FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

10/30/11

Sambutan 60 PAS peringkat Negeri Sembilan



MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 13 Nov 2011 (Ahad)
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
YB Dato Husam Musa
YB Dato Ir Amirudin Hamzah
Ustaz Nasarudin Hasan
YB Hj Mohamad Taufek

Kupon Makan Malam cuma RM 10 seorang

Sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Roslee 019-6241581, Sdr Kamarul 019-6604828

Untuk sumbangan boleh disalurkan ke :
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Bank Islam No akaun : 05030010000462

Promosi Facebook dan Blog PAS N.Sembilan

- Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9
- Layari Blog PAS N.Sembilan untuk maklumat terkini di http://pasns.blogspot.com
Sila sebarkan, terimakasih.

10/28/11

Makan Malam Perdana 13 Nov 2011 Johol N9



MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 13 Nov 2011 (Ahad)
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
YB Dato Husam Musa
YB Dato Ir Amirudin Hamzah
Ustaz Nasarudin Hasan
YB Hj Mohamad Taufek

Sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Roslee 019-6241581, Sdr Kamarul 019-6604828

10/24/11

Minta Felda keluarkan penyata



Minta Felda keluarkan penyata
Sinar Harian 24 Okt 2011

JEMPOL - Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) menyarankan pihak Felda mengeluarkan penyata pendapatan dan baki hutang setiap bulan bagi peneroka yang tanam semula kali kedua secara individu.

Presidennya, Abdul Rahman Ramli berkata, pengeluaran penyata itu akan memudahkan peneroka mengetahui hutang dan baki tunggakan yang perlu dibayar.

Menurutnya, setakat ini, Felda tidak mengeluarkan penyata berkenaan secara individu.

“Jika ada penyata, senanglah mana-mana peneroka yang terlibat untuk membuat kiraan dan sebagainya.

“Peneroka juga mesti tahu hak mereka sebagai peneroka. Mungkin ada di antara mereka ini yang ada masalah tetapi tidak menyuarakannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Rahman berkata, sebagai badan bukan kerajaan, Bangkit bersedia menerima sebarang aduan yang diutarakan oleh peneroka selain mengetengahkan dan membantu menyelesaikannya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman turut menggesa pihak Risda agar menyegerakan penyerahan bantuan tanam semula kepada peneroka Felda Raja Alias Empat.

Katanya, peneroka yang terlibat masih belum menerima apa-apa pembayaran bagi bantuan berkenaan.

“Sudah setahun mereka (peneroka) menunggu pembayaran bantuan ini. Pihak berkenaan hanya membuat pembayaran kepada mana-mana peneroka yang menerima surat daripada pihak terbabit secara ‘one off’,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, seramai 508 peneroka Raja Alias Empat, dekat sini menuntut bantuan tanam semula getah kepada sawit daripada pihak Risda. Pihak Risda sudah memberikan bantuan pusingan pertama pada 2010 kepada 397 peneroka sahaja.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9667823.asp

Pendedahan Laporan Audit Negara 2010 untuk N.Sembilan



Antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober 2011 untuk Negeri Sembilan ialah :

1. Kelemahan pengurusan dan kawalan pengeluaran bahan batuan (kuari) oleh Pejabat Tanah Seremban dimana berat muatan tidak dicatat pada doket rasmi dan penyata pengeluaran bulanan tidak diserahkan.

2. Kegagalan Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) dimana prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.

3. Negeri Sembilan tidak mempunyai Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.

Untuk ringkasan laporan serta gambar-gambar, sila ke pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/10/laporan-audit-negara-2010-untuk.html

10/22/11

Tawaran Program Korban DUN Lenggeng 1432 Hijrah



PAS DUN Lenggeng akan menganjurkan program Ibadah Korban pada Hari Pertama Idil Adha 1432 Hijrah bertempat di Kampung Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Bayaran penyertaan untuk satu bahagian ialah RM 380.00

Untuk maklumat lanjut sila ke :

Facebook Zulkefly Mohamad Hj Omar http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100002166637189&sk=wall

Blog Zulkefly Mohamad Hj Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com/

Blog MTD DUN Lenggeng http://mtdlenggeng.blogspot.com/

Makan Malam bersama Aishah 29 Okt 2011


MALAM JALINAN KASIH : UNTUKMU WANITA
Tarikh : 29 Oktober 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm - 11 mlm
Tempat : PJ Perdana , Seremban
Kupon : RM 50/org
Tetamu : Biduanita Negara, Penyanyi Aishah
Anjuran : Hal Ehwal Wanita (HALWA) Negeri Sembilan.

Antara yang menarik :
Penampilan istimewa Aishah
Bual Bicara
Persembahan Kebudayaan
Cabutan Hadiah

Untuk tempahan atau pertanyaan sila hubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Ainul 013-6971176.

TEMPAT TERHAD - UNTUK WANITA SAHAJA

10/21/11

Warga emas ditetak penyamun



Warga emas ditetak penyamun
Sinar Harian 21 Okt 2011

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas di Taman Guru di sini, melalui detik menakutkan apabila diserang penyamun bersenjatakan parang ketika menjemur pakaian di rumahnya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa, Indun Yahya, 62, turut dicederakan apabila penyamun terbabit bertindak ganas menetak muka dan tangannya.

Menceritakan kejadian Indun berkata, dia yang mahu menjemur pakaian di ampaian melihat tiga motosikal dinaiki enam lelaki berada di luar kawasan rumahnya, namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Tiba-tiba seorang daripada mereka turun dari motosikal dan menghampiri pagar rumah saya untuk bertanyakan alamat seseorang.

“Saya kata tidak tahu tetapi lelaki terbabit terus membuka pintu pagar dan memasuki kawasan rumah bersama seorang lagi rakannya yang dilihat bersenjatakan parang panjang,” katanya.

Menurut Indun, kedua-dua suspek yang meluru ke arahnya bertindak memegang bahu dan meletakkan parang ke lehernya.

“Seorang daripada suspek cuba meragut rantai leher emas dipakai tetapi saya cuba menggenggamnya hingga menyebabkan sebahagian daripadanya terputus.

“Melihat keadaan itu, suspek bertindak menetak muka di bahagian pipi kiri. Bagaimanapun, gelang tangan saya berjaya diragut suspek yang turut cuba merampas cincin tetapi gagal,” katanya.

Indun berkata, dia bernasib baik kerana jirannya yang menyedari kejadian itu menjerit menyebabkan suspek segera melarikan diri.

Menurutnya, walaupun cedera tetapi dia bersyukur kerana penyamun berkenaan tidak memasuki rumahnya kerana dua anak perempuan dan seorang cucu berada di dalam.

“Saya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Rahang,” katanya yang menganggarkan nilai kerugian hampir RM5,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, pihaknya mempergiatkan usaha memburu suspek dan meminta orang ramai yang melihat individu mencurigakan menaiki motosikal di kawasan mereka supaya menghubungi mana-mana balai untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9657706.asp

Papan tanda PKR Jempol dirobohkan



KURSUS TERAPI SOLAT SEMPURNA



KURSUS TERAPI SOLAT SEMPURNA
Tarikh : 27 & 28 Okt 2011 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8 pg - 5 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, N.Sembilan
Penceramah :
Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim (Ketua Penyelidik Biokejuruteraan Solat, Universiti Malaya)
Ustaz Nizam Abd Kadir (Tanyalah Ustaz TV9)

Untuk pertanyaan atau pendaftaran tel 06-6787155 (Ustazah Suraya /Ustazah Fauziah)
Semua dijemput hadir
Penyertaan kursus terhad kepada 200 orang peserta sahaja

10/20/11

Senaraikan projek terbengkalai seluruh negara



Senaraikan projek terbengkalai seluruh negara
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Okt 2011 : Kerajaan perlu menjelaskan punca utama kelewatan atau tertangguhnya projek-projek berkepentingan awam di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Katanya, selain kerajaan perlu menyenaraikan semua projek terbengkalai, syarikat yang bertanggungjawab juga perlu diberikan amaran, lapor KeadilanDaily.

“Untuk makluman selepas tertangguh, kos untuk memulihkan semula projek meningkat kepada 50 peratus dari harga tender asal. Sedangkan sebahagian besar wang yang diperuntukkan itu telah pun digunakan.

“Apa yang menyedihkan ialah projek-projek itu adalah untuk kepentingan rakyat dan orang miskin,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat.

Kamarul berkata antara projek terbengkalai termasuk Hospital Shah Alam, Lebuhraya Seremban-Linggi di Negeri Sembilan, Kem Tentera di Skudai, Johor dan Pelabuhan Tuna di Pulau Pinang.

“Jangan ulangi untuk beri projek kepada syarikat tertentu dan broker sahaja kerana kesannya membebankan,” tegas Kamarul.

Dalam pada itu, menyentuh kadar hutang semasa negara yang berjumlah RM437 bilion dengan kadar faedah 5 peratus setahun, Kamarul menjangkakan Malaysia akan mempunyai hutang terkumpul RM1 trilion pada tahun 2020.

“Apa langkah kerajaan untuk menyelesaikan hutang piutang, sedangkan belum tentu kita dapat mengawal jumlah hutang yang ada sekarang. Apakah pendapatan negara meningkat dengan kadar sama munasabah dengan hutang semasa?” soal Kamarul.

Tambahnya, budaya hutang kritikal dicerminkan melalui statistik 41 belia muflis setiap hari di negara ini kerana masalah kad kredit, hutang kenderaan dan bayaran pinjaman perumahan.

“Lebih separuh dari gaji mereka digunakan untuk membayar hutang. Ini sangat bahaya. Kita tak mahu generasi muda yang diharapkan untuk mentadbir negara ini terjebak dalam hutang.

“Apakah ini yang kita mahu ketika Malaysia mahu menjadi negara maju dalam masa 9 tahun?” soal Kamarul.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6083-senaraikan-projek-terbengkalai-seluruh-negara

Facebook PAS Negeri Sembilan

Adalah dimaklumkan Facebook PAS Negeri Sembilan adalah pada pautan berikut http://www.facebook.com/PASN9

10/18/11

Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda



Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda
18 Okt 2011

Saya pernah memasuki ke kawasan asrama untuk menghantar saudara saya pulang ke situ dan berasa amat terkejut apabila melihat anak-anak muda, lelaki mahupun perempuan bebas untuk keluar masuk ke dalam rumah orang lain terutamanya rumah yang berlainan jantina.

Malahan saya juga diberitahu bahawa terdapat pelajar lelaki yang bermalam bersama, tinggal bersama pelajar perempuan ataupun sebaliknya tanpa sebarang ikatan yang sah.

Oleh kerana tiada sekatan atau larangan, ramai yang makin berani melakukannya. Ramai juga yang mengambil langkah untuk tidak ambil peduli dan malas untuk masuk campur seterusnya mendiamkan diri.

Pihak keselamatan hanya menjaga dan bertugas di hadapan pintu pagar sahaja. Sepatutnya hostel lelaki dan perempuan perlu di asingkan dan dipagar bagi mengelakkan kejadian maksiat seperti ini berlaku dan perlu ada kawalan yang tegas kerana negara ini merupakan negara yang berlandaskan syariat Islam.

Saya amat terkilan dengan pihak pengurusan Kolej Lagenda kerana boleh terlepas pandang akan perkara ini dan menganggap perkara sebegini amat remeh.

Saya juga berharap selepas ini jabatan agama akan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengekang masalah ini seperti melakukan rondaan dan spot-check di rumah-rumah pelajar ini.

Saya juga hairan kenapa ibu bapa pelajar tidak mengendahkan perkara ini. Semoga tindakan lanjut di lakukan secepat mungkin oleh pihak pengurusan kolej dan juga jabatan agama Islam.

sekian.
By: anonymous

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/maksiat-berleluasa-di-kolej-lagenda

Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights



Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights
18 Okt 2011

Saya telah membeli sebuah rumah teres setingkat yang dimajukan oleh Syarikat Perpaduan Heights Mukim Pilah Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 2002 dan sepatutnya siap 2003 sebanyak 152 unit Rumah Teres Setingkat dan Rumah Kos Rendah 2 Tingkat 119 unit . Rumah telah terbengkalai , saya telah membayar pinjaman sebanyak RM 432.00 setiap bulan hingga sekarang.

Setiap tahun juga saya terpaksa membayar cukai tanah di Pejabat Daerah Kuala Pilah hingga sekarang.

Saya juga telah membuat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar , Pejabat Tanah Kuala Pilah , Pihak Pemaju dan Pihak TV 3 juga telah datang ke perumahan tersebut.

Pihak berkenaan berjanji akan memberi ganti perumahan lain untuk kami memandangkan Projek Perumahan itu dihentikan berbahaya di lereng bukit.

Semasa pembelian saya tidak tahu kedudukan rumah tersebut hanya diberitahu rakan dan melihat melalui gambar dari pihak pemaju perumahan di Johor Bahru kerana saya bertugas di Johor Bahru.

Masalah ini patut dapat di atasi segera kerana setiap kali belanjawan ada disebut masalah rumah terbengkalai akan diambil berat seperti juga tahun 2011 dan memandangkan pilihanraya hampir tiba , saya , kami berharap masalah perumahan terbengkalai ini dapat disiapkan dan memberi penempatan baru kepada kami .

Juga saya memang amat memerlukan tempat tinggal kerana 2014 akan bersara tiada tempat tinggal selepas persaraan . Kesiannilah saya yang terania dan selepas bersara tidak akan menyewa rumah pula.

Sekian , terima kasih .

Harap mendapat pembelaan dan berita gembira belanjawan 2011 dan sebelum pilihanraya menjadi kenyataan dan ditunaikan.

By: NOR MALA

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-perpaduan-heights

10/16/11

Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin


Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin
16 Okt 2011

Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga Mantin, Negeri Sembilan

Saya menulis aduan ini dengan penuh rasa geram dan marah, kerana sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil, baik daripada pengurusan Kolej Legenda, Polis mahupun pihak imigresen Negeri Sembilan.

Saya tinggal di sebuah kondo di Mantin. Daerah ini pada awalnya aman dan damai sehinggakan 3-4 tahun lepas ketika Kolej Legenda mula membawa masuk pelajar Afrika terutamanya daripada Nigeria. Pada awalnya hanya beberapa orang, kemudian berpuluh pelajar, hingga ke ratusan dan saat ini dari maklumat pengurusan kolej saya mengetahui bahawa telah lebih 5000 orang pelajar daripada Afrika terutamanya Nigeria menuntut pengajian di Kolej Legenda.

Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan (banyak yang sudah tertipu dan berpasangan bahkan mengandung kerana terbuai dengan duit dan mulut manis), memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk.

Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah.

Ada beberapa kali rondaan polis dibuat tapi kesemuanya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.

Kami berusaha dan dapat memahami keterbatasan kemampuan polis dan pengurusan Sri Palma Villa (kondo tempat kami tinggal), tapi kami betul-betul tidak memahami sikap tidak peduli pengurusan Kolej Legenda yang tidak berhati perut dan membiarkan pelajarnya berkeliaran, mabuk dan berbuat sesuka hati di kawasan ini.

Tidak ada pengawalan jam malam seperti institut pengajian tinggi awam tempatan ataupun pengawasan daripada Kolej. Saya percaya masyarakat disini mahu menerima dan bertimbang rasa dengan imigran negro ini kerana kami adalah warganegara yang taat peraturan dan beradab, tapi mereka betul-betul tidak bertimbang rasa dan menghormati peraturan dan adab di Negara kita.

Kami menjemput Aduan Rakyat untuk melihat sendiri bagaimana penderitaan warga disini. Berita terakhir yang kami dengar Kolej Legenda telah membawa masuk lebih 200 bekas banduan yang juga bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata serta tahu untuk membuat senjata api daripada Nigeria (yang kesemuanya memiliki masalah sosial) ke Negara ini dan maknanya ke ke daerah kami.

Kesemua kami bertanya-tanya bagaimana pihak imigresen Negeri Sembilan dapat begitu mudah memberikan visa bagi mereka (MUNGKIN KERANA PEMILIK KOLEJ LEGENDA MERUPAKAN DATO’ DARIPADA NEGERI SEMBILAN). Kami harap semua pihak bersungguh-sungguh mendengar aduan kami ini sebelum konflik sosial yang sebenarnya terjadi.

Beberapa waktu yang lalu telah berlaku kerusuhan yang meragut nyawa beberapa pelajar Afrika ini dan penduduk tempatan disini. Pihak pengurusan kolej seperti tidak belajar dan dengan santai terus mengambil keuntungan dari pelajar-pelajar ini tanpa sedikit pun ambil peduli dengan keluhan, dan rungutan kami.

Saya rasa ‘bom waktu’ ini tidak lama lagi akan meletup.

Masyarakat dan Mat Rempit disini pun sudah makin tidak sabar dengan perangai dan tindak tanduk negro-negro besar mulut ini.

Warga Mantin yang prihatin…

http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-afrika-kolej-legenda-mengganggu-warga-mantin

10/15/11

Ceramah Melayu DAP 28 Okt 2011 di Jelebu



CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Penceramah :
YB Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Ketua PKR Rembau
Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, DAP www.facebook.com/colroseli
Tarikh : 28 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan

10/14/11

Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1432 H



PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1432 H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi dalam DUN Paroi

1 Bahagian RM 350 (Lembu)
1 Ekor Kambing RM550

Maklumat lanjut sila hubungi
Sdr Hassan 019-2171942
Sdr Sufian 013-3589328

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

10/12/11

Flats get facelift to welcome DPM





Flats get facelift to welcome DPM
Zefry Dahalan October 12, 2011

The construction activity going on in Ampangan is reminiscent of a by-election campaign

SEREMBAN: There is so much construction and renovation being carried out around the UDA Flats in Ampangan—and with so much urgency—that it looks as if there is a by-election in the area next week.

But it is too late in the current parliament’s term for by-elections. So why the repainting, the reroofing, the resurfacing of roads and the upgrading of public toilets and drains?

There is a simple explanation. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin will be in town this Saturday and he will be talking about the Barisan Nasional government’s care and concern for flat dwellers and other ordinary folk.

The visit will include a walkabout around the flats and the nearby wet market and Pasar Tani.

Dr Mohamad Rafie Abdul Malik of the PKR supreme council estimated the cost of the works at “easily around a few hundred thousand ringgit”.

“I’m not questioning the upgrading and instant development, which will benefit the residents here,” he said. “But why wait for Muhyiddin’s visit to do this upgrading?”

He said the flat residents had been complaining for years about leaking roofs, faded paintwork and other damage to their buildings, roads and drains.

“Nothing was done until Muhyiddin decided to visit.”

Rafie, who is deputy chief of Seremban PKR, said he would like to invite Muhyiddin to Kampung Ismail and Kampung Jiboi, not far from the UDA flats, in the hope that the visit would spur development there.

“Parts of Kampung Ismail and Kampung Jiboi face serious flooding during heavy rain,” he said. “The water level gets higher than my waist. Recently, members of Seremban PKR had to help the residents clean their houses.

“The drainage system is bad. Thick grass grows in the ditches, and rubbish clogs them. In fact, the drains and even the nearby river are too narrow for the kind of heavy rain we have been getting in recent years.

“I don’t mind organising a visit programme for Muhyiddin if that is the only way to get the flooding problem in these two kampungs solved once and for all.”

During Muhyiddin’s visit, Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hasan is expected to announce that a two-storey block of shops will be constructed to replace the current single-storey block.

The Ampangan state assembly seat is currently occupied by Rashid Latiff of PKR.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/12/flats-get-facelift-to-welcome-dpm/

Jumpa Bob Lokman 26 Okt 2011 di Johol N9



PROGRAM BICARA ANAK MUDA
Tarikh : 26 Okt 2011 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Bob Lokman
Chegubard
YB Loke Siew Fook

Semua dijemput hadur

Maklumat lanjut hubungi Amar 013-6782380
Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/

10/10/11

Majlis Minum Petang Parlimen Rembau 16 Okt 2011

MAJLIS HI-TEA
Bersama Pemimpin sempena MATC Rembau
Tarikh : 16 Okt 2011, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pejabat PKR DUN Rantau, No. 2531, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas Rantau)
Penceramah :
- Datuk Chua Jui Meng ( Ahli MPP )
- YB Fuziah Saleh ( MP Kuantan )
- YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi & PJ PAS N. Sembilan)
- YB Ravi ( ADUN Port Dickson )
- YB Anthony Loke ( ADUN Lobak )
- Chegubard ( Ketua Cabang PKR Rembau )
Hubungi 0123696474 / 017 6664084 (Azizi )

Bajet 2012 ‘gula-gula’ rakyat



Bajet 2012 ‘gula-gula’ rakyat
Sinar Harian 10 Okt 2011

KUALA KLAWANG – Pas Kawasan Jelebu menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kelmarin sebagai ‘bajet gula-gula rakyat’.

Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Saiful Bahri Jamaan berkata bajet tidak lebih daripada bertujuan mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Jika diteliti isi kandungan Bajet 2012 hampir sama dengan Bajet 2004. Antara persamaan ialah pemansuhan yuran sekolah.

“Yuran sekolah yang dimaksudkan diberi percuma ialah yuran sebanyak RM20 sahaja. Manakala yuran-yuran lain seperti sukan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masih perlu dibayar ibu bapa.

“Justeru, tiada istilah yuran sekolah percuma kerana ibu bapa tetap mengeluarkan belanja untuk menyekolahkan anak-anak mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurutnya, tindakan kerajaan menaikkan gaji sektor awam seharusnya dilakukan sejak dahulu lagi.

Katanya, kerajaan lambat menaikkan gaji sektor awam disebabkan tiada peningkatan ekonomi negara sejak 20 tahun kebelakangan ini.

“Ekonomi negara tidak menunjukkan peningkatan positif sejak 20 tahun kebelakangan ini sekali gus menyebabkan rakyat terpaksa hidup dengan bergantung kepada gaji yang kecil.

“Jika dikaji gaji sektor awam bagi kelulusan ijazah ialah RM1,800 hingga RM2,000 pada sekitar tahun 1980-an dan sehingga kini masih sama meskipun hampir 30 tahun berlalu.

“Ini diburukkan dengan kenaikan harga barang yang kerap naik. Harga barang naik dua atau tiga kali tetapi kenaikan gaji hanya sekali sahaja.

“Keadaan ini sudah semestinya menyukarkan rakyat. Kerajaan seharusnya membendung harga barang dan bukan membiarkan ia naik sehingga menyusahkan rakyat,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk meluluskan kadar gaji minimum untuk sektor swasta bagi melindungi rakyat yang bekerja di sektor berkenaan.

Menurutnya, pengilang-pengilang misalnya takut menaikkan gaji pekerja ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu di negara ini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9618596.asp

Bajet 2012 tidak gugat Pas



Bajet 2012 tidak gugat Pas
Sinar Harian 10 Okt 2011

JEMPOL- Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Abdul Rahman Ramli, menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin hanyalah sekadar bajet pilihan raya.

Menurutnya, ia sekadar taktik Barisan Nasional (BN) untuk memancing hati rakyat bagi memenangi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

“BN mungkin ingin mendapatkan kembali kepercayaan rakyat bagi memancing undi pada PRU-13 akan datang.

“Begitu juga dengan pemansuhan yuran sekolah.

“Bagaimanapun, kita percaya ibu bapa mahupun penjaga tetap perlu mengeluarkan belanja untuk anak-anak yang bersekolah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, apa yang jelas belanjawan 2012 meniru belanjawan yang dikemukakan oleh PR.

“Pas tidak gentar menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang walau banyak mana BN menggula-gulakan rakyat.

“Pas Jempol bersedia menggempur ke semua gugusan Felda di kawasan Parlimen Jempol memandangkan semboyan PRU-13 semakin hampir.

“Kita lihat, senario politik negara semakin berubah dan Pas mula memecahkan tembok kubu Umno di kawasan Felda,” katanya.

Sementara itu katanya, kini, kesedaran dalam kalangan peneroka terutama generasi kedua dan ketiga di Felda semakin meningkat.

Malah, beliau juga menyifatkan kehadiran Pas di Felda telah menemui rentak positif.

“Ingin saya ingatkan di sini, kepimpinan dan ahli Pas di peringkat cawangan tidak memulaukan ahli Umno.

“Sebaliknya, kita sentiasa cuba mendampingi mereka selaras dengan negara berkebajikan dibawa oleh Pas,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9619377.asp

10/7/11

A free-for-all at PAS ceramah in Rembau



A free-for-all at PAS ceramah in Rembau
Zefry Dahalan October 7, 2011

A scuffle broke out when a group calling themselves a movement to dignify national heroes tried to gatecrash the Mat Sabu ceramah.

REMBAU: A free for all broke out last night between supporters of PAS, PKR and a group calling themselves the movement to dignify national heroes at a PAS ceramah here.

The group’s, Gerakan Memartabatkan Pejuang Nasional (GMPN), target was PAS deputy president Mohamad Sabu, better known as Mat Sabu.

The group was lying in wait for Mat Sabu and when he arrived at the ceramah venue, they marched 300 metres to the ceramah location to heckle him.

But, this time the PAS supporters were prepared for it. In an earlier ceramah in Seremban last month, GMPN also created a fracas.

For the ceramah last night, PAS had mobilised 3,000 PAS and PKR supporters from Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor and Malacca.

The ceramah was held in the fully fenced Negeri Sembilan PAS commissioner Mohd Taufek Abdul Ghani’s home.

When the 100 plus GMPN supporters neared the gate of the house, PAS supporters formed a human barricade.

Shouting “Jangan ganggu majlis orang” (Don’t disturb others function) and “Balik! Balik! (Go back! Go back!) the PAS supporters forced the group to retreat.

A scuffle broke out and both sides were trading blows for nearly 35 minutes. The situation was brought under control when the police intervened. No injuries were reported.

Memo submitted to Mat Sabu

Later Rembau PKR division chief Badrul Hisham Shaharin discussed with the GMPN representative known as Yusof to allow two of their members to submit a memorandum to Mat Sabu.

Yusof and another GMPN member known as Arafat were allowed to enter the house and submit the memorandum.

Arafat said they will hold another protest at Bukit Kepong, Johor on Oct 16.

Even though the group identified themselves as GMPN, most of the supporters present were the same who were at last month’s fracas at Ampangan under the Perkasa banner.

The chairman of GMPN Mejar (R) Razali Zakaria in his speech in fact shouted “Hidup Gerakan Memartabatkan Pejuang Nasional”, “Hidup Bekas Tentera” and “Hidup Perkasa”.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/07/a-free-for-all-at-pas-ceramah-in-rembau/

10/6/11

Loji kumbahan di Batu Kikir perlu diselenggara



Beberapa penduduk menutup hidung akibat bau busuk ekoran kolam kumbahan yang tidak berfungsi dengan baik di Rumah Rakyat Peringkat Tiga, Batu Kikir, Jempol, baru-baru ini.

JEMPOL 5 Okt. 2011 - Bayangkan jika anda terpaksa menjalankan kehidupan seharian dengan menghidu bau busuk dari kolam kumbahan!

Itulah senario yang dihadapi oleh sebahagian penduduk dari Rumah Rakyat Peringkat Tiga, Batu Kikir di sini.

Seorang penduduk Yahya Ahmad, 59, mendakwa, perkara ini sudah berlarutan sejak dua tahun lalu dan penduduk setempat terpaksa menahan bau busuk dari kolam kumbahan milik sebuah sekolah berasrama penuh, yang didakwa tidak berfungsi dengan sempurna.

''Rumah saya berhampiran dengan sekolah tersebut. Sukar untuk kami melakukan aktiviti seharian akibat tidak tahan dengan bau busuk.

''Lihat sahaja kawasan perumahan ini. Kebanyakan penduduk di sini terpaksa berkurung di dalam rumah dengan menutup tingkap dan pintu. Jika buka pasti bau busuk itu sampai ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Rakannya, Harun Hanipah, 53, berkata, perkara itu hanya akan diambil tindakan selepas penduduk bertindak membuat aduan kepada pihak sekolah berkenaan namun, kali ini tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.

''Kini sudah tiga minggu kami membuat aduan selepas kolam kumbahan tersebut tidak berfungsi dengan baik sehinggakan airnya melimpah. Namun, masih tiada tindakan sewajarnya.

''Rumah ini dibina dahulu sebelum sekolah tersebut. Jadi, sepatutnya mereka tidak meletakkan tangki tersebut berhampiran kawasan perumahan kami.

''Malu juga jika ada tetamu datang ke rumah. Macam mana kami hendak makan jika terpaksa menghidu bau busuk. Kalau hendak buat kenduri, risau tiada orang datang akibat masalah ini,'' katanya.

Seorang lagi penduduk, Musa Kasiran, 60, berharap pihak berkenaan dapat melakukan tindakan sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan itu terus terjamin tanpa sebarang gangguan bau busuk.

''Saya juga risau jika kami berdepan dengan masalah kesihatan akibat masalah ini. Sampai masa hendak makan pun boleh hilang selera," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

10/5/11

Lebih daif daripada setinggan



Lebih daif daripada setinggan
Sinar Harian 5 Okt 2011

TAMAN D’PINGGIRAN KOTA – Memiliki kediaman sendiri pasti menjadi idaman semua orang, namun bagi kira-kira 80 pemilik dan penghuni rumah di Taman D’Pinggiran Kota, Lukut, rumah yang dibeli puluhan ribu ringgit disifatkan lebih daif daripada rumah setinggan.

Ini kerana rumah yang mereka diami ini tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) menyebabkan perumahan mereka tiada kemudahan awam seperti surau, balai raya, talian telefon tetap, padang permainan dan penyelenggaraan berkala oleh pihak berkuasa tempatan. Malah lebih membebankan apabila bekalan air ke rumah mereka juga ditamatkan sejak Sabtu lalu.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan rumah flat itu mendapati ia dipenuhi dengan semak samun dan tidak terurus.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman D’Pinggiran Kota, Adyanto Tauhid berkata, penduduk di sini sudah terlalu banyak bersabar dengan pelbagai kesukaran sejak tinggal di sini.

Menurutnya, dari dahulu lagi, pemaju sering memberi janji demi janji bermula dengan CF, kemudian berkenaan pusat pelupusan sampah yang katanya akan ditutup sebaik sahaja penyerahan kunci rumah dilakukan.

“Begitu juga dengan kemudahan air, pihak pemaju memberitahu mereka sedang berurusan dengan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) bagi memastikan air disalurkan ke rumah setiap penghuni dengan menggunakan meter individu berbanding sekarang hanya guna meter pukal.

“Akibatnya sejak Sabtu lalu, Sains memotong bekalan air berikutan pemaju mempunyai jumlah tunggakan mencecah RM82411.40,” katanya kepada Sinar Harian.

Adyanto berkata, pihaknya sudah banyak kali memohon pemaju agar setiap rumah dipasang meter individu, malah deposit pemasangan meter juga dibayar agar penduduk boleh membayar bil masing-masing.

“Namun pemaju hanya memberikan alasan dan akhirnya perkara yang kami khuatir memang terjadi iaitu pemaju tidak membayar bil air dan bekalan dipotong oleh Sains.

“Pihak Sains pula dalam rundingan mereka memberitahu bekalan hanya akan disambung semula jika tunggakan tersebut dibayar,” katanya.

Beliau berkata, masalah ketiadaan air menggusarkan penduduk di sini ditambah pemaju yang bertanggungjawab ke atas perumahan berkenaan diisytiharkan muflis pada pertengahan tahun lalu.

“Memandangkan rumah ini tidak mempunyai kelulusan CF banyak masalah lain yang timbul selain keperluan kemudahan asas.

“Sistem pembetungan di kawasan ini juga tidak mendapat penyelenggaraan. Pada akhir Julai lalu, pam sistem pembetungan rosak dan mengakibatkan limpahan najis. Pelbagai pihak dirujuk untuk membaiki kerosakan itu, namun mengecewakan dan akhirnya mendapat bantuan ihsan daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, pihaknya juga sudah melakukan pelbagai cara termasuk membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dalam memperjuangkan hak penduduk di sini, namun sehingga kini tiada jawapan positif diterima.

Sementara itu, seorang penduduk, Azman Abd Rahim, 38, berkata, mereka boleh bersabar dalam menghadapi pelbagai masalah di kawasan rumah ini sejak mendiaminya namun, bekalan air yang dipotong Sabtu lalu benar-benar menguji kesabaran.

“Jika masalah longkang tersumbat dan rumput panjang kami boleh melakukan gotong-royong membersihkannya, tetapi masalah bekalan air mengakibatkan kami rasa kesal.

“Penduduk, di sini semuanya berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, diharap pihak bertanggungjawab dan Kerajaan Negeri dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Katanya, penduduk, di sini berasa sedih dan terkilan dengan sikap pemaju yang seakan lepas tangan terhadap tanggungjawab mereka menyediakan kemudahan tersebut kepada penduduk.

“Setiap kali kami adukan masalah ini, mereka hanya memberi janji dan janji tersebut hanya tinggal janji sehingga kini.

“Kami penduduk D’Pinggiran Kota memang terasa dipinggirkan,” katanya.

Sinar Harian turut difahamkan ada sesetengah penduduk yang tidak bertanggungjawab membela anjing dengan mengurungnya di salah sebuah rumah kosong di flat tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9602303.asp

10/2/11

10 kes pecah rumah setahun



10 kes pecah rumah setahun
Sinar Harian 2 Okt 2011

RASAH – Perasaan resah menyelubungi penduduk Taman Seremban 3, di sini berikutan kejadian pecah rumah di kawasan itu yang semakin membimbangkan, sejak setahun lalu.

Difahamkan, pada tahun ini saja, lebih 10 kes pecah rumah dan kedai dilaporkan berlaku di kawasan terbabit menyebabkan penduduk khuatir keselamatan mereka mula terancam.

Penduduk, Mohd Syuhaimi Sudin, 30, berkata, keretanya nyaris dilarikan pencuri ketika mereka sekeluarga sedang nyenyak tidur, Jun lalu.

“Kami terkejut dan terjaga daripada tidur apabila mendengar penggera kereta tiba-tiba berbunyi, kira-kira jam 3 pagi.

“Saya bergegas bangun dan berlari keluar dari rumah. Saya ternampak tiga lelaki cuba melarikan kereta yang diletakkan dalam kawasan pekarangan rumah yang berpagar,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Mohd Syuhaimi, tiga suspek terbabit seterusnya melarikan diri sebaik sahaja dia menjerit meminta tolong.

“Walaupun kereta saya gagal dibawa lari, kejadian berkenaan menyebabkan isteri saya trauma sehingga hari ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Zainal Abidin Hamzah, 39, berkata, salah seorang jirannya hilang pelbagai barangan berharga setelah rumahnya dimasuki pencuri, baru-baru ini.

Katanya, jirannya berada di dalam bilik ketika kejadian dan sedar rumahnya dimasuki pencuri, namun hanya dapat mendiamkan diri kerana bimbang penjenayah bertindak ganas.

“Memang kami tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana bimbang rumah kami pula bakal jadi sasaran pencuri yang seterusnya.

“Lebih dibimbangi, penjenayah mungkin bersenjata dan tidak teragak-agak mencederakan atau mengancam nyawa kami,” katanya.

Sementara itu, bagi S Ganesan, 38, berkata, dia dan jiran-jiran di taman perumahan berkenaan terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah masing-masing.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang berkata, pihak polis akan menyiasat dan meningkatkan rondaan di sekitar Taman Seremban 3.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9592470.asp