JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

9/30/12

Bersama Aisyah 1 Okt 2012 di DUN Paroi

CERAMAH PERDANA
Bersama : Aisyah (artis/penyanyi), Siti Fareedah, YB Taufek dan Ustaz Kamaruddin Sidek
Tarikh : 1 Okt 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : No 537, Taman Seri Pagi, Senawang (berhampiran padang sebelah Sekolah Tmn Seri Pagi)
Maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol 019-3440826

9/28/12

Penternak hilang pelanggan, akibat jalan tidak berturap, berlopak


28 September 2012

LABU - Gara-gara jalan tidak berturap selain berlopak menyebabkan seorang penternak ikan air tawar berhadapan risiko kehilangan pelanggan.

Yusri Abdul Latif, 41, berkata, dia menjalankan kegiatan menternak ikan sejak lebih lima tahun lalu. Menurutnya, kolam ikan itu terletak di sebelah rumahnya yang sudah didiami sejak lapan tahun lalu.

"Malah sejak saya mula-mula tinggal di sini, keadaan jalan itu memang tidak pernah berturap sehingga kini. Saya sudah membuat aduan dan permohonan pada Mac 2009 kepada ketua kampung dan wakil rakyat kawasan namun jawapan yang diberi mengecewakan," katanya kepada Sinar Harian.

Yusri berkata, mereka sering memberi jawapan tiada peruntukan untuk menurap jalan.

"Saya kesal kerana beberapa penduduk lain turut menerima kemudahan turap jalan sedangkan mereka memaklumkan peruntukan tiada," katanya.

Katanya, sepanjang mengusahakan perniagaan itu, dia bukan sahaja mempunyai pelanggan dalam kalangan penduduk Kampung Pulau, tempatnya tinggal malah turut menerima kunjungan luar Negeri Sembilan termasuk dari negara jiran seperti Brunei Darussalam.

"Saya sering menerima rungutan daripada pelanggan mengatakan keadaan jalan yang lecak merosakkan kenderaan mereka.

"Bagi yang pertama kali datang ke sini pasti akan terkejut. Selain itu ada di antara mereka tidak mahu lagi datang membeli malah ada juga meminta saya menghantar ikan sendiri. Ia tidak berbaloi kerana saya terpaksa menanggung kos minyak kereta selain harga ikan yang sama," katanya.

Malah katanya, selain masalah jalan, Yusri pernah memohon untuk membina jambatan yang menghubungkan kolam ikan utama dan rumahnya.

"Saya terpaksa membina titi dari kayu pokok untuk menyeberang anak sungai bagi mengambil ikan yang dipesan pelanggan.

“Pernah tiga kali saya terjatuh ke dalam anak sungai kerana tergelincir semasa membawa ikan. Keadaan ini menyukarkan saya untuk berniaga,” katanya.

Sepanjang kariernya sebagai penternak, Yusri pernah mengalami kerugian RM10,000 apabila banjir besar berlaku pada 2010 yang memusnahkan ternakan ikannya seperti keli, tilapia dan baung.

“Jalan tersebut hanya sepanjang 300 meter dan kos membinanya tidak sampai RM10,000 begitu juga dengan jambatan yang kosnya tidak begitu tinggi.

“Justeru saya harap masalah ini mendapat perhatian kerana ia menjejaskan perniagaan dalam jangka masa panjang,” katanya yang tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ikan air tawar itu.

PENTAS RAKYAT


9/27/12

MAJLIS BACAAN HADIS SOHIH MUSLIM


Bersama Sheikh Samir Al Nash dan Sheikh Firas Salu

Di Madrasah Islamiah Haji Ibrahim
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 11 -19 Nov 2012

Majlis ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, lelaki dan wanita, terhad kepada 300 peserta sahaja,pengajian sepenuhnya dalam Bahasa Arab,boleh menginap di madrasah atau berulang alik ke rumah atau hotel berhampiran untuk lebih selesa.

Jadual Pengajian :
Sesi 1 : 6.30 pagi-8.30 pagi ,
Sesi 2 : 10.30 pagi- 1 tengahari,
Sesi 3 : 5 petang - 7 malam,
Sesi 4 : 9 malam – 11 malam,

Yuran penyertaan RM 200, selama 9 hari, makanan dan penginapan disediakan

Kitab Sohih Muslim lengkap untuk ditempah RM110 satu set (Jami’ Tirmizi pun boleh didapatkan dengan harga yang sama)

Untuk penyertaan, sila hubungi :
Ustaz Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff 012-3752240
Saudara Mohd Faizal bin Abdullah 013-2300595
Saudara Ismail bin Osman 013-6055875

Faks : 06-6858468

NO AKAUN CIMB ISLAMIC
MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
0501-0000157-10-5

MAJLIS PERIWAYATAN DAN PENGIJAZAHAN SANAD HADIS-HADIS SOHIH MUSLIM SERTA SYARAHAN HADIS PILIHAN

Ikutilah Pengajian Jami’ Tirmizi bersama Sheikh di Pondok Tuan Guru Haji Abdul Raof, Repah, Tampin pada 20 November 2012 hingga 30 November 2012


Larang makan makanan ringan rahsia pelajar tahfiz hafaz al-Quran


27 Sept 2012

SEREMBAN - Pelajar tahfiz dilarang sama sekali makan makanan ringan. Ia bukan penderaan tetapi sebagai amalan yang harus menjadi disiplin supaya pelajar mudah untuk menghafaz al-Quran.

Seorang tenaga pengajar Maahad Tahfiz Darul Huffah ( http://darulhuffaz.blogspot.com ), Azri Awang berkata, pihaknya sentiasa memantau aspek pemakanan pelajar.

Menurutnya, tukang masak turut diingatkan supaya tidak meletakkan serbuk perasa dalam makanan yang dimasak kerana ia menjejaskan daya ingatan.

“Selain itu, pelajar yang mengingkari larangan memakan makanan ringan akan dikenakan denda seperti ketuk ketampi.

"Makanan lain yang dilarang adalah memakan kepala ikan," katanya.

Azri berkata, jadual makan turut ditetapkan iaitu sarapan pagi pada jam 8, makan tengah hari selepas waktu Zuhur dan makan malam pula pada jam 6.30 petang.

"Manakala sebelah malam, pelajar diberi minuman panas sekitar jam 10 malam, usai tamat kelas malam," katanya.

Dari segi yuran menurutnya, pihaknya mengenakan yuran RM200 sebulan kepada setiap pelajar, ia termasuk untuk perbelanjaan makan minum, pengajian dan penginapan.

"Manakala anak yatim pula tidak dikenakan sebarang yuran. Dari segi dana, kita banyak menerima sumbangan daripada penderma yang terdiri daripada orang perseorangan atau syarikat korporat," katanya.

Bagaimanapun katanya, ketika pendaftaran pihaknya mengenakan bayaran sebanyak RM400 iaitu RM200 adalah bayaran pendaftaran dan selebihnya yuran bulan pertama.

Azri berkata, silibus pengajian tahfiz dipantau Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Selain itu, proses mendapatkan kebenaran dan lesen membuka tahfiz juga perlu merujuk MAINS.

"Ia perlu bagi memantau aktiviti sekolah tahfiz, selain mengelak daripada berlaku penyelewengan dalam pengajian," katanya.

Katanya, terdapat perbezaan antara pusat tahfiz dan sekolah pondok, di mana ramai yang tidak tahu pusat tahfiz fokus hafaz al-Quran dan asas Fardu Ain.

"Sekolah pondok lebih kepada pengajian ilmu hadis dan tiada hafalan al-Quran," katanya.

Maahad Tahfiz Darul Huffaz yang ditubuhkan sejak 2009 asalnya bertapak di Puchong, Selangor.

Bagaimanapun, pusat tahfiz itu berpindah ke Kampung Kapal di Mukim Ulu Beranang, Lenggeng pada 15 Mac tahun lalu dan mempunyai 20 pelajar yang mengikuti pengajian sejak ia dibuka.

Selamat datang Datuk Seri Najib, Pengerusi Barisan Nasional Malaysia


Selamat datang Datuk Seri Najib, Pengerusi Barisan Nasional Malaysia serta rombongan ke DUN Paroi, DUN Ampangan dan DUN Sikamat pada 29 Sept. 2012 nanti. Saya kira ini adalah lawatan rasmi beliau yang ke 4 pada tahun ini di kawasan kita. Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri juga telah melawat sekitar Paroi dan Ampangan. Harap penduduk di DUN lain tidak cemburu dengan kedatangan PM, TPM dan Menteri Kabinet yang kerap ke DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat.

PENDUDUK TAK SABAR

27 Sep 2012 - Penduduk Paroi dan Bandar Baru Ampangan, termasuk golongan peladang di negeri ini berbesar hati dan amat teruja dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkunjung ke kawasan itu sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD), Sabtu ini.

3 Ogos 2012 - Lebih 10,000 umat Islam menyertai majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini semalam. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira pukul 6.15 petang dengan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin.

29 Julai 2012 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu dapat dilihat daripada 1,538 laporan jenayah yang dihantar ahli Rakan Cop menerusi khidmat pesanan ringkas sepanjang bulan ini, sebanyak 1,013 telah diambil tindakan. ''Sumbangan ahli-ahli Rakan Cop amat penting dalam usaha menangani jenayah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan tinjauan mesra di kawasan perumahan Taman Jasmin, Senawang di sini hari ini.

23 Mac 2012 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya untuk menemui penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat, dekat sini sempena lawatan kerja sehari pemimpin negara itu ke negeri ini, esok.

10 Feb. 2012 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan meriah ketika tiba di Masjid Sikamat dekat sini untuk menunaikan solat Jumaat hari ini. erdahulu, Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis makan tengah hari bersama lebih 400 tetamu.

15 Okt 2011 - Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa prihatin akan masalah rakyat dengan merangka pelbagai program demi manfaat mereka tetapi pembangkang sentiasa suka mencari kesalahan kerajaan. "Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi kerajaan sedangkan pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak pernah menunaikannya, katanya semasa berucap di hadapan 10,000 penduduk dan peniaga selepas meninjau kawasan pasar Ampangan dan sekitarnya di sini, hari ini.


9/26/12

Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1433 H


PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1433 H
Tahun 2012, Tahun ke 5

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi sekitar DUN Paroi
- Sasaran agihan, 1000 keluarga yang memerlukan

1 bahagian RM 400 (lembu)

Maklumat lanjut sila hubungi : Hj Fisol 019-3440826 , Sdr Hassan 019-2171942

Bayaran atau sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Ceramah Umum Ahad 30 Sep 2012 di Seremban


9/25/12

Segera baik pulih jambatan


25 September 2012

JEMPOL- Projek baik pulih jambatan di Kampung Kuala Sialang, di sini, telah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib setelah jambatan yang menjadi laluan utama penduduk runtuh di situ runtuh susulan hujan lebat pada 4 September lalu. 

Selain itu, papan tanda amaran juga telah diletakkan pihak bertanggungjawab sebagai langkah keselamatan supaya penduduk mahu pun orang luar yang datang ke kampung itu dapat mengambil langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan tersebut, Mohammad Yunus berkata, mengakui sebelum ini terdapat penduduk melahirkan kebimbangan susulan kejadian.

“Penduduk merungut susulan mereka sukar keluar ke pekan berikutan terpaksa menggunakan jalan yang jauh sebagai laluan alternatif.

“Jambatan berkenaan menghubungkan Kampung Lonek dan Kuala Jempol sekali gus menjadi laluan utama penduduk di sini.

“Setakat ini, kita masih menunggu kerja-kerja baik pulih jambatan dan saya harap proses ini dapat dipercepatkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun katanya, beliau begitu menghargai usaha pihak berkaitan kerana prihatin terhadap masalah yang melanda penduduk di situ.

Penduduk, Zaiton Zainal, 52, berkata, sering menggunakan jambatan itu memandangkan ia berdekatan dengan rumahnya.

“Saya sangat berharap supaya kerja baik pulih ini dapat disegerakan kerana tidak berapa  lama lagi saya akan mengadakan majlis perkahwinan anak.

“Begitu juga dengan jiran saya yang juga bakal mengadakan majlis perkahwinan. Kami agak bimbang sekiranya masalah ini terus berlarutan,” katanya.

Ekspedisi Hijau DUN Labu


9/24/12

Perhatian kepada anggota Jabatan Amal N.Sembilan


JAMBORI AMAL MALAYSIA KE-16

Jambori AMAL Malaysia ke-16 peringkat kebangsaan akan diadakan pada :
Tarikh : 5 ke 7 Oktober 2012 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Pantai Balok, Pahang

Penyertaan : Anggota Unit Amal berumur 18 tahun ke atas.
Setiap anggota ke jambori sila pastikan kelengkapan & persiapan barang cukup dan selamat untuk digunakan.

Untuk pendaftaran nama dan keterangan lanjut sila hubungi Pengarah Amal N.Sembilan Sdr. Izamri di 013-2124086 @ 010-8097879

Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com

9/23/12

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.

Jika kita sayangkan Rasulullah saw dan tidak suka Baginda saw dihina banyakkanlah hadir majlis ilmu, memuliakan majlis ilmu dan menghormati para ulama

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.

Oleh : al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)
Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi

Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012
Tempat : Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau dan Pondok Tampin

OBJEKTIF DAURAH

Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
•Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.
•Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.
•Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.
•Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar negara.
JANGKAMASA MAJLIS

Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga ke malam.
SASARAN PESERTA
Oeh kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.
Tentatif program daurah hadis 2012 ( tertakluk kepada pindaan)

SESI PERTAMA.
KITAB : SAHIH MUSLIM.
TEMPAT: MADRASAH ISLAMIAH (PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK).
Sabtu 10/11/2012 malam
1.Perasmian
2.Pertandingan Nasyid
3.Ceramah

Ahad 11/11/2012
Pengajian bermula
10 pagi - 1 petang
4.30 ptg – 6.30 ptg
8.30 mlm – 10.30 mlm

Isnin 12/10/2012
6.30 pg – 8.30 pg
11.30 pg – 1 ptg
4.30 ptg – 6.30 ptg
8 mlm – 10.30 mlm

dan seterusnya

TAMAT SAHIH MUSLIM PADA 19 /11/2012

Yuran Pendaftaran : RM200
Penginapan : Asrama disediakan
(bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).

Makanan: Disediakan oleh penganjur.
SESI KEDUA
KITAB: TARMIZI.
TEMPAT: PONDOK TAMPIN.
TARIKH : 20/11/2012.
TARIKH TAMAT: 30/11/2012
Yuran penyertaan:
Penginapan : TIDAK disediakan
(bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).
Makanan: TIDAK Disediakan oleh penganjur / atau disediakn mengikut keadaan ala kadar termampu.
Syarat-syarat .
1. Berumur 17 tahun keatas.
2. Boleh menguasai bahasa arab atau nahu sharaf.
3. Mempunyai asas-asas pengajian Ilmu-ilmu Agama Islam.
4. Tiada masalah penyakit kronik atau penyakit sosial.
5. Jumlah perserta adalah terhad.

Sebarang masalah sila hubungi urusetia.


9/21/12

CERAMAH UMUM


CERAMAH UMUM


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT


Tarikh : 29 Sep 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD Chembong, Kg Mulia, Rembau (sebelah Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato Tamrin Ghafar
~ Wan Aisyah Wan Ariffin
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Vincent Lee & Suryanarayanan, Dewan Himpunan Penyokong PAS

Anjuran MTD PAS Chembong

Semua dijemput hadir

TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL


9/20/12

10 tahun rumah dilanda banjir


20 September 2012

LABU - Sejak ia dibina pada 1984, sudah lebih 10 kali rumah yang didiami sepasang suami isteri warga emas di Kampung Tiroi, Batu 7, dekat sini dilanda banjir.

Abdullah Mohamed, 76, berkata, rumahnya itu dibina setelah bersara dari perkhidmatan tentera. Menurutnya, sejak mendiami rumah itu, sudah lebih 10 kali ia dilanda banjir bermula pada 1985 iaitu setahun selepas rumah berkenaan  dibina.

“Banjir berpunca daripada sistem saliran dan perparitan di sekeliling rumah saya yang tidak diselenggarakan dengan betul. Kawasan rumah dikelilingi parit dan anak sungai. "Justeru apabila hujan lebat, air yang tidak dapat mengalir dengan baik ke Sungai Labu melimpah ke kawasan rumah saya. Kini kawasan parit dan anak sungai itu sudah ditumbuhi semak samun dan saya tidak membersihkannya kerana tidak berdaya lagi,” katanya.

Abdullah berkata, jika kawasan semak samun itu dibersihkan, hakisan tanah akan berlaku sekiranya hujan lebat. "Malah jika tidak dibersihkan, banjir pula akan melanda kawasan itu.

