BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

4/28/11

Penduduk mahu lampu jalan



Sinar Harian 28 April 2011

TITI - Rata-rata penduduk di sini, meminta pihak berkenaan memasang lampu jalan di persimpangan masuk ke Kampung Seperi dan Titi berikutan sering berlaku kemalangan.

Seorang penduduk Kampung Seperi, Abd Ghani Abdul Talib, 60, berkata, keadaan jalan yang gelap pada waktu malam menyukarkan kenderaan keluar masuk ke kampung berkenaan.

Menurutnya, simpang itu juga berdekatan dengan sebuah sekolah berasrama penuh yang sering digunakan pelajar dan pelawat.

“Baru-baru ini, berlaku satu kemalangan di kawasan jalan ini melibatkan sepasang suami isteri. Suaminya meninggal dunia dan isterinya cedera parah.

“Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat menyediakan kemudahan ini bagi mengelakkan perkara sama berulang lagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Katanya, selain itu, kawasan sekitar pintu masuk ke Kolej Komuniti Jelebu juga tidak dilengkapi lampu jalan dan menyukarkan pelajar untuk keluar masuk ke kawasan kolej.

“Isu lampu jalan ini sudah lama dibangkitkan penduduk dan berharap agar ia dapat diselesaikan segera,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9024118.asp

Majlis Makan Malam DUN Johol 1 Mei 2011



MAJLIS MAKAN MALAM MTD JOHOL
1 Mei 2011 AHAD Jam 8 malam
Di Dataran Ikhwan, Johol, N.Sembilan
Bersama YB Ustaz Nasaruddin Md Isa, Timbalan Presiden PAS
Kupon RM20
Hubungi : Azman 0196400062, Saharuddin 0136769492, Mazlan 0162076037, Jamalullail 0196237822, Hj Aziz 0162073045, Zuraidah 0133545785

4/27/11

PAS Memartabatkan DUN Chembong 8 Mei 2011



CERAMAH PERDANA
8 Mei 2011 AHAD 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Kg Rendah, Lot 923, Lrg Sekolah 1, REMBAU

Bersama :
YB Dato' Ir Amiruddin, EXCO Kedah
YB Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (Rembau)
Chegubard, Pengerusi SAMM

Semua Dijemput Hadir

Blog ADUAN RAKYAT DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/

ADUN Paroi gesa hentikan amalan P-Politik(Video Lucah), isu Altantuya hangatkan Sidang DUN Negeri Sembilan



Seremban 25 April 2011

Ketika membahaskan usul terima kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah menegur pihak yang tidak bertanggungjawab atas penyebaran VCD , gambar dan buku yang mengandungi bahan lucah yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

”Sudah sampai masanya untuk hentikan semua ini , rakyat sudah muak dengan P-Politik . UMNO mengajak rakyat kepada P-Politik iaitu politik porno tetapi kami , Pakatan Rakyat ingin membawa rakyat kepada budaya K-Politik iaitu ”Knowledge Politik” yakni politik yang berdasarkan ilmu dan hujah”.

”Walaupun kami diberi maklumat tentang skandal pihak tertentu di Negeri Sembilan, ada kes ditangkap khalwat, kes dengan isteri orang, kes dengan artis di hotel Port Dickson dan pelbagai kes maksiat yang lain tetapi pimpinan Pakatan Rakyat tidak berminat untuk mensensasikan isu-isu peribadi kerana ia melibatkan maruah pemimpin dan ianya tanpa bukti yang sahih mahupun saksi yang adil”.

Beliau turut menjelaskan pandangan Islam berhubung isu tuduhan zina ini dengan membacakan ayat Al-Quran dari Surah An-Nuur ayat 4 yang bermaksud ”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan/lelaki yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka selama-selamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Persoalan tuduhan zina tanpa 4 orang saksi yang adil ini bukan persoalan kecil kerana apabila isu ini diperbesarkan sebegitu rupa dengan penglibatan media massa secara terancang seolah-olah UMNO mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam soal yang melibatkan hukum-hakam Islam dan amaran tergolong sebagai fasiq seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat Al-Quran tersebut.

Penjelasan yang dikemukakan itu menyebabkan ramai wakil rakyat UMNO bangkit kerana cuba menganggu ucapan beliau tersebut.

Beliau turut menyentuh isu pembunuhan wanita Mongolia di mana dalam isu ini , Pakatan Rakyat tidak menuduh pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam pembunuhan tersebut tetapi PR mahu Perdana Menteri (PM) membersihkan nama beliau apabila banyak media antarabangsa mengaitkan pemimpin tertinggi negara itu dengan pembunuhan tersebut.

Untuk menjaga imej dan maruah negara Malaysia, sewajarnya PM mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut.

Sebagai bukti bahawa PR mengamalkan budaya politik ilmu dan hujah, beliau mengambil contoh dalam isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga , kita khususnya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat dan berhujah apabila PM mempersoalkan kewajaran tawaran PR tersebut.

Cabaran debat yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu tidak pernah disambut oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga ke hari ini.

4/26/11

Adun BN mencarut dalam sidang DUN N.Sembilan



April 26, 2011. Kekecohan itu berlaku gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan "p*****". Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan ke 12 hari ini menjadi kecoh dan berlaku insiden bertikam lidah apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) mencarut.

Kekecohan itu gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan “p*****” ketika sesi perbahasan titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan awal pagi tadi.

Semuanya bermula apabila Teo Kok Seong (DAP-Bahau) berkata kerajaan Pakatan Rakyat menang di beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan namun hanya di Perak ia dirampas oleh “lanun-lanun”.

Komen Teo kemudian mendapat reaksi berbeza daripada Zainal Abidin yang bangun dan mengeluarkan perkataan mencarut dan menghina itu. Gara-gara tindakan Zainal Abidin itu, sidang Dun mula kecoh selama tujuh minit.

Wakil rakyat Pakatan M Ravi (PKR-Port Dickson) membantah perkataan mencarut itu dan mahu ia ditarik balik memandangkan tindakan tersebut memberi penghinaan kepada kaum India.

Ini diikuti Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) yang mahu Speaker Dewan Datuk Razak Mansor mengeluarkan arahan agar Zainal Abidin diperintah keluar dewan.

Menurut Cha, tindakan Zainal Abidin itu bukan kali pertama kerana beliau pernah mengeluarkan kata-kata kesat pada sidang Dun yang lalu.

Namun Razak berkata beliau tidak mendengar perkataan itu dikeluarkan oleh Zainal Abidin manakala Datuk Yunus Rahmat (BN- Klawang) kemudian mendakwa Teo adalah punca kekecohan itu berlaku.

Teo membalas bahawa dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka lanun membawa maksud “merampas”.

Oleh Zefry Dahalan

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/26/adun-bn-mencarut-dalam-sidang-dun-negeri-sembilan/

4/25/11

Bau busuk ganggu penduduk Mantin, N.Sembilan



Bau busuk menganggu kehidupan penduduk Kampung Gebok
Aduan Rakyat Online, April 24th, 2011

Salam Satu Malaysia, saya wakil penduduk Kampung Gebok, Mantin, 71700, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan aduan saya ini untuk mengelakkan penduduk kampung saya mengalami sebarang penyakit kronik.Ini disebabkan bau yg timbul menyebabkan penduduk sakit tekak,demam dan batuk kering.
Selain faktor penyakit dari segi persekitaran alam semula jadi juga terancam. Binatang-binatang ternakan ada yang mati akibat termakan racun toksik yang datang dari pembuangan sampah ini.Pihak yang bertanggungjawab pula tidak mengendahkan segala masalah ini.

Saya berharap aduan saya ini dapat membuka hati pihak tuan agar menyelamatkan Kampung saya untuk mengaman dan mengharmonikan kampung saya semula.

Sekian dari saya. Salam 1 Malaysia

By: MOHD HAFIZI B.ZAKARIA

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/bai-busuk-menganggu-kehidupan-penduduk-kampung-gebok

Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata



Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.
Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata
Puan Sadiah bt Idris memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)


Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

4/24/11

Bridge in danger of collapsing



Zefry Dahalan

April 23, 2011

PANTAI : There is a single bridge connecting Kampung Pajam to Pajam town and the 200 villagers fear their only access will be cut as the bridge is about to collapse.

According to a resident Hoh Kin Leong, there are signs the bridge is sinking after a recent storm.

“This is the only exit road we have fand its is not safe to ctross the bridge anymore. We are living in fear just in case the bridge collapses when someone from this village is using the bridge,” said Kin Leong.

Another resident K Lakshamanan said he had informed the Village Development and Security Committee (JKKK – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) on the condition of the bridge but nothing has been done so far.

“We informed JKKK three weeks ago after we found the bridge start to sink but so far no repairs have been done.

“Worried on the safety of the bridge we have done our own minor repair but we can’tguarantee safety of the bridge.

Meanwhile Seremban MP, John Fernandez said : “The soil structure is not strong and the bridge is leaning to one side .

“There is urgency for the bridge to be repairded immediately or a new bridge be built. Not only are the people uses this bridgeto go to work but the school van also uses the bridge .

“If the government can build a temporary bridge within 24 hours at a location where a by-election is on the cards why can’t they do the same here?” asked John.

Lenggeng State Assemblymen Mustafa Salim urged the residents to be patient as he and the officers from the Seremban District Office visited the bridge three weeks ago.

“Seremban District office has already applied to the State Development Office for a budget of RM100, 000 to repair the bridge,” he said.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/23/bridge-in-danger-of-collapsing/

4/22/11

PAS Jelebu edar risalah isu rakyat, TAHNIAH




Tahniah diucapkan kepada PAS Kawasan Jelebu. Kurang bercakap, tapi banyak bekerja. Walaupun teramat kurang sumber kewangan, dana dan sumber tenaga tetapi begitu komited untuk turun padang menyelami masalah rakyat.

TAHNIAH ! Wa Tabik Sama Lu !

Pas Kuala Klawang edar risalah isu rakyat
Sinar Harian 22 April 2011


KUALA KLAWANG - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas Kuala Klawang mengambil inisiatif mengedarkan risalah berhubung isu rakyat kepada penduduk setempat.

Naib Yang Dipertua Pas Jelebu, Noranif Selamat berkata, risalah itu mengandungi pelbagai isu dan butiran yang diambil daripada ceramah anjuran Pas dan Pakatan Rakyat (PR).

“Tujuan diadakan program edar risalah ini adalah untuk memberikan maklumat terkini kepada penduduk Jelebu, khasnya penduduk Kuala Klawang berhubung beberapa isu yang menyentuh soal masyarakat.

“Risalah ini turut menyentuh mengenai kedudukan undang-undang yang perlu rakyat tahu mengenai hak mereka mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Difahamkan, risalah berkenaan diedarkan kepada penduduk sekitar kawasan ini, termasuk kepada pengunjung pasar minggu di pekan itu.

Noranif berkata, program itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dan pengunjung pasar berkenaan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9005533.asp

Berilah Sokongan kepada PAS di Jelebu dengan melayari Blog berikut :

PAS Parlimen Jelebu di http://pasjelebu.blogspot.com/

PAS DUN Klawang di http://orangklawang.blogspot.com/

Sehari Bersama Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 11 Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 195, Taman Desa Kelana, Pantai, Seremban
Besama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Omar, PJ N9
Chegubard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 5 ptg
Tempat : No 2, Kg Panchor, Seremban
Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Zulkefly Omar
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Sumber http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/04/program-terkini-hi-tea-dan-ceramah-umum.html

4/21/11

PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau



PAS beri sumbangan anak yatim, miskin merupakan tajuk akhbar Sinar Harian pada 20 April 2011. Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Hj Taufek yang juga merupakan ADUN Paroi telah mengadakan lawatan serta menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim di Taman Desa Permai, Kundur, N.Sembilan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke pihak pengurusan Rumah Anak Yatim tersebut iaitu ke akaun CIMB , PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8

Sumber berita dari http://parchembong.blogspot.com/2011/04/peyakin-dapat-sumbangan.html

4/19/11

Minum Petang Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 2011 Seremban



MAJLIS MINUM PETANG
Bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
29 April 2011 (Jumaat), Jam 5.00 ptg
Di No.6, Kg. Panchor, Seremban
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Kuliah Tuan Guru Nik Razi 30 Apr 2011 Seremban



KULIAH MAGHRIB
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
30 April 2011 (Sabtu)
Jam 7.30 mlm
Di Surau Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Semua dijemput hadir

Rayuan sumbangan 1 kerusi roda untuk orang Rembau



Encik Abdullah bin Hj Mohd Nor dari No 89, Rumah Rakyat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat memerlukan sebuah kerusi roda, samada yang manual atau berkuasa bateri untuk kemudahan beliau bergerak. Setakat ini permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dari agensi berkaitan belum lagi membuahkan hasil.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada Encik Abdullah sila salurkan derma ke akaun CIMB: 0501-000394-10-0

Sumber berita dari Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-untuk-membeli-kerusi-roda.html

Hujan karbon pula di Port Dickson



Macam-macam masalah di Port Dickson, kenapa ye?

Hujan karbon belum berakhir
Sinar Harian 19 April 2011

TAMAN PD UTAMA – Masalah hujan karbon yang dihadapi penduduk di Jalan Mawar, dekat sini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sinar Harian difahamkan, masalah ini sudah beberapa kali dirujuk kepada pelbagai pihak berkenaan, namun ia tetap menemui jalan buntu.

Laporan kepada pelbagai pihak media juga sudah dilakukan termasuk lawatan daripada pegawai dan pemimpin tempatan, keadaannya masih tetap sama seperti tiada apa perubahan.

Seorang penduduk, Rabain Ibrahim, 65, yang sudah menetap di taman perumahan tersebut sejak 1990 lagi berkata, sudah menjadi rutin wajib setiap hari dia bersama isterinya membasuh halaman rumah yang dicemari dengan karbon.

Menurutnya, tidak mengira waktu, jika kawasan bersimen di halaman rumahnya kotor dan hitam, dia akan mencucinya.

“Jika hanya dibasuh dengan air, kotoran itu tidak akan hilang. Keadaan di dalam rumah juga begitu, akibatnya tapak kaki menjadi hitam, pakaian putih turut dicemari dan banyak lagi masalah yang berlaku” katanya.

Manakala, suri rumah, Norain Abdullah, 33, turut meluahkan perkara yang sama.

“Karbon akan banyak ketika waktu hujan dan dipercayai ia berpunca dari sebuah syarikat gergasi di sini yang sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu.

“Laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dilakukan dan begitu juga pihak syarikat berkenaan, namun sehingga kini hanya lawatan demi lawatan sahaja yang berlaku tetapi masih tiada jalan penyelesaian,” katanya.

Menurutnya, semua kawasan di rumah akan dibanjiri dengan habuk karbon ini dan menjadikan rumah hitam dan berminyak.

“Kami khuatir jika habuk karbon ini masuk dalam makanan dan mengganggu kesihatan kami dalam jangka masa yang panjang.

“Lebih-lebih lagi, anak perempuan saya yang berusia tujuh tahun menghidap asma,” katanya.

Sementara, K Lathna, 39, pula berkata, tapak kakinya akan hitam dan berminyak.

“Ia akan hilang jika dibasuh dan diberus dengan sabun.

“Begitu juga dengan permukaan lantai, meja dan sebagainya.” katanya.

Menurutnya, permasalahan yang wujud sejak dahulu lagi ini memang rumit untuk diselesaikan kerana pelepasan karbon itu adalah salah satu dari sistem dalam gerak kerja syarikat berkenaan.

“Kami harap pihak berkenaan dapat mengamalkan sikap bertanggungjawab.

“Sekurang-kurangnya dengan turun bertemu penduduk yang mengalami masalah secara berjadual dan memberikan pendedahan atau pendidikan kesihatan kepada penduduk yang terdedah dengan pencemaran karbon itu,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8995222.asp

Penduduk dihujani carbon
Sinar Harian 15 Nov 2010

TAMAN PD UTAMA – Sepanjang tempoh lima tahun menghuni rumah sewa di Jalan Mawar 18 Taman PD Utama, Abd Wahab Abd Hamid, 54, sekeluarga berhadapan masalah yang sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian serta bertambah buruk.

Abd Hamid berkata, masalah dihadapi adalah terpaksa menghadapi hujan carbon pada bila-bila masa terutama hari hujan.

Menurutnya, ditambah pada musim hujan sekarang ini, hujan carbon semakin kerap dan banyak.

“Daripada apa yang diperhatikan hujan carbon ini berpunca daripada sebuah syarikat gergasi di sini yang sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu.

“Laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) telah dilakukan begitu juga pihak syarikat berkenaan, namun sehingga kini saya sebagai pengadu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kedua-dua pihak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini.

Abd Wahab berkata, sebagai pengadu, dia berhak untuk tahu apa tindakan diambil pihak berkenaan, namun tiada maklum balas daripada Jas dan syarikat itu sehingga kini.

“Sementara itu, semua kawasan di rumah termasuk di dalam akan dibanjiri dengan habuk carbon ini dan menjadi kawasan rumah kotor hitam serta berminyak.

“Tapak kaki menjadi hitam berminyak dan hanya boleh hilang apabila dibasuh dengan sabun dan diberus. Begitu juga permukaan lantai, meja dan sebagainya perlu disental dengan berus dan menggunakan sabun.

“Menjadi keraguan kepada kami habuk itu akan masuk ke dalam makanan dan kami memakannya. Khuatir mampu mengganggu kesihatan dalam jangka masa panjang dan sekarang isteri saya sudah disahkan menghidap asma sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini.

Abd Wahab berkata, dia tahu dalam menangani permasalahan itu rumit kerana pelepasan carbon adalah satu daripada sistem dalam gerak kerja syarikat terbabit.

“Diharap pihak berkenaan mengamalkan sikap bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya turun bertemu penduduk yang mengalami masalah dan memberikan pendedahan atau pendidikan kesihatan kepada penduduk yang terdedah dengan pencemaran carbon itu.

“Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, pemakanan yang bagaimana dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di dalam keadaan baik dan tidak terjejas dengan carbon terbabit,” katanya.

Abd Wahab berkata, selepas aduan dibuat wakil syarikat terbabit hanya datang mengambil contoh dan kemudian balik seterusnya senyap begitu sahaja.

“Kami penduduk di sini tidak tahu mengenai langkah pencegahan, apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Ia belum ditambah dengan kos untuk membeli sabun untuk membersihkan kawasan rumah yang sentiasa dihujani carbon.

“Jika saya biarkan sahaja, seluruh permukaan lantai, meja dan sebagainya akan hitam, kotor dan berminyak. Walaupun hari hujan, kesan carbon itu tidak akan hilang kecuali jika dicuci dengan sabun dan diberus,” katanya.

Abd Wahab berkata, kebiasaannya carbon hanya akan dilepaskan oleh syarikat berkenaan pada waktu malam, awal pagi dan ketika hujan.

“Kain atau baju putih yang dijemur akan bertukar menjadi tompok hitam akibat carbon yang melekat.

“Hujan carbon ini bertambah teruk apabila berlaku tiupan angin dan keadaan ini memaksa dalam sehari dua atau tiga kali kawasan lantai perlu dicuci dan diberus.

“Dalam masa lima tahun saya menetap di sini, hanya sekali sahaja pihak syarikat itu menyumbangkan sabun dan berus,” katanya.

Abd Wahab berkata, dia berharap sesuatu yang drastik dapat dilakukan semua pihak bertanggungjawab bagi memastikan penduduk tidak terus hidup dalam serba tidak tahu dan hanya menadah hujan carbon sahaja

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8406202.asp

PRN Sarawak, Najib harus panik, tapi PAS?

Dari Blog bekas calon PAS Parlimen Rembau, YB Dr Dzulkefly Ahmad Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011. Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular. Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak. Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad. Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat - dengan banner, billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik. Bagaimana pula "sentuhan PAS"? Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada Dzulkefly Ahmad - mengapa PAS gagal "memanfaatkan" sentimen "Undur Taib" untuk memenangkan kerusi bagi partinya? Beliau terpaksa menjawab dengan cukup berwaspada. Malah sebelum ini apabila beliau menyatakan kekaguman diri terhadap komitmen pimpinan DAP, beliau juga berdepan dengan soalan sebaliknya, iaitu "sejauh mana pula komitmen pimpinan PAS"? PAS gagal tampil sebagai sebahagian daripada PR Dzulkefly terpaksa berdepan dengan kekalahan partinya. "PAS dalam penampilan ketiga dalam PRN Sarawak mencari-cari sentuhannya. Pada saya, ...gagal digarap dengan baik, sedikit sebanyak oleh PAS, atau dengan kata lain gagal menampilkan partinya sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan agenda perubahan Pakatan Rakyat." Ia berdasarkan pengalaman dirinya. Seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional). Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP mahupun PKR." MerdekaReview dimaklumkan bahawa pemimpin DAP tidak diundang untuk berceramah di kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dzulkefly Ahmad kelihatan sukar untuk mempertahankan keadaan sebegitu, cuba membela partinya dengan berkata "tempoh kempen yang terlalu singkat". Strategi berperang sering disesuaikan dengan keadaan yang sebenar. Maka persoalannya, dengan tempoh kempen selama 10 hari, apakah mesej yang dibawa oleh PAS di Sarawak untuk mengolah sokongan rakyat? Apakah pendekatan "berdakwah" sebagaimana yang dilakukan di Semenajung itu strategi yang tepat untuk menghadapi pertarungan 10 hari? Dzulkefly terpaksa mengakui, "Mesejnya kurang jelas untuk menonjolkan PAS bersepakat dengan PKR dan DAP." Jelas, beliau enggan secara terbuka mengkritik partinya dalam media, hanya memberi jawapan "mungkin lebih baik jika kami tumpu dengan agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat, isu tumbangkan Taib Mahmud...yang lebih mudah untuk diterima masyarakat tempatan dalam masa yang singkat." http://blog.drdzul.com/2011/04/19/prn-sarawak-najib-harus-panik-tapi-pas/

4/18/11

Ceramah Bye Bye Umno 20 Apr 2011 Jelebu


CERAMAH PERDANA


Tarikh : 20 April 2011 (RABU)


Waktu : 9 malam


Tempat : Rumah En Samsudin Bin Mohamad, Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang


Penceramah:- YB Hj Taufek bin Abdul Ghani (ADUN PAS Paroi/AJK PAS Pusat) Siti Aishah bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat) Hj Ibrahim Yusof (Ketua Penerangan PKR NS) Hj Kateran bin Marman (YDP PAS Jelebu) Hj Annuar bin Hashim (Mantan Pembantu Peribadi EXCO Pertanian NS)


"SEMUA JEMPUT HADIR"




Program Ceramah diadakan adalah sempena meraikan sahabat-sahabat dari Kg Ulu Jelebu yang bertindak keluar dan meninggalkan parti United Malays National Organisation (UMNO) kerana tidak puas hati dengan pucuk kepimpinan parti di Jelebu dan Negeri Sembilan ini. Antara yang telah bertindak meninggalkan United Malays National Organisatian ini adalah Tuan Haji Annuar Bin Hashim berumur 60 tahun. Tuan Haji Anuar adalah mantan Pegawai Pembantu Khas Peribadi kepada Dato' Yunus Rahmat (ADUN N.04 Klawang) yang juga merupakan EXCO Pertanian Negeri Sembilan. Yang lain adalah Saudara Mohd Khidir Bin Hj Abdul Kadir (Along Buah) yang juga pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Pemuda United Malays National Organisation Jelebu. Jawatan terakhir Along sebelum meninggalkan United Malays National Organisation adalah Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN DUN Klawang.

4/14/11

Bersama Juara Nasyid 16 Apr 2011 di Senawang


SEMPENA KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK


Bersama : Saudara Ashan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9, YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi, Ustaz Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9,


Pada : SABTU 16 April 2011, Jam 8 mlm - 12 mlm


Lokasi : 1. Pasti Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang, 2. Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa, 3. Pasti Amal, Taman Marida, 4. Pusat Khidmat Dun Paroi, Taman Tasik Jaya,


Antara yang menarik : Siaran Langsung Keputusan Pilihanraya Sarawak, Analisa, Tazkirah, Hiburan Alternatif, Motivasi, Jamuan


Semua dijemput Hadir

4/13/11

Info Terkini Krisis Mesir 17 Apr 2011 di Masjid Paroi


CERAMAH PERDANA


Tajuk : "REGIM MUBARAK TUMBANG, ISRAEL TERGUGAT"


Tarikh : Ahad - 17 April 2011


Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)


Tempat : Masjid At-Taqwa Kg Paroi, Seremban


Penceramah : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Semua Dijemput Hadir


Turut diadakan : - Jualan Amal - Kutipan Derma - Tayangan Multimedia - Pameran


Anjuran bersama : AQSA Syarif N.Sembilan dan Masjid At Taqwa - MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AQSA


4/12/11

Anwar Ibrahim 24 Apr, Bob Lokman 22 Apr di N.Sembilan



MAJLIS HI TEA
Bersama che'GuBard & Cikgu Mala
KHAMIS 21 April 2011, 5 ptg, Markas PAS Tampin Bandar

CERAMAH UMUM
KHAMIS 21 April 2011, 9.00 mlm, Gemencheh

PELANCARAN TABUNG DANA 'REMBAU BARU'
Bersama YB Nurul Izzah, Datuk Chua Jui Meng, Bob Lokman, Cikgu Mala, Man Kadir (pak Jabit)
JUMAAT 22 April 2011 (dua tempat serentak)
1. Bandar Seri Sendayan
2. Kg. Pedas, Rembau (berhampiran Tol Pedas)

CERAMAH PERDANA
Anwar Ibrahim, Ust. Azizan, cheGuBard dll
AHAD 24 April 2011, 9.00 malam
Ampangan, Seremban (pertanyaan 0123696474)

CERAMAH UMUM
che'GuBard, Dato Tuan Man Tuan Ibrahim
JUMAAT 29 April 2011, 9.00 mlm
Jalan Pantai, Seremban

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Masih Ada Yang Sayang, Tahniah PAS Jelebu


Tahniah diucapkan kepada PAS Kawasan Jelebu di Negeri Sembilan. Walaupun berada jauh di pedalaman dengan sumber tenaga dan kewangan yang amat terhad, PAS Jelebu meneruskan perjuangan mereka menegakkan kebenaran serta membela nasib rakyat. Semoga PAS Jelebu akan ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri serta Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti dengan sokongan padu AJK, ahli dan rakyat dari Jelebu serta anak Jelebu di perantauan.


Ahad , 10 April 2011 - PAS MTD Klawang telah mengadakan program "Masih Ada Yang Sayang". Tujuan program ini adalah untuk menyantuni masyarakat di DUN Klawang yang OKU dan yang miskin. Program telah disertai oleh Saudara Nor Anif (Naib YDP PAS Jelebu),Cikgu Jaaman (Timbalan Pengarah MTD), Saudara Yusry Mohamad (Setiausaha Dewan Pemuda PAS NS) dan juga Puan Osnidah Othman (Ketua Dewan Muslimat PAS Jelebu).


Naib YDP Jelebu/Pengarah MTD Klawang Saudara Anif menyampaikan sumbangan pada Pn Siti Aisyah Bte Idris yang buta disebabkan oleh penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang


Saudara Anif yang juga merupakan Pengarah MTD Klawang menyatakan kepada mana2 individu atau syarikat korporat yang ingin menyalurkan atau memberikan sumbangan kepada OKU atau rakyat miskin boleh juga menyalurkan melalui MTD Klawang dengan menghubungi beliau atau Setiausaha MTD Sdr Saiful Bahari Hj Jaaman di 019 - 617 4178 Berita penuh serta gambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/04/masih-ada-yang-sayang.html

4/11/11

Sekolah terima notis , PRU-13 Jun 2011?

Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13? Oleh Yow Hong Chieh - The Malaysia Insider April 11, 2011KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak. Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya. Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji. Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan. “Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak. Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan. Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu. Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya. Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-terima-notis-awalkan-peperiksaan-petanda-pru-13/

Pusat Aduan Rakyat Online DUN Chembong, Tahniah orang Rembau


Tahniah diucapkan kepada PAS di DUN Chembong yang telah mengadakan Pusat Aduan Rakyat secara fizikal dan maya di http://parchembong.blogspot.com/ . Semoga warga di DUN Chembong dalam parlimen Rembau akan mendapat lebih perhatian oleh semua pihak yang berkaitan.


Kalau nak cantik lagi Pilihanraya Umum yang akan datang , warga Chembong perlu memilih wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ( PAS / PKR ). Barulah Umno di peringkat pusat akan lebih memberi perhatian kepada warga Chembong dengan adanya wakil rakyat di DUN Chembong seperti apa yang berlaku di DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat.


Mari kita bersama berusaha dan bergerak ke arah kemenangan Pakatan Rakyat untuk rakyat di DUN Chembong.

4/9/11

Tapak Rumah Terbengkalai Jadi Tempat Buang Sampah, Sisa Toksik

Utusan Malaysia 9 April 2011

SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.

Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.

Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.

"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.

"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.

"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.

"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

4/8/11

Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat 10 Apr 2011

JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT Salam hormat, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada : Tarikh : 10 April 2011 (Ahad) Masa : Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang Destinasi: KL Sentral - Seremban - KL Sentral Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara. Selain menunjukkan rasa protes & ketidak puas hatian terhadap situasi politik negara pada masa kini, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan prekembangan politik yang lebih sihat & konstruktif akan berlaku di dalam negara ini. Siri jelajah ini akan bermula dari stesen KL Sentral pada jam 8.00 pagi di mana seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat & kain rentang. Seterusnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang & mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban. Kemudian, mahasiswa akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa & seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir. Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat KL Sentral - Seremban yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dariUM,UKM,UPM,UPSI,KUIS,USIM,UIA,UTMKL,UNISEL & UITM ini merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan ia juga merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat. Terima kasih, Ahmad Shukri Kamarudin Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 013- 3676 124 Sumber http://wakkangwhilemyguitargentlyweeps.blogspot.com/2011/04/jelajah-mahasiswa-selamatkan-rakyat.html

4/7/11

Peniaga Melayu Tampin tertindas, gerai nak diroboh


Masalah Majlis Daerah Tampin


April 6th, 2011




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Saya seperti nama diatas ingin membuat aduan kepada aduan rakyat mengenai gerai kami ingin dirobohkan yang saya telah menjalankan perniagaan disitu selama 38 tahun.


Saya mohon aduan rakyat dapat menyelesaikan masalah kami dalam tempoh terdekat kerana kami telah menerima notis tempoh selama 14 hari untuk mengosongkan gerai kami dan kami dihantar ke gerai yang telah disediakan dikawasan yang tidak stretegik dan jauh daripada pengunjung sedangkan saya telah berniaga disini sekian lama. Apa motif Majlis Daerah Tampin untuk memindahkan kami?


Adakah agenda tersembunyi? Itu yang saya mohon kepada aduan rakyat supaya membantu menyelesaikan masalah kami di daerah tampin ini.


Bantuan aduan rakyat amat-amatlah kami hargai. Diharap aduan kami ini pihak tuan dapat menyelesaikan dalam masa terdekat ini. Saya merayu pada tuan. Salam 1 Malaysia dari kami yang malang.


By: Mariam bt. Sadi

Para Pengundi Kuala Pilah diancam tebing sungai runtuh


Beberapa keluarga di Kampung Sawah Liat, Kuala Pilah begitu bimbang akan keselamatan mereka apabila tebing sungai berhampiran semakin terhakis teruk hari demi hari dan dalam masa terdekat kemungkinan ada yang akan menjadi mangsa jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan yang dibuat oleh penduduk kampung (pengundi) sejak dua tahun yang lalu.


Sebahagian dari tebing sungai yang terhakis itu melibatkan jalan yang sudah sedia sempit yang menghubungkan beberapa rumah di kampung tersebut. Jalan tersebut kini menjadi perangkap maut kepada pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal pada waktu malam. “Jika anda berkunjung ke rumah kami pada waktu malam, kemungkinan kereta awak akan masuk ke dalam sungai” kata makcik Siti Osman 76, salah seorang penduduk (pengundi). Rumah makcik Siti dan empat buah rumah yang lain hanya 50 meter sahaja dari tebing sungai yang runtuh tersebut.


“Kami amat bimbang sekali, terutama apabila hujan”, katanya. “Saya dapat rasakan tak lama lagi hakisan tersebut akan bertambah buruk dan rumah kami akan runtuh bersama”. Makcik Siti menegaskan aduan telah pun dibuat ke pihak berkuasa sebelum ini. Aduan yang pertama sejak dua tahun lepas. Menurutnya ada beberapa pekerja yang datang membaiki hakisan tebing yang kecil tapi mereka tidak membaiki tebing yang sudah terhakis teruk. Makcik Siti seterusnya membawa wartawan FMT ke empat lokasi hakisan tebing sungai yang teruk.


On the edge of disaster


Zefry Dahalan , April 6, 2011


Families in Kampung Sawah Liat worry about their safety as a river bank keeps eroding away.


KUALA PILAH: A river bank in Kampung Sawah Liat is fast eroding and may soon claim a victim unless the authorities act on complaints the residents have been making for two years. Part of the bank is now at the very edge of the narrow road separating the river from houses in the village. The road has become a hazard for motorists and motorcyclists, especially at night, because there are no street lights.


“If you are driving to our house at night, you and your car may end up in the river,” said one of the residents, Siti Osman, 76. Siti’s house and four others are just about 50 metres away from the river bank. “We worry constantly, but especially when it rains,” she said. “I don’t think it will be long before the erosion gets bad enough to cause our houses to collapse.” She said the local public works department had been notified of the problem. The first complaint was made about two years ago.


According to her, some workers recently mended a minor erosion at a bridge connecting the kampung to a main road. “But they ignored the bigger erosion along the river,” she said. Siti took a FMT reporter to four spots along the river bank where the erosion was especially severe.


FMT attempted to speak to a duck breeder whose farm starts just a few metres from several eroded spots of the river bank. He said he did not want to be interviewed for fear of action from the authorities. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/06/on-the-edge-of-disaster/

Masalah air belarutan di Kuala Pilah, pengundi tersiksa


SAINS disaran bermuhasabah


Utusan Malaysia 7 April 2011


Oleh PRINSIP KAIZEN , Terachi, Negeri Sembilan


SAYA terpanggil menulis setelah banyak aduan kepada pihak pengurus bekalan air SAINS di Negeri Sembilan tidak mengambil tindakan terhadap masalah yang dihadapi, malah memberikan maklum balas yang mendukacitakan. Setelah begitu lama Malaysia merdeka, sejak diurus pihak kerajaan hinggalah diambil alih oleh pihak swasta, keadaannya masih lagi tidak menunjukkan peningkatan.


Setelah 20 tahun, saya kembali semula ke kampung mengikut suami yang berpindah kerja ke sini. Saya tinggal di rumah ibu bapa buat sementara waktu kerana tempat kerja suami berhampiran dengan kampung saya iaitu Terachi, Negeri Sembilan. Setelah mengecap pelbagai kemajuan, teknologi dan kemudahan di bandar, saya terkejut dengan pengurusan air di kampung saya masih juga sama.


KEMUDAHAN JALUR LEBAR, PENGANGKUTAN YANG SEMAKIN BANYAK, KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG BERTAMBAH BAIK, NAMUN BEKALAN AIRNYA TETAP JUGA DENGAN CERITA LAMA.


Saya masih ingat, ketika zaman saya bersekolah, bekalan air sering kali terputus setiap kali selepas hujan. Jika lebih kerap hujan, lebih kerap jugalah air akan terhenti. Jika diikutkan logik akal, apabila hujan, semakin banyaklah air, tetapi berlaku sebaliknya. Kawasan ini amat hampir dengan loji air terletak 5 kilometer dari rumah saya yang berdekatan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul. Sementara bekalan air disambungkan, tekanan angin memakan masa lima belas minit hingga setengah jam, dan setelah airnya ada, warna airnya tak ubah seperti air yang bercampur susu.


Pernah sekali, rumah saya keputusan bekalan air selama lebih 24 jam seperti yang biasa dihadapi, maka suami menelefon pihak SAINS menanyakan hal ini. Alasannya ialah penapis air bocor. Selebihnya dia menjawab tidak tahu dan akan menghantar lori air jika masalah ini berlarutan. Tak sampai sebulan, pada 4 April, perkara yang sama berlaku lagi, kali ini lebih dari dua hari. Bila membuat aduan, katanya akan sampai pukul 6 petang, tak juga sampai, dihubungi lagi berubah pula ke pukul 8. Namun hingga pukul 6 pagi keesokannya masih juga tidak ada. Pihak SAINS juga tidak memberitahu bila lori air akan menghantar air meskipun telah tiga kali membuat aduan.


SAINS HARUS BERMUHASABAH KERANA TARIF YANG DIBAYAR PENDUDUK TIDAK PERNAH TURUN, TAPI MUTUNYA TIDAK PULA MENINGKAT. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm


1001 satu macam kisah, keluhan, rintihan pengguna air di Negeri Sembilan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

4/6/11

Solat Hajat Perdana 7 dan 14 Apr 2011 REMBAU

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA. Hari : Khamis, Masa : Solat Isya berjemaah, Tarikh : 7 dan 14 Apr 2011, Tempat : PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang (Parlimen Rembau) Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir SELAMATKAN UMAT INI

Syeikh Nuruddin Al Banjari 9 Apr Masjid Senawang


KULIAH PERDANA oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki


Tarikh : 9 April 2011 Sabtu, Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Masa : Selepas Solat Maghrib. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


SELAMATKAN UMAT INI


4/5/11

Amaran Serangan Asid di Negeri Sembilan


Polis, Jabatan Pelajaran harus bertindak segera. Kini penduduk Negeri Sembilan menjadi sasaran serangan asid. 14 orang telah menjadi mangsa serangan asid di Kuala Lumpur, 2 orang di Mantin , Negeri Sembilan.


Orang ramai, terutama para pelajar yang berada di jalanan, di perhentian harus berwaspada. Sediakan air kosong secukupnya jika ada serangan asid.


Atau apakah polis dan agensi kerajaan di Malaysia dan Negeri Sembilan ini hanya sibuk dengan Video Lucah hingga mengabaikan keselamatan rakyat terutama pelajar sekolah ?


Berita serangan asid di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di http://amkns.blogspot.com/2011/04/rakyat-nsembilan-pula-diserang-asib.html

4/4/11

Bob Lokman pindah Pej ADUN Paroi 5 Apr 2011

Makluman. Program Bob Lokman (ex Raja Lawak) bertemu peminat pada Selasa 5 April 2011 jam 9 malam terpaksa dipindahkan ke Pejabat ADUN Paroi di Taman Tasik Jaya, Senawang. Program yang pada asalnya dijadualkan di Dataran Senawang telah TIDAK MENDAPAT KELULUSAN POLIS.

Marilah kita mendengar keluhan Bob Lokman, SELASA 5 April 2011 jam 9 malam di Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Datanglah beramai-ramai.

Oh Malaysia, Negara Ku yang paling Demokrasi dan Kebebasan Bersuara di seluruh dunia dan alam semesta

Pusat Polis N.Sembilan pula diserang Adenovirus?

Virus Adeno menular ke PD? Utusan Malaysia 4 Apr 2011 SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula. ( Sila baca artikel sebelum ini : Polis, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html ) Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu. Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya. "Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm