BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

1/31/12

Bas henti-henti terjejas



Bas henti-henti terjejas
SYAMILAH ZULKIFLI
29 Januari 2012

SEREMBAN – Sebuah syarikat pengusaha bas henti-henti di negeri ini didakwa menyewa bas mereka kepada sebuah agensi kerajaan dalam jumlah yang banyak, sehingga menimbulkan masalah kepada perkhidmatan itu, semalam.

Orang ramai dikatakan merungut kerana terpaksa menunggu lama selepas difahamkan hanya sebuah bas sahaja yang mengambil penumpang bagi setiap destinasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, P.Gunasekaran berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai seawal 7 pagi yang memaklumkan perkara itu selepas mereka terpaksa menunggu lama untuk ke destinasi masing-masing.

“Saya bersama Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin datang ke Terminal One untuk membuat tinjauan dan saya dapat tahu hari ini (semalam) sebanyak 20 buah bas syarikat terbabit sudah disewakan kepada sebuah agensi kerajaan yang mengadakan program di Serdang.

“Bagi saya tindakan syarikat bas terbabit tidak wajar kerana mereka telah pun menerima subsidi daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM581,000 dan menjadi tanggungjawab mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Gunasekaran berkata, syarikat terbabit sepatutnya mendahulukan rakyat dan bukannya mencari keuntungan semata-mata dengan menyewakan bas mereka kepada pihak luar.

Menurutnya, berdasarkan maklumat pengguna, pada hari biasa, sebanyak lima buah bas akan berulang-alik bagi setiap kawasan pada waktu ditetapkan, bagaimanapun semalam hanya satu bas sahaja.

“Saya faham masalah dihadapi pengusaha bas henti-henti yang sebelum ini terpaksa menanggung kerugian akibat dibebani tanggungan kos tinggi.

“Tapi Kerajaan Negeri telah pun mengambil keputusan memberi subsidi, jadi tidak timbul lagi isu mereka rugi dan perlu mencari dana tambahan lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bas-henti-henti-terjejas-1.20688

No comments: