BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

8/29/11

Majlis Perbandaran Port Dickson tak professional


KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG
27 OGOS 2011

KESAL FUNGSI MASJID & RUANG KEBAJIKAN DISEMPITKAN DALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan 1432 Hijrah yang sedang kita jalani selaku Ummat Islam di Malaysia perlu dilihat sebagai Madrasah Ramadhan atau Bulan Tarbiyyah bagi menyucikan jiwa dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT. Kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam yang kurniakan.

Seharusnya bulan Ramadhan dijadikan bulan untuk mengeratkan silaturrahim dan menjadi medan ‘Fastabikul Khairat’ ataupun sebagai bulan untuk kita berlumba-lumba melakukan kebajikan. Melakukan kebajikan merupakan salah satu daripada saranan Allah SWT dalam Al-Quran. Sudah pasti fungsi institusi masjid dan surau adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan ruangan untuk melakukan kebajikan seperti memberi sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadhan.

Namun yang saya kesalkan ialah terdapat masjid-masjid dan surau-surau yang merupakan Rumah Allah SWT yang telah disempitkan fungsinya dengan tidak memberikan ruang kepada Ahli Parlimen mahupun pemimpin Pakatan Rakyat untuk bersolat dan memberikan sumbangan kebajikan di Rumah Allah SWT tersebut. Ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak terlibat yang telah menyempitkan ruang melakukan kebajikan di masjid dan surau sempena bulan Ramadhan.

Apakah Rumah Allah SWT seperti masjid-masjid dan surau-surau sudah menjadi rumah politik parti tertentu sahaja? Apakah masjid-masjid dan surau-surau hanya menjadi masjid dan surau UMNO/BN sahaja sama ada di Telok Kemang ataupun N. Sembilan? Ini merupakan politik sempit kepartian yang jelas menunjukkan kedangkalan mereka tentang penghayatan Ramadhan sebagai bulan ibadah.

Umat Islam umumnya berasa kesal dengan situasi yang berlaku seumpama ini yang langsung tidak mencerminkan semangat ukhwah Ramadhan dan semangat ‘Fastabikul Khairat’ seperti mana yang dianjurkan oleh Al-Quran. Sewajarnya institusi masjid dan surau dibuka luas kepada mana-mana pihak untuk melakukan ibadah dan menyumbangkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan.

Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan perlu mengambil langkah-langkah segera bagi menangani fenomena ‘menyempitkan fungsi masjid & surau’.

Selain itu, saya juga amat kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam menangani isu kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Saya membantah tindakan MPPD yang telah mencabut dan merampas kain rentang – kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat kononnya tidak mempunyai pelekat kebenaran untuk menggantung kain rentang tersebut. Namun apa yang dikesalkan ialah terdapat juga kain rentang bagi tujuan yang sama daripada pihak lain tidak pula dicabut dan dirampas oleh pihak MPPD walaupun tidak mempunyai pelekat kebenaran untuk digantung atau ditampal.

Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa majlis perbandaran telah bersikap tidak profesional serta menghalang usaha-usaha oleh Ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Rakyat dalam memaknakan Ramadhan sebagai bulan untuk mengukuhkan silaturrahim. Sikap berat sebelah majlis perbandaran seumpama ini tidak wajar berlaku jika MPPD mengambil sikap bertanggungjawab dan menghormati bulan Ramadhan sebagai bulan ukhwah. Sikap negatif yang wujud dalam pentadbiran majlis perbandaran perlu diubah bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadhan.

YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang

Sumber : http://angkatanmudan9.wordpress.com/2011/08/28/kenyataan-media-ahli-parlimen-telok-kemang/

8/28/11

Menara MAINS, apakah akan jadi Gajah Putih?


Apakah Menara MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) ini akan menjadi satu lagi Projek Gajah Putih? Apa rasionalnya membina Menara MAINS ini dikala umat Islam di negeri ini khususnya di Seremban dahagakan bangunan sekolah menengah Islam yang baru kerana permintaan yang terlalu ramai, sedangkan sekolah menengah agama yang ada aliran sains untuk SPM hanya satu saja iaitu di SHAMS.

Bagaimana pula dengan status Bazaar MAINS di tengah bandar Seremban yang hidup segan , mati tak mahu? Sila baca sendiri para peniaga Melayu di Bazaar MAINS Seremban di http://pasns.blogspot.com/2010/01/kfc-baru-seremban-atas-tanah-pusat.html

Juga bagaimana pula dengan status bangunan komersial dan bangunan kedai lain milik MAINS yang tidak berdaya maju?

Juga beberapa Projek Gajah Putih sebelum ini di http://gajahputihn9.blogspot.com/

Menara Mains jadi mercu tanda
Sinar Harian 28 Ogos 2011

CHUAH - Negeri Sembilan bakal memiliki menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang akan menjadi mercu tanda di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menara ini akan dibina setinggi 12 tingkat dan tiga tingkat pada bahagian podium menara tersebut.

“Menara Mains itu dibina di tapak bekas Hotel Tasik di Jalan Tasik sebagai mercu tanda negeri ini yang sentiasa memartabatkan syiar Islam.

“Apabila siap, menara itu nanti ia akan menjadi ‘penyambut tetamu’ kepada pengunjung yang datang ke Negeri Sembilan khususnya daerah Seremban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Bantuan Fakir Miskin serta Bantuan Tahunan Masjid di Masjid Kariah Chuah, Port Dickson, baru-baru ini.

Mohamad berkata, tujuh masjid di daerah ini menerima bantuan sebanyak RM10,500 daripada Mains untuk tujuan penyelenggaraan perlaksanaan aktiviti di masjid masing-masing.

“Untuk tahun 2005 hingga 2010 sahaja sebanyak 17 masjid dibina dengan kos mencecah RM8 juta sementara bagi tahun ini, sebanyak tiga masjid baru telah dibina.

“Pada tahun hadapan pula, tiga lagi masjid masing-masing di Rantau, Bandar Springhill dan Serting Tengah akan dibina dengan setiap satu kos mencecah RM10 juta,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Negeri Sembilan akan terus memastikan kedaulatan Syiar Islam sentiasa dipertingkatkan dan antaranya melalui pembinaan masjid di negeri ini untuk memudahkan masyarakat Islam melaksanakan ibadah dengan selesa.

“Negeri kita juga memiliki individu yang pakar dalam agama dan baru-baru ini Negeri Sembilan berjaya melahirkan qari serta qariah berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Oleh yang demikian, anak-anak yang berpotensi mengikut jejak qari dan qariah ini akan dibimbing sehingga layak ke pengajian Akademi Al-Quran yang akan dijalankan pada hujung minggu dan musim cuti sekolah,” katanya.

Malah katanya, perkara itu akan diwujudkan segera bagi melaksanakan pembangunan seimbang memandangkan mereka telah memiliki Akademi Bola Sepak yang mendapat sambutan baik.

“Selain itu, banyak yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Sembilan dan masyarakat menerima manfaatnya.

“Pelbagai cara dilakukan dengan matlamat, anak mesti khatam al-Quran sebelum memasuki sekolah menengah,” katanya.

Katanya, jika tahun lepas, seramai 5,000 murid Tahun Enam khatam al-Quran dan pada tahun ini, telah ada perancangan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk majlis sama dilakukan dan melibatkan murid Tahun Enam dan Lima mencecah 13,000 murid.

“Majlis ini bakal menjadi acara tahunan Kerajaan Negeri dan bakal dilaksanakan di padang majlis perbandaran,” katanya lagi.

Pada majlis ini, Mohamad menyampaikan bantuan Mains kepada tujuh Masjid di Port Dickson dengan setiap masjid menerima RM1,500 dan juga kepada 57 penerima asnaf fakir miskin menerima RM300 setiap seorang serta meluluskan sumbangan lima komputer kepada kariah Masjid Chuah.

Selain itu, majlis khatam al-Quran turut diadakan oleh rakan muda daripada tujuh Persatuan Belia di negeri ini melibatkan 280 orang di masjid berkenaan bermula jam 4 petang hingga 7 malam.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9472939.asp

8/23/11

Surat kpd MB N.Sembilan bantah PD Pusat Pelarian



SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI BESAR N. SEMBILAN

Kepada,

YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban,
Negeri Sembilan. 22 OGOS 2011

YAB. Dato’ Seri,

Membantah Penempatan Pelarian Australia di Port Dickson

1. Saya membawa pandangan rakyat membantah penempatan pelarian dari Australia di Port Dickson yang dilihat tidakpun memberikan kesan positif terhadap imej pelancongan Port Dickson. Tindakan kerajaan negeri membenarkan Port Dickson menjadi transit kepada pelarian dari Australia ini dilihat bertentangan dengan semangat menaikkan imej Bandar Port Dickson sebagai pusat dan destinasi pelancongan di sebelah pantai barat.

2. Mereka akan ditempatkan di Rumah Cycle Carri dan di Cresent Peak (bekas hotel) sebagai penempatan pelarian. Saya melihat situasi ini tidak memberi manfaat kepada rakyat Port Dickson daripada aspek pembangunan, keselamatan dan pelancongan. Dasar negeri tidaklah harus membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing.

3. Secara peribadi saya melihat bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menjadikan Port Dickson sebagai tempat lambakan perkara negatif kerana ini bertentangan nilai dengan salah satu daripada Strategi Pembangunan Kerajaan Negeri iaitu ‘Mempelbagaikan produk pelancongan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur untuk menarik kedatangan pelancong serta menggalakkkan penyertaan sektor swasta dalam pelaburan pelancongan’. Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi tersebut.

4. Disamping itu, saya bimbang sekiranya tidak ada sesuatu sistem keselamatan yang baik di kawasan tersebut memungkinkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini terhadap penduduk tempatan. Saya juga bimbang akan keselamatan pengunjung dan pelancong yang mungkin terganggu gugat dengan kewujudan pusat transit pelarian ini.

5. Kebimbangan saya lebih diperkuat dengan terdapatnya laporan ada pihak hotel yang dikelirukan dengan rancangan ini dengan makluman kononnya hotel mereka hendak disewa bagi tujuan kegunaan kumpulan jurutera dan kemudiannya ditukar untuk kegunaan latihan pengurusan pula. Namun, setelah terbongkar tujuan penyewaan pihak tertentu itu yang sebenar, pihak hotel telah membatalkan tempahan kerana tidak mahu menanggung risiko walaupun akan terlepas kesempatan mengaut keuntungan yang besar. Tujuan pihak penganjur mengelak daripada mengamalkan keterbukaan lebih menguatkan lagi kecurigaan orang awam.

6. Saya berpendapat membiarkan Telok Kemang atau Port Dickson menjadi lokasi lambakan projek-projek seperti pembuangan sisa-sisa pepejal, loji-loji perusahaan tenaga bebas, loji-loji penapis minyak dan juga sebagai tempat pelupusan sistem kumbahan ke laut, sudah cukup untuk mencemarkan nama pantai ini sebagai satu-satunya tempat pelancongan yang unggul di negara ini.

7. Saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing bagi menjaga imej bandar Port Dickson sebagai pusat pelancongan. Saya juga sebagai rakyat Negeri Sembilan tidak mahu imej Port Dickson sebagai destinasi pelancongan tercalar disebabkan kewujudan pusat penempatan pelarian yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat tempatan serta tidak bermanfaat langsung kepada Bandar Port Dickson sebagai tempat pelancongan.

Salam Hormat & Salam Perjuangan,

Yang ikhlas,
YB. Dato’ Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang
22 Ramadhan 1432 H/22 Ogos 2011

Sumber : http://minda-pemuda.blogspot.com/2011/08/surat-terbuka-kepada-menteri-besar-n.html

Tuesday August 9, 2011
Expulsion to KL from Australia put on hold for court hearing

CANBERRA: Australia's plan to expel asylum seekers to Malaysia as part of a new refugee swap deal was delayed yesterday for at least two weeks until the Australian High Court can rule on its legality.

Refugee advocates obtained an injunction in the court late on Sunday against the government flying the first 16 asylum seekers to Kuala Lumpur yesterday morning.

Justice Kenneth Hayne said yesterday the injunction would remain in force until the full bench of seven judges hears the case in the week beginning Aug 22.




Place of refuge: The centre in Port Dickson which is believed to be where refugees transferred from Australia will transit under the new refugee swap deal between Malaysia and Australia. — Reuters

The delay is a blow to the government, which had said it would post video on social networking sites Facebook and YouTube showing the asylum seekers boarding the first chartered flight to Kuala Lumpur as a way of deterring others from coming by boat to Australia.

Lawyer David Manne, who leads the Melbourne-based Refugee and Immigration Legal Centre, said he was challenging the government's claim that Malaysia would provide adequate protection.

Critics have said Malaysia has a poor record of respecting refugees' human rights, and note that it has never signed the Refugee Convention or Convention Against Torture.

Manne said some of the asylum seekers “have expressed very serious concerns that they would be persein cuted in Malaysia, including on the basis of their religious beliefs.”

The 16 in the test case are among 55 asylum seekers from Afghanistan and Pakistan who arrived by boat last week at an immigration detention camp on the Australian territory of Christmas Island in the Indian Ocean.

Manne said they should have a right to seek refugee status and protection in Australia instead of being expelled to Malaysia.

Amnesty International welcomed the injunction, saying it was “horrified that the Australian government is continuing to try to make an example out of vulnerable people, including unaccompanied children,” according to a statement.

Immigration Minister Chris Bowen said the government was considering asking that the case be moved up, saying “it would be better that the case were heard as urgently as possible.”

“Any uncertainty around this issue, of course, has the danger of playing into people-smugglers' hands,” he said. - AP

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/9/nation/9261916&sec=nation

Refugee swap plan now in limbo
2011/08/08




A view from the side entrance showing two units of a single-storey housing complex in Port Dickson, where it is believed refugees transferred from Australia will transit under the new refugee swap deal. — Reuters picture

CANBERRA: Australia's highest court on Monday extended an injunction stopping the deportation of asylum seekers to Malaysia, leaving Prime Minister Julia Gillard's border security policy in limbo until late August or September when a final ruling is expected.

Gillard has signed a refugee-swap deal with Malaysia to challenge perceptions her government is soft on the issue of asylum seekers and raise her support with voters, who would throw her from office if an election was held now.

Lawyers representing a group of boatpeople who were due to be deported later on Monday, the first under Gillard's deal, argued in the High Court of Australia that the government did not have the legal power to send them to Malaysia.

"There is a sufficiently serious question to be tried," said High Court judge Kenneth Hayne in referring the case to a full bench of the court, which will sit on Aug 22. The injunction would be extended until a final ruling was made, he said.

The Malaysia deal is the second attempt by Gillard to have an Asian nation take boatpeople, having announced earlier that Timor Leste had agreed to such a deal only to have it rejected by the Timor Leste parliament. A second failure by Gillard to achieve a regional agreement would further strengthen voter perceptions her Labor government, already struggling in opinion polls, is inept on policy and unable to deliver on major promises.

Asylum seekers are a long-running political flashpoint in Australia, splitting voters and helping swing the outcomes of past elections, despite the country receiving just under 0.5 percent of the world's refugee hopefuls, according to UN data.

Under the deal, Australia would to Malaysia send 800 asylum seekers who arrive by boat, to have their refugee claims processed there.

In return, Australia will accept 4,800 people from Malaysia who have been granted refugee status. -- Reuters

http://www.nst.com.my/nst/articles/LIMB08A/Article/

8/22/11

Negeri Sembilan akan menjadi pusat pelarian

Kerajaan negeri didesak tidak terima pelarian
22 Ogos 2011



"Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi tersebut”, jelas Kamarul Baharin.

TELOK KEMANG: Tindakan kerajaan negeri membenarkan Port Dickson menjadi transit kepada pelarian dari Australia dilihat bertentangan dengan semangat menaikkan imej Port Dickson sebagai pusat dan destinasi pelancongan kata, Ahli Parlimen Telok Kemang, Kamarul Baharin Abbas.

“Mereka akan ditempatkan di Rumah Cycle Carri dan di Cresent Peak (bekas hotel) sebagai penempatan pelarian.

“Saya melihat situasi ini tidak memberi manfaat kepada rakyat Port Dickson daripada aspek pembangunan, keselamatan dan pelancongan. Dasar negeri tidaklah harus membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing.

“Secara peribadi saya melihat bahawa kerajaan negeri tidak boleh menjadikan Port Dickson sebagai tempat lambakan perkara negatif kerana ini bertentangan nilai dengan salah satu daripada strategi pembangunan kerajaan negeri iaitu ‘Mempelbagaikan produk pelancongan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur untuk menarik kedatangan pelancong serta menggalakkkan penyertaan sektor swasta dalam pelaburan pelancongan’.

“Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi tersebut,” jelas Kamarul Baharin.

Keselamatan penduduk

Beliau juga menyatakan kebimbangan beliau terhadap keselamatan penduduk setempat dan pelancong yang mungkin terganggu dan tergugat dengan kewujudan pusat transit pelarian ini.

“Membiarkan Telok Kemang dan Port Dickson menjadi lokasi lambakan projek-projek seperti Pembuangan Sisa Pepejal, loji-loji Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Loji-loji Penapisan Petroleum dan juga sebagai tempat pelupusan sistem kumbahan ke laut, sudah cukup untuk mencemarkan nama pantai ini sebagai salah satu tempat pelancongan yang unggul di negara ini.

“Saya mendesak agar kerajaan negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing bagi menjaga imej bandar Port Dickson sebagai pusat pelancongan,” kata beliau lagi.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/22/kerajaan-negeri-didesak-tidak-terima-pelarian/

PAS Jempol agih sumbangan raya bersama ADUN

PAS Kawasan Jempol, Negeri Sembilan telah mengagihkan sumbangan Hari Raya bersama ADUN Bahau. Gambar program sumbangan tersebut pada blog ADUN Bahau di http://teokokseong.blogspot.com/2011/08/mengagih-sumbangan-hari-raya-bersama.html



Munajat Perdana 26 Ogos 2011 N.Sembilan



PROGRAM MUNAJAT PERDANA
Tarikh : 26 Ogos 2011 Jumaat
Masa : 9.45 mlm - 5.50 pagi
Tempat : Muassasah Darul Shariff , Jempol, N.Sembilan

Objektif :
- Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas PAS untuk menghadapi PRU 13.
- Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas PAS.
- Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam.

Peserta :
Pimpinan PAS di semua peringkat, ahli PAS, penyokong PAS, orang ramai semua dijemput hadir.

Tentatif Program
09.00-09.45 PM Solat Tarawih
09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live)
10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis
(Live daripada Taman Melewar)
10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila)
10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila)
11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru).
03.00 -05.50 AM Munajat di negeri masing-masing

8/21/11

Facebook Ketua Penerangan PAS N.Sembilan

Adalah dimaklumkan Facebook Ustaz Nor Azman bin Mohamad yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan ialah di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000444002513


8/19/11

1,000 pelajar tuntut baki wang PTPTN

Berita Harian 19 Ogos 2011

Kolej 'simpan' lebihan pinjaman

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 pelajar salah sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan meminta supaya pihak pengurusan kolej itu mengembalikan semula baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) milik mereka dengan segera.

Nasib pelajar itu mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas persatuan menerima lebih 50 aduan daripada ibu bapa berhubung tindakan kolej berkenaan yang dipercayai menyimpan baki pinjaman. Pegawai Kerja PPIM Mohd Mustaffa Hamzah berkata, selepas menerima aduan terbabit pihaknya beberapa kali menghubungi pihak pengurusan kolej berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian tetapi menemui jalan buntu.

“Kolej itu hanya dibenarkan mengambil peruntukan pinjaman bagi pembayaran yuran saja, manakala bakinya 25 peratus menjadi hak pelajar bagi kegunaan pembelajaran.

“Contohnya, jika jumlah pinjaman RM10,000 sepatutnya RM2,500 diberikan kepada pelajar tetapi perkara itu tidak dilakukan pihak kolej terbabit. Tindakan kolej itu menyusahkan pelajar, ” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Pelajar Tahun Tiga Perisian Kejuruteraan, Amirul Aizat Yahya, 20, mengakui beliau sukar meneruskan pengajian dan bercadang melakukan kerja separuh masa di restoran segera bagi menampung kos pengajiannya.

“Saya memerlukan sumber kewangan yang agak banyak untuk menyiapkan projek akhir saya terutama pembelian peralatan selain tidak mahu menyusahkan ibu bapa, ” katanya.

Bapa kepada salah seorang pelajar, Ismail Mohd Deni, 53, berkata agak hairan dengan tindakan pihak kolej menukar tawaran sumber pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada PTPTN pada saat akhir.

“Pada masa itu, jika kami tidak ambil pinjaman PTPTN, pihak kolej memberitahu pelajar tidak akan dapat ambil peperiksaan, jadi saya pun ikutlah, sampailah ketika permohonan, pihak kolej suruh kami membuka lagi akaun CIMB di Salak Tinggi saja, jadi saya rasa seperti ada udang di sebalik batu, ” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_000pelajartuntutbakiwangPTPTN/Article

Adab Sambut Idil Fitri 23 Ogos 2011 Senawang

CERAMAH AGAMA
Tajuk : Santuni Idil Fitri
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Khusairi Hamthan
Tarikh : 23 Ogos 2011 , Selasa
Masa : Selepas Tarawih
Tempat : Surau Taman Matahari Heights, Senawang

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan dan sumbangan sila hubungi Ustaz Nazri Esa 013-3098775

Cek sumbangan atas nama : SURAU TAMAN MATAHARI HEIGHTS
No akaun : 221121070325 (Bank Rakyat)

JADUAL TERKINI IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H

JADUAL IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H

Semua ahli dan penyokong dijemput hadir :

Kawasan : Seremban
Tarikh : 19 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Kg Macang, Lenggeng
Wakil Perhubungan : Tuan Hj Anuar

Kawasan : Kuala Pilah
Tarikh : 21 Ogos 2011 , Ahad
Tempat : Dataran Kg. Dioh
Tetamu khas : YB Siti Zailah Md Yusof , Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Wakil Perhubungan : Abd. Rahman

Kawasan : Rembau
Tarikh : 26 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Teratak Amal
Wakil Perhubungan : YB Hj Taufek

Kawasan : Jempol
Tarikh : 26 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Muassasah
Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop

Kawasan : Jelebu
Tarikh : 27 Ogos 2011 , Sabtu
Tempat : Rumah Tn. Hj. Jaaman
Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop

8/18/11

Salahudin, Mahfuz raikan PAS Seremban

HARAKAH : 19 - 21 OGOS 2011


PAS Seremban bakar 300 lemang

HARAKAH : 19 - 21 OGOS 2011


Company stops bus service to three housing estates in Seremban

Company stops bus service to three housing estates in Seremban
Wednesday August 17, 2011

RESIDENTS in Taman Permai, Taman Duyung and Taman Oakland have been left stranded as the bus service to the residential areas has stopped since May 30.

They now have to pay more in taxi fare to reach to their destinations such the schools, hospital and market.

The bus company, Seremban Town Service (STS), which serves the residential areas hourly, has stopped the service because of poor passenger load.

Mary Theresa, 82, who works in Kemayan Square, now walks 2km to her working place if she fails to flag down a taxi.

“It used to cost me just a ringgit by bus but now I have to fork out RM8 for a taxi or RM2 if I am able to share the fare with three others.

“I am only a casual worker and cannot afford to travel by taxi,” said Theresa from Taman Permai I.

Chin Ah Teng, 65, from Taman Permai II, said he had missed out on his hospital appointment once waiting for the bus because he did not know the service had stopped.



Frustrated: Residents waiting at the bus stop in Taman Permai I to flag down passing taxis.

Chin said last month he called for the taxi and was charged RM8 for a one-way trip to the hospital and an additional RM2 for the call charges.

“Imagine having to fork out RM18 just for a trip to the hospital and back. This is a financial burden for senior citizens,” he said.

K. Vijayakumari, 59, said most of the residents in Taman Permai were middle-class families who were without their own transport and had to depend on the bus service.

However, Mary Josephine, 55, and Ng Ah Siew, 61, have been offering to send residents if they are heading to town in the morning and appealed to the authorities to solve the transport issue soon because school children are also affected.

“This should be a social responsibility by the bus company. It is a pity to see children walking to school for the past two months,” said Josephine.

SMK ACS student Hoo Kar Ken, 16, said it was easier going to school than coming back unless he shared a taxi with others heading in the same direction.

“The fare used to be 60sen one way by bus but it is three times more now by taxi,” said Hoo.

Bukit Kepayang assemblyman Cha Kee Chin said STS should be more considerate towards the residents and resume service.

Cha said he had contacted the bus company but was told that the services would resume by the end of July.

“It is August now and there is a long silence from the bus operator. I have had discussions with City Liner and they have promised to look into my request,” added Cha.

Cha said he had even raised the matter at the state assembly on Monday as the residents especially the senior citizens and school children have been inconvenienced for too long and the mentri besar had promised to look into the problem.

He also pointed out that since the Seremban Municipal Council was subsidising the bus company servicing residents in Nilai and Pajam, they could also extend the same privilege to the residents in these areas.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/8/17/central/9294746&sec=central

8/16/11

Empat rumah berlumpur



Empat rumah berlumpur
Sinar Harian 16 Ogos 2011

BAHAU - Sebanyak empat rumah di Bukit Taisho, dekat sini berlumpur akibat hujan lebat hampir sejam yang turut menyebabkan banjir kilat, baru-baru ini.

Adun Bahau, Teo Kok Seong berkata, hampir 15 penduduk kawasan berkenaan terpaksa berhadapan situasi itu apabila hujan turun lebat tanpa henti.

Menurutnya, penduduk di sini mendakwa banjir kilat berlaku adalah berpunca dari projek pembangunan berhampiran Bukit Taisho.

“Ia juga menyebabkan lumpur dan pasir menutup sistem perparitan sedia ada. Ini menyukarkan dan turut menyekat laluan air.

“Paras banjir paling tinggi adalah lebih kurang tiga meter. Rumah yang dibanjiri air parasnya lebih dari satu meter,” katanya.

Difahamkan, pihak bomba dan penyelamat, Majlis Daerah Jempol (MDJL) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah turut turun padang membantu penduduk kawasan berkenaan.

Kok Seong berkata, ia adalah antara banjir terburuk melanda kawasan terbabit, malah hampir semua barang dalam rumah penduduk basah dan rosak akibat hujan.

“Hujan terlalu lebat dan menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang mereka. Saya berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan wajar bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang.

“Tindakan pantas semua agensi kerajaan yang datang ke kawasan banjir pada hari kejadian amat dihargai dan saya berpendapat bahawa mana-mana projek pembangunan haruslah dipantau dari masa ke semasa demi kepentingan serta keselamatan penduduk,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9434326.asp

8/15/11

Najib, mana buktinya?’



Najib, mana buktinya?’
15 Ogos 2011

Ketua PKR Jempol, Karip Mohd Salleh mencabar Perdana Menteri memberi statistik untuk membuktikan dakwaan beliau.

JEMPOL: Ketua PKR Jempol, Karip Mohd Salleh hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bukti kononnya ramai peneroka memiliki kereta sehingga dua buah seorang.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Najib dilaporkan berkata: “Kalau kita lihat hari ini rumah-rumah peneroka banyak yang sudah bertaraf banglo, yang kalau di Kuala Lumpur harganya mungkin mencecah RM1.5 juta. Ramai yang mempunyai kereta, sebahagiannya dua buah dan ada yang memiliki empat buah kereta.”

Membidas kenyataan Najib, Karip yang juga merupakan seorang peneroka dari Felda Serting Hilir 5 di sini mencabar Najib memberi statistik untuk membuktikan dakwaan beliau.

“Saya mencabar Najib agar memberikan bukti bahawa daripada seramai 112,635 peneroka dari seluruh negara, berapa ramaikah yang memiliki kereta? Daripada jumlah yang memiliki kereta itu berapa ramaikah yang memiliki dua buah kereta dan empat buah kereta? “Jika peneroka memiliki kereta sekalipun, tolong nyatakan apakah ianya kereta baru atau kereta yang sudah uzur?

Beliau menegaskan, “saya berbesar hati mengajak Perdana Menteri saya untuk bersama-sama melawat Gugusan Felda Serting dan Gugusan Felda Palong untuk melihat sendiri berapa ramaikah peneroka Felda memiliki kereta. Kereta milik anak mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, Seremban dan Melaka contohnya tidak harus diambil kira,” kata Karip.

Dibelenggu dengan hutang

Karip kesal kerana gambaran yang diberikan oleh Najib seolah-olah peneroka kini mewah sedangkan hakikatnya peneroka masih dibelenggu dengan hutang puluhan ribu ringgit kepada Felda.

“Najib turut mendakwa bahawa rumah peneroka banyak yang sudah bertaraf banglo. Banyak itu berapa? Bolehkah Najib memberikan peratusan peneroka memiliki rumah bertaraf banglo dan peratusan peneroka yang memiliki dua buah hingga empat buah kereta seorang daripada keseluruhan 112,635 peneroka?

“Daripada mengatakan ramai peneroka memiliki dua buah kereta boleh tak Najib dan Felda umumkan berapa ramai pula peneroka yang masih tidak mampu memiliki kereta dan hanya menggunakan motosikal?,” tanya Karip.

Karip berkata kenyataan manis Najib tersebut mungkin mempengaruhi pengundi di kawasan bandar dan luar Felda yang tidak tahu situasi sebenar di Felda tetapi bukan di kalangan pengundi yang terdiri daripada peneroka itu sendiri.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/15/najib-mana-buktinya/

Jom Sertai Kelab Protes Barang Naik

Bosan dengan harga barang semakin naik saban hari? Bil elektrik naik, bil air naik, gas naik, minyak naik, gula naik, semua naik? Tak ada yang turun, semua naik. Yang turun cuma hujan. Kalau boleh dinaikkan hujan, mereka akan naikkan juga hujan.

Jom sertai Kelab Protes Barang Naik dan klik LIKE di https://www.facebook.com/pages/Kelab-Protes-Barang-Naik-Protes-BN/130492440376510



8/14/11

Masalah air tiada kesudahan di Bandar Diraja N.Sembilan


Aduan Rakyat , 13 Ogos 2011 - Masalah Air di Sri Menanti Negeri Sembilan : Masalah ketiadaan air terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan seperti hariraya telah berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih teruk bila tiba hariraya dimana air dicatu berhari-hari sehingga terpaksa mencari alternatif lain.

Saya tidak pasti apa yang menjadi punca masalah ketiadaan air. Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang jawapan positif yang diterima.

Beberapa hari saja lagi hari raya bakal menjelang tiba. Ketiadaan air kadang-kadang menjadi trauma dan berasa malas untuk balik kekampung. Tapi apa kan daya mahu tak mahu terpaksa juga balik kampung.

By: Ishak bin Said http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-sri-menanti-negeri-sembilan

Beberapa masalah bekalan air di Negeri Sembilan di bawah ini :

Orang Kuala Pilah merana, bekalan air bermasalah di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/08/rakyat-nsembilan-merana-bekalan-air.html

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/07/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas.html

8/13/11

Membeli sambil membantu PASTI N.Sembilan



JUALAN AMAL MANTAI 1432/2011
Untuk Tabung Dana Kebajikan PASTI Negeri Sembilan http://pasti-n9.blogspot.com/

Ayam organik RM 20/ekor
Daging lembu RM 20/kg
Tulang RM 18/kg

Untuk pertanyaan atau pertanyaan sila hubungi saudara Nazri Zainal (Lajnah Kebajikan PASTI N.Sembilan) 019-9103431

8/12/11

Daif sungguh bas di Seremban, kerajaan BN tak prihatin



Telah 2 bulan perkhidmatan bas ke Taman Permai, Seremban terhenti. Penduduk yang berpendapatan rendah mengeluh dengan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam. Mereka terpaksa menggunakan teksi dengan bayaran yang tinggi untuk mereka. Sampai bila, sampai bila mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Sembilan akan diperbaiki?

Masalah aduan perkhidmatan Cityliner Seremban di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/08/siasat-aduan-perkhidmatan-bas-cityliner.html

Daif dan teruk sunnguh perkhidmatan bas di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

DISTRAUGHT OVER HALT IN BUS SERVICE
August 12, 2011

Taman Permai residents in Seremban have been waiting for two months for resumption of service to their area.

SEREMBAN: Residents from Taman Permai here have been severely inconvenienced since the bus service from the residential area to Seremban town was stopped two months ago.

Most of the affected residents are senior citizens, schoolchildren and those without their own transport.

Mary Teresa, 82, who travels to Seremban where she works as a teacher at a private school, said that the last time the Seremban Town Service (STS) bus serviced the area was on May 30.

“We don’t have any idea why they stopped the service abrubtly. The bus ride costs me just RM1 for a one-way trip to Seremban.

“Now I have to fork out RM8 per trip for a taxi. If I’m fortunate and there are four people sharing a cab heading to town, I fork out only RM2. But that rarely happens.

“I have no husband to support me. Where do I find the money to take taxis everyday?” asked a distraught Mary.

Another resident, S Balaventhiran, 48, who has three secondary schoolgoing children, appealed to the authorities to solve the transport issue as soon as possible.

“Previously, my children who are studying in a secondary school in Seremban only have to pay RM1 each for the bus fare to get to their school.

“Now I have to fork out RM16 daily for their transport to and fro. This does not include the cash for them to buy foods and drinks. It’s really a heavy burden on me,” said Balaventhiran.

Only one bus plying the route

Ng Ah Siew, 61, said taxi fares cost her RM8 one way as and when cabbies pass through the residential area and she is able to flag down one .

“If we call for a taxi, the call charges will be added on and I have to pay RM10 per trip. Can you imagine how much I have to pay a day when I go to market or the hospital?” asked Ng.

DAP Kepayang state assembylmen, Cha Kee Chin, said when he contacted STS, he was told that the only bus plying the route suffered a major breakdown.

“They told me they’ve been unable to get a replacement but nevertheless assured me the bus will be on the streets by the end of July. It’s August now.

“Then two weeks ago I had a meeting with City Liner, another bus operator in Seremban, to resolve the problem. They told me that they will consider my request,” said Cha.

Cha also raised the matter at the State Legislative Assembly sitting on Monday.

“Since the Seremban Municipal Council is subsidising the bus company servicing residents at Nilai and Pajam, why can’t the state government do the same to service this area?

“I hope the state government will solve this problem as soon as possible as the residents are suffering from the lack of a proper public transport system,” said Cha.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/12/distraught-over-halt-in-bus-service/

Penyelewengan agihan komputer 1Malaysia di N.Sembilan



KETIDAKADILAN PEMBAHAGIAN NOTEBOOK 1MALAYSIA ! Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato’ Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.

Untuk makluman pihak tuan, guru-guru telah memilih senarai pelajar yang layak menerima notebook secara rawak. Pihak sekolah tidak mengkaji latar belakang pelajar dengan lebih teperinci.

Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.

Selain itu, ada juga pelajar yang mempunyai penjaga yang berpendapatan melebihi kelayakan yang sepatutnya telah mendapat bantuan ini.

Saya bagi pihak yang prihatin ingin memaklumkan bahawa lebih ramai lagi pelajar di sekolah ini yang layak menerima bantuan notebook antaranya keluarga pelajar yang menerima bantuan PPRT tetapi malangnya mereka tdak diberi perhatian olah pihak sekolah.

Jadi, dimanakah hilangnya keprihatinan guru-guru terhadap anak murid yang susah tetapi mempunyai masa hadapan yang cerah jika pada waktu ini mereka diabaikan?

Diharap dengan aduan ini,pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana kita semua maklum bahawa sumbangan notebook 1Malaysia ini adalah berterusan dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekian..

By: ahmad diah - Aduan Rakyat, 11 Ogos 2011
http://www.aduanrakyat.com.my/ketidakadilan-pembahagian-notebook-1malaysia

PEMBAHAGIAN NETBOOK OLEH KERAJAAN
Aduan Rakyat, 11 Ogos 2011

Merujuk kepada pembahagian netbook oleh kerajaan bermula 2010 lagi. Pihak kerajaan perlu membuat semakan. Jangan hanya merasa seronok dapat menunjukkan kebaikan melalui dada akhbar sahaja. Kerajaan yang prihatin.

Macam biasa bagi mereka yang dapat tersenyum lebar tetapi apa perasaan bagi yang tak dapat seperti saya.

Asas pemilihan tidak berapa jelas, keluarga miskin sahaja atau ada faktor lain. Sebagaimana yang diadukan ada juga dikalangan penerima dari keluarga yang agak berada. Keluarga yang tak dapat tetapi merasakan mereka layak juga tentu rasa terkilan. Terus tertanam rasa tidak hormat kepada kerajaan.

Miskin juga satu faktor relatif.

Umpamanya pendapatan keluarga RM1,500 dianggap miskin dan layak. Pendapatan RM3,500 tidak layak. Cuba bandingkan siapa lebih miskin. Keluaga A (pendapatan RM1,500) dengan 2 orang anak (sek menengah dan rendah), Keluarga B(pendapatan RM3,500) dengan 8 orang anak ( 3 sek rendah, 3 sek menengah dan 2 IPT).

Perbelanjaan keluarga A lebih besar dalam segala hal contohnya rumah sewa. Keluarga A boleh sewa rumah 2 bilik @ RM450. Tetapi keluarga B terpaksa sewa rumah paling kurang 3 bilik @ RM650.

Untuk perbelanjaan lain, bolehlah congak sendiri. Secara perkapita pun keluarga A @ RM375 berbanding B @ RM350. Jadi jelas disini keluarga B lebih miskin. Jadi saya meminta pihak kerajaan memandang balik .

Disamping pendapatan keluarga, tengok juga jumlah tanggungan. Contohnya saya yang berpendapatan RM3,500 mempunyai 8 anak dan hidup dibandar terasa begitu perit. Jadi kalau dapat netbook free tu rasa legalah sikit.

By: Mohd Norman
http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-netbook-oleh-kerajaan

PEMBAHAGIAN MINI LAPTOP YANG TIDAK ADIL
Aduan Rakyat, 8 Ogos 2011

Saya terpanggil untuk membuat aduan di ruangan ini mengenai pembahagian mini LAPTOP 1MALAYSIA YANG HANYA DI BERIKAN KEPADA ORANG YANG BERADA ,IBUBAPA YANG BERKERJA DI KERAJAAN SEPERTI GURU DAN SEDARA MARA SI PEMBERI?

Kenapa hal begini berlaku sedangkan ramai lagi remaja sekolah yang miskin ank yatim dan piatu tidak di berikan? Adakah ini arahan dari pihak kerajaan atau pihak tersebut yang mengadakan arahan?

Saya rasa amat terkilan kerana kebanyakan yang mendapat bantuan adalah anak-anak guru dan golongan yang berada.

Saya berharap hal ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Terima kasih.

By: hamba allah
http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-mini-laptop-yang-tidak-adil

8/11/11

Sendayan akan dijadikan tapak pelupusan sampah terbesar



Perhatian kepada orang Sendayan, Negeri Sembilan. Satu Tapak Pelupusan Berpusat yang terbesar akan didirikan di sana seluas 120 hektar sekiranya ianya diluluskan. Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar telah pun siap dan boleh dimuat turun di laman web Jabatan Alam Sekitar. Lokasi cadangan tapak pelupusan sampah ini terletak di Ladang Tanah Merah berhampiran Kg Jimah dan Kg Gadong Jaya.

Sekiranya projek ini siap, seluruh sampah di Negeri Sembilan akan dilupuskan di Sendayan.

Sila muat turun laporan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar Tapak Pelupusan Sampah Ladang Tanah Merah di http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Executive-Summary_DEIA-for-Proposed-Development-of-Sanitary-Landfill-Negeri-Sembilan-1.pdf

TAPAK PELUPUSAN DI TANAH MERAH DALAM PERINGKAT KAJIAN KESAN ALAM SEKITAR

SEREMBAN, 31 Mei 2011 (Bernama) -- Menyedari betapa meruncingnya masalah tapak pelupusan sampah di Negeri Sembilan, kerajaan negeri mencadangkan pembinaan tapak pelupusan sanitari di Tanah Merah, Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Siow Chen Pin berkata tapak pelupusan ini akan dapat memenuhi keperluan pelupusan sampah bagi kawasan kritikal iaitu kawasan Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Tampin.

"Tapak pelupusan sanitari di Tanah Merah itu kini dalam peringkat kajian kesan alam sekitar," katanya pada program penempatan tong komunal Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) 1,100 liter oleh SWM Environment Sdn Bhd di sini, Selasa. Turut hadir Pengurus Besar SWM Environment Dr Uzir Abdul Malik.

Katanya bagi kawasan di daerah lain seperti Majlis Daerah Jempol, Majlis Daerah Jelebu dan Majlis Daerah Kuala Pilah, masih boleh menggunakan tapak pelupusan Koh Foh.

Begitu pun, katanya tapak pelupusan Bukit Palong, Sua Betong, Kuala Sawah, Ulu Maasop dan Pajam telah pun dilaksanakan penutupan selamat.

Siow berkata pemberian tong komunal JPSPN secara percuma adalah salah satu usaha kerajaan persekutuan untuk memberikan kemudahan pelupusan sampah dengan lebih baik dan teratur.

Oleh itu, katanya semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan positif untuk menjaga kebersihan persekitaran dengan memastikan sampah dimasukkan ke dalam beg plastik sampah sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Uzir berkata pihaknya telah menempatkan sebanyak 79 buah tong sampah komunal berkapasiti 1,100 liter di kawasan strategik khususnya di kawasan penduduknya mempunyai kepadatan tinggi seperti rumah pangsa dan kawasan pinggiran bandar sejak Mac lepas.

Tong komunal untuk pembuangan sampah domestik diberikan oleh JPSPN bagi ditempatkan di lokasi terpilih di negeri ini bagi memastikan persekitaran bersih ke arah pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) nanti.

Tong komunal yang diperbuat dengan cara 'injection moulding' daripada plastik HDPE yang tahan lama, mempunyai roda dan mudah digerakkan. Ia direka dengan sistem canggih untuk mengangkat tong secara mekanikal.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=590399&cat=tn


TAPAK PELUPUSAN SANITARI BERPUSAT BARU GUNA TEKNOLOGI TERKINI

SEREMBAN, 4 Okt (Bernama) -- Tapak pelupusan sanitari berpusat di Ladang Perhentian Tinggi, Rembau yang dibangunkan oleh Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM), syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal, akan menggunakan kepakaran dan teknologi terkini bagi menyediakan sistem pelupusan sampah moden dan mesra alam.

Pengurus Besar SWM Negeri Sembilan Dr Al Ashari Othman berkata tapak pelupusan di kawasan seluas 57.105 hektar itu masih dalam proses mendapatkan kelulusan kesan alam sekitar terperinci daripada pihak berkuasa.

"Kajian kesan alam sekitar bagi projek ini dibuat mengikut kehendak dan keperluan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini perlu bagi memastikan reka bentuk dan sistem yang akan digunakan dapat melindungi alam sekitar daripada kesan negatif serta pencemaran," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa SWM bersama media, di sini, Selasa.

Katanya pembinaan dan pengurusan pusat pelupusan sanitari itu akan melaksanakan amalan terbaik mengikut piawaian yang diamalkan di negara maju.

"Ia akan dilengkapi teknologi kejuruteraan bagi mencegah pencemaran air bawah tanah, pemasangan sistem paip untuk mengawal bahan pencemaran serta penghasilan gas hasil daripada proses pereputan sampah.

"Loji rawatan air larut resap disediakan, dengan air larut resap dirawat secara fizikal dan kimia sehingga selamat untuk dilepaskan mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya.

Dr Al Ashari berkata pusat pelupusan sanitari itu yang dapat menampung 6.5 juta tan sampah, mampu mengurus antara 700 dan 1,120 tan sampah sehari.

Katanya berikutan pembinaan pusat pelupusan sanitari ini, kemudahan seperti stesen pemindahan, turut disediakan selain kemudahan rawatan sampah atau kitar semula serta ditukar menjadi tenaga atau bahan bakar berasaskan bahan buangan.

Beliau berkata pembinaan tapak pelupusan sanitari berpusat itu adalah antara usaha jangka panjang kerajaan negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah bandar bersih dengan alam sekitar yang terpelihara.

Katanya tapak pelupusan sanitari berpusat ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat, dengan pembinaan fasa pertama dijangka dimulakan akhir tahun ini.

Pusat itu akan menampung sampah Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Majlis Daerah Tampin (MDT) dan Majlis Daerah Rembau (MDR), katanya.

Sementara itu, beliau berkata memandangkan jangka hayat tapak pelupusan Chembong, Rembau hampir tamat dan tidak lagi dapat menampung kapasiti sampah dari MPS dan Nilai Selatan, tapak pelupusan berkenaan hanya dibuka untuk menerima sampah MDR sahaja.

Dr Al Ashari berkata Kerajaan Negeri pada 12 Jun lepas memutuskan supaya sampah MPS dan Nilai Selatan dihantar ke tapak pelupusan Bukit Palong, Lukut sehingga pusat pelupusan sanitari berpusat baru siap selewat-lewatnya awal tahun depan.

-- BERNAMA

http://web6.bernama.com/client/iwk/berita.php?id=223059

Bazar Ramadan dilanda ribut



Bazar Ramadan dilanda ribut
Sinar Harian 11 Ogos 2011

KUALA KLAWANG - Sembilan khemah peniaga di Bazar Ramadan Kuala Klawang runtuh setelah dipukul ribut kira-kira jam 1.40 petang semalam.

Ketika kejadian, aktiviti perniagaan di bazar berkenaan belum bermula dan rata-rata peniaga masih belum datang membuat persediaan berniaga di bazar berkenaan.

Menurut saksi, Rosmanida Abdul Hamid, 40, ketika kejadian hanya dia dan dua anaknya berada di kawasan berkenaan.

“Anak saya duduk di bawah khemah di tempat saya berniaga dan ketika kejadian itu, hanya kami sahaja berada di sini.

“Anak saya sempat melarikan diri apabila satu persatu khemah runtuh ketika angin kencang pada jam 1.40 yang kemudiannya meruntuhkan satu deretan khemah peniaga di sini,” katanya.

Rosmanida yang merupakan peniaga kuih muih berkata demikian ketika ditemui di tempat kejadian petang semalam.

Sementara itu, seorang lagi peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila empat khemah disewanya runtuh dalam sekelip mata.

Hafirah Mauris, 30, berkata, dia tidak dapat meneruskan aktiviti perniagaannya kerana kebanyakan peralatan meniaga rosak teruk.

“Saya memang tidak dapat berniaga hari ini kerana semua barang sudah rosak dan memerlukan masa untuk membaikinya semula.

“Saya sudah keluarkan modal kira-kira RM900 untuk berniaga hari ini tetapi nampaknya hasrat terpaksa dihentikan sebab khemah rosak teruk,” katanya.

Hafirah yang menetap di Taman Naga Mas, Titi berniaga di bazar berkenaan bersama suaminya Razali Daut, 35.

Sementara itu, Razali berkata, selain khemah, kanvas penahan hujan, payung tambahan dan barangan masakan asas seperti telur turut musnah.

Razali menjalankan perniagaan makanan barat di bazar berkenaan sejak 1 Ramadan lalu.

Peniaga-peniaga bazar yang terlibat dalam kejadian ini turut meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi kepada mereka bagi meringankan beban kerugian ditanggung akibat kejadian itu.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9419324.asp

PAS Rembau pergiat edar risalah 10 JANJI



PAS Negeri Sembilan kini sedang giat mengedarkan risalah ”10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah” kepada orang ramai di negeri ini.

Sila ke pautan berikut untuk muat turun risalah tersebut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/08/pas-rembau-pergiat-edar-risalah-10.html

‎10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah tersebut ialah :

1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

6. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

7. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

8/10/11

Tawaran Sumbangan Ramadhan DUN Chembong, Rembau



Majlis Tindakan PAS DUN Chembong melalui Pusat Aduan Rakyatnya akan mengagihkan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan yang memerlukan sempena bulan Ramadhan dan kedatangan Syawal. Agihan sumbangan ini akan bermula pada 14 Ogos 2011 dan berterusan sehingga akhir Ramadhan atau selagi sumbangan diterima.

Kepada mereka yang ingin menyumbang samada dalam bentuk barangan atau wang ringgit bolehlah menghubungi mereka di bawah ini :

Us Nazri 019-3457690 , Rosli 016-6251871 , Amran 019-6519854 , Azmy 012-6833740

Sumbangan melalui cek atas nama : MTD PAS CHEMBONG

Atau melalui akaun bank : CIMB ISLAMIC , No akaun : 0501-0000394-10-0

Barangan yang boleh disumbangkan ialah :

Beras (RM25)
Gula (RM10)
Minyak masak (RM10)
Susu (RM10)
Tepung gandum (RM10)

MTD PAS DUN CHEMBONG
d/a 9A, Jalan TRP1
Taman Rembau Permata
71300 Rembau
Negeri Sembilan

Sila muat turun borang sumbangan di http://parchembong.blogspot.com/2011/08/sumbangan-dan-derma-sempena-ramadhan.html

Lynas : Badar ambil tindakan undang-undang



KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembinaan dan pengoperasian loji kontroversi Lynas dalam masa yang terdekat ini.

Tindakan tersebut akan di buat menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat.

Perkara tersebut di umumkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Malaysia yang juga Penasihat Badar, Haji Zulkefly Mohamad Omar selepas mengadakan mesyuarat bersama dengan Lajnah Guaman dan Hak Asasi yang di ketuai oleh pengerusinya Haji Asmuni Awi berserta empat orang ahli jawatankuasanya.

Menurut beliau setelah melalui beberapa siri perbincangan dan meniliti dengan mendalam isu yang di bawa oleh penduduk Balok dan kawasan sekitarnya melalui Badar, Lajnah Guaman bersetuju untuk mengambil kes tersebut dan bersama sama dengan Badar serta penduduk setempat bagi menghalang pembinaan dan pengoperasian loji Lynas di Gebeng.

“Kita kini dalam proses akhir dan insya Allah akan menfailkan kes ini di mahkamah secepat mungkin,” ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Pengarah Badar Andansura Rabu mengatakan tindakan mahkamah adalah jalan yang paling tepat dalam memperjuangkan nasib penduduk dan alam sekitar berhampiran dengan loji tersebut berdasarkan perkembangan semasa.

Menurut beliau kerajaan negeri mahupun pusat memandang sepi saranan, teguran dan bantahan samada dari penduduk mahupun NGO yang prihatin.

Bahkan saranan penambahbaikan yang di sarankan oleh panel yang di lantik oleh kerajaan sendiri iaitu IAEA tidak dihebahkan secara terbuka kepada orang ramai mengenai masalah yang dikenal pasti mahupun tempoh masa yang di berikan.

“Walaupun kita tidak mengiktiraf panel IAEA tersebut di sebabkan keanggotaannya yang tidak menyeluruh dan skop kajiannya terlalu kecil dan tempoh masa yang terlalu singkat namun setidaknya kerajaan harus menerangkan secara terbuka kedapatan yang di perolehi oleh panel yang mereka sendiri lantik kepada rakyat.

"Kunjungan panel tersebut di berikan liputan meluas dan kerajaan melalui media cetak dan elektronik tanpa membuang masa menghebohkan bahawa Lynas adalah selamat tanpa menerangkan sebelas isu yang di bangkitkan oleh panel tersebut,“ ujar beliau.

Tambahnya lagi, kehadiran panel IAEA di saat pembinaan loji sudah mencapai tahap 40% siap dan penemuan sebelas kepincangan tersebut jelas menunjukkan nyawa dan alam sekitar di kompromi tanpa pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.

Lynas pula begitu cekap mengambil peluang di atas kelemahan kerajaan yang ada pada hari ini dan pantas memberi bayangan keuntungan berbilion yang bakal di raih mereka menyebabkan mungkin ada yang berpinar biji mata mendengar angka RM 4 - 8 bilion setahun sedangkan Lynas 100% milik asing dan 12 tahun di kecualikan cukai!.

“Justeru itu kita merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil satu tindakan yang konkrit dan muktamad iaitu melalui tindakan perundangan melalui mahkamah.

“Kita amat memahami tindakan ini memerlukan pengorbanan yang amat besar dari semua yang terlibat baik dari segi masa, tenaga mahupun kewangan terutamanya bagi penduduk Balok dan sekitarnya namun kita sudah tiada pilihan lain.

"Menyedari hakikat tersebut kami mengalu-alukan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berterusan dari segenap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia kerana isu ini turut memberi kesan kepada seluruh negara tidak terhad kepada penduduk Balok sahaja. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan dan kerjasama dari semua pihak yang menentang loji Lynas ini.

"Semoga semangat Ramadhan menguatkan lagi iltizam kita dalam memelihara nyawa dan alam sekitar tanahair tercinta ini. Sambutan hari kemerdekaan yang akan datang juga lebih bermakna sekiranya semua pihak meletakkan kepentingan negara tercinta melebihi kepentingan kapitalis asing,” ujar beliau.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4834-lynas--badar-ambil-tindakan-undang-undang

Penduduk Seremban bantah jual arak terbuka



Penduduk bantah jual arak terbuka
Sinar Harian 10 Ogos 2011

SEREMBAN - Seramai 276 penduduk Islam di Taman Matahari Heights di Senawang dekat sini, kesal dengan kegiatan menjual arak yang didakwa berlaku di premis perniagaan berhampiran kawasan perumahan berkenaan.

Imam 1 Surau Taman Matahari Heights, Mohd Nazri Esa berkata, kegiatan itu tidak sepatutnya berlaku di kawasan perumahan yang didiami kira-kira 95 peratus masyarakat Melayu.

“Kami memang sangat kecewa dengan kegiatan menjual minuman keras secara terang-terangan di salah sebuah kedai di sini.

“Ia dikhuatiri mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam, lebih-lebih lagi golongan remaja untuk berjinak-jinak dengan arak,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, ada penduduk mendakwa mereka pernah melihat remaja Melayu membeli arak di premis perniagaan terbabit.

Selain itu katanya, dua kafe siber yang beroperasi berhampiran Taman Matahari Heights dipercayai menjalankan kegiatan perjudian Internet.

“Saya difahamkan dua premis berkenaan pernah beberapa kali diserbu pihak berkuasa namun pengusahanya tetap meneruskan operasi tanpa rasa bersalah.

“Penduduk di sini bimbang anak mereka akan terpengaruh dengan gejala judi Internet sekiranya kegiatan ini tidak dibendung,” katanya.

Susulan dua isu itu, beliau berkata, seramai 276 penduduk Taman Matahari Heights menandatangani memo bantahan yang akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9415722.asp

Aduan Pengguna Sistem Komuter Senawang KL



Aduan Rakyat Online - 9 Ogos 2010 : Secara ringkasnya, aku merupakan pengguna KTM Komuter dari Senawang dan bekerja di Mid Valley waktu masuk office pukul 8:00.am. Waktu menggunakan: Isnin-Jumaat

Pergi:
1. Waktu naik komuter 6:39.am (ikut suka dia nak sampai bila tapi selalunya 8:15.am-kadang lebih)
2. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 15minit untuk train pukul 6:54.am (ikut suka dia jugak nak sampai bila)
3. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 30minit pukul 7:24.am (ikut suka dia nak sampai bila-tapi ikut suka bos aku la nak maki aku kalau aku pun ikut train yang lembab macam pengurusan KTM)

*Masalah pertama bermula di Bangi. Train dah penuh tapi aku selesa sebab dah dapat duduk dari stesyen Senawang tadi. Orang lain yang bermasalah tapi aku kesian sebab aku pun naik train.Menteri tak naik train ni, Pengarah-pengarah dan bos-bos KTM tak naik train ni so..takde hal la..air-cond dah mula takde rasa sebab dh ramai..lain kali buat seat kt bawah enjin..sama je rasa bahangnya..aku pun selalu je hangin-hangin.

*Masalah seterusnya bila sampai stesyen UKM-Kajang-Serdang-Bandar Tasik Selatan-Salak Selatan lagi la ramai orang..pastu pengurusan KTM pun nampak nya makin bengap..ingatkan manusia ni dari hari ke hari makin kurang kot kat dunia ni.bagus lg la LRT tu..ni pun ada lg nak tambah MRT pulak..orang dah sendat-sendat sampai yang gemuk dah jadi slim.Stesyen Seputeh pulak??ada apa ntah kat sana??kawasan perumahan kaya-kaya..diorang pakai kereta lah!!bape ramai sangat yang naik!!

Balik:

1. Waktu naik kadang-kadang 5:32.pm seperti dalam jadual tapi dalam pengurusan KTM ikut:suka.pm.
2. Kalau terlepas boleh la naik train seterusnya pukul 6:02.pm tapi ikut:suka.pm. jugak..kadang-kadang kena tunggu sampai pukul 6:30.pm..tapi nak masuk kirim salam jela..penuh mcm sardin!!!
3. Tapi kalau aku terlepas 5:32.pm aku try naik 5:47.pm train turun ke Bangi.tunggu next train ke Seremban sebab kt situ dah tak penuh.tapi selalu delay, train Bangi tak sampai.Syabas KTM!!!

Peringatan: Tak perlu la nak tambah-tambah stesyen atau bagi promosi tambang bulanan la..student la..ape la..itu la..ini la..kalau sistem tuh hampeh..upgrade la dulu!!

Cadangan:

Rasanya sistem setiap 15 minit atau kekerapan tidak menyelesaikan banyak masalah tapi sebaliknya train perlu ditambah gerabak dari 3 gerabak menjadi 5 atau 6 gerabak.

Coach wanita jadikan 2 gerabak.sekurang-kurang nya mengurangkan masalah bukan menambah masalah. Bila orang yang tunggu train pukul 5:32.pm tak dapat naik sepenuhnya, orang yang tunggu train 6:02.pm pula datang..jadi bertambah ramai la pulak yang akan naik train seterusnya.

Perlu sentiasa servis train supaya tidak kerap berlakunya kerosakan. Mana sistem pengurusan oleh KTM menggaji juruteknik/penyelenggara train?Tidak dinafikan kerosakan pasti berlaku walaupun sudah cukup servis dilakukan tapi sekurang-kurangnya KTM sediakan train simpanan sekurang-kurangnya 1 setiap haluan ke Utara dan 1 ke haluan Selatan. Ini tidak, bila rosak kena tunggu train berikutnya, bertambah padat la train selepas tu..sediakan la train kosong..

Kami tidak perlukan train yang laju. Bagi kami train yang PERLAHAN masih sampai pada waktu yang di dalam jadual yang telah kami sedia maklum jika tidak ROSAK.

Kami tidak perlukan waktu train yang kerap.Kerana kami akan tuntut janji waktu train yang telah dijadualkan.Bila dah sampai waktu, train delay..yang ramai-ramai ni tunggu next train..lepas tu penuh tak boleh masuk..bila kami nk masuk???Bila sampai rumah?

KATA KERAJAAN NAK GALAKKAN PENGGUNAAN SISTEM KENDERAAN AWAM TAPI GAGAL!! Kami bukan mahu guna tapi kami TERPAKSA!!

Harap ada tindakan, jika tiada tindakan maka kami akan bertindak menghantar aduan ke pihak atasan..Menteri atau mana-mana agensi/Kementerian-kementerian yang lain..

Jika GAGAL maknanya TIADA USAHA.

jika tiada usaha kami sebagai rakyat sendiri akan ubah…macam mana nak ubah??

UBAH KERAJAAN!!

By: Guardian

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/sistem-komuter-yang-hampeh

Gereja bantu Melayu, respons Pusat Zakat N.Sembilan




Berikut respons dari laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan berikutan laporan akhbar Berita Minggu dan Harian Metro 7 Ogos 2011 bertajuk “PUJUKAN GEREJA” dan “NUR TIADA PILIHAN” dimana seorang wanita Melayu iaitu Puan Nur dari Ampangan, Seremban mendakwa sebagai ibu tunggal gagal mendapat bantuan berterusan Baitulmal lalu dibantu oleh pihak gereja.

*********
PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR ‘PUJUKAN GEREJA'

Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN GEREJA” di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad.

Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu ialah sebagai ‘Pn Nur’, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan bermula pada Januari 2011 sehingga kini.

Mengikut rekod, beliau telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak 22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai bentuk bantuan yang diterima seperti bantuan persekolahan anak, bil-bil utiliti dan bantuan makanan.

‘Pn Nur’ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan tetap di sektor kerajaan.

Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan.

Sumber : http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-laporan-akhbar-pujukan-gereja


PUJUKAN GEREJA
Berita Minggu – 7 Ogos 2011

NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan.Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal. Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu. “Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/

NUR TIADA PILIHAN
Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nurtiadapilihan/Article/index_html

8/9/11

JADUAL IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H

JADUAL IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H

Semua ahli dan penyokong dijemput hadir :

Kawasan : Rasah
Tarikh : 5 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : SRI IDU
Wakil Perhubungan : YB Hj Taufek dan Hassan Tamby

Kawasan : Tampin
Tarikh : 12 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Markas Bkt. Rokan Utara
Wakil Perhubungan : Hassan Tamby

Kawasan : Teluk Kemang
Tarikh : 13 Ogos 2011 , Sabtu
Tempat : Spring Hill
Wakil Perhubungan : Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa

Kawasan : Jempol
Tarikh : 20 Ogos 2011 , Sabtu
Tempat : Muassasah
Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop

Kawasan : Seremban
Tarikh : 21 Ogos 2011 , Ahad
Tempat : PJ Perdana , Ahad
Wakil Perhubungan : Tuan Hj Anuar

Kawasan : Kuala Pilah
Tarikh : 21 Ogos 2011 , Ahad
Tempat : Kg. Dioh
Wakil Perhubungan : Abd. Rahman

Kawasan : Rembau
Tarikh : 26 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Teratak Amal
Wakil Perhubungan : YB Hj Taufek

Kawasan : Jelebu
Tarikh : 27 Ogos 2011 , Sabtu
Tempat : Rumah Tn. Hj. Jaaman
Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop

Ceramah dan Iftar 13 Ogos 2011 Seremban



CERAMAH RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
Tarikh : 13 Ogos 2011, Sabtu
Masa : 5 ptg - 8 mlm
Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Ustaz Abdul Ghani Samsuddin , AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Iftar dan Tazkirah 14 Ogos 2011 Sikamat



MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAZKIRAH
Bersama : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tempat : Surau Al Ansar, Taman Coral Height, Sikamat, Seremban
Tarikh : 14 Ogos 2011 , Ahad
Masa : 7 mlm - 10 mlm
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Khuatir jambatan runtuh



Khuatir jambatan runtuh
Sinar Harian 9 Ogos 2011

TAMPIN – Orang ramai yang sering menggunakan laluan pintas dari Bandar Tampin ke Melaka berdekatan Pasar Besar Tampin kini khuatir apabila jambatan yang menghubungkan lokasi berkenaan dilihat bakal runtuh pada bila-bila masa.

Sinar Harian difahamkan, tebing jambatan berkenaan mulai runtuh sedikit demi sedikit susulan kejadian banjir buruk yang melanda daerah Tampin terutamanya Gemas akhir Januari lalu.

Menurut orang awam yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 30-an, berkata, dia berasa amat gusar dan bimbang kerana laluan berkenaan sering dilalui pelbagai jenis kenderaan setiap hari.

“Runtuhan di kiri dan kanan tebing sungai ini semakin lama semakin besar sehingga menyebabkan batu sangkar penahan tebing berkenaan juga runtuh serta dihanyutkan arus deras apabila hujan lebat,” katanya kepada Sinar Harian.

“Malah, akibat hakisan tanah berkenaan, bahagian bawah jambatan itu telah menjadi lompang dan permukaan atas jambatan sepanjang 20 meter itu mulai retak menyebabkan jambatan mulai senget. Tembok konkrit kiri kanan jambatan itu juga mulai retak," katanya.

Ahmad berkata, dia amat berharap agar pihak berkaitan terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan jambatan berkenaan runtuh secara tiba-tiba.

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Tampin (MDT), Hanafi Deris ketika melawat lokasi berkenaan berkata, dia bakal memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

Menurutnya, jalan berkenaan merupakan jalan pintas yang menghubungkan antara bandar Tampin dengan Alor Gajah Melaka dan sememangnya menjadi tumpuan pengguna jalan raya untuk melaluinya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9413535.asp

30 meter dalam masa setahun



30 meter dalam masa setahun
Sinar Harian 9 Ogos 2011

KAMPUNG JIMAH – Sungai Siram yang dahulunya hanya mempunyai kelebaran tiga meter berubah menjadi tiga kali ganda dalam masa setahun membimbangkan penduduk berhampiran.

Penduduk, Mohd Noor Dollah, 47, berkata, hakisan sungai itu sudah menghampiri rumah dan jaraknya juga sekitar 30 meter sahaja lagi.

Menurutnya, jika perkara itu tidak diatasi segera, risiko rumahnya untuk runtuh sangat tinggi.

“Perkara ini sudah diadukan kepada pihak bertanggungjawab, namun sehingga kini masih tidak tahu apakah tindakan yang diambil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Noor berkata, akibat hakisan itu, beberapa pokok buah-buahan yang ditanam berhampiran sungai juga sudah tumbang.

“Malah paip air daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) yang dipasang merintangi sungai ini juga patah, Rabu lalu dipercayai terkena pokok tumbang.

“Akibatnya beberapa penduduk, di sini mengalami gangguan bekalan air selama sehari sementara menunggu kerja-kerja membaik pulih dilakukan oleh Sains,” katanya.

Beliau berkata, Dalam pada itu, petugas Sains ada memberitahu paip yang dipasang berkemungkinan akan patah atau rosak semula jika masalah hakisan tidak diatasi.

Menurutnya, hakisan sungai itu dipercayai berpunca daripada projek pembangunan perumahan di kawasan berhampiran.

“Mungkin projek perumahan yang terletak di atas bukit mempunyai kolam takungan dan apabila hujan, mereka akan membuka empangan itu untuk :mengalirkan air, namun tidak dapat ditampung Sungai Siram ini.

“Jambatan yang dibina oleh pejabat daerah di sini juga sudah menjadi ‘jambatan gantung’ kerana tebing sungai semakin lebar,” katanya.

Mohd Noor berkata, masalah itu sudah dibincangkan bersama pemaju projek dan pihak berkuasa tempatan termasuk Pejabat Daerah dan Tanah, malah kata sepakat dicapai di mana pemaju akan bertanggungjawab.

“Minggu lalu secara kebetulan, saya terserempak dengan salah seorang pegawai projek perumahan berkenaan dan mengadukan hal ini kepada beliau dan beliau berjanji masalah akan diatasi.

“Beberapa hari kemudian, beberapa petugas projek perumahan datang mengambil butiran berkenaan masalah ini dan berharap ia dapat diselesaikan segera,” katanya.

Katanya, sungai ini terletak di kawasan tanah milik dan bukannya dia seorang sahaja yang menanggung risiko seumpama itu, malah ada penduduk yang terpaksa menanggung kerugian besar kerana tebing projek kolam ikan berhampiran sungai sudah runtuh.

“Malah, penduduk yang tinggal di kawasan rendah juga sudah kerap dilanda banjir,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9413923.asp

Prosedur bayaran kaunter Gemas

Prosedur bayaran kaunter Gemas
Aduan Rakyat Online – 8 Ogos 2011

Perkara yang ingin di ajukan adalah, masa penutupan perkhidmatan bayaran kompaun tempat letak kereta majlis daerah tampin di kaunter bayaran pejabat daerah dan tanah kecil wilayah gemas.

Untuk makluman,saya telah dikompaun di tempat letak kereta pasaraya giant tampin pada pukul 2.15 petang,petak 45 bertarikh 8.8.2011. Saya mengaku telah melakukan kesilapan memandangkan saya tidak mengetahui prosedur di tempat letak kereta berkenaan.

memandangkan saya mempunyai urusan rasmi di gemas,saya mengambil keputusan untuk membuat pembayaran di daerah gemas dan juga atas saranan saudara saya yang secara kebetulan mengetahui prosedure di jabatan daerah gemas.

Yang menjadi kemusykilan saya adalah,selaku penjawat awam saya juga mengetahui masa pembayaran dimana-mana jabatan kerajaan boleh dikatakan sama.

Selain itu diresit kompaun juga tertera pembayaran boleh dibuat di pejabat wilayah kecil daerah gemas bermula jam 8.00 pagi hingga 1 petang,manakala pukul 2 sehingga 4.30 petang.

akan tetapi setibanya saya di pejabat berkenaan saya dimaklumkan oleh petugas berkaitan:lelaki melayu dan india, kaunter sudah ditutup sedangkan baru pukul 3.15 petang.

terlalu awal bg organisasi kerajaan untuk menutup kutipan hasilnya.adakah kesilapan mencetak di resit ataupun kesilapan saya yang tidak mengetahui prosedur organisasi berkenaan.

Aduan telah dilakukan serta merta ke pejabat daerah tampin melalui telefon 064411601.

jawapan disana amat mengecewakan seolah-olah mempertikaikan kesahihan aduan saya dan meminta saya pergi semula ke kauter daerah gemas untuk melakukan pembayaran.

walaupun begitu kerana kesuntukan masa untuk pulang segera ke seremban,saya tidak dapat berbuat sedemikian.ketika kejadian seorang lelaki melayu dan india,manakala petugas wanita bertudung mengira hasil.

Disini saya bukan ingin mencari kesilapan sesiapa,tetapi dengan terjadinya kejadian sebegini,kekesalan wujud dihati saya.diharapkan penjelasan yang sebenarnya dpat diberikan supaya tidak akan wujud permasalahn yang sama kemudian hari yang akan menjejaskan prestasi atau pandangan masyarakat terhadap penjawat awam.sekian terima kasih.

penjawat awam kesal @ seremban.
By: mohd khusairi
http://www.aduanrakyat.com.my/prosedur-bayaran-kaunter-gemas

Lagi aduan mengenai Kolej Negeri di Seremban



Harap pihak yang berkaitan dapat menyiasat aduan di bawah ini :

Penipuan dan penindasan yang serius dikalangan penuntut Kolej Negeri
Aduan Rakyat Online - 8 Ogos 2011

Selamat petang dan selamat sejahtera. Berhubung perkara di atas saya sebagai salah seorang bekas pelajar di Kolej Negeri Chedang Campus (KNCC) ingin membuat aduan berkenaan sikap tidak bertanggungjawab kolej ini.

Selama tiga tahun pengajian pelbagai bentuk penipuan telah kami lalui. Bermula dengan surat tawaran masuk yang kononnya mengatakan kami akan ditaja oleh badan biasiswa kolej, malangnya hanya cuma janji palsu, diikuti dengan yuran pengajian yang sangat mahal iaitu RM3450 setiap semester tanpa dijelaskan secara terperinci berkenaan butir kegunaan pembayaran yuran (invois) tersebut.

Infrastruktur yang sangat menyedihkan dan turut membantutkan urusan pembelajaran, masalah pensyarah yang selalu tidak masuk kelas untuk mengajar, sangat kerap berlaku sepanjang semester malah terdapat begitu banyak subjek yang langsung tiada pensyarah untuk mengajar.

Bahan rujukan kolej yang tidak diupdate dan sistem PNP yang tidak profesional menyebabkan kami ketandusan ilmu dan berasa cukup malu bila menempuh alam praktikal kerana apa yang sepatutnya kami pelajari sewaktu di kolej banyak yang tidak diajar.

Pengambilan pensyarah yang tidak bertauliah menyebabkan kami dilayan dengan teruk. Kami tidak menerima apa hak yang sepatutnya kami terima. Kolej negeri juga banyak menelan duit pelajar. Gaji pensyarah yang sangat bermasalah menyebabkan ramai kakitangan yang telah berhenti dan kami pelajar diabaikan.

Terlalu banyak lagi bentuk penindasan yang kami alami, walaupun tempoh pengajian sebenar hanya 3 tahun tetapi terdapat juga pelajar yang tidak dapat konvo pada waktu yang sepatutnya kerana pengurusan yang tidak profesional dari pihak kolej walaupun pelajar tiada sebarang subjek yang gagal. Hal ini menyulitkan pihak student yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi memperkukuhkan bukti aduan, pihak aduan rakyat bolehla melihat komen komen yang terkandung dalam link ini: http://www.kerjakosong.net/2009/06/jawatan-kosong-kolej-negeri.html

Dengan ini saya sangat memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menyiasat dengan lebih lanjut perkara di atas supaya kebajikan pelajar di kolej negeri kembali terpelihara. sekian.

By: nana

http://www.aduanrakyat.com.my/penipuan-dan-penindasan-yang-serius-dikalangan-penuntut-kolej-negeri

Beberapa aduan berkaitan Kolej Negeri di Seremban sebelum ini di http://pasns.blogspot.com/2011/07/apa-yang-tidak-kena-dengan-kolej-negeri.html