"Jalan yang terbaik adalah dengan membina sistem perparitan baru," katanya. Sementara itu isterinya, Rahmah Marzuki, 69, berkata, kejadian banjir terburuk yang pernah berlaku ialah pada 2010.

Menurutnya, ketika itu air naik hingga paras lutut dan barangan rumah turut rosak. "Kami kerugian kirakira RM5,000 apabila barang rumah rosak terkena air dan lumpur.

"Setiap kali banjir saya terpaksa membersihkan lumpur. Jika 28 tahun lalu saya mungkin mampu membersihkannya tetapi kini tidak mampu lagi kerana sudah berusia," katanya.

Abdullah turut melahirkan rasa kesal apabila aduannya kepada tiga wakil rakyat sebelum ini tidak diendahkan. "Ketiga-tiga mereka memberikan maklum balas serupa yang mana tiada peruntukan dan meminta saya bersabar.

"Perkara ini sudah berlarutan selama hampir 28 tahun, sampai bila mahu tunggu? Saya sudah banyak menanggung beban dan kerugian," katanya.

Katanya, pada April yang lalu rumahnya sekali lagi dinaiki air. "Saya meminta pihak berkenaan agar mengambil tindakan membina sistem perparitan di kawasan rumah kami.

"Permintaan ini dibuat bukan semata-mata untuk keluarganya tetapi untuk enam keluarga lain yang tinggal berhampiran," katanya.

Ceramah Perdana


9/19/12

YDP Majlis Perbandaran Seremban, minta maaf, tak nak komen isu turun bendera Pakatan Rakyat


Removal of opposition flags draws flak
September 19, 2012

The Seremban Municipal Council has come under fire for only targeting PAS, PKR and DAP flags while turning a blind eye to BN and Umno flags.

SEREMBAN: Negeri Sembilan PAS Youth has warned the Seremban Municipal Council (MPS) to act fairly and not become the agent of Umno and Barisan Nasional.

Negeri Sembilan PAS Youth chief Mohd Khairil Anuar Wafa in a joint press conference with PKR and DAP here issued the warning after MPS enforcement officers brought down Pakatan Rakyat component parties’ flags, banners and buntings for the past one month.

“What irked us is that MPS enforcement officers only brought down PAS, PKR and DAP flags or banners but didn’t touch the Umno and BN flags.

“If MPS wants to bring down our flags and banners then bring down the Umno and BN flags and banners as well. Why the double standard?” he asked.

Khairil said this was not only happening in Seremban but other districts as well.

“Recently my men bumped into a few enforcement officers from the Kuala Pilah District Council who were bringing down our party flags in Johol.

“They were doing this at 2am [after work hours] and not in their uniforms. When my men questioned them, they only identified themselves as enforcement officers.

“If MPS and the other district councils keep doing this, PAS Youth will not hesitate to bring down the Umno and BN flags and banners,” he added.

Meanwhile, Seremban PKR deputy chief Dr Mohamad Rafie Abdul Malek said on Sept 14, MPS enforcement officers brought down PKR, PAS and DAP flags in the housing areas of Taman Bukti, Taman Tok Wan and Gedung Lalang 162 around 2am.

“However the officers let the Umno and BN flags remain. PKR, PAS and DAP are registered entities like Umno,” he added.

Also present at the press conference were Bukit Kepayang state assemblyman Cha Kee Chin (DAP) and Rasah PKR deputy chief R Tangam.

Contacted by FMT this morning, MPS president Abdul Halim Abdul Latif said: “I don’t want to comment, I’m sorry.”

Negeri opposition demands MB suspend exco


September 18, 2012

Beleagured Negeri Menteri Besar Mohamad Hasan must suspend his state executive councillor who allegedly fired a weapon last week.

SEREMBAN: Negeri Sembilan DAP secretary Cha Kee Chin has issued an ultimatum to Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hasan, demanding that he suspend an Umno exco member who allegedly fired a weapon on Thursday night.

Cha, who is Bukit Kepayang assemblyman, also wants Mohamad to explain what really happened.

“The incident happened on Thursday night. It is regretted that as chief of the state government, Mohamad did not give any statement on the alleged incident.

“This is a serious case and he can’t keep quiet on the matter. A police report has been lodged and police admitted that they are investigating the incident.

“But Mohamad has still not given any statement or taken any action so far.

“Tomorrow is the state exco meeting and I hope Mohamad will give a statement on the matter. If he chooses to remain silent, all Pakatan Rakyat state assemblymen will raise the issue in State Legislative Assembly sitting which is scheduled to commence on Oct 8 and 9,” Cha told reporters here today.

Meanwhile, Rasah PKR deputy chief, R Tangam, reminded the police not to cover up the case but to investigate without fear or favour.

“If this case is covered up, Pakatan leaders and members will lodge a complaint to the Malaysian Anti-Corruption Commission [MACC] headquarters in Putrajaya.

“We also will lodge another report with the Attorney-General. I hope the police won’t practise double standard in this case,” said Tangam.

Seremban PKR deputy chief, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek, reiterated that police must take action just like what they did against Opposition Leader Anwar Ibrahim’s bodyguard, Harizal Zahid, in Malacca on Sept 8.

“There should not be any double standard. The latest incident proves that Umno leaders in Negeri Sembilan are unethical and have bad behaviour.

“It’s not not only this case, but also the corruption allegation case involving Lenggeng state assemblyman Mustafa Salim [Umno] who was charged in court and the case is still ongoing.

“Then there is the alleged RM10 million which was transferred abroad by Mohamad.”

Also present at the press conference was Negeri Sembilan PAS Youth chief, Mohd Khairil Anuar Wafa.

Ceramah Umum


9/18/12

Masalah tanah runtuh semakin meruncing


18 September 2012

SEREMBAN – Pelbagai usaha sudah dilakukan penduduk Taman Desa Permai, Sikamat, di sini untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh yang membelenggu mereka. Namun, sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang dapat meredakan keresahan itu.

Penduduk, Aishah Syed Mohamad, 48, berkata, aduan berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan sempit belakang rumahnya sudah diadukan kepada pelbagai pihak sebelum ini.

“Saya sudah tinggal di sini sejak 15 tahun lalu. Namun, sejak lima tahun lalu, saya sekeluarga tidak lagi tinggal tenteram selepas kejadian tanah runtuh di belakang rumah.

"Masalah ini saya telah panjangkan kepada beberapa pihak, malangnya hingga kini saya masih menunggu dan berharap tindakan yang diambil,” katanya kepada Sinar Harian.

Aishah berkata, dia pernah memanggil kontraktor untuk membaik pulih tanah  runtuh itu, tetapi tiada seorang kontaktor pun yang sanggup membaikinya kerana bimbang kejadian lebih buruk.

Seorang lagi penduduk, K. Subramaniam, 57, berkata, dia masih ingat bagaimana kejadian tanah runtuh berlaku lima tahun lalu menyebabkan dia sekeluarga kini terpaksa lebih berhati-hati.

“Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, saya dan anak saya tiba-tiba terdengar bunyi kuat.  Kami melihat gelongsoran pasir dengan kuat di belakang rumah.

“Kejadian itu memang menakutkan. Masalah tebing runtuh itu pada mulanya hanya kecil, tetapi disebabkan tiada kontraktor yang berani membaikinya,  ia terus kekal begitu,” katanya.

Kata Subramaniam,dia sekeluarga semakin bimbang dengan keselamatan mereka kerana masalah itu kini mula memberi kesan kepada struktur tanah rumahnya, sehingga menyebabkan berlaku keretakan di beberapa bahagian dinding rumah.

“Saya terpaksa ambil inisiatif sendiri meletakkan kanvas bagi mengelakkan hakisan merebak ke tempat lain. Masalah ini sudah jadi semakin serius, jadi saya harap ada pihak datang bantu menyelesaikannya,”katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sikamat,Taslim Khan Kutub Din berkata, masalah berkenaan memerlukan perbincangan bersama antara penduduk, memandangkan ia melibatkan tanah milik persendirian.

“Saya difahamkan masalah ini membabitkan 10 buah rumah di Taman Desa Permai. Saya dapati wujud kesulitan kerana kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan sempit dan tiada laluan untuk jentera berat.

“Jadi, saya nasihatkan penduduk agar mereka berbincang bersama dan cuba berbincang dengan MajlisPerbandaran Seremban (MPS) untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya kepada Sinar Harian ketika melawat kawasan berkenaan.

Jawatan Kosong Guru PASTI


PASTI Al-Ain di Pedas, Rembau memerlukan Guru atau Pembantu Guru (muslimah ahaja) untuk persediaan sesi pembelajaran tahun 2013.

Tempat tinggal dan makanan disediakan
Keutamaan kepada yang belum berkahwin

Mereka berminat untuk memohon, sila hubungi Pn Norwani 013-3851202 atau e-mel ke halwan9@yahoo.com

9/17/12

SIDANG AKHBAR ISU TURUN BENDERA PAKATAN RAKYAT

Susulan tindakan tidak adil dan berat sebelah oleh para penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban yang menurunkan bendera PAS dan PKR di kebanyakan tempat.

Tarikh sidang akhbar : 18 Sept 2012, Selasa
Masa : 11 pagi
Tempat : Pejabat PAS N.Sembilan, Betaria Business Park, Seremban
Bersama : Khairul Anuar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan dan Dr Mohd Rafie, Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Faiz 016-2325689

9/13/12

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.


Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi
Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012 
Tempat :  Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau selama 9 hari - untuk Sahih Muslim kemudiannya disambung di Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin selama 11 hari lagi untuk pembacaan kitab Sunan Tarmizi

Daurah akan berlangsung selama 20 hari.

Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami’  Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan disampaikan oleh al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)

Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi  daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.


Biodata Sheikh Samir al Nash.

Nama: al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib al Haafidz al Jaami' lilqiraat,  al Mutqiin ,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.

Dilahirkan pada: 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.

Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu Sheikh Ahmad alHaruni.

Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.

Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:

Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara dan penuntut dari negara barat khasnya yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan al quran dijurusan makhraj.
Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir bertutur dalam English.
Di Klilnik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit , seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah di Luar negara, antaranya di England , Amerika dan Indonesia. Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon fi Ulumil quran - Ilmu Ulum Quran. Beliau menghuraikannya dalam English.

Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap  hari beliau akan mengadakan majlis bacaan Qosidah Burdah.

Jamuan Mesra


Ceramah Hari Malaysia


9/12/12

Rafizi: 'Skandal' seterusnya MB Negeri Sembilan


12 Sep 2012
  
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat pendedahan baru dalam tempoh dua minggu - dakwaan skandal melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Negeri Sembilan Mohamad Hassan (bawah).

Bercakap dalam majlis makan malam PKR di Seremban semalam, Rafizi menyifatkan perkara itu sebagai "berita baik" kepada pemimpin pembangkang dan penyokong Pakatan Rakyat.

"Dalam tempoh dua minggu, saya akan dedahkan skandal melibatkan Mohamad Hassan," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 300 peserta dalam majlis itu.

Rafizi sebelum ini menjadi perhatian apabila 'meletupkan' isu National Feedlot Corporation (NFC) milik bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang kemudian mengheretnya dalam saman fitnah di mahkamah.

Malam tadi, menceritakan perkembangan kesnya, Rafizi berkata, peguam NFC telah menulis kepada pasukan pembelaannya untuk menggantung sekejap kes itu.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tarikh pilihan raya yang semakin hampir.

9/11/12

Ceramah Khas


Apakah tugas serta tanggungjawab seorang wakil rakyat ?


Apakah tugas serta tanggungjawab seorang wakil rakyat atau ahli parlimen dan apakah keutamaan mereka? Adakah di bawah ini tugas mereka mengikut keutamaan :

a. Menurunkan bendera parti lawan
b. Memberi arahan kepada PBT untuk menurunkan bendera parti lawan
c. Memastikan khutbah Jumaat mengikut teks yang disediakan oleh JAKIM atau Majlis Agama setiap minggu
d. Menghadiri majlis perasmian, agihan bantuan agensi kerajaan, kenduri kendara, kematian dan sebagainya
e. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.
f. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.
g. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.
h. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.
i. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.
j. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.
k. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.
l. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.
m. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.
n. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.
o. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.
p. Lain-lain (sila nyatakan) :

9/10/12

Semoga Peroleh Kejayaan


PAS berang tindakan MPS turunkan bendera parti

Persoalannya ialah kenapa bendera BN yang turut dipasang di Dataran Senawang tidak pula diturunkan?

9 Sep 2012 SENAWANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani hari ini melahirkan rasa berang terhadap tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menurunkan kira-kira 40 bendera PAS di Dataran Senawang pagi semalam iaitu tempat berlangsungnya Jamuan Hari Raya anjuran PAS Negeri Sembilan.

“Kami memasang bendera PAS sehari sebelum (Jumaat) majlis ini berlangsung. Jamuan Hari Raya ini bermula 11.00 pagi dan berakhir 3.00 petang semalam. Kami sepatutnya menurunkan bendera PAS pada petang semalam juga selepas majlis berakhir.

“Bagaimanapun ketika kami sedang menyiapkan makanan, minuman, kerusi dan meja untuk orang ramai, kira-kira pukul 9.30 pagi, penguatkuasa MPS menurunkan bendera PAS.

“Kita tidak ada masalah dengan penguatkuasa MPS jika itu tugas mereka.
Persoalannya ialah kenapa bendera Barisana Nasional (BN) yang turut dipasang di Dataran Senawang tidak pula diturunkan?

“Bendera PAS diturunkan apabila baru sehari dipasang. Kita pasang bendera PAS pun kerana kita anjurkan majlis jamuan Hari Raya di sini memandangkan Dataran Senawang juga terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi. Manakala bendera BN sudah dipasang sejak berbulan-bulan lamanya.

“Jika memasang bendera di Dataran Senawang satu kesalahan, mengapa tindakan yang sama tidak diambil terhadap bendera BN di sini?,” tanya Mohd Taufek yang juga merupakan Adun Paroi.

Tinjauan FMT pagi ini di Dataran Senawang mendapati bendera-bendera BN yang diikat di pokok Palma masih berkibar seperti biasa.

Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohd Hassan Tamby pula menyifatkan tindakan MPS ini sebagai tindakan pilih kasih.

“Tindakan MPS ini menggambarkan seolah-olah MPS mengikut telunjuk BN. Saya rasa Umno-BN Negeri Sembilan sudah terdesak dan perkembangan terbaru ini menggambarkan tanda-tanda kejatuhan Umno-BN semakin hampir.

“Tindakan menurunkan bendera PAS tidak menjejaskan sambutan ribuan orang ramai yang hadir di jamuan Hari Raya yang diadakan di Dataran Senawang semalam,” katanya.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

9/9/12

PBT Diselar, Turunkan Bendera PAS Biarkan Bendera BN

Bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada 9 Sep 2012

Bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada 9 Sep 2012

Bendera BN yang masih terdapat di Dataran Senawang pada 9 Sep 2012

Bendera PAS diturunkan petugas MPS pada 8 Sep 2012 di Dataran Senawang

9 Sep 2012

Seremban – Pas sifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang sempena Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan, di Dataran Senawang, dekat sini sebagai tidak adil.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sekiranya pemasangan bendera parti di kawasan tersebut merupakan satu kesalahan, tindakan sama juga perlu dilakukan terhadap bendera Barisan Nasional (BN) di situ.

“Jika hari biasa memang kita tidak pasang bendera Pas di kawasan terbuka seperti ini. Tetapi, kita pasang kerana kita anjurkan majlis rumah terbuka.

“Kita tiada masalah jika pihak berkuasa menjalankan tugas, tapi menjadi persoalan mengapa bendera BN dipasang di hampir keseluruhan pokok palma di Dataran Senawang tidak diturunkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sewajarnya bertindak secara profesional dalam menjalankan undang-undang berhubung pemasangan bendera parti.

“Saya juga musykil kerana kawasan Dataran Senawang yang dimenangi pakatan pembangkang tidak dibenarkan memasang bendera parti, sedangkan BN diberi ruang sebebasnya di sini. Malah bendera BN juga sudah berbulan-bulan dibiarkan tergantung tanpa tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, kira-kira 40 bendera Pas yang dipasang di sekitar Dataran Senawang sehari sebelum majlis, diturunkan penguat kuasa MPS kira-kira 9.30 pagi. -SH


Jamuan Hari Raya dan Ceramah

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & CERAMAH PERDANA
Bersama : Ustaz Idris Ahmad, Shamsul Iskandar Md Akin & Zulkefly Mohd Omar dan Abby Abadi
Tarikh : 10 Sep 2012, Isnin
Masa : 8.50 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Bt.3 Jln Kuala Pilah, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban