BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

12/31/11

Peneroka nekad tebang sendiri pokok getah


Peneroka nekad tebang sendiri pokok getah - 31 Dis 2011

“Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah.”

JEMPOL: Kecewa dengan pengurusan Felda, 106 peneroka Felda Raja Alias 3 hari ini mengambil keputusan menebang sendiri pokok getah tanpa bantuan Felda.

Setiausaha Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit), Yaakob Mahmood yang mewakili 106 peneroka terbabit berkata akibat menunggu hampir dua tahun, pihaknya kini sudah mencari syarikat yang bersedia untuk menebang pokok getah dan membeli kayu getah berkenaan.

“Selepas mendapat sebut harga dari beberapa syarikat, akhirnya kita mendapat harga terbaik dari sebuah syarikat pada RM9,800 setiap satu ekar.

“Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah. Jika semua persiapan berjalan lancer proses penebangan pokok getah ini akan dilakukan pada bulan Januari depan.

“Selepas mesyuarat, 106 peneroka ini sebulat suara setuju menguruskan penebangan pokok getah dan menjual kayu getah dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung kepada Felda.

“Kita ada bukti hitam putih persetujuan daripada syarikat terbabit untuk melaksanakan proses penebangan pokok getah tersebut”, kata Yaakob dalam sidang media hari ini.

Wakili semua peneroka

Menurut Yaakob keseluruhan peneroka tanah rancangan ini adalah 259 peneroka dan terpulang kepada mereka untuk sertai kami atau pun tidak kerana kita mewakili semua peneroka tanpa mengira parti.

“ Setelah semua proses ini selesai, dijangka pada bulan Jun depan akan bermula proses tanam semula di kebun masing-masing.

“Saya mendesak Felda memberi kebebasan dan hak kepada peneroka terbabit untuk memilih tender mana yang lebih sesuai yang menawarkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.

“Saya berharap Felda memberikan segera surat kebenaran untuk tujuan tersebut dan tidak menafikan hak peneroka”, tegas Yaakob lagi.

Turut hadir di dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung PKR, T Kumar; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/31/peneroka-nekad-tebang-sendiri-pokok-getah/

12/30/11

Unit Amal N.Sembilan cipta sejarah Program Jambori



Unit Amal Negeri Sembilan telah mengadakan Program Jambori Amal pada 16 hingga 18 Disember 2011 yang lalu di Port Dickson, N.Sembilan.

Jambori Amal pada tahun ini mencipta sejarah kerana disertai peserta yang paling ramai sejak program ini diadakan.

Lebih 90 peserta remaja dan lebih 30 peserta dewasa telah menyertai jambori pada kali ini.

Unit Amal Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program jambori ini, terutamanya AJK dan para peserta.

InsyaAllah, jumpa lagi dalam program anjuran Unit Amal N.Sembilan selepas ini.

Gambar-gambar sekitar Jambori Amal tersebut di http://unitamaln9.blogspot.com/2011/12/unit-amal-nsembilan-cipta-sejarah.html

12/29/11

Amanat DS Anwar Ibrahim 4 Jan 2012 di Seremban

AMANAT DS ANWAR IBRAHIM
Tarikh : 4 Jan 2012, Rabu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Perkarangan Pejabat PKR NS, Jln Tuanku Antah, Seremban
Semua dijemput hadir

RAPAT RAKYAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, Pekan Gemas, N.Sembilan
Bersama Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat
Semua dijemput hadir

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com

12/28/11

Tazkirah 3 Ustaz 12 Jan 2012 di Johol, N.Sembilan



MUNAJAT DAN TAZKIRAH PERDANA
Antara Imam 5 minit dan Imam 5 tahun
Bersama :
YB Ustaz Taib Azamudin (bekas Imam Masjid Negara)
Ustaz Kamal Asha'ari (bekas Imam Masjid Shah Alam)
Ustaz Norazman Mohamad (bekas Imam Masjid Ampangan)

Tarikh : 12 Jan 2012 (Khamis)
Masa : 8 malam
Tempat : Dataran Al-Ikhwan Air Mawang, Johol, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Korek pasir secara haram

Dari laman web Aduan Rakyat Online

Korek pasir secara haram - 28 Dis 2011

Kejadian pengorekan pasir dijalankan di dalam kawasan kampung saya beralamat seperti yang di bawah, saya agak sangsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Kami bimbang akan keselamatan rumah-rumah kami, kerana kerja penyedutan pasir itu berdekatan dengan rumah kami. Ini boleh menyebabkan tanah mendap dan runtuh sekaligus mengancam keselamatan penduduk kampung.

Lebih menghairankan lagi, kerja mengeluarkan pasir itu hanya dijalankan pada waktu 4/5 pagi.

Kejadian ini menyebabkan penduduk kampung curiga dengan niat sebenar pengorekan pasir ini.

Saya amat berharap bahawa aduan rakyat dapat membawa isu ini ke tengah dan pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya sebelum kejadian yang tak diingini berlaku.

Sekian, terima kasih.

Batu 7 3/4 Kg Pantai, Jalan Jelebu,
71770, Seremban, Negeri Sembilan.

By: Amir Rosli

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/korek-pasir-secara-haram#more-8478

Ijtimak Ulamak Haraki Negeri Sembilan Ikrar Rungkai Kekuatan Umno BN



27 Dis 2011

Seremban, 27hb Dis 2011-Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan terus mengorak langkah untuk memacu jentera pilihanraya ulamak negeri menjelang pilhanraya umum yang bakal diumumkan pada bila-bila masa lagi.

Kesungguhan jentera Dewan Ulamak Negeri Sembilan dibuktikan dengan penganjuran Ijtimak Ulamak Haraki Peringkat Negeri Sembilan pada hari semalam. Penganjuran ini juga turut diadakan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan.

Tegas Setiausaha DUPNS , Ustaz Abdul Hadi, kehadiran para peserta amat memberansangkan. Lebih kurang 100 orang peserta daripada seluruh pelusuk Negeri Sembilan telah datang dengan tekad dan iltizam yang tinggi untuk menumbangkan Umno BN dalam PRU yang akan datang.

Para peserta telah memenuhi lokasi Ijtimak yang diadakan di Dewan Taman De Palma, Jaya Ampangan untuk mendengar amanat dan taujihat daripada Pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Negeri.

Sebanyak tiga pembentangan telah disajikan para peserta sejak seawal 9 pagi sehingga 1:30 tengahari.

Kertas kerja pertama berkisar dengan Ribat dan Petugas Pilihanraya, ianya dibentangkan oleh Ustaz Ismi Taib iaitu Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Manakala kertas kedua pula berkisar berkenaan dengan Isu-isu semasa dan pandangan serta penyelesaian Islam. Ianya juga dibentangkan oleh Ustaz Ismi Taib.

Pembentangan ketiga pula berkisar berkenaan dengan kursus kepimpinan daripada pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan.

Rata-rata peserta melahirkan rasa keyakinan mereka terhadap pertolongan Allah unutk menumbangkan Umno BN dalam PRU yang akan datang.

Ijtimak Ulamak Haraki tersebut diserikan lagi dengan perasmian penutup oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan iaitu Yb. Taufiq.

Oleh: sripetaling

Sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11375

12/27/11

Majlis Sambutan Tahun Baru 2012 PR Rembau



SAMBUTAN TAHUN BARU 2012
Tarikh : 31 Dis 2011, Sabtu
Masa : 11 pagi - 12 tgh mlm
Tempat : Kg Sawah Raja (DUN Kota), Rembau
Bersama : Ustaz Dr Badrul Amin, YB Ustaz Firdaus, YB Sivakumar, YB Chang Lih Kang, YB Taufek che'GuBard dan Pak Jabit

Tentatif Program :
11 pg : Gotong Royong Persiapan Kenduri Rakyat
5 ptg : Pendaftaran petugas/sukarelawan Pakatan Rakyat Rembau
7 mlm : Solat Maghrib/Isya berjemaah, Tazkirah, Zikir (diimamkan oleh Ust Dr Badrul Amin)
8.30 mlm : Jamuan Makan Malam / Kenduri Rakyat
8.45 mlm : Ceramah umum oleh Ust Dr Badrul Amin, YB Ust. Firdaus (MP Jerai), YB Sivakumar (Mantan Speaker DUN Perak), YB Chang Lih Kang (ADUN Perak), YB Taufek (PJ PAS NS), che'GuBard dan kemunculan khas 'Pak Jabit' (Man Kadir) pelakon Hantu Kak Limah
12.00 tgh mlm : Zikir Munajat

Semua Dijemput Hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-3696474

Anjuran Pakatan Rakyat Rembau

Layari laman blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

12/26/11

Kuliah Ust Norazman Mohamad 1 Jan 2012 di Senawang



KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Norazman Mohamad
Tarikh : 1 Jan 2012
Hari : Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Insaniah, Taman Bandar Senawang, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

12/22/11

Lampu jalan tak kunjung tiba

Lampu jalan tak kunjung tiba
Utusan Malaysia 22 Dis 2011



Ketiadaan lampu jalan bukan sahaja menyukarkan, malah turut membahayakan pemandu yang melalui jalan ke persimpangan Felda Lui Selatan,baru-baru ini.

JEMPOL 21 Dis. – Ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.! Itulah situasi dialami penduduk Felda Lui Selatan, dekat sini, yang masih tidak mendapat kemudahan lampu jalan walaupun sudah lama menunggu.

Lebih mengecewakan, mereka mendakwa permohonan untuk mendapatkan kemudahan tersebut seperti tidak diendahkan kerana tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun telah mengemukakan masalah itu sejak empat tahun lalu.

Menurut seorang penduduk, Abdul Kadir Abdul Rashid, 58, dia rasa kecewa apabila impian melihat laluan masuk ke Felda Lui Selatan diterangi lampu mungkin akan ‘terkubur’ begitu sahaja berikutan tidak mendapat maklum balas positif.

“Sejak saya masuk Felda kira-kira 29 tahun lalu, laluan utama ke Lui Selatan memang tiada lampu. Bimbang dengan kemalangan dan kesukaran yang sering terjadi, kami telah membawa masalah ini kepada pihak atasan.

“Penantian selama empat tahun bukan satu jangka yang singkat. Bayangkan dalam masa satu bulan sahaja pelbagai perkara tidak diingini terjadi di sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rosli Jamal, 50, pula berkata, masalah tersebut juga merupakan salah daripada faktor utama penyebab berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.

“Apabila tiada lampu pasti orang luar tidak nampak kewujudan simpang masuk ke kawasan kami. Bila sudah dekat dengan simpang mereka akan memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba.

“Sebab itu terjadinya kemalangan jika ada kenderaan mengekori dalam jarak dekat dan laju. Apa yang kami minta merupakan kemudahan yang sangat penting bukan sahaja untuk kami malah untuk semua pengguna jalan raya,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Zaleha Jantan, 50, berkata, dia berharap agar permohonan penduduk segera diluluskan demi kesejahteraan semua pihak.

“Kami tidak meminta lampu yang cantik, cukup sekadar jalan ini terang. Saya sendiri risau apabila melalui kawasan ini pada waktu malam.

“Kawasan ini sunyi dan dikelilingi kebun getah dan sawit. Keadaan kawasan yang gelap mungkin berisiko menjadi lokasi jenayah,” jelasnya.

Sementara itu, Rashid Abd. Rasul, 64, memberitahu, dia sangat berharap PBT tidak melupakan kawasan pedalaman dan hanya memberi kemudahan di bandar sahaja.

“Seperti masyarakat di bandar, kami juga mengimpikan kemudahan. Kalau pergi di bandar besar kawasan mereka sangat cantik dengan pelbagai cahaya lampu. Jangan abaikan kami yang tinggal di kawasan kampung ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika ditemui berkata, beliau berharap agar pihak berkuasa berkenaan dapat mempercepatkan proses membina lampu jalan di kawasan tersebut.

“Saya juga sudah memohon dan terpaksa menunggu hampir empat tahun. Jawapan yang saya terima ialah, ia masih dalam proses namun sehingga kini tiada sebarang usaha dilakukan.

“Selain Lui Selatan saya berharap mereka memasang lampu jalan di beberapa kawasan gelap dari Lui Barat ke Sungai Lui,” tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

12/17/11

Sudut Hijau Muslimah eratkan perpaduan masyarakat



Sudut Hijau Muslimat (SUHIM) atau “Muslimah Green Corner (MGC)” yang terletak bersebelahan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi di Taman Tasik Jaya , Senawang telah didirikan hasil gotong royong masyarakat setempat serta derma dari orang ramai. Tujuan SUHIM atau MGC adalah merupakan pusat mini setempat untuk pengumpulan produk usahawan serta jualan amal barangan terpakai untuk memperkemaskan aktiviti sosio masyarakat setempat khususnya yang melibatkan wanita antaranya ibu tinggal, ibu tunggal serta mereka yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu SUHIM menjemput orang ramai untuk hadir di program Hari Terbuka pada hari Ahad 25 Disember 2011 bermula jam 8.30 pagi dimana antara acara yang akan diadakan pada hari tersebut ialah jualan amal barangan terpakai, promosi produk usahawan serta khidmat kesihatan asas percuma.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut perjalanan SUHIM ini serta Hari Terbuka SUHIM bolehlah menghubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Fauziah 0137779328.

Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Dewan Muslimat Kawasan Rembau di BANK ISLAM dengan No. Akaun: 05-012-01-006165-3

Premis SUHIM terletak di No 22 , Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban , N.Sembilan

12/16/11

Bob Lokman, Dato Fauzi 19 Dis 2011 di Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 19 Dis 2011, Isnin
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Taman Angsamas, Mambau (Jln Seremban-Mambau-Rantau)
Bersama :
Bob Lokman
Dato Fauzi (Bekas Timb. Menteri Pnerangan)
YB Taufek
YB Guna
CheGuBard

Semua dijemput hadir

12/15/11

Besi longkang meragukan



Besi longkang meragukan
15 Dis 2011

SIMPANG DURIAN – Penduduk, di sini meminta pihak berkenaan membaiki longkang di laluan masuk ke Sekolah Menengah Kebang­saan Dato’ Haji Tan Ahmad di pekan Simpang Durian kerana ia hanya ditutupi dengan besi.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, ketika membuat tinjauan di kawasan berkenaan beliau mendapati longkang berkenaan tidak selamat untuk digunakan.

Menurutnya, longkang itu hanya ditutup dengan besi dan keadaannya juga tidak melekat kemas pada longkang dan ia mudah berubah-ubah.

“Keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan jatuh khususnya motosikal. Buat masa ini, penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif yang sempit di sebelah longkang berkenaan.

“Motosikal dan kereta tidak ada masalah untuk menggunakan laluan alternatif yang sempit tetapi tidak untuk kenderaan berat seperti lori dan bas sekolah,” katanya.

Katanya, oleh itu diharap longkang berkenaan akan dibaiki sebelum sesi persekolahan­ bermula.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Saiful Ridzuan Jasmi, 25, berkata, longkang itu sudah rosak kira-kira setahun lalu.

“Sudah lama keadaan longkang ini begini, saya pun tidak pasti jika ada penduduk membuat aduan atau tidak kerana sehingga kini tiada satu langkah dibuat untuk membaiki longkang ini.

“Selain sekolah, jalan ini juga digunakan oleh penduduk untuk menjalankan urusan harian. Malahan lokasi jalan ini juga terletak bersebelahan dengan Dewan Simpang Durian yang menjadi tumpuan apabila ada acara diadakan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/besi-longkang-meragukan-1.12526

Kuliah Maghrib Ustaz Nik Abduh 18 Dis 2011 di Senawang



KULIAH MAGHRIB
Oleh Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : Surau An-Nur, Taman Seremban Selatan Fasa 3, Senawang
Masa : 7.30 mlm

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

12/14/11

Ceramah Ust Nik Abduh 18 Dis 2011 di Jelebu



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : Balai Islam, Kg Kuala Pah, Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Masa : 9 mlm
Penceramah :
Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan.
Sdr Adli Azhari , Pesuruhjaya PAS Melaka.

Semua di jemput hadir

Majlis Minum Petang 18 Dis 2011 di Senawang

MAJLIS MINUM PETANG
Bersama Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang
Masa : Selepas Asar

Anjuran : PAS Cawangan Taman Pinggiran Senawang

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Sdr Husaini, Ketua Cawangan 017-3999122

12/11/11

Orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena



9 Dis 2011 : Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar.

“Lihat apa jadi dengan peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual, bagaimana dengan nasib mereka?

“Ada yang menjadi kuli, ada yang terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham.

“Tak wajar tanah Felda menjadi pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga 30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja boleh beli, “ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Razman Zakaria.

Kira-kira 6,000 hadir mendengar program yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Dr Rosli berkata, jangan ingat semua projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai ‘beef valley’ atau lembah lembu.

“Di Negeri Sembilan saja berapa banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang gagal iaitu
ladang babi terbesar di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) sahaja,” katanya.

Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh.

Beliau khuatir, apa yang sedang diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja.

Sementara itu Razman Zakaria yang berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai.

“Jangan pelik jika mula-mula penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998.

“Saya bagi contoh ada saham sebuah syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti permainan saham,” katanya.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya menjadi “durian runtuh” untuk peneroka, bukannya dengan bermain saham.

“Tapi RM6 bilion wang tunai yang pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?” soalnya.

Beliau menarik perhatian, kalau kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank Bumiputera dan MISC Perkapalan.

“Sebab itu, pada saya kalau Felda tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena...

“Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena...” sambil disambut gelak ketawa.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6970-orang-akan-kata-lagi-lagi-peneroka-yang-kena

12/9/11

CERAMAH UMUM

Tarikh : 12 Dis 2011, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Penceramah : Nik Amar Nik Abdullah, Abdullah Sani, Zulkefly Mohamad Hj Omar

12/8/11

Sumbangan perabut terpakai untuk PASTI di Chembong



PASTI Ahmadi di Chembong, Rembau dijangkakan akan mendapat pertambahan pelajar untuk sesi 2012 nanti. Sehubungan dengan itu PASTI Ahmadi perlu menambah beberapa keperluan asas terutamanya perabut terpakai.

Sesiapa yang ingin menyumbang perabut terpakai yang masih dalam keadaan baik bolehlah menghubungi Sdr. Rozmal 012-2267406

Antara perabut yang diperlukan ialah :
- Meja/kerusi guru
- Meja/kerusi pelajar
- Rak buku
- Papan putih

Untuk maklumat mengenai PASTI sekitar Negeri Sembilan sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

12/6/11

Ceramah Tn Guru Nik Razi Nik Mat 18 Dis 2011 Senawang



CERAMAH AGAMA
Oleh Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat - Maahad Tahfiz Kelantan
Ahad, 18 Disember 2011
Jam 7.30 mlm
Di Surau An Nahdhoh, Taman Desa Melor, Senawang
Semua dijemput hadir

Program Huffaz Cilik Dis 2011 sekitar Seremban



PROGRAM HUFFAZ CILIK 2011
12 - 17 Dis di Masjid Kariah Taman Panchor Jaya
12 - 17 Dis di Masjid Nurul Hidayah, Seremban Jaya
15 - 19 Dis di Rembau
19 - 23 Dis Surau Taman Desa Melor, Senawang

Untuk anak-anak 9 ke 12 tahun
Yuran RM25

Aktiviti :
- Hafazan Ayat Lazim
- Hafazab Surah Pilihan
- Solat Sunat Dhuha
- Pengisian Minda
- Tayangan Multimedia
- Kisah Para Sahabat dan Tokoh Islam

Anjuran : Nadi Al-Azim atau Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM)

Untuk penyertaan atau pertanyaan sila hubungi wakil ISMA di bawah ini :
Panchor - Hjh Akhma 019-6670208 , Dr Zaiton 019-2748780
Seremban Jaya - Ust Tajul 013-2024843 , Ustazah Murni 019-6267875
Rembau - Ust Zanuri 013-6495697 , Pn Suhayati 019-2871215
Senawang - Dr. Naziah 012-2377674 , Pn. Shimah 019-3085954

Sumber : http://www.isman9.com/2011/12/hebahan-program-huffaz-cilik-2011/

12/5/11

Temui Bob Lokman di Rembau 11 Dis 2011



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Dis 2011, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Batu 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
Bob Lokman
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan sila hubungi 019-3457690 , 012-6837340

Kejohanan Futsal Tertutup 1 Jan 2012 di Seremban



KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP
Parlimen Seremban dan Rembau
Tarikh : 1 Januari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Seremban
Yuran : RM 60/pasukan

Hadiah :
Tempat Pertama RM1,000
Tempat Kedua RM 500
Tempat Ketiga RM 250

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Azizi 017-6664084, Hakki 013-3840022

Tarikh tutup penyertaan : 21 Dis 2011
Tarikh undian : 24 Dis 2011

Anjuran : Jawatankuasa Kejohanan Futsal 2012 Pakatan Rakyat Parlimen Seremban dan Rembau

Syarat asas penyertaan : Peserta lelaki berumur 18 tahun ke atas yang menetap dalam kawasan Parlimen Seremban atau Rembau

Kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila hubungi Hakki 013-3840022 atau Azizi 017-6664084.

12/4/11

Sertai Jambori Amal 16 ke 18 Dis 2011 di Port Dickson


JAMBORI AMAL 2011
Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Telok Kemang, Port Dickson
Peserta : Lelaki sahaja
Yuran : Dewasa RM20, Remaja/Kanak-kanak RM10

Aktiviti :
- Solat Jemaah
- Tazkirah Agama
- Sukan
- Kembara
- Latihan Memasak
- Dan banyak lagi

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi
Sdr. Izamri 013-2124086
Sdr. Faizal 013-6641694
Sdr. Shahrizal 017-4680125

Anjuran : Unit Amal Negeri Sembilan

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah (Sdr. Izamri) Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526.

Sila dapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan di N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com/2011/12/sertai-jambori-amal-16-ke-18-dis-2011.html



12/1/11

Bicara Ann Wan Seng 10 Dis 2011 di Johol, N.Sembilan



BICARA HIJRAH
Bersama Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina dan Islam Bukan Pada Nama
Tarikh : 10 Dis 2011, SABTU
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Johol, N.Sembilan (sebelah Pejabat Pos pekan Johol)

Semua dijemput hadir

Keluhan warga N.Sembilan dah 65 tahun sokong Umno, tapi

Dari Laman Web Aduan Rakyat, 30 Nov 2011 - Mohon tingkatkan kemudahan infrastruktur Kampung Seri Jemapoh .

Terlebih dahulu saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak tuan sudi membaca email saya ini. Diharap email ini dapat membuatkan satu pembaharuan pada kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang telah 65 tahun penduduknya menyokong kuat pimpinan dan pemerintahan di bawah UMNO.

Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya sebenarnya ingin membantu sahabat saya yang meminta saya untuk menyuarakan masalah kekurangan dan kedaifan kemudahan kampungnya yang sudah berabad lama dalam kemunduran.

Sehingga hari ini, kampung beliau yang mana majoritinya penyokong kuat UMNO hidup dalam kemiskinan kemudahan infrastruktur. Masalah banjir, tiada saliran longkang yang baik dan sempurna di kampung tesebut, masalah jalan yang sempit dan terpaksa memperlahankan kenderaan jika berselisih dengan lori yang membawa keluar masuk kayu dan batu bata di kampung tersebut.

Walaupun kampung Seri Jemapoh memiliki banyak kilang seperti kilang batu bata di Kampung Bakar Batu, Kilang papan di Jemapoh tengah berhampiran PLKN Kharisma Jemapoh, namun majoriti pekerjanya adalah bangsa asing dan tiada pengambilan yang ramai dari penduduk kampung untuk bekerja di kilang tersebut.

Lori-lori pengangkutan kilang tersebut banyak merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan penduduk kampung yang kebanyakkannya sudah berusia. Selain daripada itu, masalah muda mudi dan golongan berumur turut dihantui gejala dadah yang sudah merosakkan sebahagian penduduk kampung Seri Jemapoh hampir 65 tahun.

Walaupun kelihatan polis peronda datang sekali sekala menaiki motosikal, tetapi sehingga hari ini golongan di bawah pengaruh dadah masih lagi mudah menerima bekalan dari pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.

Oleh sebab yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, mewakili rakan saya dan penduduk kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah Negeri Sembilan ingin memohon jasa baik dari semua agensi-agensi yang berkenaan untuk sama-sama melihat, meninjau sekurang-kurangnya masalah kekurangan dan kedaifan yang telah terlalu lama menghantui penduduk kampung berkenaan.

Jangan lah menunggu pilihanraya yang akan datang atau sehingga penduduk sudah mula rasa kecewa dan tawar hati dengan pimpinan sedia ada barulah di ambil tindakan.

Sekali lagi, saya memohon jasa baik dari pihak tuan agar dapat melihat dan memberi bantuan serta khidmat untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat walaupun berada jauh di kawasan yang terpencil di Negeri Sembilan.

Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/mohon-tingkatkan-kemudahan-infrastruktur-kampung-seri-jemapoh

KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 2 Dis 2011 Senawang

KULIAH UMUM
Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 2 Dis 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.15 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang

Semua dijemput hadir