife to force them to step down as leaders of PKR.”
Mazlan also took former Malacca chief minister Abdul Rahim Tamby Chik to task, accusing him of abusing his current position as Risda chairman to book the hotel room where the video was shown to media representatives.
“He has admitted that he booked the room under the name of Risda,” he said.
“This is clearly an abuse of power. If he wants to play politics, then he should quit as the chairman of Risda.”
In his report, Mazlan also told the police to ascertain whether de facto law minister Mohd Nazri Aziz had broken the law for stating that the screening of the video to the media was legal.
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/25/19900/
Pas NS buat laporan polis

Sinar Harian 25 Mac 2011
SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan membuat laporan polis di sini, semalam, berikutan fitnah yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks.
Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, laporan polis itu dibuat bagi mendesak polis melakukan siasatan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Tan Sri Abd Rahim Tambi Chik yang terbabit dalam rakaman video aksi seks itu.
“Tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah yang sangat melampau. Tiada sebarang asas yang boleh dipertanggungjawabkan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.
Menurutnya, ia bukan sahaja mencemar nama baik Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dan keluarga, malah fitnah itu ibarat sudah menjadi budaya di negara ini.
“Kita tidak mahu barah fitnah ini merebak dan menjadi budaya diamalkan rakyat dengan tujuan memburukkan individu tertentu demi kepentingan peribadi mahupun politik.
“Kerajaan dan pihak berkuasa perlu pandang serius budaya yang semakin menular ini bagi memastikan negara bebas daripada fitnah, yang pastinya membawa kesan buruk kepada imej negara,” katanya.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Presiden Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman dan 20 ahli Pas negeri.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8902961.asp
3/23/11
Tiada laut biru, cuma sampah di Port Dickson
Pengunjung tak tahan keadaan kurang menyenangkan di Port DicksonAIR PARIT CEMARI PANTAI
Berita Harian 23 Mac 2011
PORT DICKSON: Hitam, busuk dan menjijikkan! Air parit bersebelahan Marina Bay Apartment, di sini menyebabkan penghuni dan penyewa yang tinggal di apartmen itu pada hujung minggu termasuk warga asing, tidak senang duduk dengan keadaan kurang menyenangkan itu.
Bukan tidak pernah membuat aduan, malah penghuni dan pihak pengurusan apartmen mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan berhubung masalah itu, tetapi keadaan tetap sama.
Parit yang mengalir dari kawasan penempatan berdekatan juga mengalir ke pantai, menyebabkan penghuni bimbang air kotor itu akan mencemarkan laut di pantai berdekatan yang menjadi tumpuan pelancong.
Pengurus Perbadanan Pengurusan Marina Bay Apartment, Phang Han Kim, berkata masalah itu berlaku sejak 2008 dan pihaknya yang tidak tahan dengan keadaan itu mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Bagaimanapun, beliau mendakwa tiada tindakan konkrit diambil untuk mengatasi masalah itu yang masih berterusan hingga kini.
"Seorang penghuni apartmen ini dari Jerman yang tidak tahan menghidu bau dan pemandangan yang menyakitkan mata, pernah membuat laporan di balai polis, tetapi saya tidak tahu apa tindakan susulan kerana keadaan masih sama.
"Hanya selepas keadaan parit itu semakin teruk, pihak berkuasa datang dan menjalankan siasatan, malangnya air kotor itu tetap mengalir seperti biasa," katanya ketika ditemui.
Phang mahu MPPD dan agensi berkaitan berusaha menangani masalah itu supaya tidak menjejaskan penghuni apartment itu dan mencemarkan nama baik Port Dickson yang terkenal sebagai pantai peranginan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Airparitcemaripantai/Article
BERITA BERKAITAN :
Tiada Laut Biru , Hanya Sampah : Port Dickson Kotor di http://pasns.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-pantai-port-dickson-kotor.html
Pantai Porti Dickson semakin tercemar, bahaya dan berbau busuk
http://amkns.blogspot.com/2011/03/pantai-porti-dickson-semakin-tercemar.html
Pantai Port Dickson pusat pembuangan abu mayat
http://amkns.blogspot.com/2010/11/pantai-port-dickson-pusat-pembuangan.html
3/22/11
Santai Bob Lokman dan Radzi Melissa 5 Apr 2011 Senawang
Melayu merempat di Rembau bila kerajaan ambil tanah

Sinar Harian 22 Mac 2011
REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.
Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.
Menurutnya, jumlah pampasan itu tidak cukup buatnya untuk membeli tanah dan membina rumah baru kerana nilai hartanah kini semakin tinggi.
“DISEBABKAN ITU, MAKCIK DAN SUAMI TERPAKSA MENYEWA RUMAH DI TAMAN SRI REMBAU KERANA IMPIAN KAMI UNTUK MEMPEROLEH RUMAH DAN TANAH YANG DIDUDUKI SEPERTI SEBELUM INI TIDAK KESAMPAIAN.
“Sebenarnya, makcik tidak pernah menolak pembangunan yang dijalankan di sini, cuma memang tidak puas hati dengan jumlah pampasan,” katanya.
(Kisah berkaitan sebelum ini ; Umno Rembau tak leh harap jaga hak orang Melayu di http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html )
Hasnah berkata, dalam usianya yang semakin meningkat dan kehilangan tanah serta rumah yang didiami lebih 40 tahun lalu, sudah tentu keadaan itu amat menyedihkan, apatah lagi banyak kenangannya sepanjang tinggal di kawasan berkenaan.
Menurutnya, keprihatinan pihak berkenaan terhadap nasib dirinya amat diharapkan.
“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini cuma berharap agar memperoleh tanah dan rumah sendiri.
“Disebabkan terlalu memikirkan hal ini, ia benar-benar mengganggu kehidupan dan kesihatan makcik,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, masalah dihadapi Hasnah sememangnya mendapat perhatiannya.
“Saya tidak pasti sama ada masih ada ruang atau peluang buat kerajaan negeri menimbang semula perkara ini.
“Pada pandangan saya, masalah seperti ini mungkin boleh diatasi jika warga emas ini diberikan tanah anugerah sebagai penyelesaian dengan menyediakan tapak rumah untuknya membina rumah,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan cuba mengkaji semula undang-undang berkaitan tanah adat jika boleh dikategorikan sebagai tanah rizab Melayu supaya setiap tanah yang diambil diganti semula dengan tanah.
Hadir sama, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8891399.asp
Aktiviti korek pasir N.Sembilan makin serius, tidak terkawal

Laporan Ketua Audit Negara tersebut di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html
Gambar-gambar aktiviti korek pasir N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html
TERHAKIS
BERITA HARIAN 22 Mac 2011
NILAI: Kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok di sini sejak kira-kira dua bulan lalu, menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik penduduk kampung mengalami hakisan.
Tinjauan Sentral mendapati, masalah itu berlaku kerana aktiviti di tapak berkenaan dipercayai tidak mematuhi beberapa garis panduan penting dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pemberian permit pengambilan pasir sungai.
MALAH, PIHAK BERKUASA NEGERI INI SEAKAN-AKAN TIDAK MEMPEDULIKAN HASIL LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009 BERHUBUNG KELEMAHAN 'PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR' yang dikeluarkan Oktober tahun lalu.
Seorang penduduk, Kamarulzaman Abu Bakar, 50, mendakwa pihaknya hairan bagaimana pengusaha terbabit dibenarkan beroperasi sejak lebih sebulan lalu kerana mengikut garis panduan JPS, aktiviti berkenaan tidak dibenarkan di sungai yang kelebarannya kurang 10 meter.
"Selain itu, pengusaha juga gagal memastikan hakisan tidak berlaku kerana tebing sungai di kawasan berkenaan (lokasi dikorek) serta di kampung yang terletak di kawasan lebih tinggi mula runtuh sedikit demi sedikit.
"Kesalahan lebih nyata (mengikut garis panduan JPS) adalah pengusaha meletakkan timbunan pasir betul-betul di tepi tebing sungai itu dan di situlah ia dicuci dan diangkut menggunakan lori manakala air cucian pula disalirkan semula ke sungai.
"Sedangkan mengikut peraturan, pasir perlu diletakkan sekurang-kurangnya 10 meter dari tebing sebagai `stockpile' sementara, sebelum dibawa untuk dicuci dan dihimpunkan di `stockpile' utama yang sepatutnya terletak 20 meter dari tebing sungai," katanya.
Beliau berkata, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan sudah menghantar aduan kepada pejabat Menteri Besar, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta JPS negeri namun tiada tindakan berkesan diambil.
Berhubung laporan Ketua Audit Negara 2009, kelemahan yang dikesan ketika pengauditan pada September 2009 hingga Disember 2009 antaranya membabitkan kelemahan pemantauan pihak berkuasa terhadap arahan supaya kontraktor menyediakan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian pasir memasuki sungai.
Bagaimanapun, ketika tinjauan ini dibuat, kontraktor di kawasan berkenaan tidak menyediakan kolam enapan sedemikian dan sehingga kini tiada pula tindakan dikenakan terhadap mereka menyebabkan penduduk menganggap pihak berkuasa tidak berusaha memperbetulkan keadaan.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Zawawi Abd Rashid, 54, mendakwa kontraktor menceroboh sebahagian tanahnya tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti itu.
"Saya berjumpa seorang kakitangan syarikat itu dan menunjukkan geran tanah, namun dia mendakwa tanah berkenaan milik kerajaan dan syarikatnya mempunyai permit mengorek pasir di kawasan berkenaan," katanya yang kemudian membuat laporan polis.
Beliau berkata, aktiviti berkenaan membimbangkan penduduk kampung kerana arus sungai akan menjadi lebih kuat ketika musim hujan tidak lama lagi dan akan menyebabkan tebing sungai di kawasan kampung runtuh.
Sementara itu, Pengarah JPS negeri, Hashim Osman, berkata kontraktor terbabit diberi permit menjalankan kerja mengorek pasir, namun pihaknya tidak mengetahui pelanggaran garis panduan berkenaan.
"Kita akan menyiasat dakwaan ini secepat mungkin dan akan menghantar laporan kepada PTG untuk tindakan lanjut," katanya.
Mengulas mengenai syarat kelebaran sungai untuk aktiviti itu, Hashim berkata, pihaknya memberi kelonggaran dalam kes tertentu termasuk jika kawasan berkenaan sering dilanda banjir dan memerlukan kerja pendalaman sungai.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terhakis/Article
3/20/11
Ceramah PR 23 Mac 2011 Senaling, Kuala Pilah
Tarikh : 23 Mac 2011 (RABU)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 18, Lot 3071, Kg Rembang Panas, Senaling, Kuala Pilah
Penceramah :
Mazlan Aliman
Shamsul Iskandar Md Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar
3/18/11
766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta

SEREMBAN: Seramai 766 peneroka Felda Serting memfail saman RM200 juta terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban semalam.
Peneroka Felda Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 juta kepada mereka.
Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda.
“Yang peneroka saman kerana ia adalah hak peneroka, bukan Felda,” kata Setiausaha Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham kepada KeadilanDaily.
Felda sebelum ini kalah dalam kes-kes seumpamanya yang melibatkan peneroka di Gugusan Jengka, Felda Sungai Koyan, dan Felda Kemahang 3.
Hadir di mahkamah ialah Ketua Peneroka, Karip Mohd Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Taufik Ghani dan peguam, T Kumar.
Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan yang menyatakan pihaknya sedia RM90 juta jika kalah dalam kes berkenaan, Rebim mempersoalkan perbuatan itu.
“Kenapa hendak tunggu peneroka saman baru nak bayar? Ini menunjukkan Felda sedar dengan penipuan yang mereka lakukan,” katanya.
Mahkamah kemudian memutuskan kes akan didengar semula pada 15 April depan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9148
Friday, March 18, 2011
3/17/11
Minum Petang PAS Seremban 2 April 2011

Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan, Seremban)
Masa : Selepas Asar
Kupon RM10
Tetamu :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi
Hubungi Zulkarnain 016- 2097990, Nasrulhakim 012-6953255
CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Al- Hadi, Taman Panchor Jaya, Seremban
Masa : 9 malam
Penceramah :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi
Anjuran : Lajnah Pilihanraya PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama PAS Cawangan
Ceramah Buku Jingga 20 Mac 2011 Seremban
Penjelasan Buku Jingga
Bersama : Rafizi Ramli, YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Anthony Loke
Tarikh : 20 Mac 2011 (AHAD)
Masa : 8.45 mlm hingga -
Tempat : Markas KeADILan Cabang Seremban, Taman Bukit Setia, Ampangan, Seremban
Sumber http://myharakah.net/diary.php?id=109
3/15/11
‘Kami mahu perkhidmatan bas’

