CERAMAH UMUM
4/29/12
Pendedahan Bersih 3.0 di Rembau 5 Mei 2012
CERAMAH UMUM
Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 4 Mei 2012 di Senawang
4/28/12
Forum Perdana 1 Mei 2012 di Masjid Senawang
Seminar Penghayatan Solat 1 Mei 2012 di Seremban
Mesyuarat Agung PAS Rembau 29 April 2012
4/27/12
Ibu Pengarah Unit Amal N.Sembilan meninggal dunia
4/26/12
Hakisan tanah semakin lebar
26 April 2012
4/25/12
Kuliah Ustaz Ruslan 28 April 2012 di Senawang
KULIAH TASAWUF
4/24/12
Firma iklan luar kecam pelan NS swasta papan iklan


Syarikat yang dibenarkan memonopoli perniagaan jutaan ringgit itu
dikatakan tidak mempunyai rekod prestasi dalam industri pengiklanan, dan didakwa akan menaikkan sewa papan iklan sehingga lebih 10 kali ganda kos semasa.
Menurut Alex Yew, Naib Presiden Persatuan Pengiklanan Luar Malaysia (OAAM), papan iklan sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.
Sejak 20 yang lalu, katanya, pemilik media yang ingin mendirikan papan iklan akan membuat permohonan kepada majlis tempatan, yang mengandungi maklumat lokasi dan saiz papan iklan.
"Jika majlis berpendapat ianya wajar, maka ia akan mengeluarkan lesen dan lesen sementara (TOL) untuk tanah kerajaan, dan pemilik media akan membina papan iklan dan membuat bayaran tahunan untuk kedua-dua lesen dan TOL," jelas Yew kepada Malaysiakini.
"Jika papan iklan dibina di atas tanah persendirian, pemilik media masih perlu memohon kepada majlis tempatan bagi mendapatkan lesen dan membayar yuran lesen tahunan, tetapi sewanya akan dibayar kepada tuan tanah."
Mimpi ngeri itu bermula pada bulan Oktober 2011 apabila kerajaan
negeri membuat keputusan untuk memindahkan kuasa kerajaan tempatan ke atas papan iklan kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS) - sebuah yayasan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kata Yew, adalah ia perlu untuk menyeragamkan format papan iklan dan bagi membiayai program amal dan kebajikan di bawah YNS.
"Dengan menggunakan ini sebagai alasan, mereka mengarahkan kami menurunkan semua papan iklan kami dan enggan memperbaharui lesen kami," dakwa Yew.
Yew yang juga merupakan pengarah operasi Kurnia Outdoor Sdn Bhd,
sebuah syarikat di bawah Big Tree Outdoor Sdn Bhd yang terjejas dengan penswastaan tersebut.
Malaysiakini memperolehi salinan surat rasmi yang ditulis oleh pengarah YNS, Jamaludin Abu Bakar kepada pemilik media, mengarahkan mereka membuka papan iklan masing-masing dalam tempoh 14 hari kerana lesen mereka telah tamat pada 31 Disember 2011.
Jika gagal berbuat demikian, majlis akan membuka struktur tersebut dan semua kos berkaitan dengannya akan ditanggung oleh syarikat terbabit.
Sumber http://malaysiakini.com/news/195804
Berita penuh di http://malaysiakini.com/news/195767
‘Jadi kuli’ warga asing

Menurut beliau, tindakan pihak tertentu menjadikan ia sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk taman berkenaan berada dalam keadaan tertekan berikutan sikap warga asing terbabit yang tidak disenangi mereka.
Kata Mohamad Azman, kehadiran pekerja asing terbabit yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan selain sikap pengotor mereka menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas.
“Kelakuan mereka yang suka membuang sampah merata-rata menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan kerana kawasan perumahan ini menjadi kotor. Penduduk tempatan seolah-olah menjadi kuli mereka kerana terpaksa membuang sampah dan membersihkan kawasan.
“Selain itu, penduduk semakin hilang sabar dengan sikap warga asing itu yang turut menconteng bangunan dan berkelakuan kurang sopan seperti berpakaian menjolok mata.
“Mereka juga didapati meminum minuman keras di luar asrama tanpa menghiraukan jiran sekeliling selain menjadikan taman awam sebagai tempat pergaulan bebas lelaki dan perempuan,” katanya. Menurutnya, penduduk bimbang sikap negatif itu boleh mempengaruhi remaja tempatan sekali gus memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sahsiah mereka.
Dakwa Mohamad Azman, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih enam tahun lalu namun bilangan pekerja asing berkenaan tidak ramai berbanding kini sehingga seolah-olah taman perumahan itu menjadi perkampungan mereka.
“Ahli jawatankuasa KRT pernah menasihati warga asing terbabit supaya memberi kerjasama dan tidak mengulangi perbuatan itu selain cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi ia masih berterusan,” katanya.
Bagi penduduk, Mohd Faizal Rahim, 35, masalah itu sudah lama berlaku dan menyebabkan mereka tidak tahan lagi.
Dia yang menetap di situ lebih enam tahun lalu berkata, sejak taman itu dijadikan ‘perkampungan warga asing’, pelbagai masalah sosial berlaku dan tidak menolak kemungkinan ada berlaku kes persundalan membabitkan mereka.
“Saya amat tidak menyenangi kehadiran mereka kerana banyak membawa keburukan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012042020105320120420201053/Article/index_html
4/23/12
Perkhidmatan Pembaikan
4/22/12
Mesyuarat Agung PAS Rembau 29 April 2012
Tarikh : 29 April 2012 , Ahad
Masa : 9 pagi
Tempat : Chembong, Rembau
Perasmian oleh : Ustaz Idris Ahmad , AJK PAS Pusat
Untuk hadir sebagai pemerhati sila hubungi Sufian 013-3589328 , tempat terhad
Untuk sumbangan ke Tabung Pilihanraya PAS Kawasan Rembau sila salurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Hamizi 012-2832458
Ceramah Umum 26 Apr 2012 Tmn Marida, Senawang

CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0
Tarikh : 26 April 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang
Penceramah :
~ YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan
~ Ustaz Kamaruddin Sidek , Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka
~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau
~ Mohd Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir
4/21/12
Bila mahu tanam semula kelapa sawit?

JEMPOL 19 April 2012 - Sebahagian peneroka di Blok 3, 4, 6 dan 10 di Gugusan Raja Alias 1, dekat sini memohon keprihatinan pihak pengurusan Felda supaya menyegerakan projek penanaman semula kelapa sawit di kebun mereka.
Seorang peneroka, Daimun Ibrahim, 52, memberitahu, mereka telah menunggu terlalu lama untuk penanaman semula kelapa sawit itu selepas bersetuju menyertai program Felda kerana yakin dengan pengurusan agensi tersebut.
''Kami telah diberi pilihan, sama ada melakukan penanaman semula secara sendiri atau menyertai program dianjurkan oleh Felda," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, peneroka yang mahu menyertai program Felda itu dimaklumkan mereka akan diberikan wang sara hidup sebanyak RM840 sebulan dan perlu membayarnya semula apabila pokok sawit yang ditanam itu membuahkan hasil.
''Kini sudah hampir dua tahun, bayangkanlah jika wang diterima itu semakin meningkat, bermakna kami perlu membayar balik dengan jumlah yang besar kelak," ujarnya.
Jelasnya, pokok sawit yang sudah matang hanya boleh mengeluarkan hasil selepas berusia tiga tahun.
''Lihatlah kebun kami semakin semak, sampai bila kami harus menunggu," tegasnya.
Rakannya, Kamarudin Salleh, 55, juga melahirkan rasa sedih apabila memikirkan masa depan mereka dan mendakwa, pengurusan Felda telah melantik pihak koperasi untuk menjalankan kerja penanaman semula itu.
''Kalau mereka tidak boleh melakukan kerja itu, Felda kenalah ambil tindakan. Sedih saya apabila melihat benih pokok yang harus ditanam diletakkan begitu sahaja dalam kebun," katanya.
Sementara Abd. Aziz Yasin, 59, pula menjelaskan, ada rakannya yang tidak menyertai program Felda dan kini hanya menunggu hasil selepas melakukan tanaman semula secara sendiri.
''Saya yakin Felda sebuah agensi yang komited membantu peneroka, tetapi ia menjadi buruk apabila ada pihak yang diamanahkan tidak melaksanakan kerja dengan betul,'' ujarnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
4/19/12
Empat beradik di Jelebu tiada sijil lahir

Kuala Klawang, N.Sembilan - Bimbangkan masa depan empat anak buahnya yang tidak mempunyai sijil kelahiran, seorang wanita di sini sanggup mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM8,000 untuk membayar upah kepada pihak yang berjanji mahu membantunya.
Bagaimanapun, usaha itu hanya sia-sia apabila wanita berkenaan, Siti Khalijah Sani, 63, rupanya ditipu pihak berkenaan.
“Sebelum ini ada pihak datang ke rumah saya kononnya mahu membantu anak buah saya mendapatkan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Namun, saya ditipu oleh mereka. Mereka meminta wang sebanyak RM8,000 dan saya memberikan wang simpanan saya kerana mengenangkan anak buah saya sukar duduki peperiksaan kerana tiada sijil lahir,” katanya.
Masa depan empat beradik berusia 6 hingga 15 tahun itu kabur kerana tidak mempunyai sijil kelahiran sejak dilahirkan.
Lebih menyedihkan ibu kepada adik beradik malang, Masyati Idris, 35, menghilangkan diri sebaik saja bapa mereka meninggal dunia.
Siti Khalijah berkata, adiknya iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Chik Sani, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di persimpangan Kampung Sepri - Kuala Klawang pada 2007 ketika berusia 43 tahun.
“Selepas adik saya, Chik Sani meninggal dunia, lima bulan kemudian isterinya memberitahu saya bahawa dia mahu pulang menziarah keluarganya di Indonesia.
“Isterinya memang warganegara Indonesia dan saya mengizinkan kerana tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini setelah lima tahun, Masyati tidak lagi pulang ke rumah .
“Sejak Masyati menghilangkan diri, sayalah yang terpaksa memikul tugas menjaga empat beradik berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Siti Khalijah mengakui dia tidak berusaha untuk mengesan Masyati yang berasal dari Sumatera, Indonesia.
“Keempat-empat beradik ini dilahirkan di Hospital Jelebu tetapi tidak mempunyai sijil kelahiran kerana kedua ibu bapa mereka gagal menunjukkan sijil nikah.
“Ini kerana, tanpa sijil nikah, pendaftaran kelahiran keempat-empat kanak-kanak ini berkenaan tidak dapat dibuat,” katanya.
Ketika ditanya, Siti Khalijah tidak pasti arwah adiknya berkahwin di mana tetapi percaya ia dilakukan dalam negara.
Hasil perkahwinan Masyati dan Chik Sani, mereka dikurniakan empat anak iaitu Dayang Diana, 15; Muhammad Faiz, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu; Nor Azlinda, 12, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)
Seperi Tengah serta yang bongsu, Siti Nor Faizah, 6, bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Naga Mas.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/empat-beradik-tiada-sijil-lahir-1.41237
Pelekat Kenderaan PAS DUN Kota
Kepada mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com , Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota
Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
atau melalui Akaun CIMB 05020693061526.
Sila hubungi Tn Hj Harun 016-3092990 , Bendahari PAS DUN Kota
Solat Hajat setiap minggu di DUN Kota, N.Sembilan

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13
Setiap hari Rabu (bermula 18 Apr 2012)
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Teratak Amal, DUN Kota, N.Sembilan
Semua petugas dan Penyokong Pakatan Rakyat di jemput hadir.
Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Umum ke 13 DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
atau melalui Akaun CIMB 05020693061526.
Sila hubungi :
Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com , Pengarah DUN Kota
Tn Hj Harun 016-3092990
Kuliah Ustaz Dato Ismail Kamus 22 Apr 2012 Port Dickson

