7/31/12
JADUAL IFTAR JAMAIE
JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN
Kawasan : RASAH
Tarikh & Hari : 1 OGOS 2012 / 12 RAMADHAN 1433 ( RABU)
Tempat : Markas MTD Labu, Lot
7772, Bt 16 1/2 , Jln Nilai-Salak/Sepang
Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek & Semua Barisan
Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : Ustaz Hadi 019-6627374
Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 5 OGOS 2012 / 16 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) &
Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN
Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 10 OGOS 2012 / 21 RAMADHAN 1433 (JUMAAT)
Tempat : Teratak Amal. Kg Sg Layang, Rembau
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) &
Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) &
Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA
Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) &
Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua
Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
7/30/12
Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS
30 Jul 2012
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat
baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah
Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal
Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai
Daerah Seremban.
Mustapah bersara pada tahun lepas.
Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di
PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.
Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang
DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan
PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.
7/29/12
Bendera PAS dikoyakkan
Lagi provokasi mengoyakkan bendera PAS
di kawasan Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber dari
http://www.facebook.com/pas.simpangdurian
7/27/12
Pengawal keselamatan anjur piket aman selepas gagal capai kata sepakat
27 Julai 2012
SEREMBAN – Tindakan sebuah syarikat pengawal keselamatan
yang didakwa mengabaikan kebajikan menyebabkan 20 pekerjanya mengadakan piket
aman, semalam.
Kesemua mereka yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di
sebuah kilang elektronik di sini mendakwa kecewa apabila syarikat terbabit
membuat pemotongan elaun pekerja sebanyak 10 peratus tanpa sebarang alasan
kukuh.
Wakil pekerja, Ishak Saodah, 51, berkata, beberapa
perbincangan sudah diadakan antara pekerja dan syarikat, malangnya sehingga
kini, belum ada satu kata putus yang memuaskan hati pekerja.
“Syarikat dilihat mengenepikan kebajikan apabila membuat
pemotongan elaun pekerja sesuka hati tanpa dimaklumkan.
“Malah, tuntutan kerja lebih masa juga tidak dibayar sejak
beberapa tahun lalu sehingga kami sudah tidak boleh sabar lagi," katanya.
Paling mengecewakan, katanya, syarikat turut memberi kata
dua kepada pekerja yang tidak berpuas hati supaya berhenti dari berkhidmat di
syarikat terbabit.
"Tindakan itu jelas menunjukkan syarikat mahu lepas
tangan dan langsung tidak pedulikan kebajikan dan hak pekerja yang sudah
berkhidmat lama dengan mereka.
“Siapa yang boleh sabar, bayangkan dalam tempoh setahun
elaun kami yang sudah dipotong mencecah RM2,500 selain tuntutan elaun lebih
masa tidak dilayan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Ishak berkata, mereka tidak berniat untuk menimbulkan
kekecohan, bagaimanapun mereka tidak boleh bersabar lagi kerana tiada pihak
sama ada wakil syarikat dan kilang tampil mahu menyelesaikan masalah dihadapi
secara serius.
Sementara itu, Sinar Harian mendapati wakil kilang cuba mahu
berunding dengan pekerja dan meminta untuk berbincang.
Bagaimanapun, pekerja terbabit yang pada awalnya berkeras,
akhirnya akur sebelum masing-masing bersurai dan meneruskan kerja seperti
biasa.
7/26/12
KHIDMAT PERUBATAN DARUSYIFA
KHIDMAT PERUBATAN DARUSYIFA
Hari : Setiap Rabu (sepanjang Ramadhan)
Masa : 2.30 ptg – 6.00 ptg
Tempat : Markas MTD Labu, Lot
7772, Bt 16 1/2 , Jln Nilai-Salak/Sepang
Hubungi Ustaz Hadi 019-6627374 , Ustaz Ghani 012-6761187
KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK
KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK
Bersama : Dr Khairuddin dan Dr Azrul
Tarikh : 28 Julai 2012, Sabtu
Masa : 8.30 pg – 11.30 pg
(Yuran : RM 10 seorang bagi setiap sesi)
Penyertaan :
PAS kawasan-3 ahli, Dewan Pemuda PAS kawasan-3 ahli dan
Dewan Muslimat PAS kawasan-3 ahli.
Tempat : Dewan D’Ark ( Siri 1) , Gedung Lalang ( 3 Siri
berikutnya )
Rujukan :
1. Us. Sofi 019-4766747
2. Us. Hadi 019-6627374
3. Us. Ghani 012-6761187
JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN
Kawasan : SEREMBAN
Tarikh & Hari : 28 JULAI 2012 / 08 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : PASTI WILDAN / AMPANGAN
Hadir Wakil Perhubungan : Hj. Anuar (Timb. PJ2) & Semua
Barisan Pimpinan Perhubungan,Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : PELANCARAN MADRASAH RAMADHAN OLEH TN HJ
MOHAMAD SABU
Kawasan : RASAH
Tarikh & Hari : 1 OGOS 2012 / 12 RAMADHAN 1433 ( JUMAAT
)
Tempat : Markas MTD Labu, Lot
7772, Bt 16 1/2 , Jln Nilai-Salak/Sepang
Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek & Semua Barisan
Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 4 OGOS 2012 / 15 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : DUN CHEMBONG @ DUN KOTA
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) &
Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 5 OGOS 2012 / 16 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) &
Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN
Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) &
Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA
Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) &
Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua
Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
UiTM Nilai akan dibina, janji bina UiTM Rembau belum ditepati
UiTM Raub, Nilai dibina
25 Julai 2012 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan kampus
Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Raub, Pahang dan Institut Latihan UiTM
Nilai di Negeri Sembilan.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.
Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata,
kedua-dua projek pembangunan itu adalah kesinambungan agenda negara untuk
menambah pengambilan pelajar daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang 2015.
Katanya, projek tersebut adalah yang ketiga dan keempat
daripada enam projek fasa dua pembangunan kampus UiTM di bawah inisiatif
pembiayaan swasta (PFI) menerusi Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10).
Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
31 Jan 2008
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu
juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana
ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas
juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf
antarabangsa dan dewan persidangan.
7/25/12
Menyamar suami isteri, samun guru
25 Julai 2012
SEREMBAN – Dua penjenayah sanggup menyamar sebagai suami
isteri yang mahu menghantar anak ke sebuah Tabika Perpaduan di Mantin, di sini
semalam, sebelum bertindak menyamun dua guru wanita membabitkan RM37,000.
Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi itu, suspek wanita datang
ke tabika berkenaan dan bertanyakan prosedur penghantaran anak kepada kedua-dua
guru terbabit sebelum memanggil pasangannya yang menunggu di luar.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang
berkata, kedua-dua suspek yang memakai helmet penuh serta bersenjatakan parang
kemudian menyerbu masuk dan mengugut dua guru berkenaan supaya menyerahkan
barang berharga.
“Bimbang dicederakan, guru berkenaan kemudian menyerahkan
barangan kemas, dua telefon bimbit bernilai lebih RM500.
“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mencederakan
kanak-kanak yang berada di dalam tabika itu dan kebetulan dua guru berkenaan
berada di pejabat mereka,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, suspek kemudian bertindak meminta kunci kereta
jenis Perodua Myvi milik salah seorang guru yang berada di luar kawasan tabika
itu.
“Kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan kereta
berkenaan dan meninggalkan motosikal jenis Honda di tabika berkenaan.
“Hasil pemeriksaan awal kita mendapati, motosikal berkenaan
dicuri di Klang dan siasatan sedang dilakukan untuk memburu suspek,” katanya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah kereta
jenis Toyota Camry milik seorang guru dilarikan enam lelaki bersenjatakan
parang dalam kejadian samun di Taman Desa Indah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa berusia
30-an didatangi sebuah kereta jenis Toyota Estima dinaiki enam lelaki berhenti
di hadapan rumah sejurus pulang dari bekerja.
“Tiga daripada suspek kemudian bertindak mengugut mangsa
supaya menyerahkan semua barangan berharga seperti komputer riba, barang kemas,
broadband, dan telefon bimbit.
“Suspek turut bertindak melarikan kereta Toyota Camry mangsa
sebelum melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM117 000,”
katanya.
Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen
395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.
“Kita sedang mengesan kesemua suspek dan orang ramai yang
mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran,” katanya.
Jawatan Kosong Guru Agama
Tawaran sebagai guru agama (tetap) untuk sebuah syarikat
pelancongan dan pengurusan umrah di Tampin, Negeri Sembilan. Berminat sila
hubungi Ustaz Ghani di 012-6761187.
Tarikh tutup permohonan pada 6 Ogos 2012
TAZKIRAH RAMADHAN
Tarikh : 28 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kg Senama Tengah, Rembau (rumah cikgu Zul)
Bersama : Ustaz Nasarudin Tantawi, Dr. Rosli Yaakop, Sdr
Nazree Yunus dan Sdr Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid)
Semua dijemput hadir
Maklmat lanjut di http://parchembong.blogspot.com/2012/07/tazkirah-ramadhan.html
Sudah 4 bulan jambatan runtuh belum dibaiki
Dikhabarkan sebuah jambatan di Kg Sekolah Lama, Batu 8,
Labu, Negeri Sembilan telah runtuh dilanda banjir besar sejak 4 bulan yang lalu
masih belum dibaiki. Sebahagian penduduk yang terputus hubungan dengan dunia
luar terpaksa mengunakan lintasan keretapi untuk ke pekan. Kalau adapun jalan alternatif, jaraknya 2 km dari
jalan sedia ada.
Berita penuh
bergambar di http://buletinlabu.blogspot.com/2012/07/rakyat-didahulukan-pencapaian-di.html
6 kampung
terputus hubungan
9 April 2012
LABU – “Kami
tiada cara lain, selain melintas landasan keretapi,” kata Ropiah Omar, 54,
penduduk asal Kampung Batu 8, di sini.
Biarpun menyedari
tindakannya boleh mengundang bahaya, namun mereka tidak ada pilihan lain selain
terpaksa menyabung nyawa untuk ke pekan atau ke tempat kerja,
Semuanya kerana
jambatan dan jalan menghubungkan enam buah kampung ke jalan utama runtuh akibat
kejadian banjir, Selasa lalu sehingga menjejaskan hampir 1,000 penduduk.
“Kami ingin
persoalkan berkenaan kualiti projek infrastruktur di kampung ini dilihat tidak
memenuhi piawaian sepatutnya.
“Bagaimana
jambatan yang dibina mempunyai kualiti yang amat teruk apabila mudah mendap dan
rosak,” katanya.
7/23/12
Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Luar Negara
Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun, QAS Management (M)
Sdn Bhd telah berjaya menempatkan
pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam
pengajian perubatan di negara-negara seperti Indonesia, Mesir & Russia.
Kesemua universiti tersebut telah diiktiraf oleh JPA dan
Malaysian Medical Council (MMC).
Ramai pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM berlumba-lumba
mendapatkan CGPA 4.00 untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di
IPTA.Sayangnya bukan kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA
4.00.
Pada Tahun 2011, seramai 3018 orang pelajar Matrikulasi
mendapat CGPA 4.00 sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya menampung
1200 tempat sahaja.
Bagaimana pula dengan yang mendapat CGPA 3.0 ? Persaingan
yang sangat tinggi ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah kepada IPTS
tempatan yang mana kos pengajiannya pula ada yang mencecah hampir RM 400,000
KENAPA MESIR?
1. Malaysia
mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu dimana ramai
pelajar-pelajar Malaysia menuntut dalam jurusan agama Islam di universiti
Al-Azhar
2. Rakyat Mesir
amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu
dan sahabat mereka
3. Kos sara hidup
yang rendah,iaitu separuh dari nilai Ringgit Malaysia .RM0.5 =1L.E (sila semak
matawang semasa)
4. Yuran pengajian adalah TERMURAH jika dibanding dengan Universiti di Malaysia , Indonesia dan Russia
5. Majoriti
Masyarakat Mesir adalah Muslim , budaya ,mendapatkan makanan halal dan
menjalankan aktivit ibadah tidak menjadi sebarang masalah kepada pelajar Malaysia
6. Rakyat
Malaysia di Mesir seramai sehingga 2011 adalah lebih kurang 9500 orang.
7. Program
Perubatan,Pergigian dan farmasi hanya dibuka untuk golongan Bumiputra Muslim sahaja
8. MARA, JPA juga
menghantar pelajar tajaan mereka ke Universiti di Mesir.
SYARAT KELAYAKAN
• BUMIPUTRA
MUSLIM
• Dengan mendapat
B dalam semua subjek BIOLOGI, FIZIK, KIMIA, MATEMATIK MODEN & MATEMATIK
TAMBAHAN dalam SPM
Untuk pertanyaan
serta maklumat lanjut sila hubungi :
QAS Management (M) Sdn Bhd
14-2, Jalan USJ 9/5R,Subang Business Centre,
47620, Subang jaya, Selangor Darul Ehsan.
Talian Bebas Toll
1-800-888-727
019-332 6583 (Zaini) , 019-939 9360 (Norizah) , 019-727 2362
(Anwar)
Laman web : www.qas.com.my
Pengiktirafan
JPA : http://pengiktirafan.jpa.gov.my
Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Negeri Sembilan 2012
MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC)
Tema: ‘Saudara Baru Saudara Kita’
Tarikh : 4 Ogos 2012/ 15 Ramadhan 1433 H , SABTU
Masa : 5.30
petang – 9.30 malam
Tempat : Dewan
Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan
Jualan Kerusi: RM
100 (biasa), RM500 (VIP)
Hubungi: 012-3725283 (Hj Wahid), 019-3855169 (Hj Hisam) ,
019-257-5486 (Hj Asri Loke )
7/22/12
Sumber air dicemari; tujuh keluarga hadapi kesukaran
21 Julai 2012
Penduduk percaya ia berpunca dari
aktiviti mengorek pasir untuk tujuan penjualan di kawasan
berhampiran.
SEREMBAN – Tujuh keluarga dari
Kampung Batu 4 ½, Jalan Seremban – Mantin menghadapi kesukaran
untuk mendapatkan bekalan air bersih apabila sumber air mereka selama
31 tahun kini dicemari.
Salah seorang penduduk kampung, R
Tamilselvan, 47, berkata kesemua tujuh keluarga yang menetap di
kampung tersebut menggunakan sumber air dari Sungai Belihoi untuk
minum, mandi, membasuh dan lain-lain kegunaan.
“Sejak 31 tahun kami semua
menggunakan air Sungai Belihoi yang terletak di belakang rumah kami
kerana tiada bekalan air paip di rumah. Air sungai ini sememangnya
bersih dan sangat jernih.
“Walaubagaimanapun sejak sebulan lalu
air sungai ini mula kotor dan berlumpur menyebabkan kami semua
menghadapi kesulitan kerana tidak mendapat bekalan air bersih untuk
kegunaan seisi keluarga.
“Kami percaya ini berpunca daripada
aktiviti mengorek pasir untuk tujuan penjualan di kawasan
berhampiran.
“Saya terpaksa berulang-alik
mengangkut air dari sungai yang berhampiran setiap hari untuk
kegunaan harian. Sementara itu untuk bekalan air minuman pula saya
perlu membeli air mineral di kedai”, kata Tamilselvan.
R. Tamilchelvi, 41, pula berkata setiap
hari beliau dan ahli keluarganya perlu berjimat menggunakan air
mineral yang dibeli atau air yang diambil daripada aliran sungai di
kawasan yang agak berjauhan dari kampung ini kerana air sungai di
belakang rumah mereka kini telah kotor.
Air berkeladak
“Keadaan ini amat menyukarkan urusan
seharian kami sekeluarga kerana keadaan air yang berbau tanah dan
dikhuatiri boleh membawa penyakit.
“Kami memerlukan sumber air bersih
untuk memasak dan minuman. Sekarang ini saya terpaksa beli air
bertong-tong untuk keperluan harian.
“Kalau mahu membasuh pakaian dan
mandi. Saya boleh gunakan air yang diambil dari anak sungai di
kawasan berhampiran, tapi airnya berkeladak dan tidak lagi bersih
macam dulu”, katanya.
Tamilselvan yang mewakili penduduk
kampung itu berkata beliau telah membuat aduan kepada pihak yang
berwajib dan masiih menunggu tindakan daripada mereka.
Apabila ditanya apakah beliau dan
penduduk kampung pernah membuat permohonan untuk bekalan air paip
daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Tamilselvan berkata
pihak SAINS tiada masalah untuk menyambungkan bekalan air paip ke
kampung tersebut walaubagaimanapun masalahnya tiada paip air utama
yang melalui kawasan kampung ini.
“SAINS menghadapi masalah untuk
menyambungkan bekalan air paip daripada sistem saluran paip air utama
mereka kerana tiada saluran paip air yang besar dan utama berdekatan
dengan kampung ini.
“Kami masih boleh mengunakan air
sungai ini kerana ia airnya amat bersih dan berharap pihak berwajib
akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat
ini”,Tamilselvam menambah.
Laporan polis terhadap ADUN Kota

21 Julai 2012 - Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota, Parlimen Rembau, Zamri Mad yang membuat laporan terhadap ADUN BN Kota, Dr Awaluddin Said kerana menurunkan bendera PAS di Bongek mahu wakil rakyat itu memohon maaf.
Zamri membuat laporan di Ibu Pejabat
Polis (IPD) Rembau selepas kejadian berlaku 17 Julai lalu.
Ketika dihubungi hari ini, Zamri
berkata, sehingga hari ini Dr Awaluddin belum membuat sebarang
permohonan maaf kepadanya.
“Beliau sebagai wakil rakyat mesti
menunjukkan teladan baik sesuai dengan statusnya seorang ADUN.
“Tindakan Awaluddin menurunkan
bendera PAS kononnya untuk mendamaikan orang PAS dan Umno tidak boleh
diterima.
“Apa kena mengena menurunkan bendera
PAS dengan mendamaikan orang PAS dan Umno.?”
Menurut Zamri, Awaluddin sebelum ini
merupakan seorang wakil rakyat yang bersih tetapi tindakan menurunkan
bendera PAS boleh menjatuhkan nama baiknya.
Beliau menambah, sebagai wakil rakyat
beliau mesti bertindak adil kepada semua orang tidak kira penyokong
kerajaan atau pun pembangkang.
“Bendera kami banyak yang hilang
tetapi apabila mengadu kepada Majlis Daerah Rembau (MDR), mereka
menjawab apa boleh buat?” kata Zamri lagi.
7/21/12
KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK
KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK
Tarikh : 21/07/12 & 28/07/12 &
04/08/12 & 11/08/12
Setiap Sabtu sepanjang Ramadhan ( 2
sesi) iaitu
8.30 pg – 10.00 pg
10.30 pg – 12.00 tgh
(Yuran : RM 15 seorang bagi setiap
sesi)
Penyertaan :
PAS kawasan-3 ahli, Dewan Pemuda PAS
kawasan-3 ahli dan Dewan Muslimat PAS kawasan-3 ahli.
Tempat : Dewan D’Ark ( Siri 1) ,
Gedung Lalang ( 3 Siri berikutnya )
Rujukan :
1. Us. Sofi 019-4766747
2. Us. Hadi 019-6627374
3. Us. Ghani 012-6761187
JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433
H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN
Kawasan : TELOK KEMANG
Tarikh & Hari : 24 JULAI 2012 / 4
RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat : BANDAR SPRINGHILL
Hadir Wakil Perhubungan : Semua
Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : Tel 019-3369290
Kawasan : RASAH
Tarikh & Hari : 27 JULAI 2012 / 07
RAMADHAN 1433 ( JUMAAT )
Tempat : SRIIDU
Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek &
Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : SEREMBAN
Tarikh & Hari : 28 JULAI 2012 / 08
RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : PASTI WILDAN / AMPANGAN
Hadir Wakil Perhubungan : HJ. Anuar
(Timb. PJ2) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan,Ulama', Pemuda
dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : PELANCARAN MADRASAH
RAMADHAN OLEH TN HJ MOHAMAD SABU
Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 04 OGOS 2012 / 15
RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : DUN CHEMBONG @ DUN KOTA
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi
( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama',
Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 05 OGOS 2012 / 16
RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa
(Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama',
Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN
Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22
RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek
(PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda &
Muslimat
Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA
Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23
RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman
(Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan
Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25
RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli
(Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda
dan Muslimat
7/20/12
7/19/12
7/18/12
Wakil Rakyat Umno sendiri turunkan bendera PAS?
Satu laporan polis telah dibuat pada 17 Julai 2012 mengenai
seorang wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan yang bergelar Dato’ Dr yang
dilihat menanggalkan beberapa bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri ini.
Laporan polis telah dibuat. Kita harapkan pihak berkuasa
melakukan siasatan yang teliti tanpa memilih bulu.
Laporan polis tersebut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/07/wakil-rakyat-umno-sendiri-turunkan.html
Aisyah: Saya pilih PAS kerana Islam
Aishah bersama barisan panel dan Azua (kiri) di Dataran
Al-Ikhwan, Air Mawang, kelmarin.
17 Julai 2012 , JOHOL-
“Saya memilih Pas kerana Islam. Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana
parti ini mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan
Pas.”
Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan
Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah ‘Bilo Selebriti Dah Join
Pas’ di Dataran Al- Ikhwan di Air
Mawang, petang kelmarin.
Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia
yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT.
“Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak
mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin
berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum,
perjuangan Pas salah satunya adalah Islam.
“Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah,
seorang penyanyi juga mampu melakukannya," katanya.
Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu
sendiri dan kerana kesucian agama Islam.
"Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan
agama Islam.
"Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke
Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk
Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus
berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya,” katanya.
Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima
golongan artis sebagai ahli.
Sementara itu, bekas kumpulan XPDC, Azua Md Tasi berkata,
dia memilih Pas kerana mahu berhijrah.
“Dulu saya lalai dengan duniawi semata-mata tetapi sejak
awal 90-an, saya sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti keagamaan.
"Saya sering bertemu imam dan pendakwah. Dari situlah,
hati saya mula terbuka untuk memilih Pas. Kita mestilah berhijrah daripada
tidak baik kepada baik, daripada kurang baik kepada lebih baik," katanya.
Menurutnya, jika
mahu berubah, ia bermula dari diri sendiri.
"Jangan
salahkan bidang nyanyian jika kita lalai, sebaliknya diri sendiri perlu
berpendirian teguh.
"Bila waktu solat, kita solat. Jadi tiada masalah untuk kita meneruskan profesion
dalam dunia nyanyian," katanya.
7/17/12
4 tokoh sertai PAS Negeri Sembilan
July 17, 2012
Lebih 3, 000 ahli
PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir.
KUALA PILAH: PAS
Negeri Sembilan menerima suntikan semangat yang baru apabila empat tokoh
tempatan menyertai PAS baru-baru ini.
Majlis pengumuman
kemasukkan kempat-empat tokoh tersebut berlangsung di Himpunan Hijau peringkat
Negeri Sembilan di Johol, Kuala Pilah malam kelmarin.
Pengumuman
penyertaan empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini
merupakan gimik dan kejutan oleh PAS Negeri Sembilan untuk Himpunan Hijau
tersebut.
Mereka yang
mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan
Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon
Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar
Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.
Ketika Ketua
Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka secara
satu persatu, lebih 3, 000 ahli PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir.
Mokhtar, Anuar
dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS.
Seterusnya
kempat-empat mereka diberikan peluang berucap. Anuar yang merupakan bekas
Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat
(Umno) menggamatkan suasana apabila tersasul menyebut kepimpinan PAS yang duduk
di atas pentas sebagai kepimpinan Umno.
Zainal dalam
ucapannya berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti sepanjang
bertugas sebagai pegawai kerajaan.
“Walaubagaimanapun
selepas bersara saya mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan
PAS ‘Islamik’ dan lebih kepada ‘semangat’ dan bukan hanya ‘fizikal’
semata-mata.
“Saya mempunyai
kepakaran di dalam sistem perhutanan, air dan alam sekitar dan saya percaya
saya boleh menyumbang sesuatu kepada PAS dalam konteks tersebut”, kata Zainal.
Kecewa dengan
Umno
Mokhtar pula berkata
beliau menyertai Umno pada tahun 1963 dan kini mengambil keputusan untuk
menyertai PAS kerana perjuangan Umno kini sudah tidak sama seperti 50 tahun
dulu.
Tanpa
menghuraikan secara terperinci Mokhtar menyatakan rasa kecewa terhadap cara
pentadbiran Umno ketika ini dan memilih perjuangan PAS yang beliau anggap
menepati ciri-ciri Islam dan telus.
Sementara itu
Norazman dalam ucapan beliau berkata penganjuran perhimpunan ini untuk
menyemarakkan lagi sokongan ahli selain mengalu-alukan orang ramai memilih PAS
sebagai parti politik pilihan mereka.
“Rakyat tidak
perlu takut dan rasa terhutang budi kepada Umno.Apa yang Umno beri pada rakyat
sememangnya merupakan hak rakyat dari duit rakyat sendiri (cukai).
“Tanamkan
keyakinan tinggi kepada pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia sudah
terbukti di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor,
Pulau Pinang dan Kelantan.
“PAS akan
berjuang habis-habisan dengan gandingan PKR dan DAP untuk mengecapi kemenangan
mutlak di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti”, kata Norazman.
Turut hadir di
majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; anak kepada bekas
Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, iaitu Datuk Tamrin Ghafar; Pesuruhjaya PAS
Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek.
JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH
Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak
lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di
siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu
sesama Muslim.
Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan
kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi
sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di
seluruh kawasan Rembau.
Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam
bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak
yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi
wakil-wakil yang dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program ) 013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) 012-2268230
Sumbangan juga
boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS
Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam
(Cawangan Seremban)
No akaun:
05-012-01-007334-7
Sila hubungi Sdr
Hamizi Ahmad (Penolong Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan melalui cek/akaun.
Sumbangan
barangan keperluan adalah seperti berikut :
1. Garam (
1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1
kilo)
4. Biskut lemak
(1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu
10 kilo)
Anggaran kos
barangan untuk satu keluarga ialah RM70
7/16/12
7/13/12
7/11/12
BUAL BICARA MUAMALAH
Tajuk : Muamalah Madinah
Bersama : Dato Ismail dan Tn Hj Awaluddin Mohal
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Tarikh : 11 Julai 2012, Rabu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut sila hubungi Shamsul 019-6532973
Sempena SEMINAR FATWA MUAMALAT
*************
SEMINAR FATWA MUAMALAT
Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 , Rabu-Khamis
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Masa : 8 pg – 4 ptg
Pembentang :
Dr Zaharudin Abd
Rahman
Dr Zulkilfli
Albakri
Dr Asyraf Wajdi
Dusuki
Dr Azman Mohd
Noor
Dr Amir
Shaharuddin
Ust Abdullah
Jalil
Ust Azrul Azlan
Iskandar
PENGANJUR
Jabatan Mufti
Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sembilan
Muamalah Events
PENAJA utama Bank Muamalat Malaysia Berhad Dengan sokongan
AKPK
Kemelut Imam Masjid Lenggeng semakin parah
10 Julai 2012 : Kemelut perlantikan Imam Masjid Lenggeng
sejak awal tahun ini semakin parah apabila 10 daripada 11 Ahli Jawatankuasa
(AJK) masjid tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pagi ini.
Dalam laporan polis tersebut Mohd Fahmy Mohd Tamin, 70, yang
mewakili AJK masjid; lima Datuk-Datuk Adat Lenggeng (pemimpin setempat mengikut
hirarki sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan) dan 220 ahli kariah masjid;
mendakwa salah laku tiga individu di dalam Jawatankuasa masjid tersebut
menyebabkan urus tadbir Masjid Lenggeng menjadi celaru dan kucar kacir sejak
awal tahun ini.
“Nazir Masjid, Mad Nor Ibrahim; Setiausaha Masjid, Osman
Rasul dan AJK Masjid yang juga Ketua Umno cawangan Lenggeng, Zulkifli Rashid
tidak akur dengan keputusan majoriti AJK masjid menghantar dua nama kepada
Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains).
“Kami menghantar nama Said Abdul Ghani sebagai calon Imam 1
dan Ustaz Azman Baharom sebagai calon Imam 2. Said mempunyai pengalaman sebagai
Bilal selama 16 tahun dan sebagai Imam selama empat tahun.
“Walaubagaimanapun Mad Nor, Osman dan Zulkifli
membelakangkan keputusan AJK Masjid dan menghantar dua nama lain iaitu Nordin
Yusof dan Ali Hamzah. Nordin menolak tawaran tersebut sementara Ali pula
diisytiharkan sebagai Pemangku Imam 1 oleh Mad Nor, Osman dan Zulkifli.
“Tetapi apa yang pelik sehingga hari ini tiada surat hitam putih
daripada Jains yang mengesahkan pelantikan Ali sebagai Pemangku Imam 1.
Kes masih disiasat
“Saya sudah berjumpa pegawai yang berkenaan di Jains dan
jawapan yang mereka berikan bahawa kes ini masih disiasat dan meminta saya
bersabar,” kata Mohd Fahmy.
Apabila ditanya FMT mengapa 10 AJK Masjid termasuk Mohd
Fahmy, Datuk-Datuk Undang Lenggeng dan 220 ahli kariah masjid tidak mahu
menerima Ali sebagai Imam; Fahmy menjelaskan bahawa bacaan sembahyang dan
tajwid oleh Ali tidak sempurna dan sering berlaku kesilapan di dalam bacaan
beliau.
Mohd Fahmy juga mendakwa ada tangan ghaib dan campurtangan
politik di dalam kemelut ini.
“Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi
kami tidak penting apa fahaman politik Imam.
“Ahli kariah
tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu
mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan
sempurna.
“Justeru itu kami
mendesak pihak Jains segera mengistiharkan keputusan panel temuduga pegawai
masjid (Imam) yang diadakan pada 28 Mac 2012. Kami mendapat maklumat bahawa
calon yang kami cadangkan iaitu Said dan Azman berjaya terpilih sebagai Imam”,
jelas Mohd Fahmy.
7/9/12
Ceramah Pakatan Rakyat
CERAMAH UMUM
Penceramah : Dato Ramli Buyong, YB Loke Siew Fook, Dr. Rosli
Yaakop, Abdul Rahman Ramli
Tarikh : 10 Julai 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Simpang Durian, Jelebu
CERAMAH PERDANA
Penceramah : Tn Hj Mohamad Sabu, Zulkefly Mohamad Omar,
Zaharudin Othman Tarikh : 11 Julai 2012,
Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Norahmadiah, Jln Kuala Pilah-Bahau, Kg
Jemapoh, Kuala Pilah
7/8/12
Program Remaja 3R 15 Julai 2012 di Masjid Senawang
PROGRAM 3R – Remaja Rai Ramadhan 1433
H
Tarikh : 15 Julai 2012, Ahad
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Terbuka kepada remaja berumur 14 ke 17
tahun
Istimewa bersama Imam Muda Aran
Untuk penyertaan atau pertanyaan sila
hubungi Muhammad Afif - 0133582870 , Nurul Asyikin binti Abdullah -
0139573626
Maklumat lanjut di
www.facebook.com/ikram.sembilan
7/5/12
Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Julai 2012 di Paroi
KULIAH ILMU
Bersama Tuan Guru
Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok,
Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 6 Julai 2012, Jumaat
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman
Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
PROMOSI KRAF MANTAI 2012
Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan
Promosi Kraf Mantai 2012 sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H iaitu pada 18
Julai - 19 Julai 2012, bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan.
Diantara aktiviti yang diatur adalah seperti jualan kraf
(produk rotan, buluh, batik, songkok dll), jualan masakan tradisional (lemang,
bahulu, dodol, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, tudung, songkok
dll, jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan), aktiviti interaktif kraf
dan pelbagai aktiviti menarik.
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf
Mantai 2012
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Urusetia Promosi
Kraf Mantai 2012
Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri
Sembilan
Kompleks Kraf
Cawangan Negeri Sembilan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503, Seremban
06-7671388 ( T )
06-7671450 ( F )
7/4/12
HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT N.SEMBILAN
Tarikh : 15 Julai 2012 , Ahad
Masa : 3 ptg - 12 tgh mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol
7/3/12
Bendera Pas dikoyak, dibakar
3 Julai 2012
KUALA KLAWANG - Pas Kawasan Jelebu melahirkan kekesalan
apabila mendapati sembilan bendera parti itu dan PKR dirosakkan malam kelmarin.
Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat
berkata, kejadian disedari pada malam 30 Jun lalu ketika dia dalam perjalanan
ke tapak ceramah Pakatan Raya (PR) yang diadakan di Kampung Bukit, Ulu Jelebu.
Menurutnya, ketika melalui simpang ke Kampung Dulang
kira-kira jam 8 malam, dia mendapati bendera parti yang dipasang sudah
dirosakkan.
"Bendera itu dipasang bersempena ceramah umum PR yang
diadakan pada malam tersebut.
"Pada sebelah siangnya jentera Pas Jelebu memasang
sembilan bendera termasuk salah satunya bendera PKR di kesemua laluan masuk ke
Kampung Bukit bermula dari Pekan Kuala Klawang," katanya.
Noranif berkata, dia dan Ketua Unit Amal Pas Jelebu, Hanafi
Ahmad Zainuddin yang berada di lokasi kejadian mendapati kesemua bendera sudah
dipotong sehingga separuh dan satu darinya dibakar.
"Mengesyaki ia perbuatan khianat, saya turut melaporkan
perkara itu kepada polis pada petang 1 Julai 2012 di Balai Polis Kuala
Klawang," katanya.
Katanya, ini adalah kali kedua pihaknya membuat laporan polis
mengenai perkara itu.
"Sebelum ini ia pernah berlaku di Pasoh ketika
berlakunya ceramah PR.
"Malah ada juga bendera Pas yang dijahit bersama
bendera DAP di mana bendera DAP diletakkan di atas bendera Pas dalam keadaan
dijahit. Ini merupakan tindakan menghina parti Islam dan kita sebagai ahli Pas
amat sensitif akan perkara ini," katanya.
Dalam pada itu katanya, dia meminta agar pihak berkuasa
menyiasat perkara itu agar ia tidak berulang pada masa akan datang.
"Walau bagaimanapun kejadian sebegini langsung tidak
melemahkan semangat Pas dan PR untuk meneruskan siri ceramah sehingga
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan,” katanya kepada Sinar Harian.
7/2/12
'Kami mahu pondok bas'
2 Julai 2012
CHENGKAU, REMBAU – Penduduk
terutamanya pengguna pengangkutan awam, di sini, berharap pihak
bertanggungjawab dapat mempercepatkan pembinaan hentian bas dan teksi
memandangkan kemudahan itu sudah terlalu lama tiada.
Tinjauan Sinar Harian mendapati,
hentian yang hanya ditandakan dengan papan tanda simbol hentian bas
dan tanpa bumbung menyebabkan ramai pengguna terpaksa menunggu dalam
keadaan panas terik serta hujan.
Penduduk, Samsiah Manaf, 70, berkata,
walaupun tidak kerap menggunakan perkhidmatan bas iaitu hanya ketika
mahu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik, namun dia tetap
berharap kemudahan berkenaan dapat dibina secepat mungkin.
“Jika dulu, kemudahan hentian bas
berbumbung ini memang ada, namun selepas kerja-kerja pembesaran jalan
berikutan pembinaan landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas,
hentian bas sedia ada sudah pun diruntuhkan.
“Oleh demikian, mak cik harap hentian
bas ini dapat dibina semula secepat mungkin memandangkan setiap hari
kemudahan berkenaan digunakan baik pelajar sekolah mahupun warga
emas,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi
tinjauan, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, menurut peniaga, Mariani
Abdul Ghaffar, 27, dia sering melihat tindakan berani mati segelintir
pengguna yang sanggup menunggu di hentian bas seberang jalan yang
menghala ke Seremban.
Menurutnya, tindakan itu agak berbahaya
namun susulah cuaca yang terlalu terik ataupun hari hujan membuatkan
segelintir pengguna sanggup menanggung risiko menunggu di seberang
jalan.
“Oleh itu, saya berharap kemudahan
ini dapat disediakan pihak bertanggungjawab memandangkan ia digunakan
penduduk hampir setiap hari.Untuk rekod, kemudahanperhentian bas di
Pekan Chengkau digunakan penduduk dari Kampung Chenong Kedai, Chenong
Ulu, Rumah Rakyat Chengkau, Pekan Chengkau, Nerasai, Penajis dan
Pulau Mampat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

































