Aidila Razak
2:56PM Okt 23
2012
PKR hari ini
mendakwa tanah hutan simpan Jeram Padang Selatan di Jempol, Negeri Sembilan
seluas 48.73 hektar diteroka secara haram untuk aktiviti pembalakan.
Pengarah
strateginya Rafizi Ramli mendakwa, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
dilanggar apabila kawasan itu diteroka untuk "manfaat syarikat yang ada
kaitan dengan pemimpin BN Negeri Sembilan" pada tahun 2004.
"Cukuplah
kita katakan tanah itu dipindah milik kepada beberapa syarikat dan
individu..dan kita akan dedahkan perkara ini.
"Sesetengah
(ahli politik) bijak apabila menggunakan orang tengah tetapi ada juga yang
mempunyai pemilikan terus dalam syarikat ini," kata Rafizi kepada
wartawan.
Bercakap pada
sidang media hari ini, yang disifatkannya sebagai pendedahan pertama daripada
siri pendedahan akan datang, Rafizi mendakwa tindakan itu bukan sahaja
merugikan kerajaan negeri malah menyebabkan banjir besar di kawasan Pekan Jelai
pada tahun 2010.
Dakwanya,
pembalakan di hutan simpan tersebut bermula pada tahun 2009.
Dakwanya,
penerokaan hutan simpan Jeram Padang Selatan yang digazetkan pada tahun 1918,
melanggar Seksyen 18(1) akta itu yang menetapkan tiada tanah boleh digunakan
jika penggunaanya bertentangan dengan pelan tempatan.
Menurut Rancangan
Tempatan Daerah Jempol 2002-2015, hutan simpan Jeram Padang Selatan ditandakan
sebagai Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 yang tidak membenarkan
sebarang bentuk pembangunan dilakukan.
Rancangan
Struktur Negeri Sembilan 2001 - 2020 pula menyatakan agar kawasan ditanda
sebagai KSAS "dipelihara supaya tidak membawa bencana alam seperti tanah
runtuh yang akan mengancam nyawa dan harta benda masyarakat".
Rafiziz mendakwa,
kerjasama di antara ahli politik dan ahli perniagaan yang korup untuk
memindahkan hak milik tanah itu adalah satu kitaran yang berterusan.
"Mereka
kemudian dapat manfaat dari proses membalak yang meluas, kemudian
mengkomersilkan kawasan itu untuk kelapa sawit dan selepas itu ia menjadi
kawasan perumahan.
"Ini
meninggalkan kesan mendalam kerana kawasan ini adalah kawasan tadahan
air," katanya.
Beliau mendakwa,
ramai tidak mengetahui bahawa kawasan hutan simpan di Negeri Sembilan adalah
yang paling banyak diteroka untuk pembalakan.
Dakwanya sebanyak
8,616 hektar atau 5.3 peratus hutan simpan diteroka di negeri itu dari tahun
2005 sehingga 2011.
"Semua ini
berlaku di bawah kepimpinan MB (Datuk Seri) Mohamad Hassan," dakwanya.
Turut hadir pada sidang media tadi adalah setiausaha PKR
Negeri
Negeri ‘illegally’ clearing off forest land
Teoh El Sen | October 23, 2012
PKR claims the move was to enable logging and development to
take place, benefiting BN leaders and cronies.
KUALA LUMPUR:
The Negeri Sembilan government has been “illegally” excising huge pieces of
forest reserve land for logging and development that has benefited cronies and
Barisan Nasional leaders for many years, PKR alleged today.
In his latest series of exposé, party strategy director
Rafizi Ramli said that the focus is on Negeri Sembilan as it was the “worst”
state in Peninsular Malaysia for excising 8,616 hectares of forest reserves
between 2005 and 2007.
Rafizi revealed that the state government had re-gazetted
487.3 hectares of the Jeram Padang Selatan permanent forest reserve (PFR) to
allow logging, an act he claimed went against federal and state laws.
Jeram Padan Selatan area was gazetted as PFR in 1918, and
its status was “de-gazetted” on March 11, 2004, by the state.
“The excising of that forest reserve went against Section
18(1) of the Town and Country Planning Act 1976,” he told reporters, adding
that the legislation prohibited using land that goes against local plans.
According to the Negeri Sembilan Structural Plan 2001-2020
and Jempol District Local Plan 2002 2015, the area is classified as a Class 1
Environmentally Sensitive Area.
Protection of such areas was critical so as not to endanger
lives and property from floods or landslides, said Rafizi.
“Unfortunately, both [former menteri besar] Isa Samad and
[current] Menteri Besar Mohamad Hassan have no regard for the law and allowed
such developments [to take place].
“[All] the trees in this forest have been cut down and now
[the land] is being converted for oil palm cultivation,” said Rafizi.
Deforestation scandal
Aside from Isa and Mohamad, who need to explain, Rafizi
promised that he will produce further proof that other top BN leaders are
directly linked to the deforestation scandal.
“Even MCA should be worried because it too shared the loot.
I would like [MCA's Labis MP and deputy minister] Chua Tee Yong to start
looking into this and let’s see what he says,” he said, adding that he found
some BN leaders who were “bold enough to use their own names”.
Rafizi said that the logging of the Jeram Padan Selatan
forests since 2009 area has directly caused the area to be prone to floods, as
seen in the flash floods in Bahau, the latest in 2010.
He also quoted from a World Wildlife Fund (WWF) report which
stated that Negeri Sembilan lost 53 areas of forest reserves between 2001 and
2005.
He also showed a short video to journalists the extent of
the logging at the Jeram Padang Selatan area, where big patches of land were
“going bald” and certain areas being replaced by oil palm.
Rafizi claimed that forest reserves are in danger of facing
extinction within the next two generations if there is no policy and attitude
changes.
He said that such changes must apply to both BN and Pakatan
Rakyat leaders.
“PKR regards environmental issues as big national issues.
Such issues are also closely linked to corruption because politicians quietly
transfer lands to their own companies, or proxies and cronies.
“It is a very vicious cycle, where politicians, in collusion
with businessmen, illegally engage in corrupt practices and transfer these
lands.”
“They then reap benefits through extensive logging,
commercialising the land, using it for oil palm [cultivation]… they just do
whatever they want with the land. These things have serious impacts on the
environment, and may cause natural disasters, ” he said.
Also at the press conference were Negeri PKR leaders
Sabaruddin Mohd Yassin and Ampangan state assemblyman Rashid Latiff, and PKR
deputy secretary-general T Kumar.
PKR dakwa hutan
simpan Negeri Sembilan ditarah secara haram
Oleh Md Izwan
October 23, 2012
KUALA LUMPUR, 23
Okt — Umno di Negeri Sembilan telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616
hektar secara haram kerana tidak melanggar undang-undang yang diperuntukan.
Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, pengambilalihan
tersebut menurut PKR telah dilakukan melalui pewartaan membatalkan status hutan
simpan kekal yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang
dipengeruskan oleh menteri besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad
Hassan.
Siasatan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan
timbalan setiausaha agong PKR, T Kumar mendapati Negeri Sembilan sebagai negeri
di Semenanjung Malaysia yang paling banyak menghapuskan hutan simpan bagi
tujuan pembalakan.
Selain itu, dua pemimpin PKR tersebut juga membongkar
aktiviti kerajaan Umno di Negeri Sembilan yang menjalankan pembalakan di hutan
simpan tetap Jeram Padang Selatan seluas
487.3 hektar yang diwartakan sebagai hutan simpan tetap sejak 30 Ogos 1918.
PKR mendedahkan kawasan di Jeram Padang Selatan telah
dikategorikan sebagai Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tinggi dan perlu
dipelihara sepenuhnya dan tidak dibenarkan untuk sebarang pembangunan.
Mukasurat 5-77[6] Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 —
2015 secara jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan
adalah berkategori KSAS Tahap 1 dan tidak boleh dibangunkan.
“Oleh yang demikian,
pewartaan membatalkan status hutan simpan tetap bertarikh 11 Mac 2004 adalah
tidak sah disisi undang-undang kerana bertentangan dengan rancangan tempatan
sedia ada, lalu melanggar Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa,”
tulis PKR.
PKR juga mendakwa dua MB yang mentadbir Negri Sembilan iaitu
Tan Sri Isa Samad dan Mohamad bukan sahaja tidak menghiraukan undang-undang
malahan membenarkan penerokaan sehingga menyebabkan kini kawasan tersebut kini
menjadi kawasan penanaman kelapa sawit.
Dalam kenyataan tersebut juga menyatakan jumlah hutan simpan
kekal yang telah dibatalkan meningkat secara sejak 2005 daripada 162, 075
hektar menurun kepada 153, 459 hektar pada tahun 2011.