KULIAH PERDANA
Bersama Ustaz Dato Ismail Kamus
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : Bermula Maghrib
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson http://surautamanselasihpd.blogspot.com/
Maklumat lanjut hubungi Ustaz Bakar 017-3651743
Aturcara :
7.17 mlm Solat Maghrib
7.50 mlm Jamuan Ringan
8.28 mlm Solat Isya
10.30 mlm Bersurai
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
4/18/12
Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman

Harakahdaily, 18 Apr 2012
PETALING JAYA, 18 April: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.
Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.
“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.
Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.
Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya.
“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).
Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.
Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.
Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.
Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.
Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.
Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.
Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9644-dapat-juga-saya-jumpa-tok-guru-bob-kuman
Kematian di depan pejabat PM mengecewakan

KUALA LUMPUR, 16 April: Walaupun ajal maut adalah ketentuan Ilahi tetapi beberapa insiden yang berlaku pada hari kejadian Mohd Nordin Ahmad Bakri meninggal dunia di depan pejabat Perdana Menteri amat mengecewakan rakyat.
Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani ada beberapa faktor turut bertanggungjawab menyumbang berlakunya kes kematian itu.
Antaranya kelewatan ketibaan pihak doktor dan ambulan ke tempat kejadian melebihi 20 minit walaupun Hospital Putrajaya terletak lebih kurang 4.3 kilometer dari tempat kejadian yang mana dijangka boleh sampai dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan ambulan.
Mohd Nordin meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 12 April lepas dipercayai akibat serangan jantung ketika berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Beliau dipercayai meninggal akibat dari lambat diberikan bantuan kecemasan.
Taufek juga turut mempersoalkan, apakah tidak ada pasukan paramedik yang bertugas sepenuh masa di pejabat Perdana Menteri bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kecemasan?
"Tidak mustahil, ia boleh melibatkan kejadian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di Pejabat Perdana Menteri termasuk YAB Perdana Menteri?," kata Taufek (gambar) dalam sidang media di lobi Parlimen petang tadi.
Malah beliau juga mempertikaikan pegawai-pegawai kerajaan tidak diberi latihan kecemasan seperti memberi bantuan penafasan kecemasan khususnya pihak anggota polis bagi menghadapi kes-kes kecemasan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Nordin.
Tegasnya, pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sewajarnya menjadi pejabat yang mempunyai kemudahan mesra rakyat di mana rakyat yang hadir untuk berjumpa beliau diberi keutamaan dan kemudahan yang sesuai.
"Apa yang boleh disimpulkan daripada kejadian ini Putrajaya yang dicanang sebagai pusat Petadbiran Negara yang canggih dan moden sebenarnya masih jauh ketinggalan dan perlu dilakukan transformasi segera," katanya.
Justeru itu katanya yang juga mewakili Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah, Perdana menteri sewajarnya memberi bantuan kepada keluarga mangsa iaitu isteri dan lima orang anak di mana 3 daripadanya masih bersekolah.
Beliau menuntut satu siasatan terperinci dijalankan oleh polis berdasarkan laporan polis yang telah dibuat di Putrajaya pada hari ini bagi memastikan kejadian sama dapat dielakkan dari berulang pada masa depan.
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/kematian-di-depan-pejabat-pm.html
4/17/12
Pentas Wanita 22 April 2012 di Senawang

PENTAS WANITA
Bersama :
- Cikgu Normala , AJK Muslimat PAS Pusat
- Aiman Athirah , AJK Muslimat PAS Pusat
- Cik Fareedah Samad , Pengerusi Ameerah Malaysia
- Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan Taman Teratai , Senawang (sebelah Taman Kobena)
Semua dijemput hadir
Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 di Paroi

Tarikh : 21 April 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban
Penceramah :
- Ustaz Riduan Mohd Nor , Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
- Mohd Sany Hamzan , Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
- Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Hubungi Hassan 019-2171942
4/15/12
Habib Umar keturunan Rasulullah di Seremban 22 April 2012

MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : 5.30 ptg - 11.00 mlm
Tempat : Masjid Negeri, Seremban, N.Sembilan.
ATUCARA MAJLIS
5.30 ptg : Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg : Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah, Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg : Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg : Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm : Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm : Majlis dimulakan oleh Pengerus. Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud, Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri Sembilan
8.00 mlm : Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah USIM
8.20 mlm : Maulid Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm : Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm : Solat Isya berjemaah
11.00 mlm : Jamuan / Bersurai
Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com
Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ?
Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.
Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA.
Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran.
Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan.
Beliau juga digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau juga digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya.
Habib Umar adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman.
Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.
Seminar Penghayatan Solat 1 Mei 2012 di Seremban

SEMINAR PENGHAYATAN SOLAT
Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa (Hari Cuti Umum)
Masa : 8 pg - 6 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Penceramah dan Pembentang Kertas Kerja
~ Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri
~ Ustaz Shuhadak Mahmud
~ Ustaz Khusairi Hamdan
~ Ustaz Mohd Zaidi Ramli
Yuran Penyertaan RM 60
Slot Khas Easy Solat untuk Remaja 10 - 17 tahun turut berlangsung sepanjang seminar dengan yuran penyertaan RM 30 terhad 100 peserta
Sila hubungi ; Hafiz 016-9276965 , Hafizi 019-3337427 , Safrizal 019-6720233 , Rahizah 013-2717251
Anjuran : Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah dan Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum
Ceramah YB Salahuddin Ayub 19 Apr 2012 di DUN Paroi

CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0
Tarikh : 19 April 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Penceramah :
~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
~ YB Hj Taufek Abd Ghani , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM
~ Ustaz Nor Azman Mohamad , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Semua dijemput hadir
4/12/12
Pendidikan percuma mampu direalisasikan

April 11, 2012
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa kos purata PTPTN setiap tahun untuk membiayai pengajian mahasiswa adalah sebanyak RM3 billion sahaja.
Sejak dua minggu isu panas perbualan orang ramai, yang didebatkan oleh pemimpin parti politik dan menjadi liputan utama media massa ialah isu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Walaupun cadangan memansuhkan PTPTN adalah cadangan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat; pemimpin Umno dan media kawalan Umno mensasarkan serangan ke atas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Hujah yang dimainkan oleh pemimpin Umno ialah negara akan bankrap jika PTPTN dimansuhkan.
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak memberikan gambaran bahawa PTPTN mustahil dimansuhkan oleh Pakatan kerana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM43 billion.
Sekali dengar memang seperti mustahil. Walaubagaimanapun Najib tidak menyatakan adakah RM43 billion itu adalah tunggakan setakat hari ini iaitu sejak pinjaman PTPTN mula dilancarkan atau kos pinjaman PTPTN setiap tahun adalah RM43 billion.
Walaubagaimanapun kelmarin seorang pemimpin PKR, R Suresh Kumar mendakwa RM43 billion itu bukan kos PTPTN untuk setahun sebaliknya kos tertunggak selama 15 tahun.
Semalam Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa pula berkata bahawa jumlah mpinjaman PTPTN sejak mula dikeluarkan sehingga ke hari ini adalah RM28 billion dan membidas Najib kerana cuba mengelirukan dan menakutkan rakyat dengan angka yang jauh lebih besar.
Suresh Kumar dan beberapa pemimpin Pakatan mendakwa kos purata PTPTN untuk setiap tahun untuk membiayai pengajian mahasiswa adalah sebanyak RM3 billion.
Ini bermakna jika Pakatan berjaya mengambil alih Putrajaya, jika mereka tidak menghapuskan PTPTN yang tertunggak sejak 15 tahun sekaligus pun, sekurang-kurangnya mereka boleh memansuhkan pinjaman PTPTN serta merta untuk pengambilan akan datang dan digantikan dengan biasiswa 100 peratus kepada penuntut yang layak menerima biasiswa (istilah asal PTPTN).
Pakatan mampu serap kos pengajian
Dengan pendapatan RM150 billion setahun adalah tidak mustahil kerajaanm Pakatan mampu menyerap kos RM3 billion setahun.
Walaubagaimanapun ada banyak kaedah penjimatan untuk menampung kos pengajian percuma tanpa mengusik pendapatan tahunan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Isu PTPTN PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata dengan memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa seramai 629,052 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) direkodkan sehingga 29 Februari dan sebanyak RM4.36 billion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak program itu dilaksanakan.
“Berdasarkan angka tersebut kos seorang pelatih PLKN selama tiga bulan adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat Ijazah selama satu tahun.
“Jumlah RM4.36 bilion itu boleh menampung kos pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa Ijazah pertama di IPTA selama setahun.
“Ini ialah kerana kerajaan membelanjakan RM6,931 bagi seorang pelatih yang menamatkan kursus selama tiga bulan di PLKN.
“Sedangkan untuk Ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala untuk Diploma hanya RM5,000 setahun,” kata Mohd Taufek.
Mansuh program PLKN
Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi berkata dengan memansuhkan program PLKN yang setakat ini sudah meragut 18 nyawa pelajar sama ada ketika menjalani latihan di pusat latihan atau selepas pulang ke rumah selepas latihan tamat; kos PLKN sebanyak RM4.36 billion itu sudah cukup untuk menampung kos pengajian mahasiswa di IPTA.
“Walaupun hanya RM3 billion sahaja yang diperlukan tetapi dengan menambah satu billion lagi, ia mampu menampung pengajian pelajar cemerlang yang gagal mendapat tempat di IPTA untuk meneruskan pengajian di IPTS.
“Malah dengan peruntukan tambahan RM1 billion yang dijimatkan daripada kos PLKN itu mampu membiayai pelajar bukan Melayu yang sering merungut apabila nama mereka tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat biasiswa.
“Maka isu pelajar bukan Melayu yang tidak mendapat biasiswa juga dapat diatasi apabila kos PLKN ini digunakan untuk menampung biasiswa”, ujar Mohd Taufek lagi.
Mohd Taufek juga mempertikaikan sikap Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melatah kononnya negara akan bankrap jika Pakatan menghapuskan PTPTN.
“Walaubagaimanapun Najib dan Muhyiddin menikus apabila Laporan Audit Negara sebelum ini mengesahkan kerajaan kerugian sebanyak RM28 billion akibat ketirisan.
Mereka tidak kisah dalam isu “write off” hutang RM589 juta bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli. Mereka juga tidak kisah memberikan dana besar RM250 juta kepada kroni Umno dalam projek NFC, tetapi dalam isu kebajikan pelajar dan rakyat terbanyak, bukan main berkira pemimpin Umno.
“RM28 billion itu boleh melangsaikan pinjaman PTPTN setakat hari ini iaitu sebanyak RM28 billion.
“Jika RM28 billion itu tidak digunakan untuk “write off” pinjaman tertunggak PTPTN sekaligus sekali pun, RM28 billion itu boleh membiayai pinjaman PTPTN dalan bentuk biasiswa untuk sembilan tahun dengan kos RM3 billion setahun.
“Penjimatan daripada ketirisan dan kos PLKN hanyalah sedikit contoh bagaimana kita boleh mencari sumber kewangan untuk memberikan pendidikan percuma (biasiswa).
Tutup kelemahan
“Alasan yang diberikan oleh Najib dan Muhyiddin hanyalah alasan semata-mata untuk menutup kelemahan masing-masing,” kata Mohd Taufek lagi.
Mohd Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, berkata alasan yang diberikan oleh Najib dan Muhyidin langsung tidak dibeli dengan mudah oleh golongan mahasiswa dan mahasiswi.
“Mereka tahu apa yang berlaku dalam negara dan bagaimana kekayaan negara tidak diuruskan dengan baik dan telus. Mahasiswa juga tahu soal ekonomi dan jangan fikir mereka tidak tahu langsung soal pengurusan kewangan.
“Kenyataan Najib dan Muhyiddin bahawa negara akan bankrap jika PTPTN dihapuskan dan jika Pakatan memberikan pendidikan percuma adalah mengarut sama sekali. Kenyataan yang mengelirukan tanpa fakta sebenar,” ulas Mohd Taufek lagi.
Justeru itu idea Pakatan untuk memansuhkan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma dari pra sekolah sehingga peringkat universiti mampu dilaksanakan dan logik.
Hanya orang yang tidak tahu soal pengurusan ekonomi, kewangan dan tidak mengambil tahu tentang ketirisan dalam pentadbiran negara sahaja yang akan berkata bahawa idea tersebut adalah tidak logik dan tidak boleh dilaksanakan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/11/pendidikan-percuma-mampu-direalisasikan/
4/11/12
'Teruknya jalan raya di sini'

'Teruknya jalan raya di sini'
11 April 2012
TAMAN ANGKASA JAYA – Keadaan jalan berlubang dan sempit menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna jalan raya di Taman Angkasa Jaya, dekat sini.
Jalan yang menghala ke Kampung Dioh Seberang Pekan, dekat sini rosak dan membahayakan pengguna jalan raya berkenaan sekali gus dikhuatiri berisiko berlaku kemalangan terutama pada waktu malam akibat ketiadaan lampu jalan.
Tinjauan mendapati, laluan yang berbukit itu sering mengganggu pemanduan kerana pengguna perlu memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba bagi mengelak lubang ketika mendaki dan menuruni bukit.
Salah seorang penduduk, Mohd Isa, 42, berkata, masalah itu dipercayai berpunca dari kerja membaiki pembetung di kawasan itu yang secara tidak langsung menyebabkan berlaku kerosakan dan gerakan tanah.
“Pihak berkaitan difahamkan sudah mengalihkan pili bomba ke tempat lain dan menyebabkan berlaku mendapan tanah di sini.
“Disebabkan itu, jalan semakin lama semakin terhakis dan terbentuk lubang hingga menampakkan saluran air di bawah tanah,” katanya.
Mohd Isa berkata, ada pengguna yang menggunakan jalan itu hampir terlibat dalam kemalangan gara-gara cuba mengelak lubang.
“Lubang itu mudah dilihat di siang hari tetapi sukar pada waktu malam meskipun ada tiang lampu bernombor RPKPA16.
“Pengguna perlu lebih berwaspada supaya tidak bertembung ketika melalui jalan ini yang kecil dianggarkan bersaiz tiga hingga 4.5 meter sahaja dan hanya muat untuk sebuah kereta,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, berharap agar pihak berkaitan dapat menyediakan kemudahan lampu jalan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Pihak kerajaan sering menguar-uarkan dasar pencahayaan untuk taman perumahan dan peruntukan untuk infrastruktur jalan, namun ia seolah-olah sekadar dasar yang tidak diaplikasikan di tempat ini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/teruknya-jalan-raya-di-sini-1.39097
Apek malang

Apek malang
11 April 2012
INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan dialaminya ketika kejadian samun, semalam.
MANTIN: Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterimanya bukan saja disamun malah turut dibelasah penjenayah menyebabkan dia terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Kawasan Merah di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Pan Tham Khoi, 79, dipukul suspek menggunakan objek keras dipercayai topi keledar menyebabkannya rebah dan hampir tidak sedarkan diri. Menurut Tham, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di sekitar kawasan berkenaan. “Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut apabila dihampiri seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an yang terus menyerang menggunakan objek keras.
“Saya diserang pada bahagian kepala dan muka sehingga terjatuh ke lantai serta nyaris pengsan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, ketika kunjungan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merangkap Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nilai, Yee Hee Long.
Tham yang tidak berkahwin berkata, suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang BR1M berjumlah RM400 diterimanya bulan lalu.
“Saya meminta bantuan saudara untuk dihantar ke hospital berdekatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
“Kes berkenaan masih sedang disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
‘Meninggal dunia’ punca BR1M ditolak

‘Meninggal dunia’ punca BR1M ditolak
11 April 2012
JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.
Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.
Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.
“Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000.
Menurutnya, dia pernah membuat rayuan berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima sebarang jawapan.
“Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol, semalam.
Bapa lima anak itu kemudian dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.
“Segala maklumat berkaitan saya sudah serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah.
Abdullah berkata, dia bimbang kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu, terutama ketika berurusan dengan jabatan-jabatan lain.
“Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/meninggal-dunia-punca-br1m-ditolak-1.39074
4/9/12
6 kampung terputus hubungan

9 April 2012
LABU – “Kami tiada cara lain, selain melintas landasan keretapi,” kata Ropiah Omar, 54, penduduk asal Kampung Batu 8, di sini.
Biarpun menyedari tindakannya boleh mengundang bahaya, namun mereka tidak ada pilihan lain selain terpaksa menyabung nyawa untuk ke pekan atau ke tempat kerja,
Semuanya kerana jambatan dan jalan menghubungkan enam buah kampung ke jalan utama runtuh akibat kejadian banjir, Selasa lalu sehingga menjejaskan hampir 1,000 penduduk.
Menurut Ropiah yang tinggal di Kampung Padang Bola, di sini, sejak jambatan berkenaan roboh, dia dan penduduk lain berhari-hari tidak keluar dari kawasan rumah.
“Hanya dengan menyeberangi landasan keretapi sahaja kami boleh ke pekan kerana hampir kesemua jalan rosak. Manakala, dua jambatan sudah runtuh,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Ropiah yang bekerja sebagai tukang masak berkata, masalah banjir bukan perkara baru kerana sebelum ini kawasan rumahnya sering dinaiki air setiap kali hujan lebat.
Seorang lagi penduduk, Abdul Samad Abdul Hamid, 52, berkata, dia bersama anak berusia 13 tahun nyaris maut apabila kereta yang dipandunya termasuk ke dalam lubang yang berlaku akibat jalan mendap berhampiran Kampung Pasir Puter, di sini.
“Kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput anak saya pulang dari sekolah.
“Saya melihat jambatan dalam keadaan baik, namun sebaik melaluinya secara tiba-tiba tanah mendap dan menyebabkan kereta saya terjunam sedalam satu meter.
“Kami segera keluar dari kereta kerana bimbang kereta akan terjunam ke dalam sungai. Mujur saya dan anak selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Abdul Samad yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Hashim berkata, jamba-tan yang roboh itu dibina tidak sampai dua tahun lalu.
“Penduduk kampung juga terdedah kepada bahaya kerana tiada amaran berbahaya di kawasan jambatan rosak berkenaan,” katanya.
Siasat kemungkinan penyelewengan
Sementara itu, Koordinator Keadilan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Mokhtar Ahmad berkata, masalah kerosakan infrastruktur melibatkan jambatan dan jalan memutuskan hubungan enam kampung iaitu Kampung Jawa, Kampung Kering, Kampung Merbau, Kampung Condong, Kampung Padang Bola dan Kampung Pelegong.
“Setiap kali hujan lebat pasti kampung ini akan dilanda banjir. Bagi penduduk, kejadian banjir bukan asing lagi kerana masalah banjir kerap kali berlaku sejak lima tahun lalu.
“Kita percaya kejadian banjir mungkin berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sistematik dimana saluran longkang tidak mampu menampung air hujan,” katanya.
Berikutan itu, katanya, penduduk mencadangkan agar membina pembetung bagi memudahkan air mengalir ke sungai bagi mengelak limpahan air sungai memasuki rumah penduduk.
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang turut turun padang melihat kawasan berkenaan berkata, masalah berlaku di kampung berkenaan amat teruk dan tidak seharusnya dipandang ringan.
“Kami ingin persoalkan berkenaan kualiti projek infrastruktur di kampung ini dilihat tidak memenuhi piawaian sepatutnya.
“Bagaimana jambatan yang dibina mempunyai kualiti yang amat teruk apabila mudah mendap dan rosak,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu segera mengeluarkan peruntukan untuk membaiki kerosakan infrastruktur sedia ada.
“Masalah ini perlu disusuli dengan tindakan segera kerana penduduk terbeban, terutama pelajar sekolah dan orang tua yang perlu mendapatkan bantuan sekiranya mengalami masalah kesihatan,” katanya.
Siew Fook berkata, pihaknya akan meminta Pegawai Pembangunan Negeri untuk mengeluarkan peruntukan khas Parlimen Rasah untuk kerja-kerja pembaikan di kampung berkenaan.
“Tidak timbul isu kerajaan tiada peruntukkan kerana ini merupakan masalah rakyat dan ianya perlu didahulukan,” katanya.
Siew Fook turut menimbangkan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta siasatan dilakukan terhadap projek berkenaan sama ada wujud unsur penyelewengan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/6-kampung-terputus-hubungan-1.38651
4/8/12
Mobilisasi BERSIH 3.0 di Rembau 14 April 2012

CERAMAH UMUM
Mobilasasi BERSIH 3.0, PTPTN vs PLKN
Tarikh : 14 Apr 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Semerbok, Kota, Rembau
Penceramah :
~ YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terenggganu/ADUN Bukit Payung
~ Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
~ Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ Ustaz Mohamad Nasaei Ismail, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
~ Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Untuk pertanyaan hubungi Zamri 013-2124086
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 di Jempol
Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 di Sikamat, Seremban

CERAMAH PERDANA
Jelajah Demi Rakyat
Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminnudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan
Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban
Pidato BERSIH 3.0 pd 10 Apr 2012 di Port Dickson
4/7/12
Permasalahan rakyat di DUN Lenggeng

Permasalahan rakyat yang tiada rumah tetap untuk berteduh sudah menjadi fenomena biasa ketika ini. Semoga anak keluarga ini yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2011 mendapat tempat di IPTA tanpa perlu membuat pinjaman PTPTN.
Tiga kali berpindah rumah
7 April 2012
PANTAI - Sebuah keluarga terpaksa berpindah rumah tiga kali setelah tuan rumah mengarahkan mereka keluar kerana mahukan kembali rumah yang disewa.
Maizarah Abdullah, 50, berkata, dia sekeluarga terpaksa mengosongkan rumah yang disewa berikutan tuan rumah mahukan kembali rumah mereka.
Menurutnya, ini kali keempat dia menyewa rumah dengan bayaran RM150 sebulan.
“Saya sudah beberapa kali membuat permohonan rumah rakyat tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan,” katanya.
Maizarah berkata, dia tidak berhasrat untuk membuat permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana tidak memiliki tanah sendiri.
“Saya lihat banyak rumah rakyat yang tidak didiami, oleh itu saya berhasrat untuk memohon tinggal secara tetap kerana tidak sanggup lagi hidup menyewa.
“Tambahan pula saya lumpuh separuh badan sejak 15 tahun lalu akibat diserang angin ahmar dan hanya bergantung harap pada suami, Bahari Shaharuddin, 45, yang bekerja kilang,” katanya.
Katanya, pendapatan suaminya sebanyak RM1,200 sebulan digunakan untuk menampung kehidupan mereka lima beranak.
“Saya turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak lima tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, dia berharap agar anaknya, Nur Syahirah, 18, yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dapat dibantu.
Nur Syahirah ketika ditanya, berhasrat melanjutkan pengajian di maktab perguruan bagi mencapai cita-citanya menjadi guru.
“Saya hendak buktikan kesusahan yang dialami keluarga bukan penghalang untuk saya berjaya,” katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Dhurah.
Sementara itu, kesukaran keluarga Maizarah untuk mendapatkan sebuah rumah tetap mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim.
Mustafa berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan bagi mencari rumah sesuai buat Maizarah sekeluarga.
“Kita akan memohon mana-mana rumah kosong untuk keluarga ini bagi meringankan beban mereka yang terpaksa menyewa,” katanya yang hadir melawat Maizarah di Rumah Rakyat Pantai, dekat sini.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tiga-kali-berpinda
Kenapa ADUN Paroi (PAS) dikatakan Bodoh, Bangang?
Terima kasih diucapkan kepada laman web Mykmu dan Tepak Bersulam kerana memberi respon pantas dengan mengatakan ADUN Paroi yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai bodoh dan bangang dalam isu kos RM 4.36 bilion PLKN boleh menaja 622,857 orang penuntut ijazah pertama di IPTA selama setahun. Semoga ini akan membuka mata rakyat untuk meneliti banyak isu dan permasalahan rakyat yang dibangkitkan oleh ADUN Paroi sebelum ini antaranya isu pampasan tanah orang kampung di Rembau sebanyak RM 52,272 seekar untuk beberapa projek kerajaan sedangkan PKNS menawarkan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM958,320 seekar.
Begitu juga isu perumahan terbengkalai di Parlimen Rembau sejak tahun 2005. Isu janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina kampus UiTM dan Landasan Kapal Terbang di Rembau pada tahun 2008.
Juga isu pembaziran apabila pelatih PLKN yang akan mula mendaftar pada 1 Mei 2012, ada diantaranya yang akan mendaftar di IPTA pada 27 Mei 2012. Begitu juga pembaziran modul khas untuk pelatih PLKN yang 8 peratus adalah buta huruf dan ada yang mempunyai masalah kegemukan.
Begitu juga dalam isu pemotongan elaun RM 1,500 setiap bulan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Juga pengorbanan 50 peratus elaun ADUN Paroi untuk kepentingan rakyat di DUN Paroi.
Semua isu-isu ini dihuraikan secara panjang lebar sebelum ini di bawah ini :
Kos pelatih PLKN lebih besar dari pinjaman PTPTN
Harakahdaily, 06 Apr 2012
SEREMBAN, 6 April: Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini. Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun. Selanjut di http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9373-kos-pelatih-plkn-lebih-besar-dari-pinajaman-ptptn
Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau sejak tahun 2005. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html
Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta
Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta? Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/kos-tanah-hospital-rembau-rm-4264-juta.html
Isu Pampasan Tanah DUN Kota dan DUN Chembong
PAS DUN Kota dan PAS DUN Chembong sekarang ini sedang mengumpulkan maklumat pampasan yang diperolehi oleh penduduk yang terlibat dengan projek Naik Taraf Jalan Chengkau – Astana Raja, Projek Bekalan Air dan Empangan di Titian Bintangor dan Projek Landasan Keretapi Berkembar. Menurut laporan akhbar ada diantara penduduk ini diberi pampasan cuma RM1.20 sekaki persegi atau RM 52,272.00 seekar sedangkan PKNS menawarkan kepada Kementerian Kesihatan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM 22.00 sekaki persegi atau RM958,320.00 seekar sedangkan masih banyak lagi tanah penduduk kampung di daerah Rembau ini. Isu Pampasan Tanah ini akan menjadi isu utama semasa pilihanraya umum nanti. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html
Bukti pembaziran RM 4.36 bilion Program PLKN
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 orang graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga kita sepatutnya boleh membiayai pengajian selama 4 tahun kepada 167,692 pelajar di IPTA tanpa perlu meminjam dari PTPTN.
Pada 1 Mei 2012 akan diadakan pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. Akan tetapi pada 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA untuk Program Pengajian Asasi. Bukankah ini satu pembaziran jika pelajar mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 3 minggu untuk latihan PLKN.
Begitu juga dengan angka 8 peratus atau 6,667 pelatih PLKN yang buta huruf. Satu pembaziran untuk menyediakan satu modul khas kepada pelatih PLK yang buta huruf.
Satu lagi pembaziran ialah isu pelatih PLKN yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, sehinggakan PLKN sekali lagi terpaksa mengadakan modul khas untuk para pelatih yang kegemukan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/bukti-pembaziran-rm-436-bilion-program.html
MB N.Sembilan ulangi janji bina UiTM di Rembau selepas 4 tahun
Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada 31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal cadangan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/mb-nsembilan-ulangi-janji-bina-uitm-di.html
Landasan kapalterbang Rembau di Batu Hampar
Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/landasan-kapalterbang-rembau-di-batu.html
ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan berkorban demi rakyat
Sebaik sahaja kerajaan BN hampir tumbang di Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat ADUN sebanyak RM1,500. ADUN dari Pakatan Rakyat menggunakan elaun mereka sendiri untuk menampung kos pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat di tempat mereka sendiri.
Walaupun Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan untuk memotong elaun pengurusan pejabat ADUN, namun ADUN Paroi telah menyumbangkan50 peratus dari gajinya setiap bulan untuk digunakan untuk tabung rakyat Paroi. Selanjut di http://pasns.blogspot.com/2012/01/adun-pakatan-rakyat-nsembilan-berkorban.html
4/5/12
Tabung Pilihanraya PAS DUN Kota, N.Sembilan

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Kepada mereka yang ingin menjadi sukarelawan petugas pilihanraya PAS DUN Kota sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com (Pengarah MTD Kota)
Kuliah Dhuha dan Rawatan Bekam 8 Apr 2012 Rembau

KULIAH DHUHA
Tempat : Pusat Komuniti Pakatan Rakyat DUN Chembong (depan Majlis Daerah Rembau)
Tarikh : 8 April 2012, Ahad
Masa : 9 pg - 10 pg
Penyampai : Ustaz Alizan Abd Rahman
Kitab : Bidayatul Hidayah, Imam Al Ghazali
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
RAWATAN BEKAM
Selepas Kuliah Dhuha di atas sehingga 3 petang
Kadar rawatan yang berpatutan
Untuk pertanyaan sila hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
Program ini dirancang untuk diadakan setiap bulan hari Ahad pada minggu kedua dan keempat.
Sumber http://parchembong.blogspot.com/2012/04/kuliah-dhuha-bersama-ust-alizan-abd.html
4/4/12
'Sakit kepala' tahan bau busuk

4 April 2012
D’PINGGIRAN KOTA – Rata-rata penduduk, di sini, kecewa apabila terpaksa menghidu bau busuk dan meloyakan hampir setiap hari berikutan sistem kumbahan, perparitan serta longkang di kawasan itu tidak diselenggarakan sejak beberapa bulan lalu.
Meskipun aduan sudah dibuat kepada pelbagai pihak, namun penduduk mendakwa masalah mereka masih belum diberi tindakan sekali gus menyebabkan mereka terus berdepan dengan situasi yang sama.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman D’Pinggiran Kota, Adyanto Tauhid berkata, penduduk sudah ‘sakit kepala’ menahan bau busuk najis akibat kerosakan sistem kumbahan dan longkang tersumbat.
Menurutnya, pelbagai usaha sudah dilakukan dengan mengemukakan surat rasmi permohonan bantuan penyelenggaraan kepada pelbagai pihak, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.
“Kami sudah maklum akan banyak perkara yang menidakkan kami untuk memperoleh kemudahan kerana taman perumahan ini masih belum memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) disebabkan pemaju bersikap lepas tangan, namun kami berharap pihak berkuasa dapat membantu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Adyanto berkata, pada pertengahan tahun lalu, loji kumbahan itu pernah rosak dan diperbaiki Jabatan Insolvensi, namun untuk kali ini kata putus mengarahkan agar kos pembaikan ditanggung penduduk sendiri yang jumlahnya mencecah ribuan ringgit.
"Walaupun kami sudah beberapa kali melakukan kerja-kerja pembersihan longkang, namun masalah ini masih berlarutan selagi loji kumbahan tidak dibaiki.
“Pada waktu hujan, keadaan ini akan menjadi bertambah teruk memandangkan kami tinggal berhampiran dengan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Palong,” katanya.
Katanya, penduduk sudah memohon agar ada pihak yang tampil menangani masalah ini, sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
“Kami sebenarnya sudah habis ikhtiar dan selepas semua usaha dilakukan persatuan penduduk menemui jalan buntu, kami mengambil keputusan untuk mengajukannya kepada media sebelum membawanya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati bau busuk turut dapat dihidu di kawasan perumahan tersebut dan dimaklumkan semua penyelenggaraan taman tidak pernah diperoleh selain kutipan sampah yang tidak konsisten walaupun penduduk di sini adalah pembayar cukai.
Untuk rekod, Taman D’Pinggiran Kota menempatkan seramai 2,00 penduduk melibatkan hampir 90 rumah berpenghuni.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/sakit-kepala-tahan-bau-busuk-1.37420
Tidak mustahil BN beri percuma Putrajaya menjelang PRU14

Free Malaysia Today - 3 April 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019.
JEMPOL: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tidak mustahil Umno-Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan Putrajaya dengan percuma kepada Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu memberikan andaian tersebut apabila merujuk kepada kenyataan beberapa pakar ekonomi baru-baru ini pada majlis ceramah umum di Dataran Muasasah Darul Sharif, Batu Kikir, Jempol yang dihadiri lebih 1,000 penyokong malam Ahad lalu.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019. Pakar ekonomi, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) berkata Malaysia mungkin akan bankrap pada 2015.
“Kalaulah benar-benar terjadi begitu; katalah pada PRU-13 tahun ini BN menang, BN masih memerintah Putrajaya. PRU akan datang dijadualkan pada tahun 2016.
“Kalau berlaku bankrap pada tahun 2015; ketika PRU ke-14 pada tahun 2016, Umno-BN akan beri sahaja Putrajaya kepada Pakatan Rakyat.
Dia tidak akan lawan dah!
“Kamu Mat Sabu nak jawatan Menteri? Ambik! Ambik negara bankrap! Kamu nak memerintah Negeri Sembilan? Ambik! Ambik! Kita tidak mahu setelah Malaysia bankrap baru nak beri kita memerintah,” kata Mat Sabu dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin.
Mat Sabu turut membawa orang ramai yang hadir pada malam itu mengimbas kembali bagaimana Greece dan Iceland menjadi bankrap.
Mat Sabu memberitahu bagaimana Greece yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2004 yang sudah tentu hanya negara yang mampu dari segi kewangan dan kemudahan sukan yang mencukupi sahaja boleh menjadi tuan rumah penganjuran sukan terbesar di dunia itu.
“Untuk menganjurkan Sukan Olimpik negara kita tidak bersedia dari segi bilangan padang sukan, kolam renang, gelanggang lumba basikal dan sebagainya.
Jalan menuju bankrap terbuka luas
“Semua orang puji Greece maju dan hebat ketika itu. Beberapa tahun tidak lama selepas itu Greece menjadi bankrap. Di Malaysia jalan menuju bankrap terbuka luas.
“Wang yang dikeluarkan secara haram dari Malaysia dalam masa 12 tahun ialah sebanyak RM1.077 trillion.
“Orang Jempol tahu tak trillion itu macam mana? Tahu? Aku pun tak tahu….,” kata Mat Sabu dengan berseloroh dan sekali lagi gelak ketawa orang ramai menggamatkan suasana di Muasasah Darul Sharif.
“Kita paling banyak tengok ribu. Ratus ribu jarang. Juta tak pernah. Kalau macam bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo pernahlah tengok juta.
“Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan pernahlah tengok juta sebab dia hantar RM10 juta ke luar negara melalui Money Changer (pengurup wang).
“Money Changer dikenakan tindakan, Menteri Besar tuan-tuan tidak diambil tindakan,” jelas Mat Sabu.
Mat Sabu turut memberitahu hadirin bahawa pada zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, negara telah kehilangan sebanyak RM100 billion mengikut sebuah penulis buku.
Beliau berpendapat jika apa yang ditulis oleh penulis buku itu tidak tepat, dah tentu sudah lama Mahathir menyaman penulis buku tersebut iaitu Barry Wain.
Hutang negara pada paras bahaya
Mat Sabu turut menyentuh hutang negara merujuk kepada pengumuman di Parlimen minggu sebelumnya.
“Hanya dua peratus sahaja lagi daripada menemui garis kecemasan.
“Contohnya katalah hutang negara ialah RM460 billion sekarang ini dan bersamaan dengan 48 peratus misalnya. Hutang negara kita boleh berhutang 50 peratus, bermakna hanya berbeza dua peratus sahaja lagi. Ertinya kedudukan kewangan dalam negara kita menuju bahaya.
“Walaupun dalam keadaan begini kerajaan BN tidak insaf. Mereka terus boros seperti biasa. Dalam masa 11 minggu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berbelanja lebih RM609 juta,” ulas Mat Sabu lagi.
Justeru itu Mat Sabu meminta rakyat menyelamatkan kekayaan negara dengan menukar kerajaan di peti undi pada PRU-13 tidak lama lagi.
Turut menyampaikan ceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan pemimpin PKR serta DAP Negeri Sembilan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/03/tidak-mustahil-bn-beri-percuma-putrajaya-menjelang-pru14/








