JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

9/30/11

Hanipa Maidin 7 Okt 2011 di Lenggeng, N.Sembilan



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Kampung Daching Hilir, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Pn Zaiton berhampiran Bandar Akademia).
Penceramah :
Sdr Hanipa Maidin , Peguam
YB Chang Lih Kang , Adun Teja (PKR)
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat

9/29/11

PAS N.Sembilan buat laporan polis terhadap PERKASA



29 Sep 2011 - PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung laporan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa NGO tersebut akan mengadakan protes jika Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah di negeri itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani di Ibu pejabat polis (IPD) Seremban pada jam 10.52 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, Mohamad Taufek mendakwa kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan, bersifat "ugutan dan bertentangan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara".

Mohamad Taufek mendakwa tindakan PERKASA itu bertujuan "berusaha menghalang kehadiran kepimpinan PAS berceramah di negeri tersebut".

"Tindakan ini jelas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

"Kami memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian keganasan berulang lagi sepertimana yang berlaku pada 24 September lalu," laporan polis itu dipetik.

Mohamad Taufek diiringi kira-kira 20 penyokong termasuk kepimpinan Dewan Harian PAS negeri itu.

Beliau yang juga ADUN Paroi turut menyertakan bersama dalam laporan polis tersebut, salinan keratan akhbar berkenaan dan laporan polis berhubung kekecohan hujung minggu lalu.

Akhbar harian itu melaporkan Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin parti itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas tercetus kekecohan sewaktu ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban hujung minggu lalu yang menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA ke pentas ceramah.

http://malaysiakini.com/news/177227

Ancam Mat Sabu: Polis digesa siasat Perkasa

KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pendesak Melayu, Perkasa ekoran ancaman terbuka mereka untuk 'menyerang' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa.

"Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka.

"Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban.

Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5675-ancam-mat-sabu-polis-digesa-siasat-perkasa

Tuntut janji kerajaan BN



Jelebu, Sinar Harian 29 Sep 2011 - Penduduk Kampung Putra, di sini meminta pihak bertanggungjawab menunaikan janji untuk melengkapkan sistem jalur lebar di kampung berkenaan. Mereka mendakwa, pemasangan jalur lebar di kampung berkenaan adalah sepertimana dijanjikan kerajaan sebelum ini sempena penyampaian netbook 1Malaysia.

Penduduk, Sabtu Sadang berkata, penduduk kampung berkenaan dijanjikan pemasangan jalur lebar berkenaan pada Julai lalu.

MENURUTNYA, DISEBABKAN MASALAH ITU, PENDUDUK DI KAMPUNG BERKENAAN MENGALAMI KERUGIAN KERANA TERPAKSA MEMBAYAR BIL STREAMYX SEBANYAK RM25 SEBULAN, BAGAIMANAPUN TIDAK DAPAT MELAYARI INTERNET.

SELAIN ITU, SHAHRUL NIZAM BERKATA, PERKHIDMATAN TALIAN TETAP TELEFON JUGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DI KAMPUNG BERKENAAN.

(Usahkan jalur lebar, bekalan air pun ada orang Jelebu masih guna pam tangan, tak percaya? Tengok sini http://orangklawang.blogspot.com/2011/04/tok-rais-tak-pandang-pun-jelebu.html )

“Semasa itu, saya menghadiri majlis penyampaian netbook 1Malaysia di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chennah. Ahli Parlimen Jelebu ada berkata kepada saya bahawa jalur lebar akan dipasang di Kampung Putra pada Ogos tahun ini.

“Namun sehingga kini, perkara itu tidak menjadi kenyataan. Saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada beliau dan pembantunya, namun tiada jawapan,” katanya.

Sabtu berkata, seramai 25 orang pelajar di kampung berkenaan sudah menerima bantuan netbook 1Malaysia.

“NAMUN, NETBOOK ITU TIDAK MEMBERI MANFAAT SEPENUHNYA KERANA PELAJAR TIDAK DAPAT MELAYARI INTERNET KERANA TIADA KEMUDAHAN JALUR LEBAR DI KAMPUNG INI,” KATANYA KEPADA SINAR HARIAN DI SINI.

Berikutan itu, dia berharap kemudahan jalur lebar disediakan secepat mungkin di kampung berkenaan bagi mengelakkan penduduk menanggung kerugian dengan membayar bil setiap bulan.

Sementara itu, anak Sabtu, Shahrul Nizam, 18, berkata, adiknya juga tidak dapat memanfaatkan netbook 1Malaysia yang diterima kerana tidak boleh melayari internet.

“Kami terpaksa menumpang di Kampung Sawah kerana kampung berkenaan ada kemudahan jalur lebar.

“Namun sejak kebelakangan ini, kami tidak lagi ke Kampung Sawah kerana kemudahan jalur lebarnya sudah dihentikan,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9575400.asp

9/28/11

Menang Jempol bermakna N.Sembilan ditawan PR



Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyedari untuk memenuhi matlamat Menawan Negeri Sembilan PRU-13, kawasan-kawasan Felda harus ditembusi yang merupakan kubu kuat BN di Semenanjung selain Sabah dan Sarawak.

Apakah matlamat PR Negeri Sembilan itu cuma suatu ilusi? Adakah stigma kawasan Felda sebagai kubu kuat BN tidak mampu diubah?

Parlimen Jempol terdiri daripada 60% kawasan Felda yang terbentang luas dari utara Jempol mengunjur luas ke timur dan selatan Jempol. Terdapat empat DUN dalam Parlimen Jempol iaitu Serting, Jeram Padang, Palong dan Bahau.

Hanya DUN Bahau berjaya dimenangi oleh PR melalui parti DAP. Jeram Padang dimenangi oleh BN dengan majoriti bawah dua ribu undi, memberi potensi baik kepada PR melalui PKR untuk memenanginya pada PRU-13. Sementara Serting dan Palong masih kekal kepada BN dengan majoriti kemenangan yang agak tinggi.

Namun, usaha-usaha menangani permasalahan para peneroka Felda telah diberi keutamaan bagi mengubah perspekstif pemikiran rakyat di Jempol supaya menyedari hak-hak mereka. Penyelewengan yang sekian lama dijalankan oleh Felda melalui pelbagai kaedah muslihat telah memerangkap kebanyakan peneroka tanpa menyedari penipuan sedang berlaku!

Kerjasama antara komponen PR Negeri Sembilan Jempol dalam menggerakkan usaha pembelaan para peneroka Felda sejak tahun 2009 lalu telah membangkitkan gerun kepada BN walaupun menafikannya. Warga Felda Perihatin telah bergerak masuk ke kawasan-kawasan Felda untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan bagi menerangkan penyelewengan Felda.

Hasil gerakan yang diketuai oleh Saudara Rebin Birham, T. Kumar dan Karip Salleh telah menyatukan lebih 700 peneroka dari Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman kepada Felda berkaitan isu penyelewengan gred perahan minyak sawit di Mahkamah Tinggi Seremban pada 10 Ogos 2010. Kebanyakan peneroka yang terlibat adalah ahli-ahli Umno yang telah sedar betapa hak mereka telah dinafikan oleh Felda.

Langkah itu tidak terhenti di situ sahaja, seterusnya pada awal bulan Januari 2011 seramai 30 peneroka dari Felda Palong 9 telah memfailkan saman kepada sebuah syarikat kontraktor Felda berkaitan penebangan kayu getah tua.

Gerakan aktif Warga Felda Perihatin telah dilihat sebagai ancaman oleh BN dan Felda. Pihak pengurusan Felda telah mengedarkan risalah-risalah yang cuba menafikan penyelewengan-penyelewengan yang didedahkan oleh Warga Felda Perihatin. Malah, jika pihak PR ingin mengadakan ceramah perlu meminta surat kebenaran Pengurus Rancangan sedangkan pihak berkuasa tidak punya masalah memberi kebenaran permit ceramah. Ini satu tindakan sekatan yang telah digerakkan oleh BN bagi menghalang gelombang perubahan di kawasan-kawasan Felda.

Sejarah harus diimbas sebagai pedoman. Pada PRU tahun 1999, DUN Jengka telah berjaya ditawan oleh PAS yang diketahui sebagai 100% kawasan Felda. Begitu juga dalam PRU tahun 2004, di DUN Pertang PKR telah menang di Daerah Mengundi Pasoh 4 yang juga kawasan 100% Felda. Jadi, tidak ada yang mustahil untuk meraih kemenangan buat PR.

Semoga imbasan ringkas ini akan memberi suatu semangat kepada jentera pilihanraya PR NS di Jempol untuk melaksanakan matlamat menawan negeri ini.

Sumber : http://pkrjempol.blogspot.com/2011/01/menang-jempol-bermakna-negeri-sembilan.html

91 peratus tak setuju bina Menara MAINS

Seramai 91 peratus responden setakat ini tidak bersetuju dengan projek pembinaan Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam satu kajian yang sedang berjalan di blog Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, YB Hj Mohamad Taufek.

Mereka yang ingin memberikan pandangan dan respon mengenai pembinaan Menara MAINS yang menelan belanja RM50 juta sila ke pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/09/pendapat-umum-keperluan-menara-mains.html






Ahli PAS cedera dibelasah, ditumbuk di Seremban



Pergaduhan di Seremban akibat dihasut, kata ahli PAS
Sep 28, 11

Ahli PAS Abdul Hadi Abdul Aziz, 21, yang didakwa dibelasah oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA di ceramah timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu Sabtu lalu, percaya tindakan itu bertujuan menghasut mereka supaya bertindak ganas.
Abdul Hadi, yang hidungnya berdarah selepas ditumbuk oleh penyerang yang belum dikenali, percaya matlamat PERKASA adalah untuk menghuru-harakan majlis ceramah pada malam itu supaya ia akhirnya dibatalkan.

Tindakan itu bukan sahaja untuk membantutkan Mohamad - atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu - daripada menyampaikan ucapannya pada majlis perhimpunan Aidilfitri, tetapi juga untuk menakut-nakutkan ahli dan penyokong PAS.

"Saya percaya PERKASA cuba menghasut ahli PAS dengan harapan kami bertindakbalas dan akhirnya menjadikan keadaan lebih teruk.

"Kemudian mereka akan labelkan PAS sebagai parti yang ganas. Ini mungkin taktik mereka untuk memerangkap PAS," kata Abdul Hadi kepada Malaysiakini.

Abdul Hadi, seorang graduan kolej, merujuk kepada pergaduhan yang tercetus pada 24 September lalu di mana botol plastik air minuman dan batu dilemparkan ke arah pentas ceramah PAS di Ampangan, Seremban.




Kekecohan

Sejak awal majlis, penyokong PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah, sambil membawa sepanduk dan kain rentang bertulis "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Kekecohan tercetus apabila hampir 100 ahli PERKASA dan bekas tentera cuba mengiringi beberapa wakil mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu.

Tindakan itu kerana mereka mendakwa tidak berpuas hati dengan ucapan pemimpin PAS itu mengenai Mat Indera, aktivis anti-kolonialis dan kejadian Bukit Kepong tahun 1950, sebelum ini.

Mengimbas kembali peristiwa petang itu, Abdul Hadi berkata beliau sedang minum di sebuah gerai berhampiran apabila terdengar kekecohan di pintu masuk ke tempat ceramah.

"Saya bergegas ke tempat kejadian, di mana saya dapati tiga ahli PERKASA telah menyeberangi jalan dan menuju ke pentas ceramah. Saya nampak seorang lagi ahli PAS - Abdus Star Nor Mohd - dan beberapa ahli PAS yang lain cuba menghalang mereka.

"Kemudian, lebih ramai ahli PERKASA menyeberangi jalan dan mula menolak para hadirin dalam usaha cuba menuju ke pentas. Saya nampak Abdus Star ditolak, jadi saya ambil keputusan untuk menolongnya.

"Pada ketika itu, seseorang menumbuk hidung saya, dan hidung saya mula berdarah dan saya rasa pening. Seorang ahli PAS kemudian datang membantu saya dan membawa saya ke tadika Al Wildan, tempat ceramah diadakan," kata Abdul Hadi.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Rahang pada malam yang sama.

Bertambah semangat

Abdul Hadi yang menjadi ahli PAS sejak empat tahun lalu, berkata episod itu tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, ia telah menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk melibatkan diri dengan perjuangan PAS.

Selain Abdul Hadi, seorang lagi ahli PAS juga didakwa cedera akibat lontaran batu yang terkena kepalanya. Bagaimanapun, ahli PAS yang hanya dikenali sebagai 'Shahib' itu enggan ditemuramah atau membenarkan gambarnya dirakam.

Sabtu lalu, polis berjaya meleraikan ketegangan selepas memujuk kedua-dua pihak supaya bertenang.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani dilaporkan sebagai berkata parti itu akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad menafikan bahawa ahlinya cuba menghasut atau menyerang Abdul Hadi atau mana-mana ahli-ahli PAS yang lain.

Menentang Mat Sabu

"Saya tidak bersetuju penggunaan keganasan. Adalah tidak benar kami sengaja menimbulkan kemarahan mereka. Kami tidak ada sebab untuk menimbulkan apa-apa provokasi kerana kami tidak menentang PAS, tetapi hanya Mohamad Sabu," katanya kepada Malaysiakini.

"Namun apabila hadirin terlalu ramai dan mereka pula beremosi, pelbagai insiden boleh menjadi di luar kawalan," kata Alias.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa seorang ahli PERKASA juga antara mereka yang cedera dalam kejadian itu apabila terkena simbahan 'air panas'.

Menurut Alias lagi, seorang daripada penganjur ceramah berkenaan telah membenarkan tiga perwakilan PERKASA untuk bertemu dengan Mat Sabu. Tetapi apabila tiga lagi ahli PERKASA yang lain ingin turut serta, mereka dihalang.

Akibatnya, kata Alias, tercetus ketegangan sehingga menimbulkan suasana huru-hara.

http://malaysiakini.com/news/177060

9/27/11

Perkasa mob’s attack ‘premeditated’


Perkasa mob’s attack ‘premeditated’
Zefry Dahalan
September 27, 2011

If their intention was to hand over a memorandum as claimed, why fling bottles and stones at crowd, asks Seremban PAS chief

SEREMBAN: The Perkasa mob which disrupted a PAS dinner-cum-ceramah last Saturday had carried out a “well-planned and premeditated” attack, said Seremban PAS chief MK Ibrahim.

“The excuse that they were there just to hand over a memorandum is unacceptable. If they really wanted to do that, why throw stones and bottles at the crowd?

“This was a Hari Raya dinner as well. There were women, children and senior citizens among the crowd. They could have been badly hurt,” said Ibrahim.

“They did not come with the intention of handing over a memorandum but to deliberately disrupt the event to get cheap publicity,” he added.

About 100 Perkasa members created a ruckus when they tried to storm the ceramah attended by PAS deputy president Mat Sabu.

They came with banners that read: “Mat Sabu Pembohong (Liar)”, “Mat Sabu Perosak Bangsa (Corrupter of the race)” and “Mat Sabu Hina Pejuang (Insults freedom fighters)”.

In the ensuing fracas, a PAS supporter was hit in the head with a stone and another, suffered a broken nose while several others were injured.

Negri Sembilan PAS commissioner Mohd Taufek Abdul Ghani said the party is considering seeking compensation from the those whose actions resulted in injuries to its supporters.

“But it will depend on the outcome of the police investigation,” he said.

“We are ready to assist the police,” Taufek added.

He said that the uncivilised behaviour of the Perkasa members showed that the NGO had little respect for the constitution and the laws of the land.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/27/perkasa-mobs-attack-premeditated/

Mohamad Hasan yakin BN dapat tawan Paroi



PAROI, 26 Sept – Sambutan Aidilfitri 1432H dan Kemerdekaan Ke-54 kini masuk siri yang ketiga yang telah dianjurkan Jentera Pilihanra UMNO Bahagian Rembau.

PROGRAM INI DIANJURKAN DALAM RANGKA MENAWAN KEMBALI KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAROI DAPAT DITAWAN SEMULA OLEH BARISAN NASIONAL PADA PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG.

Sambutan kali ini yang bertempat di Padang Awam Flat Seroja, Tasik Jaya Paroi telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.

Menteri Besar menasihatkan agar rakyat berpijak di bumi yang dalam apa juga sekali keadaannya mahu pun mempunyai perbeza an pendapat.

Kegagalan kita adalah berpunca daripada mudah percaya dengan berita yang berunsur fitnah dan janji kosong pihak yang mementingkan diri sendiri.

“Sekiranya begini ramailah sambutan dari penduduk DUN Paroi, SAYA YAKIN DAN PERCAYA PEMBANGKANG (PAS) AKAN DAPAT KITA TEWASKAN.” katanya lagi ketika mengakhiri ucapan nya.

Sumber : http://n9kini.com/?p=54814

Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menubuhkan sebuah lagi pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional (BN) bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan.

Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Mohamad Hasan berkata, PEMBUKAAN SATU LAGI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PAROI adalah selaras hasrat Kerajaan Negeri memenuhi keperluan masyarakat setempat.

DUN BERKENAAN BAKAL MEMPUNYAI TIGA PUSAT KHIDMAT

Sumber : http://umnons.org/umnons/index.php?option=com_content&task=view&id=31&Itemid=1

Sambutan 60 tahun PAS 9 Okt 2011 K.Pilah

CERAMAH UMUM
Sempena Sambutan 60 Tahun PAS
Tarikh : 9 Oktober 2011, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Kuala Pilah, Dataran Ahmadiah, Jemapoh (sebelah Surau Izzah)
Bersama : Mazlan Aliman dan che'GuBard

Sumber http://chegubard.blogspot.com

9/26/11

Laungan selamatkan nyawa



Laungan selamatkan nyawa
Sinar Harian 26 Sep 2011

KUALA PILAH – Laungan meminta tolong menyelamatkan seorang warga emas dari menjadi mangsa curi walaupun dia dipukul di kepala dengan sebatang dahan pokok rambutan oleh pencuri.

Mangsa, Khalijah Idiris, 61, berkata, ketika kejadian pada Jumaat lalu jam 2 petang, dia seorang diri memberi makan kepada kambing-kambing di belakang rumah di Kampung Pilah Tengah.

Menurutnya, dia seorang diri manakala suaminya pergi menunaikan solat Jumaat dan pada waktu ini keadaan sunyi kerana jiran tiada.

“Saya ternampak kelibat seorang lelaki di rumah saya dan menegur tujuan lelaki berkenaan hadir ke ditu.

“Kemudiannya lelaki itu lari entah ke mana dan saya mengesyaki dia hendak mencari besi buruk,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), dekat sini.

Khalijah berkata, selepas selesai memberi kambing makan, dia masuk ke dapur untuk ke bilik air.

“Namun, secara tiba-tiba kepala saya dipukul sehingga berdarah. Saya terkejut, rupa-rupanya lelaki tadi bersembunyi di belakang pintu dapur dan masuk melalui pintu hadapan rumah.

“Saya bergelut dengan lelaki itu untuk melepaskan diri, namun dia terlalu kuat. Lelaki itu cuba merampas gelang emas di tangan saya, namun tidak berjaya dan dan dalam masa sama, saya menjerit dan meminta tolong jiran menghubungi polis sebelum pencuri terbabit melarikan diri,” katanya.

Namun selang beberapa minit katanya, pencuri itu kembali semula menendang pintu belakang yang ketika itu sudah pun berkunci.

“Sekali lagi saya menjerit sekuat hati dan pencuri itu melarikan diri mengikut jalan yang baru siap dibina.

“Selepas itu saya keluar dalam keadaan darah di muka meminta pertolongan jiran mencari suami agar pulang dengan segera,” katanya.

Katanya, selang beberapa minit suaminya pulang dan menghantarnya ke hospital berdekatan.

“Saya ditahan di wad kecemasan memandangkan tekanan darah saya naik mendadak dan perlu ditahan di wad buat sementara waktu sehingga darah kembali stabil.

“Saya bersyukur masih selamat dan kepala tidak retak hanya dahi terpaksa menerima 15 jahitan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9564814.asp

Balun kepala

Balun kepala
Harian Metro 26 Sep 2011

KUALA PILAH: “Saya tersentak melihat remaja bersenjatakan dahan itu berada di dalam rumah dan cuba merampas gelang emas saya,” kata Khalijah Idris, 61.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu, warga emas itu menempuh detik menakutkan apabila cedera di kepala selepas diserang penyamun yang memukulnya dengan objek keras dipercayai dahan rambutan di kediamannya di Kampung Pilah Tengah, Senaling, di sini.

Mengimbas kejadian itu, Khalijah berkata, dia yang sedang membasuh pakaian dikejutkan dengan bunyi bising kambing peliharaannya di luar rumah.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya memeriksa namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dan masuk semula ke dalam rumah.

“Selepas menutup pintu depan, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki berusia belasan tahun yang memegang dahan pokok berada dalam rumah dipercayai masuk melalui pintu belakang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Balunkepala/Article/index_html

Penyokong PAS cedera diserang di Seremban






25 Sep 2011 - Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/176805

Perkasa mob disrupts PAS ceramah
September 25, 2011

About 100 Perkasa members caused a ruckus when they tried to storm a ceramah attended by Mat Sabu.

SEREMBAN: A ceramah organised by PAS was briefly disrupted last night when about 100 Perkasa supporters tried to storm the site where party deputy president Mohamad Sabu was delivering his speech.

One PAS supporter was hit in the head with a stone and another suffered a broken nose in the scuffle. Both were sent to a nearby clinic for treatment.

The row started when Mat Sabu arrived at Ampangan here for the the ceramah to address a crowd of about 600 people.

The Perkasa supporters started shouting “Anti-Mat Sabu” slogans while carrying banners that expressed their anger towards the PAS leader.

When the crowd turned unruly, PAS security volunteers escorted Mat Sabu to another route to get to the ceramah site.

As he was delivering his speech, a shouting match broke out between the protesters and PAS supporters near a main road.

The Perkasa supporters then rushed across the road in their attempt to meet Mat Sabu but were quickly stopped by PAS supporters.

A scuffle erupted and in the melee stones and mineral water bottles were thrown into the ceramah site, hitting one PAS supporter in the head.

Another PAS member was punched in the nose by a Perkasa supporter when the former tried to restrain the Perkasa mob.

Police later arrived to disperse the Perkasa supporters.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/25/perkasa-supporters-disrupt-pas-ceramah/

9/23/11

Lantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Felda tidak sah

Lantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Felda tidak sah
Zefry Dahalan September 23, 2011

Tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.


SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan membantah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) kerana pelantikan itu tidak menepati tiga syarat undang-undang kecil KPF.

Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.

Menurutnya, undang-undang kecil itu menyebut “Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah merupakan seorang Peneroka Felda atau Anak Peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda.”

Tegas beliau, “Mohd Isa bukan seorang Peneroka Felda. Bukan juga bukan anak Peneroka Felda dan bukan seorang yang berjawatan tetap di dalam Felda. Jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda hanyalah jawatan bertaraf kontrak.

“Maka jelas disini Najib menyalah guna kuasa dengan melanggar undang-undang kecil KPF”, kata Mohd Nazree.

Malah pelantikan Mohd Isa oleh Najib juga tidak ada merit kerana prestasi Felda sendiri tidak baik sejak beliau menjadi Pengerusi Felda.

Kes-kes saman peneroka terhadap pengurusan Felda menunjukkan kegagalan pentadbiran Mohd Isa yang jelas menindas peneroka.

“Pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM6 billion juga berlaku ketika Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda. Malah Najib melantik Mohd Isa pada bulan Ogos lepas ketika Pengerusi KPF asal Dzulkifli Abdul Wahab sedang mengerjakan Umrah di Mekah.

“Saya difahamkan pelantikan Mohd Isa menggantikan Dzulkifli ini dibuat tanpa pengetahuan Dzulkifli sendiri yang juga merupakan Pengarah Besar Felda dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain,” ujar Mohd Nazree.

Mohd Nazree berkata Najib harus menjelaskan kepada umum terutama warga Peneroka Felda apakah rasionalnya beliau melantik Mohd Isa dalam keadaan tergesa-gesa dan jelas melanggar undang-undang kecil KPF.

“AMK Negeri Sembilan mendesak agar pelantikan Mohd Isa ditarik balik dan dibuat siasatan bagaimana proses pelantikan boleh dibuat tanpa prosedur yang betul. Kita bimbang pelantikan seumpama ini boleh menjejaskan integriti pengurusan KPF”, ulas Mohd Nazree lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, ketika diminta mengulas isu tersebut berkata beliau sedia maklum isu tersebut dan isu tersebut akan dibawa ke Sidang Parlimen pada bulan Oktober ini.

“Yang pasti pada Sidang Parlimen bulan hadapan kami (Pakatan Rakyat) akan buat satu kejutan atau pendedahan besar berhubung kes ini”, kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/23/lantikan-isa-sebagai-pengerusi-koperasi-felda-tidak-sah/

Kesal PBT lambat bertindak



Kesal PBT lambat bertindak
Sinar Harian 23 Sep 2011

GEMENCHEH – Sebahagian besar penduduk di Rumah Rakyat Kampung Tengah, di sini, kesal dan mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) lambat bertindak bagi membaik pulih tebing longkang yang runtuh berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

Sinar Harian difahamkan, tebing longkang berkenaan didakwa mulai runtuh sedikit demi sedikit sejak Mei lalu dan sehingga kini tiada langkah pembaikan diambil pihak berkenaan.

Menurut salah seorang penduduk, Mokhtar Rashid, 49, keadaan tebing longkang yang sudah lama berlarutan itu menimbulkan kebimbangan sekiranya menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes memandangkan aliran air yang tersekat.

“Longkang runtuh ini hanya menyebabkan aliran air tidak mampu mengalir dengan lancar sehingga menyebabkan ianya benar-benar berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Malah, aliran air yang perlahan ditambah timbunan sampah yang tidak dihanyutkan turut mengundang bau busuk.

“Ada ketikanya bau busuk ini dapat dihidu dari rumah berdekatan dan juga deretan kedai makan yang terletak hanya beberapa meter dari lokasi tebing longkang runtuh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Mokhtar berkata, dia amat berharap supaya PBT dapat mengambil tindakan segera bagi mengelak masalah berkenaan berlanjutan.

“Kita sebagai penduduk sememangnya amat berharap supaya masalah ini akan dapat diatasi memandangkan banyak masalah lain yang timbul susulan tebing longkang runtuh ini antaranya tempat pembiakan nyamuk Aedes, binatang berbisa dan bau busuk.,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9554795.asp

Cermin kereta Adun kena pecah



Cermin kereta Adun kena pecah
Sinar Harian 23 Sep 2011

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai, Yap Yew Weng kerugian lebih RM1,500 apabila cermin kereta jenis Nissan X-Trail miliknya dipecah dan beberapa barangan di dalamnya hilang dipercayai dicuri, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4.30 pagi di kediamannya dekat Taman Rasah Jaya, di sini apabila cermin pintu belakang bahagian kanan keretanya dicabut dan diumpil dengan alat dipercayai pemutar skru.

Yew Weng berkata, sewaktu kejadian beliau sedang nyenyak tidur dan tidak mendengar apa berlaku di luar rumahnya.

Menurutnya, kejadian disedari kira-kira 9 pagi sewaktu beliau mahu pergi pejabat.

“Sebaik sahaja saya menghampiri kereta, saya dapati cermin pintu belakang sudah tidak ada dan cermin tingkap dicabut itu berada di bawah kereta.

“Saya mula bimbang dan mendapati komputer riba dan beg pakaian yang diletakkan dalam kereta itu hilang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Yew Weng berkata, berdasarkan makluman daripada jirannya, sewaktu kejadian, alat penggera keretanya berbunyi, tetapi jirannya itu tidak melihat sebarang kelibat manusia di luar kawasan rumah tersebut.

Berikutan kejadian itu, Yew Weng membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9555040.asp

Isu bas awam belum selesai



Isu bas awam belum selesai
Sinar Harian 23 Sep 2011

SIMPANG DURIAN - Isu pengangkutan awam di daerah ini masih belum berkesudahan menyebabkan penduduk mahu kerajaan melakukan sesuatu dan bukan sekadar janji.

Penduduk di pekan Simpang Durian yang turut menghadapi masalah sama mahu penyelesaian isu pengangkutan awam dapat disegerakan, biarpun masalah itu sudah dibangkitkan beberapa kali sejak bertahun lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kemudahan prasarana di pekan berkenaan seperti pondok bas berada dalam keadaan baik.

Namun, apa yang mendukacitakan, tiada perkhidmatan bas dan teksi yang boleh didapati di pekan berkenaan.

Penduduk, Nur Shira Mohd Daud, 21, berkata, perkhidmatan bas di kawasan itu mula mengalami masalah sejak bulan Jun tahun lalu.

Nur Shira yang tinggal di Kampung Bemban berkata, tahun lalu, dia bergantung kepada kemudahan bas untuk ke tempat kerja.

“Dulu saya tunggu bas dalam jam 10.30 pagi dan hanya mengambil masa 10 minit untuk ke tempat kerja.

“Sekarang susah untuk mendapatkan bas dan sejak kebelakangan ini semakin teruk kerana bas hanya lalu sekali dalam sehari dan kini tidak ada bas langsung di kawasan ini,”katanya kepada Sinar Harian.

Nur Shira berkata, keadaan turut menyukarkan adik iparnya yang menuntut di sekolah berasrama di Kuala Pilah untuk pulang bercuti.

Katanya, adik iparnya terpaksa menaiki teksi yang mengenakan caj diantara RM50 hingga RM60 berbanding tambang bas RM4.50 sahaja.

“Saya harap perkhidmatan bas dapat dikembalikan ke kawasan ini kerana ia menyukarkan khususnya pelajar sekolah dan warga emas yang tidak mempunyai kenderaan.

“Dahulu masa zaman sekolah, saya dan rakan-rakan sering menaiki bas ke Kuala Pilah untuk bersantai dan sebagainya.

“Perjalanan dari Simpang Durian hingga Kuala Pilah hanya mengambil masa satu jam. Kini penduduk terpaksa bergantung harap kepada khidmat teksi sapu.

“Teksi sapu lazimnya hanya menawarkan perkhidmatan dari pekan Simpang Durian hingga ke Felda Pasoh kerana penumpangnya dikatakan ramai,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9555819.asp

9/22/11

Jamuan Raya dgn DSAI 27 Sep 2011 Port Dickson



JAMUAN IDIL FITRI
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
Selasa 27 Sept 2011
Jam 8 malam
Di Markas Pakatan Rakyat Kg Telok Pelanduk, Bt 12, Port Dickson
Semua dijemput hadir

Info dari http://telokkemang.blogspot.com/2011/09/jamuan-aidilfitri-demi-rakyat.html

9/20/11

Ceramah Perdana 24 Sep 2011 di Lenggeng



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 24 Sep 2011, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS MTD Lenggeng, Taman Ulu Beranang, N.Sembilan
Penceramah :
YB Dato Mohd Amar Nik Abdullah
Zulkefly Mohamad Hj Omar
YB Cha Kee Chin
Semua dijemput hadir

Bersama Md Sabu 24 Sep 2011 di Seremban



SAMBUTAN HARI RAYA
Tarikh : 24 Sep 2011, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Wildan , sebelah Masjid Jamek Ampangan, Seremban
Bersama Tn Hj Mohamad Sabu
Semua dijemput hadir

Rumah Terbuka PRN9 25 Sep 2011 di Jempol

RUMAH TERBUKA HARI RAYA
Hari : 25 September 2011 / Ahad
Tempat : Muassasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol
Bersama :
YB Saifuddin Nasution Ismail
YB Dato Kamarul Baharin Abbas
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
YB Loke Siew Fook

Anjuran : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Negeri Sembilan

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com

9/19/11

Desak tahanan ISA dibebaskan



Desak tahanan ISA dibebaskan
Sinar Harian 19 Sep 2011

KUALA KLAWANG - Kerajaan perlu membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika akta berkenaan dimansuhkan.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, tahanan berkenaan sepatutnya terbebas secara automatik sekiranya undang-undang ISA tidak lagi diguna pakai.

Menurutnya, sejak akta itu diberitakan dimansuhkan, sehingga kini tiada seorang daripada tahanan ISA dibebaskan.

“Sekiranya akta berkenaan tidak lagi diguna pakai, maka tahanan berkenaan wajar dibebaskan secepat mungkin.

“Pas dan Pakatan Rakyat telah lama menyuarakan pandangan untuk memansuhkan akta ISA dan saranan ini juga terdapat di dalam Buku Jingga,” katanya.

Namun begitu katanya, Pas dan PR akan mengambil tindakan tunggu serta lihat kerana kita sedia maklum bahawa ada akta baru akan digubal bagi menggantikan ISA yang akan dibentangkan di Parlimen akan datang.

“Kita mahu lihat apakah akta baru ini sama seperti ISA, bersifat mengongkong atau tidak, memberi keadilan atau tidak dan sama ada ia bersifat melindungi atau tidak.

“Kepimpinan Pas Jelebu bersetuju dengan pemansuhan berkenaan, namun apa dinantikan adalah kemunculan akta baru yang bakal dibentangkan di parlimen,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9542776.asp

9/17/11

Dua jam tunggu bas nak ke Seremban, maju sungguh Jelebu


Pekan umpama sleeping town
Sinar Harian 17 Sep 2011

KUALA KLAWANG - Pekan Kuala Klawang boleh diumpamakan sebagai sleeping town khususnya pada hari cuti berikutan tiada sebarang daya tarikan yang terdapat pada pekan ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pekan itu biasanya kelihatan ‘hidup’ pada hari biasa, namun sunyi semasa hari cuti.

Seorang pelajar, Nurul Hasinah Mohd Bakri, 18, berkata, remaja dan belia tidak gemar datang ke pekan berkenaan kerana disifatkan tidak menyeronokkan.

Menurutnya, remaja di sini lebih gemar ke bandar Seremban walaupun jauh.

“Di sini tidak seronok kerana tidak banyak kedai jualan, malah lazimnya apabila jam 8 malam semua kedai sudah tutup,” katanya.

Nurul Hasinah berkata, dahulu ada setiap tahun pekan berkenaan meriah dengan pertandingan futsal dan sebagainya. Tetapi sekarang, aktiviti seumpama itu sudah tidak dianjurkan lagi.

Sementara itu rakannya, Nurul Afifah Zamri, 18, berkata, pekan Kuala Klawang perlu mempunyai pusat membeli belah bagi menarik golongan muda.

“Semua daerah di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat membeli belah. Tetapi keadaan berbeza di sini.

“Selain itu, masalah pengangkutan juga sedikit sebanyak merencatkan keinginan orang ramai untuk datang ke pekan ini,” katanya yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melang, Kuala Pilah.

Nurul Afifah yang berasal Kampung Serting Tengah berkata, dia dan rakan-rakannya terpaksa menunggu hampir dua jam untuk mendapatkan bas ke Seremban. (Eloknya Menteri Besar Negeri Sembilan pergi kerja naik bas. Baru tahu betapa susahnya rakyat mendapatkan perkhidmatan bas di negeri ini. Cerita lanjut di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html )

Menurutnya, sekiranya ingin pulang bercuti dari kampus UiTM, dia terpaksa menaiki bas dari Kuala Pilah ke Seremban dan kemudian ke Jelebu yang mana perjalanannya memakan masa lama.

Katanya, bangunan kedai di pekan Kuala Klawang juga perlu diceriakan kerana ia nampak usang dan tiada daya penarik.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9537578.asp

9/16/11

Tak tahan harung becak


Tak tahan harung becak
Sinar Harian 16 Sep 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Baru Lanjut Manis mendakwa berdepan kesulitan berulang-alik ke rumah mereka berikutan laluan berkenaan becak setiap kali selepas hujan kerana tidak berturap sehingga kini.

Seorang penduduk, Saedun Hussin, 45, berkata, sejak 2008, kami membina rumah di sini namun sehingga kini jalan itu masih belum diturap.

Menurutnya, kami berdepan kesukaran apabila setiap kali hujan lebat.

“Kenderaan memang tidak boleh melalui jalan itu kerana becak dan licin sehingga menyebabkan kami terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah,” katanya.

Saedun berkata, agak terkilan apabila dimaklumkan kepada pihak berkaitan, namun ia masih lagi dipandang sepi.

“Saya sudah memberitahu kepada pihak berkaitan berhubung masalah ini, tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dilakukan.

“Saya dan penduduk lain terkilan kerana masih menanti jalan penyelesaian yang cuba dilakukan dan tidak sabar menyelesaikan masalah ini terutama kesulitan dihadapi pelajar sekolah yang terpaksa berdepan debu atau becak ketika musim hujan,” katanya.

Katanya, anak-anak juga berdepan masalah kesulitan hendak ke sekolah kerana jalan berlumpur.

“Walaupun jalan ini diletakkan batu kerikil di merata tempat, tetapi tanah ini tetap berlumpur dan becak setiap kali hujan.

“Kadang-kadang anak-anak terpaksa memakai selipar terlebih dahulu untuk keluar dari rumah sebelum sampai ke sekolah. Oleh itu, saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius masalah ini demi kesejahteraan lima keluarga yang ada di sini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9532804.asp

9/15/11

Kenderaan Menghalang Laluan dan Pemandangan Kakitangan Petronas Keluar Masuk Pejabat

Kenderaan Menghalang Laluan dan Pemandangan Kakitangan Petronas Keluar Masuk Pejabat
September 15th, 2011

Saya mewakili kakitangan Seremban Regional Office, Petronas Gas Bhd (PGB) di lokasi Km 11, Jalan Seremban-Tampin ingin membuat pengaduan tentang terdapat sebuah trailer panjang membawa muatan besar kini sedang berhenti di persimpangan masuk ke pejabat PGB semenjak dari pukul 8.00 pagi tadi hingga sekarang (15/9/11).

Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan kepada kenderaan kakitangan, syarikat dan juga orang ramai kerana menghalang pemandangan semasa keluar/masuk ke pejabat . Sila rujuk gambar yang di lampirkan.

Sebelum keadaann menjadi lebih buruk, saya bagi pihak syarikat memohon kerjasama penguatkuasa JPJ untuk mengambil tindakan segera. Saya ingin mencadangkan supaya pihak JPJ menjalankan rondaan di sepanjang laluan ini kerana tempat ini merupakan lokasi popular di kalangan pemandu lori, tanker dan trailer meletakkan kenderaan mereka.

Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

By: jimeen

http://www.aduanrakyat.com.my/kenderaan-menghalang-laluan-dan-pemandangan-kakitangan-petronas-keluar-masuk-pejabat

9/14/11

Jamuan Raya DUN Johol 17 Sep 2011



JAMUAN HARI RAYA DUN JOHOL
Tarikh : 17 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Mohd Sany Hamdan, Exco Pemuda PAS Pusat
Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N9
Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9
Mohd Nazree Yunos, Ketua AMK N9
- Serta Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DUN Pemuda PAS -

MPPD WAJAR LAKSANAKAN ‘COASTAL CLEAN UP’



KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG
12 SEPTEMBER 2011

MPPD WAJAR LAKSANAKAN ‘COASTAL CLEAN UP’ SECARA SISTEMATIK & KONSISTEN

Pantai Port Dickson merupakan pusat peranginan dan pelancongan yang sewajarnya dikekalkan dan terpelihara kebersihannya. Namun mutakhir ini keadaan senario di pantai Port Dickson telah dicemari dengan pelbagai siasa buangan. Bermula daripada buangan sampah, sisa daripada perhotelan, sisa kumbahan sehinggalah menjadi pusat transit atau pembuangan pelarian asing. Kita cukup kesal dengan permasalahan yang berlaku di Port Dikcson sehingga dilihat menjadi pusat pembuangan pelbagai sisa tidak berfaedah.

Selaku Ahli Parlimen, saya menyokong penuh usaha - usaha yang telah diinisiatifkan oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat bersama dengan Pimpinan Pakatan Rakyat N. Sembilan dan Telok Kemang dengan menganjurkan Program Pembersihan Pantai Port Dickson (Coastal Clean Up 2011) pada 10 September 2011 yang lepas yang juga bersamaan dengan tarikh Kempen ‘World Coastal Clean Up’ di peringkat dunia. Kempen ini merupakan suatu bentuk inisiatif baru oleh Pimpinan Pakatan Rakyat dalam menunjukkan keprihatinan kita terhadap isu-isu alam sekitar.

Sewajarnya, usaha – usaha seumpama ini harus menjadi contoh kepada organisasi lain terutamanya oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam menjaga kebersihan dan persekitaran yang lebih baik bagi pantai Port Dickson. MPPD sewajarnya menjalankan aktiviti dan kempen kebersihan pantai yang lebih kerap memandangkan perkara ini merupakan tanggungjawab langsung di bawah majlis perbandaran. Usaha-usaha menjaga kebersihan pantai secara sistematik dan konsisten lebih bermanfaat dilaksanakan oleh MPPD berbanding kecekapan mereka untuk menurunkan kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri oleh pemimpin pembangkang.

MPPD tidak seharusnya membiarkan hanya pihak lain secara aktif menjalankan aktiviti dan kempen kebersihan pantai kerana persoalan menjaga kebersihan pantai ini merupakan tugas asasi MPPD. Persekitaran pantai yang kotor dan tidak bersih boleh mendatangkan kemudaratan dan mengancam keselamatan pengunjung.

Ini secara tidak langsung akan mencemarkan imej pantai Port Dickson sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan yang unggul dan selamat. MPPD wajar mengambil langkah segera dengan menganjurkan ‘Coastal Clean Up’ secara lebih sistematik dan konsisten dengan mengambil contoh usaha-usaha yang telahpun dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam isu kebersihan dan keselamatan pantai. Kebersihan pantai harus dijaga demi kesejahteraan rakyat dan pengunjung keseluruhannya.

YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang

Sumber : http://minda-pemuda.blogspot.com/2011/09/kenyataan-media-ahli-parlimen-telok.html

9/13/11

Ceramah PR Rembau 28 Sep 2011



CERAMAH PAKATAN RAKYAT REMBAU
Tarikh : 28 Sep 2011, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bt 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah :
Mazlan Aliman
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop
Ustaz Norazman Mohamad

Umno tak tuntut kemerdekaan



Umno tak tuntut kemerdekaan
Sinar Harian 13 Sep 2011

SEREMBAN - Pas mendakwa pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan kurang tepat berhubung perjuangan parti mereka menentang penjajah British untuk menuntut kemerdekaan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, dakwaan itu disokong oleh fakta yang tertera pada buku teks Sejarah Tingkatan 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Pada muka surat 103, ada dinyatakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

“Umno dikatakan hanya membuat rundingan dengan British untuk menolak Malayan Union dan bukan menuntut kemerdekaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Anuar Azahari dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Difahamkan, buku teks yang disusun panel empat penulis iaitu Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob dan Muslimin Fadzil itu masih digunakan di sekolah menengah sekitar negara ini.

Buku teks terbabit mula dicetak pada 2003 dan naskhah terbitan 2010 yang ditunjukkan pada sidang media berkenaan dibeli Mohd Taufek dari sebuah kedai buku sekitar bandar ini, beberapa hari lalu.

Menurut Mohd Taufek, fakta yang dipaparkan dalam buku teks berkenaan sukar disangkal kerana ditulis pakar sejarah, malah digunakan di semua sekolah menengah.

“Justeru, kami sarankan agar pemimpin Umno meneliti semula fakta sejarah berkaitan kemerdekaan negara agar tidak berlaku kekeliruan dalam fikiran mereka.

“Sejarah tidak boleh diubah dan fakta pula adalah sesuatu yang tepat serta perlu dipercayai. Jangan sesekali mengubah sejarah sesuka hati,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9523373.asp

Kerosakan sudah berlarutan



Kerosakan sudah berlarutan
Sinar Harian 13 Sep 2011

TERACHI – Penduduk dan pengguna jalan raya memohon kepada pihak berkaitan mengambil tindakan segera membaiki jalan Kampung Baru Lanjut Manis, di sini yang rosak teruk.

Penduduk, Saedun Hussin, 45, berkata, kerosakan itu berlarutan untuk tempoh lama sehingga menyukarkan pengguna.

Menurutnya, jalan itu semakin rosak berikutan kenderaan sentiasa berulang alik menggunakan jalan berkenaan.

“Jalan ini memang sentiasa dilalui memandangkan terdapat penempatan termasuklah rumah saya. Sudah lama jalan ini tidak berturap hingga tarnya telah pecah sementara strukturnya sudah rosak sehingga memaksa pengguna menggunakan laluan bersebelahan.

“Namun, ia mengundang risiko bahaya memandangkan jalan ini kecil, apabila berselisih menyukarkan pengguna. Tambahan pula, satu pembetung sudah pecah dan terdapat tanda rekahan tanah, bila-bila masa boleh berlaku runtuhan,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, Saedun berharap, pihak berkaitan memandang serius masalah tersebut.

“Sekiranya masalah peruntukan menjadi kekangan kepada pihak berkenaan untuk mengatasi kesulitan itu, satu laluan alternatif berturap perlu dibina.

“Kerosakan ini sudah lama, maka tidak perlu tunggu lebih lama lagi kerana penduduk menggunakan laluan itu setiap hari,” katanya.

Katanya, kerja-kerja penanaman paip bawah tanah telah selesai berdasarkan pemerhatiannya, namun kawasan rumahnya masih belum menerima sumber air.

“Mereka membuat kerja penanaman paip bawah tanah sejak awal 2011. Walaupun begitu, rumah saya terpaksa menggunakan generator memandangkan air tidak dapat sampai ke rumah. Gangguan air turut berlaku di sini terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri.

“Oleh itu, masalah sebegini perlu diberi perhatian dengan segera oleh pihak berkaitan demi keselesaan penduduk, dan pengguna yang melalui jalan tersebut” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9522773.asp

9/12/11

PD pusat pembuangan sampah



PD pusat pembuangan sampah
Sinar Harian 12 Sep 2011

PORT DICKSON – Daerah Port Dickson pada hari ini bukan sahaja terkenal dengan pelbagai gelaran seperti Pusat Pelancongan Negara dan Bandar Tentera Darat, malah turut dikenali sebagai pusat segala pembuangan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar berkata, daerah ini dijadikan pusat segala pembuangan sampah.

Menurutnya, Port Dickson secara nyatanya dijadikan pusat pembuangan sampah di Bukit Palong, pusat pelarian, pusat pembuangan sisa kumbahan ke dalam laut dan saliran longkang turut disalurkan ke laut serta pembuangan atau pelepasan karbon dari salah satu kilang di sini.

“Ini semua dilakukan kerana pembangunan tidak dirancang dengan baik dan menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggungnya tanpa mereka sedari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Coastal Clean Up 2011 dan Sambutan Hari Raya anjuran Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dengan kerjasama PKR Telok Kemang.

Majlis berkenaan dirasmikan ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merangkap Exco Kerajaan Kedah Datuk Amirudin Hamzah.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Adun Port Dickson, M Ravi dan Adun Lukut, Ean Yong Tin Sin.

Zulkefly berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berterusan dan akhirnya rakyat yang tanggung.

“Pantai Port Dickson sepatutnya dikenali sebagai pantai selamat, selesa dan sihat serta bukannya sebagai pusat segala bahan buangan. Namun, masyarakat tidak mempunyai banyak pilihan dalam menentukan destinasi percutian mereka dan memilih Port Dickson berikutan lokasinya strategik,” katanya.

Katanya, dalam memastikan pantai Port Dickson terpelihara, semua pihak perlu memainkan peranannya dengan betul.

“Apa yang penting, peranan dimainkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) perlulah ke arah Port Dickson sebagai pusat pelancongan dan mereka perlu tegas,” katanya.

Coastal Clean Up adalah julung kali diadakan di negara ini dan Pas bercadang akan menjadikan ia sebagai acara tahunan di mana ia turut dijayakan di peringkat antarabangsa.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9519697.asp

Dato Tuan Ibrahim 14 Sep 2011 di Kuala Pilah



JAMUAN IDIL FITRI MTD SERI MENANTI
Tarikh : 14 Sep 2011, Rabu
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Mujahidah, Bt 16, Kg Terachi, Jln Seremban-K.Pilah ( sebelah SK Terachi)
Bersama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Tn Hj Mohamad Taufek

9/10/11

Port Dickson bandar maut, ada lubang bahaya, AWAS


9 Sep 2011
Kematian Anak: Mualaf Mahu Saman MPPD

SUBANG: Seorang mualaf yang kehilangan anak sulung pada malam hari raya Aidilfitri lalu, berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang didakwa cuai untuk memastikan keselamatan pengunjung di pantai peranginan tersebut.

Mohd Arif Yap Abdullah, 49, berkata saman itu akan difailkan ekoran kematian Nur Zahirah, dua tahun, yang ditemui lemas pada kira-kira pukul 8 malam, 30 Ogos lalu selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam hampir dua meter di tempat letak kereta di Pantai Batu 10, Teluk Kemang, di situ.

Mayat kanak-kanak tersebut dijumpai di persisiran pantai kira-kira 100 meter daripada lubang tersebut dan dikebumikan di Felda Palong, Negeri Sembilan.

Pada sidang media yang diadakan di sini pada Jumaat, Mohd Arif yang memeluk Islam sejak 18 tahun lalu berkata, dia telah melantik peguam Boestamam Ahmad untuk mewakili dirinya dalam memfailkan saman yang akan dilakukan di Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

"Tindakan saman itu bukan kerana wang ringgit tetapi untuk memberi pengajaran kepada MPPD agar mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk keselamatan pengunjung daripada lubang perangkap maut itu," tambahnya.

Dia yang bekerja sebagai tukang kasut juga memberitahu, tiada sebarang tanda diletakkan untuk memberi amaran kepada pengunjung mengenai lubang terbabit yang sukar dilihat dalam keadaan gelap.

Selain itu, Mohd Arif Yap juga berharap tindakan saman tersebut dapat mengelakkan kejadian serupa yang menimpanya dan isteri, Hamizah Ibrahim, 36, berlaku kepada individu lain.

Mengulas mengenai kejadian itu, Mohd Arif Yap berkata, semasa itu mereka sekeluarga berhenti untuk solat Maghrib di pantai itu. Nur Zahirah pada awalnya solat bersama di sebelahnya tiba-tiba keluar bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di pantai itu sebelum hilang.

Dia dan bersama beberapa orang lain berusaha mencari Nur Zahirah dan pihak bomba serta polis juga turut menjalankan operasi pencarian selepas dimaklumkan oleh orang awam di situ.

Mohd Arif Yap juga mendakwa, dia telah membuka bajunya untuk mencari Nur Zahirah di dalam lubang terbabit, tetapi dihalang oleh dua lelaki yang bimbang dengan keselamatannya.

Tambahnya, meskipun redha dengan kehilangan Nur Zahirah, dia masih berada dalam keadaan sedih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja menyebabkan dia masih tidak membuka perniagaan membaiki kasut yang dijalankannya secara kecil-kecilan.

"Sebagai seorang ayah, saya sangat sedih kerana anak yang paling saya sayangi sudah tiada," katanya dalam nada yang teresak-esak. Dia mempunyai seorang lagi anak lelaki, Kamarul Arifin yang berusia setahun.

Dia juga memberitahu, telah membuat laporan polis pada 3 September lalu di Balai Polis Gemas, Negeri Sembilan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin di sebuah akhbar tabloid pada tarikh sama.

Abdul Wahab semasa itu berkata, pihaknya telah menggantikan penutup lubang itu sebanyak dua kali, namun dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau yang melahirkan rasa simpati kepada keluarga Mohd Arif Yap juga menasihati pengunjung untuk berhati-hati dan menambah, masyarakat setempat perlu peka dengan permasalahan vandalisme yang giat berlaku.

http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/9/9/mstar_mahkamah/20110909180734&sec=mstar_mahkamah

9/9/11

Pembinaan bangunan PAS MTD Klawang, Jelebu







Ceramah Ir Nizar 15 Sep 2011 Johol, N.Sembilan



CERAMAH UMUM
Tarikh : 15 Sept 2011 (Khamis)
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 1456, Kg Kabong (Jln Inas-Senaling) Johol, N.Sembilan
Penceramah
1. YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang
2. Dr Rosli Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/09/jemputan-ceramah-umum-bersama-dato-seri.html

9/8/11

Mains dicadang fokus kepada pendidikan agama



SEREMBAN, 8 Sept 2011: PAS Negeri Sembilan mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mempertingkat mutu pendidikan agama di negeri itu yang jauh terkebelakang.

"Perhatian seharusnya diberikan kepada status guru-guru agama tidak terlatih (GSTT) di sekolah agama milik kerajaan negeri," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.

Beliau yang juga Adun Paroi mengulas cadangan Mains yang mahu membina menara 15 tingkat bagi menempatkan pentadbiran semua badan-badan di bawahnya.

Setiausaha Mains baru-baru ini mengumumkan pihaknya akan membina menara itu.

Menara Mains akan menjadi mercu tanda di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menara ini akan dibina setinggi 12 tingkat dan tiga tingkat pada bahagian podium menara tersebut.

“Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013,” katanya.

Ekoran itu timbul pertikaian di kalangan masyarakat apakah keperluan sebenar umat Islam di negeri itu kerana Mains memungut zakat dari umat Islam.

Ia menjadi menarik lagi kerana cadangan ini berbangkit ketika umat Islam didedahkan kononnya ramai antara mereka yang memerlukan bantuan terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak lain termasuk dari pihak gereja.

Ekoran itu timbul pula kononnya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memurtadkan umat Islam melalui pendekatan bantuan itu.

Zakat adalah sumber yang paling baik untuk membantu umat Islam yang memerlukan kerana zakat wajib diagihkan kepada lapan asnaf (kategori) penerima.

Dalam sidang Dun baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Mohamad Hassan menjelaskan, Mains tidak menggunakan wang zakat dalam pembinaan itu tetapi wang keuntungan projek-projek Mains.

"Jika Mains mampu, badan ini wajar memberikan tumpuan kepada pendidikan agama Islam," kata Taufek.

Taufek juga mencadangkan agar kerajaan negeri meningkatkan kemudahan bantuan kewangan samada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman tanpa faedah.

Ia satu keperluan asas khususnya kepada pelajar cemerlang dalam aliran agama yang ingin belajar di luar negara samada dalam bidang perubatan mahupun pengajian agama, kata Taufek kepada Harakahdaily.

Untuk mengetahui sokongan rakyat terhadap isu ini, Taufek telah menaikkan satu poll dalam laman blog miliknya, http://mohdtaufek.blogspot.com/ . Sehingga berita ini ditulis, 90 peratus peserta poll ini menolak pembinaan menara ini.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5283-mains-dicadang-fokus-kepada-pendidikan-agama

10 tahun tunggu rumah siap



10 tahun tunggu rumah siap
Sinar Harian 8 Sep 2011

AIR KUNING – Majlis pecah tanah sudah diadakan pada 10 tahun lalu tetapi sehingga kini sebatang tiang pun tidak dipacakkan bagi melaksanakan projek perumahan rumah kos rendah di Kampung Air Kuning, di sini.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemohon rumah tersebut yang sudah menandatangani surat permohonan pada 1998 bersama syarikat yang ingin memajukan projek berkenaan.

Naib Pengerusi Ketua MIC Air Kuning, K Jayamani, 46, yang juga salah seorang pemohon rumah tersebut berkata, mereka sudah menunggu terlalu lama dan sekarang mahu menuntut hak yang pernah dijanjikan oleh pihak berkenaan.

Menurutnya, mereka sudah memberi tempoh 10 tahun kepada pihak terlibat untuk menyelesaikan masalah itu, namun sehingga kini nampaknya hanya ‘dikuburkan’ begitu sahaja.

“Sekarang kami mahu menuntut hak yang dijanjikan dan berharap pihak bertanggungjawab tidak lepas tangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kawasan tapak pecah tanah projek berkenaan.

Jayamani berkata, mereka sentiasa menyokong kerajaan hari ini dan tidak pernah berhasrat untuk berpaling arah.

“Namun dalam hal ini, kami semua hanya mahu menuntut hak melalui janji yang diberikan dahulu.

“Rumah adalah harta yang paling bernilai bagi semua orang dan kami juga menanam hasrat untuk memiliki rumah sendiri,” katanya.

Katanya, beliau pernah bertanyakan perkara itu kepada wakil rakyat kira-kira tiga bulan lalu dan maklum balas yang diberikan adalah rumah berkenaan memang mahu dibina.

“Oleh itu, diharap ia bukan sekadar jawapan untuk menyenangkan hati kami atau janji baru,” katanya.

Manakala, A Chandra berkata, pada usia 31 tahun, dia menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan rumahnya yang dipohon, namun pada usia 41 tahun, tapak projek itu masih sama dipenuhi hutan belukar.

“Setiap kali melalui kawasan ini, saya amat kecewa kerana impian memiliki rumah sendiri tidak tercapai. walhal saya sendiri sudah melihat pelan rumah berkenaan dan berasa tidak sabar untuk mendiaminya.

“Kini, saya menyewa rumah di sini dan amat mengimpikan kehidupan di rumah sendiri bersama keluarga,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan selain masyarakat India, Melayu dan Cina turut menjadi antara pemohon rumah kos rendah itu di mana rata-rata mereka kini menyewa rumah di sekitar Air Kuning serta Linggi.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9506152.asp

Bagaikan perangkap samar



Bagaikan perangkap samar
Sinar Harian 8 Sep 2011

SRI PILAH – Jalan rosak, sempit, dengan keadaan longkang tidak sempurna bagaikan perangkap samar kepada pengguna di jalan Kampung Batang Pilah, Sri Pilah, sekiranya tidak berhati-hati sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk di situ.

Difahamkan, pada dua Syawal lalu, sebanyak tiga kenderaan tergelincir lalu memasuki longkang tersebut hingga menyebabkan mangsa trauma.

Penduduk, Baharudin Yunus, 76, berkata, kejadian itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini pernah terjadi sehingga kami membantu menolak keluar kenderaan yang masuk ke dalam longkang.

“Keadaan jalan sempit dan berlubang-lubang menyukarkan tetamu yang datang bertandang ke rumah saya pada hari raya kedua begitu juga dengan rumah lain.

“Lebih malang lagi, ada tetamu dari Johor yang datang berkunjung tetapi kereta jenis Perodua Myvi yang baru dibeli termasuk ke longkang kerana tidak menyedari kewujudan longkang di situ,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Selang beberapa jam kemudian, Baharudin berkata, dua kereta lagi menjadi mangsa apabila termasuk ke dalam longkang pada hari sama.

“Sebuah van dan Proton Wira juga termasuk dalam longkang itu pada hari sama. Jalan ini sempit dan berlubang-lubang. Berkemungkinan mereka hendak mengelak lubang, namun termasuk pula ke longkang yang tidak mempunyai tembok.

“Seharusnya pihak berkaitan membina tembok di longkang itu demi keselesaan dan keselamatan pengguna. Dengan jalan yang sempit, ia hanya boleh dilalui sebuah kenderaan sahaja,” katanya.

Menurutnya, jalan itu dibina sejak 1980 dan sehingga kini masih tidak berubah.

“Jalan itu belum pernah dibaik pulih mahupun diturap dengan tar. Jalan pecah-pecah dan berlubang menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna.

“Masalah ini pernah diadukan kepada pihak berkaitan, namun ia tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan,” katanya.

Katanya, berharap pihak terbabit dapat membantu masalah penduduk kerana terdapatnya kawasan rekreasi Jeram Sri Pilah yang sering menjadi tumpuan pelancong dari luar.

“Masalah jalan tidak elok ini sedikit sebanyak menjejaskan imej produk pelancong di sini. Justeru itu, saya berharap jalan ini dapat dibaik pulih demi keselesaan dan kesejahteraan semua pihak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9505371.asp

Jamuan Raya 10 Sep di Rembau, 13 Sep di Seremban





RUMAH TERBUKA PKR REMBAU
Tarikh : 10 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm - 11 mlm
Tempat : Kg Bintongan, Rembau (rumah Yusop Tapa)
Bersama :
YB Rodziah
YB Elizabeth Wong
YB Siti Mariah
Chegubard

JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH
Tarikh : 13 Sep 2011, Selasa
Masa : 9 mlm - 12 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
YB Salahuddin Ayub
Zukefly Mohamad Hj Omar
Dr Badrul Amin Baharon
YB Loke Siew Fook

JAMUAN RAYA DAN CERAMAH
Tarikh : 14 Sep 2011, Rabu
Masa : 8 mlm
Tempat : Lenggeng, N.Sembilan
Bersama :
YB Dr Hatta Ramli
Zukefly Mohamad Hj Omar

9/7/11

Bantuan untuk asnaf, bukan menara 15 tingkat



SEREMBAN, 7 Sept 2011 : Di tengah-tengah masyarakat membincangkan peranan institusi zakat dalam membantu umat Islam yang memerlukan bantuan untuk hidup, tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mahu membina menara 15 tingkat sudah tentu mendapat bantahan.

PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan jenteranya untuk membantah tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mainn) yang bercadang untuk membina menara 15 tingkat kerana ia bukan keperluan umat Islam sekarang.

"Umat Islam di negeri ini sekarang memerlukan bantuan Mains untuk membebaskan golongan asnaf penerima zakat dan bukannya menara yang tinggi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani kepada Harakahdaily.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin mengumumkan Mains akan membina sebuah menara 15 tingkat yang akan dikenali sebagai sebagai Kompleks Mains bertujuan akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.

Bagi Taufek, golongan asnaf (orang yang layak menerima zakat) sangat memerlukan bantuan dari Mains untuk menerukan kehidupan mereka.

Menurut Taufek, beliau pernah membawa isu ini di DUN Negeri Sembilan namun Menteri Besar menjelaskan, wang yang akan digunakan bukan wang zakat tetapi wang keuntungan dari projek yang dibuat oleh Mains.

Menurut Taufek, Mains mempunyai tiga sumber pendapatan iaitu zakat, sumber am dan wakaf.

Namun walaupun tidak digunakan wang zakat untuk membina menara itu, beliau masih bertegas Mains tidak perlu membina menara itu buat masa sekarang.

"Saya akui, Mains memerlukan bangunan untuk menyatukan aktivitinya yang bersepah-sepah namun tidaklah sampai membina menara tertinggi di Seremban," kata Tafufek.

"Apa salahnya, Mains membantu golongan asnaf ini dengan memberikan bantuan modal untuk berniaga kecil-kecilan, misalnya menjual goreng pisang, menjual buah atau menjual burger misalnya daripada berfikir untuk membina menara 15 tingkat.

"Tambahan lagi ketika umat Islam berbincang soal ada antara mereka terpaksa menerima bantuan dari pihak lain termasuk gereja untuk hidup, apa rasionalnya Mains mahu membina menara," kata Taufek kepada Harakahdaily.

Beliau mengganggap, buat masa ini tidak ada keperluan untuk Mains membina menara itu kerana di Negeri Sembilan sekarang ini kerana kegiatan hartanah di ini belum sampai ke peringkat keperluan untuk projek seumpama itu.

Ekoran itu, beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan tindakan bersama.

"Di samping itu, saya akan meminta pihak Lajnah IT kita membina prasarana termasuk Facebook untuk menjelaskan isu ini," kata beliau lagi.

Tidak wajar

Sementara itu, Badrul Hisham Shahrin atau chegu Bard dalam satu kenyataannya berkata, Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau pada satu peringkat bersetuju dengan pembinaan menara 15 tingkat yang akan bukan saja memberikan imej positif kepada institusi pengurusan Agama Islam di negeri ini tetapi secara umumnya akan menjadi kebanggaan negeri ini secara amnya.

"Namun sedikit kegusaran muncul apabila memikirkan benarkah Mains memerlukan pembinaan menara ini sekarang ? Adakah ia merupakan satu 'perlaburan' bijak Mains pada ketika ini?" kata beliau dalam satu kenyataan.

Kegusaran ini sudah tentu tak boleh dielakkan apabila melihat pelaburan Mains sebelum ini mengakibatkan kerugian dan tidak begitu berjaya seperti Bazaar Mains Seremban.

Kompleks Bazaar Mains mula beroperasi pada tahun 2005. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban iaitu di Jalan Dato Abdul Rahman.

Kompleks Bazaar Mains ini adalah merupakan bangunan dua tingkat terdiri dari 52 lot kedai yang menempatkan 31 lot kedai di tingkat atas dan 21 lot kedai di tingkat bawah.

Projek Baazar Mains yang ingin mengangkat idea Pekan Rabu (Alor Setar) ini menelan belanja besar tetapi sehingga kini pulangan tidak berbaloi.

Malah peniaga yang berniaga di situ juga mengeluh kerana tumpuan orang ramai yang tidak memberansangkan ke kompleks tersebut.

Sehinggalah ada blogger di negeri ini mengenengahkan keluhan peniaga di kompleks itu baru ada sedikit perhatian.

Malah blog http://bazaarmains.blogspot.com/ / telah diwujudkan secara sukarela oleh seorang blogger tempatan untuk mempromosikan kompleks tersebut setelah kesian melihat keadaan peniagaan di kompleks tersebut.

Parti Keadilan Rakyat Rembau, kata Cikgu Bard, mengesa satu kajian secara menyeluruh harus dilakukan sebelum meneruskan niat membina menara 15 tingkat ini.

Malah pembiayaan dan perbelanjaan projek ini juga harus diumumkan untuk memastikan ketelusan dalam projek ini, katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5273--bantuan-untuk-asnaf-bukan-menara-15-tingkat

Adakah pejabat Jabatan Mufti N.Sembilan akan diroboh?

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan membina menara setinggi 15 tingkat dengan kos RM50 juta. Persoalannya, apa akan jadi kepada tanah dan bangunan Jabatan Mufti, Baitulmal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pusat Zakat dan anak syarikat MAINS serta mungkin juga Bazaar MAINS yang sedia ada. Adakah bangunan sedia ada milik MAINS, akan dijual, akan dikekalkan sebagai bangunan warisan sejarah atau akan dirobohkan? Sudah pasti ramai pihak berminat terhadap bangunan lama tersebut.



MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA
6 September 2011

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di sini.

Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin berkata menara tersebut yang akan dinamakan sebagai Kompleks Mains akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.

“Kompleks Mains ini akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

“Manakala Bank Islam akan menjadi penyewa utama menara ini,” katanya kepada Bernama Selasa.

Beliau berkata 13 tingkat menara berkenaan adalah untuk blok pejabat manakala satu tingkat untuk parkir dan satu tingkat lagi sebagai podium.

Kamal Amran berkata selain dataran untuk mengadakan pelbagai acara, antara kemudahan lain yang terdapat ialah kemudahan tempat makan dan gerai membeli-belah.

“Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013,” katanya.

Beliau berkata pembiayaan menara tersebut datang dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains.

“Ini bermakna, menara ini dibiayai sebahagiannya daripada pinjaman bank dan sebahagian lagi dari dana sumber am Mains,” katanya. – BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=611737

9/5/11

Orang Asli N.Sembilan harapkan sebuah surau



Bina surau untuk mualaf
Sinar Harian 5 Sep 2011

TALANG – “Sudah tiba masanya Kampung Orang Asli Langkap Talang Tanjung Ipoh mempunyai sebuah surau bagi membolehkan golongan mualaf mengimarahkan aktiviti keagamaan,” kata seorang mualaf, Firdaus Abdullah, 55.

Beliau berkata, surau perlu diwujudkan bagi memastikan aktiviti keagamaan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Walaupun tidak ramai Orang Asli memeluk agama Islam, namun apabila membina surau, sedikit sebanyak membuka hati mereka untuk menerima Islam sebagai panduan hidup.

“Lagipun, banyak kegiatan dapat dilaksanakan di sini. Kita boleh solat jemaah bersama-sama, melakukan aktiviti gotong-royong untuk program keagamaan dan pelbagai lagi,” katanya.

Firdaus yang memiliki pengalaman dua tahun di Kelantan bagi mendalami ilmu agama berharap dapat menyebarkan ilmu itu kepada golongan mualaf di sini.

“Saya berharap dapat meluaskan ajaran agama Islam di kawasan ini. Sepanjang bergelar mualaf, saya sentiasa mendapat bimbingan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

“Dari situlah, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama,” katanya.

Firdaus berkata, jarak jauh membatasi mereka untuk pergi luar dari kampung.

“Namun apabila ada kakitangan jabatan turun padang membantu saudara baru di sini, saya sangat gembira,” katanya.

Katanya, bagi memperkukuhkan dan mempelajari agama Islam, dia mengadakan kelas agama di rumah.

“Kelas ini bertujuan menggerakkan aktiviti keagamaan di kampung supaya mereka tidak mudah lupa dan mempraktikkan apa yang diajar.

“Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat menimbangkan permintaan untuk membina surau di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Mohamad Noor Abdul Rahman bersama rombongannya menziarahi rumah Firdaus sempena program Iftar Perdana yang digerakkan oleh Pas kawasan Kuala Pilah.

Katanya, rombongan itu bertujuan menanamkan sikap prihatin kepada masyarakat dengan memasuki setiap kampung dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Kuala Pilah.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9495502.asp