KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

1/30/12

Tiga beradik tidak sekolah kerana miskin



Tiga beradik tidak sekolah kerana miskin
30 Jan 2012

JEMPOL - Ketika rakan sebayanya pergi ke sekolah, tiga beradik di Ladang Geddes, dekat sini terpaksa melupakannya kerana ibu bapa mereka berhadapan kemelut kewangan.

Tiga remaja berkenaan, M. Guna, 15, M. Arjunan, 14 dan M. Mawani, 11 sekadar tumpang gembira mendengar cerita rakan yang bersekolah dan sesekali meminjam buku untuk mengetahui apa yang dipelajari di sekolah.

Sebelum ini Guna dan Arjunan pernah bersekolah sebelum mereka terpaksa berhenti pada tahun 2009 kerana kesempitan wang, manakala Mawani pula tidak bersekolah langsung.

Bapa mereka, K. Murugaya, 47, be rasa sedih apabila memikirkan masa depan anaknya yang tidak menentu.

"Saya tidak bekerja kerana berhadapan masalah kesihatan. Saya menghidap penyakit jantung dan pergerakan juga tidak normal.

"Seluruh badan saya kini lemah dan tidak mampu melakukan kerja berat," katanya di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

'Bantulah anak-anak kami bersekolah semula'

JEMPOL 29 Jan. - Ketika rakan sebaya mereka ke sekolah, tiga beradik di Ladang Geddes, dekat sini terpaksa melupakan semua itu kerana ibu bapa mereka berdepan dengan kemelut kewangan.

Tiga remaja berkenaan, M. Guna, 15; M. Arjunan, 14, dan M. Mawani, 11, sekadar tumpang gembira mendengar cerita rakan mereka yang bersekolah dan sesekali meminjam buku untuk mengetahui apa yang dipelajari di sekolah.

Sebelum ini Guna dan Arjunan pernah bersekolah sebelum mereka terpaksa berhenti pada 2009 kerana kesempitan wang, manakala Mawani langsung tidak pernah bersekolah.

Bapa remaja ini, K. Murugaya, 47, berkata, dia sedih apabila memikirkan masa hadapan anak-anaknya yang tidak menentu.

"Saya tidak dapat bekerja kerana banyak masalah kesihatan. Saya menghidap penyakit jantung dan pergerakan juga tidak normal.

"Seluruh badan saya kini lemah dan menyebabkan saya tidak mampu melakukan kerja berat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini Murugaya pernah bekerja di sebuah kilang berdekatan dan terpaksa berhenti sejak dua tahun lalu kerana keadaan kesihatan yang semakin teruk.

Katanya ketika ini, isterinya, R. Janaki, 30, terpaksa menguruskan perbelanjaan rumah dengan mengambil upah menoreh getah.

"Sekarang dua anak saya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menampung kehidupan," jelasnya,

Janaki yang kini sarat mengandung pula sudah jarang ke kebun dan amat berharap agar mendapat bantuan daripada mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan.

"Sewa rumah RM150, manakala bekalan air dan elektrik diperoleh daripada rumah jiran. Kasihanlah anak-anak kami yang tidak bersekolah kerana kesempitan hidup," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

No comments: