8/31/12
8/30/12
Penduduk cari inisiatif sendiri atasi air berbau busuk
30 Ogos 2012
PORT DICKSON – Penduduk di sekitar Port
Dickson terpaksa mencari inisiatif sendiri untuk menangani gangguan bekalan air
yang tercemar dan berlarutan sejak awal Ogos lalu.
Malah rata-rata penduduk tidak mampu berbuat apa-apa dan
terpaksa menggunakan juga bekalan air tersebut untuk meneruskan kehidupan
seharian.
Sesetengah kawasan di daerah pelancongan ini menerima
bekalan air yang berbau busuk dan ada kawasan yang menerima bekalan asas itu
dengan keadaan airnya yang kotor kekuningan.
Seorang penduduk dari Bukit Pelandok yang mahu dikenali
sebagai Zabril, 30-an berkata, jika sebelum ini isu air kecoh di Kelantan dan
Selangor, kini keadaan itu mula merebak ke Negeri Sembilan.
“Perkara ini perlu ditangani dengan segera dan bijak oleh
pihak bertanggungjawab agar ia tidak menimbulkan rasa marah masyarakat.
“Jika gangguan bekalan air ini tidak ditangani dengan baik,
lama kelamaan akan menimbulkan krisis,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Junaidi Abd Wahab, 47, berkata, kejadian air
berbau busuk itu berlaku sejak akhir Ramadan lalu dan ia berterusan sehingga
kini.
“Walaupun masalah itu sudah lama berlarutan, kami tetap
terpaksa menggunakan air berkenaan kerana tiada alternatif lain.
“Di rumah kami tiada penapis air yang boleh menghilangkan
bau air ini,” katanya.
Pengerusi Surau Al-Hijrah, Bandar Spring Hill, Ramli Ismail
berkata, ada juga segelintir penduduk yang menggunakan alternatif lain bagi
mendapatkan air bersih, antaranya membeli air di mesin penapis yang dijual di
luar kawasan Port Dickson, malah ada yang ke Sepang.
“Pakaian yang dibasuh dengan air tersebut juga meninggalkan
kesan bau walaupun sudah kering,” katanya.
Ramli berkata, pihaknya sudah mengadukan masalah itu kepada
pihak Sains.
“Kini kami harap pihak Sains dapat mengambil langkah
proaktif dalam menangani masalah ini memandangkan ia sudah berlarutan agak
lama,” katanya.
Masalah itu turut melanda beberapa kawasan lain antaranya,
Lukut, Chuah dan Bukit Pelandok.
Cari kayu terpakai bina rumah
30 Ogos 2012
JOHOL – Meskipun menghuni rumah yang berdindingkan kanvas
dan berlantaikan tanah, namun sebuah keluarga di Kampung Melekai tetap tabah
meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan.
Ketua keluarga, Awang Timbul, 47, berkata, mereka sudah
tinggal di rumah itu dua tahun lalu selepas berpindah dari rumah pusaka yang
usang.
Menurutnya, selepas berpindah, dia mencari kayu terpakai
untuk membina sebuah rumah dan kanvas untuk dijadikan dinding di bahagian
dapur.
"Bila hujan, saya tidak dapat tidur kerana bimbang
kanvas tidak mampu menahan tiupan angin
yang kuat.
“Saya memang tidak mampu membina rumah yang selesa kerana
hanya bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM12 sehari,”
katanya.
Awang tinggal di rumah berkenaan bersama isterinya, Rogayah
Mohamad Sharif, 46, dan adik iparnya, Norlela, 26.
Awang berkata, rumah itu luas dan hanya mempunyai sebuah
bilik sahaja untuk Norlela tidur.
Menurutnya, isterinya pula terpaksa tidur di dapur kerana
menghidap penyakit asma kronik dan tidak boleh menaiki tangga.
"Saya pula tidak kisah tidur di mana sahaja. Isteri
saya menghidapi pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan batu
karang.
"Dia perlu mengambil ubat dan kadangkala terpaksa
berulang alik dari Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN) untuk melakukan
pemeriksaan darah tinggi. Bila pergi ke HTAN, saya menyewa kereta saudara
kerana saya tidak memiliki kenderaan. Motosikal pulla pinjam dari jiran. Kos
rawatan pula tinggi kadangkala mencecah RM400,” katanya yang berasal dari Sabah.
Katanya, sebelum ini dia pernah membuat permohonan
mendapatkan sebuah rumah baru melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
menerusi ketua kampung tetapi sehingga kini belum ada maklum balas.
“Saya sudah mohon PPRT tetapi ada pihak yang datang ke rumah
hanya mampu membaiki rumah sahaja. Mereka ada datang mengukur bahagian dapur
tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan.
"Tapak rumah yang didiami sekarang milik isteri dan
berharap dapat dibina rumah PPRT di sini," katanya.
Puasa 6 , boleh campur niat Qodha Ramdhan?
Petikan blog Tuan Guru Ustaz Abdul
Raof dari Pondok Tampin
Soalan: Assalamualaikum Ustaz.
Bolehkah Niat qadha Ramdhan disekalikan dengan niat berpuasa 6?. Sahkah puasa
qadha tu?.
Jawab : Boleh dan Sah.
Nasnya: kitab Kasful Litham juzuk
1, muka surat
107, Bab Puasa Sunat.
(Far'un) Maka jika meqadha oleh
seorang itu bulan Ramdhan didalam bulan Syawwal maka sunat ia Qadha puasa
Syawwal itu pada bulan Zul Qa'dah . Dan jika diqashadkan pada Niat serta bulan
Ramdhan itu sunat Syawwal, masuk ia dengan ITTIFAQ . Dan jika ia Itlaq,
demikian jua masuk sertanya atas yang
dimuktamad oleh Sheikh Ramli.
Huraian dan Ringkasan:
1. Jika seseorang Qadha untuk puasa Ramdhan selama sebulan sepanjang bulan Syawwal, maka dia sunat pula
mengqadhakan puasa 6 Syawwal itu dibulan Zul Ka'dah , iaitu bulan yang
berikutnya selepas Syawwal.
2. Jika sesesorang mencampurkan
niat puasa untuk Qadha puasa Ramdhan
dengan Niat puasa 6 , maka harus dan puasanya itu sah menurut pendapat kedua
Sheikh iaitu : Sheikh Ibnu Hajar al Haitami dan Sheikh Romli. Maksudnya , puasa
tersebut boleh disekalikan dengan 2 niat, tanpa perlu diulang berpuasa lagi untuk puasa 6.
3. Sebaliknya , jika seseorang itu
mengitlaqkan ( iaitu tidak kaitkan ) niat Qadha puasa Ramdhannya dibulan
Syawwal dengan disertakan niat puasa 6 semasa berniat puasa, maka khilaf pendapat
antara Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli,
Jika menurut pendapat Sheikh Ramli
dalam kitab Nihayah, SAH. Iaitu sudah
termasuk Niat berpuasa 6 itu kedalam Puasa Qadha Ramdhan yang dibuat dalam
bulan Syawwal, sekalipun tidak disertakan niat
puasa 6 itu Maka tidak perlu lagi diulangi melakukan puasa 6 pula
selepas puasa Qadha Ramdhan tersebut.
Adapun menurut pendapat Sheikh
Ibnu Hajar, tidak boleh dianggap memadai puasa 6 tersebut dengan hanya niat
berpuasa Qadha jika tidak disertakan niat puasa 6. Maka
keadaan begitu menurut Ibnu Hajar, puasa 6 perlu di lakukan selepas
berpuasa qadha Ramdahan tersebut, kerana ketiadaan niat puasa 6 .
Harus untuk kita memilih salah
satu dari kedua pendapat Sheikh ini jika kita hanya berNiat Qadha sahaja.
Tetapi nampaknya pendapat Sheikh Ramli adalah lebih memudahkan dan ringan untuk
diikuti bagi mereka yang hanya berniat qadha dan terlupa pula berniat puasa 6.
Wallahu a'lam.
8/29/12
Masih lumpuh, perlu bantuan
29 Ogos 2012
LABU - Gara-gara pengesahan daripada doktor yang menyatakan
dia hanya cacat buat sementara waktu, permohonan bantuan kebajikan seorang
penduduk di sini ditolak.
Norzita Mohd Nor, 34, kini lumpuh selepas terlibat dalam
kemalangan pada 2008 ketika pulang membeli ubat suaminya.
Norzita berkata, dia pernah memohon bantuan, namun
permohonannya ditolak kerana doktor yang merawatnya menyatakan dia hanya cacat
buat sementara waktu.
“Akibat kemalangan itu, saya mengalami patah tulang paha dan
walaupun sudah empat tahun berlalu, saya masih tidak boleh berjalan serta
menggunakan kerusi roda.
“Justeru, saya berharap pihak berkenaan dapat menyemak
semula permohonan saya itu," katanya.
Norzita berkata, kini pendapatan keluarganya hanya
bergantung kepada bantuan kebajikan berjumlah RM270 yang diterimanya suaminya,
Mohd Rahim Suhut, 51.
"Suami saya sudah lama lumpuh selepas terlibat dalam
kemalangan pada 1999.
"Sejak itu, suami saya tidak boleh berjalan selain
turut menghidap asma dan masalah buah pinggangnya," katanya.
Menurutnya, selain itu, suaminya turut menerima bantuan
Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebanyak RM100 dan pencen Perkeso,
RM693.15.
“Wang itu digunakan untuk kos ubat sebanyak RM300 sebulan
tidak termasuk kos berubat di Melaka.
“Selain itu, ia juga digunakan untuk menampung perbelanjaan
sekolah tiga anak dan seorang anak angkat kurang upaya yang kami jaga,”
katanya.
Siapa dia Ismail Ahmad, Penaung Majlis Permuafakatan
Keadilan Dewan Undangan Negeri Labu? Kenali beliau di http://buletinlabu.blogspot.com/2012/08/kenali-penaung-majlis-permuafakatan.html
SEMBRONG HANCUR , TASIK CINI MERANA , SEREMBAN PUNAH
Perkongsian menari blogger dari Seremban ini di http://al-lavendari.blogspot.com/2012/08/ww-41-sembrong-hancur-tasik-cini-merana.html
Tutup bumbung dengan kanvas
29 Ogos 2012
PORT DICKSON – "Dengan pendapatan RM700 sebulan sebagai
pemandu kenderaan pekerja sebuah hotel di sini, tidak mungkin saya dapat
membaik pulih rumah ini walaupun ia sudah uzur," luah seorang penduduk,
Hishamuddin Abd Manap, 42.
Hishamuddin berkata, gajinya hanya cukup untuk menampung
keperluan keluarga sahaja. Menurutnya, isterinya tidak bekerja dan mereka
mempunyai tiga anak berusia lima
tahun hingga setahun.
"Rumah ini adalah kediaman kedua ibu bapa saya yang
kini berpindah ke rumah lain. Sebelum ini, saya bersama keluarga menyewa dan
sejak lima
tahun lalu, saya menetap di rumah ini yang usianya hampir 40 tahun,"
katanya.
Hishamuddin berkata, dinding papan rumahnya sudah rosak
dimakan anai-anai, bumbung rumah pula bocor dan dinding konkrit ada yang
condong.
“Setakat ini, inisiatif mampu saya lakukan adalah menutup
bumbung dengan kanvas yang dikitar semula, manakala dinding konkrit yang
condong saya tahan dengan besi tidak jatuh,” katanya.
Menurutnya, dia sudah mengadukan masalahnya kepada seorang
pemimpin masyarakat dan beliau berjanji untuk membantu bagi mendapatkan bantuan
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
"Malah saya juga pernah ditemuramah oleh beberapa
pegawai kerajaan sebagai proses untuk mendapatkan bantuan PPRT, namun sehingga
kini saya tidak tahu keputusannya sama ada lulus ataupun tidak,” katanya.
Penduduk kesal masalah limpahan air kumbahan tiada kesudahan
August 29, 2012
Kolam takungan yang terletak di Taman Senangin menjadi
lokasi utama pengumpulan semua jenis air termasuk air kumbahan, air longkang
dan air hujan yang yang mengalir masuk dari beberapa taman.
SENAWANG – Dua puluh keluarga dari Taman Bukit Emas,
Senawang di sini kesal kerana masalah limpahan air kumbahan dari sebuah kolam
takungan air kumbahan sejak 20 tahun lepas masih tiada kesudahannya.
Seorang penduduk R Radhakrishnan berkata, kolam takungan tersebut yang terletak di
Taman Senangin menjadi lokasi utama pengumpulan semua jenis air termasuk air
kumbahan, air longkang dan air hujan yang yang mengalir masuk dari
beberapa taman berhampiran termasuk
Taman Senangin, Taman Seremban Jaya dan sebahagian daripada Taman Merpati.
“Kami penduduk Taman Bukit Emas bukan sahaja terpaksa
berhadapan dengan bau busuk dan meloyakan tetapi juga terpaksa mengharungi
pelbagai masalah seperti limpahan air kumbahan ini memenuhi perkarangan rumah
dan membanjiri halaman rumah kami,” kata Radhakrishnan.
ADUN Senawang, P Gunasekaran (DAP) memberitahu FMT bahawa
beliau telah berulang kali mengajukan masalah ini kepada Majlis Perbandaran
Seremban (MPS).
“Malah isu berkenaan juga telah kerap kali diusulkan di
dalam persidangan DUN dan pampasan juga telah dimohon bagi meringankan bebanan
mangsa keadaan yang mengalami kerugian dan kerosakan harta benda akibat bencana
tersebut namun jalan penyelesaian masih belum dapat dicapai sehingga hari ini.
“Pencemaran bau busuk, limpahan air dan banjir akibat
limpahan air kumbahan dari kolam takungan kumbahan seluas lebih kurang tiga
ekar ini masih terus berlaku dan keadaan bertambah buruk ketika hujan.
`Mohon sekali lagi’
“Memang pihak MPS ada membuat kerja pembaikan di kolam
takungan ini dengan membina ‘inlet sump’, walaubagaimanapun punca sebenar
berlakunya limpahan air kumbahan ini ialah disebabkan saluran ‘over flow’ air
kumbahan ini yang sepatutnya melalui sebuah longkang ke Taman Bukit Emas dan
seterusnya ke Sungai Rahang sudah tersumbat dan tidak selenggara dengan
sempurna.
“Justeru itu saya memohon sekali lagi, meminta pihak MPS
dapat memandang serius permasalahan ini agar jalan peyelesaian dan
langkah-langkah keselamatan dapat dibuat segera demi keselesaan penduduk
setempat agar tidak terbeban dengan masalah ini,’ jelas Gunasekaran.
Gunasekaran berkata langkah yang diambil oleh MPS setakat
ini masih tidak mampu menyelesaikan masalah limpahan air kumbahan ini.
Sementara itu Radhakrishnan berkata penduduk taman itu juga
tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika mereka terus
berhadapan dengan bencana ini yang sering mengakibatkan kerosakan harta benda.
“Saya menyeru agar tindakan dan jalan penyelesaian dapat
dilakukan segera demi keselesaan penduduk bersama,” kata beliau.
Tidak tahan bau busuk sampah flat
JEMPOL 28 Ogos 2012 - Masalah bau busuk sampah masih menghantui penduduk di rumah Flat Taman Meranti, Bahau dekat sini.
Seorang penduduk, Siti Faziran Tumiran, 19, berkata, dia
terpaksa menutup hidung apabila balik ke rumah kerana keadaan yang busuk dengan
sampah berselerak.
"Saya duduk di tingkat bawah dan selalu menjadi mangsa.
Sudah 10 tahun keluarga saya menyewa di sini dan pernah pakaian yang dijemur
turut kotor kerana ada saluran air haram yang diubah penduduk," dakwanya.
Sementara itu, Lee Shi Yen, 31, pula menjelaskan, beliau
mahu pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(PPSPPA) serta Southern Waste Management (SWM) Environment Sdn. Bhd. datang dan
melihat keadaan di sini.
"Saya tidak nafikan memang pekerja SWM datang memungut
sampah, tetapi yang terdapat dalam tong besar sahaja dan ada kalanya berlonggok
begitu lama. Kita tahu, sampah yang berselerak itu kerana sikap penduduk,"
katanya.
8/28/12
Pimpinan PR ziarah bekas AJK Wanita Umno
28 Ogos 2012
SEBERANG PEKAN – Walaupun berbeza fahaman politik, namun itu
bukan penghalang kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk menziarahi seorang
bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Umno, Zainon Johari, 66, yang terlantar
sakit selama enam bulan akibat serangan angin ahmar.
Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Zaharudin Othman
berkata, tidak salah sekiranya parti politik berlainan menziarahi orang sakit
terlantar dan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
“Tindakan ini adalah lebih baik dan murni. Saya difahamkan,
Zainon bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Terusan Seberang yang juga Pengerusi
Persatuan Wanita (WI) Seberang Pekan. Semasa beliau sihat, pernah menjadi
penggerak utama Umno Bahagian.
“Namun setelah diserang angin ahmar, dia hanya terlantar
sakit sahaja di rumah dan tidak dapat mengenali kenalan,” katanya ketika
ditemui pada program ziarah itu.
Hadir sama, Ketua Muslimat Pas Kawasan Kuala Pilah Fazilah
Abu Samah dan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah, Azman
Hashim.
Pada program itu, pimpinan PR turut menziarahi keluarga yang
kurang bernasib baik, keluarga miskin, anak yatim dan sakit terlantar.
Zaharudin berkata, golongan memerlukan tidak dipinggirkan
sebaliknya diberi perhatian sewajarnya kerana mereka berhak menjalani kehidupan
yang selesa setelah negara mencapai kemerdekaan ke-55 tahun ini.
“Program ziarah ini, tidak mengira parti politik. Asalkan
mereka sakit terlantar, kurang berkemampuan, kami tetap menghulurkan bantuan
kepadanya,” katanya.
8/27/12
Ceramah Umum 29 Ogos 2012 di Johol
CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Ng Sue Lim - ADUN Sekinchan
Adly Zahari - Pesuruhjaya PAS Melaka
Nazree Yunus - Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N9
Tarikh : 29 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PR, Simpang Ulu Yoh, Air Mawang, Johol,
N.Sembilan
8/24/12
Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum 26 Ogos 2012
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Bersama Anak Rembau di Perantauan
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta
pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
Semua dijemput hadir - Untuk pertanyaan atau sumbangan sila
hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690
CERAMAH UMUM
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta
pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
8/19/12
Saya kembali ke Selangor untuk mandi, di Kuala Pilah tidak ada air
oleh : Aspan Alilan
19 Ogos 2012 - Pagi tadi saya
menziarahi ibu saudara saya dikampung kelahiran saya. Sejak ibu saya
pergi, saya jarang-jarang sekali balik ke kampung kelahiran saya di
Sg Jelutong, Kuala Pilah. Tetapi arwah ibu saya berpesan supaya saya
tidak mengambil ringan terhadap ibu saudara saya itu jika ibu saya
sudah tiada di dunia ini.
Saya juga menziarahi bapa saudara saya
di sebelah bapa di Kampung Tapak. Hanya seorang sahaja bapa saudara
di sebelah bapa saya masih hidup maka saya sangat bergembira berjumpa
beliau di hari dan bulan yang baik ini.
Tetapi seperti biasa sejak dari dahulu
hingga sekarang dikampung saya itu selalu keputusan bekalan air. Kali
ini saya sangat berharap-harap untuk dapat merasakan bekalan air
dengan secukupnya apabila melawat ibu saudara dan bapa saudara saya
itu.
Tetapi nyata harapan saya itu tidak
kesampaian. Seperti hari raya yang sebelum ini sejak begitu lama air
sentiasa menjadi masalah di Kawasan DUN Juasseh ini. Saya terus
sahaja terfikir kenapa cerita tentang kekurangan air di Selangor,
Kuala Lumpur dan putrajaya yang belum pun berlaku, kenapa isu air di
Kuala Pilah ini yang sudah menjadi perkara yang lumrah sejak begitu
lama tidak diperbesarkan?
Saya terdengar Menteri Besar NS pernah
berkata yang NS tidak mempunyai masalah untuk menjual air ke
Selangor, tetapi beliau (MBNS) tidak menyedari yang NS sudah
menghadapi krisis air ini semasa perayaan seperti ini sudah
berlarutan begitu lama. Elok Mohammad selesaikan kes kekurangan air
di NS ini dahulu sebelum hendak menjual air kepada mana-mana pihak.
Oleh kerana masalah keputusan air
dikampung asal saya itu maka saya kembali ke rumah saya di Selangor
yang masih mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi. Saya
cadangkan agar Jawatankuasa Khas, tentang isu air yang dipengerusikan
oleh TS Muhy agar memasukkan isu air di NS sebagai agenda dalam
mesyuarat J/K itu kerana isu keputusan bekalan air di Kuala Pilah
merupakan isu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.
Hari ini adalah pengalaman biasa setiap
tahun yang saya hadapi dikampung saya itu, maka saya terpaksa kembali
ke Subang Jaya di dalam negeri Selangor yang mempunyai bekalan air
bersih yang masih tidak terganggu itu.
Saya baru sahaja mandi manda dengan
selesa di sebuah negeri yang di isukan bekalan air bersih oleh pihak
yang berkepentingan politik itu.
8/18/12
Empat konstabel polis ditahan kerana merogol
Pendekatan Islam dengan peningkatan
iman harus diperhebatkan di kalangan anggota keselamatan kita agar
ianya sebagai aspirasi sebenar ciri-ciri anggota keselamatan dalam
sebuah negara Islam.
4 polis durjana
18 Ogos 2012
SEREMBAN: Harapkan pagar, pagar makan
padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat
konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa
merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah
rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu.
Turut diberkas, seorang lagi rakan
serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu.
Difahamkan, remaja terbabit berkenalan
dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian
rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber
berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang
ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri,
Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai
salah laku anggotanya itu.
Empat konstabel polis ditahan kerana
merogol
18 Ogos 2012
SEREMBAN – Lima lelaki termasuk empat
polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang
remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.
Kesemua mereka dikatakan mengenali
antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara
bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.
Menurut sumber, wanita berusia 19
tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua
hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke
rumah.
Katanya, selepas berkenalan dengan
lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara
bergilir-gilir.
“Empat lelaki berusia 20 hingga 28
tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian
seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini,
semalam.
Menurut sumber, selepas lima hari
kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis
Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam.
“Bertindak atas laporan itu,
kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis
tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di
sekitar Port Dickson, hari yang sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri,
Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan.
“Semua anggota polis berkenaan kini
ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari
segenap aspek," katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak akan
berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang.
8/17/12
8/16/12
8/15/12
Jamuan Hari Raya PAS Rembau 26 Ogos 2012
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta
pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
Semua dijemput hadir
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah
Program, Ustaz Nazri 019-3457690
8/14/12
8/13/12
Yayasan Bukhary atau RHB yang sumbang Masjid Seremban 2?
Satu laporan menyebut Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
menyumbang RM7.5 juta untuk pembinaan Masjid Seremban 2, manakala laporan lain
pula menyebut Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi RHB Bank bersetuju membangunkan
serta mewakafkan tanah dan Masjid Seremban 2 yang bernilai RM10 juta.
Apakah tanah untuk mendirikan Masjid Seremban 2 adalah milik
Tan Sri Rashid Hussain sebelum ini dan kos pembinaan Masjid tersebut adalah
usahasama Tan Sri Rashid Hussain dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan
jumlah keseluruhan projek RM17.5 juta?
SEREMBAN : 16 Ogos 2011 – Di majlis ini juga, Majlis perjanjian
pembinaan Masjid di Seremban 2 telah berlangsung yang mana Tan Sri Rashid
Hussain, Pengerusi RHB Bank telah dengan mulia hati bersetuju membangunkan
serta mewakafkan tanah dan Masjid tersebut yang bernilai RM10 juta dan
diserahkan kepada MAINS menguruskannya kelak.
BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Khamis September 10, 2009
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid
baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan
tersohor ini. Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung
Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau
dan Taman Anggerik, Batu Kikir. Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5
juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang
disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
8/12/12
Komik Kucing pun tahu sayang Rasulullah
Siri komik yang dihasilkan oleh Ustaz
Zakaria Talib (Ibnu Zakirin) dari Kg Air Melintang, Kota, Negeri
Sembilan. Cetakan terbaru berjudul NAK IKUT SIAPA? Siri 1, 2 dan 3.
Antara yang menarik dalam komik
tersebut ialah ;
~ Hukum memakai selipar orang lain
tanpa izin
~ Jenis-jenis salam zina
~ Kesalahan ketika ziarah rumah orang
~ Cara menipu diri
~ Kedudukan butang baju dan kocek
~ Ilmu yang tak diamal
~ dan banyak lagi
Cuma RM5 senaskhah, edisi dan cetakan
terhad. Untuk mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria di
019-2865129
8/10/12
8/9/12
SEMARAK RAMADHAN 1433 H PAS NEGERI SEMBILAN
IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 10 Ogos 2012 / 21 Ramadhan 1433 (JUMAAT)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Teratak Amal, Kg Sg Layang, Rembau
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) &
Semua Barisan Pimpinan Perhubungan
Hubungi Sufian 013-3589328
MUNAJAT PERDANA DAN QIAMULLAIL
Tarikh & Hari : 10 Ogos 2012 / 21 Ramadhan 1433 (JUMAAT)
Masa : 11 mlm – 7 pg
Tempat : Senawang, DUN Paroi
Hubungi Hj Fisol 019-3440826
IFTAR, MUNAJAT PERDANA, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH DAN
QIAMULLAIL
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2012 / 22 Ramadhan 1433 (SABTU)
Masa : 7 mlm – 7 pg
Tempat : Muassasah Darul Sharif, Jalan Batu Kikir-Bahau,
Jempol
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) &
Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Hubungi Ustaz Hadi 019-6627374
IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 12 Ogos 2012 / 23 Ramadhan 1433 (AHAD)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Dataran Dioh, Kuala Pilah
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) &
Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Hubungi 017-6019792
IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 14 Ogos 2012 / 25 Ramadhan 1433 (SELASA)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Jelebu
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua
Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Apa status projek Masjid Baru Rantau, N.Sembilan?
Ada
sesiapa tahu status pembinaan Masjid Baru Rantau? Jika dirujuk laman web JKR, tender
untuk membina masjid dikeluarkan pada 20 Mei 2010, manakala tender untuk
memasang penyaman udara dikeluarkan pada 11 April 2011.
Diberitakan kos pembinaan masjid ini bernilai RM12 juta dan
di bina di keluasan 2.5 hektar di Bandar Ekar, Rantau. Muatan jemaah di ruangan
solat dianggarkan boleh memuatkan seramai 1,500 ke 1,800 orang jemaah pada satu
masa.
Dalam perkembangan lain Masjid At-Taqwa di Kampung Paroi
yang telah siap pembinaannya pada tahun 2010 mampu memuatkan 3,000 jemaah pada
satu-satu masa dengan kos pembinaan sebanyak RM7.4 juta.
Rujukan :
8/7/12
Ramainya yang memerlukan bantuan di sekeliling kita
Dari Facebook Mutiara Ns - Program JUR
(Jejak Ukhuwah Ramadhan) pada Sabtu (4 Ogos 2012) lalu oleh pimpinan
DMPKR di DUN Paroi. Ramainya "ibu tinggal" yang memerlukan
bantuan. Antaranya seorang ibu tinggal di Taman Satria, Senawang
yangg menderita penyakit kanser payudara.
Sasaran bantuan sumbangan untuk satu
keluarga ialah RM 50. Kepada yang ingin menaja dan menyumbang
bolehlah menghubungi Bendahari DMPKR Pn Fauziah, 0137779328 atau bank
in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, BANK
ISLAM No. Akaun: 05-012-01-006165-3
MTD PAS Chembong Agih Sumbangan Ramadhan
7 Ogos 2012
Rembau - Majlis Tindakan Dun Chembong (MTD Chembong) mengagihkan
kira-kira 200 sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sempena bulan
Ramadhan secara berperingkat mengikut Unit Peti Undi (UPU) di dalam dun
Chembong.
Pengarah MTD PAS Chembong, Ust Nazri Yusof berkata, program berkenaan
adalah sebahagian usaha Pas dalam memastikan golongan kurang berkemampuan
supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.
Sumbangan tersebut diagihkan mengikut 12 UPU yang berada di dalam DUN
Chembong bermula daripada UPU Pekan Rembau, Batu Hampar dan Mampong bermula
pada 4 Ogos yang sendiri turut serta memberi sumbangan ialah Dr. Rosly Bin
Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan.
Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan, Dr Rosly Yaakob berkata, sumbangan
itu diharap dapat meringankan beban, sekaligus memberi keceriaan kepada
penghuni, selain membuktikan masyarakat prihatin terhadap kesukaran hidup yang
mereka hadapi.
8/6/12
IFTAR AMAL UNTUK PALESTIN
Peluang sedekah jariah, untuk saudara
kita di Gaza.
Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad) di Klana
Resort Hotel, Seremban.
Objektif: Membeli sistem penapis air
dan inkubator bayi di Gaza
Pakej Individu: RM100
Pakej Kumpulan: Dari RM3,000
Hubungi : Us. Isfahmi: 013-6391003 /
Tn. Hj. Omar: 019-6699630 / Fauzi: 013-4201245
Anjuran bersama : AMAN Palestin, ISMA
dan PEMBINA cawangan N.Sembilan
Maklumat lanjut di
Janji fasa kedua Hospital Rembau belum ditepati
Menteri Kesihatan mengatakan (Janji) bahawa tender fasa kedua Hospital
Rembau untuk kerja-kerja bangunan akan dibuka pada hujung Mei 2012. Akan tetapi
laman web JKR setakat 6 Ogos 2012 belum pun ada kenyataan tender tersebut untuk
fasa kedua kerja-kerja bangunan.
*************
Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri
Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah
dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa
pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan
tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada
bulan ini.
"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka
pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin
Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sumber :
8/4/12
Masalah air di Kuala Pilah berlarutan sejak beberapa tahun
4 Ogos 2012
KUALA PILAH – Sejak kebelakangan ini,
gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kampung Ghalib, dekat
sini, menimbulkan rasa tidak selesa segelintir penduduk terlibat
terutama ketika menyambut Ramadan.
Penduduk, Khairudin Abas, 43, berkata,
masalah air di kampung itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun.
“Kampung ini sudah disediakan sebuah
tangki pengepam air, tetapi masalah ketiadaan air sering sahaja
berlaku.
“Meskipun tangki itu berada tidak
jauh dari rumah saya, namun kami sekeluarga masih menghadapi masalah
sama disebabkan tekanan air yang rendah,” katanya kepada Sinar
Harian, kelmarin.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah
mengharungi kesengsaraan selama seminggu berikutan terputus bekalan
air.
“Selama seminggu, saya sekeluarga
terpaksa hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air
bersih. Aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju, mandi dan
sebagainya agak terbatas.
“Bagi jiran yang memiliki anak kecil,
sudah pasti mereka berasa lebih sukar. Ini belum lagi Hari Raya
Aidilfitri, sudah pasti rumah saya nanti tiada air kerana penggunaan
air meningkat secara mendadak,” katanya.
Katanya, tangki tersebut sudah tidak
mempunyai air berikutan tanda paras air mencecah kepada bacaan
kosong.
“Saya lihat tanda aras tong tersebut
berada di aras kosong, ini bermaksud tong berkenaan tiada air.
Berkemungkinan pelampung air rosak atau sebagainya. Sepatutnya,
proses mengepam air secara automatik bukan secara manual.
“Justeru, saya berharap pihak
berkaitan dapat turun padang bagi melakukan pemeriksaan lanjut supaya
masalah ini dapat diselesaikan segera sekali gus tidak membebankan
penduduk,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk,
Meah Rampal, 78, melahirkan rasa kecewa berikutan masalah air masih
belum selesai sehingga kini.
“Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal,
air pasti tiada. Kadang-kadang anak-anak cucu juga kurang gemar balik
ke sini kerana tiada air.
“Biasanya waktu kemuncak iaitu
sekitar jam 6 pagi hingga malam tiada air. Bila tengah malam, barulah
ada air. Esok pula, air kembali tiada hingga timbul rasa bosan kerana
perlu menadah air setiap hari,” katanya.
Beginilah keadaan jalan di N.Sembilan
Keadaan kiri kanan jalan yang dipenuhi
semak samun, jalan yang berlubang serta penghadang jambatan yang
roboh juga besinya yang berkarat. Hakikatnya inilah jalan yang
digunakan oleh masyarakat setempat sehari-hari. Jalan dan jambatan
ini menghubungkan Kampung Lanjut Mati ke Pekan Juasseh.
Sudah berbulan-bulan ia berkeadaan
begitu.
Sumber berita dan gambar dari
http://waghihsenaling.blogspot.com/2012/08/mana-bukti-rakyat-didahulukan.html
8/3/12
Antara DUN Paroi dan DUN Chembong
Berapakah kos yang telah dikeluarkan
semasa majlis besar-besaran berbuka puasa bersama PM di Masjid At
Taqwa di DUN Paroi pada 2 Ogos 2012, berapa pula kos yang diperlukan
atau masih tidak cukup untuk mengganti bumbung Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Dato Haji Abu Hassan Bin Haji Sail (SMKA Pedas) di
DUN Chembong yang telah sejak sekian lama rosak/bocor/tiada bumbung
masih belum dibaiki?
Tajuk Projek : Cadangan Kerja-Kerja
Mengganti Bumbung Bangunan Asrama Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di
SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Bin Haji Sail, Daerah Rembau, NSDK.
Tarikh Iklan : 01/03/2012
Tarikh ditutup : 06/04/2012
MAJLIS IFTAR, SOLAT TARAWIH DAN TAZKIRAH
Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin
Md. Jali
Tarikh : 3 Ogos 2012, Jumaat
Masa : 7.20 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku
Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput
hadir
Pertanyaan hubungi Hasan 0192171942
8/2/12
JADUAL IFTAR JAMAIE
JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433
H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN
Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 5 Ogos 2012 / 16
Ramadhan 1433 (AHAD)
Tempat : Markas Tampin Bandar
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa
(Ketua Pemuda) ; Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama',
Pemuda dan Muslimat
Turut bersama :
Imam dari Gaza, Palestin – Sheikh
Nagi Amir Fuad al-Jafarawi
Dan Bob Lokman
Maklumat lanjut hubungi Ustaz Ghani
012-6761187
Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 10 Ogos 2012 / 21
Ramadhan 1433 (JUMAAT)
Tempat : Teratak Amal. Kg Sg Layang,
Rembau
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi (
SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan
Hubungi Sufian 013-3589328
Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2012 / 22
Ramadhan 1433 (SABTU)
Tempat : Muassasah Darul Sharif, Jalan
Batu Kikir-Bahau
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ
Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda &
Muslimat
Catatan/ Hubungan : Munajat Perdana Dan
Qiamullail
Hubungi Ustaz Hadi 019-6627374
Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 Ogos 2012 / 23
Ramadhan 1433 (AHAD)
Tempat : Dataran Dioh
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman
(Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan
Muslimat
Hubungi 017-6019792
Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 Ogos 2012 / 25
Ramadhan 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli
(Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda
dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :
Subscribe to:
Posts (Atom)

































