6/29/12
Forum Menjelang Ramadhan 7 Julai 2012 di Rembau
FORUM PERDANA
Tajuk : Persiapan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 7 Julai 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 955, Kg
Bongek, Rembau (rumah Hjh Rokiyah)
Ahli Panel :
1. Ustaz Mohd Fuad Othman , Pendakwah
2. Ustaz Nazree Yunus , mantan Presiden Persatuan Mahasiswa
Islam Universiti Malaya
3. Ustaz Fairuz Isa , mantan YDP Badan Kebajikan Anak N.Sembilan
Mesir (BAKANS)
4. Moderator : Sdr Sahrizal Masrudin , AJK Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan
Turut diadakan Pelancaran Dana Pembangunan Kompleks Pusat
Dakwah Serantau www.pusatdakwahserantau.net
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
PUSAT DAKWAH SERANTAU
Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal
terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri
dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar
yang pakar dalam pengetahuan agama.
Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan
gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.
Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal
Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).
PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30
orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan
selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul
Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.
6/28/12
Seminar Fatwa Muamalat N.Sembilan Julai 2012
SEMINAR FATWA MUAMALAT
Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 , Rabu-Khamis
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Masa : 8 pg – 4 ptg
Yuran :
RM130
RM 10 untuk pelajar
(termasuk kertas pembentangan, makan dan sijil)
Pembentang :
Dr Zaharudin Abd Rahman
Dr Zulkilfli Albakri
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Azman Mohd Noor
Dr Amir Shaharuddin
Ust Abdullah Jalil
Ust Azrul Azlan Iskandar
PENGANJUR
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Muamalah Events
PENAJA utama Bank Muamalat Malaysia Berhad Dengan sokongan
AKPK
YB Salahuddin Ayub 30 Jun 2012 di Rembau
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Pedas Hilir, Rembau
Penceramah :
~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
~ Ustazah Nuridah Salleh , AJK Muslimat PAS Pusat
~ S. Suria Narayanan , Naib Pengerusi DHPP Malaysia
~ Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
~ Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
6/27/12
Air di Kuala Pilah bermasalah sudah lebih 2 tahun
Aduan Rakyat - 27 Jun 2012
Masalah keperluan asas utama iaiatu bekalan air bersih di
Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga kini sejak diswastakan dan dikendalikan
oleh SAINS, tidak dapat didiselesaikan. Saya tidak duduk di sana
tapi sering pulang ke sana
dan mendengar keluhan rakyat terutama sewaktu mendengar ceramah pihak
pembangkang.
Rakyat setempat berasa kecewa kerana bukan sahaja tiada
tindakan di ambil malah mereka akan blacklist kepada orang yang membuat aduan.
Sebagai sebuah pekan besar yang menempatkan Bandar Diraja Seri Menanti, perkara
ini sepatutnya tidak wujud dan kita sudahpun hidup di alaf baru bukan di zaman
70an lg.
SAINS ingin membekalkan air ke Selangor tapi kawasan utama
di Negeri Sembilan seperti di sini mempunyai masalah bekalan air. ini
menjejaskan kualiti kehidupan, dan kesihatan penduduk setempat. bayangkan,
pengusaha restoran tdk dpt mencuci pinggan setiap masa etc.
Bukan ini sahaja penduduk Negeri Sembilan sering mengalami
gangguan tenaga elektrik terutama di kawasan Terachi, bermula dari Seremban ke
atas, apakah puncanya?
Dengan harapan melalui pendedahan ini, Exco2, dan Ahli Parlimen
dpt buka mata bukan tah berpegang pd status semata2.
By: karteena
6/26/12
ALC SENAWANG
ALC SENAWANG - Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi
1) Kelas Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Kanak-Kanak) -
Selasa/Jumaat - 8.00-10.00 malam
2) Kelab Tajwid Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) - Selasa -
8.00-10.00 malam
3) Kelab Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) -
Selasa - 8.30 malam
4) Kelas Hafazan Al-Quran Teknik Al-Huffaz - Jumaat - 8.00
malam
5) Kelas Bahasa Arab - Rabu - 8.30 malam
Tempat: No. 53-1, Jalan Komersil 7, Taman Komersil Senawang, 70450
Seremban, N. Sembilan
Hubungi ALC Senawang Care-Line 019-2125301/013-3439350
ALAMAT URUSAN AL-BAGHDADI LEARNING CENTER SENAWANG (ALC
Senawang)
No. 53-1, Jalan Taman Komersil Senawang 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, N. Sembilan.
(Dataran Taipan Senawang - Berhampiran Giant Senawang - Atas
Kedai RM 2)
Hubungi : albaghdadisenawang@gmail.com
Maklumat lanjut di http://albaghdadisenawang.blogspot.com
6/25/12
Aspan Alias di Senawang 29 Jun 2012
CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Jun 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor
(sebelah Balai Bomba Senawang)
Penceramah :
Aspan Alias http://aspanaliasnet.blogspot.com
Dr Ahmad Suhaimi, Penyelaras SAMM
Ustaz Fakrulrazi, Penceramah Bebas
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia
Pn Norwani Ahmat, Ketua Muslimat PAS Rembau
6/24/12
Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi
PROGRAM JUALAN AMAL, KITAR SEMULA, HI
TEA DAN GOTONG ROYONG
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 2 ptg - 6 ptg
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman
Tasik Jaya, Senawang
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang
beg-beg, majalah-majalah, barangan terpakai kegunaan harian yang
masih dalam keadaan baik dan bersih boleh diserahkn pada hari
tersebut.
Hasil jualan amal serta jualan barangan
terpakai serta kitar semula ini akan disalurkan untuk program
sumbangan Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 Hijrah.
Untuk sebarang maklumat, pertanyaan
atau sumbangan sila hubungi Pn Wani 0133851202 atau Pn Fauziah
0137779328.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui
akaun Bank Islam DMPKR, No akaun : 05012010061653
Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan
Rembau
YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban
Selatan, Sg Gadut
Penceramah :
YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah
Alam
Hj Omar Jaafar, Penceramah Bebas
Hakki Bawadi, Ketua Pemuda PAS Rembau
Muhd Affandi, AMK N.Sembilan
Ramai pesakit mental di N.Sembilan
23 Jun 2012 GEMENCHEH – Orang ramai
dinasihatkan lebih peka dengan tanda-tanda sebagai pesakit mental
memandangkan Negeri Sembilan pernah muncul sebagai negeri tertinggi
yang mempunyai pesakit berkenaan. Pakar Psikiatri Hospital Tuanku
Ja'afar Seremban (HTJS), Dr Siti Hazrah Selamat Din berkata, semua
pihak perlu memandang serius masalah itu dengan menasihatkan rakan,
keluarga atau kenalan mereka yang menghadapi tanda-tanda sebagai
sakit mental.
Menurutnya, penyakit itu sememangnya
berlaku dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai dalam kalangan
mereka mengetahui dan mahu mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa
pakar mahupun kaunselor.
"Dalam tempoh tiga tahun,
kira-kira 1,000 kes kesihatan mental direkodkan di negara ini dan
statistik berkenaan menunjukkan ianya bukanlah penyakit yang perlu
diremehkan dalam kalangan masyarakat.
“Oleh itu, orang ramai diingatkan
agar tidak memandang remeh masalah ini," katanya ketika
menyampaikan ceramahnya pada program Kesihatan Mental anjuran Panel
Penasihat Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh di Dewan Theathreate
Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (Itqan), dekat sini,
kelmarin.
Dr Hazrah berkata, terdapat empat jenis
pesakit mental iaitu Skizofienia, bipolar mood disorder, kemurungan,
kerisauan dan was-was serta nyanyuk.
"Komuniti setempat boleh memainkan
peranan dengan memahaminya iaitu pesakit mental bukan bermaksud gila,
buatan orang, perlu dikurung sebaliknya dirawat secara berterusan,”
katanya.
Beliau berkata, pesakit mental boleh
diwarisi melalui keturunan di mana setiap anak mempunyai 13 peratus
peluang untuk mengalami masalah sama, bagaimanapun ianya tidak
semestinya berlaku.
“Jika diambil contoh penyakit seperti
kencing manis juga boleh menjadi penyakit keturunan. Namun sekiranya
individu menjaga dan mengawal pemakanannya, mereka tidak akan
mewarisi penyakit berkenaan.
“Begitu juga dengan pesakit mental.
Sekiranya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dapat
menghindari tekanan, peluang untuk mereka menghidapi penyakit
berkenaan adalah kecil," katanya.
“Jika di Gemencheh ini dicatatkan
seramai 28 orang sedang mendapatkan rawatan pesakit mental di mana 18
daripadanya adalah lelaki dan 10 perempuan," katanya
6/21/12
SIRI JELAJAH NEGERI SEMBILAN JUN 2012
CERAMAH PERDANA
Penceramah : Wan Aishah Wan Ariffin, Siti Fareedah, Ramlan
Roes, Ust. Fairos Mat Isa, Norwani Ahmat & Taufek Abd Ghani
Tarikh : 21/06/2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Mustaqim, Tmn Pinggiran Senawang, Senawang
JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA
Bersama : Dato' Husam Musa, Taufek Abd Ghani, Dato' Kamarul
Ariffin, Loke Siew Fook & Dr Rosli Yaakop
Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Kg Mulia, Pekan Rembau (depan Pej Daerah Rembau),
Rembau
CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Ismail Saleh & Abd Rahman Ramli
Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Pasoh 2, Jelebu (rumah Sahak Tukang), Jelebu
CERAMAH UMUM
Penceramah : Dato' Husam Musa, Tony Pua Kian, Hanipa Maidin
& Zulkefly Mohd Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw. Kg Panchor, Rumah Kedai, Tmn
Ampangan, Seremban
CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Ismail Salleh, Dr Rafie Malik, Nazree Yunus,
Nasaei Ismail & Norwani Ahmat
Tarikh : 24/06/2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Sawah
Raja, Kota
(rumah Hj Md Noh), Rembau
CERAMAH PERDANA
Penceramah : Wan Aishah, Siti Zailah Mohd Yusoff, Dr Badrul
Amin & Zulkefly Mohd Omar
Tarikh : 25/06/2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw Ampangan, Bt 3, Jln K. Pilah, Kg
Gedung Lalang Lama (sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban
CERAMAH ISU SEMASA
Penceramah : Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Dato' Arif Sabri
& Wan Aishah
Tarikh : 26/06/2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : No 11, Peringkat 6, Felda Bukit Rokan (rumah Raja
Herman Syah), Bukit Rokan, N.Sembilan
6/20/12
Ceramah Umum 26 Jun 2012 di Gemencheh
CERAMAH UMUM
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)
Dato Arif Sabri (Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan)
Aishah (Bekas Artis/Penyanyi)
Tarikh : 26 Jun 2012, Selasa
Jam : 9 mlm
Tempat : No 11, Pkt 6 Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan
(rumah Raja Harman)
6/19/12
Munajat dan Solat Hajat DUN Chembong 21 Jun 2012
MUNAJAT DAN SOLAT HAJAT
Tarikh : 21/06/2012 ( Khamis)
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Bilik Operasi PR Kg. Mulia, Rembau (depan Majlis
Daerah)
Maklumat lanjut di http://parchembong.blogspot.com
Jamuan Rakyat 23 Jun 2012 di Rembau
JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Jun 2012, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Pusat Khidmat PR DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan
Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato' Paduka Husam Musa
~ YB Taufek
~ YB Dato Kamarul Baharin
~ YB Anthony Loke
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Chegubard
Semua dijemput hadir
Aturcara :
8.45 pm - Jamuan Makan / Tayangan video isu semasa.
9.15 pm - Ceramah Umum
Jamuan makan adalah percuma
Maklumat lanjut sila hubungi Azmy 012-6833740 , Ustaz Nazri 019-6823159
Anjuran:
MTD PAS Chembong dengan kerjasama MTD PAS Kota dan PKR Cabang Rembau
Mazlan Aliman 20 Jun 2012 di DUN Paroi
CERAMAH UMUM
Tarikh : 20 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pejabat ADUN Paroi, Taman
Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
1. Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat/Pengerusi Persatuan Anak
Peneroka Felda Kebangsaan)
2. Sdr Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK
N.Sembilan)
3. Ustaz Kamaruddin Sidek (Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka)
4. Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau)
6/18/12
Jom Ubah 21 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 21 Jun 2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman
Pinggiran Senawang
Penceramah :
YB Hj Taufek - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Fareedah Samad - Pengerusi Ameerah Malaysia
Hj Ramlan Roes - EXCO AMK Pusat
Ustaz Fairuz Isa - Ketua Pemuda PAS Jempol
Turut serta : Aisyah -
Selibriti/Artis
6/15/12
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad 17 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 5 petang, selepas Asar
Tempat : Surau Taman
Pinggiran Senawang
Penceramah : Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Jamuan disediakan sebelum Maghrib
Ceramah Umum 22 Jun 2012 di Gemencheh
CERAMAH UMUM
Tarikh: 22 Jun 2012, Jumaat
Tempat: Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N. Sembilan
Jam: 9 Malam
Penceramah:
YB Senator Mumtaz Nawawi
YB Teo Kok Seong - ADUN Bahau
YB Taufek - ADUN Paroi
6/14/12
Perhimpunan Aman Solidariti Umat Islam Rohingya 15 Jun 2012
PERHIMPUNAN AMAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA, MYANMAR
Jumaat, 15 Jun 2012, selepas Solat Jumat
di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang.
Perarakan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat
Jumaat
MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA BERSAMA KOMUNITI ROHINGYA
pada hari Ahad, 17 Jun 2012.
di Masjid Negara selepas solat Zuhur
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
HIMPUNAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA JUMAAT INI
24 Rajab 1433 bersamaan 14 Jun 2012
Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) memandang serius isu
pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Rohingya,
Myanmar oleh tentera
kerajaan Myanmar
kebelakangan ini. Sehingga hari ini, dilaporkan seramai dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak
mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Bagi LA DPPM, serangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas
etnik Rohingya Muslim adalah suatu tindakan kejam yang terancang oleh mereka
yang berdendam dengan umat Islam di sana.
LA DPPM melihat isu kekejaman ke atas umat Islam Rohingya, Myanmar
adalah isu sejagat yang wajib ke atas semua masyarakat khususnya umat Islam
bangkit bagi membela dan menyatakan bantahan. LA DPPM difahamkan, pihak
keselamatan, polis dan tentera, bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk
melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Umat Islam di Rohingya
dibunuh, diseksa, wanita diperkosa, sementara rumah-rumah dan perkampungan
mereka dibakar dan peralatan mereka dirampas. Ramai mereka yang tercedara
dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Malah, umat Islam di sana mereka mengalami penderitaan yang
panjang seperti perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan
tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid, ratusan masjid dimusnah dan diganti
dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan
keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan
pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
LA DPPM menuntut kerajaan Malaysia
menyatakan pendiriannya terhadap isu ini serta turut menyatakan bantahan tegas
kerajaan terhadap kerajaan Myanmar.
Kerajaan bertanggungjawab atas semangat ASEAN menyatakan bantahan agar
kekejaman tidak lagi berlaku terhadap umat Islam di Myanmar.
Atas semangat persaudaraan Islam ini, DPPM menyokong
perhimpunan aman solidariti umat Islam Rohingya, Myanmar
yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada hari Jumaat, 15 Jun
2012 di depan kedutaan Myanmar, Jalan
Ampang selepas Solat Jumat. Perarakan ini akan bermula dari Masjid Tabung Haji
selepas solat Jumaat. DPPM menyeru umat Islam agar bersama-sama menyertainya.
Selain itu, DPPM bersama SHURA dan MAPIM juga akan
menganjurkan majlis solat Hajat Perdana bersama komuniti Rohingya pada hari
Ahad, 17 Jun 2012. Majlis ini akan diadakan di Masjid Negara selepas solat
Zuhur berjemaah di sana.
Umat Islam turut diseru untuk bersama-sama dalam majlis ini.
PROGRAM CERAMAH ISRAK WAL MIKRAJ 1433H
Ahad, 17 Jun 2012
Selepas Solat Maghrib
Surau Al-Hidayah, Taman
Mulia, Pajam
Penceramah : Ustaz Shuhadak Bin Mahmud
Semua Dipersilakan Hadir
Ceramah Penerangan DUN Kota 24 Jun 2012
CERAMAH PENERANGAN
Tarikh : 24 Jun 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Sawah Raja, Rembau (DUN Kota)
Penceramah :
1. YB Dr Ismail Salleh (EXCO Kedah/ADUN Alor Mengkudu)
2. Mohamad Nasaei Ismail (SU Presiden PAS/Naib Ketua Pemuda
KL)
3. Dr Mohamad Rafie Abdul Malik (Ahli Majlis Pimpinan Pusat
PKR)
4. Mohd Nazree Mohd Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK
N.Sembilan)
5. Pn Norwani Ahmat (AJK Muslimat PAS Pusat/Ketua Muslimat
PAS Rembau)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
Hutan jajaran Gunung Angsi habis musnah
Apakah maksud Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan 404.685
hektar jajaran Gunung Angsi yang boleh dilihat dari beberapa taman perumahan di
Senawang telah diberi milik lama dulu sebelum beliau menjadi Menteri Besar lagi?
Adakah Menteri Besar sebelum beliau yang melakukan kerja ini? Kepada siapa 404.685
hektar ini diberi milik? Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan
negeri dalam proses beri milik ini?
404.685 hektar adalah bersamaan dengan 999.99 ekar.
Bayangkan berapa banyak perumahan rakyat boleh dibina atas tanah seluas 999.99
ekar ini.
****************
Kerajaan kecewa bukit diteroka
TANAH bukit di jajaran Gunung Angsi dekat Senawang diteroka
oleh pemiliknya sebuah syarikat koperasi untuk ditanam kelapa sawit.
SEREMBAN 13 Jun 2012 - Kerajaan negeri kesal dan dukacita
apabila melihat bukit di jajaran Gunung Angsi, dekat Senawang diteroka sebuah
syarikat sejak beberapa bulan lalu sehingga mencacatkan keindahan alam sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah
seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik
syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang
dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.
''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu
sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali
sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada
satu syarikat atau koperasi dari Selangor.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
6/13/12
Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab :
1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan
Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang
bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.
2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab
583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera
Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin
al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi
mulia dan seorang yang beramal soleh.
6/12/12
CERAMAH UMUM
Penceramah :
- Dato Fauzi Rahman (Mantan Timbalan Menteri Penerangan)
- Sdr Abd Rahman Ramli (YDP PAS Jempol)
- Hj Kateran Marman (YDP PAS Jelebu)
Tempat : Kg Kuala Pah, Peradong, Jelebu, N.Sembilan
Tarikh : 16 Jun 2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
6/11/12
Sumbangan Ramadhan untuk Rumah Penempatan Sementara
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, sebuah Pertubuhan
Bukan Kerajaan dan berasaskan perkhidmatan kebajikan semata-mata mempelawa
mana-mana pihak untuk menyalurkan bantuan kepada cabang perkhidmatan kami
sebuah Rumah Penempatan Sementara untuk golongan yang memerlukan yang berpusat
di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Segala bentuk sumbangan boleh dihantar atau disalurkan
melalui mana-mana kaedah berikut :-
1. Pos : No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000
Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tel:- 06-4810122 / 06-4810092 / 06-4810068
2. Hand Phone: 013-272 3079 ( Puan Zarinah )
3. Bank In/Transfer/Cek : Yayasan Kasih Sayang Negeri
Sembilan, Bank Islam Malaysia
Berhad, Cawangan Tampin, No. Akaun: 0502 101 001 9276
4. Hantar Sendiri :- One Stop Centre, Yayasan Kasih Sayang
Negeri Sembilan, Unit Ukhuwah, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri
Sembilan. Tel:- 06-678 1021
5. Hand Phone: 012- 632 1519 ( Hajah Norizan )
Email: yksnegerisembilan@gmail.com
Laman web : http://yksnegerisembilan.com
Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 H Peringkat Rembau
PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH
Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak
lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di
siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu
sesama Muslim.
Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan
kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan
Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi
sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di
seluruh kawasan Rembau.
Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam
bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak
yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi
wakil-wakil yang dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program ) 013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) 012-2268230
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7
Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Pen Bendahari) 0122832458
untuk sumbangan melalui cek/akaun.
Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :
1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu 10 kilo)
Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70
Terapi Darussyifa 15 Jun 2012 di Rembau
TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI, MENTAL BERSAMA
DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu
(Darussyifa' N.Sembilan)
Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan
Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir
Semua dijemput hadir
Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801
Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur
Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau
6/10/12
Tumpang tidur di rumah usang
10 Jun 2012
JOHOL – Empat beradik yatim piatu
hidup daif dengan hanya menumpang tidur di rumah usang bangunan
Jabatan Pertanian selepas ayah mereka meninggal dunia dua tahun lalu
akibat serangan strok manakala ibu mereka 13 tahun lalu akibat
penyakit buah pinggang.
Tiada arah hendak dituju selepas
kematian ayahnya,mereka mengambil keputusan tinggal di rumah Jabatan
Pertanian yang kini didakwa bukan milik jabatan itu tetapi dipercayai
milik tanah kerajaan selepas pihak pertanian sudah tamat kontrak.
Meskipun sehingga kini status tanah
dan rumah itu bukan milik keluarga mereka, tetapi empat beradik itu
tekad tinggal di situ berikutan kekangan kewangan.
Si abang, Mohd Hafize Adnan, 28,
berkata, bukan dia tidak pernah membuat permohonan untuk memiliki
tanah tersebut sejak 2010, namun sehingga kini dia masih lagi belum
menerima apa-apa keputusan daripada Pejabat Daerah Kuala Pilah.
Mohd Hafize yang bekerja sebagai tukang
masak di A’Famosa Resort terpaksa menyara tiga adiknya yang lain
iaitu, Nor Aiza, 25, Mohd Haidi, 19 dan Mohd Haizat, 17, selepas
kakak sulungnya Nor Arfah, 30, mendirikan rumah tangga.
Walaupun terpaksa berulang-alik setiap
hari dari Johol ke Melaka , Hafize sudah biasa demi mencari rezeki
buat mereka adik-beradik.
“Buat masa ini, saya seorang sahaja
yang bekerja kerana Nor Aiza kini mengambil tanggungjawab melakukan
kerja rumah.
"Mohd Haizat pula masih bersekolah
di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap (SMKDUAM)
manakala Haidi membantu Nor Aiza di rumah," katanya.
Menurutnya, pendapatannya tidak
seberapa dan dalam sebulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM800
untuk keperluan dapur serta adik-adik.
"Arwah ayah ada mendapat wang
pencen tetapi ia hanya sekadar RM200," katanya kepada Sinar
Harian.
Mohd Hafize berkata, dia dan adiknya
tinggal di rumah itu sejak kecil kerana arwah ayahnya menjaga rumah
tersebut dari Jabatan Pertanian.
"Dahulu arwah ayah membersihkan
kawasan ini dan kami pernah membayar duit sewa tetapi lama kelamaan
tidak diteruskan kerana mereka memberitahu arwah ayah sudah membantu
menjaga kawasan ini.
“Apabila pihak pertanian sudah tamat
kontrak, kini mereka mendakwa tanah ini milik kerajaan. Saya sudah
cuba mohon kepada pihak berkaitan untuk mengetahui status tanah
tetapi masih belum ada jawapan,” katanya.
Bercerita soal bantuan, Hafize berkata,
dia tidak pernah membuat permohonan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) ataupun Baitulmal.
“Saya memang tidak pernah mohon
bantuan malah tidak tahu bagaimana prosedurnya. Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) pun saya tidak terima walhal sudah mohon dua kali.
Mungkin ada kesilapan teknikal.
"Berikutan itu, saya hanya
berusaha sendiri dengan menternak ayam kampung di perkarangan rumah
untuk mendapat pendapatan," katanya.
Kisah empat beradik yatim piatu ini
mendapat perhatian pihak JKM dan wakil rakyat angkat, Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Senaling yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala
Pilah, Datuk Ismail Lasim.
Menurutnya, kunjungan itu bertujuan
melihat keadaan keluarga tersebut dan ia ibarat kes terpencil.
"Saya juga sudah meminta bantuan
kepada penghulu mukim untuk menyemak semula status tanah ini,"
katanya.
Ismail berkata, sekiranya ia milik
kerajaan, kita akan cuba memohon membina sebuah rumah Projek
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) demi keselesaan mereka.
“Saya lihat rumah ini sudah usang
malah hanya mempunyai sebuah bilik sahaja.
Pihak JKM juga saya minta mereka
mempercepatkan permohonan bantuan elaun untuk Haizat yang masih
bersekolah,” katanya.
6/7/12
CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Aziz Bari, YB Taufek
Abd Ghani, Tarmizi Mohd Jam & Wakil KAMI
Tarikh : 9 Jun 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bt 1 ¼ , Jln Tampin Repah
(rumah Abu Sufian), Tampin, Negeri Sembilan
UiTM Rembau
Pada awal tahun 2008 Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Setelah lebih 4 tahun berlalu, masih belum ada tanda-tanda pembinaan kampus UiTM Rembau.
31 Jan 2008 , SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju
dari Kuala Lumpur
ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat
tahun lagi.
Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company
(IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau,
Tampin, Gemencheh dan Gemas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu
juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah
milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang
dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini
semalam.
Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang
sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api
yang dikhaskan untuk komuter yang dilanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas
juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf
antarabangsa dan dewan persidangan.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana
ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 8 Jun 2012 di Senawang
KULIAH ILMU
Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat
Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 8 Jun 2012, Jumaat
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman
Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
6/6/12
Blogger Sakmongkol di Rembau 12 Jun 2012
CERAMAH PERDANA
Bersama blogger http://sakmongkol.blogspot.com
Dato' Ariff Sabri Abd Aziz , bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan, bekas ADUN Pulau
Manis, Pekan
Tarikh : 12 Jun 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : DUN Chembong, Rembau
Turut serta : YB Hj Taufek, Sani Hamzan, Ustaz Khairil Anuar Wafa, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan
Maklumat lanjut sila hubungi Hakki 013-3840022
Permohonan Terbuka UPIM Pengambilan Julai 2012
PERMOHONAN TERBUKA UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)
PENGAMBILAN JULAI 2012
Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Bahgian Pendidikan Tinggi
(PBT) akan mengadakan Permohonan Terbuka yang akan disertai oleh kesemua
Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Program ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada pelajar lepasan SPM dan ke atas khususnya pelajar Bumiputera yang masih
belum mendapat tempat di mana-mana IPT di samping dapat mempromosikan program-program
yang dijalankan di IPMa.
IPMa yang turut sama dalam program ini adalah seperti
berikut :-
i. Universiti Kuala
Lumpur (UniKL)
ii. Kolej Profesional MARA (KPM)
iii. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
iv. German Malaysian Institute (GMI)
v. Institut Kemahiran
MARA (IKM) / Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Pejabat MARA Negeri Sembilan
Bangunan
Seremban Plaza,
Jalan Dato' Muda Linggi,
70100 Seremban, NEGERI SEMBILAN
No Tel : 06-762 2429
Bertarikh : 11 & 12 Jun 2012 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Seminar Keluarga Muslim 1 Julai 2012 di Seremban
SEMINAR KELUARGA MUSLIM 2012
Tarikh : 1 Julai 2012, Ahad
Masa : 8 pg - 6 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Panelis Seminar :
1) Dato' Haji Mohd Yusof b. Hj Ahmad (Mufti N.Sembilan)
2) Dr.Zulkifli Mohd Al-Bakri (Penceramah IKIM.FM, penulis,
penceramah bebas)
3) Us.Pahrol b. Mohd Juoi (Penceramah Motivasi, Penulis
Terkenal)
4) Ust.Isfadiah b. Mohd Dasuki (Pensyarah UIA, Juri
Rancangan Solehah TV9)
5) En.Shamsudin Kadir ( Perunding Motivasi & Pakar
Kewangan)
6) Ust.Azrul Azlan Iskandar ( Pensyarah USIM & Pakar
kewangan)
7) En.Zuhairi Nopiah - Ateh Zuhairi ( Perunding Motivasi
LUA)
8) Us. Khusyairi b. Hamdan ( Penceramah Radio N9, penceramah
bebas)
9) Us.Khazri b. Othman ( Pensyarah UKM dan Penceramah bebas)
10) Ust.Siti Khadijah bt Abd Ghaffar ( Guru dan Pengamal
Teknik Mendorong Cara Nabi)
Sasaran Peserta :
1) Mereka yang sudah berumah tangga
2) Mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa
terdekat
3) Mahasiswa-mahasiswi di universiti / kolej
Yuran Program
1) RM 100 yuran asal
2) RM 50 jika mendaftar awal sebelum 26 Jun 2012
3) RM 90 jika mendaftar berpasangan
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
1) Ust.Hawa ( 019-3714035) atau
2) Ust.Aina (010-2414233)
Maklumat lanjut di http://alfaliheen.blogspot.com/2012/06/seminar-keluarga-muslim-2012.html
Anjuran :
1) Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS)
2)Akademi Latihan Al-Fateh (A.L.A.F)
3)Nisa' Motivation Centre
Apakah yang akan dipelajari?
Kategori Komunikasi Suami Isteri
1) Teknik Komunikasi Suami Isteri Mengikut Panduan Quran
& Hadis
2) Teknik Mengurut Ego Pasangan & Mentua/ Bakal Mentua
3) Teknik Mempengaruhi Pasangan Kaedah NLP
Kategori Kewangan
1) Teknik Menjadi Kaya Dengan Makan Gaji
2) Teknik Memilih Pinjaman Peribadi, Kenderaan dan Perumahan
Kategori Pendidikan Anak-Anak
1) Teknik Mendidik Anak di Awal Usia 1-7 tahun Mengikut
Panduan Al-Quran & Hadith
2) Teknik Mendorong Anak Corot Mengikut Kaedah Nabi
3) Ibu Bapa Derhaka?
Dapat RM1,500 untuk anak N.Sembilan sambung ijazah
Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada bab Tonggak 4:
Rakyat Nan Berilmu , Fasal 4.0 Pendidikan , 4.3 menyatakan : “Memberi sumbangan
sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan
RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.”
Sekarang ialah musim anak-anak Negeri Sembilan melangkah ke
IPTA, Politeknik dan sebagainya untuk meneruskan pengajian di peringkat Diploma
serta Ijazah yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi dari kos sara hidup,
persiapan awal dan sebagainya.
Berapakah sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Negeri
Sembilan pimpinan Umno/BN pada ketika ini kepada setiap anak Negeri Sembilan
yang melanjutkan pelajaran ke IPT? Adakah ianya diberi secara menyeluruh?
Harap para pembaca semua, khususnya warga Negeri Sembilan
dapat meneliti Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan bandingkan dengan
komitmen BN khususnya Umno di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html
57 rumah rosak dilanda ribut
JEMPOL 5 Jun 2012 - Sebanyak 57 buah rumah termasuk beberapa premis awam di Felda Palong Dua dekat sini rosak akibat dilanda ribut petang semalam.
Ribut yang melanda kawasan berkenaan
kira-kira pukul 6.30 petang itu turut mengakibatkan atap masjid,
pejabat Felda, pondok polis, premis wisma belia serta pejabat
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diterbangkan
angin.
Menurut seorang penduduk, Siti Zaharah
Chen Abdullah, 43, kejadian tersebut bermula dengan tiupan angin kuat
dan tidak lama selepas itu disusuli dengan hujan lebat.
"Ketika kejadian saya berada di
rumah bersama suami serta seorang anak. Risau dengan keadaan angin
yang bertiup kuat, kami mula memindahkan barang berharga ke ruang
tengah rumah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
6/5/12
Keluhan orang Kg Gadong di DUN Kota, Parlimen Rembau
Dari Blog YB Taufek ;
Saya dikhabarkan antara masalah yang dihadapi oleh beberapa
anak tempatan di Kg Gadong di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah tanah TOL
yang diusahakan oleh mereka sejak tahun 80an dengan tanaman dusun buah-buahan
terutamanya durian masih tidak mendapat sebarang hak milik lagi walaupun telah
berulang kali mengajukan perkara ini kepada wakil rakyat setempat.
Apa yang menyedihkan ada antara mereka yang mengusahakan
tanah ini telah pun meninggal dunia dan perjuangan menuntut tanah yang
diusahakan ini kini diteruskan oleh anak-anak mereka di Kg Gadong.
Pakatan Rakyat Negeri Sembilan amat komited dalam isu tanah
ini untuk kepentingan anak tempatan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri
Sembilan dalam Tonggak yang ke 3 secara khusus menyebut iaitu pada fasa ke 3.2 iaitu
“Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan
seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas”.
Nah, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyatakan
komitmen kami dalam isu ini. Apa pula komitmen Barisan Nasional khususnya Umno
dalam isu tanah ini, khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan sendiri?
Harap para pembaca semua, khususnya warga Negeri Sembilan
dapat meneliti Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan bandingkan dengan
komitmen BN khususnya Umno di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html
6/4/12
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Tarikh : 4 Jun 2012, Isnin
Masa : 7.40 mlm, Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Imam serta Khatib : Al Fadhil Ustaz Hj Khairuzzaman bin Mohd
Yusof
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
6/1/12
Jom kita perbanyakkan sedekah pada 4 Jun 2012
Marilah kita perbanyakkan berdoa, bertakbir, menunaikan solat gerhana bulan dan bersedekah sempena peristiwa gerhana bulan pada Isnin 4 Jun 2012 nanti insyaAllah.
GERHANA BULAN SEPARA PADA 4 JUN 2012
Umat Islam di Pulau Pinang
berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 ini. Gerhana akan
bermula jam 6.00 petang dan akan berakhir pada 8.06 malam.
Memandangkan matahari hanya akan terbenam pada jam 7.31
malam di Pulau Pinang pada hari itu, umat Islam di Pulau Pinang boleh
menyaksikan gerhana sekitar jam 7.45 malam, iaitu ketika bulan berada pada
ketinggian lebih kurang 5 darjah daripada ufuk Timur.
Memandangkan jarak masa berlakunya gerhana bulan ini agak
singkat, umat Islam di Pulau Pinang
dicadangkan keluar melihat fenomena gerhana pada jam 7.45 malam dan memunaikan
solat sunat gerhana bulan pada 7.50 malam.
Seterusnya bolehlah diikuti dengan Khutbah Gerhana Bulan.
Maklumat mengenai solat sunat gerhana boleh didapati dengan memuat turun buku
'peristiwa gerhana menurut perspektif falak' di ruangan/ menu muat turun.
Sumber : http://mufti.penang.gov.my/v1/index.php/ms/component/content/article/192-gerhana-bulan-separa
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ،
لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ
فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara
tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian
seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah
kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari
no. 1044)
Tunggu masa untuk rebah
Benarkah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menghadapi
kekangan peruntukan untuk membantu keluarga di bawah ini, dan masih ramai lagi
yang menunggu permohonan mereka untuk diluluskan?
Tunggu masa untuk rebah
1 Jun 2012
PURUN (Seri Menanti) – Keadaan dinding yang reput dimakan
anai-anai di ruang dapur rumah milik pasangan warga emas di Kampung Purun,
dekat sini hanya menunggu masa untuk rebah sahaja.
Yusuf Chein, 82, berkata, apabila hujan lebat, isterinya,
Azizah Mohd Ali, 69, terpaksa menadah air menggunakan besen hujan gara-gara
bumbung dapur yang bocor dan usang.
Menurutnya, keadaan dapur yang tidak sempurna menyukarkan
isterinya memasak dan membasuh pinggan.
“Hanya bahagian dapur sahaja yang terlalu usang dan kami
bimbang sekiranya angin kuat, zink di dapur diterbangkan angin,” katanya.
Yusuf berkata, dalam keadaan kesihatannya yang tidak
mengizinkan dia terpaksa membuat permohonan kepada pihak berkenaan.
“Saya tidak bekerja, malah lebih malang lagi menghidap darah tinggi hingga
diserangstrok separuh badan.
“Saya juga alami asma kronik sejak empat tahun lalu dan
bergantung sepenuhnya kepada penggunaan pam setiap masa,” katanya.
Malah katanya, dia juga mengalami masalah kabur penglihatan
sebelan kanan namun masih dalam tempoh pemulihan.
“Saya sudah membuat pembedahan mata bagi menggantikan kanta
mata di hospital.
“Dengan keadaan saya sebegini, saya tidak berdaya untuk
membaiki rumah sendiri,” katanya.
Manakala Azizah pula berkata, dia tidak dapat bekerja kerana
terpaksa menjaga suaminya itu yang tidak mampu menguruskan diri termasuk ke
bilik air.
Menurutnya, mereka kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
“Wang itu digunakan untuk membeli barang keperluan rumah,
ubat dan melakukan pemeriksaan setiap bulan.
“Jika diikutkan sememangnya ia tidak mencukupi. Ada anak, tetapi mereka
juga perlu menampung perbelanjaan keluarga masing-masing,” katanya.
Azizah, lantaran keperitan hidupnya itu dia nekad membuat
permohonan bantuan membaiki rumah pada 2010, namun sehingga kini masih belum
mendapat maklum balas.
“Memang ada orang datang melihat keadaan rumah tetapi
sehingga ke hari ini masih tiada tindakan diambil.
“Saya sudah serik ke pejabat berkenaan. Mereka hanya
memberitahu tiada peruntukkan tetapi sampai bila kami perlu menunggu?,”
katanya.
Sementara itu, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan
Undangan Negeri (Dun) Seri Menanti berkata, permohonan sudah diterima dan kini
dalam proses apabila permohonan tersebut dipanjangkan kepada Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui e-Kasih.
Difahamkan juga, buat masa ini,kekangan peruntukkan
sememangnya berlaku tambahan pula masih ramai lagi yang menunggu permohonan
mereka untuk diluluskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




