TANAH MERAH JIMAH – Kira-kira 3,000 penduduk di sini merayu pihak bertanggungjawab membantu mereka dalam memperjuangkan hak memperoleh kemudahan perkhidmatan bas awam.
Penduduk mendakwa, sejak lima tahun lalu, perkhidmatan yang menawarkan pengangkutan bas itu tidak lagi beroperasi menyebabkan penduduk menghadapi kesukaran menyelesaikan urusan mereka.
Di samping itu, mereka juga hanya bergantung kepada kemudahan teksi namun kos tambang yang dikenakan terlalu tinggi.
Ketua Penduduk, Govindasamy berkata, ketiadaan perkhidmatan bas menyukarkan pergerakan penduduk dalam menguruskan banyak perkara lebih-lebih lagi untuk keluar ke bandar, pasar, klinik dan sebagainya.
Menurutnya, dahulu perkhidmatan bas ada di di kawasan ini tapi entah mengapa kira-kira lima tahun lalu, perkhidmatan itu dihentikan.
“Dahulu, ada perkhidmatan bas dari Sepang ke Port Dickson dan selepas perkhidmatan itu dihentikan, penduduk berhadapan banyak masalah,” katanya selepas mengadakan satu perhimpunan aman di kawasan perumahan mereka, baru-baru ini.
Govindasamy menambah, sepanjang tempoh itu juga, penduduk tidak mempunyai pilihan lain untuk menggunakan kemudahan teksi walaupun ia mahal.
“Untuk ke Lukut, tambang sebanyak RM15 dikenakan sementara untuk ke Port Dickson, penduduk terpaksa mengeluarkan tambang sebanyak RM30. Itu baru laluan sehala dan tambang sama dikenakan teksi untuk penduduk pulang ke rumah.
“Ternyata jumlah ini amat membebankan. Pilihan lain pula, penduduk terpaksa menumpang mana-mana jiran atau kenalan yang mempunyai kenderaan, namun ia juga tetap mendatangkan masalah.
“Lebih mudah jika ada perkhidmatan bas, penduduk boleh merancang pergerakan mereka sendiri,” katanya.
Sinar Harian difahamkan selepas perhimpunan secara aman ini selesai, satu mesyuarat bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) telah dilakukan dalam mengetengahkan permasalahan ini kepada pihak yang bertanggungjawab sekali gus membela nasib mereka. Dalam pada itu, penduduk di sini menaruh harapan yang tinggi agar masalah yang mereka hadapi akan dapat diselesaikan dengan segera bagi memudahkan mereka mengurus keperluan harian.
Sementara itu, penduduk di Ladang Sengkang turut berhadapan dengan masalah sama.
Ketua MIC, K Karpusamy berkata, pihaknya sudah berulang kali mengajukan permasalahan ini kepada banyak pihak, namun sehingga kini selepas hampir lima tahun berhadapan masalah perkhidmatan bas awam tidak menemui jalan penyelesaian.
Menurutnya, kira-kira tiga tahun lepas, perkhidmatan bas ada disambung semula selepas aduan dibuat, tetapi tidak sampai tiga bulan kemudahan itu dihentikan semula.
“Akibat daripada itu, penduduk di sini dan kawasan sekitar berhadapan pelbagai masalah.
“Orang dewasa mengalami kesukaran untuk keluar melakukan urusan sementara anak sukar bergerak untuk ke kelas tambahan dan lain-lain,” katanya.
Menurutnya lagi, dahulu laluan Port Dickson-Pengkalan Kempas ada kemudahan bas awam, namun sejak beberapa tahun lalu, perkhidmatan itu dihentikan namun alasannya tidak pula diketahui.
“Setakat ini untuk keluar ke bandar atau pekan, penduduk yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa menumpang jiran atau menyewa kenderaan tersebut.
“Jika ada kemudahan bas, penduduk malah anak kami akan mudah untuk ke destinasi masing-masing lebih-lebih lagi untuk ke kelas tambahan yang diadakan pada waktu bukan sesi persekolahan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8868934.asp
3/11/11
Jamuan bersama Tn Guru Hj Abd Hadi Awang 29 Mac 2011 Seremban
Tarikh : 29 Mac 2011 (SELASA)
Masa : 8 Malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
Dato Mustafa Ali
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Kupon RM30/seorang , RM300/meja
Untuk tempahan kupon dan pertanyaan sila hubungi :
Shamsul 019-6532973
Tn Hj Mohamad Noor 019-2556206
Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

3/10/11
Ceramah DUN Paroi 12 Mac 2011
Tarikh : 12 Mac 2011, SABTU
Masa : 9 malam
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah
Ustaz Rozali Muhammad, bekas ADUN Permaisuri, Terengganu
Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N9
Cikgu Mala
Borang Dana Pilihanraya PAS Rembau

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Rembau bolehlah dimasukkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137
SMS atau hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com selepas transaksi.
Kepada mereka yang ingin memberi komitmen untuk menyumbang pada masa yang terdekat atau akan datang sila isi Borang Sumbangan di atas atau sila isi butiran di bawah dan e-melkan ke hamizi_ahmad@yahoo.com atau poskan ke :
Hamizi bin Ahmad
Pusat Khidmat Masyarakat Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Nama :
Alamat :
Tel :
E-mel :
Komitmen sumbangan : RM
Tarikh dijangka akan memberi sumbangan :
Pantai Porti Dickson semakin tercemar, bahaya dan berbau busuk

Menurutnya, dia tertanya-tanya bagaimana pihak berkenaan boleh terlepas pandang berhubung perkara itu sehingga sungai berkenaan dilanda pencemaran teruk.
"Air dari sungai ini hitam dan ia berlarutan sekian lama, malah semakin teruk sejak beberapa bulan lalu.
"Airnya turut berbau busuk dan mengalir ke laut mencemarkan kawasan pantai," katanya.
Menurutnya, bau busuk dari sungai yang tercemar itu turut mengganggu kehidupannya.
"Saya berasa tidak selesa di sini. Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku kerana Port Dickson adalah kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar," katanya.
Paul yang mula menetap di Port Dickson di bawah program Malaysia My Second Home sejak Februari 2003 menggesa agar tindakan segera dapat dilaksanakan bagi memulihara semula sungai dan mengelakkan pantai serta laut tercemar.
Sementara itu, pengurus sebuah apartmen di sini, Phang Han Kim berkata, sejak pencemaran sungai berlaku, ramai pelancong asing membatalkan hasrat mereka untuk membeli, seterusnya menetap di apartmennya berikutan terganggu serta tidak selesa.
"Dua tahun lalu, ada seorang lelaki Jerman yang sudah menyewa di sini selama enam bulan, malah telah membayar deposit, membatalkan hasrat membeli apartmen di sini.
"Hobinya bersama isteri adalah berenang di pantai dan dia tidak selesa selepas mendapati pantai tercemar," katanya.
Han Kim berkata, ada juga beberapa penghuni apartmennya yang sudah tidak lagi menginap di situ disebabkan tidak selesa dengan pencemaran yang berlaku.
"Kebanyakan pembeli tertarik untuk menetap di sini kerana suasana nyaman dan pantainya yang bersih serta keselamatan terkawal.
"Namun, disebabkan pencemaran sungai semakin teruk, ia mendatangkan pelbagai masalah dan hilang daya tarikan semula jadi di sini," katanya.
Han Kim berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pelbagai pihak bertanggungjawab namun sehingga kini tiada tindakan proaktif diambil.
“Kali terakhir pihak berkuasa atau jabatan berkaitan turun meninjau kawasan adalah awal tahun lalu dan sehingga kini tiada maklum balas diterima.
“Akibatnya, masalah pencemaran bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan malah menjejaskan sektor pelancongan di Daerah Port Dickson,” katanya.
Di beberapa sistem perparitan dan longkang di kawasan sekitar juga mendapati ia tidak diselenggarakan dengan baik, selain sampah mengalir terus ke sungai berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8850753.asp
Hj Md Sabu lancar jentera Rembau 20 Mac 2011
RM60,000 samun di Rantau, RM8,000 ragut di Paroi, selamatkah rakyat?

RM60,000 KENA SAMUN
SEREMBAN: Seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila disamun penjenayah bermotosikal yang memecahkan cermin keretanya lalu melarikan wang tunai RM60,000 di pekan Rantau di sini, kelmarin.
Lebih malang apabila wanita berusia 39 tahun itu baru mengeluarkan wang berkenaan yang mahu digunakannya untuk memulakan perniagaan.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa bersama seorang ahli keluarganya selesai membuat pengeluaran wang di sebuah bank di bandar ini.
“Mangsa hanya menunggu di dalam kereta yang berkunci itu sambil memegang beg berisi RM60,000. “Tidak lama kemudian mangsa terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an memecahkan cermin kereta dengan tangannya tanpa menggunakan peralatan lain.
“Penjenayah nekad itu kemudian merampas beg berkenaan dan melarikan diri,” katanya di sini, semalam.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM60_000kenasamun/Article/index_html
RAGUT RANTAI RM8,000
SEREMBAN: “Belum sempat menjawab pertanyaannya, lelaki bermotosikal itu terus mengacu parang ke leher saya dan meragut barang kemas lalu melarikan diri.”
Begitu kata, warga emas, Rosnah Emby, 66, yang rugi kira-kira RM8,000 apabila disamun penjenayah berparang berpura-pura bertanyakan arah jalan di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini, semalam.
Menurut Rosmah, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia baru selesai membeli barangan keperluan dapur di kawasan situ.
“Saya dan dua rakan duduk berehat sambil bersembang di sebuah pondok di situ sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an.
“Kami bertiga pada awalnya langsung tidak mengesyaki apa-apa apabila dia kemudian hanya bertanyakan alamat atau arah sebuah kawasan.
“Namun, apabila mahu menjawab pertanyaannya itu, lelaki itu tiba-tiba bertindak mengeluarkan parang panjang lalu mengacukannya ke leher saya sambil meragut rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RagutrantaiRM8_000/Article/index_html
3/9/11
Umno Taman Rasa Sayang Seremban didakwa sebar fitnah


9 Mac 2011
SEREMBAN: KEADILAN Rembau dan PAS Paroi hari ini membuat laporan polis
menggesa siasatan berkenaan kertas mesyuarat tahunan Umno Cawangan Taman Rasa Sayang, Bahagian Rembau kerana didakwa mengandungi isu perkauman dan fitnah.
Ini juga berikutan ahli Umno di cawangan berkenaan tidak menghormati dan
mengingkari titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yangmahu rakyat negara ini tidak membangkitkan isu sensitif menyentuh
perkauman.
“Antara yang jelas ditimbulkan mereka adalah isu agama dan perkauman.
Ini cukup membuktikan mereka ingkar dengan titah Tuanku Mizan supaya
menjauhi amalan ini,” kata Setiausaha Cabang KEADILAN Rembau, Nor Azizi
A Aziz sambil menunjukkan bukti beberapa gambar di dalam kertas
mesyuarat itu yang didakwa boleh mencetuskan perbalahan kaum.
Kertas mesyuarat tahunan 2011 tersebut mengandungi lapan halaman yang
keseluruhannya menerbitkan perihal sentiviti kaum.
Antara tulisan pada salah satu gambar yang terpampang wajah Penasihat
DAP, Lim Kit Siang berbunyi, “Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak
Islam, mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP!!”.
Nor Azizi yang mewakili ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata,
perkara itu dipandang serius kerana melibatkan penyuburan budaya politik
kotor di kalangan penyokong parti.
“Oleh itu, kami menuntut polis menyiasat supaya tindakan membudayakan
fitnah dan adu domba seperti ini dielakkan untuk kepentingan politik
pihak tertentu bertujuan melihat perpecahan antara kaum di negara kita,”
katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada sidang media
selepas laporan itu dibuat.
“Apa yang kita mahukan adalah politik matang kerana kerajaan Pakatan
Rakyat (PR) menganjurkan pengetahuan politik dengan penghujahan untuk
membawa rakyat kepada pemilihan parti yang layak disokong.
“Tapi (apa) yang dilakukan Umno itu tidak menggambarkan sikap
profesional mereka menghadapi parti pembangkang, sebaliknya menghentam
perkara yang mengingkari titah Agong,” kata Nor Azizi.
Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi,
Mohamad Taufek Ab Ghani turut menyelar tindakan Umno dan menggesa supaya penyiasatan segera dilakukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno Taman Rasa Sayang itu.
“Jika usaha-usaha jahat ini tidak dihentikan, ia akan membawa kepada
permusuhan dan kebencian antara kaum yang akhirnya menggugat kestabilan
dan keamanan negara.
“Pelbagai tuduhan palsu dan fitnah dilemparkan kepada pemimpin PR untuk
menimbulkan kebencian rakyat,” kata Taufek.
http://www.keadilandaily.com/ingkar-perintah-agong-keadilan-rembau-lapor-polis-2/
PAKATAN LEADERS MALIGNED IN UMNO DOCUMENT
Zefry Dahalan March 9, 2011
PKR lodges police report against Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang for seditious statements and pictures fanning racial tensions
SEREMBAN: The Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang under the Rembau division earned the ire of Pakatan Rakyat for instigating tensions between the Malays and Chinese.
Rembau PKR secretary, Norazizi Abdul Aziz, said an eight-page document appended to the minutes the Umno’s division annual meeting contains seditious statements and pictures maligning Pakatan leaders.
“The contents of the document, dated March 5, is seditious and designed to instigate racial tensions among the Malays and the Chinese in Pakatan,” said Norazizi after lodging a police report at the
district police headquarters here.
Titled “Pendedahan Untuk Kesedaran” it has a picture of DAP advisor Lim Kit Siang under a sub-heading heading which reads: “DAP Anti Islam” and the words “Ketuanan Rakyat” (proposed by Pakatan Rakyat) was changed to “Ketuanan Cina”.
Another picture shows Kit Siang delivering a speech and the caption reads: “Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam! Mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP”
PKR’s de facto leader Anwar Ibrahim is portrayed as a No 1 liar and branded as a traitor of the Malays, Muslims and the nation.
Disrespecting the King
Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual leader Nik Aziz was not spared either.
A caricature depicts Taiping MP and former Perak exco member Nga Kor Ming as an imam leading a prayer session with Nik Aziz and Anwar behind Kor Ming.
The prayer rug used by Muslims called “sejadah” has the DAP logo on it. Nik Aziz and Anwar are caricatured on prayer rugs with their respective party logos.
Rembau PAS chief, Mohd Taufek Abdul Ghani, slammed Umno for showing disrespect to King’s speech at the opening of the new parliament session Monday, where he said narrow racial sentiments must be nipped in the bud before they festered in the community.
Mohd Taufek urged Umno not to resort to cheap and dangerous tactics to divide the races.
The Umno meeting was officiated by Negeri Sembilan Menteri Besar who is also the Rembau Umno chief.
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/09/pakatan-leaders-maligned-in-umno-document/
Pengunjung merungut
GEMAS – Rata-rata pengunjung yang menggunakan laluan antara deretan kedai Pekan Gemas dan Stesen Keretapi Gemas merungut apabila kerap menghidu bau busuk di laluan berkenaan hampir setiap hari.
Pengunjung mendakwa bau busuk itu timbul akibat daripada keadaan sistem saliran longkang yang berhampiran stesen keretapi berkenaan tidak dapat mengalir dengan baik.
Menurut salah seorang orang awam, Mustafa Ramli, 45, masalah sistem saliran sudah lama berlaku iaitu kira-kira setahun yang lalu, hingga menyebabkan air kadang-kala bertakung.
“Keadaan ini banyak menimbulkan rasa kurang selesa terhadap individu yang kerap menggunakan laluan ini. Lebih-lebih lagi bagi pengguna perkhidmatan keretapi di Stesen Keretapi Gemas ini.
“Malah, saya sendiri sudah beberapa kali terhidu bau busuk ini dan isu ini juga sudah menjadi perbincangan antara penduduk setempat memandangkan bau busuk ini begitu ketara, terutamanya pada waktu malam,” katanya ketika ditemui di lokasi dimaksudkan.
Sementara itu, Mustafa berkata, dia amat berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius masalah itu dan mengambil tindakan segera bagi memastikan masalah penduduk ini dapat diatasi sebaik mungkin untuk kebaikan semua pihak.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8846532.asp
Muak dengan janji kosong

Taman Selasih , Kuala Pilah – Kiri-kira 1000 penduduk di taman ini kecewa kerana isu masalah gangguan kemudahan bekalan air yang berlaku sudah lebih setahun, masih belum mendapat kata putus yang sewajarnya daripada pihak berkaitan.
Penduduk tidak mahu janji kosong yang ditabur pihak tertentu, sebaliknya inginkan satu keputusan mutlak dan pembelaan dalam mencari jawapan tentang status pemilikan pam air di taman berkenaan yang masih belum selesai.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selasih, Mazan Maidin, 61, berkata, penduduk taman sudah muak dengan janji kosong pihak berkaitan untuk menyelesaikan masalah pam air di sini.
“Kami sudah menghubungi pihak pemaju tetapi mereka seolah-olah berdalih dan mempermainkan kami.
“Kami juga sudah panjangkan masalah ini kepada pihak pemaju perumahan supaya mereka memberi kuasa kepada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) tentang status hak milik pam air,” katanya kepada Sinar Harian.
Mazan berkata, ini bertujuan memudahkan mereka berurusan dengan pihak Sains sekiranya ada masalah air di sini.
Buat masa ini, katanya, pihak Sains tidak boleh berbuat apa-apa sehingga pihak pemaju menyerahkan pam air itu kepada Sains.
Bagaimanapun, sejak lebih setahun, masalah itu tidak pernah selesai dan yang menjadi mangsa adalah penduduk di sini.
“Sekiranya mengalami gangguan air, kami terpaksa tunggu pihak pemaju mahupun kontraktor yang dipertanggungjawabkan datang ke taman ini untuk membetulkan pam air itu,” katanya.
Menurutnya, mereka juga terpaksa hidup tanpa kemudahan bekalan air hingga beberapa hari sekiranya pihak berkaitan datang lewat untuk membaiki pam berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8846516.asp
3/8/11
SPR digesa siasat segera pengundi hantu

SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa supaya meneliti dengan lebih mendalam pendaftaran alamat pengundi di setiap kawasan berikutan masih wujudnya pengundi hantu pada musim pilihan raya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook berkata, melalui rang daftar pemilih tambahan bagi suku ketiga dan keempat 2010 yang diperoleh daripada SPR, terdapat beberapa alamat pendaftar serta pemilih tidak sah.
Menurutnya, hasil daripada siasatan pihaknya sendiri, terdapat tiga kes pemalsuan alamat yang didaftarkan ke atas individu yang bukan tinggal di alamat direkodkan.
“Kita mengesyaki perkara ini berdasarkan kepada bilangan pengundi yang terlalu ramai pada satu alamat yang sama.
“Malah, setiap nama keluarga yang dicatatkan juga adalah berbeza dan tidak sama dengan penghuni asal,” katanya ketika ditemui di Taman Bukit Desa, di sini, kelmarin.
Kelmarin, Siew Fook yang juga Pengerusi DAP negeri dan Ketua Pembangkang bertindak menyiasat sendiri mengenai masalah itu dengan mencari nama pemilih yang dicatatkan kerana dakwanya, terdapat beberapa penyelewengan alamat disyaki berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak.
Menurutnya, terdapat juga kes satu alamat terdapat lebih daripada 10 pemilih, dengan dicampurkan pelbagai nama dan bangsa.
“Perkara ini serius dan perlu diberi perhatian kerana isu pengundi hantu bukanlah sesuatu yang baru.
“Bagaimana satu alamat boleh dikongsi dengan ramai orang? Ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8839518.asp
Sudah jadi projek ‘gajah putih’

PASIR BESAR – Rata-rata penduduk dekat sini, mendakwa kemudahan Perhentian Bas Pasir Besar tidak berfungsi sewajarnya dan projek berkenaan boleh diibaratkan sebagai projek ‘gajah putih’.
Timbalan Ketua PKR Cabang Tampin, Hashim Othman berkata, kegusaran itu timbul berikutan pengangkutan awam seperti bas dan teksi hanya sekadar menurunkan penumpang di tepi jalan utama sahaja.
Menurutnya, atas dasar itu, dia amat berharap agar pihak bertanggungjawab dapat menilai kembali kewajaran kemudahan berkenaan bagi mengelak ia terus dianggap sebagai pembaziran.
“Oleh itu, kita harap agar ada usaha untuk menghidupkan kembali lokasi ini dan ia dapat berfungsi sebaik mungkin dan bukan hanya terbiar begitu sahaja sehingga mengundang pelbagai rasa tidak puas hati sesetengah masyarakat.
“Bahkan, jika boleh, aktiviti pasar malam pada setiap minggu dapat diubah lokasinya ke perhentian bas ini bagi memastikan kemudahan ini dapat dimanfaatkan pada setiap masa dan bukan hanya pada musim ekspo atau sepanjang Ramadhan sahaja,” katanya ketika ditemui di lokasi dimaksudkan.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8843485.asp
3/7/11
Saman Ekor tak Wajib bayar, artikel Utusan Malaysia

ISU SAMAN EKOR
MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.
Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.
JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.
Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.
Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.
Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.
Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.
Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.
ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
3/4/11
ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah

Mac 4, 11 12:05pm
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.
Beliau didapati bersalah atas tuduhan menerima wang berkenaan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.
Sehubungan itu, Mahkamah Sesyen Seremban pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.
ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.
Hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.
Perkara 48(1)e) dalam perlembagaan persekutuan menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.
Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.
Satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008.
Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008.
http://malaysiakini.com/news/157675
3/1/11
Jalan sudah baru, tapi merekah

Sinar Harian 1 Feb 2011
KURNIA DIRAJA – Penduduk mula resah apabila jalan bernilai kira-kira RM7.5 juta sejauh 6.2 kilometer yang menghubungkan Kampung Kurnia Diraja ke Pasir Besar, kini mulai rosak.
Difahamkan, sebelum ini penduduk berasa selesa melalui jalan berkenaan bermula pada pertengahan tahun lalu, namun ia mulai rosak sedikit demi sedikit di lebih daripada tiga lokasi antaranya membabitkan jalan merekah.
Timbalan Ketua PKR Cabang Tampin, Hashim Othman berkata, senario atau masalah kerosakan jalan berkenaan seharusnya tidak berlaku kerana ia baru sahaja siap dilaksanakan.
“Malah, kita juga khuatir jika jalan berkenaan rosak disebabkan oleh lori-lori pasir yang sering keluar masuk bagi aktiviti mengorek pasir di kampung berkenaan hingga menyebabkan penduduk kurang selesa melalui jalan ini.
“Oleh itu, kita mohon agar pihak bertanggungjawab untuk meneliti permasalahan ini dan menimbangkan kesesuaian aktiviti korek pasir yang dijalankan di sini, memandangkan ia terletak berdekatan dengan rumah pam,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi dimaksudkan, kelmarin.
Sementara itu, Hashim berkata, dia tidak menolak bahawa aktiviti korek pasir itu mampu mendalamkan sungai dan menampung air yang banyak sekiranya hujan lebat.
Bagaimanapun menurutnya, hal sebaliknya berlaku sekiranya cuaca panas ataupun kemarau panjang kerana ia memberi kesan kepada kandungan air yang terdapat di rumah pam berkenaan.
“Oleh itu kita harap agar pihak bertanggungjawab dapat meneliti masalah ini bagi memastikan ia tidak terus-menerus memberikan rasa kurang selesa penduduk setempat,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8816333.asp
Banner Makan Malam Rembau kena CURI, Jom Bantu

Pihak urusetia menyeru kepada semua ahli dan mereka yang prihatin agar mendoakan sesiapa yang mecuri banner tersebut diberi petunjuk dan hidayah ALLAH swt, dan sekiranya banner tersebut dalam keadaan baik , hendaklah digantung semula dengan baik ditempatnya kembali. (Kepada mereka yang terasa makan cili, sila sampaikan peringatan ini kepada mereka yang berkenaan).
Sekali lagi pihak urusetia mengharapkan semua ahli dan penyokong sentiasa mendoakan agar segala program Pakatan Rakyat di kawasan Rembau ini akan berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini adalah kerana setiap apa yang dirancang di Rembau ini sentiasa mendapat rintangan, tentangan, sabotaj dan sebagainya berbanding dengan kedai judi berlesen, kedai judi internet tidak berlesen dan sebagainya.
Semoga Allah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Rembau ini khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Bangkitlah semua dari lena dan tidur kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
MAJLIS MAKAN MALAM REMBAU
Serta Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Rembau
Tarikh : 9 Mac 2011 , RABU
Masa : 8 malam
Tempat: City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban
TETAMU JEMPUTAN :
Tuan Guru Dato Dr Haron Din - Timbalan Mursyidul Am PAS
YB Dr Mujahid Yusof Rawa - Ahli Parlimen Parit Buntar
Zulkefly Mohamad Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek - ADUN Paroi , YDP PAS Rembau
CheguBard - Ketua Cabang PKR Rembau
Yau Con Seng - Kelab Penyokong PAS
Kupon : RM50/org
Anjuran : PAS Kawasan Rembau
Untuk tempahan kupon hubungi :
Sdr Sahrizal 017-4680125 jaibokam@yahoo.com
Ustaz Yusri 013-2116237 syahid87_kias@yahoo.com
Laman blog Makan Malam Rembau di http://danarembau.blogspot.com/
Untuk sumbangan Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PAS Rembau sila hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com
HULURKAN SUMBANGAN KE :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137
PETA KE CITY KINGDOM pada pautan berikut http://danarembau.blogspot.com/2011/02/majlis-makan-malam-rembau_28.html

