BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

5/30/11

Jalan maut di kawasan Gemas

Jalan maut di kawasan Gemas
Aduan Rakyat Online
May 30th, 2011

ShareSaya rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan pekara ini kepada umum,jalan di antara Sungai Kelamah ke Pekan Gemas dan jalan dari pasir besar ke Gemas ada lah amat merbahaya kepada penguna jalan raya di sebabkan banyak kayu yang jatuh di atas jalan.

Ini adalah disebabkan banyak lori yang membawa kayu ke kawasan kilang dengan muatan yang berlebihan dan menyebabkan kayu yang tidak di ikat dengan betul jatuh ke atas jalan ini akan menyebakan penunggang motor boleh tersungkur di atas jalan dan cermin kereta pecah di timpa kayu mungkin berlaku.


Kepada mereka yang ada kuasa tolong lah ambil tindakan sebelum keluarga kamu menjadi mangsa atas perbuatan yang tak patut berlaku.

By: yusli yusof

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/jalan-maut-di-kawasan-gemas

Anjing liar berkampung undang bahaya

Anjing liar berkampung undang bahaya
Aduan Rakyat Online
May 30th, 2011

Salam sejahtera,

Di Jalan Sikamat-Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan di sini, umpama “kampung” bagi anjing liar dan terbiar. Saya terpanggil untuk mengajukan aduan ini kerana pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ini sekian lama bersikap sambil lewa.

Masalah ini sekiranya dibiarkan sepi tanpa sebarang tindakan akan mengundang padah kepada pengguna jalan di sini. Hampir setiap hari ada saja anjing yang mati digilis dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ, malah tidak terkecuali juga kenderaan yang hampir terbabas & nyaris kemalangan akibat mengelak haiwan yang tidak diundang ini. Berapa lama lagi pihak berwajib perlu menunggu untuk mendapat berita kes kemalangan maut di situ?, kemudian barulah diambil tindakan.

Lebih membahayakan lagi, kawasan terbabit terlalu hampir dengan kawasan-kawasan perumahan sekitar Sikamat. Anjing-anjing yang terdiri daripada pelbagai jenis ini, seringkali ber”santai” ditepi-tepi jalan, kadangkala di tengah jalanraya!, bersama-sama anak-anak anjing yang masih kecil. Bukankah keadaan ini akan lebih memburukkan lagi masalah pengguna jalan raya di sini akibat komuniti anjing yang kian bertambah.

Pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah dari sekitar Pekan Pantai juga kerap menggunakan jalan di sini kerana ia merupakan jalan alternatif ke sekolah-sekolah yang terletak di Bandar Seremban. Saya selalu memikirkan tentang keselamatan anak-anak ini berulang -alik ke sekolah dengan melalui jalan yang penuh dengan anjing yang seperti menunggu mangsa untuk dibaham.

Saya berharap, pihak yang terbabit dengan masalah penduduk ini segera menghulurkan tanggungjawab anda supaya kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah. Lebih baik hulurkan tanggungjawab, daripada hulurkan bantuan setelah jadi mangsa kelak.

By: Hafizah

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/anjing-liar-berkampung-undang-bahaya

5/26/11

Stesen Komuter Senawang, Projek Gajah Putih?



Adakah stesen komuter Senawang yang baru siap dibina dan baru beroperasi bakal menjadi satu lagi projek gajah putih di Negeri Sembilan. ADUN (DAP) Senawang , YB P Gunasegaran mendakwa bahawa stesen tersebut tersorok, sukar untuk diakses, kaunter tiket yang kosong. Apa sudah jadi?

Ada ini satu lagi koleksi projek gajah putih di Negeri Sembilan seperti dilaporkan di http://gajahputihn9.blogspot.com/

Hidden commutter station
May 26, 2011

A DAP leader says Senawang residents are in the dark about the existence of a new commuter station in their area.

SENAWANG: “Hidden station” would be the best description for the latest commuter station built in Negri Sembilan, according to Senawang state assemblyman P Gunasekaran.

The DAP leader visited the commuter station here today after receiving numerous complaints from residents that they had to go through a congested junction before making a U-turn to enter the station.

“KTMB (Keretapi Tanah Melayu Bhd) and local authorities should create a junction at the entrance of the commuter train station along the Senawang main road.

“But now those wishing to use the commuter train service coming from the Senawang township have to drive an additional 1.5km before they can enter the station,” he said.

Gunasekaran said the entrance from the Seremban-Tampin road bypassing Taman Bukit Emas was not user-friendly at all.

During the visit, the state assemblyman also noted that the ticket counter was deserted, and not a single commuter was in sight.

While praising KTMB and the state government for their efforts to improve public transportation, Gunasekaran however regretted that the station was not being fully utilised.

“Based on my survey, many people are not aware of the commuter train station. I suggest that KTMB install a much bigger signboard at the entrance of the station near the Senawang road.

“This is because the station is located some 500m from the main road and is not clearly visible from the main road because it is being blocked by buildings,” he said.

“KTMB should promote the station by puting up buntings along streetlights,” he added.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/26/hidden-commutter-station

Rumah pemimpin PKR dibaling cat merah



Rumah pemimpin PKR dibaling cat merah
Sinar Harian 25 Mei 2011

SEREMBAN - Kediaman Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, R Tangam, 49, di Bandar Seri Sendayan dekat sini, dibaling cat merah, awal pagi semalam.

Beliau berkata, kesan balingan cat merah itu dilihat sebaik sahaja keluar dari rumah, kira-kira 7.15 pagi.

“Saya mendapati dua tompokan cat merah pada kaki lima di luar pagar kawasan rumah dengan anggaran jarak dua meter antara satu sama lain.

“Selain itu, terdapat karung plastik kecil yang digunakan untuk mengisi cat merah itu pada kedua-dua tompokan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Menurut Tangam, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan semasa ahli-ahli keluarganya sedang nyenyak tidur.

Kata beliau, mereka tidak mendengar sebarang bunyi kenderaan yang dipercayai digunakan oleh individu-individu membaling cat itu.

“Mungkin kejadian ini ada kaitan dengan Ceramah Perdana Isu Semasa dan Felda yang dijadualkan di kawasan tanah lapang sebelah rumah saya malam ini (tadi).

“Saya mengesyaki cat dibaling mereka yang tidak senang hati dengan penganjuran ceramah itu,” katanya.

Tanggam berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak keluarganya mendiami rumah itu setahun lalu.

“Memang saya pernah menerima banyak panggilan telefon berbaur ugutan oleh individu tidak dikenali sebelum kejadian.

“Saya tidak mengendahkannya kerana menganggap ia tidak serius. Namun, kejadian baling cat ini menyebabkan saya bimbang tentang keselamatan kami sekeluarga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan tentang kejadian berkenaan di Balai Polis Seremban 2, di sini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9122371.asp

Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital



Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital
Utusan Malaysia 26 Mei 2011

KRISHNAMARY sedih melihat keadaan Tamilarasi yang terlantar sakit sejak Februari lalu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, semalam.

SEREMBAN 25 Mei - Mungkin ramai sudah melupakan seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), A. Tamilarasi, 18, yang dilaporkan koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini Februari lalu.

Pelatih yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Desa Cempaka, Nilai dekat sini itu dimasukkan ke HTJ selepas dikatakan demam panas sewaktu menjalani latihan PLKN di Kem PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson.

Namun selepas hampir empat bulan, Tamilarasi masih terlantar di atas katil hospital HTJ itu dalam wad pengasingan dengan ahli keluarga menemaninya 24 jam sehari secara bergilir-gilir.

Keadaan semakin menyedihkan apabila pelajar yang aktif dan bercita-cita menjadi jururawat itu kini dipasang tiub ke perut melalui rongga hidung untuk menyalurkan susu, manakala lehernya pula terpaksa ditebuk untuk memudahkan pernafasan.

Ibunya, A. Krishnamary, 40, berkata, Tamilarasi tidak mampu bercakap, malah tidak mengenali mereka di sekelilingnya selain mendongakkan kepala dan merenung tajam ke siling hospital itu.

Katanya, Tamilarasi memasuki kem di Port Dickson pada 2 Januari lalu dan beberapa hari kemudian menghidap demam panas, bagaimanapun pihak pengurusan kem tidak merujuknya ke hospital, sebaliknya memberi Panadol selepas mendapati keadaannya tidak begitu serius.

Kata Krishnamary, suaminya, K. Anandan, 41, telah pergi ke kem berkenaan pada 2 Februari bagi membawa pulang anaknya itu kerana cuti Tahun Baru Cina, tetapi terkejut melihat keadaan Tamilarasi.

''Kami kemudian membawanya ke klinik untuk rawatan lanjut dan pada 8 Februari, dia dimasukkan ke HTJ dan berada dalam keadaan koma.

''Doktor hanya memberitahu anak saya dijangkiti virus pada organ utama termasuk otak, leher dan jantung. Apa jenis virus itu, masih tidak dapat dipastikan," ujarnya.

Kini, memandangkan keadaan Tamilarasi yang semakin kritikal, Krishnamary hanya balik ke rumahnya di Nilai sekali dalam seminggu.

''Kami tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Hati saya tersentuh setiap kali melihat Tamilarasi menghembuskan nafas," katanya sambil menjelaskan pihak pengurusan kem ada datang melawat anaknya itu.

Tamilarasi merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal bagi pasangan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai



Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai
May 25, 2011

Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada yang termasuk dalam kawasan sungai atau atas jalan raya.

PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah tidak sepadan dengan harga RM240,000.

“Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau di atas jalan raya.

“Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan Negeri Sembilan itu,” kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz.

Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300 hingga 400 orang.

Di majlis tersebut, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman meminta peneroka dan bekas peneroka menyenaraikan masalah yang sedang dihadapi mereka.

Felda Sendayan dengan kawasan 2, 000 ekar mula dibangunkan pada 1963 membabitkan 40 peneroka.

Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk memajukan Kampung Sendayan.

Krisis ekonomi

Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira RM1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada 13 November 1996 tetapi krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan PKKNS gagal membuat bayaran.

Bagaimanapun pada 2006, 95 peratus daripada 513 peneroka itu menerima bayaran mereka.

Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang.

Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar) dianggarkan bernilai RM348,480 dan juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki persegi dianggarkan bernilai RM240,000.

Felda Sendayan dibangunkan menjadi bandar baru bernama Bandar Sri Sendayan.

Menurut Norazizi, peneroka juga mengadu padang sekolah di kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan pertanian.

“Mereka mahu Anak menyebarkan isu ini untuk pengetahuan semua kerana selama ia hanya diketahui oleh peneroka Felda Sendayan.

“Mereka mahu masyarakat bukan peneroka tahu bahawa nasib peneroka Felda Sendayan tidak sebaik sebagaimana disangka. Isu antara satu Felda dengan Felda lain berbeza,” katanya.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/25/masalah-peneroka-labu-sendayan-belum-selesai/

5/25/11

JOM Kempen Derma Darah 29 Mei 2011 di Senawang



HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH
Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

PROGRAM:
- Kempen Derma Darah
- Khidmat Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun
- Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding)
- Pameran
- Jualan Amal
- Cabutan Hadiah

Anjuran:
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya
Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan
Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya

Untuk pertanyaan sila hubungi ;
Sufian 013-3589328
Norwani 013-3851202
Hakki 013-3840022
Hjh Ciana 017-3629686

5/24/11

Masihkan kita semua ingat ?



Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

“Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang,” jelas beliau.

Wanita PKR Kuala Pilah anjur Majlis Santai 27 Mei 2011



Dalam usaha mengenali dan mendekatkan diri dengan pengundi Kuala Pilah, Wanita KEADILAN Cabang Kuala Pilah akan menganjurkan Majlis Santai Malam pada Jumaat 27 Mei 2011 ini.

Majlis yang dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam itu akan diadakan di warung DT. Corner, Kg. Dioh Tengah, Jalan Sg. Dua, Kuala Pilah.

Antara tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ustazah Maryam Naam wakil dari PAS dan wakil-wakil dari DAP.

Orang ramai dijemput beramai-ramai hadir bagi memeriahkan majlis tersebut di samping dapat beramah mesra dengan wakil rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14061

5/23/11

Kuliah Tn Guru Nik Razi Nik Mat 28 Mei 2011 Seremban



KULIAH PERDANA
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau An Nur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2, Senawang

Semua dijemput hadir

Rumah diancam hakisan tanah



Rumah diancam hakisan tanah
Sinar Harian 23 Mei 2011

PELANGAI – Sebuah rumah dekat sini, diancam hakisan tanah apabila tebing Sungai Pelangai runtuh akibat hujan lebat, baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku membimbangkan penduduk Kampung Sri Pelangai terutamanya bagi penduduk, Mohd Zamri Mohd Zin, 44, yang tinggal berhampiran sungai tersebut.

Menurutnya, dia mendirikan rumah di tapak milik keluarga mertua.

"Ia merugikan saya apabila hakisan berlaku lebih dari 20 meter dan sekiranya hujan lebat, sudah pasti hakisan bertambah teruk.

"Saya bimbang keselamatan keluarga terutama anak. Malang tidak berbau walaupun kita sudah memberikan nasihat kepada mereka untuk tidak menghampiri sungai akibat bimbang berlakunya hakisan tanah ketika berada di situ," katanya.

Zamri berkata, kejadian tebing runtuh sebegitu pernah berlaku awal tahun lalu berikutan banjir kilat yang melanda Kuala Pilah sekali gus memberi kesan terhadap tebing sungai itu.

"Tidak mustahil perkara ini akan berulang lagi ditambah dengan sungai yang deras.

"Tambahan pula, alur sungai ini berbentuk 'S', jadi ia memberi kesan kepada tebing sungai. Apabila hujan lebat, air sangat deras dan menghentam tebing hingga mengakibatkan tebing terhakis. Lama-kelamaan, jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan, hakisan akan berubah dan menghampiri rumah saya," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pelangai, Md Noor Othman berkata, masalah rumah di tepi tebing sungai cukup membimbangkan.

"Saya telah berulang kali membangkitkan perkara ini kepada pihak berkaitan dan meminta agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Saya telah beberapa kali meninjau dan sememangnya ia dalam keadaan berbahaya jika tidak diambil tindakan segera. Jarak sungai dengan rumah Zamri juga makin lama semakin dekat sekali gus menimbulkan kebimbangan," katanya.

Malah katanya, keadaan jambatan di kampung itu turut terjejas akibat sungai yang deras.

"Pihak berkenaan diminta mempertimbangkan pemasangan batu sangkar di tebing sungai bagi mengelakkan hakisan tanah lebih teruk berlaku.

"Saya juga berharap pihak JPS dapat meluruskan alur sungai bagi melancarkan aliran air ketika hujan lebat di samping mengurangkan hakisan di rumah Zamri," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9115380.asp

Keseronokan bertukar sedih



Keseronokan bertukar sedih
Sinar Harian 23 Mei 2011

PANTAI SAUJANA – Keseronokan lima sahabat menikmati cuti hujung minggu di Pantai Saujana Batu 4, Port Dickson berakhir dengan tragedi sedih selepas salah seorang daripada mereka hilang dan ditemui mati lemas.

