FORUM

FORUM

KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

1/12/12

Untung DUN Paroi, 3 Jamuan Raya, 3 Pusat Khidmat



Wakil rakyat di DUN Paroi, Negeri Sembilan adalah dari PAS, iaitu YB Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan. Kalau DUN lain di N.Sembilan ini nak jadikan Menteri Besar sebagai Bapa Angkat mereka, ada 3 Pusat Khidmat Masyarakat BN dalam DUN tersebut, dapat 3 kali Jamuan Raya bersama Menteri Besar dalam satu minggu, pilihlah wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dalam Pilihranya Umum ke 13 nanti.

Kalau tak percaya baca sendiri sedutan berita di bawah ini. MB sebagai Bapa Angkat DUN Paroi, 3 Jamuan Raya dalam seminggu di DUN Paroi dan 3 Pusat Khidmat Masyarakat BN di DUN Paroi.

Untuk betul khidmat katering, khidmat khemah serta kanopi, khidmat PA sistem dan lain-lain perniagaan di DUN Paroi ini bila banyak jamuan raya di sini.

Bak kata P. Ramlee dalam filem 3 Abdul, “Jangan Marah”.

20 SEPT. 2011

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan berucap di Program Pemimpin Bersama Rakyat dan sambutan Merdeka Raya di Taman Satria, Senawang yang berlangsung semalam dengan mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10,000 orang datang dan dari pelbagai bangsa serta lapisan.

http://n9kini.com/20-sept-2011-menteri-besar-yab-dato%E2%80%99-seri-utama-hj-mohamad-hj-hasan-berucap-di-program-pemimpin-bersama-rakyat-dan-sambutan-merdeka-raya-di-taman-satria-senawang-yang-berlangsung-semala/

September 21, 2011

SENAWANG, 20 September – Penduduk DUN Paroi hari ini seolah olah bangkit bagi membuktikan bahawa mereka sudah bersedia memberi semula kawasan DUN Paroi ke atas pentadbiran Barisan Nasional. ‘Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Sambutan Kemerdekaan ke 54 Peringkat DUN Paroi’ kunjungan lebih dari 10 ribu orang.

Bertempat di Padang Sekolah Men. Keb. Senawang kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan isteri di sambut dengan persembahan Silat Gayong Taman Widuri.

Beliau menyeru agar penduduk 15 Cawangan UMNO peti undi Senawang dan Taman Marida yang hadir malam ini sentiasa bersatu padu dan mengekalkan momentum kerjasama dalam usaha sifar pembangkang.

http://n9kini.com/bersatu-padu-kekalkan-momentum-kerjasama-dalam-usaha-sifar-pembangkang/

September 27, 2011

PAROI, 26 Sept – Sambutan Aidilfitri 1432H dan Kemerdekaan Ke-54 kini masuk siri yang ketiga yang telah dianjurkan Jentera Pilihanra UMNO Bahagian Rembau.

Program ini dianjurkan dalam rangka menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Paroi dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Sambutan kali ini yang bertempat di Padang Awam Flat Seroja, Tasik Jaya Paroi telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.

Kehadiran Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan suasana majlis.

http://n9kini.com/menteri-besar-menyeru-agar-rakyat-berpijak-di-bumi-yang-nyata-walaupun-berbeza-pendapat/

Setiap DUN Di N.sembilan Ada Bapa Angkat
May 27, 2009

SEREMBAN, 27 Mei (Bernama) -- Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan termasuk di bawah kawasan pembangkang akan mempunyai bapa angkat yang terdiri dari exco kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata langkah tersebut berupa sebahagian dari pelan pemulihan politik di negeri itu.

"Melalui rancangan ini, exco-exco yang dilantik perlu meluangkan masa untuk berintekrasi dengan penduduk," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Mohamad sendiri menjadi bapa angkat untuk DUN Mambau dan Paroi, Datuk Mohammad Razi Kail (Sikamat), Shamsulkahar Mohd Deli (Bahau), Datuk Ismail Taib (Chuah), Siow Chen Pin (Lukut), VS.Mogan (Port Dickson).

Datuk Hashim Rusdi (Bukit Kepayang), Datuk Ismail Lasim (Nilai dan Rahang), Samad Ibrahim (Senawang), Zainab Nasir (Repah dan Tampin), Datuk Yunus Rahmat (Ampangan) dan Datuk Dr Yeow Chai Thiam (Lobak dan Temiang).

Mohamad berkata DUN yang dikuasai pembangkang turut diberi bapa angkat kerana didapati rakyat di kawasan itu tidak dibela oleh Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang.

"Oleh itu DUN pembangkang akan turut menerima bapa angkat supaya dapat menguruskan masalah-masalah yang berlaku di dalam kawasan berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=414030&cat=tn

Pusat Khidmat DUN Paroi beroperasi Februari
Tuesday, 19 January 2010

Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menubuhkan sebuah lagi pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional (BN) bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan.

Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Mohamad Hasan berkata, pembukaan satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi adalah selaras hasrat Kerajaan Negeri memenuhi keperluan masyarakat setempat.

`DUN berkenaan bakal mempunyai tiga pusat khidmat memandangkan kawasan berkenaan mempunyai populasi penduduk yang lebih padat berbanding tempat lain.

`Memandangkan kawasan tersebut wakil rakyatnya bukan wakil rakyat BN,kita tidak mahu rakyat di situ terus terabai. katanya ketika berucap di Majlis Penutup Karnival Kelab Sukan Komuniti DUN Paroi di Centre Court, Paroi, Seremban.

`Banyak aduan diterima di mana wakil rakyat di situ tidak dapat dihubungi,ataupun rakyat susah berjumpa dengan mereka(wakil rakyat),dan perkara seperti ini tidak seharusnya berpanjangan.

`Oleh itu,kita mengambil keputusan untuk membuka sebuah lagi pusat khidmat bagi memudahkan orang ramai mendapat bantuan’ , katanya.

Dato’ Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, program Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dilaksanakan Kerajaan Negeri sebelum ini memerlukan pusat khidmat yang cukup bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan memantapkan segala dasar kerajaan.

Menteri Besar berharap penubuhan khidmat baru awal Februari depan dapat membela nasib rakyat di kawasan di menangi pembangkang sekali gus menjaga kebajikan rakyat setempat.

“Bukan sahaja di Paroi,tetapi kita juga telah membuka dan akan menambah lagi pusat khidmat ini di kawasan sekitarnya terutama kawasan yang di menangi pembangkang seperti Sikamat dan Ampangan. Apa yang menjadi keutamaan ialah seluruh rakyat di negeri ini berpuas hati dan dapat kebajikan

http://umnons.org/umnons/index.php?option=com_content&task=view&id=31&Itemid=1

No comments: