Kepada mereka yang berminat, sila layari http://usahawann9.blogspot.com
5/31/12
5/29/12
Dato Seri Anwar di N.Sembilan 1 Jun 2012
Program Dato Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 1 Jun 2012
CERAMAH UMUM
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Pejabat PKR, Taman
Desa Puteri, Bahau (DUN Jeram Padang)
CERAMAH PERDANA
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al-Falah, Taman
Desa Rhu, Sikamat Seremban
5/28/12
Kem Motivasi Anak Hebat
Kem Motivasi Anak Hebat (KOMBAT)
4-6 Jun 2012, di SMKA Hj Hasan Sail,
Pedas, N.Sembilan
Terbuka Kepada Semua Pelajar Berumur
13-17 Tahun
Hubungi Segera: 013 2756192 013
6613614
5/27/12
Jom kita bantu bina bilik mandi jenazah Surau PPR
Dari Blog Sdr Rozmal;
Jom kita bantu bina bilik mandi jenazah
Surau PPR
Sabtu 26 Mei 2012 , saya baru pulang
mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Surau PPR Senawang. Penduduk
PPR Senawang begitu mengharapkan sebuah bilik untuk pengurusan dan
mandi jenazah. Sudah 4 kali pengurusan jenazah dilakukan sebelum ini
ditepi surau di tempat yang terbuka ditutupi dengan kanvas.
Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan
Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan kawasan perumahan kos
rendah untuk mereka yang kurang berkemampuan terletak bersebelahan
dengan Taman Jasmin
PPR Senawang yang mula didiami pada
tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak
420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di
sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.
PPR Senawang mempunyai 2 buah surau
yang dibina di tingkat bawah. Surau di Blok M1 adalah untuk kegunaan
penduduk di 12 buah blok, yang dianggarkan sejumlah 2000 orang yang
beragama Islam.
Kedua-dua buah surau di PPR Senawang
ini tidak mempunyai bilik pengurusan serta mandi jenazah.
Surau ini berkeluasan sekitar 20 meter
panjang dan 10 meter lebar.
Kawasan lapang tepi surau yang
berkeluasan 5 meter X 5.3 meter adalah amat sesuai didirikan bilik
mandi jenazah tersebut.
Anggaran kos pembinaan bilik mandi
jenzah ini adalah sekitar RM 15,000.00
Usaha sedang dilakukan oleh pihak AJK
Surau untuk mengutip sumbangan dari kalangan penduduk dan beberapa
sumber lain untuk membina bilik mandi jenazah ini , namun ianya masih
belum mencukupi.
Kepada mereka yang ingin menyumbang
untuk pembinaan bilik pengurusan dan mandi jenazah Surau Blok M1,
Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang boleh disalurkan melalui akaun
berikut ;
Nama akaun : SURAU BLOK M-1 RUMAH
PANGSA PPR BERSEPADU
No akaun : 0507-0001400-20-4
Bank : CIMB Islamic (Senawang)
atau boleh juga menghubungi Pengerusi
Surau PPR Senawang Encik Ramlee bin Mahadi di talian 017-6163508
juga boleh dialamatkan ke :
Surau Blok M-1, Rumah Pangsa PPR
Bersepadu Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan
No Pendaftaran Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam N.Sembilan : PANS 196(09) 753-1/73
Gambar keadaan semasa tempat mandi
jenazah dan sekitar Surau PPR Senawang di
http://waghih.blogspot.com/2012/05/jom-kita-bantu-bina-bilik-mandi-jenazah.html
5/25/12
Projek Wakaf Pondok Bacaan Sekolah Agama
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai projek wakaf pondok bacaan Sekolah Menengah Agama sila dapatkan maklumat lanjut di http://pibgsmadklana.blogspot.com/2012/05/projek-wakaf-pondok-bacaan.html
5/24/12
Anak-anak pelarian di Malaysia dahagakan ilmu pengetahuan
Terdapat 96,300 orang pelarian dibawah UNHCR di Malaysia, 82 peratus daripadanya adalah dari Myanmar, selebihnya dari Sri Lanka, Somalia, Afghanistan dan Iraq. Majoriti mereka ini beragama Islam. Namun pendidikan , lebih-lebih pendidikan agama untuk mereka ini khususnya anak-anak pelarian ini seakan-akan terabai.
Refugees' struggle for education
24 May 2012
LEARNING TO COPE: Some 4,000 refugee children are studying
in about 100 learning centres nationwide. The centres have survived on the goodwill
of charitable organisations and volunteers. Elizabeth Zachariah visited two
learning centres and this was what she saw
NESTLED in the heart of the city, in Jalan Imbi, is a
"school" on the top floor of a shoplot. It caters to about 25 children, aged 4 to 17,
who study in small, dingy rooms formed by thin
partitions.
This is no ordinary school for the students here are
refugees and they are being tutored by volunteers and older refugees who had
"graduated" from this school.
It is not called a school but a learning centre, which
operates from Monday to Friday, from early morning till late afternoon.
There are about 4,000 refugee students studying at more than
100 learning centres nationwide. These 4,000 students make up only 35 per cent
of the number of refugee children of school-going age.
And unlike local schools, which are funded by the
government, these learning centres are run by the refugees and funded by caring
locals and non-governmental organisations.
The children who are lucky enough to have access to
education attend either education projects run by the United Nations High
Commissioner for Refugees (UNHCR) in collaboration with NGOs or learning
centres, which are organised by the refugee communities with the support of
non-refugee volunteers.
UNHCR external relations officer Yante Ismail said the
refugee community recognised the importance of education and had set up
informal learning centres to equip their children with basic reading, writing
and arithmetic skills.
"Because they are denied proper education, the
communities have done a remarkable job in setting up the learning centres even
with limited resources," Yante said.
"However, the projects and learning centres are not
formal education so the children cannot get into universities or further their
education."
The UNHCR, Yante said, was concerned with the fact that the
lack of basic education among refugee children would create a generation of
illiterate, unskilled and not self-sufficient people.
There are seven education projects run by the UNCHR in Kuala Lumpur, Johor, Selangor and Penang.
The teachers in the project use Malaysian school textbooks to teach English,
Math, Science and Bahasa Malaysia.
"Only about 1,000 children attend education projects
while the rest attend learning centres," Yante said.
The community-based learning centres are informal classes
which are run by volunteers from the refugee community, faith-based groups and
the private sector.
They are set up wherever there are refugee communities with
a large number of school-going children. The number of students in each
learning centre varies from 15 to as many as 100.
A typical learning centre consists of several classes with
children of similar ages grouped together to form a class. Classes normally
start at 9 or 10am and would last for about two hours. Some schools have
morning and afternoon sessions to accommodate the large number of students.
The lack of resources, including qualified teachers and
funding, restrict the scope and reach of these classes. Classes, which are
usually held in rented flats or shophouses, are overcrowded and lack basic
teaching equipment like stationery.
Yante said there was a growing need for volunteers to help
with teaching and administration as well as skill-building training for the
teachers.
"Besides that, these learning centres are in dire need
of funds for transportation of children, rental and utility bills and
meals."
To meet the costs, the learning centres collect a minimal
fee of RM10 to RM30 from each child who can afford it.
Refugee community organisations also help pool funds to
support the basic needs of rental and UNHCR provides a monthly stipend for a
limited number of teachers, textbooks, stationery, school bags and first-aid
kits.
Yante said the UNHCR also trained the teachers and
coordinates in areas like curriculum and examinations and had a small grant
called the Social Protection Fund, where refugees could apply for funding to
help with projects, including education.
Faith-based organisations, civil society groups and
individuals are known to contribute to the learning centres in a variety of
ways, including donating furniture, food and space for the classes to be held.
"Malaysians have been so generous in so many ways.
"There are many who volunteer as teachers and cook for
the kids," Yante said, adding that there were about 500 volunteer teachers
registered with the UNHCR.
There are currently 96,300 refugees and asylum-seekers
registered with UNHCR in Malaysia,
with 82 per cent from Myanmar
and the others from Sri Lanka,
Somalia, Afghanistan and Iraq.
5/23/12
MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Kepada usahawan PKS Negeri Sembilan (Bumiputera) yang ingin menyertai MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Sambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) pada 25 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan sila dapatkan maklumat lanjut di http://usahawann9.blogspot.com/2012/05/mahans-2012.html
Kembara Soleh Remaja 5 ke 7 Jun 2012 di Seremban
KEMBARA SOLEH 1434 H
TEMA : “Remaja Hari Ini, Daie Masa Hadapan”
Tarikh : 5 - 7 Jun 2012 (Selasa - Khamis)
Masa : 8 pg - 5.30 ptg
Tempat : Dewan PJ Perdana, Paroi, Seremban
Terhad kepada 100 orang peserta ( 8 - 15 tahun)
Yuran : RM 40
Hubungi : Hafizi 016-9276965 , Hafizi 019-3337427
Antara Aktiviti Yang Disediakan:-
- Tahsin Al Quran
- Bengkel Ibadah Solat
- Eksplorasi Minda
- Tayangan Video
- Riadhah santai
Cara Pendaftaran
SMS kan
nama peserta beserta nombor kad pengenalan / sijil kelahiran ke nombor yang
tertera pada iklan
Cara Pembayaran
1. BANK IN ke akaun CIMB Islamic : EICLASS MAJU
(05130000759102) *
2. TUNAI ketika pendataran dihari pertama program.
* Untuk pembayaran BANK IN, sila simpan resit dan tunjukkan
kepada urusetia pendaftaran pada hari pertama program bagi tujuan bukti
pembayaran
Anjuran bersama : EIClass , iMumtaz , Sekretariat Mahasiswa
Timur Tengah
5/21/12
Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid
Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak
dalam masjid
21 Mei 2012
NILAI: Berang dengan tindakan seorang
jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di
Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda
tersebut hingga koyak.
Kejadian berlaku malam tadi ketika
pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus
selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Masjid Saidina Abu Bakar di
sini.
"Tiba-tiba tok siak tersebut telah
meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya
dari belakang sehingga terkoyak.
"Jemaah yang lain menegur beliau
supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita
seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.
Menurut saksi itu lagi, kejadian
semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang
sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid
berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.
Kejadian kali pertama itu didakwa
berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk
Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.
Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih
itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid
berkenaan.
Namun tidak semena-mena, siak tersebut
meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak
membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan.
"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya
berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala.
"Sebelum ini, siak tersebut sangat
disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang
ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi
kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat,"
kata saksi itu lagi.
Lantas saksi itu menimbulkan persoalan
termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak
membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid
tersebut.
Atau juga siak tersebut mendapat
'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di
masjid.
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 27 Mei 2012 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pekan Dangi, Johol, N.Sembilan
Penceramah :
YB Ng Suee Lim ( ADUN Sekinchan,
Selangor )
Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua
Penerangan PAS N.Sembilan )
5/20/12
Mohon sumbangan untuk pembesaran Surau Vila Suria
Kepada mereka yang ingin turut serta menyumbang untuk pembesaran Surau Vila Suria, Bandar Warisan Puteri, Sikamat, Seremban sila dapatkan maklumat lanjut di http://surau-vilasuria.blogspot.com/2012/05/mohon-sumbangan-untuk-pembesaran-surau.html
Pelancaran UPU Chengkau 26 Mei 2012
CERAMAH UMUM
Serta Pelancaran Bilik Gerakan UPU
Chengkau
Tarikh : 26 Mei 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Chengkau,
Rembau (deret kedai lama pekan Chengkau)
Bersama :
Dr. Ahmad Suhaimi (SAMM)
Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat)
Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua
PAS Rembau)
Pn Norwani (Ketua Muslimat PAS Rembau)
Sahrizal (Exco Pemuda PAS Rembau)
Penduduk Chengkau amat perlukan hentian bas
Artikel berikut dari Blog Sdr Rozmal;
Penduduk Chengkau amat perlukan hentian
bas
Ahad 20 Mei 2012, saya baru balik dari
program ramah mesra bersama penduduk Chengkau, Rembau bersama
rakan-rakan saya. Kami menemui beberapa penduduk sekitar pekan dan
pasar Chengkau. Kemudian sahabat saya Kasbi mengajak kami pergi ke
rumah seorang penduduk di Kg Lada untuk menghulurkan sumbangan kerusi
roda untuk seorang warga emas di sana.
Sementara menunggu sahabat saya Kasbi
mengambil kerusi roda di rumahnya, kami menunggu dalam kereta
berhampiran hentian bas atau pondok menunggu bas tepi jalan utama
Rembau-Tampin di pekan Chengkau. Hentian bas tersebut di tepi jalan
dari Rembau menuju ke Tampin. Saya lihat ada seorang lelaki sedang
menunggu bas. Lama juga dia menunggu, saya ingatkan lelaki tadi
menunggu bas hendak ke Tampin. Tiba-tiba bila saya nampak ada bas
Southern dari arah Tampin menuju ke Rembau tiba, cepat-cepat lelaki
tadi melintas jalan.
Seram sejuk saya tengok lelaki tadi
melintas di jalan yang sibuk. Rupa-rupanya tiada hentian bas dari
arah Tampin ke Rembau di pekan Chengkau tadi. Yang ada cuma papan
tanda. Apabila Kasbi sampai, saya tanya dia, tak ada ke hentian bas
seberang jalan sana. Katanya dah lama tak ada, sejak dibuat projek
pelebaran jalan di Chengkau.
Lalu kami pun berbincang macamana kita
boleh menyelesaikan masalah ini dengan segera. Lalu kami pun
bersetuju untuk mencari sesiapa yang ingin mewakafkan hentian bas,
kemudian kami akan menulis surat ke Majlis Daerah Rembau untuk
menyatakan hasrat kami untuk membina hentian bas tersebut.
Kami pun bersetuju agar Tn Hj Roni yang
merupakan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Rembau untuk menulis surat ke
Majlis Daerah Rembau dalam masa terdekat ini.
Kepada sesiapa yang ingin mewakafkan
sebuah hentian bas di pekan Chengkau samada ingin menghulurkan
sumbangan atau melantik kontraktor sendiri untuk membinanya sila
hubungi Tn Hj Roni di talian 012-2268230 atau menghubungi saya
sendiri 012-2267406
Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.co
5/19/12
Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz di Nilai, N.Sembilan
PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai
, Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang
telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula
beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu
ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.
Untuk memastikan matlamat pusat
pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang
baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat
belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3
buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak
panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.
Selain daripada memohon dana surau
pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan
pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi
sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan
sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari
pakaian pelajar RM15,000.00
Jumlah Keseluruhan RM335,000.00
Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun
atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)
Sebarang maklumat lanjut yang ingin
diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An
Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800
Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Email : admin@annajihah.com
Laman Web: http://www.annajihah.com
CERAMAH PERDANA
CERAMAH PERDANA
Bersama : YB Ir Khalid Samad, Tan Sri
Kadir Sheikh Fadzir, Shamsul Iskandar, YB Cha Kee Chin, YM Tunku
Harmy, Zulkefly Omat
Tarikh : 22 Mei 2012, Selasa
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Markas PAS Sungai Jai, Lot
644, Sg Bioh, Lenggeng, N.Sembilan
PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA
PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' SEREMBAN
Gerai No 6. Jalan Margosa 2,
Taman Bukit Margosa,
70400 Seremban
WAKTU RAWATAN : Setiap Ahad , 10 pagi -
5 ptg
PERAWAT :
Ust.Rohade 013-2178838
Ust. Mohd Alim 012-6902567
Ust. Hj Mohd Amin Karim 013-6473452
PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' LINGGI
Kg Baru Semin, Lubok Cina, 71150 Linggi
WAKTU RAWATAN : Setiap Sabtu , 2:30 ptg
- 5:30 ptg
PERAWAT :
Ust. Azahar bin Abu Bakar 012 - 9115480
Ust. Abd Rahman bin Abd Manap 019 -
6807163
Ust. Abd Ghani bin Ahmad Zaighu 012 –
6761187
5/18/12
20 kanak-kanak tak sekolah
20 kanak-kanak tak sekolah
18 Mei 2012
ULU JELEBU - “Gara-gara masalah jalan yang tidak diturap,
hampir 20 kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah kerana mengalami
kesukaran untuk berulang-alik dari sekolah,” kata Tok Batin Kampung Banir
Tengkor, Jasni Ngongok.
Menurutnya, dahulu ada van yang disediakan untuk mengambil
dan menghantar anak-anak Orang Asli di kawasan itu ke sekolah. Namun kini
perkhidmatan itu dihentikan kerana pemandunya tidak sanggup untuk berulang-alik
ke sini ekoran jalan yang teruk.
“Malah disebabkan selalu ponteng sekolah, ramai anak-anak di
kampung ini hilang minat untuk belajar,” katanya.
Jasni berkata, kampung itu sudah wujud lebih 50 tahun lalu,
namun penduduk di kawasan berkenaan masih ketinggalan dari segi kemudahan
jalan.
“Berikutan masalah itu, setiap hari kami berdepan risiko
kemalangan apabila laluan utama sejauh lebih 1 kilometer menghubungkan Kampung
Ulu Jelebu curam.
“Walaupun begitu kami terpaksa juga melaluinya untuk
melakukan rutin harian dan keluar ke pekan,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini, beliau pernah mengadukan masalah
itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Ulu Jelebu,
namun jawapan yang diterima ialah tiada peruntukan untuk membuat jalan di
kampung berkenaan.
Jasni berkata, namun berlainan pula dengan kampung Orang
Asli lain seperti di Ulu Kelaka, Lakai dan Tohor semuanya ada peruntukan untuk
membina jalan.
“Malah, jalan baru turut dibina di Kampung Chennah sedangkan
keadaan jalan di sana
tidaklah seteruk di sini," katanya.
Menurutnya, motosikal milik penduduk juga sering kali rosak
gara-gara melalui jalan berbatu itu.
“Sekiranya hujan , keadaan jalan di kawasan ini akan
berlumpur dan ia merbahaya untuk digunakan,” katanya.
Sementara itu, penduduk, Razif Abu Hassan, 26, berkata,
berikutan masalah jalan itu, dia juga mengalami kesukaran menghantar isteri
yang hamil untuk membuat pemeriksaan di klinik.
Razif berkata, masalah itu bertambah rumit sekiranya ada
wanita yang mahu bersalin pada malam hari.
“Kawasan di sini sangat gelap dan jalan pula teruk, namun
saya terpaksa melaluinya kerana bekerja di luar kampung. Jika hujan, saya tak
dapat pergi kerja dan ini menjejaskan pendapatan saya yang terima gaji hari,”
katanya.
Peniaga kedai runcit, Mohd Khaidir Abdul, 50, berkata,
keadaan jalan tersebut turut membebankannya apabila kenderaan yang digunakan
untuk menjual barangan runcit di kawasan itu sering rosak.
“Saya berniaga di sini atas permintaan penduduk memandangkan
mereka sukar untuk ke kawasan luar akibat jalan yang teruk," katanya.
5/15/12
Terapi Darussyifa 18 Mei 2012 di Rembau
TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA
DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu
(Darussyifa' N.Sembilan)
Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan
Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir
Semua dijemput hadir
Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801
Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur
Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau
Pastikan tiada yang tolak tawaran ke IPTA kerana kemiskinan
Bermula hujung bulan Mei 2012 ini hingga ke bulan Julai 2012 adalah merupakan pendaftaran pelajar ke IPTA dan Politeknik. Bukan mudah untuk mendapat tempat di IPTA dan Politeknik memandangkan hanya terdapat 20 IPTA di negara ini dengan ratusan ribu permohonan ke IPTA saban tahun memandangkan yuran pengajiannya yang jauh lebih rendah berbanding dengan IPTS.
Namun masih kedengaran ada para pelajar yang menolak tawaran
ke IPTA dan Politeknik bukan kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik,
tetapi disebabkan oleh kesempitan hidup, keluarga tidak mampu untuk membuat
pembayaran yuran pendaftaran dan lain-lain persiapan awal yang dianggarkan
menelan belanja antara RM1000 ke RM2000 untuk setiap pelajar.
Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru
kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar
yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga
serta ahli kariah.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada para
pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang
berada dalam kawasan parlimen Rembau bolehlah menghulurkan sumbangan melalui
akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
Juga boleh menghubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah
Kebajikan PAS Kawasan Rembau.
Mana bantuan dijanjikan?
Mana bantuan dijanjikan?
15 Mei 2012
“Selepas kejadian ribut dua bulan lalu, kami sekeluarga
terpaksa berpindah randah dan menumpang rumah saudara berikutan bumbung rumah
yang rosak belum dibaik pulih,” kata seorang mangsa ribut Kampung Air Taling,
dekat sini, Hasan Mohamad, 44.
Hasan berkata, sebelum ini, pihak berkenaan ada berjanji
untuk memberi bantuan baik pulih bumbung, namun sehingga kini masih tidak
diterima.
Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Mac lalu merosakkan
sebahagian rumahnya termasuk perabot dan barang elektrik.
“Sebelum ini, saya memang menerima bantuan ihsan daripada
pihak Kerajaan Negeri berjumlah RM1,000, tetapi bantuan baik pulih bumbung
belum diterima walaupun ia diperlukan segera,” katanya.
Hasan berkata, pihak berkaitan ada berjanji untuk memberi
peruntukan sebanyak RM20,000 bagi bantuan baik pulih bumbung pada majlis
penyampaian bantuan mangsa ribut di Balai Raya Dangi, baru-baru ini.
“Saya tunggu juga jika ada berita gembira berhubung perkara
tersebut, namun sehingga kini belum ada jawapan.
“Saya tidak mahu menuding jari pada mana-mana pihak tetapi
saya mengalami kesulitan berikutan terpaksa menumpang tidur di rumah saudara
dan sering berpindah randah,” katanya.
Hasan berkata, keadaan rumah yang kini diduduki seramai tujuh
orang bersama isteri dan anak-anak tidak sempurna.
“Rumah tumpangan ini banyak rosak, bumbung rumah juga sudah
bocor malah binatang berbisa seperti lipan sering memasuki rumah ini.
“Saya kasihan melihat isteri yang sudah sarat mengandung
begitu juga dengan cucu saya yang baru berusia dua bulan terpaksa tidur dalam
keadaan serba kekurangan. Sebelum ini, kami tumpang rumah lain tetapi tuan
rumah meminta sewa RM300, kami tidak mampu dan terpaksa keluar dari situ lalu
menumpang rumah saudara,” katanya.
Hasan berkata, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan
sementara di sekolah kebangsaan sekitar Dangi dan Johol tidak mampu membaiki
sendiri kerosakan tersebut.
“Saya tidak mampu baiki sendiri bumbung yang rosak kerana
pendapatan tidak seberapa. Tambahan pula, isteri seorang suri rumah dan tidak
lama lagi kami akan menimang cahaya mata.
“Saya berharap sangat pihak berkaitan dapat menyegerakan
baik pulih bumbung supaya kami sekeluarga dapat hidup selesa,” katanya.
Katanya, selain bumbung, dinding rumahnya juga perlu ditukar
kerana sudah reput dimakan anai-anai.
“Dulu, isteri pernah mohon Projek Perumahan Rakyat
Termiskin, namun tiada jawapan,” katanya.
5/14/12
Yang untung orang Cina, yang rugi orang Melayu
Macamana orang Melayu nak maju kalau pemimpin Melayu bersikap begini. Ambil contoh mudah, Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR di N.Sembilan tidak boleh menggunakan kemudahan awam seperti Dewan, Pusat Dakwah, Stadium untuk mengadakan ceramah atau mesyuarat. PAS dan PKR di N.Sembilan tiada pilihan, akhirnya menyewa premis dan dewan milik orang Cina. Yang untung orang Cina, yang rugi orang Melayu juga, akibat sikap pemimpin Melayu seperti di bawah ini.
Tarik lesen jika berniaga di ceramah pembangkang
14 Mei 2012
KUALA KLAWANG, Negeri Sembilan - Amaran keras akan diberikan
termasuk menarik lesen berniaga sekiranya peniaga tertangkap ketika berniaga di
ceramah pembangkang dengan menggunakan kemudahan yang diberi kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat berkata,
pihaknya menerima aduan bahawa ada peniaga yang berniaga di tapak ceramah
anjuran pembangkang di sekitar daerah ini.
“Kita tidak menghalang mereka berniaga tetapi yang
menyedihkan mereka menggunakan kemudahan dan peralatan diberikan kerajaan.
“Baru-baru ini, kami berjaya mengesan ada peniaga berniaga
menggunakan payung Fama di Kampung Bukit Serambai ketika ceramah Pas diadakan
di sana,"
katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasar Tani Kuala Klawang,
awal pagi, semalam.
Hadir sama, Pengarah Fama Negeri Sembilan, Abdul Rahman
Sulaiman; Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusof dan
Timbalan Pengarah Fama Negeri, Siti Nurul Haida Ibrahim.
Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang berkata,
beliau mengarahkan pegawai Fama daerah agar memantau kegiatan peniaga di tapak
ceramah pembangkang.
“Pegawai Fama perlu melaporkan kepada saya sekiranya
terdapat peniaga berniaga menggunakan peralatan yang mempunyai label jabatan
kerajaan.
“Kita memahami situasi peniaga yang mahu mencari rezeki dan
kita tahu tidak semua peniaga itu menyokong pembangkang. Mereka hanya mengambil
peluang berniaga sekiranya dipelawa pembangkang dan ia menjadi tempat mereka
mencari rezeki,” katanya.
Beliau berkata, malah ada peniaga yang tidak berlesen, namun
dijemput pembangkang untuk berniaga dan ini menjadi masalah.
“Selain itu, wang hasil berniaga itu akan diserahkan kepada
pembangkang sebanyak 30 peratus dan ini secara tidak langsung mereka menyokong
pembangkang,” katanya.
Yunus berkata, selain lesen perniagaan ditarik semula,
peniaga yang tertangkap juga perlu memulangkan semula kemudahan diberikan
jabatan kerajaan terbabit.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya menyumbangkan
payung niaga kepada tujuh peniaga di tapak pasar tani itu.
Katanya, pihaknya mengenal pasti 10 peniaga yang tidak
memiliki payung untuk berniaga.
“Kita menyerahkan kepada tujuh peniaga. Manakala tiga lagi
tidak hadir pada hari ini.
“Setiap payung berkenaan bernilai RM150 dan ini adalah
sumbangan Fama kepada peniaga yang kurang berkemampuan,” katanya.
Jom Belajar Bahasa Mandarin di Kompleks As-Sa’adah
Kelas Bahasa Mandarin Bersiri
Setiap hari Sabtu dan Ahad
Masa : 9 pg – 11 pg
Tempat : Komplek As-Sa’adah , Seremban
Yuran : RM 30 sebulan
Pendaftaran : RM10
Sila hubungi : 06-7628835/ 012-3553047
Alamat :
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Negeri
Sembilan
Kompleks As-Sa’adah
Jalan Mufti Ahmad
Lot 5417, Rahang Square
70100 Seremban
Negeri Sembilan
No tel : 06-7628835/ 012-3553047
5/13/12
Restoran Masakan Cina Muslim
Kepada mereka yang meminati atau ingin
mencuba masakan Cina Muslim boleh dapatkan di :
Restoran Hj Sharin Low 9,
24, Betaria Business Centre,
Jalan Durian Mas 3, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan
(belakang Pusat Zakat Negeri Sembilan)
Tel : 013-5533280
Senarai Rangkaian Restoran Haji Sharin
Low seluruh Malaysia di
http://www.facebook.com/notes/hj-sharin-low-grand-restaurant/hj-sharin-low-group-of-restaurants/290456714325003
5/12/12
Ubah Jang Ubah 17 Mei 2012 di Johol
CERAMAH PRA PRU 13
Ubah Jang Ubah, Bersama Pakatan Rakyat
Tarikh : 17 Mei 2012, Khamis
Masa : 8.45 malam
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang,
Johol, N.Sembilan
Penceramah :
1. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah
Alam
2. Dato Arif Sabri Aziz, Bekas ADUN
UMNO Pulau Manis, Pekan, Pahang/Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan
www.sakmongkol.blogspot.com
3. Lt. Kolonel (B) Mohd. Nazari
Mokhtar, Presiden Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera (KERABAT)
4. Sdr Abd Rahman Ramli Pengerusi
Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan
Tawaran Waqaf dan Infaq SRII Tahfiz Darul Ulum
TAWARAN WAQAF DAN INFAQ
Pemilikan Tanah dan Pembangunan
Kompleks SRII Tahfiz Darul Ulum, Seremban
Kepada mereka yang ingin menyumbang
sila salurkan melalui :
Nama akaun : SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB ISLAMIC :
05040000993100
Atau sila hubungi :
019-6500927 Al Fadhil Ustaz Mohd
Khairi, Mudir SRII Tahfiz Darul Ulum
019-6644320 Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri,
Bendahari SRII Tahfiz Darul Ulum
e-mel : sriitahfizdarulum@yahoo.com
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz)
Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di
bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan
Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem
pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah
rendah.
SRIIDU ketika ini beroperasi di
Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri
Sembilan.
SRIIDU juga membiayai pengajian untuk
anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di
sini.
Alamat :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz)
Darul Ulum (SRIIDU)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ
6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan
Laman web :
www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum
5/11/12
Bob Lokman di Paroi 14 Mei 2012
CERAMAH UMUM
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku
Jaafar Fasa 3, Senawang
Bersama :
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
Ustaz Nor Azman Mohamad
Bob Lokman
Blank Gamma
Seekor lagi gajah putih di Negeri Sembilan?
Di mana ya? Bukan saya yang kata, tapi blogger berikut yang kata http://www.maarofkassim.com/2012/05/seekor-lagi-gajah-putih.html
5/10/12
Ubah Jang Ubah 13 dan 14 Mei 2012 di Gemencheh
MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH
Tarikh : 13 Mei 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Kg Tengah, Air Kuning, Gemencheh
Bersama : YB Dr Hatta Ramli, YB Cha Kee Chin dan Zulkefly
Mohamad Hj Omar
CERAMAH UMUM
Muslimat Teras Kemenangan
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : No 10-11, Peringkat 6, Felda Bukit Rokan, Gemencheh
(Rumah Raja Herman Syah)
Bersama : Aiman Athirah Al-Jundi, Siti Aisyah Sheikh Ismail
& Ustaz Nor Azman Mohamad
Klip Video Ubah Jang Ubah di http://www.youtube.com/watch?v=b6qOZSgWgis
Solat Hajat 10 Mei 2012 di DUN Paroi
MAJLIS SOLAT HAJAT
Pasca Bersih 3.0 dan Menjelang PRU 13
Tarikh : 10 Mei 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Pasti Amal, Taman
Marida, Senawang
Semua petugas, ahli dan penyokong dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol 019-3440826
5/9/12
Video Ceramah Pemuda di Rembau
Kepada mereka yang tidak berkesempatan mendengar ceramah pemuda yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau pada 5 Mei 2012 yang lalu, boleh tonton di http://shamsuliskandar.wordpress.com/2012/05/09/video-ceramah-jelajah-amk-di-rembau-n-sembilan-552012/
Puasa dan Munajat Perdana menentang kezaliman
Puasa dan Munajat Perdana Dewan Pemuda PAS Malaysia.
1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS serta anggota dan pemimpinnya. Al Mursyidul
Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap Father of Kafir
oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST.
2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman
diugut dengan sepucuk surat
berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail anggota
Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi
selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung.
3. TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur
fitnah kononnya BERSIH 3.0 yang disokong
dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda,
bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai
mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah
4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara
sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia
mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa
selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [
10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari
Sabtu [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak
seluruh negara di kawasan masing - masing.
5. Tentatif Program.
Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa
Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ]
7. 15 pm : Majlis berbuka puasa
7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7. 40 pm : Makan Malam
8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan
8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah
8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak
seluruh negara ]
Lokasi : Markaz Tarbiyah
PAS Kawasan.
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Nota : Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan
Pemuda PAS Malaysia
pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan serentak seluruh
negara.
Sekian Terima Kasih.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
5/8/12
Bersih 3, Unit Amal N9, Exco AMK ditahan malam tadi
Harakahdaily, 08 Mei 2012
KUALA LUMPUR:
Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak
polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih
3.0.
Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman,
Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang
berkerja syif malam di pejabatnya.
"Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan
pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari
mengesahkan.
Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi.
Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi di Melaka Tengah.
Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika
dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan
himpunan Bersih 3.0.
"Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak
polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, "
katanya.
Farhan kini
didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.
Syeikh Nuruddin Banjari di Seremban 12 Mei 2012
KULIAH ILMU
Bersama Syeikh
Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu
12 Mei 2012 , jam 1.30 ptg
Di Surau
AnNur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2
Muslimin
dan muslimat semua dijemput hadir
Ceramah Umum 9 Mei 2012 di DUN Johol, N9
Ceramah Umum dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Inas
Tarikh : 9
Mei 2012 ( Rabu )
Masa : 9
malam
Tempat :
UPU Inas, Kampung Seginyeh ( Jalan Inas - Kampung Batu, Rembau )
Penceramah
:
- Mazlan
Aliman ( Pengerusi ANAK )
- Aiman Athirah Al-Jundi ( Ketua Penerangan Dewan Muslimat
PAS Pusat )
- Zulkefly Mohamad Omar ( AJK PAS Pusat )
- Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
)
Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau
Memandangkan saban hari pelbagai bantuan kecemasan perlu
disalurkan kepada orangramai yang memerlukan, Lajnah Kebajikan PAS Rembau
memberi peluang kepada orangramai yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan
melalui Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau.
Kepada
mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230 ,
Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.
Sumbangan
juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun
: PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank
Islam (Cawangan Seremban)
No akaun :
05-012-01-007334-7
Bantuan
kecemasan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang memerlukan
bantuan seperti di bawah ini :
1. Mereka
yang keputusan bekalan makanan akibat masalah ekonomi seperti diberhentikan
kerja kerana penutupan kilang, ditinggalkan suami tanpa nafkah dan sebagainya.
2.
Pemotongan bekalan elektrik dan air kerana tidak berkemampuan untuk menjelaskan
tunggakan.
3. Bantuan
awal untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke
IPT/Kolej.
5/4/12
Seminar Penghayatan Quran 10 Mei 2012 Seremban
SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURAN
Tema : "Penghayatan Al-Quran Memperkukuh Legasi
Sunnah"
Tarikh : 10 Mei 2012 , Khamis
Masa : 8 pg – 12 tgh
Tempat : Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Panelis Forum :
1. Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
2. Ustaz Muhd Asyraf Mohd Ridzuan (Imam Muda Asyraf)
3. Ustazah Nor Hafizah Musa (Panelis Tanyalah Ustazah)
Hadirin dan hadirat semua dijemput hadir
Subscribe to:
Posts (Atom)

























