Harakahdaily, 06 Jan 2013
KUALA LUMPUR:
Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang
(UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak
mencukupi di Pekan.
Beberapa blog
memetik sumber mahasiswa UMP berhubung perkara itu masalah yang berlarutan itu
yang berpunca daripada tekanan air yang rendah di kawasan parlimen Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Akibatnya,
mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti sekitar 2,000 orang terpaksa
berkongsi sumber air yang sama daripada tangki di Kuala Pahang yang turut sama
disalurkan kepada masyarakat sekitar.
Apa yang
mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Najib agar segera turun kawasan dan
atasi permasalahan air itu dengan segera.
Pesuruhjaya PAS
Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Abu
Kassim Manaf turut memberi respons berhubung masalah tersebut.

No comments:
Post a Comment