KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

1/5/12

Bangunan prasekolah tak siap

Bangunan prasekolah tak siap
Sinar Harian 5 Jan 2012

TAMPIN – Kegagalan pihak berkenaan menyiapkan sepenuhnya lima bangunan prasekolah sebelum sesi persekolahan 2012 bermula memaksa lebih 100 kanak-kanak, di sini memulakan sesi pembelajaran di bangunan alternatif.

Sinar Harian difahamkan, lima sekolah yang terbabit dengan masalah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Keru; SK Tebong; SK Sungai Dua; SK Geduk dan SK Kem Syed Sirajuddin Gemas.

Tinjauan Sinar Harian ke SK Tebong membuahkan hasil apabila Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, Hamzah Abu turut sama membuat lawatan ke sekolah berkenaan bagi memantau perkembangan hari pertama persekolahan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai kegagalan menyiapkan bangunan prasekolah berkenaan.

“Namun, tindakan pantas dan bijak guru besar di kesemua sekolah yang terlibat de-ngan mencari lokasi alternatif bagi menempatkan kanak-kanak prasekolah berjaya menjamin sesi pembelajaran berjalan lancar pada hari pertama sesi persekolahan,” katanya ketika ditemui di SK Tebong, dekat sini, semalam.

Difahamkan, tidak kurang 17 kanak-kanak prasekolah menjalani pembelajaran di bilik darjah, manakala, murid tahun empat ditempatkan di makmal sekolah.

Sementara itu, Hamzah berkata, pihak sekolah tetap menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa walaupun bangunan prasekolah berkenaan baru lebih 50 peratus disiapkan pihak kontraktor.

“Memang tidak mempunyai masalah bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berikutan sekolah yang terlibat sudah membuat persediaan dengan mencari lokasi ganti,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bangunan-prasekolah-tak-siap-1.16562

No comments: