Kualiti air di kawasan Kuala Pilah berada dalam keadaan yang teruk sejak akhir-akhir ini. Tidak sepatutnya ini berlaku memandangkan ia telah diuruskan oleh syarikat swasta iaitu SAINS.
Setiap rumah tetap membayar jumlah yang sama biarpun kualiti
air yang diterima sangat menyedihkan.
Menjadi tanda tanya kepada masyarakat untuk apa urusan
bekalan air ini diswastakan jika masyarakat tidak dapat menikmati kualiti air
dan perkhidmatan bekalan air yang lebih bagus.
Air yang ditadah dalam kolah berkeladak sekitar DUN Senaling sejak akhir-akhir
ini.
Masalah bekalan air yang di hadapai oleh negeri-negeri
dibawah Barisan Nasional dipekakkan mata dibutakan telinga oleh pelbagai media.
Ibarat kuman di seberang
laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
No comments:
Post a Comment