Puasa dan Munajat Perdana Dewan Pemuda PAS Malaysia.
1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS serta anggota dan pemimpinnya. Al Mursyidul
Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap Father of Kafir
oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST.
2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman
diugut dengan sepucuk surat
berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail anggota
Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi
selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung.
3. TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur
fitnah kononnya BERSIH 3.0 yang disokong
dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda,
bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai
mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah
4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara
sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia
mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa
selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [
10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari
Sabtu [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak
seluruh negara di kawasan masing - masing.
5. Tentatif Program.
Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa
Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ]
7. 15 pm : Majlis berbuka puasa
7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7. 40 pm : Makan Malam
8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan
8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah
8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak
seluruh negara ]
Lokasi : Markaz Tarbiyah
PAS Kawasan.
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Nota : Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan
Pemuda PAS Malaysia
pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan serentak seluruh
negara.
Sekian Terima Kasih.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
No comments:
Post a Comment