Apakah tugas serta tanggungjawab seorang wakil rakyat atau ahli parlimen dan apakah keutamaan mereka? Adakah di bawah ini tugas mereka mengikut keutamaan :
a. Menurunkan bendera parti lawan
b. Memberi arahan kepada PBT untuk menurunkan bendera parti
lawan
c. Memastikan khutbah Jumaat mengikut teks yang disediakan
oleh JAKIM atau Majlis Agama setiap minggu
d. Menghadiri majlis perasmian, agihan bantuan agensi
kerajaan, kenduri kendara, kematian dan sebagainya
e. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di
kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar
dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.
f. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan
penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia ,
pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.
g. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun
di kawasan yang diwakili.
h. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang
diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.
i. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan
oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan
berkanun yang berkaitan.
j. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan
yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat
setempat.
k. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan
kepada penduduk setempat waktu berurusan.
l. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk
mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ,
sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.
m. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan
rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan
peribadi.
n. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta
agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.
o. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya
daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.
p. Lain-lain (sila nyatakan) :

No comments:
Post a Comment