Lebih menyedihkan, mangsa ditemui sendiri oleh rakannya dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, kelmarin.

Mangsa, Ong Ruew Luen, 30, berasal dari Mantin ditemui oleh rakannya terapung-apung berdekatan kawasan mereka mandi.

Menurut seorang rakan yang tidak mahu dikenali berkata, mereka datang ke Port Dickson bagi menikmati percutian hujung minggu bermandi di pantai.

“Namun, saya tidak menyangka ia akan mengorbankan sahabat karib kami.

“Sebelum kejadian, tiada tingkah laku pelik atau luar biasa daripada mangsa dan apa yang pasti, mangsa adalah rakan yang baik,” katanya.

Menurutnya lagi, kejadian berlaku dengan pantas.

“Tidak lama selepas kami turun mandi ke pantai, tiba-tiba salah seorang daripada kami menyedari ketiadaan Ruew Luen.

“Kami mengambil keputusan untuk mencari Ruew Luen dan tidak lama selepas itu menemuinya tidak jauh dari tempat kami mandi serta mendapati dia sudah tidak lagi bernyawa,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat dan telah dituntut keluarga.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9116572.asp

5/21/11

Stesen KTM Senawang tidak mesra pengguna



Pandangan Encik Maarof mengenai stesen keretapi yang baru dibina di Senawang wajar diberi perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkaitan. Ikuti pandangan beliau di http://www.maarofkassim.com/2011/05/stesen-ktm-senawang-tidak-mesra.html

5/20/11

Pekerja Indonesia tanpa permit berleluasa di Rantau, Negeri Sembilan

Aduan Rakyat Online
May 19th, 2011

Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.

Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.

Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.


Harap pihak imigresen ambil tindakan segera.

By: norlia

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/pekerja-indonesia-tanpa-permit-berleluasa-di-rantau-negeri-sembilan

Peningkatan kes demam denggi di Taman Tasik Jaya, Seremban

Aduan Rakyat Online
May 17th, 2011

Kejadian demam denggi di Taman Tasik Jaya, SEREMBAN sejak kebelakangan ini meningkat secara mendadak beberapa minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan hampir 5 kes minggu lepas sahaja.

Pihak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membuat semburan dan melihat keadaan sekeliling. Namun bilangan nyamuk di kawasan ini masih tinggi, secara rambangnya kami merasakan punca perdana masalah ini, adalah pembanggunan projek perumahan di kawasan sekeliling.

Isu denggi ini mula mendadak sejak penebangan hutan dikawasan sejeliling taman, dan apabila tapak projek di kawasan ini dimulakan dalam jangka masa 2 tahun.

Laporan saya ini bukan berniat untuk meminta projek ini diberhentikan, namun pihak pemaju harus menjaga kawasan sekeliling untuk mengelak daripada berlakunya pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan tapak projek.

Saya berharap pihak tuan/puan mengambil tindakan untuk membantu mengurangkan kes demam denggi di kawasan ini

By: Sanathanan Kandayah

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/peningkatan-kes-demam-denggi-di-taman-tasik-jaya-seremban

5/18/11

JOM Bongkar Masalah Peneroka REMBAU 24 Mei 2011



Penduduk FELDA Sendayan dalam Parlimen Rembau kebanyakannya masih terperap dengan pelbagai masalah hasil dari proses pengambilalihan tanah yang mereka teroka. Jom dengar masalah mereka melalui 2 program di bawah ini.

CERAMAH PERDANA
Isu Semasa dan Felda
Tarikh : 24.05.2011 (SELASA )
Masa : 8.45 malam
Tempat : Lot 382, Bandar Baru Sendayan (rumah Tanggam)
Penceramah :
- Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang)
- Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
- Chegubard
- YB Taufek, ADUN Paroi

**********
MAJLIS DIALOG ANAK FELDA SENDAYAN
Tarikh : 24 Mei 2011 (SELASA )
Masa : 5 petang
Tempat : Lot. 245, Bandar Baru Sendayan (rumah Daud Idris)
Panel :
- Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang)
- Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
- Chegubard
- YB Taufek, ADUN Paroi

Topik :
- Masalah Tanah Perkuburan Islam yang tertimbus akibat projek naik taraf jalan yang terbiar tanpa sebarang maklumat
- Masalah pencemaran udara oleh kualiti alam
- Masalah kes tanah 2 ekar yang melibatkan keluasan, lokasi,geran & sudah lama terbiar.
- Masalah keluasan lot banglo yang tidak mencukupi serta kualiti banglo yang tidak menepati harga sebenar
- Masalah anak-anak peneroka Felda yang tidak boleh mencarum dalam Koperasi Pemodalan Felda.(K.P.F). mengapa?
- Isu padang sekolah menengah yang menjadi kawasan pertanian.
- dan banyak lagi masalah & persoalan yang akan dibangkitkan.

**********
13 keluarga Penduduk FELDA Sendayan masih terus berjuang kerana tidak mahu terlibat dalam proses pengambil alihan dan tanah mereka telah dirampas menggunakan Akta Pengambilalihan Tanah dan dengan pampasan yang jauh lebih rendah seperti membalas dendam. Itu cuma secebis dari perbagai isu yang terperap di Sendayan.

Sumber http://chegubard.blogspot.com/2011/05/24-mei-program-sehari-mazlan-pengerusi.html

5/16/11

YB Saifuddin Nasution 22 Mei 2011 di Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 22 Mei 2011 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
YB Saifuddin Nasution
Hanipa Maidin
Hj Anuar Tahir
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Semua dijemput hadir
Anjuran BPPNS

Mohamad Sabu 22 Mei 2011 di Dewan Cina Seremban



WACANA PEKERJA
TAWARAN BUKU JINGGA
Bersama :
Abang Mohamad Sabu
Tuan Haji Anuar Tahir
Hanipa Maidin, Peguam
Tarikh : 22 Mei 2011 , AHAD
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina NS, Temiang, Seremban
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut tel 013-2066505

5/14/11

Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban



MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA
Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
YAB Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan
YB Dato Mahfuz Omar , YB Azmin Ali dan Zulkefly Mohamad Hj Omar

Kupon RM 50 seorang

Hubungi Mohamad Noor 019-2556206 , Hj Hashinordin 016-3684279

Jambatan Kampung Bukit kembali reput



Sinar Harian 13 Mei 2011

ULU JELEBU - Penduduk di Kampung Bukit meminta pihak bertanggungjawab membaiki segera jambatan di kampung berkenaan yang semakin mereput ekoran palang menyokong jambatan berkenaan rosak dan patah.

Seorang penduduk, Zainal Harun berkata, jambatan berkenaan pernah dibaik pulih menerusi Projek Infrastruktur Asas (Pias) sekitar 2006 dan siap sepenuhnya pada 2008.

Walau bagaimanapun, ia kembali reput sejak dua tahun lalu tambahan pula, jambatan berkenaan juga sering dilalui lori yang mengangkut hasil tanaman penduduk.

“Saya berharap agar jambatan ini dapat dibaik pulih semula kerana ia mungkin tidak dapat bertahan lama apabila saban hari dilalui kenderaan berat.

“Lebih membimbangkan lagi apabila waktu malam kerana kawasan di sini juga gelap ekoran ketiadaan lampu jalan selain pengadang jambatan yang sudah patah,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal turut meminta agar pihak berkenaan memasang lampu elektrik di kiri dan kanan jambatan bagi memudahkan penduduk kampung melaluinya pada waktu malam.

Menurutnya, jambatan itu menghubungkan kawasan tanaman pisang yang diusahakannya sejak dahulu lagi.

“Sekiranya jambatan itu roboh, saya terpaksa menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh untuk membawa keluar hasil tanaman,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Jelebu, Noranif Selamat berkata, jambatan itu seharusnya dibaiki sejak dahulu lagi bagi mengelakkan ia runtuh dan mendatangkan kemalangan.

“Kita berharap agar ada usaha untuk membaiki jambatan ini kerana ia sudah uzur dan mengundang bahaya kepada penduduk khususnya yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Sekiranya keadaan jambatan semakin teruk, kita juga menasihati penduduk agar tidak melaluinya dan meminta mereka memagar kawasan ini agar tidak dilalui oleh sesiapa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9080381.asp

Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban



CERAMAH UMUM
21 Mei 2011 , SABTU
Jam 9 mlm
Di Batu 4 1/2 , Kg Paroi, Jalan Tok Dagang, Seremban (berhampiran Sek Keb Paroi)
Bersama :
YB Abdullah Sani - Ahli Parlimen Kuala Langat
YB Hj Taufek - ADUN Paroi
Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri - Pentazkirah Sumpah Laknat Dato T
Hj Anuar Hashim - Bekas Pembantu Khas ADUN (UMNO) N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban



DIALOG HARI PEKERJA
Anda ada masalah di tempat kerja?
Sila hadir ke Majlis Dialog Pekerja bersama Pimpinan Kesatuan Sekerja
Tarikh : 21 Mei 2011
Masa : 5 ptg
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi, Seremban
Bersama :
YB Abdullah Sani bin Abd Hamid - Ahli Majlis MTUC
Hj Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali - Naib Presiden NUBE

PENYERTAAN PERCUMA
Semua Dijemput Hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2171942

ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih



ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah Menengah Agama Negeri

Di Negeri Sembilan masih terdapat tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu sekolah yang masih di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Maahad Ahamadi Gemencheh , Sekolah Menengah Sains Selaru , Kuala Pilah dan Institiut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh.

Pada tahun 2011 ini , masih terdapat seramai 38 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Yang menjadi persoalannya , kenapa GSTT tersebut tidak diberikan surat perlantikan walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya dan jawatan tersebut seolah-olah telah dibekukan.

Di dalam Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri yang ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com telah bertanya tentang nasib semua guru sandaran tidak terlatih tersebut memandangkan peranan Sekolah Menengah Agama Negeri ini sangat penting dalam membentuk generasi muda yang beriman dan mempunyai akhlak yang terpuji.

Sewajarnya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ditambah lagi kerana sekolah-sekolah seperti inilah yang menjadi tumpuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan yang juga pembayar-pembayar zakat di Negeri Sembilan.

“Rancangan untuk membina Wisma Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang akan melibatkan jutaan ringgit seperti mana yang disebut oleh YAB Mentei Besar baru-baru ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan Kerajaan Negeri berbanding untuk meningkatkan mutu pemdidikan Islam di Negeri Sembilan. Peruntukan yang besar sewajarnya disalurkan untuk pembangunan program pendidikan di Negeri Sembilan khususnya yang melibatkan Sekolah Menengah Agama Negeri yang kini hanya berjumlah tiga buah sahaja. Peruntukan per kapita bagi setiap sekolah agama negeri pada tahun 2010 yang berjumlah hanya RM405,911.80 sememangnya tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah-sekolah tersebut”, tegas Hj Mohamad Taufek.

Pakatan Rakyat sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan para guru dalam memangunkan negara sebab itulah dalam Program 100 hari Pakatan Rakyat , salah satu tawaran kita adalah menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 setiap bulan.

“Saya selaku wakil rakyat yang diamanahkan menjaga portfolio Agama Islam akan terus memperjuangkan agar perjuangan semua guru sandaran tidak terlatih untuk mendapat jawatan tetap akan terus diperjuangkan sehingga berjaya sebagaimana kita berjaya perjuangkan agar elaun guru-guru KAFA dinaikkan sepertimana hari ini”.

SELAMAT HARI GURU

5/12/11

Pengurusan pos tidak memuaskan



Sinar Harian 12 Mei 2011

SIMPANG DURIAN - Penduduk sekitar kawasan ini, berasa kecewa apabila pihak pengurusan Pos Malaysia melakukan penstrukturan semula ke atas Pejabat Pos Cawangan Simpang Durian.

Penduduk, Md Som Idris berkata, sebelum ini dia hanya perlu ke pejabat pos sejauh tujuh kilometer dari rumahnya untuk mengambil bungkusan besar, namun selepas penstrukturan semula itu, Pos Malaysia menetapkan segala bungkusan besar hanya boleh diambil di pejabat Pos Cawangan Simpang Pertang yang terletak 17 kilometer dari sini.

Menurutnya, dia amat kesal dengan sistem baru itu kerana ia jelas menyukarkan penduduk di sini, kerana dia terpaksa pergi jauh untuk mengambil bungkusan memandangkan pejabat Pos Simpang Pertang tidak mempunyai kemudahan van untuk menghantar bungkusan besar ke rumah penerima.

“Saya sudah membuat aduan mengenai hal ini kepada pejabat Pos Simpang Durian dan mereka meminta saya menghubungi talian aduan Pos Malaysia 1-300-300.

“Saya telah membuat aduan sebanyak dua kali, namun sehingga kini tiada tindakan dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Md Som berkata, perkara ini bukan sahaja menyukarkannya sebagai pelanggan tetap, tetapi juga kepada penduduk lain.

“Bagi penduduk yang mempunyai kenderaan sudah tentu tidak ada masalah. Namun bagi yang tiada kenderaan pasti sukar bagi mereka untuk ke pejabat pos Simpang Pertang kerana di sini, tiada perkhidmatan bas,” katanya.

Menurutnya, dia akan ke pejabat Pos bagi mendapatkan bungkusan berisi herba yang diusahakannya setiap bulan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak Pos Malaysia dapat mengambil kira aduan yang dibuat dan sekali gus mengembalikan perkhidmatan bungkusan besar ke Pejabat Pos Simpang Durian.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9076835.asp

Unit Amal terus usaha cari mangsa lemas Ulu Bendul



Sinar Harian 12 Mei 2011

ULU BENDUL - Jabatan Unit Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/ Jempol/Kuala Pilah turut menghulurkan bantuan mencari mangsa lemas, Nur Syaza Sakinah, 2 di sungai Ulu Bendul dekat sini.

Diketuai oleh, Shahrudin Abdul Rahman, 46 dengan kekuatan ahli seramai 20 orang, mereka menyusuri anak sungai Ulu Bendul sehingga ke Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul.

Shahrudin berkata, operas mencari mangsa sudah bermula semalam pada jam 3.30 petang hingga 6 petang.

“Kami turut terpanggil untuk membantu keluarga mangsa dan melalui pendekatan ini, kami cuba sedaya upaya mencari kanak-kanak itu.

“Berdasarkan kepada maklumat pihak bomba dan penyelamat daerah Kuala Pilah, kami diminta mencari sekitar sungai Ulu Bendul sehingga ke sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Dengan kekuatan beberapa ahli, kami akan membantu keluarga mangsa,” katanya ditemui disini, semalam.

Hadir sama, Yang dipertua Pas Jempol, Abd Rahman Ramli.

Sehubungan dengan itu juga, mereka turut mengadakan solat hajat di surau Hutan Rekrekasi Ulu Bendul sebelum memulakan operasi mencari mangsa lemas tersebut.

“Ini sudah menjadi tradisi kami, sebelum melakukan sesuatu perkara perlu menunaikan solat hajat supaya dipermudahkan olehNya. Bukan hanya di sini sahaja tetapi di tempat lain kami turut mengadakan solat hajat supaya kanak-kanak malang itu dapat ditemui cepat mungkin” Katanya.

Walaupun operasi mencari mangsa kanak-kanak itu sudah ditamatkan semalam, pihak mereka tetap akan mencari mangsa itu dillokasi yang disarankan oleh pihak berkuasa dan terus dipergiatkan terutamanya Sabtu dan Ahad.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9077499.asp

ADUN gesa PBT lebar jalan



Sinar Harian 12 Mei 2011

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai, menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melebarkan jalan dari Kampung Bukit Temiang sehingga Taman Seri Pulai, di sini, bagi memudahkan pengguna jalan raya melaluinya.

Katanya, jalan sepanjang lima kilometer itu sering digunakan penduduk setempat berikutan laluan utama yang sering mengalami kesesakan lalu lintas.

“Laluan ini agak sempit dan berbahaya kepada pengguna lebih-lebih lagi di kawasan menuruni bukit yang dikhuatiri akan mengakibatkan kemalangan apabila terdapat dua kenderaan dari arah bertentangan melaluinya.

“Bukan sahaja sempit, malah infrastruktur jalan yang tidak sempurna seperti jalan tidak rata dan laluan yang hampir dengan tebing pasti mengundang bahaya kepada pengguna,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, meskipun jalan tersebut merupakan laluan alternatif, PBT perlu menaiktaraf berikutan kekerapan pengguna melaluinya.

“Ia perlu dilakukan bagi memudahkan pengguna melaluinya dengan selamat.

“Aspek keselamatan pengguna juga perlu diutamakan dengan menyediakan papan tanda keselamatan disamping kemudahan infrastruktur jalan,” katanya.

Chin Tsai berkata, orang ramai sering menggunakan laluan itu kerana ia dapat memendekkan masa perjalanan dan mengelak kesesakan lalu lintas di laluan utama.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9076724.asp

Rayuan sumbangan untuk PASTI di Kuala Pilah



Adalah dimaklumkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar-Raihan di Taman Bukit Intan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan berpindah ke premis baru sebelum 25 Mei 2011.

Sehubungan dengan itu tawaran adalah dibuka kepada orang ramai yang sudi membantu untuk meringankan kos perpindahan dan persediaan tempat yang baru.

Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada Pengerusi PASTI Ar-Raihan iaitu saudara Latip ( tel 013-6238278) atau melalui tunai/cek melalui akaun Bank Islam atas nama PASTI AR RAIHAN, nombor akaun 05030010175625.

Hulurkan sumbangan, ringankan beban, semoga Allah membalas jasa baik mereka yang membantu sebagai amal jariah.

Keselamatan murid SK Gadong Jaya



Keselamatan murid SK Gadong Jaya
May 11th, 2011
Aduan Rakyat Online

Kami penduduk Kg. Gadong Jaya di Labu, Seremban, Negeri Sembilan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak ambil peduli tentang keselamatan terhadap murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya yang mana sekolah tersebut berhampiran dengan jalan raya yang amat sibuk.

Apa yg membimbangkan tiada tanda amaran, garisan, lampu isyarat atau apa-apa jua tanda untuk murid-murid sekolah melintas di jalan raya.

Kereta dan lori dipandu laju dan tidak menghiraukan keselamatan murid yg melintas. Penduduk kampung secara sukarela menjadi polis trafik untuk mengawal lalulintas.

Pekara ini sudah diajukan kepada wakil rakyat Labu serta pihak yg terlibat.

Namun tiada jawapan ataupun tindakan sampai sekarang ini. Mungkin kalau berlaku kematian baru nak bertindak atau tiada anak mereka bersekolah disini.

Harap pihak yang terlibat buatlah sesuatu agar semua pihak berpuas hati.

Biar banyak kerja, jangan banyak cakap.

By: rambai

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/keselamatan-murid-sk-gadong-jaya

5/10/11

PKR Jelajah N.Sembilan 13 ke 28 Mei 2011 GOGAR



CERAMAH PERDANA
13 Mei 2011/Jumaat
9.00 malam
Kg Lambar Batu 11, Labu, Seremban.
Penceramah utama: YB Dato' Johari Abdul, YB Yusmadi Yusof, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
Hotline:013-239 2456 (Zulrisyah)

AMK BERSAMA ANAK MUDA
15 Mei 2011/Ahad
8.30 malam
Dataran PR Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah.
Penceramah utama: Shamsul Iskandar Akin, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Nazree Yunos
Hotline: 019-266 1213 (Fendi), 013-239 2456 (Zulrisyah)

CERAMAH UMUM "MENGOMBAK KEMENANGAN TELOK KEMANG"
22 Mei 2011/Ahad
Kg Telok Pelandok, Pasir Panjang (DUN Linggi)
8.30 malam
Penceramah utama:
Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang)
YB Rodziah Ismail (Exco Selangor/Adun Batu Tiga)
YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang)
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
Hotline: 017-240 6627 (Zulkifly)

NURUL IZZAH BERSAMA WANITA KEADILAN KUALA PILAH
27 Mei 2011 /Jumaat
Dioh, Kuala Pilah
8.30 malam

PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DI DUN AMPANGAN
28 Mei 2011/Sabtu
5.00 petang
Pejabat ADUN Ampangan, Jalan Seremban-Kuala Pilah,
Jemputan utama:
YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)
YB Zuraidah (Ketua Wanita Pusat)
YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR Negeri Sembilan)
YB Rashid Latiff (Adun Ampangan)

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2011/05/program-terkini.html

5/9/11

Negeri state exco’s PA quits Umno



Negeri state exco’s PA quits Umno
Zefry Dahalan May 9, 2011

Anuar Hashim decides to throw his lot behind PAS, saying Umno has strayed from its orginal struggle and indulging in slanderous politics

JELEBU: Negeri Sembilan state exco Yunus Rahmat’s personal assistant Anuar Hashim has quit Umno saying that he is fed up of the party’s ‘slanderous politics’.

An Umno stalwart for 35 years, Anuar, the personal assistant to the state agricultural, entrepreneur development and cooperative exco has decided to throw in his lot behind PAS.

He declared this at a press conference arranged by Jelebu PAS chief Kateran Marman over the weekend. Anuar said Umno has strayed from its original struggle and was abusing Islamic principles and teachings.

“Umno is indulging in slanderous politics and the actions of the party at the moment is not aligned with Islamic teachings.

“There are bigger and pressing issues that need to be addressed, like lack of job opportunities for graduates. Intead it’s abusing its power with slanderous politics.

“I decided to join PAS as it has been consistent in its struggle based on Islamic values and principles,” said Anuar.

“I have seven children who are all graduates, yet none of them are able to secure a government job.”

Felda mismanagement

On another matter, Anuar, who has served Felda or the Federal Land Development Authority for 23 years as an administrator, also criticised Umno for mismanagement of the scheme.

“When former Prime Minister Tun Abdul Razak launched the Felda scheme, it was to help the poor manage their own land and improve their lot.

“Now because of mismanagement by Umno-BN, the poor settlers are not fully benifitting from the scheme introduced by Razak,” said Anuar.

Felda’s cash reserve was around RM4.5 billion in 2004, but the amount has since declined to RM200 million.

Anuar pledged to convince many of his Umno colleagues to join PAS and work to help Jelebu PAS put up a good showing in the impending 13th general election.

State PAS commissioner Zulkefly Mohamad Omar welcomed Anuar into PAS, saying it will be a morale booster for the party in Jelebu, one of Umno’s fortresses in Negeri Sembilan.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/09/negeri-state-excos-pa-quits-umno/

Probe RM20,000 bus stops





Zefry Dahalan May 9, 2011

A DAP man says the bus stops should have only cost RM5,000 each. He wants the MACC to probe why the local council spent RM40,000 instead.

LUKUT: A DAP leader urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the high cost involved in the construction of two bus stops here.

According to Lukut assemblyman Ean Yong Ting Sin, the Port Dickson Municipal Council’s (PDMC) decision to fork out RM20,000 for each bus stop was illogical.

The two bus stops are located opposite the Lukut government clinic.

“When I checked with several senior contractors, I was told that the cost to build a bus stop just like what was built by PDMC is merely RM5,000

“Spending RM40,000 for the two bus stops is really a wastage of public funds. This is a suspiciously high amount,” said Ean Yong.

The DAP politician said he had already sent a letter to the MACC, urging the watchdog to sniff out any wrongdoings in the matter.

During the state assembly sitting last year, Ean Yong said there was an urgent need for bus stops near the clinic for patients who depended on public transportation.

PDMC completed the two bus stops one week ago.

On another matter, Ean Yong urged the Negeri Sembilan Public Works Department (PWD) to build a pedestrian bridge near the Kampung Jimah Baru Primary School.

“The area also needs proper safety signage and lightings. I have raised this matter since last year. I don’t know why PWD is slow in taking the necessary action.

“After all we are talking about the safety of school children,” he said.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/09/probe-rm20000-bus-stops/

Rakyat cerdik undi Pakatan, kurang cerdik undi BN?



Dari apa yang dilaporkan dibawah ini yang diperkatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir adakah bermaksud orang kampung akan undi BN, orang bandar akan undi Pakatan? Bila kampung maju jadi pekan mereka akan undi Pakatan. Jadi biarlah kampung , kawasan Felda terus mundur agar rakyat di kampung, pedalaman dan peneroka sentiasa menganggap bahawa wakil rakyat (BN/Umno) yang buat jalan, bekal elektrik dan sebagainya, betul ke?

Agaknya macam orang Jelebu ni lah, jambatan dah runtuh ke , jalan runtuh ke tak ada siapa ambil peduli seperti dilaporkan di bawah ini
http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/jambatan-roboh-mana-peruntukan.html
http://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/jalan-kampung-bukit-bahaya.html

Orang bandar tak kisah dengan YB
Sinar Harian 9 Mei 2011

MELAKA - Masyarakat di bandar masa kini tidak bergantung sepenuhnya kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjamin masa depan mereka.

Perkara itu menyebabkan sokongan rakyat bandar terhadap Barisan Nasional (BN) di Sarawak kurang menyerlah berbanding luar bandar.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, penduduk sedar, segala infrastruktur, keperluan asas seperti jalan raya, eletrik dan bekalan air tetap dilaksanakan kerajaan tanpa perlu diminta.

“Bagi penduduk di luar bandar, kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat adalah lebih tinggi.

“Tanpa wakil rakyat mereka sukar mendapat kemudahan yang baik bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, penduduk di bandar tidak kisah memilih siapa wakil rakyat mereka.

“Sebaliknya, permintaan mereka pula lebih ke arah keselamatan, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, pendapatan sara hidup dan kenaikan harga barang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini semalam.

Mukhriz berkata, ia menjadi lebih serius apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke bandar, selain daripada kawasan yang didiami dinaik taraf menjadi pekan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9067835.asp

5/8/11

Sudah dua bulan runtuh


Sinar Harian 8 Mei 2011

KUALA KLAWANG - Penduduk di kawasan Taman Berlian, di sini melahirkan rasa kebimbangan apabila terpaksa berhadapan dengan masalah tanah runtuh yang berlaku di hadapan rumah mereka.

Seorang penduduk, Mohd Jani Md Shariff, 61, berkata, tanah itu runtuh sejak dua bulan lalu dan sehingga kini masih belum diperbaiki.

Menurutnya, kini kawasan tanah runtuh itu sudah sepanjang 100 meter.

“Saya bimbang kerana ia runtuh sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan membesar.

“Keadaan ini sangat merbahaya kepada penduduk khususnya kanak-kanak kerana sekiranya mereka terjatuh, ia boleh menyebabkan kecederaan atau kematian,” katanya.

Mohd Jani berkata, lebih membimbangkan lagi apabila kini hujan tidak menentu dan sekiranya dibiarkan tidak mustahil hakisan itu akan sampai ke kawasan rumah penduduk.

Katanya, dia sudah mengadukan masalah itu kepada Majlis Daerah Jelebu dan wakil rakyat kawasan berkenaan.

“Selepas membuat aduan itu, pihak berkenaan ada melawat kawasan ini, namun sehingga kini masih tiada tanda-tanda tindakan diambil,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Larong, Mohd Azmi Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah mengadukan perkara itu kepada pihak berkenaan.

“Saya sendiri berjumpa dengan pegawai daerah untuk membincangkan hal ini dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kejadian berkenaan adalah pertama kali berlaku di kawasan ini,” katanya.

Mohd Azmi yang juga Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu berkata, proses pembinaan longkang dan saluran air yang kurang sempurna punca masalah itu.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9063953.asp

5/5/11

Anuar menjadi ahli PAS di Jelebu



Jelebu, 4 Mei 2011 - Hari ini PAS Kawasan Jelebu telah menerima kemasukan Hj Annuar Bin Hashim ke dalam PAS. Hj Annuar Hashim adalah bekas orang kuat United Malays National Organisation (UMNO) di Jelebu ini. Beliau telah bersama dengan UMNO selama 35 tahun. Jawatan terakhir beliau bersama UMNO adalah sebagai Pegawai Peribadi Khas kepada EXCO Pertanian Negeri Sembilan iaitu Dato' Yunus Rahmat yang juga ADUN Klawang.

Hj Annuar dahulu berkhidmat sebagai pegawai FELDA selama lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat di Gua Musang selama 9 tahun. Satu sidang akhbar khas telah diadakan dengan dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani dan En Yau Con Seng (Pengerusi DHPPNS).

Menurut Hj Annuar FELDA adalah salah satu agensi kerajaan yang mencapai keuntungan beratus juta setahun dan pernah sekali FELDA pernah mencapai keuntungan sehingga 1 billion ringgit.

Menurut beliau lagi ini kerana semenjak tahun 1980 FELDA telah memberhentikan kemasukan peneroka ke rancangan tanah FELDA, sebaliknya mereka (FELDA) telah menubuhkan FELDA Plantations yang telah lari dari konsep asas, asal penubuhan FELDA. Penipuan dalam Gred buah sawit memang telah lama berlaku menurut beliau.

Apabila ditanya kenapa secara tiba-tiba beliau ingin meninggalkan UMNO setelah bergelumang selama 35 tahun dalam parti tersebut. Beliau menyatakan beliau telah muak dengan cerita fitnah UMNO ke atas Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis dan beliau juga tidak nampak perubahan ekonomi yang drastik seperti yang diwar-warkan oleh UMNO/BN yang ingin dibawa ke Malaysia setelah lebih 50 tahun memerintah.

Rakyat Malaysia semakin terhimpit, susah nak cari makan dan menghadapi kehidupan yang stress sekarang dengan kenaikan harga barang, kata beliau lagi. Ini lah yang menyebabkan beliau berpatah arang dengan UMNO dan mencari platform baru untuk meneruskan perjuangan rakyat.

Sebagai contohnya di Jelebu ini mana ada bas ke Simpang Durian dan Pertang, kata beliau. Macam mana nak naikkan ekonomi atau maju kalau bas pun tak ada memberikan perkhidmatan walaupun sudah lebih 50 tahun kita merdeka, ujar beliau lagi.

Berita penuh dan gambar di http://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/annuar-masuk-pas.html

Keluar parti selepas 35 tahun



Keluar parti selepas 35 tahun
Sinar Harian 5 Mei 2011

KUALA KLAWANG - Bekas pembantu khas kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan ini, membuat keputusan menyertai parti Pas setelah lebih 35 tahun sertai UMNO.

Annuar Hashim mengambil keputusan drastik itu setelah merasakan perjuangannya tidak lagi sehaluan dengan parti Melayu terbesar itu.

Menurutnya, terdapat dua faktor yang mempengaruhi keputusannya keluar daripada UMNO, iaitu faktor dalaman dan luaran.

Menyentuh mengenai faktor dalaman, Annuar mendakwa perjuangan parti itu semakin jauh daripada landasan sebenar, bertentangan dengan agama selain budaya fitnah memfitnah semakin berleluasa.

“Sebagai orang bawahan, saya tidak mampu menegur kerana jawatan saya tidak seberapa. Saya lihat perjuangan Pas lebih konsisten, berlandaskan Islam serta merangkumi insan sejagat.

“Saya juga melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) cenderung untuk menangani isu-isu kurang penting tetapi isu-isu penting seperti pengangguran terus diabaikan.

“Saya mempunyai sembilan anak dan tujuh daripadanya siswazah, namun gagal mendapatkan kerja kerajaan dan sehingga kini bekerja di sektor swasta,” katanya pada sidang media dekat sini, pagi semalam.

Turut hadir, Pesuruh-jaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar; ADUN Paroi merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani; Yang Dipertua Pas Jelebu, Kateran Marman; Pengerusi Dewan Him-punan Penyokong Pas Negeri Sembilan, Yaw Con Seng dan Ketua Dewan Muslimat Pas Jelebu, Osnidah Othman.

Sementara itu, Annuar berkata, isu politik lucah bukan sebab utama mendorongnya menyertai Pas dan sepanjang bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Felda selama 23 tahun, banyak perkara berlaku kepada agensi itu yang membuatkannya tidak berpuas hati.

Annuar mendakwa hala tuju Felda semakin berubah sejak kewujudan Felda Plantation yang didakwa tidak memberi keuntungan kepada peneroka miskin.

“Terdapat penyelewengan, di mana peruntukan Felda didakwa disalurkan untuk membantu parti politik tertentu dan bukan untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, sepanjang sembilan tahun terakhir berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir Felda di Gua Musang, beliau menyaksikan satu semangat tulen penyokong Pas di sana.

Menurutnya, hala tuju beliau dengan Pas selepas ini bergantung kepada program Pas Jelebu dan Negeri Sembilan.

“Saya akan berusaha menarik lebih ramai rakan dan kenalan untuk menyertai Pas,” katanya.

Beliau berharap Pas dan PR dapat ‘menawan’ wisma negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Difahamkan, Annuar berkhidmat sebagai pembantu khas kepada seorang ADUN selama enam bulan dan diberhentikan kerja atas alasan tidak banyak kerja dan tugas itu tidak sesuai untuknya.

Namun, selepas dua minggu diberhentikan, jawatan itu diisi oleh orang lain.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9050437.asp

Susahnya hendak keluar masuk



Susahnya hendak keluar masuk
Sinar Harian 5 Mei 2011

Kampung Bukit Tembok , Port Dickson – Penduduk di Lorong Denak, Kampung Bukit Tembok melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk keluar masuk dari simpang Lorong Denak ke jalan utama setiap hari.

Penduduk, Mohamad Isa, 59, berkata, kesukaran itu dilalui sejak setahun lalu selepas projek menaik taraf jalan di kawasan kampung berkenaan siap dilaksanakan.

Menurutnya, jalan utama sudah siap dinaik taraf selepas projek itu terbengkalai beberapa tahun tetapi simpang atau selekoh untuk masuk ke Lorong Denak tidak sesuai sekali gus menyukarkan kenderaan keluar masuk.

“Jalan ini adalah laluan utama dari Linggi-Port Dickson dan menjadi tumpuan pelbagai jenis kenderaan.

“Di kawasan ini juga tiada sebarang papan tanda atau apa-apa isyarat lalu lintas di tambah kedudukan simpang yang menyukarkan lalu lintas keluar masuk kenderaan dari Lorong Denak ke jalan utama,” katanya.

Mohamad berkata, banyak kemalangan sudah berlaku di sini dan kereta yang dipandunya juga pernah dirempuh kenderaan lain dari arah belakang kerana dia memperlahankan kenderaan untuk masuk ke selekoh Lorong Denak.

“Berikutan keadaan simpang yang kurang sesuai, saya dan penduduk kampung ini akan meletakkan kenderaan di kedudukan lebih sebelah kanan untuk menyeimbangkan kenderaan apabila mahu masuk ke simpang berkenaan di sebelah kiri.

“Diharap pihak berkaitan dapat melaksanakan alternatif untuk menangani masalah ini. Sebelum jalan ini dinaik taraf, laluan untuk ke simpang Lorong Denak adalah selari dengan jalan utama dan mudah serta tidak menimbulkan masalah,” katanya.

Katanya, laluan itu juga tidak disediakan lampu jalan dan menyukarkan penduduk pada waktu malam kerana pengguna jalan raya tidak menyedari kewujudan simpang di sini.

Sementara itu, Ketua Kampung Kampung Bukit Tembok, Shaari Sidar ketika dihubungi berkata, masalah itu sudah beberapa kali dibawa ke peringkat mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bersama jabatan berkaitan.

Menurutnya, kali terakhir mesyuarat bersama diadakan adalah pada awal April lalu, namun sehingga kini tidak tahu apa tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

“Tetapi apa yang pasti masalah ini masih berlarutan dan kemalangan juga sudah kerap berlaku melibatkan penunggang motosikal serta pemandu kereta.

“Jabatan Kerja Raya ada memaklumkan jalan ini akan dinaik taraf, tetapi masih menunggu pemaju baru. Kami berharap ia disegerakan sebelum ada nyawa melayang,” katanya.

Untuk rekod, Lorong Denak menempatkan hampir 40 rumah yang didiami sekitar 100 penduduk.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9050053.asp

Anwar Ibrahim di Jelebu N.Sembilan 8 Mei 2011



SIRI JELAJAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE NEGERI SEMBILAN
8 MEI 2011 (AHAD)

PROGRAM 1
7.00 -8.30 mlm - Solat Maghrib / Hajat dan Tazkirah Dato Seri Anwar Ibrahim
(lokasi : Surau Kampung Petaseh, Jelebu)

PROGRAM 2
8.00 - 11.00 mlm - Jamuam Makam Malam bersama Masyarakat Tionghua dan Pengundi
(lokasi : Pekan Simpang Pertang, Jelebu)
Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
3. YB Elizabeth Wong Keat Ping
4. YB Hee Loy Sian
5. YB Anthony Loke Siew Fook

PROGRAM 3
9.00 - 12.00 mlm - Ceramah Perdana
(lokasi : Kampong Pilah Tengah, Kuala Pilah)
Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
3. YB Anthony Loke Siew Fook
4. YB Shuhaimi Shafie
5. YBhg Zulkefly Muhammad Omar
6. YBhg Siti Aisyah Sheikh Ismail

MENGOMBAK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN!

Sumber dari Blog Ahli Parlimen Telok Kemang YB Dato' Kamarul Baharin Abbas di http://telokkemang.blogspot.com/2011/05/siri-jelajah-dato-seri-anwar-ibrahim-ke.html

PAS selami masalah orang Asal di Jelebu, N.Sembilan


Kuala Klawang, Jelebu - 4 Mei 2011 - PAS MTD Klawang meneruskan program "Masih Ada Yang Sayang" untuk siri yang ketiga. Pada kali ini PAS MTD Klawang telah merentasi batasan kaum dengan menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada kaum Tionghua di Pekan Kuala Klawang dan Orang Asal di Kg Kelaka, Ulu Klawang.

Di kampung orang asal iatu Kg Kelaka, Ulu Klawang PAS telah menyumbangkan sebuah kerusi roda dan juga bantuan makanan kepada Puan Hema anak Lebek. Puan Hema mempunyai seorang anak OKU. Turut menerima sumbangan adalah Wok Binti Panglima Dalam dan Debok Binti Panglima Dalam. Puan Wok dan Puan Debok adalah warga miskin orang asal dan tidak ada tempat untuk bergantung.

Pada program "Masih Ada Yang Sayang" kali ini sumbangan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Saudara Zulkefly Mohamad Omar dan juga YB Hj Taufek Ghani, ADUN (PAS) Paroi sempena lawatan kerja Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ke Daerah Jelebu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Jelebu Hj Kateran dan juga Timbalan YDP Hj Jamalus Mansor turut hadir dalam program ini.

MENGOMBAK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI JELEBU !

Sumber : http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/masih-ada-yang-sayang-siri-3.html


5/4/11

Temui Bob Lokman di Lenggeng 10 Mei 2011



CERAMAH KHAS
Bersama : Bob Lokman
Juga : YB Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat) dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Pada 10 Mei 2011 SELASA
Jam 9 malam
Di Kg Masjid, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Zulkefly)

Semua dijemput hadir

Sumber : http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/05/program-terkini-ceramah-umum.html

Berpaut pada dahan reput



Sinar Harian 4 Mei 2011

SEREMBAN – Kegembiraan 11 sahabat menghabiskan cuti umum dengan bermandi-manda di hutan rekreasi Sungai Gunung Berambun, Pantai, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, S. Sasitharan dikatakan tergelincir dan tenggelam ke dalam air sebelum dibawa arus deras.

Rakan mangsa dikenali sebagai Ariaran, 26, berkata, mereka tiba di tempat itu kira-kira 12.30 tengahari.

Menurutnya, semasa mereka sedang berseronok bermain air, paras air di sungai berkenaan secara tiba-tiba naik mendadak.

“Pada awalnya memang paras air hanya pada lutut kami. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, paras berkenaan tiba-tiba naik secara mendadak hingga paras dada selain mengalir deras walaupun cuaca tidak hujan.

“Kami terkejut dan segera mahu naik ke atas tebing dengan berpaut pada tali kabel di sekitar kawasan terbabit.

“Tetapi Sasitharan berkata, dia mahu mengambil begnya terlebih dahulu. Bagaimanapun, dia tidak sempat dan kami nampak dia tenggelam sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya.

Menurutnya, sejurus naik ke tebing, dia terkejut melihat mangsa berada dalam jarak kira-kira 50 meter tenggelam dan sempat berpaut pada sebatang dahan pokok reput.

“Kami kemudian segera membaling kayu untuk cuba menariknya dari situ, namun masih gagal dan mangsa terus dihanyutkan arus berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Rahang, Zakaria Ahmad berkata, sepasukan anggota membabitkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan.

“Kita menyelamatkan kesemua mereka ke tempat selamat. Manakala, mangsa yang hanyut itu kita jumpai dan dibawa ke darat kira-kira 8.50 pagi tadi (semalam),” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9047427.asp

Anwar Ibrahim di Kuala Pilah 8 Mei 2011



MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH
Tarikh : 8 Mei 2011 (AHAD)
Jam 9 malam
di Kg. Seri Pilah, Senaling, Kuala Pilah, N.Sembilan

Bersama : Dato' Seri Anwar Ibrahim
Turut serta : Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Dato Kamarul Baharin Abas, Zulkefly Omar, Anthony Loke dan Zaharuddin Othman

Anjuran Parti keADILan Cabang Kuala Pilah

Semua dijemput hadir

Sumber http://jemapohku.blogspot.com/2011/05/mengombak-kemenangan-kuala-pilah.html

Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias


Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Aduan Rakyat, 3 Mei 2011

Saya penduduk kawasan FELDA Raja Alias yang bertempat di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Masalah ketiadaan air yang berlarutan merunsingkan penduduk kampung. Masalah ini sudah melanda hampir setahun.

Kawasan kami sering kali terputus bekalan air sehingga 2-3 hari berturut-turut dan sehingga 1-2 kali seminggu. Bekalan air cuma ada 2-3 hari sahaja seminggu.

Kerja-kerja harian seperti membasuh, mandi, dan memasak terganggu sama sekali.

Lebih menyedihkan lagi, terlalu jarang sekali JBA Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke kawasan kami apabila masalah bekalan air terputus berlarutan.

Contohnya 26 april 2011, sudah 2 hari kawasan kami terputus bekalan air dan tiada tanda2 bantuan.

Kami berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan.

Kerajaan malaysia mengutamakan slogan satu malaysia dan melebihkan rakyat, Oleh itu, sy berharap sangat aduan saya dapat mengatasi masalah kami.. insyaAllah…

terima kasih.

Sumber Aduan Rakyat : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-ketiadaan-air-yang-berlarutan-di-felda-raja-alias

Himpunan pelbagai masalah air di Negeri Sembilan bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html


5/1/11

Rumah hanya tinggal impian



Sinar Harian 1 Mei 2011

( Laman web mangsa-mangsa perumahan terbengkalai yang merupakan rakyat Malaysia di http://terbengkalai.blogspot.com/ )

Temiang, Seremban - Impian lebih 60 pembeli untuk tinggal di kediaman sendiri di Taman Bukit Zamrud, dekat sini hanya tinggal angan-angan apabila pembinaan rumah mereka terbengkalai sejak lebih lima tahun lalu.

Rumah teres yang mereka beli pada 2004 itu kini masih belum siap dan belum ada tanda akan disiapkan pemaju sepenuhnya.

Seorang pembeli, Kamarullah Hawari, 46, berkata, seramai 67 pembeli rumah berkenaan hanya mampu ‘gigit jari’ apabila pemaju gagal menyiapkan projek peruma-han berkenaan.

Dia dan keluarga yang berharap untuk menduduki rumah berkenaan selepas bersara nanti hanya mampu berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sehingga kini, mereka bukan saja terbeban untuk membayar ansuran rumah berkenaan, malah terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah.

“Dalam perjanjian jual beli oleh pemaju sebelum ini, projek berkenaan dikatakan dapat siap dalam tempoh 24 bulan.

“Tetapi sampai hari ini kami masih tidak boleh mendiami rumah berkenaan, namun tetap membayar ansuran rumah sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, rumah berkenaan dibeli sekitar RM87,000 seunit.

Seorang lagi pembeli, Mohd Affendy Abd Wahid, 34, berkata, dia kesal kerana projek peruma-han yang sudah siap 65 peratus itu dihentikan secara tiba-tiba.

“Saya benar-benar kecewa. Sampai bila kami harus sabar menunggu ? Saya masih lagi menyewa rumah.

“Hasil pertemuan dengan pihak pemaju awal tahun ini pun tidak membawa apa-apa jalan penyelesaian,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, pembeli di situ sudah sepakat mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju bagi menuntut semula wang pinjaman yang sudah dibayar pembeli dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN – DAP) Temiang, Ng Chin Tsai yang turut mendengar keluhan pembeli projek perumahan tersebut berjanji akan cuba membantu dengan melantik peguam bagi mengadili masalah dihadapi.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9035720.asp